Nasi Ayam Paling Sedap

Embed Size (px)

DESCRIPTION

RESEPI

Citation preview

Nasi Ayam Paling SedapOleh: Azie Kitchen

Lauk Ayam:1 ekor ayamHaliaBawang putihBawang merah

Bahan perap:Sos tiramKicap cairKicap manisMaduMinyak bijan

Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.

Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.

Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.

Nasi Ayam:Mentega - tak gunaMinyak ayam - saya tambahBawang merahBawang putihHalia2 helai daun pandan1 helai daun salam (bay leave)Susu full creamSerbuk ayamGaramGulaRempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis

Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker.

Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.

Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa.

Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.

Sambal Cili5 biji cili padi merah siam - saya guna cili merah5 ulas bawang putih2 cm halia - saya tambah1 sudu teh cuka1 sudu teh garam1 sudu teh gula1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambahSos tomota - opsyenal saya tambah

Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.

Sambal KicapAir kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Angkat.

Kuah SupJeruk kubisGaramSerbuk ayamDaun bawang - taburBawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.

Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.