120

navar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

navar

Citation preview

Page 1: navar
Page 2: navar
Page 3: navar

PENGURUSAN KUALITI DI TAPAK BINA:

KEPERLUAN DALAM KERJA-KERJA PEMBINAAN

NAVARUBAN A/L KISHNAN

Tesis dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam

Universiti Teknologi Malaysia

MARCH, 2005

Page 4: navar
Page 5: navar

Untuk ayah dan ibu yang tersayang serta

Adik-adik dan rakan-rakan yang dikasihi

Page 6: navar

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya akhirnya dapat

juga projek ini disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima

kasih kepada DR. Aminah Md. Yusof, selaku penyelia projek yang telah banyak

memberi bimbingan, dorongan dan buah fikiran yang bernas sepanjang tempoh

perlaksanaan projek ini.

Akhir kata, penulis ingin menujukan pengahargaan kepada pensyarah-

pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu sama ada

secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini. Antaranya ialah

Chandira Mohan, Mohanath, Jegathisan, Ganapathy Rao, Jeganath, Chandru, Kartik,

Gunalan, Sarveswaran, Mathavan, Saravanan, Selvam, Sara, Suresh, Satya, En.

Anand, En.Kumar, En.Padma, En.Subra, En. Siva dan En. Yognathan. Di samping

itu, tidak lupa juga pihak-pihak dari firma-firma yang dilakukan kajian soalselidik.

Segala bantuan dan bimbingan yang telah diberikan amat dihargai. Penulis juga

memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kesilapan

dalam projek ini.

“Segala yang baik, datangnya daripada Tuhan,

Segala yang buruk, datangnya daripada kelemahan kami sendiri”

Sekian, terima kasih.

Page 7: navar

ABSTRAK

Kualiti ialah suatu aspek yang harus diberi perhatian dalam mengendalikan

sesuatu projek pembinaan. Ini adalah kerana kualiti menjadi salah satu faktor yang

mempengaruhi mutu kerja pembinaan yang dihasilkan. Walaupun kualiti bukannya

merupakan punca utama berlakunya peristiwa-peristiwa seperti keretakan,

kerosakan, kecacatan dan sebagainya, tetapi kesedaran pihak di tapak bina terhadap

pengurusan kualiti ini boleh menggelakkan peristiwa-peristiwa tersebut daripada

berlaku. Bagi tujuan berkenaan, kajian ini tertumpu kepada mengenali pengurusan

kualiti dan faktor-faktor yang mempengaruhinya secara terperinci serta mengetahui

tahap kesedaran pihak di tapak bina mengenai aspek kualiti. Selain itu, kesedaran

pihak di tapak bina terhadap kualiti dalam mengendalikan kerja konkrit di tapak bina

juga dikaji dan amalan mereka semasa kerja konkrit ini, dibandingkan dengan

panduan dalam spesifikasi piawai pembinaan. Untuk mengetahui aspek-aspek ini

secara praktikal, pendapat segelintir syarikat-syarikat pembinaan di daerah Johor

Bahru, terhadap pengurusan kualiti diterima melalui borang soal selidik yang

diedarkan. Data-data dari borang-borang soal selidik telah membantu analisis dibuat

secara sistematik. Daripada analisis yang dibuat didapati secara amnya, kebanyakan

syarikat pembinaan mementingkan pengurusan kualiti dalam pembinaannya. Selain

itu, kebanyakan daripada mereka juga mengaku bahawa faktor-faktor seperti bahan

binaan, pengawasan, tenaga pekerja, kelengkapan modal dan kepimpinan sangat

mempengaruhi kualiti di tapak bina. Daripada analisis juga, didapati perbezaan

amalan di tapak bina dengan panduan dalam spesifikasi pembinaan tidak begitu

ketara. Akhir sekali, cadangan-cadangan yang wajar untuk meningkatkan taraf

kualiti ditapak bina turut disertakan dalam projek ini. Hal ini dapat membantu pihak

tapak dalam meningkatkan mutu kerja bagi pembinaan yang dihasilkan.

Page 8: navar

ABSTRACT

In a construction project quality is one of the important aspect. This is because

quality plays an important role in producing high quality construction work.

Although quality is not the main factor lead to some building failure such as cracks,

deformation and etc, but realization about the quality of work conducted at the site

will reduce incidents like this from happening. For this purpose, a research has been

conducted specifically on the quality management aspect in detail and also to know

the knowledge of the site people on the quality aspect. Other than that project on the

awareness of the management team on the quality of the concrete work on the

construction site is also carried out and compared with the construction standard

specification. To know more about this aspects on the practical side, survey forms

have been distributed to some major construction company in Johor Bahru district.

Information from this survey has been used to conduct a systematic analysis. From

the analysis it is found that on the average most of the companies gives priority to

the quality management but some companies which are carrying out small projects

does not give priority to quality. Other than that most of them agree that factors like

construction material, management on the work site, manpower, modal and proper

leadership are also important in quality at construction site. From the analysis it is

also proven that difference of work compared to the specification does not make a

big difference. Recommendation to improve the quality of the management is also

included in this project.

Page 9: navar

SUSUNAN DAN KANDUNGAN PROJEK

Pengesahan Status Tesis i

Halaman Pengakuan Penyelia ii

Halaman Judul

iii

Halaman Pengakuan Pelajar iv

Halaman Penghargaan

v

Abstrak vi

Abstract vii

Susunan dan Kandungan projek viii

Isi Kandungan ix

Senarai Jadual xv

Senarai Rajah xvi

Senarai Simbol xvii

Page 10: navar

Senarai Lampiran xix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Kenyataan Masalah Kajian 2

1.3 Matlamat Kajian

3

1.4 Objektif Kajian 3

1.5 Skop Kajian 3

1.6 Rinkasan Metodolgi Kajian 4

BAB II PENGURUSAN KUALITI

2.1 Pengenalan 6

2.2 Definisi Pengurusan Kualiti Pembinaan 7

2.3 Kepentingan Pengurusan Kualiti 7

2.4 Ciri-ciri Pengurusan Kualiti 9

2.5 Pihak-pihak yang bertanggungjawab 10

dalam pengurusan kualiti

2.6 Bahan-bahan yang boleh dijadikan sebagai 17

Page 11: navar

rujukan dalam proses mengurus kualiti

di tapak binaan

2.7 Faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti 19

pembinaan

2.8 Penutup 21

BAB III AMALAN-AMALAN YANG BIASA

DIKENDALIKAN DI TAPAK BINA

3.1 Pengenalan 22

3.2 Kerja Asas Cerucuk 23

3.2.1 Spesifikasi yang Harus Diberi 23

Perhatian

3.2.2 Amalan yang dilakukan oleh 24

pengusaha projek berbanding dengan

spesifikasi

3.2.3 Ujian Beban Cerucuk 25

3.3 Kerja-Kerja Konkrit 27

3.3.1 Kerja Memasang Acuan 27

3.3.1.1 Spesifikasi yang boleh 27

diamalkan semasa pembinaan

kerja penyediaan acuan

dikendalikan.

3.3.1.2 Amalan di tapak bina terhadap 28

kerja penyediaan acuan

3.3.2 Pemasangan Tetulang 29

3.3.2.1 Spesifikasi yang perlu 29

dipertimbangkan dalam kerja

pemasangan tetulang

3.3.2.2 Amalan yang berlaku di tapak 30

Page 12: navar

bina semasa kerja pemsangan

tetulang

3.3.3 Kerja Bancuhan Konkrit 30

3.3.3.1 Ujian Runtuhan Kon 31

3.3.3.2 Ujian Mampatan 32

3.3.4 Kerja Mengangkut dan Menuang 34

Konkrit

3.3.4.1 Spesifikasi yang perlu 35

dipertimbangkan dalam kerja

pengagihan dan penuangan

konkrit dikendalikan

3.3.4.2 Amalan biasa yang dikendalikan 35

di tapak bina semasa kerja

pengagihan dan penuangan

konkrit basah dikendalikan

3.3.5 Kerja Memadat Konkrit 36

3.3.5.1 Spesifikasi pembinaan yang 36

boleh diamalkan semasa

kerja pemadatan konkrit

3.3.5.2 Amalan yang dibuat di tapak 36

bina semasa kerja pemadatan

dikendalikan

3.3.6 Kerja Mengawet Konkrit 37

3.3.6.1 Spesifikasi yang perlu 37

dititikberatkan dalam kerja

pengawetan konkrit

3.3.6.2 Amalan yang dilakukan oleh 37

segilintir kontraktor semasa

kerja pengawetan dikendalikan

3.4 Penutup 38

Page 13: navar

BAB IV PENGUMPULAN DATA DAN ANALISA AWAL

4.1 Pengenalan 39

4.2 Maklumat Utama 39

4.2.1 Maklumat dalam bentuk teori 40

4.2.2 Maklumat dalam bentuk data 40

atau stastistik

4.2.3 Maklumat-maklumat lain 41

4.3 Maklumat Skunder 41

4.4 Analisis Data 41

4.4.1 Indeks Purata 42

4.5 Analisis Awal 43

4.6 Penyediaan Borang Soal Selidik 44

4.7 Analisis Data 46

4.7.1 Bahagian A: Latarbelakang 46

responden dan firma responden

4.7.1.1 Kelas-kelas kontraktor 46

bagi firma para responden

4.7.1.2 Jenis pekerjaan yang dibuat 47

oleh para responden

4.7.2 Bahagian B : Kesedaran responden 48

terhadap kualiti

4.7.2.1 Kepekaan responden 48

terhadap MS ISO 9000.

4.7.2.2 Kepekaan pihak di tapak bina 49

terhadap pengurusan kualti

di tapak bina

4.8 Penutup 50

Page 14: navar

BAB V ANALISA PENGAMALAN KUALITI

DI TAPAK BINA

5.1 Pengenalan 51

5.2 Analisa Data 52

5.2.1 Bahagian B: Kesedaran responden 52

terhadap kualiti

5.2.1.1 Faktor-faktor yang 54

mempengaruhi kualti di

tapak bina

5.2.1.2 Jenis-jenis spesifikasi yang 57

digunakan oleh sesebuah firma

5.2.1.3 Kepentingan kualiti semasa 58

kerja pembinaan di tapak bina.

5.2.1.4 Kepentingan pengurusan 60

semasa kerja pembinaan

di tapak bina.

5.3 Bahagian C : Kualiti dalam kerja-kerja konkrit 62

5.3.1 Kepekaan responden terhadap 62

kualiti semasa kerja penyediaan

acuan konkrit di tapak bina.

5.3.2 Kepekaan responden terhadap 63

kualiti semasa pemasangantetulang

besi di tapak bina.

5.3.3 Kepekaan respoden terhadap 64

rekabentuk bancuhan konkrit.

5.3.4 Kepekaan pihak tapak terhadap 65

kualiti semasa mengambil

keputusan ujian runtuhan kon.

5.3.5 Kepekaan pihak di tapak bina 66

Page 15: navar

terhadap aspek kualti semasa

kerja pengangkutan dan

penuangan konkrit basah.

5.3.6 Kepekaan pihak tapak terhadap 67

aspek kualiti semasa

mengendalikan alat penggetar.

5.3.7 Kepekaan pihak tapak terhadap 68

aspek kualiti semasa kerja

pengawetan konkrit dijalankan

di tapak bina

5.3.8 Kepekaan pihak di tapak bina 69

jika sesuatu kerja pembinaan

tidak mencapai kualiti diingini

5.3.9 Pendapat pihak responden sebab 70

berlakunya perbezaan di antara

kerja pembinaan di tapak bina

dengan spesifikasi pembinaan.

5.10 Penutup 71

BAB VI KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1 Pengenalan 72

6.2 Kesimpulan 73

6.2.1 Konsep pengurusan kualiti 73

secara umum

6.2.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi 74

kualiti di tapak bina.

6.2.3 Kaedah pengurusan kualiti yang 75

diamalkan di Malaysia

6.2.4 Analisis penggunaan system 75

pengurusan kualiti secara sistemetik

dan kesannya ke atas kerja di tapak bina.

Page 16: navar

6.3 Kesimpulan Kajian 76

7.3 Cadangan Dari Hasil Kajian 76

7.4 Cadangan Kajian Lanjutan 77

RUJUKAN 79

LAMPIRAN 80

Page 17: navar

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1. Jadual 5.1 Purata Indeks bagi faktor- 54

faktor mempengaruhi kualiti

di tapak bina.

2. Jadual 5.2 Purata Indeks bagi kepentingan 58

kualiti dalam kerja pembinaan

3. Jadual 5.3 Purata Indeks bagi kepentingan 60

pengurusan dalam kerja pembinaan

Page 18: navar

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1. Rajah 1.1 Carta ringkasan metodologi kajian 5

2. Rajah 2.1 Pihak-pihak yang bertangunggjawab. 15

dalam pengurusan kualiti pembinaan 32

3. Rajah 3.1 Ujian runtuhan kon.

4. Rajah 3.2 Mesin tekanan. 34

5. Rajah 4.1 Peratus respoden mengikut kelas 46

kontraktor.

6. Rajah 4.2 Peratus jenis kerja yang dilakukan 47

oleh para responden.

7. Rajah 4.3 Peratus respoden yang diiktiraf 48

dengan MS ISO 9000 dan sebaliknya.

8. Rajah 4.4 Peratus respoden mempertimbangkan 49

kualiti dalam kerja pembinaan.

9. Rajah 5.1 Peratus responden yang menggunakan 57

pelbagai jenis spesifikasi

10.Rajah 5.2 Peratus respoden terhadap aspek kualiti 62

dalam kerja penyediaan acuan konkrit

11.Rajah 5.3 Peratus respoden terhadap aspek kualiti 63

dalam kerja pemasangan tetulang besi

12.Rajah 5.4 Peratus respoden yang berasaskan 64

rekabentuk bancuhan konkrit sebelum

kerja bancuhan dilakukan

13.Rajah 5.5 Peratus respoden terhadap aspek kualiti 65

Page 19: navar

dalam mengambil keputusan ujian

runtuhan kon.

14.Rajah 5.6 Peratus respoden semasa aspek kualiti 66

dalam kerja pengagihan dan penuangan

konkrit basah

15.Rajah 5.7 Peratus respoden terhadap aspek kualiti 67

dalam mengendalikan alat penggetar.

16.Rajah 5.8 Peratus respoden bagi aspek kualiti 68

dalam kerja pengawetan konkrit

17.Rajah 5.9 Peratus respoden yang membuat balik 69

suatu kerja pembinaan jika tidak

mencapai kualiti diingini.

18.Rajah 5.10 Peratus respoden yang menyatakan 70

sebab-sebab berlakunya perbezaan di

antara kerja pembinaan dengan

spesifikasi pembinaan

Page 20: navar

SENARAI SIMBOL

∑ - Hasil penambahan

≤ - Sama atau kurang daripada

< - Kurang daripada

Page 21: navar

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Contoh Borang Soalselidik 80

(Bahasa Inggeris)

B Contoh Borang Soalselidik 88

(Bahasa Melayu)

C Contoh Borang Pemeriksaan Kerja 96

Konkrit di Tapak Bina

D Contoh Borang Pemeriksaan Asas 97

Cerucuk di Tapak Bina

Page 22: navar

BAB I

1.1 PENGENALAN

Salah satu aspek yang digelar sebagai negara yang maju adalah dari segi

pembangunan dalam bidang pembinaan. Imej sesebuah negara ditingkatkan apabila

negara tersebut membina pelbagai jenis pembinaan yang mewah. Negara kita juga

kini terkenal dengan pembinaan-pembinaan yang tiada tandingannya. Antara

pembinaan-pembinaan yang dapat mempertingkatkan nama negara kita adalah

seperti Bangunan Kembar Petronas (KLCC), “Kuala Lumpur International Airport”

(KLIA), Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Utara Selatan dan sebagainya. Untuk

pembinaan seperti ini, dikehendaki organisasi pengurusan yang paling layak bagi

mengendalikan kerja pembinaan tersebut.

Maka untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pembinaan, suatu

organisasi harus memiliki ciri-ciri seperti kejujuran, tanggungjawab, patuh kepada

undang-undang dan sebagainya. Ciri-ciri seperti menghasilkan pembinaannya yang

berkualiti di samping mengelakkan masalah-masalah yang besar seperti bangunan

runtuh atau retak daripada berlaku turut perlu dimiliki oleh organisasi tersebut.

Oleh yang demikian, dalam menuju sebuah negara yang berjaya dalam abad

ke-21, kita mesti mempunyai kelebihan dalam persaingan secara global ataupun

dengan istilah ekonomi. Kenyataan di atas boleh dijayakan jika semua pihak dalam

industri pembinaan memberi perhatian dan bertanggungjawab terhadap masalah-

masalah yang akan wujud dalam penghasilan suatu pembinaan yang berkulaliti dan

bermutu tinggi.

Page 23: navar

1.2 Kenyataan Masalah Kajian

Industri binaan ialah suatu industri yang melakukan ativiti pengeluaran di mana

ia menghasilkan produk secara fizikal. Antara kepentingan industri pembinaan ialah

menyediakkan kemudahan untuk kegunaan orang ramai, menyediakan peluang

pekerjaan dan mengeluarkan hasil pembangunan fizikal. Di samping itu, aspek-

aspek seperti untuk menjana ekonomi negara, menghasilkan penemuan dan

meningkatkan nilai tanah juga adalah antara aspek yang dipertimbangkan dalam

industri pembinaan (Kontrak Dan Taksiran, 2003). Kualiti ialah satu unsur dalam

industri pembinaan yang memberikan suatu pengiktrafan kepada pemilik oleh

pengusaha projek bahawa hasil pembinaannya adalah selamat digunakan dan

bermutu tinggi. Maka kualiti adalah antara aspek yang penting dalam suatu projek

pembinaan. Selain tersebut, kualiti sesuatu pembinaan bukan sahaja diperlihatkan

oleh rakyat tempatan, malah rakyat asing juga tertarik dengan kualiti sesebuah

bangunan.

Kualiti biasanya diertikan sebagai memenuhi kehendak-kehendak atau

spesifikasi yang telah ditentukan. Selain itu kualiti juga boleh dianggap sebagai

keunggulan atau kecemerlangan. Dengan ini kualiti hanya boleh dirasai atau

dinikmati melalui pengalaman. Kualiti juga boleh dilihat sebagai mempunyai ciri-ciri

tertentu boleh diukur. Ciri-ciri ini adalah seperti ketahanan, rupa, rekabentuk dan

keselamatan. Pendekatan ini membawa implikasi bahawa lebih banyak ciri-ciri ini

dirangkumi dalam sesuatu produk, kos pengeluaran akan meningkat (Jurnal

Perkhidmatan Awam, 1990)

Kini kita melihat beberapa keratan akhbar yang mempaparkan pelbagai

masalah pembinaan seperti keratakan, kerosakan bangunan, kecacatan dan

sebagainya. Salah satu sebab keadaan seperti ini berlaku ialah para pengusaha projek

tidak memberi perhatian terhadap kualiti pembinaan malah hanya mengharapkan

keuntungan dan ingin menyelesaikan projeknya secepat mungkin. Walaupun kualiti

bukannya punca bagi berlakunya masalah-masalah demikian kesedaran terhadap

pengurusan kualiti awal-awal lagi boleh mengelakan peristiwa-peristiwa ini daripada

Page 24: navar

berlaku. Hal kualiti ini perlu diberi perhatian sebelum ia mengakibatkan peristiwa-

peristiwa yang tidak diingini.

1.3 Matlamat dan Objektif Kajian

Matlamat kajian ialah untuk mengkaji keperluan sistem pengurusan kualiti

di tapak bina dan kesan penggunaannya terutamanya di peringkat konkrit.

Untukmencapai matlamat ini beberapa objektif kajian digariskan, iaitu:

I. Mengkaji konsep pengurusan kualiti secara umum.

II. Mengkaji Faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti di tapak bina

III. Mengkaji kaedah pengurusan kualiti yang diamalkan di tapak di Malaysia

IV Menganalisa keperluan penggunaan sistem kualiti secara sistematik kalangan

kontraktor/firma pembinaan terpilih.

1.5 Skop

Bagi mengatasi masalah kekurangan kualiti dalam penghasilan mutu kerja ,

di samping memastikan objektif kajian dapat dicapai, skop kajian ini terbatas kepada

beberapa skop kajian berikut:

I. Mengenal pasti sejauh mana kajian ini berkisar tentang pengurusan kualiti

diimplimentasikan dalam industri pengurusan pembinaan.

II. Mengenal pasti sejauh mana kehendak-kehendak klien dipatuhi dalam kerja-

kerja pembinaan terutamanya dalam kerja asas cerucuk dan kerja konkrit.

Page 25: navar

1.6 Ringkasan Metodologi Kajian

Secara ringkasnya metodologi kajian ini ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

Maklumat-maklumat yang dikumpulkan boleh dikatogerikan kepada dua bahagian,

iaitu :

a) Maklumat Utama

I. Soal selidik

Maklumat utama untuk kajian ini diperolehi melalui soal-selidik ke

atas pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan di tapak bina.

II. Temubual

Maklumat utama juga diperolehi melalui temubual dengan pihak

pihak yang menguruskan kualiti pembinaan di tapak bina.

b) Maklumat skunder

Maklumat ini diperolehi melalui pembacaan dan rujukan literatur daripada

sumber–sumber bahan bercetak seperti buku rujukan, jurnal, tesis, majalah dan

sebagainya. Selain itu data ini juga diperolehi melalui sumber media elektronik

seperti halaman web dari internet.

Page 26: navar

KKAAJJIIAANN LLIITTEERRAATTUURR

DDAATTAA UUTTAAMMAA DDAATTAA SSKKUUNNDDEERR

TTEEMMUUBBUUAALL DDAANN MMEENNGGAAGGIIHH BBOORRAANNGG

SSOOAALL SSEELLIIDDIIKK

BBAAHHAANN BBEERRCCEETTAAKK DDAANN MMEEDDIIAA

EELLEEKKTTRROONNIIKK

MMEENNGGUUMMPPUULL DDAATTAA

MMEENNGGAANNAALLIISSAA DDAATTAA

KKEESSIIMMPPUULLAANN DDAANN CCAADDAANNGGAANN

RRAAJJAAHH 11..11 CCAARRTTAA RRIINNGGKKAASSAANN MMEETTOODDOOLLOOGGII KKAAJJIIAANN

MMEENNGGEENNAALL PPAASSTTII MMAASSAALLAAHH

Page 27: navar

BAB II

PENGURUSAN KUALITI

2.1 PENGENALAN

Kini aspek kualiti dititikberatkan dalam semua bidang kerja yang terdapat di

negara Malaysia ini. Kerajaan sedang mempertimbangkan hal pengurusan kualiti

dalam bidang kerja dengan menetapkan pelbagai spesifikasi baru serta

memperbaharui akta perundangan selaras dengan spesifikasi tersebut. Aktiviti-

aktiviti seperti ini semata-mata adalah untuk menghasilkan mutu penghasilan kerja

yang tinggi. Dalam bidang pembinaan juga, pengurusan kualiti adalah antara aspek

yang perlu dipertimbangkan oleh organisasi yang mengendalikan kerja pembinaan

tersebut. Dalam suatu pembinaan, aspek kualiti boleh diperlihatkan dalam semua

fasa pembinaan tersebut. Jika suatu pembinaan dimulakan dengan pengurusan kualiti

yang kurang memuaskan, ia mungkin akan mengakibatkan hasil binaan yang kurang

kualiti pada fasa akhir pembinaan. Oleh itu, aspek pengurusan kualiti perlu

ditegaskan pada setiap kerja dalam sepanjang suatu projek pembinaan agar tidak

berlaku kesan yang negatif terhadap mutu kerja yang dihasilkan pada hasil projek

tersebut. Sebelum mengkaji aspek pengurusan kualiti secara terperinci, seperti yang

dirancang dalam Bab I, bab ini membincangkan definisi dan kepentingan pengurusan

kualiti serta ciri-ciri pengurusan kualiti dalam industri pembinaan. Selain itu, aspek-

aspek seperti pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan kualiti dan faktor-faktor

yang mempengaruhi dalam pengurusan kualiti serta bahan-bahan yang dijadikan

sebagai rujukan dalam mengurus kualiti di tapak bina juga dibincangkan secara

mendalam dalam bab ini.

Page 28: navar

2.2 Definisi Pengurusan Kualiti Pembinaan

Pengurusan kualiti merupakan suatu aspek yang mewujudkan pengurusan

yang mempunyai objektif, perancangan strategik dan jaminan kualiti bagi

menyelesaikan kerja pembinaan serta menguruskan organisasi dengan lancar. Dalam

suatu kerja pembinaan pengurusan kualiti meliputi semua aspek seperti bahan

binaan, kewangan, organisasi, tender, perancangan dan sebagainya. Antara unsur-

unsur yang menjadi asas bagi peningkatan mutu kerja hasil pembinaan melalui

pengurusan berkualiti ialah peningkatan kualiti yang berterusan, kepuasan hati klien

dan melalui pencegahan (Jurnal Perkhidmatan Awam,1990). Jika unsur-unsur ini

terdapat dalam suatu organisasi pembinaan, maka secara tidak langsung organisasi

berkenaan juga berupaya meningkatkan taraf kualiti binaan yang dihasilkannya.

2.3 Kepentingan Pengurusan Kualiti

Memuaskan kehendak dan hati klien.

Pihak klien memerlukan hasil kerja yang berkualiti tinggi. Hal ini boleh

dilaksanakan dengan membina asetnya yang berkualiti. Untuk memperolehi

kualiti yang tinggi, syarikat yang mengendalikan projek berkenaan perlu

membertimbangkan aspek pngurusan kualiti (Abdulaziz A. Bubshait, 1999).

Untuk memastikan klien sentiasa memberi projeknya kepada syarikat

berkenaan

Sebuah syarikat pembinaan yang selalu mementingkan pegurusan kualiti

dalam kerja pembinaan biasanya disukai oleh klien bagi projek tersebut. Ini

menyebabkan mereka sudi dan sentiasa memberikan projeknya yang akan

datang kepada syarikat tersebut.

Page 29: navar

Boleh dicadangkan oleh pihak perunding semasa penawaran tender

Semasa penawaran tender suatu projek pembinaan, aspek pngurusan kualiti

juga dipertimbangkan melalui penyemakan sejarah pembinaan syarikat yang

menyertai tender tersebut. Jika sejarah pengurusan kualitinya adalah baik

serta menghasilkan pembinaan yang berkualiti maka para perunding sudi

mencadangkan syarikat berkenaan walaupun harga tendernya lebih tinggi

daripada yang lain.

Meningkatkan nama syarikat

Sesebuah syarikat yang mengutamakan aspek kualiti dalam pembinaannya,

sentiasa diberi banyak projek oleh kliennya. Selain itu mereka mencadangkan

syarikat ini kepada klien yang lain juga. Hal ini meningkatkan nama syarikat

serta membantu mendapatkan keuntungan yang banyak melalui projek yang

banyak.

Mengelakkan pembaziran tenaga, bahan dan wang.

Pengurusan kualiti yang sempurana menyebabkan penghasilan mutu kerja

yang tinggi. Maka organisai di tapak bina tidak perlu mengulangi kerja

tersebut disebabkan tidak memenuhi spesifikasi. Keadaan seperti ini

mengurangkan pembaziran bahan binaan, wang, tenaga pekerja dan masa di

tapak bina, malah menguntungkan syarikatnya (Abdulaziz A. Bubshait,

1999).

Mengurangkan kos penyelenggraan binaan

Page 30: navar

Pengurusan kualiti yang berkesan akan menghasilkan pembinaan yang

bertahan lasak, unggul dan bermutu tinggi. Keadaan ini menyebabkan

kecacatan atau kegagalan fungsi binaan kurang berlaku. Maka kos bagi tujuan

penyelenggaran pembinaan ini dapat dikurangkan (Abdulaziz A. Bubshait,

1999)

2.4 Ciri-ciri Pengurusan Kualiti

Dalam bidang pembinaan, segala hasil binaan adalah untuk memenuhi

kehendak klien. Untuk memastikan klien berpuas hati, kontraktor dan pengurus

projek perlu menitikberatkan ciri-ciri pengurusan kualiti yang berikut (Jurnal

Perkhidmatan Awam,1990) :

Keselamatan

Sentiasa menjaga keselamatan pekerja bawahan dan penghuni yang akan

menggunakan bangunan berkenaan dengan mengadakan organisasi

keselamatan dalam majikan.

Kebolehpercayaan

Memberi kepercayaan kepada klien melalui aspek-aspek seperti tiada

lewatan, menepati masa, tidak mungkir janji dan sebagainya.

Ketepatan

Pembinaan yang dihasilkan hendaklah tepat. Miasalnya, setiap permasalahan

yang timbul di tapak bina perlulah diselesaikan berdasarkan fakta-fakta yang

benar dan memenuhi spesifikasi.

Page 31: navar

Ketepatan masa

Jadual perancangan bagi kerja pembinaan harus dihasilkan pada permulaan

projek pembinaan. Diwajibkan pekerja bawahan bertindak berdasarkan jadual

tersebut. Maka sesuatu kerja boleh disiapkan sebelum masa yang ditetapkan.

Kefungsian

Hasil binaannya hendaklah berkebolehan menjalankan fungsi-fungsi tertentu

mengikut tujuannya serta mudah digunakan. Contohnya jika sebuah hospital

yang dibina, maka pihak perunding perlu menetapkan bilik kecemasan di

bahagian hadapan bangunan dalam rekabentuknya supaya pesakit boleh

dirawat secepat mungkin. Manakala, pengusaha projek pula perlu

menghasilkan laluan yang tanpa halangan ke bilik tersebut.

Ketahanan

Memastikan hasil kerjanya bertahan lasak dan tidak mudah rosak dengan

mengunakan bahan binaan mengikut kehendak spesifikasi pembinaan.

Ciri-ciri kualiti yang disenaraikan ini, bukan sahaja ditegaskan dalam kerja

pembinaan,malah ia juga perlu ditegaskan ke atas pihak-pihak yang terlibat dalam

kerja pembinaan tersebut. Pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan

kualiti di tapak bina ini, akan dibincangkan seterusnya.

Page 32: navar

2.5 Pihak-pihak yang Bertanggungjawab Dalam Pengurusan Kualiti

Klien

Klien merupakan pemilik aset yang dibina dan beliau mengeluarkan kos

pembinaan mengikut kemampuannya. Biasanya terdapat dua jenis pemilik dalam

terhadap aset yang dibina iaitu pemilik tunggal dan pemilik perbadanan. Pemilik

tunggal merupakan sesorang yang ingin membina bangunan bertujuan untuk

kegunaan sendiri. Contoh pembinaannya terdiri daripada kedai, rumah dan syarikat

perniagaan persendirian. Jika aset yang dibina kepunyaan suatu perbadanan maka

jenis pemiliknya ialah pemilik perbadanan. Pemilik perbadanan mempunyai

organisasi tersendiri di mana tugas utama organisasi tersebut ialah menguruskan

wang yang dikehendaki dan mengawas kerja di samping berusaha untuk mendapat

pembinaan seperti yang dikehendaki oleh pihak atasan, contohnya sekolah, masjid

dan bangunan koperasi.

Terdapat dua jenis pemilik perbadanan iaitu pemilik perbadanan kerajaan dan

pemilik perbadanan swasta. Pemilik perbadanan kerajaan berfungsi untuk membina

infrastruktur yang diperlukan oleh masyarakat tempatan, contohnya jalanraya, balai

raya dan hospital kerajaan. Manakala pemilik perbadanan swasta berfungsi untuk

membina bangunan seperti yang dikehendaki oleh badannya seperti bangunan

Petronas dan kilang Nestle.

Dari segi aspek kualiti, pemilik tunggal biasanya mengharapkan kualiti yang

tinggi dengan mengeluarkan kos yang rendah. Oleh kerana tidak ada pengalaman

yang luas dalam bidang pembinaan beliau memberikan segala kuasa kepada

kontraktor di mana kontraktor memberi cadangan dan idea bagi menguruskan hal

kualiti pembinaan. Akan tetapi bagi pemilik perbadanan, organisasinya menekan hal

kualiti dan meminta bantuan para perunding untuk mengawas pengurusan kualiti di

Page 33: navar

tapak bina. Bagi perbadanan berkerajaan, ia mempunyai perunding dan jurutera

tersendiri bagi menguruskan hal tersebut.

Kontraktor dan sub-kontraktor

Kontraktor merupakan pihak yang terlibat secara langsung dalam suatu

pembinaan. Mengikut akta perundangan, hanya kontraktor yang berlesen sahaja

boleh mengendalikan suatu projek pembinaan di Malaysia. Tujuannya adalah untuk

menghasilkan pembinaan yang berkualiti di samping memenuhi spesifikasi yang

ditetapkan oleh badan kerajaan. Biasanya kontraktor, ingin menyiapkan projeknya

secepat mungkin dengan mengharapkan pulangan keuntungan yang paling

maksimum. Manakala kualiti adalah perkara yang dipertimbangkan mengikut

kehendak para klien iaitu bergantung kepada kesudian klien mempertaruhkan kos

yang maksimum bagi menghasilkan pembinaan yang berkualiti.

Di negara ini, Kontraktor-kontraktor yang berlesen dikatogerikan kepada 6

kelas mengikut keupayaan mereka mengendalikan kerja pembinaan. Kontraktor

kelas A adalah kontraktor yang boleh mengendalikan projek pembinaannya yang

berkos melebihi 10 juta ringgit dan manakala kontraktor kelas F ialah kontraktor

yang hanya boleh mengendalikan projek yang kos pembinaannya kurang daripada

dua ratus ribu ringgit. Pengkelasan ini mengikut keupayaan kontraktor supaya projek

yang dikendalikannya berjalan lancar di samping menghasilkan pembinaan yang

berkualiti.

Perunding / wakil klien

Perunding merupakan pihak yang berpengalaman dalam kerja pembinaan.

Beliau dilantik oleh klien untuk mengaplikasi kehendak klien dalam rekabentuk yang

dibinanya dan memastikan rekabentuk tersebut dilaksanakan semasa pembinaan.

Perunding juga bertanggungjawab menasihatkan klien dengan memberi idea-idea

yang boleh menguntungkan klien disamping meningkatkan kualiti

pembinaan.Untuk memastikan kerja-kerja pembinaan supaya berkualiti, perunding

sentiasa melawat tapak bina dan mengawas serta berhubung dengan kontraktor

Page 34: navar

tentang perkara kualiti. Bagi badan kerajaan seperti JKR, ia mempunyai panel

perunding tersendiri kerana ia sentiasa menerima projek-projek yang perlu

dilaksanakan masa ke semasa.

Pengurus projek

Pengurus projek ialah jurutera awam yang berpengalaman dalam pengurusan

kerja pembinaan di mana pengalamnnya lebih daripada 5 tahun. Biasanya beliau

dilantik oleh kontraktor bagi mengurangkan beban kontraktor dalam menangani

masalah- masalah semasa kerja pembinaan. Pengurus projek juga bertanggungjawab

mengawas dan mengurus segala masalah di tapak bina termasuk kualiti pembinaan.

Biasanya pengurus projek melantik penyelia tapak untuk memastikan kerja-kerja

pembinaan berjalan lancar dan kualiti pembinaannya mencapai spesifikasi yang

ditetapkan.

Di samping itu, pengurus projek juga bertanggungjawab dalam pembelian

bahan binaan yang berkualiti. Terdapat sesetengah pembekal bahan binaan yang

mencampurkan bahan binaan kurang kualiti dengan bahan binaan yang berkualiti

bagi mengaut keuntungan. Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, pengurus projek

menyemak bahan yang dibelinya sebelum diguna. Penyemakan seperti ini

meningkatkan kualiti bangunan yang dibina dan mengelakkan kerugian wang.

Penyelia tapak

Penyelia tapak ialah jurutera yang dilantik oleh kontraktor atau pengurus tapak bagi

membantu pengurus tapak untuk mengendalikan kerja-kerja di tapak bina. Tugas utamanya ialah

untuk mengawas dan mengerjakan pekerja bawahan supaya kerja pembinaan berjalan lancar serta

memastikan kualiti kerjanya mencapai spesifikasi yang ditetapkan. Dalam suatu organisasi pembinaan

jika tiada pengurus projek, penyelia tapak menguruskan masalah kualiti pembinaan.

Pekerja/ buruh

Page 35: navar

Golongan pekerja ialah golongan yang perlu diberi perhatian oleh penyelia

tapak kerana biasanya pekerja ingin menyelesaikan kerjanya secepat munkin dengan

tidak memberi pertimbangan terhadap kualiti kerja. Ini adalah kerana mereka kurang

pengetahuan terhadap kesan yang akan berlaku jika berbuat demikian.

Selain daripada pihak-pihak di atas, terdapat juga pihak-pihak yang lain memberi

kesan kepada kualiti penghasilan mutu kerja dalam suatu projek pembinaan secara

tidak langsung. Antaranya ialah :

Pembekal bahan binaan

Pembekal bahan binaan biasanya mempunyai bahan binaan yang cacat,

kurang mencapai spesifikasi dan berkualiti. Untuk mengelakkan bahan tersebut

merugikan, mereka mencampur bahan tersebut dengan bahan yang baik.

Pencampuran seperti ini menjejaskan kualiti pembinaan secara tidak langsung. Selain

itu, bahan-bahan yang dibuat siap di kilang seperti asas cerucuk biasanya perlu

dilakukan ujian-ujian tertentu sebelum ia dijual kerana kualitinya mungkin terjejas

dan secara tidak langsung ia boleh mengurangkan kualiti hasil binaan akan dibina.

Akan tetapi terdapat sesetengah pembuat bahan binaan, tidak melakukan apa-apa

ujian terhadap bahan binaan tersebut bagi mengelakkannya daripada dibuang dan

lalu dijual kepada pengusaha projek. Oleh yang demikian para pengurus projek harus

memberi perhatian terhadap bahan binaan yang dibelinya supaya membina suatu

binaan yang berkualiti.

Kerajaan / badan keajaan

Kerajaan bertanggungjawab memastikan kerja-kerja pembinaan dilakukan

mengikut spesifikasi yang ditetapkan olehnya agar tidak berlaku peristiwa yang tidak

diingini. Antara langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan dan badan kerajaan

untuk meningkatkan kualiti di tapak bina ialah:

Page 36: navar

• Membuat suatu panduan mengenai kerja-kerja yang patut dibuat

semasa kerja pembinaan. Panduan ini memenuhi semua spesifikasi

pembinaan dan sesiapa yang tidak memenuhi spesifikasi tersebut

dikenakan hukuman.

• Membuat penyelidikan dan kajian yang membolehkan peningkatan

kualiti dalam penghasilan mutu kerja di tapak bina.

• Memastikan kontraktor dan jurutera yang layak sahaja dibenarkan

mengendalikan projek.

• Mengharamkan tingkah laku rasuah oleh para pengusaha dan

mengenakan hukuman terhadap pejenayah rasuah. Kegiatan rasuah

yang berlaku di tapak biasanya dihubungkan dengan soal kualiti

pembinaan, maka dengan langkah ini kualiti boleh ditingkatkan.

Page 37: navar

VVIIIIII

VVIIII

VVII

VV

II

IIIII

IIII

KKOONNTTRRAAKKTTOORR IIVV

PPEERRUUNNDDIINNGG

PPEEMMIILLIIKK

BADAN KERAJAAN PPEEMMBBEEKKAALL

PPEENNGGUURRUUSS PPRROOJJEEKK

PPEENNYYEELLIIAA TTAAPPAAKK

PPEEKKEERRJJAA

KKUUAALLIITTII PPEEMMBBIINNAAAANN

Page 38: navar

Rajah 2.1 menunjukkan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan kualiti di tapak

bina secara langsung dan tidak langsung. Huruf-huruf roman dalam rajah tersebut

menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu bagi menghasilkan

penghasilan mutu kerja yang berkualiti, iaitu:

I. Memberitahu jenis bangunan yang dikehendaki dan mengeluarkan kos

pembinaan.

II. Merekabentuk plan dan mengawasi supaya kerja pembinaan dilakukan

berdasarkan plan yang dibinanya.

III. Menetapkan spesifikasi dan akta perundangan serta mewajibkan kontraktor

menjalankan kerja pembinaan dengan memenuhi spesifikasi yang

ditetapkannya.

IV. Membekal bahan binaan yang berkualiti tinggi.

V. Mengambil alih projek dari klien dan mengendalikan kerja pembinaan

mengikut cara sendiri.

VI. Membantu kontraktor menguruskan segala aktiviti yang dilakukan semasa

kerja pembinaan termasuk pengurusan kualiti.

VII. Membantu pengurus projek mengendalikan dan mengawas pekerja yang

melakukan kerja pembinaan supaya hasil kerjanya berkuliti tinggi

VIII. melakukan kerja pembinaan seperti yang disuruh oleh penyelia tapak untuk

mencapai kualiti yang dikehendaki.

Jika pihak-pihak berkenaan melakukan aktiviti–aktiviti di atas dengan

sepenuhnya, maka kualiti di tapak bina boleh dicapai dengan mudah.

Page 39: navar

2.6 Bahan-bahan yang Boleh Dijadikan sebagai Rujukan Dalam Proses

Mengurus Kualiti Di Tapak Bina.

Bagi memudahkan kontraktor dan pemilik mengendali dan mengawasi kualiti

pembinaan, terdapat beberapa dokumen yang boleh dijadikan rujukan. Anataranya

ialah :

I. Spesifikasi pembinaan

Spesifikasi pembinaan ialah satu garis panduan di dalam kontrak yang

memenuhi kualiti pembinaan. Garis panduan ini mengandungi kehendak-kehendak

klien dan biasanya panduan ini terdapat dalam dokumen tender. Kualiti pembinaan

boleh dicapai jika kontraktor meneruskan kerja pembinaan berasaskan spesifikasi

tersebut. Akan tetapi untuk memastikan kerja pembinaan berlaku berdasarkan

spesifikasi ini, biasanya klien atau wakil klien sering melawat ke tapak dan

mengawasinya.

Dalam pengurusan kualiti pembinaan, ISO 9000 adalah antara spesifikasi

yang dijadikan sebagai garis panduan di tapak bina kerana ia merupakan panduan

spesifikasi yang diseleraskan untuk kegunaan semua negara dan tempat di dunia ini

(Yeoh Sek Chew, 1996). ISO bermaksud International Organisation for

Standalization.Di Malaysia, ia dikenali sebagai MS ISO 9000 di mana MS bererti

Malaysian Standard. Antara matlamat utama yang diteraskan dalam MS ISO 9000

ialah untuk meningkatkan kesemua aspek kualiti dalam pembinaan, untuk memenuhi

kehendak klien sepenuhnya dan untuk mengurangkan kos pembaziran di negara ini.

Selain itu spesifikasi MS ISO 9000 juga diperlukan untuk mengurangkan kos

Page 40: navar

penyelenggraan pembinaaan (Abdulaziz A. Bubshait, 1999). Menurut MS ISO 9000,

dalam industri pembinaan biasanya aspek kualiti dititikberatkan dalam penghasilan

bahan binaan berbanding semasa proses pembinaan berlaku. Ini adalah kerana ia

mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan industri pembuatan, antaranya ialah:

Projek pembinaan adalah gabungan kumpulan kerja, peralatan dan

bahan yang digabungkan di bawah satu lokasi dan cuaca yang unik.

Pengukuran prestasi pembinaan adalah bukan perkara penting dalam

penerimaan MS ISO 9000.

Ia adalah biasa bagi mempunyai kontrak yang berlainan bagi

rekabentuk dan pembinaan.

Adalah tidak mungkin untuk menolak keseluruhan projek pembinaan

yang telah siap semasa masih berada di atas nama pengusaha projek.

Keputusan untuk menolak sesuatu bahagian dengan kecacatan yang

telah siap dibina harus diambil sebelum bahagian yang lebih sempurna

digantikan.

Struktur organisasi suatu syarikat pembinaan bergantung kepada jenis

projek yang diterima manakala struktur ini juga adalah sama dengan

suatu syarikat pembinaan.

Ini menganggu kelancaran komunikasi dan tanggungjawab antara

individu.

Kos tanaga kerja dalam pembinaan adalah lebih tinggi berbanding kos

tenaga kerja pembuatan maka menganggu kepercisan perancangan

jangka panjang.

Projek pembinaan adalah sangat sukar dan memakan masa beberapa

tahun.

Dalam kajian ini spesifikasi MS ISO 9000 diambil sebagai garis panduan

kepada amalan-amalan pengurusan kualiti di tapak bina di negara kita ini. Antaranya

ialah garis panduan garis panduan JKR yang akan dibincangkan dalam bahagian

berikut.

II. Garis panduan JKR

Page 41: navar

Terdapat badan kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyelaraskan

spesifikasi MS ISO 9000 ini dan menghasilkan suatu panduan umum tentang kualiti

pembinaan agar ia senang dapat dirujuk oleh para kontraktor yang melakukan projek

pembinaan tertentu. Garis panduan ini digelar sebagai garis panduan JKR. Objektif

bagi garis panduan ini juga sama seperti objektif ISO 9000 yang dibincang tadi.

III. Lukisan pembinaan

Lukisan pembinaan diwujudkan oleh arkitek dan direkabentuk oleh perunding

bagi memudahkan kontraktor mengendalikan kerja pmbinaan. Ia merupakan rujukan

yang paling mudah di mana kontraktor boleh menghasilkan bangunan yang berkualiti

serta menjimatkan masa.

2.7 Faktor-faktor yang mempengaruhi Kualiti Pembinaan

Bahan binaan

Kualiti bahan-bahan binaan biasanya akan mempengaruhi kualiti pembinaan.

Bahan-bahan binaan yang rosak atau “sub-standard” akan mengakibatkan

penghasilan mutu kerja yang minimum. Perkara ini menyebabkan kualitinya

tidak mencapai spesifikasi yang ditetapkan. Umpamanya bahan-bahan yang

dibuat siap di kilang seperti asas cerucuk perlu diberi perhatian oleh

pengurus projek kerana ia mungkin kurang berkualiti. Di samping tersebut,

terdapat sesetengah bahan binaan menjadi rosak semasa pengakutan ke tapak

bina. Keadaan seperti ini juga boleh mengurangkan kualiti pembinaan serta

merugikan syarikatnya (Jurnal Perkhidmatan Awam,1990).

Pengawasan

Page 42: navar

Pengawasan dilakukan oleh penyelia tapak supaya projeknya berjalan

mengikut jadual yang ditetapkan di samping memenuhi kualiti yang

dikehendaki. Kualiti pembinaan yang minimum biasanya disebabkan kerana

pengawasan yang kurang oleh sesorang penyelia tapak. Penyelia tapak

seperti ini biasanya kurang memberi perhatian terhadap kesilapan yang

dilakukan oleh pekerja dan tidak mengarahkan mereka supaya berbuat

semula kerana menyusahkan dan merugikan. Hal ini mengakibatkan

kualitinya yang kurang memuaskan bagi pembinaan yang akan dihasilkan

(Jurnal Perkhidmatan Awam,1990).

Tenaga manusia

Kualiti sesuatu pembinaan juga dipengaruhi oleh keupayaan dan

motivasi para pekerja. Ini adalah kerana tahap pengunaan bahan, teknologi

dan mesin-mesin adalah bergantung kepada tenaga manusia. Jika keupayaan

dan motivasi seseorang pekerja tidak begitu memuaskan maka kualiti

pembinaan yang dihasilkan juga tidak baik. Untuk mengelakkan masalah ini

daripada berlaku keupayaan dan motivasi pekerja-pekerja ini harus

ditingkatkan. Keupayaan seseorang pekerja boleh ditingkatkan melalui

latihan dan kursus. Sementara motivasi pula boleh ditingkatkan melalui

pengiktrafan kerja, pemberian maklum balas tentang kerja, perluasan kerja

dan penglibatan pekerja.

Sikap ramah mesra penyelia tapak kepada para pekerja juga boleh

memberikan mereka bersemangat lalu membolehkan mereka menumpukan

perhatian semasa kerja pembinaan. Keadaan ini secara tidak langssung

meningkatkan kualiti kerja pembinaan (Jurnal Perkhidmatan Awam,1990).

.

Kelengkapan modal

Jika sesuatu organisasi mempunyai kelengkapan modal yang sempurna,

kualitinya boleh dipertingkatkan melalui penggunaan, penyelenggaran dan

penjadualan yang lebih baik. Akan tetapi bagi tujuan ini, para klien perlu

Page 43: navar

mempertaruhkan modal yang banyak dengan membantu kontraktor

menggunkan tenknologi yang canggih yang mampu menghasilkan kualiti yang

tinggi. Biasanya Kontraktor yang besar mempunyai dan mengaplikasikan

teknologi canggih tersebut dengan wang sendirinya. Walaupun ia bertujuan

untuk menyenangkan para kontraktor mengendalikan kerja pembinaan dengan

senang tetapi ia juga secara tidak langsung mengutamakan kualiti pembinaan

(Jurnal Perkhidmatan Awam,1990).

.

Kepimpinan

Peningkatan kualiti juga bergantung kepada factor kepimpinan. Kemimpinan

dapat mewujudkan satu suasana pengurusan dan budaya. Kerja yang

berteraskan perkhidmatan berkualiti dapat memudahkan penerapan nilai-nilai

penambahan dalam kerja. Ini adalah kerana reaksi dan tahap sokongan para

pekerja terhadap usaha-usaha memberikan kerja yang berkualiti dipengaruhi

oleh sikap dan pendirian pihak pengurusan atasan (Jurnal Perkhidmatan

Awam,1990).

2.8 Penutup

Setelah mengkaji secara mendalam mengenai pengurusan kualiti dalam bab

ini, dapat disimpulkan bahawa aspek kualiti dalam satu pembinaan bukan hanya

ditegaskan kepada pengusaha projek sahaja. Malah pihak yang terlibat secara tidak

langsung seperti pembekal juga mempunyai tanggung jawab yang besar dalam

meningkatkan kualiti suatu pembinaan. Selain itu, faktor-faktor lain seperti tanaga

manusia, kepimpinan dan kelengkapan modal juga yang perlu dipertimbangkan

dalam menghasilkan pembinaan yang berkualiti. Justeru itu, untuk menghasilkan

pembinaan yang berkualiti, spesifikasi pembinaan seperti MS ISO 9000 dan lukisan

kejuruteraan dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada pembinaan berkenaan.

Untuk memastikan kenyataan-kenyataan di atas sejauh mana di pertimbangkan

dalam amalan-amalan kerja bina, satu borang soal-selidik mengenai pengurusan

Page 44: navar

kualiti di tapak bina akan diedarkan kepada pihak-pihak di tapak bina. Tujuannya

adalah untuk mengetahui sejauh mana pihak tapak menyedari aspek pengurusan

kualiti dan mempraktikan aspek kualiti di tapak bina.

BAB III

AMALAN-AMALAN YANG BIASA DIKENDALIKAN DI TAPAK BINA

3.1 PENGENALAN

Kini kerajaan sedang menitikberatkan aspek pengurusan kualiti dalam bidang

pembinaan untuk meningkatkan keselamatan dan kualiti sesuatu hasil pembinaan.

Justeru itu, badan kerajaan seperti Jabatan Kerajaan Raya (JKR) menyelaras

spesifikasi dan membuat akta perundangan dalam bidang pembinaan misalnya semua

pembinaan diwajibkan mematuhi system piawai MS ISO 9000 dan sebagainya.

Namun di negara kita, terdapat juga masalah-masalah berkenaan dengan kualiti

sering berlaku dalam pembinaan. Ini adalah kerana, amalan yang digunakan dalam

tapak bina kurang memenuhi spesifikasi yang disediakkan. Bab ini membincangkan

perbandingan antara amalan-amalan yang biasa dilakukan di tapak bina khususnya

sebuah bangunan yang bertingkat dengan amalan yang harus dilakukan mengikut

spesifikasi yang disediakkan.

Suatu projek pembinaan biasanya mengandungi pelbagai kerja iaitu daripada

kerja memohon tender hingga kerja penyelenggran pembinaan tersebut. Manakala

tajuk kajian ini hanya menumpu terhadap kesan penghasilan mutu kerja oleh

Page 45: navar

pengurusan kualiti di tapak bina. Maka, daripada kerja-kerja pembinaan yang begitu

banyak dalam suatu pembinaan, secara khususnya bab ini akan membincangkan

amalan dan spesifikasi dua kerja utama secara terperinci iaitu kerja cerucuk dan kerja

konkrit. Kerja-kerja ini adalah antara kerja yang terpenting kerana ia mempengaruhi

kualiti mutu kerja sesuatu hasil binaan secara langsung.

3.2 Kerja Asas Cerucuk

Kerja asas cerucuk dilakukan setelah kerja tanah bagi satu projek pembinaan

siap dibuat dan permukaan tanah yang diaraskan itu mencapai keupayaan galas tanah

yang dikehendaki. Fungsinya adalah untuk memindahkan beban bangunan daripada

asas kepada lapisan tanah dan mengelakkan enapan bangunan serta untuk

mengekekalkan kedudukan bangunan (Penyediaaan Tapak dan Struktur Bawah,

2000). Biasanya satu borang pemeriksaan mengenai asas cerucuk ini akan diedarkan

kepada perunding dan penyelia tapak bina untuk tujuan penyemakan. Contoh borang

pemeriksaan asas cerucuk ini turut disertakan di bahagian lampiran kajian ini

sebagai Lampiran D. Didapati amalan-amalan yang dilakukan di tapak bina berbeza

dengan spesifikasi yang disediakan bagi kerja asas cercuck. Antaranya ialah :

3.2.1 Spesifikasi yang harus diberi perhatian :

Kerja menanam asas cerucuk haruslah dilakukan dengan berhati-hati

dan pemilihan jenis dan saiz cerucuk yang sesuai juga amat penting.

Jenis dan saiz cerucuk yang ditentukan perlulah mengikut dalam

rekabentuk cerucuk yang dihasilkan oleh perunding projek.

Sebelum pelantakan, penutup kepala dan pelindung mata cerucuk

hendaklah dipasangkan pada bahagian puncak dan bawah cerucuk

kerana bahagian tersebut senang rosak semasa pelantakan.

Page 46: navar

Cerucuk yang hendak dilantak harus mencapai 28 hari hayatnya. Ini

adalah kerana konkrit yang digunakan untuk membuat cerucuk

mencapai 60 % kekuatan hanya selepas hari ke 28. Cerucuk yang

diguna sebelum jangka hayat tersebut boleh patah atau retak semasa

kerja melantak cerucuk dilakukan. Perkara ini menyebabkan kerugian

wang dan perlu dilakukan semula.

Mengikut spesifikasi, cerucuk yang patah dan retak harus digantikan

dengan baru. Cerucuk yang patah atau retak biasanya boleh dimasuki

air bumi dan air tesebut bertindak balas dengan tetulang besi konkrit

lalu mengakibatkan pengaratan tetulang. Akibatnya ia menyebabkan

ketahanlasakan dan kekuatan konkrit dikurangkan.

Semasa menanam, cerucuk tidak boleh menyimpang 75mm dari

kedudukan yang sebenar dan jika belaku demikian perlu dicabut dan

digantikan dengan yang baru. Ini adalah untuk mendapatkan kekuatan

dan ketahanan yang maksimum daripada asas bagi tempoh yang lama

Selain tersebut, cerucuk hendaklah ditanam sehingga mencapai paras

yang ditentukan. Ia dipengaruhi oleh berat dan jatuhan pemberat yang

digunakan. Nilai paras ini, ditentukan oleh perunding kerana ia

mempengaruhi kekuatan asas bangunan.

3.2.2 Amalan yang dilakukan oleh pengusaha projek berbanding dengan

spesifikasi

Terdapat sesetengah pengusaha projek tidak menghiraukan jenis dan saiz cerucuk

yang digunakan dalam kerja menanam cerucuk. Mereka tidak berbincang dengan

perunding yang merekabentuk cerucuk tersebut sebelum kerja menanam.

Biasanya, mereka mengikut cara tersendiri dalam perlantakkan cerucuk dan cuba

mengunakan saiz dan jenis cerucuk yang kecil daripada saiz cerucuk rekabentuk

supaya boleh mendapatkan keuntungan daripadanya. Mengikut spesifikasi, saiz

atau luas permukaan dan panjang cerucuk mempengaruhi kejadian enapan dan

Page 47: navar

ketahanlasakan sesuatu bangunan. Jika cerucuk yang bersaiz kurang daripada

saiz rekabentuk digunakan, maka ia boleh mengakibatkan enapan bangunan serta

kualiti bangunan yang akan dibina juga dipengaruhi.

Masalah yang selalu timbul semasa pelantakkan cerucuk ialah sukar untuk

menetapkan muncung cerucuk tepat pada titik yang dikehendaki. Perkara ini

bukannya kerana kecuaian para pekerja malah akibat daripada hentaman yang

kuat oleh penukul besi.

Amalan yang sering dilakukan oleh sesetengah kontraktor yang hanya

mengharapkan keuntungan, kadangkala tidak menanam cerucuk sehingga

mencapai paras yang dikehendaki ataupun mereka menukar penukul yang lebih

kecil. Ini boleh menguntungkan mereka kerana penghentakannya yang kurang

berkesan.

Mengikut spesifikasi, terdapat sesetengah ujian yang perlu dilakukan ke atas cerucuk

bagi mengetahui kualiti dan keselamatan cerucuk yang akan digunakan. Satu

daripadanya ialah Ujian Beban Cerucuk (Penyediaaan Tapak dan Struktur Bawah,

2000).

3.2.3 Ujian Beban Cerucuk

Tujuan mengadakan ujian beban cerucuk adalah untuk memastikan bahawa

rekabentuk dan perlaksanaan jenis cerucuk yang dipilih adalah mencukupi.

Sekurang-kurangnya satu cerucuk ujian perlu dibuat bagi sesuatu projek. Cerucuk

ujian tersebut bukan sebahagian daripada kerja yang sebenar. Walaubagaimanapun,

kedudukan yang dipilih mestilah dapat mewakili keseluruhan tapak binaan. Oleh itu

satu cerucuk ujian tidak mencukupi bagi tapak bangunan yang luas.

Kaedahnya ialah cerucuk ujian perlu diberikan beban tambahan sekurang-

kurangnya 50% daripada beban yang sebenar. Ujian dijalankan sehingga cerucuk

tersebut hampir gagal atau gagal sepenuhnya. Sebarang beban yang tidak mencapai

Page 48: navar

beban kegagalan sepenuhnya perlu dibiarkan sekurang-kurangnya 24 jam. Cerucuk

ujian dapat digesek sehingga ke dalam yang dikehendaki atau dihentak (ini

ditentukan dengan kadar kemasukan cerucuk ke dalam tanah setiap hentakan atau siri

hentakan). Selanjutnya, salah satu ujian berikut dilakukan.

I. Membina jerajak atau pentas yang diperbuat daripada keluli atau kayu di atas

cerucuck yang diuji. Selepas itu sejumlah kenlej yang terdiri daripada blok

konkrit pratuang atau cerucuk konkrit pratuang di atas jerejak tersebut. Bicu

hidraul kemudiannya diletakkan antara kepala cerucuck dan blok konkrit dan

seterusnya ujian beban dikenakan secara perlahan-lahan. Ini bermakna,

kepala cerucuk akan diuji dengan menanggung beban kenlej tersebut.

II. Tiga cerucuck dibentuk sederet. Dua cerucuck yang di sebelah luar diikat

dengan menggunakan rasuk keluli atau konkrit merentangi cerucuk yang di

tangan. Selepas itu, bicu hidraul diletakkan di antara kepala cerucuk yang di

tengah dengan rasuk di atasnya. Tindakan ini seolah-olah ingin mencabut

kedua-dua cerucuk di sebelah tepi. Tekanan yang dikenakan terhadap cerucuk

di tengah akan diukur sehingga cerucuk tersebut mengalami kegagalan.

III. Menggunakan ujian penusukan kadar tetap. Dalam kaedah ini, cerucuk ujian

dihentak supaya menusuki tanah dengan kadar tetap secara berterusan.

Umpamanya, 0.8 mm seminit. Beban yang diperlukan untuk menghasilkan

kadar penusukan tersebut diplot terhadap pesongan atau masa. Apabila tidak

ada lagi beban yang diperlukan untuk meneruskan kadar penusukan yang

tetap, keupayaan galas paling besar telah dicapai.

Akan tetapi di tapak bina, Ujian Beban Cerucuk ini tidak dilakukan oleh para

pengusaha projek kerana mereka berpendapat cerucuk yang dibelinya daripada

pembekal itu sentiasa berkualiti. Manakala para pembekal pula menggunakan

peluang ini untuk membekal cerucuk yang cacat atau kurang memenuhi spesifikasi

lalu menyebabkan kegagalan bangunan.

3.3 Kerja-kerja Konkrit

Page 49: navar

Selain kerja cerucuk, kerja-kerja konkrit juga perlu diberi perhatian kerana ia

mempengaruhi kualiti hasil pembinaan secara langsung. Sebelum membuat kerja

konkrit, pihak tapak harus membuat perancangan yang berkesan terhadap kos, masa

dan kualiti hasil kerja konkrit supaya tidak mendatangkan kerugian pada akhir

pembinaan. Kerja konkrit merangkumi kerja-kerja seperti kerja memasang acuan,

kerja memasang tetulang, kerja membancuh dan menuang konkrit, kerja memadat

konkrit dan kerja mengawet konkrit (Kerja Batu Bata dan Konkrit,1987). Biasanya

terdapat suatu borang pemeriksaan kerja-kerja konkrit akan diedarkan kepada

perunding dan penyelia tapak untuk tujuan penyemakan. Contoh borang pemeriksaan

kerja konkrit ini disertakan dalam bahagian lampiran kajian ini sebagai Lampiran C.

3.3.1 Kerja penyediaan acuan

Acuan yang digunakan mestilah berbentuk tetap dan tidak mengecut ataupun

mengembang. Ia juga perlu bersifat tidak menyerap air dari kandungan konkrit dan

tahan lama. Kayu lembut separuh kering adalah bahan yang baik untuk membuat

acuan.

3.3.1.1 Spesifikasi yang boleh diamalkan semasa pembinaan kerja penyediaan

acuan dikendalikan

Saiz acuan haruslah mengikut lukisan pembinaan yang disahkan.

Tujuannya adalah bagi menghasilkan saiz dan bentuk konkrit yang

dibentuk seperti yang dikehendaki dalam lukisan kejuruteraan.

Di samping itu, ketebalan dan jenis acuan yang digunakan haruslah

memadai untuk menanggung berat konkrit dan menahan getaran akibat

daripada alat penggetar. Jika berbuat demikian acuan yang diguna

boleh digunakan lagi supaya kosnya boleh dikurangkan.

Akan tetapi, mengikut spesifikasi, acuan kayu yang digunakan hanya

boleh digunakan untuk tiga kali sahaja.

Page 50: navar

Acuan rasuk dan papak perlu disokong dengan tiang di bawahnya

untuk mengelakkan lenturan daripada berlaku.

Kerja penanggalan acuan adalah dipengaruhi oleh jenis elemen

bangunan seperti berikut :

a) Bagi binaan yang tidak menyokong beban :

Seperti tepi rasuk, tembok dan tiang. - 2 hingga 6 hari

Bawah rasuk dan papak - 7 hingga 14 hari

Kayu penyokong di bawah rasuk - 14 hingga 28 hari

dan papak

b) Bagi binaan yang menyokong beban :

Papan tepi - selepas 7 hari

Papan bawah - selepas 28 hari.

3.3.1.2 Amalan di tapak bina terhadap kerja penyediaan acuan.

Biasanya ada kontraktor yang menggunakan jenis acuan yang kurang

berkualiti. Acuan seperti ini cepat patah dan mempunyai ketahanan

yang minimum.

Sesetengah kontraktor menggunakan acuan-acuan ini sehingga ia

menjadi reput dan apabila konkrit dituang dalam acuan ini, ia tidak

berupaya menanggung berat konkrit lalu patah.

Kadangkala acuan yang dibuat tidak begitu rapat lalu menyebabkan

kandungan air dalam konkrit sejat keluar melalui lubang-lubang ini.

Page 51: navar

Acuan-acuan ini ditanggalkan sebelum ia mencapai jangka hayat

yang ditentukan. Akibatnya, terdapat kecacatan terhadap permukaan

konkrit yang dibentukkan.

3.3.2 Pemasangan tetulang

Kerja memasang tetulang konkrit adalah berpandukan lukisan perincian dan

lukisan arkitek. Maka penyelia tapak perlu berada semasa kerja pemasangan tetulang

kerana kesilapan kecil semasa pemasangan tetulang boleh mengakibatkan kegagalan

yang besar. Kesilapan ini juga memberi kesan yang teruk terhadap kualiti bangunan

tersebut.

3.3.2.1 Spesifikasi yang perlu dipertimbangkan dalam kerja pemasangan

tetulang

Saiz dan bilangan tetulang haruslah sama seperti dalam lukisan

perincian.

Tetulang yang digunakan haruslah tidak berkarat. Tetulang ‘standard

steel’ adalah tetulang yang tidak berkarat dan paling sesuai untuk

pembinaan. Akan tetapi , harganya adalah tidak ekonomi bagi projek-

projek kecil. Tetulang besi yang biasa digunakan di tapak bina boleh

menjadi karat jika dibiarkan terkena air. Untuk mengelakkan masalah

ini daripada berlaku, tetulang-tetulang tersebut perlu diletakkan dalam

stor atau diselimut dengan plastik sebelum ia digunakan.

Apabila tetulang dipasang ia perlu diikat dengan kuat supaya

tetulangnya tidak alih dari kedudukan. Tetulang yang tidak diikat

dengan kuat boleh menyebabkan kejadian seperti konkrit retak, patah

dan lentur.

3.3.2.2 Amalan yang berlaku di tapak bina semasa kerja pemsangan tetulang

Page 52: navar

Terdapat sesetengah kontraktor yang ingin mendapat keuntungan

yang banyak mengurangkan saiz atau bilangan tetulang sebagaimana

dikehendaki di dalam lukisan perincian. Maka konkrit yang dihasilkan

tidak mencapai ketahanlasakkan dan kekuatan yang dikehendaki. Lalu

ia mengaikbatkan masalah keratakan, lenturan dan sebagainya.

Selain itu, terdapat segelintir pekerja yang malas tidak melakukan

kerja pengikatan tetulang dengan berkesan. Biasanya mereka

mengurangkan sambungan yang perlu dibuat di bahagian tertentu.

terutamanya sambungan ini tidak mencukupi terutamanya pada

bahagian tiang.

Ada sesetengah kontraktor tidak menghiraukan masalah pengaratan

tetulang di mana tiada usaha yang diambil untuk membersihkan

tetulang yang berkarat sebelum ia digunakan. Hal ini menyebabkan

kelekatan simen ke atas permukaan besi kurang berkesan lalu

mengakibatkan ketahanlasakkan serta kekuatan konkrit tersebut

dikurangkan.

3.3.3 Kerja bancuhan konkrit

Kerja bancuhan konkrit dilakukan kuari bancuhan dan diangkut ke tapak

bina atau dibancuh di tapak bina. Nisbah bancuhan yang digunakan haruslah seperti

dalam rekabentuk bancuhan konkrit. Terdapat beberapa ujian yang perlu diuji ke

atas bancuhan konkrit basah ini sebelum ia dituang ke dalam acuan yang

disediakkan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan konkrit keras yang berkualiti

serta memenuhi spesifikasi pembinaan yang disediakkan. Antara ujian-ujiannya

ialah :

3.3.3.1 Ujian Runtuhan Kon ( slump test )

Page 53: navar

Ujian ini adalah untuk menguji kebolehkerjaan konkrit basah yang dibancuh

yakni untuk menentukan bancuhan tersebut tidak terlalu cair atau terlalu kering.

Melalui ujian ini kekuatan konkrit keras yang akan dihasilkan boleh dikawal. Berikut

adalah carakerja ujian runtuhan kon mengikut spesifikasi :

I. Acuan runtuhan kon perlu diletakkan di atas lantai yang rata dan

dibasahkan terlebih dahulu sebelum diisikan bancuhan konkrit.

II. Konkrit yang hendak diuji mestilah diambil dari bancuhan yang baru

dibuat. Konkrit tersebut perlu diisi ke dalam acuan secara berlapis-lapis

(3 lapis), dan tiap lapis mesti dimampatkan dengan cara cucukan dengan

rod besi di mana diameter dan panjangnya masing-masing 16mm dan

600mm sebanyak 25 kali sebelum disikan lapisan berikutnya.

III. Bila acuan tersebut sudah penuh, permukaan konkrit perlu diratakan

dengan menggelekkan batang besi tadi di atas acuan untuk membuang

acuan yang lebih.

IV. Seterusnya acuan tersebut perlu ditarik dalam kedudukan tegak dan

ditempatkan di sebelah spesimen konkrit. Penurunan yang berlaku pada

konkrit diukur berbanding dengan acuan (Rajah 3.1).

Penurunan yang dikehendaki bagi jenis konkrit yang berlainan adalah seperti

berikut :

Konkrit biasa tidak bertetulang : 25 hingga 50 mm

Bagi tujuan tembok penahan dan tiang : 75 hingga 125 mm

Bagi rasuk dan papak : 50 hingga 100 mm

Bagi konkrit kerja jalan dan lantai : 25 hingga 100 mm

Page 54: navar

Rajah 3.1 Ujian runtuhan kon

(Sumber: Bahan dan Binaan, 1997)

3.3.3.2 Ujian Mampatan (compression test)

Ujian mampatan dijalankan ke atas konkrit keras untuk menentukan

kekuatannya menerima tekanan. Untuk melakukan ujian ini, Mesin Tekanan (Rajah

3.2) yang biasanya terdapat di makmal Jabatan Kerja Raya (JKR) diperlukan. Ujian

ini terhadap kiub boleh dilakukan pada hari ke 3, 7, 14 dan 28 hari selepas kiub itu

dibuat. Antara prosedurnya ialah :

I. Tiga buah acuan besi yang berukuran 150mm x 150mm ×150mm perlu

disediakan.

II. Bancuhan konkrit yang baru hendaklah dimasukkan ke dalam acuan

secara berlapis-lapis (biasanya 3 lapisan), dan dicucuk-cucukkan dengan

sebatang besi 25 hingga 35 kali supaya mampat. Alat getar juga boleh

digunakan.

Page 55: navar

III. Seterusnya permukaan atas kiub itu dilicinkan dengan kulir atau pemaras

besi.

IV. Acuan yang berisi konkrit itu hendaklah disimpan di tempat yang

terlindung dan lembab selama 24 jam.

V. Kemudian, Kiub konkrit perlu dikeluarkan dari acuan, ditandakan tarikh

ianya dibuat dan dimasukkan ke dalam tangki air bagi tujuan

pengawetan.

VI. Selepas itu, dalam hari ke 3, 7, 14 atau 28, kiub konkrit tersebut

hendaklah dimasukkan ke dalam mesin tekanan dan ditekan perlahan-

lahan sehingga konkrit itu hancur. Tekanan maksimum dicatakan.

VII. Cara kerja ini haruslah diulangi bagi 2 buah spesimen lagi untuk

mendapatkan bacaan purata.

Daripada tekanan maksimum yang didapati daripada ujian ini boleh

digunakan untuk mencari kekuatan maksimum konkrit tersebut. Jika kekuatan

maksimum didapati melebihi kekuatan bancuhan rekabentuk yang disasarkan (target

mean strength) maka konkrit ini boleh digunakan untuk pembinaan.

Page 56: navar

Rajah 3.2 Mesin tekanan

(Sumber: Bahan dan Binaan, 1997)

Biasanya, menurut spesifikasi pembinaan, ujikaji-ujikaji yang disebutkan di

atas adalah diwajib dilakukan oleh pihak tapak untuk menghasilkan hasil pembinaan

yang berkualiti dan selamat.

3.3.4 Kerja mengangkut dan menuang konkrit

Kerja mengangkut dan menuang konkrit basah biasanya dilakukan dalam satu

hari di mana cuacanya cerah. Penyelia tapak perlu memastikan bahawa konkrit yang

dibancuh mengikut rekabentuk bancuhan (mix design) yang disediakkan.

Page 57: navar

3.3.4.1 Spesifikasi yang perlu dipertimbangkan dalam kerja pengagihan dan

penuangan konkrit dikendalikan

Konkrit yang basah haruslah diangkut dan dituang secepat mungkin

ke dalam acuan untuk mengelakkan pengasingan dalam konkrit.

Konkrit tidak boleh diletakkan dalam lori pembancuh melebihi 2 jam

kerana selepas jangka masa ini konkrit mula mengeras.

Konkrit yang dituang ke dalam acuan haruslah berlapis yang

tebalnya tidak boleh melebihi 600 mm (biasanya 300mm hingga

450mm) bagi setiap lapisan.

Ujian-ujian seperti ‘slump test’ harus diuji ke atas konkrit sebelum ia

dituang.

3.3.4.2 Amalan biasa yang dikendalikan di tapak bina semasa kerja pengagihan dan

penuangan konkrit basah dikendalikan

Dalam projek pembinaaan yang kecil seperti pembinaan rumah

tunggal, biasanya kontraktor tidak melantik pengurus projek atau

penyelia tapak, malah beliau sendiri cuba mengawasi keseluruhan

kerja pembinaan. Oleh kerana pengetahuan yang kurang terahadap

ciri-ciri konkrit, beliau tidak memberi perhatian terhadap spesifikasi

di atas lalu menyebabkan kualiti hasil binaannya berkurang.

Selain itu, terdapat sesetengah kontraktor yang tidak melakukan

ujian ke atas konkrit kerana mereka ingin mengaut keuntungan

melalui mengubah rekabentuk bancuhan semasa bancuhan konkrit

berlaku.

Page 58: navar

3.3.5 Kerja Memadat konkrit

Kerja memadat konkrit dilakukan dengan rod keluli atau penggetar

sepenuhnya untuk memadatkan konkrit sebanyak mungkin supaya mengelakkan

keliangan yang terdapat di dalam konkrit. Biasanya kerja ini dikendalikan oleh

pekerja yang mahir dan berpengalaman kerana kerja pemadatan yang keterlaluan

boleh mematahkan acuan.

3.3.5.1 Spesifikasi pembinaan yang boleh diamalkan semasa kerja pemadatan

konkrit

Alat penggetar hendaklah dibenam dan dikeluarkan secara perlahan-

lahan dengan kadar tidak kurang 100mm per saat.

Apabila mortar simen telah berbentuk bulat di sekeliling alat maka

pemadatannya dianggap sempurna.

Alat getar haruslah dielakkan daripada menyentuh acuan atau

tetulang. Ini adalah untuk mengelakkan acuan dan tetulangnya

berubah bentuk.

3.3.5.2 Amalan yang dibuat di tapak bina semasa kerja pemadatan

dikendalikan

Pemadatan dilakukan oleh pekerja yang kurang berkemahiran. Maka

berlakunya keadaan-keadaan seperti pengasingan, keretakan dan

pengecutan.

Selain itu pekerja yang kurang berpengalaman ini, membiarkan alat

pengetar menggetar secara lama di dalam konkrit. Tindakan ini juga

menyebabkan pengasingan berlaku.

Page 59: navar

3.3.6 Kerja Mengawet konkrit

Proses pengawetan konkrit ialah proses pengerasan konkrit pada jangka masa

yang untuk mencapai kekuatan maksimum. Bagi tujuan ini, proses tersebut

memerlukan air sekurang-kurangnya pada jangka masa 14 selepas selepas ia mula

membeku.

3.3.6.1 Spesifikasi yang perlu dititikberatkan dalam kerja pengawetan konkrit

Pada jangka masa tersebut, konkrit sentiasa perlu dibiarkan dalam

keadaan basah melalui cara-cara seperti ditutup dengan guni, habuk

kayu dan jerami yang basah atau membanjirkan permukaan konkrit.

Permukaan konkrit hendaklah dilindungi dari pancaran terus cahaya

matahari.

Penanggalan acuan hanya dilakukan setelah konkrit mengawet

sepenuhnya.

3.3.6.2 Amalan yang dilakukan oleh segilintir kontraktor semasa kerja

pengawetan dikendalikan

Untuk melakukan kerja seterusnya para kontraktor mengarahkan

pekerja untuk membuka acuan terlalu awal. Kelakuan ini

menyebabkan tidak mengeras spenuhnya lalu berlaku keretakan pada

bahagian-bahagian yang lemah ini.

Selain itu, pekerja di tapak bina ada kalanya tidak mengelakkan

konkrit daripada pancaran matahari maka tidak berlaku proses

pengawetan yang berkesan sepenuhnya.

Page 60: navar

Kontraktor tidak membelanjakan wang bagi membeli bahan-bahan

penambah yang boleh mengatasi masalah-masalah yang biasa berlaku.

Perkara ini seterusnya mendatangkan kerugian bahan.

3.4 Penutup

Setelah mengkaji secara mendalam mengenai perbezaan amalan pengurusan

kualiti di tapak bina berbanding dengan spesifikasi bagi kerja cerucuck dan kerja

konkrit dalam bab ini, dapat disimpulkan bahawa amalan di tapak bina adalah

berbeza dengan spesifikasi yang disediakkan. Sebab utama hal demikian berlaku

kerana sifat kontraktor yang ingin mempercepatkan kerja pembinaan serta sikap

mereka yang ingin mengaut keuntungan yang banyak. Selain itu, sikap pekerja yang

kurang bertanggungjawab dan kecuaian juga menyebabkan perbezaan ini berlaku.

Selain itu, perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan seperti faktor cuaca dan

kesilapan mesin pengendalian juga menyebabkan perkara sedemikian berlaku. Untuk

mengetahui amalan yang dikendalikan di tapak bina berbanding dengan spesifikasi

yang disediakkan satu kenyataan borang soal selidik akan diedarkan kepada pihak

tapak bagi memastikan kenyataan di atas adalah benar. Selain itu, tujuan soal selidik

ini juga akan membantu kajian ini dengan memberikan data secara stastistik bagi

menyelesaikan masalah pengurusan kualiti di tapak bina.

Page 61: navar

BAB IV

PENGUMPULAN DATA DAN ANALISA AWAL

4.1 PENGENALAN

Pelbagai kaedah kajian telah digunakan di sepanjang kajian ini dalam usaha

untuk memenuhi objektif-objektif yang ditetapkan dalam Bab 1. Dalam kajian

ini, dua kaedah pendekatan utama yang digunakan iaitu maklumat utama dan

maklumat skunder.

4.2 Maklumat Utama

Maklumat utama bagi kajian ini adalah dengan membuat soal selidik

melalui pengagihan borang soal selidik dan temubual dengan perekabentuk,

pengurus projek dan jurutera awam yang terlibat dengan pembinaan bangunan.

Data-data mentah yang diperolehi kemudiannya dianalisis dengan kaedah-kaedah

tertentu bagi mendapatkan kesimpulan dan seterusnya mengunsurkan beberapa

cadangan. Berikut merupakan penerangan kaedah pendekatan yang digunakan

dalam kajian ini berdasarkan jenis dan kategori maklumat itu.

Page 62: navar

4.2.1 Maklumat Dalam Bentuk Teori

Tujuan maklumat ini digunakan untuk menyokong data-data yang dikumpulkan dan

seterusnya membantu pemahaman konsep dan penyusunan data-data kajian. Secara

amnya ia melibatkan konsep, pengetahuan am dan hal-hal lain yang berkaitan dalam

bentuk teori. Maklumat yang dikumpulkan adalah melalui proses pembacaan buku-

buku rujukan, majalah, jurnal, mikrofilem serta pencarian melalui media elektronik.

4.2.2 Maklumat Dalam Bentuk Data Atau Statistik

Maklumat jenis ini melibatkan maklumat-maklumat yang perlu dianalisis

terlebih dahulu bagi membuktikan sesuatu teori yang terlibat. Hasil analisis ini

amat penting dalam menyokong objektif yang ditetapkan dan juga membolehkan

kita membuat kesimpulan pada topik-topik tertentu. Kebanyakan maklumat jenis

ini diperolehi daripada aktiviti berikut:

i. Soal selidik

Maklumat untuk kajian ini, diperolehi dengan mengadakan soal-selidik ke

atas pihak-pihak yang terlibat dalam pembinaan dan kejuruteraan awam

misalnya, jurutera awam, kontraktor, arkitek, perunding dan sebagainya.

Tujuan soal selidik ini adalah untuk memastikan, perkara-perkara yang

dinyatakan dalam kajian literatur ini, sejauh mana dipraktikan di tapak bina.

ii. Temubual

Maklumat juga diperolehi dengan mengadakan temubual dengan pihak

berkaitan pembinaan dan kejuruteraan awam.

Page 63: navar

4.2.3 Maklumat-maklumat Lain

Maklumat jenis ini diperolehi daripada sumber-sumber yang lain seperti

perbincangan ringkas dengan individu tertentu bagi mendapatkan lebih banyak

maklumat. Maklumat ini adalah penting bagi menyumbang kepada kesempurnaan

kajian ini.

4.3 Maklumat Skunder

Maklumat ini diperolehi melalui pembacaan dan rujukan literature daripada

sumber-sumber bahan bercetak seperti buku rujukan, jurnal, tesis, majalah dan

sebagainya. Selain itu data ini juga diperolehi melalui sumber media elektronik

seperti halaman web dari internet.

4.4 Kaedah Analisis Data

Data-data dan segala statistik yang dikumpul akan dianalisis dan diolah

bagi tujuan penerbitan perkara-perkara berikut:

i. Perkaitan di antara data-data dan teori yang dipertimbangkan dalam kajian.

ii. Perbandingan antara sampel-sampel yang diperolehi.

Paparan hasil daripada analisis akan ditunjukkan dalam bentuk histogram, carta

pai atau carta bar dan sebagainya bagi tujuan penyampaian yang lebih berkesan

dan efektif serta mudah difahami. Antara analisis yang digunakan adalah indeks

purata, analisis kekerapan dan peratusan.

Page 64: navar

4.4.1 Indeks Purata

Indeks purata adalah salah satu cara yang digunakan untuk menganalisis data-

data yang dikumpul dan menentukan “ranking” parameter atau faktor yang

diambil kira. Indeks purata biasanya diperolehi melalui kaedah berikut:

Indeks purata = ∑aixi

∑xi

Di mana: ai = konstant yang melambangkan pemberat bagi i

xi = pembolehubah yang melambangkan kekerapan responden bagi i

i = 0, 1, 2, 3, 4, 5 . . . . . . . .

Pengelasan bagi purata mata pula adalah seperti yang ditunjukkan dibawah:

0.00 ≤ Tidak Langsung Mempengaruhi ≤ 1.50

1.50 ≤ Jarang Mempengaruhi ≤ 2.50

2.50 ≤ Sederhana Mempengaruhi ≤ 3.50

3.50 ≤ Mempengaruhi ≤ 4.50

4.50 ≤ Sangat Mempengaruhi ≤ 5..00

4.5 Analisis Awal

Dalam bahagian ini, analisis bagi pengurusan kualiti di tapak bina akan

dibuat seperti mana yang telah dinyatakan di dalam bab I. Analisis ini adalah

dijalankan untuk mengetahui bagaimana sistem pengurusan kualiti dilaksanakan di

Page 65: navar

tapak bina. Untuk mencapai tujuan tersebut, kajian ini telah dilakukan ke atas

beberapa syarikat pembinaan khususnya syarikat yang menggunakan asas cerucuk

dan konkrit sebagai bahan binaan yang penting. Ini adalah kerana skop bagi tajuk

projek ini hanya membincangkan kualiti bagi kerja konkrit dan kerja asas sahaja.

Selain itu, kajian ini telah dijalankan di sekitar Johor Bahru sahaja.

Bagi mendapatkan data dan maklumat yang dikehendaki, satu borang soal

selidik telah disediakkan untuk memudahkan pihak responden memberi kerjasama

dalam memberi maklumat yang berkaitan dengan tujuan kajian ini. Data-data dan

maklumat yang diperolehi melalui kaedah ini kemudian dianalisis dengan kaedah

statistik yang sesuai supaya rumusan dapat dibuat dan memberi gambaran sejauh

manakah sistem pengurusan kualiti diamalkan di tapak bina.

4.6 Penyediaan Borang Soalselidik

Bagi menjalankan kajian ini, borang soal selidik merupakan instrumen utama

yang digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat yang dikehendaki. Borang

yang telah disediakkan ini kemudian dikirim melalui pos ke syarikat-syarikat yang

telah dipilih. Terdapat sesetengah borang yang diberikan secara langsung kepada

syarikat-syarikat yang berdekatan. Nama syarikat yang telah dipilih ini diambil dari

Jabatan Kerja Raya (JKR). Sebanyak 50 borang diedarkan dan hanya 34 yang telah

diterima kembali.

Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang

mengandungi soalan-soalan berkaitan dengan objektif kajian. Soalan-soalan yang

disediakkan berdasarkan kajian literatur yang telah dibuat di dalam Bab II dan Bab

III. Borang soal selidik ini mengandungi 23 soalan keseluruhannya dan dibahagikan

kepada 3 bahagian iaitu:

I. Bahagian A: Latar belakang syarikat dalam pembinaan

Page 66: navar

Sasaran bagi bahagian ini adalah pihak profesional yang berkerja di suatu

firma pembinaan kerana biasanya mereka akan mempunyai pengetahuan secara

terperinci mengenai latarbelakang firma brkenaan. Bahagian ini mengandungi 6

soalan di mana soalan-soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan latarbelakang

syarikat seperti pengalaman syarikat dalam industri pembinaan terutamanya yang

berkaitan dengan pengurusan kualiti dan masalah yang pernah dialami. Terdapat

juga soalan-soalan yang meminta pandangan dan juga pendapat mereka mengenai

faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan kualiti di tapak bina. Secara amnya,

kegunaan bahagian ini adalah untuk memastikan bahawa jenis pihak-pihak yang

akan disoalselidik adalah bersesuaian dengan seperti yang dikehendaki dalam

objektif dan skop kajian ini. Dalam bab ini, keseluruhan bagi latarbelakang firma-

firma responden akan dianalisis.

II. Bahagian B: Kepekaan syarikat berkenaan terhadap pengurusan kualiti

Sasaran bagi bahagian ini pula, pengurus kualiti sesuatu firma kerana mereka

akan mempunyai pengalaman yang dalam dalam menguruskan kualiti dalam

pembinaannya. Namun, pihak-pihak profesional yang berpengalaman juga menjadi

sasaran dalam bahagian ini. Bahagian ini pula mengandungi 8 soalan di mana soalan-

soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan pengurusan kualiti di tapak bina.

Soalan-soalan ini tertumpu kepada kefahaman dan kepekaan syarikat terhadap

pengurusan kualiti dan pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan kualiti di

tapak bina. Dalam bahagian ini juga mengandungi soalan-soalan yang berkaitan

dengan tahap kesedaran pihak di tapak bina terhadap pengurusan kualiti semasa

melakukan kerja-kerja pembinaan. Selain membantu untuk mencapai objektif kajian,

bahagian juga membantu kajian ini untuk mengetahui pandangan-pandangan pihak

di tapak bina mengenai pengurusan kualiti. Bab ini hanya akan membincangkan

analisis bagi pengenalan kepada kualiti dan pengurusan kualiti secara umum.

Soalan-soalan yang selanjutnya akan dianalisis dalam bab V nanti.

Page 67: navar

III. Bahagian C: Kesedaran syarikat berkenaan terhadap aspek-aspek

kualiti semasa melakukan kerja-kerja konkrit.

Sasaran bagi bahagian ini pula, semata-matanya pihak yang

bertanggungjawab dalam menguruskan kualiti dalam kerja konkrit. Antaranya ialah

pengurus tapak, penyelia tapak, pengurus kualiti, jurutera awam dan sebagainya.

Terdapat 9 soalan dalam bahagian ini yang meminta pandangan para responden.

Dalam bahagian ini, disenaraikan dengan aspek kualiti yang perlu diamalkan semasa

kerja-kerja konkrit dijalankan di tapak bina menurut spesifikasi. Manakala syarikat

berkenaan diminta menanda aspek kualiti yang sedang diamalkannya. Dengan ini

kefahaman syarikat tersebut terhadap aspek kualiti ini dalam kerja konkrit boleh

diketahui. Ia juga membantu untuk mengetahui perbezaan yang ketara antara

spesifikasi pembinaan dengan amalan di tapak bina. Selain untuk mencapai objektif

kajian, bahagian ini juga membantu untuk mengetahui punca berlakunya kegagalan

dalam kerja konkrit di tapak bina. Bahagian ini juga akan dianalisis dan dibincang

dalam Bab V dalam kajian ini.

Page 68: navar

4.7 Analisis Data

4.7.1 Bahagian A : Latarbelakang responden dan firma responden

4.7.1.1 Kelas-kelas kontraktor bagi firma para responden

76%

15%

3%

3%3%

0%

Kontraktor kelas A Kontraktor kelas B Kontraktor kelas CKontraktor kelas D Kontraktor kelas E Kontraktor kelas F

Rajah 4.1 Peratus respoden mengikut kelas kontraktor.

Rajah 4.1 menunjukkan peratusan kelas-kelas kontraktor yang disoal selidik.

Kebanyakan firma ini merupakan kontraktor kelas A iaitu sebanyak 76 peratus

daripada jumalah responden. Manakala firma-firma yang merupakan kontraktor

kelas B pula sebanyak 15 peratus. Firma-firma yang merupakan kontarktor kelas C,

kelas D dan kelas E yang disoal selidik masing-masing hanya tiga peratus sahaja.

Walaupun terdapat satu lagi kelas kontraktor iaitu kontraktor kelas F dalam bidang

pembinaan tetapi tiada firma dari kelas ini yang dapat disoal selidik.

Daripada analisis ini didapati bahawa kebanyakan responden ini merupakan

kontraktor kelas A dan ini menyenangkan analisis ini kerana mereka mempunyai

pengalaman yang luas dalam bidang pembinaan termasuk bidang pengurusan kualiti

pembinaan.

Page 69: navar

4.7.1.2 Jenis pekerjaan yang dibuat oleh para responden

43%

12%12%

9%

9%6% 6% 3%

Jurutera awam Pengurus tapak Lain-lainPengrus projek Kontraktor Pengurus KualitiPemaju pembinaan Perunding

Rajah 4.2 Peratus jenis kerja yang dilakukan oleh para responden

Berdasarkan Rajah 4.2, didapati bahawa sebanyak 43 peratus daripada para

responden adalah bekerja sebagai jurutera awam. Golongan jurutera ini diikuti oleh

para pengurus tapak dan pekerja-pekerja lain dengan masing-masing adalah dengan

peratus yang sama iaitu 12 peratus. Golongan pekerja-pekerja lain ini termasuk

pekerja-pekerja yang bertanggungjawab semasa ketiadaan golongan professional

misalnya pengawas tapak, penolong pengurus kualiti dan sebagainya. Oleh kerana

mereka juga mempunyai pengalaman yang besar di tapak bina pendapat mereka juga

dipertimbangkan. Selain mereka, terdapat juga golongan pengurus projek dan

kontraktor masing-masing sebanyak 9 peratus memberi pendapat mereka melalui

mengisi borang soal selidik yang diedarkannya. Para pengurus kualiti dan para

pemaju perumaan juga memberikan pendapat mereka dengan masing-masing

menanda 6 peratus borang daripada jumlah borang yang dianalisis. Akhir sekali

adalah para perunding iaitu sebanyak 3 peratus sahaja.

Sebelum membuat analisis tentang kualiti dalam sesebuah firma, data-data

mengenai pihak yang akan disoal jawab juga diperlukan supaya untuk memastikan

bidang kerja pihak berkenaan adalah berhubung kait dengan aspek kualiti di tapak

bina. Daripada analisis ini, adalah dipastikan bahawa pihak-pihak yang dikemukakan

dengan borang soal selidik ini adalah mempunyai hubung kait dengan aspek kualiti

Page 70: navar

di tapak bina. Selain itu, analisis ini juga membantu untuk mengetahui tentang pihak-

pihak yang bertanggungjawab ke atas aspek kualiti dalam sesebuah firma.

4.7.2 Bahagian B : Kesedaran responden terhadap kualiti

4.7.2.1 Kepekaan responden terhadap MS ISO 9000.

91%

9%

Diiktiraf oleh ISO Tidak diiktiraf oleh ISO

Rajah 4.3 Peratus respoden yang diiktiraf dengan MS ISO 9000 dan

sebaliknya.

MS ISO 9000 ialah suatu spesifikasi yang diberi kepada firam-firma yang

mengendalikan aspek kualiti dengan baik sebagai suatu pengiktirafan kualiti. Rajah

4.3 menunjukkan peratusan firma responden yang diiktiraf dengan MS ISO 9000.

Didapati sebanyak 91 peratus daripada firma responden diiktiraf dengan MS ISO

9000. Manakala hanya 9 peratus firma sahaja yang tidak diktiraf dengan MS ISO

9000. Menurut borang soal selidik didapati kesemua firma reponden yang diiktiraf

dengan MS ISO 9000 ini ialah daripada kontraktor kelas A dan kelas B. Manakala

kontraktor-kontraktor dari kelas C,D dan E didapati tidak diiktraf dengan MS ISO

9000. Dengan kata lain, boleh dirumuskan bahawa firma dari kontraktor kelas A dan

B sangat mementingkan kualiti melalui pengiktirafan MS ISO 9000 ini.

4.7.2.2 Kepekaan pihak di tapak bina terhadap pengurusan kualti di tapak bina

Page 71: navar

100%

0%

Mempertimbangkan aspek kualiti dalam kerja pembinaanTidak mempertimbangkan aspek kualiti dalam kerja pembinaan

Rajah 4.4 Peratus respoden yang mempertimbangkan kualiti dalam kerja

pembinaan dan sebaliknya.

Aspek kualiti dan pengurusan kualiti adalah antara aspek yang perlu diberi

keutamaan dalam mengendalikan kerja-kerja pembinaan di tapak bina. Rajah 4.4 di

atas menunjukkan peratus responden yang menyatakan kesedaran tentang aspek

kualiti di firma mereka. Daripada analisis yang dibuat didapati kesemua responden

iaitu 100 peratus responden menyatakan bahawa firma mereka mempertimbangkan

kualiti dan pengurusan kualiti di setiap kerja pembinaan yang dijalankannya.

Ini menunjukkan pihak-pihak di tapak bina mempunyai kesedaran kualiti dan

sangat mementingkan kualiti dalam pembinaannya.

4.8 Penutup

Page 72: navar

Daripada analsis ini, didapati bahawa kebanyakan pihak di tapak bina,

mengutamakan aspek kualiti sebagai suatu aspek perlu ditegaskan semasa kerja

pembinaan dijalankan. Khususnya, para responden dari kontraktor Kelas A paling

mengutamakan aspek kualiti dalam pembinaan yang dijalankan. Ini adalah kerana

sikap mereka yang ingin menjaga nama baik firma mereka dan sikap yang tidak ingin

mengahdapi masalah besar kemudian. Pengalaman mereka yang agak luas dalam

bidang pembinaan juga menyebabkan mereka sangat mementingkan aspek kualiti ini.

Oleh kerana kebanyakan firma responden ini adalah dari Kelas A dan B,

kebanyakannya mempunyai pengiktirafan MS ISO 9000 dan mempunyai kesedaran

terhadap ISO ini. aspek-aspek dibincang dalam bab ini dapat membantu bab-bab

yang akan datang nanti dan menyebabkan kajian ini dikendalikan dengan lancar.

Page 73: navar

BAB V

ANALISA PENGAMALAN KUALITI DI TAPAK BINA

5.1 PENGENALAN

Seperti yang dicadangkan dalam Bab I dan Bab VI, dalam bab ini akan

membincangkan analisis mengenai pengamalan kualiti di tapak bina. Berdasarkan

soalselidik yang dikendalikan pada awal kajian ini, setengah soalan daripada

Bahagian B dan seluruh soalan daripada Bahagian C akan digunakan bagi tujuan ini.

Selain pengamalan kualiti di tapak bina, kesedaran firma berkenaan terhadap faktor-

faktor yang mempengaruhi kualiti di tapak bina juga akan dibincangkan dalam bab

analisis ini. Pengamalan kualiti di tapak bina, adalah dibahagiduakan dalam baba ini.

Pertamanya, dengan menganalisis sejauh manakah kualiti mempengaruhi aspek-

aspek pembinaan seperti spesifikasi pembinaan, pengawasan kerja, pengawasan

bahan , kerja konkrit dan sebagainya. Keduanya, ialah menganalisis kesedaran pihak

di tapak bina terhadap aspek kualiti dalam mengendalikan korja konkrit serta

membincangkan perbezaan antara spesifikasi pembinaan dengan amalan di tapak

bina.

Akhirnya, analisis dalam bab ini juga akan membantu untuk mencapai

objektif kajian ini secara menyuluruh serta akan membantu untuk membuat

kesimpulan dan cadangan yang munasabah dalam Bab VI nanti.

5.2 Analisis Data

Page 74: navar

5.2.1 Bahagian B : Kesedaran responden terhadap kualiti

Purata Indeks (Severity index)

Sebelum meneruskan analisis ini, perlulah diwajibkan untuk mengimbas

kembali kenyataan tentang Purata Indeks yang diterangkan dalam Bab IV kerana

analsis yang seterusnya akan menggunakan kaedah purata indeks ini untuk

menganalisisnya.

Purata indeks dikira berdasarkan kepada formula berikut (Al-Hammad et al.

1996)

Purata Indeks =

Σ aixi

Σxi

Di mana: ai = konstant yang melambangkan pemberat bagi i

xi = pembolehubah yang melambangkan kekerapan responden bagi i

i = 0, 1, 2, 3, 4, 5 . . . . . . . .

Purata indeks yang didapati daripada rumus di atas akan dikategorikan bagi

mengetahui keberkesanan kualiti dalam faktor-fktor yang diseneraikan. Justeru,

sebanyak lima kategori skil yang digunakan bagi mengambarkan keutamaan faktor-

faktor dalam pengurusan kualiti, iaitu seperti berikut:

0.00 ≤ Tidak Langsung Mempengaruhi ≤ 1.50

1.50 ≤ Jarang Mempengaruhi ≤ 2.50

Page 75: navar

2.50 ≤ Sederhana Mempengaruhi ≤ 3.50

3.50 ≤ Mempengaruhi ≤ 4.50

4.50 ≤ Sangat Mempengaruhi ≤ 5..00

Dalam bab ini kaedah purata indeks akan digunakan di beberapa bahagian

untuk mendapat keputusan analisis yang sistematik. Contoh pengiraan di bawah

menerangkan cara mengira nilai purata dan penentuan tahap dengan mengambil

salah satu faktor dalam pengurusan kualiti.

Contoh pengiraan purata indeks

Analaisis Kekerapan (FA) Faktor-faktor

1 2 3 4 5

Purata Indeks

1.Pengawasan kerja pembinaan - - - 4 30 4.88

Purata Indeks = Σ aixi

Σxi

Purata Indeks = 0×1 + 0×2 + 0×3 + 4×4 + 30×5

4+30

Purata indeks = 4.88

(3.50 ≤ 4.88 ≤ 5..00)

Pengawasan kerja pembinaan adalah faktor yang “ Sangat Mempengaruhi”

kualiti.

5.2.1.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi kualti di tapak bina.

Sebanyak 5 faktor yang mempengaruhi kualiti di tapak bina telah dikenal

pasti daripada kajian literatur dan disenaraikan dalam borang soal selidik. Terdapat

Page 76: navar

34 responden telah memberikan tahap bagi setiap faktor tersebut. Purata indeks

digunakan untuk mendapat nilai purata bagi setiap faktor dan kemudian kategorinya.

Jadual 5.1 Purata Indeks bagi faktor-faktor mempengaruhi kualiti di tapak

bina.

Analaisis Kekerapan (FA) Faktor-faktor

1 2 3 4 5

Purata Indeks

1.Pengawasan kerja pembinaan - - - 4 30 4.88

2.Kemimpinan dari pihak atasan - - - 6 28 4.82

3. keadaan bahan binaan - - 2 4 28 4.77

4. Keupayaan para pekerja di tapak bina - - 1 8 25 4.71

5. Kelengkapan bahan binaan - - 6 6 22 4.47

6. Faktor-faktor yang lain - - - - - -

Jadual 5.1 menunjukkan keputusan analisis Indeks Kekerapan bagi faktor-

faktor yang mempengaruhi kualiti di tapak bina. Daripada analisis ini dapat diketahui

bahawa para responden sangat mementingkan kesemua aspek kualiti yang

disenaraikan dalam borang soal selidik. Ini adalah kerana kesemua faktor-faktor

berkenaan telah mendapat nilai 3.5 dalam Indeks Kekerapan iaitu melebihi nilai

‘sangat mempengaruhi’. Untuk membincangkan faktor-faktor ini secara terperinci

disenaraikan sebagai subtopik dalam bahagian ini:

I) Faktor pengawasan kerja pembinaan

Daripada 5 faktor yang disenaraikan, faktor pengawasan kerja pembinaan

adalah faktor yang sangat disyorkan oleh para responden dengan mendapat indeks

kekerapan yang tinggi iaitu 4.88. Ini adalah kerana para respoden berpendapat

bahawa pengawasan yang rapi boleh mengurangkan kecuaian pekerja dalam

mengendalikan kerja pembinaan dan lalu menghasilkan pembinaan yang berkualiti.

Selain itu, ia juga bertindak sebagai faktor yang mempengaruhi faktor-faktor lain

Page 77: navar

yang disenaraikan. Misalnya jika pengawasan yang rapi bagi memastikan bahan

binaan adalah sentiasa berkualiti dan bahan binaan yang berkualiti ini dapat

meninggikan tahap kualiti binaan yang dihasilkan. Maka boleh dikatakan bahawa,

faktor pengawasan ini adalah faktor yang paling mempengaruhi kualiti hasil binaan

secara langsung ataupun secara tidak langsung.

II) Faktor kepimpinan

Faktor pengawasan kerja pembinaan tersebut diikuti oleh faktor kepimpinan

dari pihak atasan. Faktor ini pula mendapat nilai indeks kekerapan sebanyak 4.82.

Kebanyakan responden mencadangkan faktor ini juga sebagai faktor terpenting

kerana mereka berpendapat kepimpinan yang berkesan dari pihak atasan boleh

menghasilkan suasana yang selesa semasa mengendalikan sesuatu kerja pembinaan.

Misalnya, firma yang memberikan gaji yang lumayan serta mempunyai sifat tolak

ansur dalam kerja pembinaan, menyebabkan pekerja-pekerjanya mengendalikan

kerja pembinaan dengan penuh bertanggungjawab. Keadaan ini dapat membantu

mereka supaya mengahasilkan binaan yang berkualiti.

III) Faktor keadaan bahan binaan

Faktor keadaan bahan binaan juga dicadangkan oleh para responden sebagai

suatu faktor yang mempengaruhi aspek kualiti di tapak bina. Faktor ini mendapat

indeks kekerapan sebanyak 4.77 dan ini dapat membuktikan bahawa pihak di tapak

bina mementingkan juga faktor keadaan binaan ini sebagai suatu faktor yang paling

mempengaruhi kualiti pembinaan walaupun ia bukannya dinyatakan sebagai faktor

utama yang mempengaruhinya. Ini adalah kerana keadaan bahan yang baik boleh

menghasilkan pembinaan yang berkualiti. Malah, keadaan bahan binaan yang tidak

mengikut spesifikasi, secara langsungnya menghasilkan pambinaan yang kurang

berkualiti walaupun faktor-faktor lain didapati seperti yang dikehendaki.

IV) Faktor keupayaan pekerja

Page 78: navar

Faktor keupayaan pekerja di tapak bina pula mendapat indeks kekerapan

sebanyak 4.71. Ini adalah kerana para responden sedara bahawa keupayaan dan

kesedaran tentang kerja pembinaan seseorang pekerja akan menghasilkan pembinaan

yang berkualiti. Misalnya seseorang pekerja yang berupaya dan sedar tentang sesuatu

kerja pembinaan serta mempunyai pengalaman yang lama dalam kerja pembinaan,

boleh menghasilkan mutu kerja yang berkualiti. Manakala pekerja yang kurang

kesedaran dan tidak berupaya membuat sesuatu kerja pembinaan serta tidak

berpengalaman, akan menghasilkan pembinaan yang berkualiti rendah.

V) Faktor kelengkapan bahan binaan

Akhir sekali faktor kelengkapan bahan binaan kurang dicadangkan oleh para

responden dengan hanya memberi 4.47 sebagai inkes purata kekerapan. Ini adalah

kerana pihak di tapak bina berpendapat bahawa bahan binaan yang lengakap

mungkin boleh meninggikan aspek kualiti terhadap suatu hasil pembinaan tetapi

kekurangan bahan binaan tidak semestinya dinyatakan sebagai suatu masalah untuk

menghasilkan pembinaan yang berkualiti. Ia juga boleh dikatakan sebagai kualiti

yang diingini, boleh dicapai walaupun tidak ada kelengkapan bahan binaan yang

baik. Namun, menurut para responden, faktor kelengkapan bahan binaan ini adalah

tidak boleh dinafikan begitu sahaja kerana ia adalah suatu faktor yang membantu

pihak di tapak bina menghasilkan pembinaan yang berkualiti dengan cara yang

mudah.

5.2.1.2 Jenis-jenis spesifikasi yang digunakan oleh sesebuah firma

Page 79: navar

100

0 0

100

0 00

85

15

6

96

0

0

20

40

60

80

100

Pera

tusa

n (%

) dar

ipad

a ju

mla

h re

spon

den

Spesifikasipiawai

Panduan JKR Spesifikasilama

Lain-lain

Ya Tidak Kadang-kadang

Rajah 5.1 Peratus responden yang menggunakan pelbagai jenis spesifikasi

Berdasarkan Rajah 5.1 yang telah dibuat, didapati bahawa kesemua 34

responden menyatakan bahawa firma mereka menggunakan spesifikasi piawai

seperti International Organisation for Standardization (ISO) dan garispanduan JKR

secara menyeluruh iaitu secara 100 peratus dalam pembinaannya. Manakala ada juga

syarikat yang menggunakan cara lama iaitu sebanyak 15 peratus syarikat daripada

jumlah syarikat yang disoal selidik. Akan tetapi, difahamkan bahawa cara ini

digunakan kadang-kadang sahaja dan digunakan untuk sesetengah kerja sahaja.

Syarikat yang menggunakan cara lama ini biasanya terdiri daripada kelas yang bawa

iaitu syarikat yang tidak mempunyai golongan profesional yang spesifik, khas untuk

kualiti dan keselamatan seperti pengurus kualiti dan sebagainya. Selain panduan-

panduan ini, ada juga panduan yang lain digunakan sebagai spesifikasi pembinaan

seperti LTA (Singapore Land Transport Authorities) digunakan dalam industri

pembuatan di Johor Bahru. Hasil pembuatan konkrit ini dibuat berdasarkan panduan

ini kerana hasil pembinaan ini akan digunakan untuk pembinaan di Singapuara.

Peratus bagi spesifikasi lain seperti ini adalah sangat kurang iaitu 6 peratus sahaja.

5.2.1.3 Kepentingan kualiti semasa kerja pembinaan di tapak bina.

Page 80: navar

Aspek kualiti adalah aspek yang penting dalam kerja pembinaan. Akan tetapi

sesetengah pihak di tapak bina berpendapat bahawa kualiti diperlukan untuk kerja-

kerja yang khusus sahaja. Untuk mengetahui pendapat mereka dengan lebih

mendalam, satu soalan mengenai kepentingan kualiti semasa kerja pembinaan, telah

disertakan dalam borang soal selidik yang diedarkan. Terdapat 12 aspek pembinaan

yang dikehendaki untuk dijawab oleh para responden. Aspek-aspek ini adalah

penting dari segi skop bagi kajian ini serta kualiti di tapak bina. Purata Indeks

digunakan untuk mendapat nilai bagi setiap faktor dan ditentukan katogerinya.

Jadual 5.2 Purata Indeks bagi kepentingan kualiti dalam kerja pembinaan

Analaisis Kekerapan (FA) Faktor-faktor

1 2 3 4 5

Purata Indeks

1. Spesifikasi pembinaan - - - 9 25 4.74

2. Pengawasan kerja pembinaan - - - 11 23 4.68

3. Pengawasan bahan binaan - - 3 6 25 4.65

4. Pemasangan tetulang besi - - - 12 22 4.65

5. Kerja bancuhan konkrit basah - - - 13 21 4.62

6. Ujian runtuhan konkrit - - 2 13 19 4.50

7. Kerja pengawetan konkrit - - 3 11 20 4.50

8. Kerja mampatan konkrit - - 3 12 19 4.47

9. Kerja cerucuk

- - 2 14 18

4.47

10. Persediaan acuan - - 2 15 17 4.44

11. Ujian mampatan konkrit - - 3 13 18 4.44

12. Kerja tuangan konkrit - - 3 14 17 4.41

13. Ujian beban cerucuk - - 8 13 13 4.15

Berdasarkan purata indeks yang telah dikira, didapati bahawa para responden

mengutamakan aspek kualiti terhadap kesemua aspek pembinaan. Ini adalah kerana,

Page 81: navar

berdasarkan data dan analisis yang telah dilakukan, didapati hampir kesemua para

responden memilih kualiti sebagai faktor yang paling penting untuk setiap aspek

pembinaan ini. Kenyataan ini dibuktikan apabila kesemua aspek pembinaan tersebut

memiliki nilai kekerapan tinggi iaitu melebihi 3.5. Nilai 3.5 ialah nilai bagi faktor

sangat mempengaruhi aspek pembinaan.

Daripada aspek-aspek pembinaan tersebut para responden memilih aspek

spesifikasi pembinaan sebagai aspek yang paling memerlukan kualiti dengan

mendapat purata kekerapan sabanyak 4.74. Aspek spesifikasi ini, diikuti oleh

pengawasan kerja pembinaan iaitu 4.68. Aspek pegawasan bahan binaan dan

pemasangan tetulang besi juga diberi diberi keutamaan oleh para responden dengan

memberi nilai kekerapan yang sama iaitu 4.65. Selain itu, aspek kerja bancuhan

konkrit basah juga disyorkan oleh para responden dengan mendapat nilai kekerapan

sebanyak 4.62. Ujian runtuhan kon dan kerja pengawetan konkrit diikutinya iaitu

4.50 sebagai purata kekerapan. Kerja cerucuk dan kerja mampatan konkrit diberi

keutamaan dengan mendapat purata kekerapan sebanyak 4.47. Selain itu, kerja

penyediaan acuan dan ujian mampatan konkrit dicadangkan oleh para responden

dengan memberinya nilai indeks purata sebanyak 4.44. Kerja penuangan konkrit

basah pula mendapat nilai kekerapan sebanyak 4.41. Akhir sekali, Ujian beban

cecrucuk telah mendapat nilai kekerapan yang terendah dalam analisis ini iaitu 4.15.

Ini adalah kerana terdapat sesetengah syarikat pembinaan yang tidak

menggendalikan kerja cerucuk. Jenis pembinaan syarikat-syarikat ini adalah seperti

pembinaan jalan raya dan pembuatan. Untuk pembinaan seperti ini, cerucuk tidak

diperlukan. Maka responden dari syarkat seperti ini, kurang memberi keutamaan

kepada kerja cerucuk semasa menanda borang soal selidik ini.

Daripada analisis ini dirumuskan bahawa para pihak di tapak bina sangat

mementingkan kualiti semasa kerja pembinaan dilakukan.

5.2.1.4 Kepentingan pengurusan semasa kerja pembinaan di tapak bina.

Page 82: navar

Pengurusan yang berkesan dapat meningkatkan tahap kualiti sesuatu kerja

pembinaan. Untuk mengetahui kenyataan tersebut sejauh mana benar, para

responden diminta untuk menjawab satu soalan mengenai kepentingan pengurusan

semasa melakukan kerja pembinaan. Aspek-aspek kerja pembinaan ini adalah sama

dengan aspek-aspek yang ditanya semasa mengkaji kepentingan kualiti. Untuk

menganalisis data-data yang diterima, kaedah Purata Indeks digunakan.

Jadual 5.3 Purata Indeks bagi kepentingan pengurusan dalam kerja

pembinaan

Analaisis Kekerapan (FA) Faktor-faktor

1 2 3 4 5

Purata Indeks

1. Spesifikasi pembinaan - - - 9 25 4.74

2. Pengawasan bahan binaan - - 1 12 21 4.59

3. Pengawasan kerja pembinaan - - 1 12 21 4.59

4. Kerja bancuhan konkrit basah

- - - 14 20 4.59

5. Pemasangan tetulang - - - 15 19 4.56

6. Kerja tuangan konkrit - - 1 13 20 4.56

7. Kerja mampatan konkrit - - 2 12 20 4.53

8. Kerja pengawetan konkrit - - 2 12 20 4.53

9. Kerja cerucuk

- - 16 18 4.53

10. Ujian mampatan konkrit - - 2 14 18 4.47

11. Ujian runtuhan konkrit - - 2 14 18 4.47

12. Penyediaan acuan - - 3 15 16 4.38

13. Ujian beban cerucuk - - 6 14 14 3.97

Selain aspek kualiti, didapati bahawa para responden juga mengutamakan

aspek pengurusan terhadap kesemua aspek pembinaan. Berdasarkan Purata Indeks

Page 83: navar

yang dikira, didapati bahawa aspek pengurusan sangat mempengaruhi kesemua

aspek pembinaan ini daripada respon yang diterima. Setiap aspek pembinaan tersebut

didapati melebihi Indeks purata yang sangat mempengaruhi iaitu 3.6.

Seperti dalam aspek kualiti, dalam aspek pengurusan juga responden

memilih aspek spesifikasi pembinaan sebagai aspek yang paling memerlukan

pengurusan dengan mendapat purata kekerapan sabanyak 4.74. Aspek spesifikasi ini,

diikuti oleh aspek-aspek seperti kerja bancuhan konkrit, pengawasan bahan binaan

dan pengawasan kerja pembinaan yang masing-masing mendapat purata kekerapan

yang sama iaitu 4.59. Kerja penuangan konkrit basah dan pemasangan tetulang besi

juga diberi diberi keutamaan oleh para responden dengan memberi nilai kekerapan

yang sama iaitu 4.56. Selain itu, kerja pengawetan konkrit dan kerja mampatan

konkrit juga disyorkan oleh para responden dengan mendapat nilai kekerapan

sebanyak 4.53. Ujian runtuhan kon dan ujian mampatan konkrit pula mendapat

indeks kekerapan sebanyak 4.47. Selain itu, kerja penyediaan dicadangkan oleh para

responden dengan memberinya nilai indeks purata sebanyak 4.38. Akhir sekali,

Ujian beban cecrucuk telah mendapat nilai kekerapan yang terendah dalam analisis

ini iaitu 3.97. Seperti aspek kualiti, ujian beban cercuk tidak begitu dipentingkan

oleh para responden kerana terdapat sesetengah syarikat pembinaan yang tidak

menggendalikan kerja cerucuk iaitu jenis pembinaan yang dikendalikan oleh

syarikat-syarikat ini adalah seperti pembinaan jalan raya dan pembuatan. Untuk

pembinaan seperti ini, cerucuk tidak diperlukan. Maka responden dari syarkat seperti

ini, kurang memberi keutamaan kepada kerja cerucuk semasa menanda borang soal

selidik ini.

Daripada analasis ini dirumuskan bahawa seperti kualiti, para pihak di tapak

bina juga sangat mementingkan pengurusan semasa kerja pembinaan dilakukan.

5.3 Bahagian C : Kualiti dalam kerja-kerja konkrit.

Page 84: navar

5.3.1 Kepekaan responden terhadap kualiti semasa kerja penyediaan acuan

konkrit di tapak bina.

0

24

94

97

100

0 20 40 60 80 100

Peratusan (%) Daripada Jumlah Responden

Acuan sentiasa dalamkeadaan yang kukuh

Saiz acuan yangdigunakan sentiasaberdasarkan lukisanpembinaanAcuan papak dan rentangdisokong oleh tiang-tiangsementara

acuan digunakan tidakmelebihi tiga kali

Rajah 5.2 Peratus respoden terhadap aspek kualiti dalam kerja penyediaan

acuan konkrit

Berdasarkan rajah yang telah dibuat, didapati bahawa kebanyakan responden

bersetuju bahawa saiz acuan yang digunakan perlu mengikut lukisan pembinaan

yang dihasilkan. Sebanyak 97 peratus daripada respoden ini bersetuju dengan

kenyataan ini dan hanya 3 peratus responden sahaja yang tidak membuat demikian.

Selain itu, semasa kerja penyediaan acuan, adalah disyorkan bahawa jenis acuan

yang digunakan perlulah kukuh dan berada dalam keadaan yang baik. Kenyataan ini

disokong oleh kesemua responden iaitu 100 peratus responden melalui borang soal

selidik yang diedarkan. Manakala bagi kenyataan bahawa sesuatu acuan perlu

digunakan kurang daripada tiga kali sahaja, tidak disetuju oleh kebanyakan

responden. Kenyataan ini jelas kelihatan apabila hanya 24 peratus responden sahaja

mempersetujui aspek kualiti tersebut dan bakinya sebanyak 76 peratus responden

mengaku bahawa mereka tidak membuat demikian. Akhir sekali, Aspek kualiti yang

dicadangkan bagi kerja acuan ialah acuan rentang dan papak suatu bangunan

sentiasa disokong oleh tiang-tiang kayu yang sementara. Aspek kualti ini dipersetujui

oleh 94 peratus responden dan manakala hanya 6 peratus responden sahaja tidak

melakukan demikian.

Page 85: navar

5.3.2 Kepekaan responden terhadap kualiti semasa pemasangan tetulang besi di tapak bina.

91

97

97

100

70 80 90 100

Peratus (%) Daripada Jumlah Responden

Saiz dan bilangantetulang sentiasamengikut lukisanpembinaanTetulang besi sentiasadiikat dengan ketat

pemasangan tetulangbesi adalah sentiasaberdasarkan lukisanpembinaantetulang besi yangdigunakan sentisatidak mempunyaipengaratan

Rajah 5.3 Respon terhadap aspek kualiti dalam kerja pemasangan tetulang

besi

Rajah 5.3 menunjukkan kesedaran para responden terhadap kerja pemasangan

tetulang besi. Berdasarkan graf bar di atas, didapati kebanyakan pihak di tapak bina

mementingkan kualiti dengan memberi perhatian yang baik semasa kerja ini

dilakukan. Kesemua responden bersetuju bahawa aspek saiz dan bilangan tetulang

besi perlulah sentisa mengikut lukisan pembinaan iaitu 100 peratus responden

menyetujui aspek ini. Manakala kenyataan seperti tetulang besi diikat dengan ketat

dan kerja pemasangan tetulang besi adalah semuanya berasaskan lukisan pembinaan,

masing-masing mendapat indeks purata yang sama iaitu 97 peratus. Akhirnya,

sebanyak 91 peratus daripada responden ini mengatakan bahawa tetulang besi yang

digunakan semasa kerja pemasangan tetulang besi ini sentiasa tidak mempunyai

karat.

Salah satu cara untuk menghasilkan hasil pembinaan yang berkualiti ialah

melalui mengawasi dan menyedari kerja pemasangan tetulang besi. Analisis terhadap

kepentingan kualiti semasa kerja pemasangan besi ini menunjukkan pihak tapak

sangat mementingkan kualiti terhadap hasil kerja pembinaan.

Page 86: navar

5.3.3 Kepekaan respoden terhadap rekabentuk bancuhan konkrit.

97%

3%

Membuat Tidak membuat

Rajah 5.4 Peratus respoden yang berasaskan rekabentuk bancuhan konkrit

sebelum kerja bancuhan dilakukan

Rekabentuk bancuhan konkrit adalah suatu rekabentuk yang mengandungi

nisbah nilai-nilai bagi simen, air dan pasir untuk mencapai berdasarkan kekuatan

konkrit serta kualiti yang dikehendaki. Rekabentuk ini biasanya dibuat oleh

perunding. Rajah 5.4 di atas menunjukkan peratusan responden yang menggunakan

rekabentuk bancuhan dan sebaliknya. Antara 34 responden berkenaan didapati 97

peratus responden mengaku bahawa mereka melakukan kerja bancuhan konkrit

berdasarkan rekabentuk bancuhan konkrit. Malah, hanya 3 peratus daripada

responden ini menyatakan bahawa mereka tidak berbuat demikian.

Daripada analisis ini, dapat dirumuskan bahawa kebanyakan responden

membuat kerja bancuhan konkrit berdasarkan rekabentuk bancuhan konkrit yang

disediakkan oleh perunding. Aspek ini dapat menghasilkan konkrit yang berkualiti

serta bermutu tinggi.

Page 87: navar

5.3.4 Kepekaan pihak tapak terhadap kualiti semasa mengambil keputusan

ujian runtuhan kon.

0

0

0

27

10000%

0 20 40 60 80 100

Peratus (%) Daripada Jumlah Responden

Lulus dan memenuhisegala aspek yangdiminta

Pada titik kritikaltetapi memenuhisegala aspek yangdimintaPada titik kritikalsahaja

Gagal sedikit dibawah titik kritikal

Rajah 5.5 Peratus respoden terhadap aspek kualiti dalam mengambil

keputusan ujian runtuhan kon.

Berdasarkan Rajah 5.5, didapati bahawa kesemua responden (100 peratus)

menyatakan bahawa mereka akan memilih suatu bancuhan konkrit apabila

keputusan ujian runtuhan kon bagi bancuhan tersebut memenuhi semua aspek yang

diminta. Manakala 27 peratus daripada responden ini menyatakan bahawa, mereka

akan memilih bancuhan tersebut sekadar keputusan ujian runtuhan kon berada pada

garis kritikal tetapi dengan syarat memenuhi aspek yang diminta. Manakala semua

responden mengaku bahawa mereka tidak akan memilih keputusan-keputusan ujian

runtuhan kon seperti pada garis kritikal sahaja, gagal tetapi pada garis kritikal dan

gagal sepenuhnya.

Analisis terhadap keputusan ujian runtuhan ini, menunjukkan bahawa pihak

tapak secara amnya bertegas dalam mementingkan kualiti semasa memilih keputusan

ujian runtuh kon.

Page 88: navar

5.3.5 Kepekaan pihak tapak terhadap aspek kualiti semasa kerja

pengangkutan dan penuangan konkrit basah di tapak bina.

32

91

91

100

0 20 40 60 80 100

Peratusan (%) Daripada Jumlah Responden

Konkrit basahDituang serta mertasetelah dibancuhMembuat unjianruntuhan kon sebelumpenuanganKerja penuangansentiasa diawasi olehpenyelia tapakKonkrit basahdituang berlapis-lapis

Rajah 5.6 Peratus respoden semasa aspek kualiti dalam kerja pengagihan

dan penuangan konkrit basah

Rajah 5.6 menunjukkan kepekaan pihak tapak terhadap kualiti semasa

menangani kerja pengangkutan dan penuangan konkrit basah. Kesemua responden

mengatakan bahawa mereka akan mengikut dan menuang konkrit yang baru

dibancuh seberapa mungkin yang cepat. Manakala kenyataan bahawa konkrit basah

perlu dituang berlapis-lapis kurang dipersetujui oleh para responden. Hanya 32

peratus responden sahaja menyatakan bahawa mereka berbuat demikian dan bakinya

sebanyak 68 peratus responden mengatakan bahawa mereka tidak berbuat demikian.

Selain itu, sebanyak 91 peratus responden mengaku bahawa kerja penuangan konkrit

basah diawasi oleh penyelia tapak dan membuat ujian runtuhan kon sebelum kerja

penuangan konkrit basah.

Daripada analisis ini, dapat dirumuskan bahawa pihak di tapak

mementingkan aspek kualiti melalui melakukan kerja pengagihan dan penuangan

konkrit basah seperti dalam spesifikasi. Malah hanya kerja penuangan konkrit basah

secara berlapis-lapis sahaja tidak dipentingkan oleh pihak tapak. Ini adalah mungkin

kerana cara demikian mungkin memakan masa yang lama hingga menjadikan konkrit

basah menjadi keras.

Page 89: navar

5.3.6 Kepekaan pihak tapak terhadap aspek kualiti semasa mengendalikan

alat penggetar.

0

0

6

91

100

0 20 40 60 80 100

Peratusan (%) Daripada Jumlah Responden

Pekerja mahir

Kontraktor

Pengurus tapak

Pekerja tidak mahir

Tidak dalam penggunaan

Rajah 5.7 Peratus respoden terhadap aspek kualiti dalam mengendalikan

alat penggetar.

Di tapak bina, selepas melakukan kerja penuangan konkrit, konkrit tesebut

perlulah dimampat dan dipadatkan dengan menggunakan alat penggetar. Untuk

menggendalikan alat ini, pekerja yang mahir diperlukan kerana ia mempengaruhi

kualiti konkrit keras yang dihasilkan. Rajah 5.7 diperolehi melalui soal selidik dan

menunjukkan pihak-pihak yang mengendalikan alat penggetar ini. Semua syarikat

mengaku bahawa mereka menggunakan alat penggetar ini untuk memadatkan konkrit

basah. Menurut para responden, secara amnya di semua syarikat pembinaan, pekerja

mahir yang dibenarkan untuk menggendalikan alat berkenaan. Akan tetapi, 91

peratus daripada syarikat-syarikat juga ini membenarkan kontraktor mengendalikan

alat penggetar ini. Selain kontraktor dan pekerja mahir, 6 peratus daripada syarikat-

syarikat ini menyatakan bahawa alat penggetar ini kadang-kadang dikendalikan oleh

pengurus tapak. Akhir sekali, para responden menyatakan bahawa alat penggetar

tidak langsung dikendalikan oleh pekerja tidak mahir.

Daripada analisis ini, didapati bahawa kegunaan alat penggetar disyorkan

oleh semua responden dan dengan ini boleh dirumuskan bahawa dengan penggunaan

alat tersebut pihak di tapak bina mementingkan kualiti pembinaan yang dihasilkan.

Page 90: navar

5.3.7 Kepekaan pihak tapak terhadap aspek kualiti semasa kerja pengawetan

konkrit dijalankan di tapak bina

35

56

100

100

0 20 40 60 80 100

Peratusan (%) Daripada Jumlah Responden

Sentiasa dibekalkanair

Menanggal acuanhanya selepas konkritmencapai kekuatanyang diinginiMenggunakan bahanpenambah kimia

Menutup permukaankonkrit daripadaterkena cahaya

Rajah 5.8 Peratus respoden bagi aspek kualiti dalam kerja pengawetan

konkrit

Kerja pengawetan konkrit juga meninggikan kualiti konkrit keras yang

dihasilkan. Terdapat empat aspek kualiti yang disarankan oleh MS ISO 9000 dan

kesedaran responden terhadap aspek kualiti ini didapapti melalui analisis yang

dibuat. Rajah 5.8 menunjukkan hasil analisis yang dinyatakan oleh pihak responden.

Berdasarkan graf tersebut, kesemua responden iaitu 100 peratus responden

menyatakan bahawa konkrit yang sedang mengawet sentiasa dibekalkan dengan air.

Mereka juga bersetuju dengan 100 peratus supaya menanggal acuan konkrit

ditanggalkan hanya setelah konkrit yang mengawet mencapai kekuatan yang diminta.

Selain itu, hanya 35 peratus daripada responden ini sahaja mengaku bahawa menutup

konkrit yang sedang mengawet untuk mengelak daripada terkena cahaya matahari.

Manakala bakinya 65 peratus tidak berbuat demikian. Akhir sekali, kegunaan bahan

penambah kimia hanya dilakukan oleh 56 peratus daripada jumlah syarikat ini.

Manakala 44 peratus syarikat yang lain tidak berbuat demikian.

Daripada analisis ini, dapat dirumuskan bahawa pihak di tapak bina tidak

begitu mementingkan bahan penambah dan menutup permukaan konkrit. Keadaan

ini mungkin mengurangkan kualiti konkrit keras yang dihasilkan. Akan tetapi para

pihak tapak sangat mementingkan pembekalan air dan penanggalan acuan setelah

Page 91: navar

konkrit mencapai kekuatan yang dicapai. Kenyataan ini mempaparkan kefahaman

mereka terhadap aspek kualiti semasa kerja pengawetan konkrit ini dilakukan di

tapak bina.

5.3.8 Kepekaan pihak di tapak bina jika sesuatu kerja pembinaan tidak

mencapai kualiti yang diingini

94%

6%

Membuat balik Tidak membuat balik

Rajah 5.9 Peratus respoden yang membuat balik suatu kerja pembinaan jika tidak memncapai kualiti diingini.

Berdasarkan Rajah 5.9, didapati bahawa sebanyak 94 peratus daripada

responden mengatakan bahawa firma mereka akan membuat balik suatu kerja

pembinaan jika kerja tersebut tidak mencapai kualiti yang diingini. Manakala hanya

6 peratus daripada responden berkata bahawa mereka tidak berbuat demikian.

Daripada analisis yang dibuat, boleh dirumuskan bahawa kebanyakan

responden mementingkan hasil kerja pembinaan yang dihasilkan adalah berkualiti.

Walaubagaimanapun masih terdapat segelintir responden yang tidak mementingkan

kualiti, dengan membiarkan kegagalan berterusan seterusnya menghasilkan kualiti

pembinaan yang sub-standard.

Page 92: navar

5.3.9 Pendapat pihak di tapak bina terhadap sebab-sebab yang menyebabkan

perbezaan di antara kerja pembinaan di tapak bina dengan spesifikasi

pembinaan.

9

29

38

88

0 20 40 60 80 100

Peratusan (%) Daripada Jumlah Responden

Kecuaian pekerja

Kurang kesedaranterhadap aspekkualitiPenglibatan Orangketiga

Menggunakanspesifikasi lama

Lain-lain

Rajah 5.10 Peratus respoden yang menyatakan sebab-sebab berlakunya

perbezaan di antara kerja pembinaan dengan spesifikasi pembinaan

Berdasarkan Rajah 5.10, didapati kebanyakan responden mengatakan bahawa

kecuaian pekerja adalah antara sebab utama yang menyebabkan perbezaan di antara

spesifikasi dengan kerja pembinaan. Ini dibuktikan apabila 88 peratus responden

bersetuju dengan kenyataan ini. 9 peratus daripada responden ini menyatakan sebab

bahawa kerja pembinaan dilakukan berdasarkan spesifikasi lama. Manakala 81

peratus responden tidak menyetujui kenyataan tersebut. Terdapat 38 peratus

responden ini menyatakan bahawa faktor kurang kesedaran terhadap aspek kualiti

sebagai suatu faktor berlakunya demikian. Akhir sekali faktor penglibatan orang

ketiga telah disyorkar oleh 29 peratus responden sebagai salah satu sebab terjadinya

perbezaan antara spesifikasi dan kerja pembinaan.

Daripada analisis ini, dapat dirumuskan bahawa kualiti kerja pembinaan

biasanya dipengaruhi oleh faktor seperti kecuaian pekerja. Manakala faktor-faktor

seperti kurang kesedaran terhadap kualiti, penglibatan orang ketiga dan kerja

pembinaan dilakukan berdasarkan spesifikasi lama sebagai faktor-faktor yang kurang

mempengaruhi kualiti hasil kerja pembinaan.

Page 93: navar

5.4 Penutup

Dalam Bab V ini, respon daripada firma-firma pembinaan serta analisis yang

sistematik telah membantu untuk mengenal pasti beberapa faktor yang

mempengaruhi pengurusan kualiti di tapak bina daripada yang paling mempengaruhi

sehingga yang jarang mempengaruhi iaitu faktor pengawasan, kepimpinan, bahan

binaan, keupayaan pekerja dan kelengkapan modal. Tiada satu faktor pun yang tidak

mempengaruhi pengurusan kualiti dan ini menunujukkan bahawa kesemua faktor

yang disenaraikan adalah penting dalam melaksanakan pengurusan kualiti yang

berkesan. Di samping itu, kepekaan para pihak di tapak bina terhadap aspek kualiti

semasa membuat kerja pembinaan dapat diketahui dengan lebih dalam melalui

analisis ini. Khususnya semasa membuat kerja konkrit dan kerja asas cerucuk dan

kesedaran pihak di tapak bina ini terhadap aspek kualiti dapat dianalisis dengan baik.

Daripada analisis ini juga dapat dirumuskan bahawa kebanyakan pihak di tapak bina

ini mementingkan aspek kualiti dalam kerja pembinaan berkenaan.

Akhirnya boleh dikatakan bahawa seperti yang dirancang melalui Bab V ini,

objektif yang disenaraikan dalam Bab I dapat dicapai dan ini dapat membantu untuk

membuat kesimpulan dan cadangan dalam Bab VI nanti.

Page 94: navar

BAB VI

KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1 PENGENALAN

Dalam bab yang terakhir ini, akan membincangkan kesimpulan yang

diperolehi daripada kajian yang dijalankan. Kesimpulan yang dibuat adalah

berdasarkan kepada analisis yang telah dibuat di dalam Bab V. Dalam bab ini juga

akan membincangkan sama ada objektif kajian ini telah dicapai atau sebaliknya

berdasarkan analisis yang telah dibuat. Kesimpulan yang dibuat merangkumi segala

aspek kajian terutamanya kajian terhadap pengurusan kualiti di tapak bina.

Selain itu, bab ini juga akan menyatakan cadangan-cadangan terhadap

pengurusan kualiti dalam pembinaan terutamnya di tapak bina. Cadangan yang

dinyatakan adalah berdasarkan kepada keputusan kajian yang telah dibuat. Terdapat

juga cadangan-cadangan untuk kajian lanjutan. Berdasarkan kepada cadangan-

cadangan ini, akan memudahkan lagi kajian secara mendalam tentang pengurusan

kualiti dalam pembinaan terutamnya di tapak bina dibuat.

Page 95: navar

6.2 Penilaian Objektif

Pengurusan kualiti merupakan suatu elemen yang penting dalam suatu projek

pembinaan dan ia turut tidak boleh diabaikan dalam menjalankan setiap subkerja

pembinaan misalnya kerja konkrit. Perlaksanaannya dari peringkat awal hingga

peringkat akhir pembinaan amat penting bagi memastikan segala kerja berjalan

lancer dan memenuhi tahap kualiti yang dikehendaki. Setiap pihak yang menceburi

sesuatu projek pembinaan perlu sedar akan kepentingan perlaksanaan pengurusan

kualiti terutamanya di tapak bina kerana ia membabitkan mutu kerja pembinaan dan

keselamatan orang awam. Oleh yang demikian, kesimpulan yang dibuat adalah

berdasarkan kepada objektif kajian iaitu:

6.2.1 Objektif 1: Konsep pengurusan kualiti secara umum

Pengurusan kualiti di tapak bina merupakan suatu pengurusan yang

sistematik ke atas bahan binaan, perkhidmatan dan kerja pembinaan supaya hasil

pembinaannya memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Ia merupakan teknik

pengurusan dan aktiviti untuk memastikan hasil pembinaan mengikut spesifikasi.

Aktiviti-aktiviti berkenaan termasuk pemeriksaan rekabentuk, ujian-ujian semasa

pembinaan, pengawasan semasa kerja pembinaan , pemeriksaan bahan binaan dan

sebagainya. Pengurusan kualiti juga sebagai maklum balas bagi pengesanan awal

terhadap bahagian yang memerlukan perhatian dan pembetulan dari segi aspek

kualiti. Dalam kajian ini, objektif ini telah dicapai melalui kajian literatur dan

analisis setelah membincangkan aspek-aspek seperti definasi kualiti dan definisi

pengurusan kualiti, kepentingan kualiti dalam pembinaan, pihak yang

bertanggungjawab dalam pengurusan kualiti dalam pembinaan serta bahan yang

dijadikan sebagai panduan dalam menguruskan kualiti.

6.2.2 Objektif 2: Faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti di tapak bina.

Kualiti di tapak bina boleh dipengaruhi oleh banyak faktor sama ada secara

langsung atau tidak langsung. Faktor-faktor ini adalah penting bagi firma yang

bersedia menjalankan pengurusan kualiti di tapak bina. Berdasarkan kajian literatur

Page 96: navar

dan analisis yang telah dibuat, didapati bahawa semua faktor-faktor yang disenarai

adalah mempengaruhi kualiti di tapak bina. Faktor-faktor ini adalah berkaitan dengan

bahan binaan, pengawasan, keupayaan pekerja, kelengkapan modal dan kepimpinan.

Walaubagaimanapun, berdasarkan analisis yang telah dibuat, pengawasan

kerja pembinaan adalah faktor yang paling mempengaruhi kualiti di tapak bina. Ini

kerana faktor tersebut memastikan setiap aktiviti kualiti di tapak bina diuruskan

dengan mudah. Jika salah satu aktiviti pembinaan tidak dapat mencapai kualiti yang

dikehendaki, ia dapat dikesan dengan mudah melalui pengawasan ini dengan segera

dan seterusnya tindakan yang wajar dapat diambil untuk mengatasinya. Manakala

pengawasan yang kurang berkesan menyebabkan kualiti tidak dicapai untuk sesuatu

aktiviti pembinaan secara terusnya. Maka boleh dikatakan bahawa faktor

pengawasan ini merupakan faktor yang paling mempengaruhi suatu hasil pembinaan.

Manakala kebanyakan responden berpendapat bahawa mempunyai

kelengkapan bahan binaan adalah sebagai suatu faktor yang jarang mempengaruhi

kualiti di tapak bina. Ini adalah kerana para pihak di tapak bina berpendapat bahawa

aspek kualiti boleh diuruskan dengan baik walaupun ketiadaan kelengkapan bahan

binaan yang canggih. Maka boleh dikatakan bahawa pihak di tapak bina

mementingkan kualiti dalam sesuatu aktiviti pembinaan walaupun teknologi yang

digunakan dalam firma tersebut adalah kurang canggih.

Di samping itu, faktor-faktor lain yang disenarai juga dtitikberatkan oleh

pihak-pihak di tapak bina supaya masalah-masalah kualiti dapat diuruskan dengan

baik.

6.2.3 Objektif 3: Kaedah pengurusan kualiti yang diamalkan di Malaysia

Berdasarkan kajian literatur yang telah dibuat, didapati bahawa kaedah-

kaedah yang biasanya digunakan dalam kerja pembinaan adalah seperti yang

ditegaskan dalam spesifikasi pembinaan ataupun panduan JKR. Ini adalah dibuktikan

melalui analisis yang dilakukan ke atas pihak di tapak bina mengenai kesederan

mereka terhadap aspek kualiti dalam sestengah kerja pembinaan. Kerja-kerja tersebut

Page 97: navar

adalah kerja konkrit, kerja asas cerucuk, pengawasan kerja, pengawasan bahan

binaan dan ujian-ujian di tapak bina. Oleh kerana kerja-kerja ini adalah kerja utama

dan dianggap sebagai penting bagi sesuau pembinaan, maka aspek-aspek kualiti yang

boleh diamalkan semasa kerja-kerja pembinaan ini dilakukan disenaraikan dalam

kajian literatur. Aspek-aspek kualiti yang disenaraikan ini adalah kesemuanya

berdasarkan spesifikasi piawai pembinaan. Selain itu dalam kajian literatur,

perbezaan di antara spesifikasi pembinaan dengan kaedah-kaedah yang biasanya

diamalkan di negara ini disenaraikan secara sistematik dan perbezaan ini dapat dikaji

melalui soal selidik yang dilakukan ke atas pihak di tapak bina. Ini dapat

memaparkan perbezaan di antara spesifikasi pembinaan dengan amalan di tapak bina

secara praktikal.

Secara keseluruhan, keputusan daripada soalselidik ini menunjukkan tidak

terdapat perbezaan yang besar di antara spesifikasi pembinaan dengan amalan di

tapak. Maka boleh disimpulkan bahawa pihak di tapak bina sentiasa mementingkan

kualiti semasa kerja pembinaan dilakukan berdasarkan spesifikasi pembinaan secara

menyeluruh.

6.2.4 Objektif 4: Menganalisa keperluan penggunaan sistem kualiti secara

sistematik di kalangan kontraktor/firma pembinaan

terpilih.

Kajian literatur yang disediakkan dalam Bab II dan Bab III adalah

mengandungi kenyataan-kenyataan mengenai kualiti yang diambil daripada pelbagai

sumber pengetahuan. Kenyataan-kenyataan ini mungkin tidak sesuai atau tidak

diamalkan oleh firma-firma di Malaysia ini. Untuk mengetahui pendapat mereka

tentang aspek kualiti dalam pembinaan dan perbandingan antara amalan mereka di

tapak bina dengan spesifikasi pembinaan suatu kajian dilakukan melalui

mengedarkan borang soal selidik kepada mereka. Daripada respon yang diterima

melalui borang soal selidik ini, pelbagai analisis telah dibuat dalam Bab V. Dalam

analisis yang dibuat dalam Bab V, kesemua objektif kajian telah dicapai serta

maklumat-maklumat lain seperti latarbelakang firma responden dan kesedaran pihak

Page 98: navar

responden terhadap spesifikasi pembinaan juga dapat diketahui. Keputusan analisis

yang diterima telah ditunjukkan secara sistematik.

Secara keseluruhannya, analisis yang dibuat menunjukkan kebanyakan firma

mementingkan aspek kualiti dalam pembinaan iaitu dengan mencadangkan kaedah-

kaedah yang sepatutnya dilakukan seperti mana yang dicadangkan dalam kajian

literatur kajian ini. Daripada analisis ini dapat diketahui bahawa, Perbezaan antara

spesifikasi pembinaan dengan amalan di tapak bina tidak begitu ketara. Analisis ini

juga mengenalpasti segelintir daripada firma-firma ini yang kurang mempunyai

kesedaran dalam aspek kualiti tetapi cadangan mereka sebab bertindak demikian juga

dapat diambil berat. Kebanyakannya berpendapat, sesetengah aspek kualiti yang

dicadangkan dalam borang soal selidik adalah tidak berkenaan dengan jenis

pembinaan firma mereka. Walaubagaimanapun secara keseluruhannya, analisis ini

sudah membantu dalam mencapai objektif kajian ini.

6.3 Kesimpulan Kajian

Daripada kajian literatur dan analisis yang dibuat dalam kajian ini, dapat

disimpulkan bahawa matlamat kajian ini iaitu mengkaji keperluan sistem pengurusan

kualiti di tapak bina dan kesan penggunaannya terutamanya di peringkat konkrit

dapat dicapai.

6.4 Cadangan Dari Hasil Kajian

Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan, didapati bahawa walaupun

kebanyakan firma telah sedar akan kewujudan spesifikasi piawai pembinaan dalam

pembinaan namun mereka masih tidak faham akan kepentingan pengiktirafan. Selain

itu, masalah yang paling banyak berlaku dalam pembinaan ialah mutu kerja binaan.

Di samping itu, masih terdapat firma yang tidak mempunyai pengurus kualiti untuk

Page 99: navar

mengawasi kualiti pembinaan. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini,

beberapa cadangan telah dibuat, antaranya:

i) Untuk meningkatkan kesedaran pihak di tapak bina tentang pentingnya

pengiktirafan MS ISO 9000, pihak yang bertanggungjawab terutamnya

SIRIM perlulah memainkan peranan bagi memastikan semua kontraktor

di Malaysia mendapat pengiktiraan ini. Ini boleh dilaksanakan dengan

menganjurkan program seperti seminar, ceramah dan juga kursus. Ini

akan membantu pihak kontraktor memahami dengan lebih jelas dan

seterusnya memhon sijil tersebut.

ii) Bagi menyelesaikan masalah mutu kerja binaan di tapak bina, pihak di

tapak bina perlulah bertanggungjawab mengenalpasti punca-punca

masalah secara menyeluruh supaya langkah-langkah yang bijak dapat

ditentukan dengan segera.

iii) Bagi menyelesaikan masalah kualiti di tapak bina, setiap kelas firma

perlu melantik sekurang-kurangnya satu pengurus kualiti untuk mengurus

aspek kualiti di tapak bina. Jika firma berkenaan tidak berupaya untuk

melantik pengurus kualiti, dicadangkan supaya mereka sentiasa menerima

nasihat daripada firma pengurus kualiti yang berkhidmat secara

persendirian.

iv) Selain itu, untuk mengatasi masalah-masalah seperti kecuaian pekerja dan

kelekaan pihak pengurus pembinaan dicadangkan supaya mereka

menghadiri seminar-seminar kualiti secara praktikal. Tindakan ini

membolehkan mereka mementingkan kualiti dan mengurangkan kecuaian

di tapak bina.

v) Akhir sekali, pihak kerajaan juga sentiasa perlu mengadakan kursus-

kursus mengenai kualiti dan menguatkuasa akta perundangan untuk

mengelakkan gejala rasuah berlaku dalam projek pembinaan.

Page 100: navar

7.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Berikut adalah cadangan kajian lanjutan berhubung dengan pengurusan

kualiti di tapak bina.

i) Kajian boleh dijalankan terhadap keberkesanan mempunyai sijil

pengiktirafan MS ISO 9000 di tapak bina bagi kontraktor yang berjaya

memohonnya.

ii) Kajian boleh dijalankan bukan sahaja terhadap kualiti kerja konkrit dan

kerja asas cerucuk tetapi boleh dijalankan terhadap semua kualiti aktiviti-

aktiviti binaan di tapak bina supaya fakor-faktor yang dapat

mempengaruhi kualiti semua aktiviti pembinaan dapat dikenalpasti

secara menyeluruh dan menjadi rujukan pada masa hadapan

iii) Kajian juga boleh dijalankan bukan sahaja terhadap tapak bina sahaja,

oleh kerana kualiti boleh dipertimbangkan kepada semua aspek

pembinaan, kajian juga boleh dijalankan terhadap pengurusan sesuatu

firma pembinaan.

Page 101: navar

RUJUKAN

1. Atkinson, G (1995), “Construction Quality and Quality Standard”, E & FN Spon., United Kingdom.

2. Tan, Boon Tong (1987), “Kerja Batu Bata dan Konkrit”, Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

3. Hideo Izumida (1987), “Kerja Binaan Bangunan”, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

4. Reenor Mohamed (1992), “Amalan Pengawalan Kualiti Oleh Kontraktor di

Dalam Projek Pembinaan”. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

5. Dr Aminah Md Yusof (2003), “Kontrak Dan Taksiran”, Jabatan Struktur

Dan Bahan, Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM, Skudai.

6. Abdul Hakim Mohammed (2000), “Penyediaan Tapak dan Struktur Bawah” Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

7. Abdulaziz A. Bubshait (1999), “ISO 9000 Quality Standards in Construction”

Journal of Management in Engineering. Vol.15, No.6. American Society of Civil Engineering (ASCE).

8. MAMPU(1990), Jurnal Pengurusan Awam : Jurnal Perkhidmatan Awam,

MAMPU, Kuala Lumpur.

9. Yeoh Sek Chew (1996), “ISO 9000 in the Malaysian construction industry: Guide and implementation” McGraw-Hill, Kuala Lumpur.

10. Mat Lazim Zakariah (1997), “Bahan dan Binaan”, Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

11. Spesifikasi Piawai Untuk Kerja-kerja Binaan Bangunan, Jabatan Kerja Raya, Malaysia.

12. Neville A.M and Brous JJ (1987), “Concrete Technology”, Logman Group

Ltd., Singapore.

Page 102: navar

13. Brown W.B (1980), “Organization Theory and Management”, John Waley

and Son, New York.

LLAAMMPPIIRRAANN AA BBOORRAANNGG SSOOAALL SSEELLIIDDIIKK ((BBAAHHAASSAA IINNGGGGEERRIISS))

QQUUEESSTTIIOONNNNAAIIRREESS OONN QQUUAALLIITTYY MMAANNAAGGEEMMEENNTT IINN CCOONNSSTTRRUUCCTTIIOONN SSIITTEE Section A: Background of the company 1. Your company is

Class A contractor Class B contractor Class C contractor Class D contractor Class E contractor Class F contractor

2. The cost of contract normally bid by your company.

Less than 1 million 1 to 5 million 5 to 10 million More than 10 million

3. Number of employee in your company.

Less than 20 person 20 to 30 person 30 to 40 person 40 to 50 person more than 50 person

4. What kind of technical skill workers that work in your company? (Check all that apply) Engineers Quality Surveyors Quantity surveyors Architects Consultants Site managers Others, please specify _______________

Yes No

Page 103: navar

LLAAMMPPIIRRAANN AA BBOORRAANNGG SSOOAALL SSEELLIIDDIIKK ((BBAAHHAASSAA IINNGGGGEERRIISS))

5. The company’s area of specialization is (Check all that apply) Project management Site construction Building maintenance Consulting Transportation Others, please specify _______________ 6. What is your position in your company? Engineer Quality surveyor Quantity surveyor Site manager Consultant Architect Contractor Developer Project manager Others, please specify _______________ Section B: Quality practices 1. Does your company been accredited with ISO? Yes No 2. When was the accreditation? (Date) _________________ 3. Is quality is really a matter of concern in your Yes No company?

Yes No

Yes No

Page 104: navar

LLAAMMPPIIRRAANN AA BBOORRAANNGG SSOOAALL SSEELLIIDDIIKK ((BBAAHHAASSAA IINNGGGGEERRIISS))

4. In your opinion, what are the Priority rate for the following facts?

Faktor-faktor Highest Priority

High Priority

Medium Priority

Low Priority

Lowest Priority

Building materials condition

Construction work inspection

Behavior of workers

Kelengakapan modal

Kepimpinan dari pihak pengurusan firma

Other, please specify

5. What guideline does your firm use to manage the quality of construction?

(Check all that apply)

Factors Yes No probably Standard specification JKR guidelines Old trend

Construction drawing

Other, please specify

Page 105: navar

LLAAMMPPIIRRAANN AA BBOORRAANNGG SSOOAALL SSEELLIIDDIIKK ((BBAAHHAASSAA IINNGGGGEERRIISS))

6.

P

le

a

s

e

r

a

n

k

p

e

r

c

ei

v

e

d

i

m

p

o

rtant of the following factors in term of quality.

Factor

Extremely

Important

Very

Importan

t

Somewhat

Important

Not very

Importan

t

Not

Important

at all

Specification

Pile works

Pile load test

Mould

preparation

Fixing

reinforcement

Mixing concrete

work

Slump test

Compression test

Concrete casting

work

Compress works

Curing works

Material

inspection

Work inspection

Page 106: navar

LLAAMMPPIIRRAANN AA BBOORRAANNGG SSOOAALL SSEELLIIDDIIKK ((BBAAHHAASSAA IINNGGGGEERRIISS))

7. Please rank perceived important of the following factors in term of management.

Page 107: navar

8. In your experience, what are the problems your firm faces in managing quality of

construction? (Check all that apply)

Factors Yes No probably

Not enough staff Not enough money There are no correct guidelines The firm does not fully consider the quality aspects

Staff commitment Job management commitment Others, please specify__________________

Factor

Extremely

Important

Very

Importan

t

Somewhat

Important

Not very

Importan

t

Not

Important

Specification

Pile works

Pile load test

Mould preparation

Fixing reinforcement

Mixing concrete

work

Slump test

Compression test

Concrete casting

work

Compress works

Curing works

Material inspection

Work inspection

LLAAMMPPIIRRAANN AA BBOORRAANNGG SSOOAALL SSEELLIIDDIIKK ((BBAAHHAASSAA IINNGGGGEERRIISS))

Page 108: navar

Section C: Quality Concreting Stage process

1. Please tick if activities below were done during the mould

preparations. Yes

The size of the mould is always according to the verified construction

drawing.

The width and type of mould that was used is always stable and in good

condition.

Mould that made from wood is only used in less than 3 times.

Slab and beam formwork were supported by temporary wood column.

Others, please specify _________________________

2. Please tick if activities as below were done when the reinforcement fixing work conducted at the construction sites.

The size and number of reinforcement is always according to the

construction drawing.

The reinforcement that is used doesn’t always get corrosion.

The reinforcement was tied strongly.

The reinforcement fixing in the mould are overall according to construction

drawing.

Others, please specify _________________________

3. Do you follow the concrete mixing design prepared by the consultant in

mixing the concrete?

Yes No

LLAAMMPPIIRRAANN AA BBOORRAANNGG SSOOAALL SSEELLIIDDIIKK ((BBAAHHAASSAA IINNGGGGEERRIISS))

No

Yes No

Page 109: navar

4. When doing the slump test and the compress test on the concrete, please tick which

choices would you do regarding the results from the test. (Check all

that apply)

Fully achieve the required standard

Achieve the required standard at the critical line.

At critical line

Failed but near to critical line

Failed

5. Please tick if activities as below were done when doing the concrete transferring and concrete casting.

Wet concrete were transferred and poured as soon as possible after mixing

process.

Concrete were made of layers joined one upon another

Infusion works were observed by site supervisor

Doing the slump test before the infusion

Others, please specify _________________________

6. When doing the concrete compressing works, which person are responsible on

conducting the vibrator tool.

Contractor

Site manager or project manager

Skilled worker

Unskilled worker

Not in use

LLAAMMPPIIRRAANN AA BBOORRAANNGG SSOOAALL SSEELLIIDDIIKK ((BBAAHHAASSAA IINNGGGGEERRIISS))

Yes No

Yes No

Yes No

Page 110: navar

7. When doing the concrete curing works what are the actions taken to

improve the quality of the concrete.

Ensure that the concrete were always supplied with water

Covers the concrete surface from sunshine

Using the actual chemical admixture

Remove the concrete mould after it reaches the required strength.

Others, please specify _________________________

8. Does your firm repeat the work of a construction that does not reach the required quality expectation?

Yes No

9. In your opinion, what is the reason that causes the practice of the construction is different than the specification of a construction work.

Carelessness of the workers.

Work were done according to the old specification

Less attention on the quality

Involving of third parties who not under our firm.

Others please specify: _____________________

THANK YOU!

LLAAMMPPIIRRAANN BB BBOORRAANNGG SSOOAALL SSEELLIIDDIIKK ((BBAAHHAASSAA MMEELLAAYYUU))

BBOORRAANNGG SSOOAALLSSEELLIIDDIIKK MMEENNGGEENNAAII PPEENNGGUURRUUSSAANN KKUUAALLIITTII DDII TTAAPPAAKK BBIINNAA

Yes No

Yes No

Page 111: navar

BAHAGIAN A: LATARBELAKANG FIRMA 1. Firma anda adalah

Kontraktor kelas A Kontraktor kelas B Kontraktor kelas C Kontraktor kelas D Kontraktor kelas E Kontraktor kelas F

2. Kos kontrak yang biasanya firma anda memilih adalah

Kurang daripada RM1 juta RM1 hingga RM5 juta RM5 hingga 10 juta Lebih daripada RM10 juta

3. Bilangan pekerja dalam firma anda adalah

Kurang daripada 20 orang 20 hingga 30 orang 30 hingga 40 orang 40 hingga 50 orang Lebih daripada 50 orang

4. Jenis pekerja-pekerja profesional yang bekerja dalam firma anda adalah (mempertimbangkan kesemua yang disenaraikan) Jurutera awam Pengurus kualiti Pengurus kuantiti Arkitek Perunding Pengurus tapak Lain-lain,sila nyatakan _______________

LLAAMMPPIIRRAANN BB BBOORRAANNGG SSOOAALL SSEELLIIDDIIKK ((BBAAHHAASSAA MMEELLAAYYUU))

5. Jenis projek yang dijalankan oleh firma ialah

Ya Tidak

Page 112: navar

(sila semak kesemua yang disenaraikan) Pengurusan projek Pembinaan projek Penyelenggaraan bangunan Perundingan Pengangkutan Lain-lain,sila nyatakan _______________ 6. Apakah jawatan anda dalam firma anda? Jurutera awam Pengurus kualiti Pengurus kuantiti Pengurus tapak bina Perunding Arkitek Kontraktor Pemaju projek Pengurus projek Lain-lain,sila nyatakan _______________ BAHAGIAN B: PENGURUSAN KUALITI

1. Adakah firma anda diiktiraf dengan MS ISO 9000? Ya □ Tidak □ 2. Bilakah pengiktirafan ini berlaku ? (Tarikh) _________________

3. Adakah firma anda berpendapat bahawa kualiti adalah Ya □ Tidak □

perkara yang penting dalam firma anda?

LLAAMMPPIIRRAANN BB BBOORRAANNGG SSOOAALL SSEELLIIDDIIKK ((BBAAHHAASSAA MMEELLAAYYUU))

4. Pada pendapat anda, bagaimanakah faktor-faktor yang berikut mempengaruhi

kualiti di tapak bina?

Ya tidak

Ya Tidak

Page 113: navar

Faktor-faktor Sangat mempengaru

hi

mempengaruhi

Sederhana mempengaruhi

Tidak berapa

mempengaruhi

Tidak mempengaruhi sama sekali

Keadaan bahan binaan

Pengawasan kerja binaan

Sifat dan keupayaan pekerja

Kelengakapan modal

Kepimpinan dari pihak pengurusan firma

Lain-lain, sila nyatakan

5. Apakah panduan yang digunakan dalam firma anda dalam menguruskan aspek

kualiti? (sila semak kesemua yang disenaraikan)

Factors Ya Tidak Kadang-kadang

Spesifikasi piawai Panduan JKR Panduan tradisi lama

Lukisan pembinaan

Lain-lain,sila nyatakan

LLAAMMPPIIRRAANN BB

BBOORRAANNGG SSOOAALL SSEELLIIDDIIKK ((BBAAHHAASSAA MMEELLAAYYUU))

Page 114: navar

6. Sila nyatakan kepentingan kualiti dalam menangani aspek-aspek pembinaan yang

berikut?

LLAAMMPPIIRRAANN BB

BBOORRAANNGG SSOOAALL SSEELLIIDDIIKK ((BBAAHHAASSAA MMEELLAAYYUU))

Faktor

Sangat

penting Penting Sederhana

Tidak

beberapa

penting

Tidak

penting

sekali

Spesifikasi piawai

Kerja asas cerucuk

Ujian beban cerucuk

Penyediaan acuan

Pemasangan tetulang

besi

Kerja bancuhan

konkrit

Ujian runtuhan kon

Ujian pemadatan

Kerja penuangan

konkrit

Kerja pemadatan

konkrit

Kerja pengawetan

konkrit

Pengawasan bahan

binaan

Pengawasan kerja

binaan

Page 115: navar

7. Sila nyatakan kepentingan pengurusan dalam menangani aspek-aspek pembinaan

yang berikut?

LLAAMMPPIIRRAANN BB

BBOORRAANNGG SSOOAALL SSEELLIIDDIIKK ((BBAAHHAASSAA MMEELLAAYYUU))

Faktor

Sangat

penting Penting Sederhana

Tidak

beberapa

penting

Tidak

penting

sama

sekali

Spesifikasi piawai

Kerja asas cerucuk

Ujian beban cerucuk

Penyediaan acuan

Pemasangan tetulang

besi

Kerja bancuhan

konkrit

Ujian runtuhan kon

Ujian pemadatan

Kerja penuangan

konkrit

Kerja pemadatan

konkrit

Kerja pengawetan

konkrit

Pengawasan bahan

binaan

Pengawasan kerja

binaan

Page 116: navar

8. Menurut pengalaman anda, apakah masalah-masalah yang menyebabkan firma

anda tidak menguruskan kualiti dalam pembinaan? (sila semak kesemua yang

disenaraikan)

Faktor-faktor Ya Tidak Kadang-kadang

Tidak cukup tenaga pekerja Tidak cukup kewangan Tidak mempunyai panduan yang betul Firma tidak mementingkan kualiti secara kesuluruhan

Komitmen antara staf Job management commitment Lain-lain, sila nyatakan__________________

BAHAGIAN C: ASPEK KUALITI DALAM KERJA-KERJA

KONKRIT

1. Sila nyatakan jika aktiviti-aktiviti berikut diamalkan semasa

kerja penyediaan acuan konkrit

Saiz acuan yang dibuat adalah sentiasa mengikut lukisan pembinaan.

Jenis acuan yang digunakan adalah sentiasa kukuh.

Acuan yang dibuat daripada kayu hanya digunakan tidak lebih dari 3 kali

sahaja.

Papakdan rentang acuang sentiasa disokong oleh tiang sementara.

Lain-lain, sila nyatakan _________________________

LLAAMMPPIIRRAANN BB BBOORRAANNGG SSOOAALL SSEELLIIDDIIKK ((BBAAHHAASSAA MMEELLAAYYUU))

Ya Tidak

Page 117: navar

2. Sila nyatakan jika aktiviti-aktiviti berikut diamalkan semasa mengendalikan kerja pemsangan tetulang besi di tapak bina.

Saiz dan bilangan tetulang besi yang digunakan adalah sentiasa menurut

lukisan pembinaan.

Tetulang besi yang digunakan adalah sentiasa tidak berkarat.

Terulang besi sentiasa dipasang dengan ketat dan kukuh.

Keseluruhan kerja pemsangan tetulang besi ini adalah sentiasa mengikut

lukisan pembinaan .

Lain-lain, sila nyatakan _________________________

3. Adakah anda sentiasa berdasarkan rekabentuk bancuhan konkrit yang disediakkan oleh perunding dalam mengendalikan kerja bancuhan konkrit?

Ya Tidak

4. Sila nyatakan pilihan anda jika ujian runtuhan kon dan ujian mampatan mendapat

keputusan-keputusan yang berikut. (mempertimbangkan kesemua

yang disenaraikan)

Kesemua aspek yang dingini dicapai secara spesifikasi piawai.

Kesemua aspek yang dingini dicapai tetapi keputusannya pada garis

kritikal.

Keputusan pada garis kritikal sahaja.

Keputusannya gagal tetapi berdekatan dengan garis kritikal.

Gagal sepenuhnya.

5. Sila nyatakan jika aktiviti-aktiviti berikut diamalkan semasa kerja pengagihan dan penuangan konkrit basih dilakukan di tapak bina.

Konkrit basah diagih dan dituang secepat mungkinsetelah ia dibancuh.

Semasa penuangan, konkrit basah dituang berlapis-lapis

Kerja penuangan konkrit diawasi oleh penyelia tapak bina.

Membuat ujian runtuhan kon sebelum kerja penuangan dilakuakn

Lain-lain, sila nyatakan _________________________

LLAAMMPPIIRRAANN BB BBOORRAANNGG SSOOAALL SSEELLIIDDIIKK ((BBAAHHAASSAA MMEELLAAYYUU))

Ya Tidak

Ya Tidak

Ya Tidak

Page 118: navar

6. Semasa melakukan kerja pemdatan konkrit basah ditapak bina, siapkah yang

mngendalikan alat penggetar?

Kontraktor

Pengurus tapak atau pengurus projek

Pekaerja mahir

Pekerja tidak mahir

Tiada dalam kegunaaan

7. Semasa mengendalikan kerja pengawetan konkrit, adakah aktiviti-

aktiviti yang berikut diamalkan di tapak bina?

Memastikan konkrit sentiasa dibekalkan air

Menutup permukaan konkrit daripada terkena cahaya matahari.

Menggunakan bahan penambah kimia yang sepatutnya.

Hanya menanggal acuan konkrit apabila konkrit mencapai kekuatan yang

diingini.

Lain-lain, sila nyatakan _________________________

8. adakah firma anda mengulangi sesuatu kerja pembinaan jika ia tidak mencapai kualiti yang dingini?

Ya Tidak

9. Pada pendapat anda. Apaka yang menyebabkan terdapat perbezaan di antara amalan di tapak bina dengan spesifikasi pembinaan.

Kecuaian para pekerja.

Kerja pembinaan dilakukan berdasarkan spesifikasi lama

Kurang kesedaran terhadap aspek kualiti.

Pengelibatan pihak ketiga yang bukannya ahli dari firma anda.

Lain-lain, sila nyatakan _____________________

TERIMA KASIH!

LLAAMMPPIIRRAANN CC CCOONNTTOOHH BBOORRAANNGG PPEEMMEERRIIKKSSAAAANN KKEERRJJAA KKOONNKKRRIITT DDII TTAAPPAAKK BBIINNAA

Ya Tidak

Ya Tidak

Ya Tidak

Page 119: navar

LLAAMMPPIIRRAANN DD CCOONNTTOOHH BBOORRAANNGG PPEEMMEERRIIKKSSAAAANN AASSAASS CCEERRUUCCUUKK DDIITTAAPPAAKK BBIINNAA

Page 120: navar