Neka Bahasa

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Neka Bahasa

    1/18

    1.0 Pengenalan

    Pada era prakolonial, iaitu sejak zaman kemunculan Empayer Sri Wijaya

    sehingga tiba kemunculannya pada zaman kerajaan Melaka pada abad ke-15 bahasa

    Melayu pernah wujud sebagai bahasa yang mempunyai pelbagai fungsi di alam Melayu

    ini. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa istana, bahasa diplomasi, bahasa

    persuratan dan terutama sekali sebagai bahasa perantara atau lingua franca yang

    digunakan secara meluas dalam urusan perdagangan. Perkembangan ini berterusan

    hingga ke abad ke-20. Sehinggakan setiap kuasa penjajah yang memasuki wilayah Tanah

    Melayu terutama pegawai-pegawai tinggi (Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun) perlu

    mempunyai kemampuan yang minima untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

    Kehadiran kuasa Kolonial selama lebih 400 tahun hingga awal abad ke-20 di

    bumi Melayu ini tidak mampu meminggirkan bahasa Melayu. (Wan Hashim 1996). Pada

    tahun 1956 Dewan Bahasa Dan Pustaka ditubuhkan khusus bagi membina,

    mengembangkan dan memajukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Negara

    Malaysia. Pelbagai program telah dijalankan untuk memajukan dan mengembangkanlagi

    Bahasa Melayu diantaranya ialah proses pembakuan atau penyeragaman bahasa dari segi

    system ejaan, tatabahasa dan sebutan serta penyediaan kamus panduan ejaan dan

    tatabahasa untuk kegunaan penutur bahasa. Proses penyeragaman atau pembakuan

    Bahasa Melayu ini telah menghasilkan satu variasi Bahasa Melayu Standart yang

    sempurna dan seragam dari segi ejaan, tatabahasa, istilah dan sebutan. Variasi Standart

    inilah yang digunakan dalam konteks penggunaan rasmi dan situasi formal. Di samping

    1

  • 7/29/2019 Neka Bahasa

    2/18

    itu juga keupayaan untuk mengungkap pelbagai bidang ilmu pengetahuan setanding taraf

    dengan bahasa-bahasa lain di dunia.(Nik Safiah 1995:Collins 1996)

    Apabila Semenanjung Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957

    maka termaktublah dalam perlembagaannya perkara 152, yang menyatakan bahawa

    Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan

    sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh parlimen dengan syarat

    bahawa tiada siapa pun boleh dilarang dari menggunakan (kecuali untuk urusan Rasmi),

    mempelajari atau mengajarkan apa-apa bahasa lain.( Raja Mukhtaruddin Raja Mohd

    Dain, 1992)

    Seperti juga dengan bahasa-bahasa lain di dunia, Bahasa Melayu juga tidak sunyi

    daripada beberapa loghat atau dialek bedasarkan perbezaan daerah dan sosial. Perbezaan

    ini wujud dari segi sebutan, kosakata, unsur nahuan, ungkapan umum, peribahasa dan

    sebagainya. Sebab itulah loghat yang dituturkan oleh orang-orang dari sebelah utara

    meliputi Kedah dan Perak, berbeza daripada loghat orang-orang dari Negeri Sembilan,

    yang seterusnya berbeza pula dengan dialek yang dipertuturkan oleh orang-orang

    Kelantan. ( Hj. Alias Hj. Said,1991)

    Menurut Asmah Hj. Omar, Bahasa Melayu adalah satu kontinum dialek-dialek.

    Di semenanjung Malaysia saja terdapat beberapa dialek yang secara kebetulan pada

    umumnya terbahagi menurut daerah atau negeri. Maka terdapatlah dialek-dialek bahasa

    melayu spt dialek Negeri Sembilan, Dialek Johor, Dialek Melaka, dialek Kelantan dan

    2

  • 7/29/2019 Neka Bahasa

    3/18

    sebagainya. Dialek-dialek ini ada yang mudah difahami dan ada juga yang sukar untuk

    difahami.

    Zaba berpendapat bahawa dialek bahasa yang disebut sebagai pelat

    bahasa ialah keadaan sesuatu bahasa berlain-lainan tentang bunyi

    sebutannya dan gaya suara menyebutnya, dan terkadang ada juga tentang

    perkataannya, dan resaman bahasa dalam percakapannya iaitu mengikut

    berlain-lainan tempatan dan negeri; tetapi sekalain itu ialahsatu bahasa

    juga, bukan lain-lain.(Zaba dalam Ilmu Mengarang Melayu)

    Dasar bahasa bagi semenenjung Malaysia bercorak eka bahasa. Bahasa melayu di

    jadikan sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi Negara itu, mempunyai

    historicity, ethnicity, autonomy dan vitalitynya. (Fishman, J.A, 1972).

    Bahasa dapatlah dianggap sebagai sistem perhubungan atau komunikasi yang

    menggunakan simbol-simbol vocal (bunyi ujaran) yang bersifat arbirer yang dapat

    diperkuatkan dengan gerak geri batiniah yang nyata. Ia juga dianggap sebagai symbol

    kerana rangkaian bunyi yang dihasilkan oleh alat ucapan manusia harus diberikan makna

    yang khusus. Apa juga bahasa yang ada di dunia ini mempunyai sifat-sifat umum seperti

    yang disebutkan itu. (Hj. Ilias Hj. Zaidi, 1991)

    Kata bahasa amat mudah disebutkan tetapi amat sulit pula hendak menerangkan

    maksudnya. Menurut kamus, bahasa ialah alat yang digunakan oleh manusia untuk

    3

  • 7/29/2019 Neka Bahasa

    4/18

    melahirkan buah fikiran, perasaan dan keinginan terhadap sesuatu dengan cara

    menggunakan simbol-simbol bunyi. Dengan perkataan lain, bunyi melambangkan

    kewujudan bahasa. Tanpa bunyi, tidak akan ada bahasa. Sebab itulah, unsur tepenting

    bagi sesuatu bahasa ialah bunyi. (Hj. Ilias Hj. Zaidi, 1991).

    2.0 Jenis Bahasa

    Bahasa terbahagi kepada dua iaitu bahasa lisan dan bahasa tulisan. Apa yang selalu

    digunakan oleh manusia dan media merupakan bahasa lisan. Bahasa tertulis pula ialah

    bahasa ujaran kerana bahasa tulisan adalah sejumlah tanda untuk menggambarkan bahasa

    ujaran. Sekiranya tidak ada bahasa ujaran maka tidak wujudlah bahasa tulisan.

    Sebagai manusia bahasa adalah sesuatu yang amat penting. Ini kerana bahasalah

    yang menjadikan manusia bermasyarakat dan manusia itu hidup bermasyarakat.

    Masyarakat ialah individu-individu yang membentuk unit sosial, tinggal dan berinteraksi

    bersama-sama dalam jangka waktu yang agak lama.

    Apabila memperkatakan mengenai bahasa Melayu, terdapat banyak kategori yang

    boleh dijadikan panduan bagi menguasai kecekapan berbahasa. Diantaranya ialah apa itu

    ragam bahasa, laras bahasa, gaya bahasa dan neka bahasa. Dalam kajian ini pendekatan

    akan diberi tumpuan kepada neka bahasa.

    Neka bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa mengikut konteksnya. Neka

    bahasa ini terbahagi kepada empat iaitu bahasa formal, bahasa tak formal, bahasa halus

    4

  • 7/29/2019 Neka Bahasa

    5/18

    dan bahasa istana. Setiap daripada bahasa dalam kategori neka bahasa ini mempunyai

    cirri-ciri, cara sebutan dan cara penyampaian yang berbeza.

    2.1 Bahasa Formal

    Bahasa formal merupakan satu daripada penggunaan Bahasa Melayu

    mengikut konteksnya, sebab itulah ia tergolong dalam neka bahasa. Apabila

    disebut sahaja bahasa formal, maka ia merujuk kepada penggunaan Bahasa

    Melayu yang lebih teratur, lengkap, tersusun rapi dan ia memerlukan semua

    strategi pertuturan untuk memberi gambaran yang beradat, hormat dan bersantun

    dalam konteks formal. Contohnya apabila seseorang itu menghadiri sesuatu

    temuduga maka bahasa yang akan digunakan ialah bahasa formal.

    Bahasa formal berbeza dengan bahasa rasmi. Ini kerana bahasa rasmi

    menyatakan taraf sesuatu bahasa. Menurut Hj. Ilias Hj. Zaidi bahasa rasmi dapat

    didefinasikan sebagai bahasa yang menurut konteksnya yang lebih luas bukan

    semata-mata terbatas kepada perhubungan ataupun dalam urusan surat menyurat

    denagn kerajaan tetapi juga ucapan perasmian sesuatu upacara yang dihadiri oleh

    kebanyakan rakyat Malaysia, yang juaga berbahasa Melayu.

    Menurut Abdullah Hassan (1991) pada hakikatnya bahasa formal tidak

    serupa dengan bahasa rasmi. Kalau rasmi menyatakan status atau taraf bahasa

    melayu seperti yang disebutkan tadi, maka bahasa formal merujuk kepada

    keadaan penggunaan Bahasa Melayu itu sendiri. Sebab itulah, penggunaan bahasa

    5

  • 7/29/2019 Neka Bahasa

    6/18

    formal lebih rapi dan teliti dalam banyak hal. Dan kerana itu jugalah, ragam

    bahasanya lebih terkawal dengan rapi dan terperinci.

    Kemampuan seorang penutur Bahasa Melayu untuk berbicra dalam bahasa

    formal bergantung kepada latar belakang dan penggunaan bahasa si penutur itu

    sendiri. Penguasaan bahasa yang baik serta dapat menggunakannya dengan cara

    yang terkawal mengikut konteksnya dapat melahirkan bahasa formal yang baik.

    Apa yang paling ketara disebalik penggunaan bahasa melayu secara formal ialah

    ragam terkawal dan ragam formalnya.

    Apa yang di pentingkan oleh bahas formal ialah dari segi penggunaan

    perkataan yang sesuai dengan konteks penggunaannya, ganti nama yang sesuai

    dan berpadaanan dan kata-kata aluan atau sambutan yang tersusun rapi dan penuh

    beradap.

    Menurut Hj. Ilias Hj. Zaidi bahasa formal menuntut penggunaan yang

    khusus bagi perkataan-perkataan yang tertentu sesuai dengan konteks yang

    tertentu pula seperti:

    a.Penggunaan kata ganti nama diri pertama seperti saya, aku, hamba dan

    sebagainya. Apabila bercakap dengan raja , maka harus membahaskan diri

    sebagai gelaran patik. Penggunaan nama sendiri atau kependekan nama

    sendiri, atau nama panggilan memang tidak langsung dibenarkan dalam

    6

  • 7/29/2019 Neka Bahasa

    7/18

    konteks bahasa formal. Panggilan yang sebegitu hanay sesuai untuk konteks

    bahasa mesra sahaja.

    b. Bahasa formal tidak mengizinkan penggunaan kod yang

    bercampur-campur khususnya bagi kata ganti diri orang pertama dan kedua.

    Dalam perbualan mesra, kata ganti diri selalu dirujuk kepada ana dan anta

    (kalau penuntutnya berlatar belakangkan pendidikan arab) ataupun I dengan

    you 9kalau berpendidikan Inggeris) ataupun kalau lebih dekat dengan

    bahasa pasar dipanggil sebagai lu dengan gua sahaja. Panggilan yang

    sebegini rupa lebih sesuai untuk perbualan yang bersifat mesra dan

    hubungan diantara penutur-penutur itu sendiri sudah erat dan intim.

    c.Apabila bernicara dengan tokoh-tokoh yang mempunyai gelaran hormat

    tertentu, maka gelaran itu hendaklah disebutkan sepenuhnya apabila

    menggunakan bahasa Melayu formal. Dalam percakapan formal gelaran

    seperti Tan Sri, Datuk, Datuk Seri, Datin Seri, datuk Paduka, Yang

    Berhormat, Datin, Tuan, Puan, Encic, Cik, Tuan Haji, Yang Amat Arif,

    Yang arif, Yang Berbahagia, Doktor, Inspektor dan malahan cikgu

    sekalipun, hendaklah digunakan dengan selengkap-lengkapnya. Dalam

    protocol Bahasa Melayu, untuk percakapan formal, memang telah sedia ada

    gelaran penuh bagi seseorang menurut konteks kedudukan dan jawatan.

    Contohnya penggunaan Yang Amat Berhormat, digunakan untuk Perdana

    Menteri dan Menteri Besar atau Ketua Menteri.

    7

  • 7/29/2019 Neka Bahasa

    8/18

    d. Unsur kependekan tidak wujud sama sekali dalam bahasa formal.

    Unsure-unsur kependekan seperti ngapa (untuk mengapa), tak (untuk tidak),

    kan (untuk bukan), sekadar tiga contoh yang selalu berlaku hanya sesuai

    untuk perbualan mesra dan harus dihapuskan apabila berlaku perbualan

    formal. Malahan kependekan nama tempatpun walau sepopular mana

    sekalipun, harus dihapuskan seperti PJ untuk Petaling Jaya dan KL untuk

    Kuala Lumpur.

    e.Bahasa formal jug atidak membeenarkan penggunaan lah sebab formal

    tidak akan menunujukkan kemesraan. Unsure lah memang banyak ditemui

    dalam hasil kesusasteraan Melayu lama dan unsure ini langsung terbawa-

    bawa dalam percakapan formal sekarang.

    f. Bahasa formal mementingkan pola-pola penegasan yang tetentu seperti

    ayat penyata, ayat Tanya, ayat perintah, ayat seru dan sebagainya. Dengan

    itu, pola-pola bahasa formal lebih lengkap kalau hendak dibandingkan

    dengan pola-pola bahasa mesra. Ertinya intonasi bahasa mesra tidak

    memberi pola yang lengkap dan penuh disebabkan banyak kata yang singkat

    dan ringkas digunakan oleh penutur-penutur dengan maksud hendak

    menunjukkan kemesraan.

    8

  • 7/29/2019 Neka Bahasa

    9/18

    2.2 Bahasa Tak Formal

    Bahasa tak formal merupakan salah satu daripada neka bahasa, sebagai

    lawan kepada bahasa formal. Bahasa tidak formal menggunakan ragam bahasa

    yang bebas sedangkan bahasa formal menggunakan ragam yang terkawal.

    Definisi bagi ragam bahasa bebas ialah bahasa yang digunakan dengan tidak

    mengira sebutan, intonasi, pilihan perkataan, nahu, penggunaan perbandingan,

    peribahasa atau perbandingan dalam erti kata yang sebenarnya.(Hj. Ilias Hj. Zaidi,

    1991).

    Menurut Hj. Ilias Hj. Zaidi, bahasa tak formal juga ditandai dengan

    beberapa ciri yang sekaligus mencerminkan ciri kemesraannya. Diantaranya ialah:

    a.Ciri percampurannya dengan dialek yang tertentu, bergantung kepada dari

    manakah asalnya seseorang yang menuturkan bahasa tidak formal. Kalau

    misalnya si penutur itu berasal dari bahagian utara tanahair, maka yang

    banyak dikesani ialah dialek bahasa utara. Kalau dari Sabah pula, maka

    dialek yang dikesani ialah dialek yang selalunya digunakan oleh penutur

    yang dari bahagian Sabah.

    b.Penggunan nama sendiri ataupun panggilan diri yang lebih mesra daripada

    bahasa formal yang biasanya menggunakan ganti nama diri pertama seperti

    saya, aku, hamba dan sebagainya. Dalam konteks ini, perbualan itu

    seharusnya untuk keadaan yang tidak formal pula kerana dalam konteks

    9

  • 7/29/2019 Neka Bahasa

    10/18

    formal, ganti nama pertama yang tak formal itu harus digunakan. Kekeliruan

    ini timbul kerana seseorang pelajar perlu tahu membezakan bahasa formal

    dari bahasa tak formal. Pelajar-pelajar jug aharus tahu membezakan keadaan

    formal yang memerlukan mereka berbahasa formal daripada keadaan tidak

    formal yang membolehkan mereka menggunakan bahasa yang lebih mesra.

    c.Penggunaan gelaran untuk orang-orang tertentu. Dalam bahasa tak formal

    gelaran hormat seperti YB, Yang Berbahagia dan sebagainya itu tidak perlu

    kerana ia menunujukkan kerasmian dan tidak menampakkan kemesraan.

    Dalam hubungan itu panggilan yang biasa digunakan ialah saudara atau

    saudari sahaja atau lebih mesra kalau panggil sahaja namanya.

    d.Unsur kependekan amat ketara dalam penggunaan bahasa tak formal,

    bebanding dengan bahasa formal. Yang dipendekkan disini bukan sahaja

    perkataan dan ungkapan tetapi langsung kepada ayat sehingga tatabahasa

    ungkapan yang dilahirkan semacam tidak lengkap dan tidak empurna lagi.

    Kependekan jug aditekankan kepada panggilan nama seseorang, nama

    sesebuah tempat, nam sesuatu jawatan dan sebagainya. Kesemua

    inimencerminkan unsure kemesraan dan kedekatan diantara tokoh yang

    terbabit dalam sesuatu percakapan atau perbualan.

    e.Percampuran kad yang bebagai-bagai. Yang umum dikesani ialah

    penggunaan kata-kata daripada bahasa-bahasa lain disebabkan masyarakat

    10

  • 7/29/2019 Neka Bahasa

    11/18

    Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan. Oleh sebab system

    pendidikan membabitkan sama bahasa Inggeris dan bahasa Arab maka kod

    bahasa kedua-duanya itu dapat dikesani digunakan dengan lumrah dan

    berleluasa dalam percakapan yang penuh dengan kemesraan. Malahan,

    kebiasaan ini sampai terbawa-bawa dalam mesyuarat rasmi yang turut

    dihadiri oleh kebanyakannya orang Melayu atau pegawai pentadbir Melayu

    sendiri.

    f. Bahasa mesra dan tak formal itu dapat dikesani daripada intonasinya yang

    biasanya tidak diberi pola yang lengkap dan sepenuhnya. Contohnya ati

    (hati), nunggu (menunggu) je (sahaja)

    2.3 Bahasa Halus

    Menurut kamus bahasa Melayu bahasa halus bermaksud bahasa atau

    perkataan lain yang lebih lembut yang digunakan untuk menggantikan perkataan

    yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan. Contoh perkataan mati ditukarkan

    dengan perkataan meninggal.

    Bahasa halus ialah perkataan-perkataan yang lembut yang digunakan

    untuk melengkapkan sesuatu perkara yang memberi pengertian yang kurang

    menyenangkan, seperti kesedihan, kemalangan, kerugian dan sebagainya. Zaba

    menyebutnya sebagai pemanis. Bahasa halus juga boleh diletakkan sebagai

    11

  • 7/29/2019 Neka Bahasa

    12/18

    bahasa yang digunakan untuk menyatakan sesuatu yang negetif dengan

    menggunakan perkataan-perkataan yang memeberikan gambaran positif.

    Lazimnya yang dimaksudkan dengan bahasa halus ialah bahasa yang

    digunakan dalam pertuturan secara beradat dan bersopan serta sekaligus itu pula

    menggunakan segala strategi untuk kemanisan berbicara.(Abdullah, 1981). Kata-

    kata yang digunakan amat bersopan dan tinggi pula ertinya dan maksudnya.

    Sistem nahunya lengkap dan disusun dengan cukup licin dan teratur takut-takut si

    pendengar akan terguris hati dan terasa pula demi mendengarnya.

    Apa yang paling penting dalam menuturkan bahasa halus ialah,

    penggunaan ganti nama yang betul dan tepat, dengan maksud yang tua akan

    diutamakan dan didahulukan dan yang muda-muda dikemudiankan. Walaupun

    muda, tetapi dalam bahasa Melayu, berengkau dan berkamu dianggap sebagai

    kasar lebih-lebih lagi kepada orang yang dianggap lebih tua dan berpengalaman

    daripada yang lain.

    Bahasa halus mempunyai perbezaan yang amat ketara daripada bahasa

    kasar. Ini kerana bahasa kasar disampaikan mengikut kehendak hati dan mulut,

    tanpa mengambil kira akan perasaan orang yang mendengar kata-kata yang

    dilafazkan itu. Sekiranya ia adalah dalam bentuk perintah, perintah yang

    dikeluarkan seperti perkataan yang dihamburkan dengan kata-kata yang tidak

    sepatutnya dikeluarkan. Tetapi sekiranya perintah yang dikeluarkan

    12

  • 7/29/2019 Neka Bahasa

    13/18

    denganmenggunakan perkataan yang halus, maka perintah yang dikeluarkan akan

    kedengaran sangat halus dan amat berkesan. Manakala orang yang mendengarnya

    pula tidak terasa akan kekasaran bahasa itu.

    2.4 Bahasa Istana

    Menurut kamus besar bahasa Melayu, bahasa istana boleh didefinisikan

    sebagai bahasa keratin, bahasa dalam atau kedalaman, bahasa yang digunakan

    dipakai dikalangan raja atau golongan istana, bahasa kehormat, bahasa raja, kata-

    kata hormat yang selalu dituturkan oleh raja-raja dan pembesar, bahasa beradat

    yang digunakan oleh keluarga di raja atau orang baik-baik.

    Dalam konteks bahasa melayu, penggunaan bahasa yang lebih halus dan

    lebih santun diperluakan ketika berucap pada sesuatu istiadat yang membabitkan

    penyertaan kerabat di raja. Dari segi pemerintahan, Negara mengamalkan dan

    melaksanakan system pemerintahan raja berparlimen. Ini bermaksud Yang di-

    Pertuan Agong menjadi tunggak pemerintahan Negara, dan Seri Paduka Baginda

    akan bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Semasa merasmikan persidangan

    Dewan Negara dan Dewan Rakyat secara serentak, Yang di-Pertuan Agong akan

    berangkat hadir bertitah dan seterusnya merasmikanpersidanagn parlimen bagi

    penggal-penggal tertentu.

    Apabila berucap dalam majlis yang melibatkan raja maka secara tidak

    langsung setiap ucapan yang diberikan haruslah menggunakan bahasa istana.

    13

  • 7/29/2019 Neka Bahasa

    14/18

    Contohnya hamba atau patik. Contoh ucapan ialah; Duli Yang Maha Mulia

    Tuanku Canselor, Ampun Tuanku, Patik bagi pihak universiti, dengan penuh

    takzim.

    Apa yang dapat diperhatikan dalam dunia serba maju kini, bahasa Melayu

    telah mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan yang begitu pesat lebih-

    lebih lagi setelah statusnya dianggap sebagai bahasa rasmi dan malahan ia juga

    berperanan sebagai bahasa pengantar utama dalam system pendidikan negara.

    Kini bahasa Melayu bukan lagi digunakan untuk menyampaikan

    pendidikan dan pembelajaran pada tahap sekolah rendah dan sekolah menengah

    sahaja, tetapi kini bahasa Melayu turut digunakan sebagai perantara bagi

    penyampaian kuliah-kuliah di institusi-intitusi pengajian tinggi di Negara ini.

    Dengan ini bolehlah dikatakan bahawa bahasa Melayu sudah cukup mantap dan

    berkembang sebagai bahasa pengantar ilmu, bahasa perhubungan dunia moden

    dan seterusnya bahasa perhubungan masyarakat Malaysia (Abdullah Hassan,

    1991).

    3.0 Kesimpulan

    Penggunaan bahasa formal dan tidak berformal adalah bergantung kepada

    keadaan dan tempat di mana seseorang berada. Contohnya seperti dalam perjumpaan Ahli

    Dewan Undangan Negeri (ADUN), mesyuaratk dalam sesebuah jabatan kerajaan atau

    syariakt, majlis-majlis dan sebagainya memerlukan pengaplikasian dalam setiap ucapan

    14

  • 7/29/2019 Neka Bahasa

    15/18

    yang hedak diperkatakan. Setiap tatabahasa dan bentuk bahasa disusun dengan sempurna

    mengikut tertib yang telah ditentukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang

    ditubuhkan khas untuk memperkayakan bahasa Malaysia dan menghasilkan pelbagai

    bentuk pola ayat yang menerik berdasarkan kepada keperluan tempat dan keadaan. Setiap

    ciri yang dimiliki oleh bahasa formal keseluruhannya tidak mempunyai ciri yang sama

    dengan bahasa tidak formal. Terdapat elemen-elemen yang bertentangan antara kedua-

    dua neka bahasa ini.

    Bahasa tidak formal pula adalah bahasa yang dituturkan dalam suasana atau

    keadaan yang tidak formal. Penggunaan tatabahasa, pola ayat dengan betul dan pelbagai

    elemen bahasa yang lain tidak dipraktikkan secara totalnya dalam pertuturan harian.

    Kewujudan bahasa tidak formal ini secara langusung telah mendorong wujudkan pelbagai

    loghat dan bahasa seperti loghat Kelantan, loghat Terengganu, loghat Sarawak, loghat

    Sabah dan sebagainya yang mana kesemua loghat ini mempunyai ciri-ciri dan elemen

    kelebihan yang tersendiri. Kewujudan kepelbagaian loghat ini juga secara tidak langsung

    telah mewujudkan bahasa pasar di kalangan penutur-penutur bahasa Melayu di Malaysia.

    Penggunaan bahasa Melayu yang dicampurkan dengan elemen-elemn bahasa asing

    seperti Bahasa Inggeris telah membentuk satu bahasa yang dipanggil Bahasa Pasar.

    Kata-kata sepeti Gua caya sama lu, you hendak ke mana? dan sebagainya adalah

    antara bahasa pasar yang selalu digunakan dan dipertuturkan dalam perbualan harian

    kebanyakan masyarakat Malaysia yang tidak mengamalkan bahasa formal dalam

    pertuturan harian mereka.

    15

  • 7/29/2019 Neka Bahasa

    16/18

    Walau bagaimanapun, setiap bahasa ini mempunyai kelebihan dan

    keistimewaannya yang tersendiri. Contohnya seperti bahasa tidak formal yang hanya

    diketahui oleh kumpulan masyarakat tertentu sahaja dan memerlukan kumpulan

    masyarakat lain untuk mempelajarai bahasa mereka. Contohnya seperti loghat Kelantan

    yang hanya diketahui dan difahami oleh masyarakat Kelantan sahaja. Sekiranya terdapat

    kumpulan masyarakat yang ingin mengetahui dan memahami loghat Kelantan ini, maka

    mereka perlu mempelajarinya daripada maysarakat Kelantan sahaja. Hal ini adalah

    kerana hanya masyarakat Kelantan sahaj yang mengetahui cara dan pola pertuturan

    loghat Kelantan tersebut. Begitu juga halnya dengan mereka yang ingin mendalami dan

    memahami loghat Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan sebagainya yang menuntut

    setiap pelajarnya untuk mendapatkan ilmu daripada penutur asalnya.

    Kewujudan bahasa formal dan tidak formal dalam masyarakat Malaysia kini

    sememangnya merupakan suatu kelebihan yang jarang didapati dan diperolehi di

    kebanyakan negara. Setiap elemen dan kelebihan yang dimiliki oleh bahasa ini menuntut

    penuturnya untuk terus menjaga dan memelihara setiap bentuk kata dan ayat yang telah

    diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

    16

  • 7/29/2019 Neka Bahasa

    17/18

    BIBLIOGRAFI

    AB. Rahman AB. Rashid, Hjh Wan Sum Mamat, 1995, Bahasa melayu; Bahasa Dalam

    Komunikasi Dan Proses Komunikasi, Longman Malaysia Sdn. Bhd

    Asmah Hj Omar, 1997, Essay on Malaysian Linguistics, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa

    Dan Pustaka.

    Mohd Taufik Bin Abdul Aziz, Uni Bahasa, Dilema Integrasi dan Pengupayaan Bahasa

    Ibunda : Antara Agenda Penting Malaysia, Timbalan Presiden University of Thinker

    ( UNITE ), Kuala Lumpur, 2006

    Asmah Hj Omar, 1992, Kajian Perkembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan

    Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur

    Fishman, J.A, 1972, Sociolinguistics a brief introduction, Rowley, Massa Chusetts:

    Newbury House Publishers

    Hj. Ilias Hj. Zaidi, 1991, Kursus Lengkap Bahasa Melayu STPM Kertas 1 Bahagian 1,

    Penerbit Elman Sdn. Bhd.

    Nik Safiah Karim, ogos/September 1982, Laras Bahasa Melayu; Beberapa pandangan,

    Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

    Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain, 1992, Pembinaan Bahasa Melayu: Perancangan

    Bahasa Di Malaysia, dewan bahasa dan pustaka, kuala Lumpur)

    Zaba, 1965,Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 ; Permulaan Nahu Melayu, Dewan Bahasa

    Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

    Prof. Dr. Awang Sariyan, Isu Bahasa Melayu Dalam Sistem Pemdidikan Negara :

    Bahagian II, PTS Publications & Distribution Sdn Bhd, Selangor, 2006

    17

  • 7/29/2019 Neka Bahasa

    18/18

    Nor Shah bin Mohamed, Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Dunia Informasi,

    Komunikasi dan Teknologi (ICT) : Isu dan Cabaran, Kuala Lumpur, 2001

    Keranda 152, Bahasa Kita, Air Mata dan Maruah Kita, Kuala Lumpur: Persatuan

    Linguistik Malaysia, 2002

    Awang Sariyan, Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia . Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000

    Asraf (Ed.), Manifesto Budaya : Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. Kuala Lumpur:

    Persatuan Linguistik Malaysia, 1996

    18