Upload
ave
View
122
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
MINGGU 11. NEUROLINGUISTIK (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY). PENDAHULUAN Neurolinguistik ialah satu bidang yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan otak serta sistem saraf manusia, atau pengkajian terhadap struktur otak yang dimiliki oleh seseorang untuk memproses bahasa. - PowerPoint PPT Presentation
Citation preview
Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia
NEUROLINGUISTIK(PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
MINGGU 11
Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia
PENDAHULUAN
Neurolinguistik ialah satu bidang yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan otak serta sistem saraf manusia, atau pengkajian terhadap struktur otak yang dimiliki oleh seseorang untuk memproses bahasa.
Tujuan pengetahuan neurolinguistik untuk memahami struktur bahasa, yang dirujuk kepada otak dan struktur otak yang berkaitan dengan bahasa.
Roman Jakobson ( 1896-1982 ) dianggap sebagai pakar linguistik yang memainkan peranan besar dalam meletakkan dasar pengetahuan neurolinguistik.
Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia
Anatomi sistem saraf Fungsi setiap serebrum
KAEDAH PENYELIDIKAN
BIDANG NEUROLINGUISTIK
Aspek yang berkaitan Gangguan otak
bahasa dengan otak
Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia KORTEKS SEREBRUM
Bahagian teratas otak,struktur otak yang terbesar, setebal tiga milimeter, mengandungi 70% neuron dalam sistem saraf pusat.
Korteks serebrum terdiri drpd dua hemisfera:
Pada tahun 1981, seorang ahli biopsikologi iaitu Roger Sperry telah dapat membuktikan bahawa hemisfera kiri dan kanan otak mempunyai fungsi yang berbeza-beza.
HEMISFERA KIRI OTAK HEMISFERA
KANAN OTAK
Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia
HEMISFERA OTAK KIRI
Terletaknya fakulti bahasa Berperanan sebagai pemantau kemampuan tatabahasa
seseorang (bercakap, mengerti percakapan orang lain, menamakan benda, mengulangkan sesuatu, membaca dan menulis).
Menyelaraskan susunan pergerakan kompleks seperti yang diperlukan dalam ucapan.
Secara spesifik, kawasan di hemisfera otak kiri yang terlibat dalam aktiviti bahasa adalah di lobus frontal (broca) dan lobus temporal (wernicke).
Broca : terletak di lobus frontal hemisfera otak kiri ialah daerah yang bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti pertuturan.
: kawasan broca mengawal program motor untuk menyelaraskan pergerakan mulut kepada pengucapan
yang boleh difahami.
Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysiasambungan…
Wernicke : terletak di lobus temporal hemisfera otak kiri ialah daerah yang berfungsi membantu seseorang memahami bahasa.
: bahasa auditori dan penglihatan dibentuk di kawasan deria dan sekutu masing-masing, dan bertemu pada kawasan wernike yang membolehkan persepsi bahasa tersebut dikenali sebagai bahasa pertuturan dan penulisan.
Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia
HEMISFERA OTAK KANAN
Berkemampuan menggunakan bahasa dengan baik (memberi intonasi, menekan nada kalimat yang diucapkan, melakukan gerakan isyarat tubuh, tangan dan muka) supaya teman bicara dapat memahami isi fikiran dan perasaan yang ingin dikomunikasikan dengan lebih mendalam.
Otak kanan cenderung untuk pengkhususan dalam matapelajaran seperti kewartawanan, kesenian dan komunikasi oral.
Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia
GANGGUAN OTAK
Norman Geschwind iaitu seorang ahli neurologi yang menumpukan perhatian terhadap gangguan bahasa.
Gangguan bahasa terjadi apabila berlaku kecederaan atau kerosakkan pada otak.
Gangguan bahasa yang disebabkan oleh gangguan pada hemisfera otak, baik sebelah kiri ataupun kanan, disebut sebagai afasia.
Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia GANGGUAN OTAK KIRI
Seseorang itu tidak mampu menggunakan tatabahasa dengan betul.
“Pesakit dapat menyebut perkataan patah demi patah dan menyanyi lagu tanpa sebarang kesulitan tetapi tidak dapat bercakap dengan menggunakan tatabahasa yang betul,”
(Pierre Paul Broca). Pertuturannya menjadi kacau tanpa susunan dan kaedah
linguistik dengan betul. Berkemungkinan tidak lagi memahami pertuturan orang lain dan
tidak boleh membaca serta menulis.
GANGGUAN OTAK KANAN Penggunaan bahasa secara sebarangan sehingga seseorang itu
tidak mempunyai sopan santun berbahasa (kesukaran dalam pengucapan bahasa).
Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia
AHLI NEUROLOGI (KAJIAN BAHASA DENGAN OTAK)
AHLI NEUROLOGI GERMAN, CARL
WERNICKE
AHLI NEUROLOGI PERANCIS, PIERRE
PAUL BROCA.