33
SENI DALAM PENDIDIKAN TOPIK 4: DERIA DAN SENI ANNE, KISHA, LENICER, DHARSHINI, DHURGA, SELVA, YASO

NEW SDP

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SDP

Citation preview

WAJ 3107 SENI DALAM PENDIDIKAN TOPIK 4: DERIA DAN SENI

SENI DALAM PENDIDIKANTOPIK 4: DERIA DAN SENI

ANNE, KISHA, LENICER, DHARSHINI, DHURGA, SELVA, YASOPERKEMBANGANKEPEKAANDERIAANNE, KISHA, LENICER, DHARSHINI, DHURGA, SELVA, YASODERIA MANUSIA

ANNE, KISHA, LENICER, DHARSHINI, DHURGA, SELVA, YASOMenurut Jame Ismail dan Zulkifli Yaakob (2008), Perkembangan merupakan suatu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan . Faktor-faktor perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada di sekeliling mereka.

ANNE, KISHA, LENICER, DHARSHINI, DHURGA, SELVA, YASOUntuk itu, perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan lagi perkembangan diri setiap individu. Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini merupakan satu proses berterusan.

ANNE, KISHA, LENICER, DHARSHINI, DHURGA, SELVA, YASOMenurut (Mohd Jamel Ismail, 2010), aktiviti seni dapat membantu naluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan eksperimentasi dengan menggunakan deria. Selain itu, murid juga dapat berinteraksi secara langsung dengan persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalalui pengalaman yang diperolehi.

ANNE, KISHA, LENICER, DHARSHINI, DHURGA, SELVA, YASO

SENTUHAN

Menurut (Zulkifli Yaakob, 2010), sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari Ia merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak sebelum kanak-kanak mula berbahasa. Melalui sentuhan, murid akan dapat melakukan pelbagai aktiviti antaranya ialah murid menggunakan jari untuk melukis.

GAMBAR SENTUHAN KANAK-KANAK DARI ASPEK PSIKOMOTOR

Deria sentuhan mula berkembang ketika bayi lagi. Melalui sentuhan ibu, kanak-kanak akan mula berhenti menangis dan melalui sentuhan juga. Kanak-kanak akan berasa selamat.

GAMBAR KANAK-KANAK DAN SENTUHAN IBU

DENGAR

Menurut Zulkifli Yaakob, 2010 mendengar melibatkan deria telinga. Aktiviti yang dijalankan lebih tertumpu kepada persoalan: apa yang mereka dengar? Contohnya, aktiviti seni visual yang dilakukan ialah berdasarkan apa yang telah didengarnya ketika dia melukis. Dalam aktiviti muzik, murid akan cuba mencipta bunyi berdasarkan apa yang didengarnya. Manakala dalam bidang pergerakan pula, pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat atau lambat.

KANAK-KANAK MENDENGAR

LIHAT

Menurut Zulkifli Yaakob (2010), melihat menggunakan deria mata melibatkan pengamatan dan pemerhatian. Berdasarkan maklumat yang datang melalui deria mata, seseorang akan dapat mengalamai pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan.

KANAK-KANAK DAN PENGAMATAN PENGLIHATAN

Pemahaman tentang warna membolehkan murid mengetahui ciri-cirinya dan seterusnya tahu utuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni visual. Dengan melihat juga, pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang iaitu melibatkan dunia visual-spatial dengan lebih tepat.

RASA

Menurut Zulkifli Yaakob (2010), rasa merupakan gerak hati atau kata hati murid. Dengan menggunakan deria ini, murid akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangfan yang diterima oleh derianya.

KANAK-KANAK MENGGUNAKAN DERIA RASA

Di dalam seni visual, murid akan dapat meluahkan perasaaan melalui pengalaman yang telah diperolehinya apabila membuat aktiviti seni. Apabila mendengar muzik, secara tidak langsung kaki murid akan bergoyang disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mud muzik yang didengarinya.

HIDU

Hidu lebih menekankan aspek penanggapan (Mohd Jamel Ismail, 2010). Penanggapan ini tidak berlaku secara semulajadi. Sebaliknya, guru harus merancang strategi untuk menyerapkan unsure-unsur ini dalam pengajarannya. Ianya boleh dilakukan melalui;

a) Kebolehan mental muridFaktor ini penting untuk memastikan setiap murid mendapat pembelajaran optimum mengenai konsep yang diajar oleh guru.

b) Pendekatan pengajaran Guru perlu merancang strategi pengajaran yang hendak digunakan olehnya untuk membentuk penanggapan yang baik.

i. Pendekatan inkuiri penemuan

Murid mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah.Pelajar akan berfikir dan menaakul secara mental dengan menggunakan orgsn deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukan sebagai pemberi jawapan yang sebenar.

ii. Pendekatan resepsiGuru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung kepada pelajar. iii. Pendekatan deduktifGuru menghuraikan prinsip dan ciri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan diikuti contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.

KANAK-KANAK DAN DERIA HIDU

KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIA

Kepekaan deria adalah penting kerana ia dapat membantu kita membentuk satu persepsi menyeluruh. Persepsi ini juga dipanggil pengamatan. Untuk itu, pancaindera manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulit akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitarannya.

PERSEKITARAN Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi perkembangan deria murid. Murid yang dikelilingai persekitaran sosial yang mendorong akan menjadi seseorang yang sentiasa bermotivasi.Pengurusan bilik seni merupakan satu perkara utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

Guru pendidikan seni mestilah sentiasa bekerjasama dengan guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni.Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada murid dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja murid, guru seni hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.

GAMBAR PERSEKITARAN

SEKIAN, TERIMA KASIH