Upload
letu
View
228
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
(PBK) BAGI MATA PELAJARAN BIOLOGI KBSM TINGKATAN EMPAT
(“HUMAN DIGESTIVE SYSTEM”)
NG FUI LIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI MATA PELAJARAN BIOLOGI KBSM TINGKATAN EMPAT (SISTEM PENCERNAAN MANUSIA)
SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya : NG FUI LIN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)
ENCIK ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN HJ. SIDEK
(NAMA PENYELIA)
Tarikh: 18 APRIL 2006
____________________________ (TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap: 31, LOT 2173, JALAN SEBISAK,MUARA TUANG, 93250, KUCHING, SARAWAK. Tarikh: 18 APRIL 2006
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)”.
Tandatangan : …………………………………………..
Nama Penyelia : ENCIK ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN HJ.
SIDEK
Tarikh : APRIL 2006
ii
PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
(PBK) BAGI MATA PELAJARAN BIOLOGI KBSM TINGKATAN EMPAT
(“HUMAN DIGESTIVE SYSTEM”)
NG FUI LIN
Tesis ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2006
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil karya saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ……………………………………..
Nama Penuh : NG FUI LIN
Tarikh : APRIL 2006
v
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada penyelia
Projek Sarjana Muda ini iaitu Encik Rosni Zamuddin Shah Bin Hj Sidek atas
bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang tempoh
penyeliaan tesis ini.
Ribuan terima kasih juga saya dedikasikan buat kepada pensyarah multimedia
di Jabatan Multimedia Fakulti Pendidikan terutamanya Pn. Norah kerana sudi
menghulurkan bantuan semasa proses pembangunan perisian PBK saya.
Penghargaan diberikan kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberi
dorongan dan sokongan kepada saya.
Ribuan terima kasih juga ditujukan buat rakan-rakan sekursus yang banyak
memberikan komen yang bernas serta dorongan bukan sahaja sepanjang menyiapkan
projek sarjana muda saya ini malah sepanjang pengajian saya di UTM. Tidak
ketinggalan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan pembangunan perisian ini. Sesungguhnya
jasa dan budi yang dihulurkan tidak akan dilupakan hingga ke akhir hayat.
vi
ABSTRAK
Perkembangan teknologi yang begitu canggih pada hari ini telah menjadikan
dunia ini tanpa sempadan lantaran penggunaan jaringan komputer yang begitu
meluas dan menyebabkan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) turut
berkembang dan digunakan di bilik darjah ataupun di rumah. Walaupun perisian
PBK sudah berada di pasaran dan Internet, namun penggunaannya masih belum
meluas dan belum disepadukan dalam sistem pendidikan di negara kita. Meskipun
begitu, kerajaan sedang berusaha meluaskan penggunaan PBK di sekolah melalui
program sekolah bestari. Namun demikian, banyak perisian yang berada di pasaran
kini tidak sesuai dengan budaya dan pemikiran tempatan, tidak menepati pedagogi
pendidikan, dan tidak sesuai dengan cita rasa pendidik. Oleh itu, satu perisian
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang bertajuk kecil “Human Digestive
System” di bawah “Nutrition” dalam mata pelajaran Biologi KBSM Tingkatan Empat
dalam versi Bahasa Inggeris telah dihasilkan bagi mengatasi masalah ini. Perisian
yang dibangunkan dikhususkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat dan Lima
yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertujuan
memudahkan penguasaan para pelajar dalam topik ”Human Digestive System” yang
mengandungi banyak konsep abstrak yang dapat diterangkan dengan lebih jelas
dengan bantuan penggunaan unsur-unsur multimedia. Perisian PBK ini dibina
dengan menggunakan bahasa gubahan Macromedia Authorware 6.5 dengan bantuan
perisian sokongan seperti Adobe Photoshop 6.0, Ulead Cool 3D 3.5, Macromedia
Flash MX , Sonic Foundry Sound Forge 7.0, Second Speech Center.
vii
ABSTRACT
The sophisticated technological development today made the boundless
world, with the wide computer coverage, the Computer Assisted Teaching Software
(CATS) is also developed and used in classroom and even at home. Although CATS
is available in the market and Internet, it is still not widely used and is not yet
integrated in our education system. Hence, the government is trying the best in order
to enhance the usage of CATS in the classroom through smart program. Still, the
software in the market do not suit the criteria of the national curricular, do not suit
the culture and local thinking, do not suit the educational pedagogic as well as the
teachers’ point of view. In view of the fact, the Computer Assisted Teaching
Software entitled “Human Digestive System” under the topic of “Nutrition” in the
KBSM Form 4 Biology subject was developed in sequence to overcome the problem.
The software is meant for Form 4 and 5 students who are candidate for SPM with the
objective to simply bring about the empowerment of the students’ understanding in
the topic, that encompasses the abstract concept that can be explained more
effectively with the aid of multimedia elements. The software was developed using
an authoring software Macromedia Authorware 6.5 co-operated with supported
software such as Adobe Photoshop 6.0, Ulead Cool 3D 3.5, Macromedia Flash MX,
Sonic Foundry Sound Forge 7.0, Second Speech Center.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN PENGESAHAN TESIS i
HALAMAN PENGESAHAN PENYELIA ii
HALAMAN PENGAKUAN iii
HALAMAN DEDIKASI iv
HALAMAN PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
HALAMAN KANDUNGAN viii
HALAMAN SENARAI RAJAH xiii
HALAMAN SENARAI SINGKATAN xv
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Projek 5
1.5 Objektif Perisian 5
1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 6
1.7 Kepentingan Projek 7
1.8 Skop Projek 9
1.9 Definisi Operasi 10
1.9.1 Perisian 10
1.9.2 Pembelajaran 10
1.9.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer 10
(PBK)
ix
1.9.4 Sistem 11
1.9.5 Pencernaan 11
BAB 2 SOROTAN PENULISAN 12
2.1 Pengenalan 12
2.2 Definisi Multimedia 13
2.3 Media-media Multimedia 14
2.3.1 Hipermedia 15
2.3.2 Teks 15
2.3.3 Grafik 16
2.3.4 Audio 17
2.3.5 Video 18
2.3.6 Animasi 18
2.4 Multimedia Dalam Pendidikan 19
2.5 Definisi Pembelajaran Berbantukan 20
Komputer (PBK)
2.6 Klasifikasi Pembelajaran Berbantukan 20
Komputer (PBK)
2.7 Strategi Pembelajaran Berbantukan 21
Komputer (PBK)
2.7.1 Latih Tubi 21
2.7.2 Tutorial 22
2.7.3 Permainan 22
2.8 Kelebihan Pembelajaran Berbantukan 22
Komputer (PBK)
2.9 Kelemahan Pembelajaran Berbantukan 24
Komputer (PBK)
2.10 Teori Pembelajaran 25
2.10.1 Teori Behaviorisme 25
2.10.1.1 Aplikasi Prinsip Teori 27
Behaviorisme ke Dalam
Reka Bentuk Pembinaan
Perisian PBK
2.10.1.2 Kekuatan dan Kelemahan 27
x
Teori Behaviorisme
2.10.2 Teori Kognitif 28
2.10.2.1 Aplikasi Teori Kognitivisme 28
ke Dalam Reka Bentuk
Pembinaan Perisian PBK
2.10.2.2 Kekuatan dan Kelemahan 29
Teori Kognitivisme
2.10.3 Teori Konstruktivisme 29
2.10.3.1 Aplikasi Teori Konstruktivisme 30
ke Dalam Reka Bentuk
Pembinaan Perisian PBK
2.10.3.2 Kekuatan dan Kelemahan 31
Teori Konstruktivisme
2.11 Taksonomi Bloom 31
BAB 3 REKA BENTUK PERISIAN 33
3.1 Pendahuluan 33
3.2 Kerangka dan Prosedur Kajian 34
3.3 Fasa Analisa Keperluan 34
3.3.1 Pemilihan Tajuk 35
3.3.2 Pengumpulan Sumber Bahan 36
3.3.2.1 Buku Teks 36
3.3.2.2 Buku Rujukan Lain 36
3.3.2.3 Perisian Lain 37
3.3.2.4 Internet 37
3.3.2.5 Penjanaan Idea 37
3.3.3 Bahasa 37
3.3.4 Pemilihan Perkakasan 38
3.3.5 Pemilihan Alat Pengarangan 38
3.3.5.1 Ikon-Ikon 39
3.3.6 Pemilihan Perisian Sokongan 41
3.3.6.1 Adobe Photoshop 7.0 41
3.3.6.2 Ulead Cool 3D 3.0 42
3.3.6.3 Sony Vegas 5.0 42
3.3.6.4 Macromedia Flash MX 43
xi
3.3.7 Aplikasi Teori Pembelajaran 43
3.3.7.1 Teori Behaviorisme 43
3.3.7.2 Teori Kognitivisme 44
3.3.7.3 Teori Konstruktivisme 45
3.4 Fasa Rekabentuk 45
3.4.1 Carta Alir 48
3.4.2 Papan Cerita 52
3.5 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan 53
BAB 4 HASIL REKA BENTUK PERISIAN 55
4.1 Pendahuluan 55
4.2 Pakej Perisian 55
4.3 Perbincangan Perisian 56
4.3.1 Tutorial 61
4.3.2 Lesson 1 61
4.3.3 Quiz 65
4.3.4 Glossary 70
4.3.5 Online 71
4.3.6 Fun 72
4.3.7 Info 77
4.3.8 Exit 79
BAB 5 KESIMPULAN, MASALAH DAN CADANGAN 80
5.1 Pendahuluan 80
5.2 Masalah-masalah yang dihadapi semasa 80
pembangunan perisian
5.2.1 Kekurangan kepakaran 81
5.2.2 Kekurangan kos 82
5.2.3 Kekurangan masa 83
5.2.4 Penggunaan perisian sokongan 83
5.2.5 Kekurangan perisian asal dan masalah hak 84
cipta
5.2.6 Penilaian perisian 84
5.3 Kelebihan dan Kelemahan Perisian 85
xii
5.3.1 Kelebihan 85
5.3.2 Kelemahan 87
5.4 Kesimpulan 88
5.5 Cadangan 89
RUJUKAN 90
RUJUKAN INTERNET 92
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Enam tahap dalam Taksonomi Bloom 32
3.1 Model reka bentuk instruksi bersistem Hanaffin fan Peck 34
3.2 Carta alir perisian 48
3.3 Carta alir tutorial 49
3.4 Carta alir kuiz 49
3.5 Carta alir Glosari 50
3.6 Carta alir Online 50
3.7 Carta alir permainan 51
3.8 Carta alir Info 51
3.9 Carta alir keluar 52
4.1 Paparan countdown 57
4.2 Paparan montaj 57
4.3 Paparan meminta kepastian 58
4.4 Paparan pendaftaran bagi pengguna baru 59
4.5 Paparan objektif pembelajaran 59
4.6 Paparan panduan pengguna 59
4.7 Paparan menu utama 60
4.8 Paparan menu tutorial 63
4.9 Paparan nota Lesson 1 63
4.10 Paparan nota Lesson 2 64
4.11 Paparan nota Lesson 3 64
4.12 Paparan soalan berbentuk kemahiran berfikir kreatif dan kritis 64
4.13 Paparan Lesson 4 – Summary 65
4.14 Paparan menu zon permainan 65
4.15 Paparan pendaftaran zon soalan objektif 66
4.16 Paparan arahan soalan objektif 66
xiv
4.17 Paparan soalan objektif 67
4.18 Paparan sijil penyertaan kuiz soalan objektif 68
4.19 Paparan soalan subjektif 68
4.20 Paparan soalan padanan 69
4.21 Paparan utama glosari 71
4.22 Paparan menu Online 71
4.23 Paparan menu zon permainan 73
4.24 Paparan memasukkan kata kekunci permainan “Mistery Castle” 74
4.25 Paparan arahan permainan “Mistery Castle” 74
4.26 Paparan permainan “Mistery Castle” 74
4.27 Paparan permainan silang kata sistem pencernaan manusia 76
4.28 Paparan permainan “Alien Attack” 76
4.29 Paparan permainan “Mars Stand” 76
4.30 Paparan menu Info 78
4.31 Paparan penghargaan 78
4.32 Paparan meminta kepastian untuk keluar 78
xv
SENARAI SINGKATAN
MSC - Multimedia Super Corridor
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
CD - Compact Disc
RAM - Random Access Memory
1
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super
Corridor (MSC) telah dinyatakan secara rasminya oleh bekas Perdana Menteri
Malaysia, Tun Mahathir Bin Mohamad pada 29 Ogos 1995. Objektif utama MSC
adalah untuk memaksimumkan sebaik mungkin penggunaan ICT dalam setiap
bidang daripada urusan pentadbiran negara hinggalah kepada urusan pendidikan.
Projek Sekolah Bestari ialah salah satu daripada tujuh aplikasi Perdana MSC.
Matlamat kerajaan Malaysia adalah untuk menggunakan sepenuhnya kepakaran
teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan
Sekolah Bestari. Perlaksanaan projek sekolah bestari adalah berdasarkan lima
konsep keperluan untuk cadangan (Concept Requests For Proposals) yang meliputi
bahan pengajaran dan pembelajaran, sistem penilaian, sistem pengurusan sekolah,
infrastruktur teknologi dan pengintegrasian sistem. Ini menunjukkan bahawa
aplikasi teknologi multimedia pentadbiran adalah hinggalah kepada urusan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ini sekaligus telah menjadikan
teknologi multimedia sebagai suatu Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diiktiraf
dalam dunia pendidikan.
Kemunculan sekolah bestari di Malaysia telah menyebabkan berlakunya
perubahan dalam pendekatan guru dengan pelajar dalam proses pengajaran dan
2
pembelajaran (P&P). Di sekolah bestari, pelajar dianggap sebagai pembelajar yang
aktif di mana pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan budaya berfikir dengan
memanfaatkan sumber ilmu oleh teknologi. Pelajar dapat belajar sejajar dengan
tahap pencapaian mereka sendiri. Ini menyebabkan penggunaan perisian
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dan multimedia dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah dan institusi pendidikan menjadi
semakin giat. Guru dan pelajar telah dilatih untuk menguasai kemahiran
menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Mengikut perancangan dalam Konsep Keperluan untuk Cadangan (CRFP) bagi
projek sekolah bestari, perlaksanaan dalam bidang bahan pengajaran dan
pembelajaran adalah dengan membangunkan kursus multimedia interaktif untuk
kegunaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru berperanan sebagai
pembimbing, fasilitator atau navigator kepada para pelajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) melalui teknologi multimedia yang dikenali sebagai
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Komputer akan mengambil alih kerja
rutin dan penyampaian maklumat dan membebaskan guru daripada tugasan
pentadbiran yang remeh supaya mereka dapat menumpukan perhatian terhadap aspek
pendidikan yang bersifat kemanusiaan.
Sejurus itu, ledakan perkembangan era teknologi multimedia menjadi
semakin pesat. Semua orang telah maklum bahawa perkembangan dunia sekarang
yang terlalu pantas terutamanya dalam bidang teknologi maklumat rentetan daripada
keperluan dan kehendak negara yang terlalu tinggi terhadap teknologi ini. Setiap
bidang tidak melepaskan peluang untuk mengaplikasikan kecanggihan teknologi ini
bagi menghasilkan produk yang berkualiti. Dengan itu, Ahmad Muhaimin (2003),
menyatakan bahawa wujudlah kemahuan manusia alaf ini yang mengarah kepada
sesuatu yang berbentuk lebih baik, murah dan pantas. Oleh itu, penggunaan
teknologi komputer dalam semua bidang satu pilihan yang tepat bagi memenuhi
keperluan kehidupan pada masa kini. Dengan itu, diharapkan penggunaan teknologi
multimedia dalam dunia pendidikan akan memberikan impak yang besar kepada
negara.
3
1.2 Latar belakang masalah
Perubahan dalam dunia pendidikan yang berlaku secara mendadak daripada
yang menggunakan kapur, papan tulis dan guru semata-mata hinggalah kepada
penggunaan perkakasan sistem maklumat dan saluran komunikasi. Jika dulu guru
bertindak sebagai sumber maklumat kepada para pelajar maka kini guru akan
bertindak sebagai fasilitator atau navigator yang hanya bertindak sebagai pamandu
arah atau penasihat kepada para pelajar dalam menuntut ilmu. Maka dengan
perubahan inilah, teknologi digital telah mengusai dunia pendidikan yang menuntut
kita semua supaya mengikut rentaknya. Dalam hal ini, para pendidiklah perlu
memainkan peranan yang besar dalam usaha merealisasikan kehendak dan keperluan
negara untuk menghasilkan warganegara yang mampu mendukung matlamat dan
hasrat kerajaan.
Kemampuan untuk mengikuti sesuatu pelajaran adalah berbeza di antara satu
sama lain. Menurut Ee Ah Meng (1996), perbezaan ini adalah disebabkan oleh
faktor-faktor seperti fizikal, sosial dan emosi. Jadi terdapat sesetengah pelajar tidak
mendapat input daripada sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah,
maka guru perlu menggunakan pendekatan psikologi yang berlainan bagi
“memancing” mereka untuk bergaul, belajar, dan aktif mengikuti aktiviti-aktiviti
yang dijalankan oleh guru.
Sepanjang tinjauan yang telah dibuat oleh penyelidik di pasaran, kebanyakan
perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang dibangunkan masih tidak
menepati kehendak sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ini
disebabkan oleh kebanyakan perisian-perisian yang dihasilkan bukan dibangunkan
oleh golongan para pendidik yang berpengalaman dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) serta mempunyai pengetahuan tentang teori-teori pendidikan
misalnya Teori Behaviorisme, Teori Kognitivisme, Teori Konstruktivisme dan
model-model reka bentuk seperti Model Waterfall, Model ADDIE, Model Dick &
Carey dan lain-lain lagi.
4
1.3 Pernyataan masalah
Matlamat utama sistem pendidikan adalah untuk mempertingkatkan
pemahaman pelajar terhadap konsep asas di samping mengembangkan kebolehan
mereka untuk mengenali dan menyelesaikan masalah yang berkaitan. Justeru itu,
pelajar perlu didedahkan kepada pembelajaran melalui pengalaman yang lebih
menekankan pendekatan penggunaan lebih daripada satu deria misalnya deria
penglihatan, pendengaran dan gerak tangan.
Sistem pencernaan manusia merupakan suatu topik yang sangat subjektif
untuk diterangkan kepada para pelajar kerana untuk memahami setiap tindak balas
yang berlaku, para pelajar perlu mengingati kesemua enzim yang terlibat dalam
proses pencernaan dalam setiap organ badan. Sebagaimana yang diketahui, enzim-
enzim adalah tidak dapat dilihat menerusi mata kasar manusia. Secara konvensional,
para guru di sekolah hanya menyuruh para pelajar untuk menghafal kesemua enzim
seperti menghafal formula matematik. Oleh itu, para pelajar dikehendaki
berimaginasi dengan tindak balas yang berlaku untuk mendapat gambaran sebenar
bagaimana proses pencernaan berlaku. Pembelajaran bermakna akan berlaku jika
hasil yang terbentuk daripada imaginasi para pelajar adalah betul tetapi bagaimana
jika sebaliknya berlaku. Penggunaan animasi atau klip video tentang mekanisme
pencernaan dalam perisian ini akan membantu para guru membentuk imaginasi yang
betul di kalangan para pelajar.
Interaktiviti serta unsur multimedia yang terdapat dalam perisian ini dapat
menarik perhatian para pelajar dan memudahkan penyerapan maklumat ke dalam
minda para pelajar. Penyerapan maklumat mudah berlaku kerana perisian yang
dibangunkan adalah hasil gabungan beberapa unsur multimedia seperti grafik, video,
audio dan animasi. Pengaplikasian unsur-unsur multimedia tersebut menggalakkan
penggunaan deria yang lebih daripada satu seperti deria pendengaran, penglihatan di
mana penggunaan deria yang pelbagai boleh membantu ingatan jangka masa panjang.
5
1.4 Objektif Projek
Tujuan utama projek ini direka bentuk adalah untuk membangunkan satu
perisian aplikasi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Multimedia dalam satu
subtopik iaitu “Human Digestive System” dalam topik nutrisi bagi mata pelajaran
Biologi tingkatan empat mengikut sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM). Selain itu, objektif projek ini yang lain adalah untuk:
i. Membangunkan satu perisian multimedia yang interaktif dalam
bentuk CD bagi tajuk “Sistem Pencernaan Manusia” dalam versi
Bahasa Inggeris.
ii. Menyediakan satu perisian yang sesuai dijadikan bahan rujukan asas
pelajar dan guru secara individu atau berkumpulan di dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
iii. Memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang tajuk sistem
pencernaan manusia sebelum mereka mengikuti proses pembelajaran
dalam kelas.
1.5 Objektif Perisian
Di bawah tajuk ini, perisian yang dibangunkan ini mempunyai objektif
tertentu misalnya:
i. Mengaplikasikan penggunaan teknologi multimedia dalam bidang
pendidikan sejajar dengan perkembangan teknologi komputer.
ii. Pelajar-pelajar dapat mengukuhkan pemahaman mereka berkenaan
dengan sistem pencernaan manusia di mana setiap konsep yang
abstrak diterangkan dengan jelas dengan bantuan unsur-unsur
multimedia.
6
iii. Mewujudkan konsep pembelajaran kendiri mengikut kesesuaian,
citarasa dan masa pelajar.
iv. Memudahkan pelajar membuat ulangkaji dan latihan pengukuhan.
v. Mempelbagaikan pilihan koleksi perisian multimedia dalam mata
pelajaran biologi.
vi. Menambah bilangan perisian PBK yang menggunakan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar.
1.6 Rasional Pemilihan Tajuk
Pengajaran dan pembelajaran subtopik ini mengandungi elemen-elemen
multimedia agar pelajar-pelajar dapat menguasai topik ini. Buku-buku dan model
Alat Bantu Mengajar (ABM) di sekolah lebih cenderung menggunakan kaedah
ilustrasi iaitu menggunakan gambar rajah dua dimensi sahaja. Pelajar agak sukar
untuk memahami topik ini tanpa gabungan unsur multimedia. Ini adalah disebabkan
oleh sesetengah proses sukar ditunjukkan dengan hanya menggunakan gambar rajah.
Perisian yang mengandungi unsur animasi beserta dengan suara penerangan yang
jelas amat diperlukan.
Topik “Human Digestive System” merupakan suatu topik yang agak sukar
difahami sekiranya tiada aktiviti pengukuhan yang banyak. Sungguhpun banyak
latihan telah disediakan dalam buku teks atau buku rujukan, namun kaedah ini
kurang interaktif. Perisian ini telah menambahkan unsur-unsur interaktif agar
pelajar-pelajar boleh berfikir secara kritis sepanjang waktu pembelajaran. Unsur-
unsur interaktiviti ini secara tidak langsung akan mengukuhkan ingatan mereka
tentang istilah-istilah dalam sistem pencernaan manusia. Untuk pelajar yang dapat
menjawab soalan dengan betul, ganjaran secara visual akan ditunjukkan. Ini akan
memotivasikan pelajar untuk terus belajar.
7
Permainan “Mistery Castle” dan “Cross Word Puzzle” dan “Matching” dalam
perisian ini akan mengukuhkan ingatan pengguna tentang fungsi-fungsi setiap organ
pencernaan dan tindakan enzim dalam sistem pencernaan manusia berbanding
dengan pembelajaran konvensional. Perisian ini dapat menarik minat serta
menenangkan fikiran pelajar dengan adanya muzik latar belakang. Ini seterusnya
dapat memupuk minat pelajar untuk terus mendalami topik ini.
1.7 Kepentingan Projek
Pembangunan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) penting
dalam bidang pendidikan kerana perisisan PBK mempunyai pelbagai kebaikan yang
bermanfaat sama ada kepada para pelajar, para guru, ibu bapa ataupun pihak
pembangun sendiri.
Salah satu daripadanya ialah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PBK) dapat mengamalkan konsep pembelajaran kendiri. Pelajar berpeluang
mempelajari sesuatu pelajaran pada bila-bila masa dan mereka boleh mengulang
pelajaran tersebut seberapa banyak kali yang perlu. Keadaan sebegini sudah tentu
tidak praktikal jika dijalankan di sekolah kerana guru perlu menghabiskan sukatan
pelajaran pada masa yang ditetapkan dan guru perlu menitik beratkan pembelajaran
pelajar yang agak bijak maka pelajar yang sederhana dan lemah tetapi mereka ingin
belajar telah diabaikan oleh guru. Selain itu, dengan menggunakan perisian
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK), para pelajar dapat menggunakan
kemudahan glosari untuk menyemak perkataan yang tidak faham maksudnya. Tetapi
jika menggunakan buku, para pelajar dikehendaki menyemak maksud istilah di
dalam kamus.
Menurut Okey (1978), pelajar akan hilang minat terhadap pembelajaran
disebabkan oleh pelbagai faktor seperti bahan pembelajaran yang tidak menepati,
8
organisasi isi kandungan tidak bersesuaian, persekitaran pembelajaran kurang
menyenangkan dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang statik.
Oleh itu, selain daripada penglibatan aktif, penggunaan perisian Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PBK) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga boleh
menyeronokkan melalui gabungan grafik, animasi, video serta audio yang
memberangsangkan sekaligus dapat mengelakkan berlakunya kehilangan minat
pelajar terhadap ilmu yang disampaikan. Ini disebabkan oleh buku-buku yang penuh
dengan perkataan adalah lebih membosankan dan para pelajar akan lebih cepat
berasa letih dan jemu.
Pengaplikasian elemen-elemen multimedia ini juga turut menggalakkan
penggunaan deria yang lebih daripada satu seperti pendengaran, penglihatan dan
gerak tangan bagi memastikan pembelajaran lebih diingati. Mok Soon Sang (1996)
menyatakan bahawa pemerolehan maklumat oleh para pelajar dalam sesuatu
pembelajaran adalah melalui deria lihat (74%), deria dengar (17%), deria sentuh (6%)
dan deria rasa (3%).
Kepada pihak guru yang mengajar di sekolah pula, para guru boleh
menggunakan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) ini sebagai
Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk mengajar dalam kelas. Dengan menggunakan
perisian, guru tidak perlu bersusah payah dan membuang masa untuk mencari
pelbagai sumber seperti transparensi, poster dua dimensi dan pita video yang
berkenaan untuk ditunjukkan kepada para pelajar. Para pelajar akan menunjukkan
minat yang lebih terhadap animasi dan klip video yang berwarna dan terdapat
penerangan tentang apa yang ditunjukkan. Para guru juga boleh tunjukkan bahagian
tubuh badan yang terlibat dalam sistem pencernaan manusia dengan lebih jelas dan
terperinci melalui perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) ini kepada
para pelajar agar mereka dapat faham proses pencernaan yang berlaku dengan lebih
jelas.
9
Projek ini juga dapat memberi manfaat kepada pihak pembangun perisian
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) ini. Pihak pembangun dapat
menambahkan koleksi perisian multimedia kepada Fakulti Pendidikan di Universiti
Teknologi Malaysia. Selain itu, perisian ini dibangunkan dengan menggunakan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, maka perisian ini dapat menjadi sumber
rujukan kepada pelajar yang bakal membuat Projek Sarjana Muda (PSM) kelak. Ini
juga dapat memudahkan bakal pelajar untuk merujuk idea-idea kreatif yang telah
dihasilkan oleh pembangun perisian.