2
8/7/2019 (Nilai Peribadi) Berlapang Dada Menerima Kritikan http://slidepdf.com/reader/full/nilai-peribadi-berlapang-dada-menerima-kritikan 1/2 1 BERLAPANG DADA MENERIMA KRITIKAN Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com) Setelah bertahun-tahun melalui pel bagai pengalaman dalam dunia latihan dan kerja-kerja kemasyarakatan,  jarang sekali dapat dite mui seorang manusia yang gemar mendengar kritikan dan teguran dari  orang lain. Apatah lagi  apabila ia datang dari budak hingusan yang dianggap  jauh lebih muda dan kurang makan garam dari diri kita.  Pepatah Cina ada menyatakan, mere ka yang sentiasa memuji  itu adalah musuh kamu dan yang sentiasa mengkritik dan menegur itulah teman yang sebenar. Persepsi kita terhadapa kritikan dan teguran adalah terlalu negatif. Sehinggakan, kita menutup telinga kita dari pada mendengar apa yang benar, dan kita hanya suak mendengar puji-pujian dan kemasyhuran diri  sendiri. Ia amat  berbahaya dalam urusan harian kita. Secara ti dak langsung, kita sebenarnya mendedahkan diri kita untuk kesalahan dan dosa-dosa  yang lain seperti menghina, mengumpat,  serta kad angkala menyebarkan fitnah dan membuat tuduhan melulu.  Antara kewaji pan seorang Muslim kepada Muslim yang lain adalah apabila mere ka meminta nasihat, maka wajiblah kita untuk memberi kan nasihat. Itu menggambarkan betapa keperluan untuk mendengar kritikan adalah penting dan mampu melahirkan seseorang yang berjiwa besar dan berfi kiran ter buka. Kehi dupan ini penuh dengan teguran yang disampaikan oleh Allah s.w.t.  sendiri  kepada manusia. Apabila  jiwa ini kecil, pemikiran   juga sempit, akhirnya, teguran-teguran dari Allah s.w.t. hanya berlalu secara sia-sia dan tidak dapat dilihat oleh mata hati kita. Keti ka itu, akan matilah hati kita.  Terdapat beberapa cara untuk kita melatih diri  untuk sentiasa berlapang dada dalam menerima sebarang kritikan.  Pertama, rinduilah kritikan dan nasihat tersebut . Sentiasalah mencari cara untuk memperbetulkan diri kita. Buangkan anggapan bahawa diri kita yang ter baik dan sentiasa ingat bahawa hidup ini mesti terus belajar.  Kedua, cari dan bertanyalah . Jadikanlah bertanya serta meminta nasihat ini sebagai satu kebiasaan. Waji b bagi  seorang Muslim untuk memberi kan nasihat kepada Muslim lain yang meminta nasihat. Ketiga, nikmati kritikan. Apabila menerima teguran, senyum dan fikirkan apa yang bai k disebali k apa sahaja teguran yang diberi kan. Ingat selalu, peringatan itu bukan hanya datang dari  seorang manusia,  tetapi adalah dari Allah s.w.t.  yang sentiasa kasih dan sayang kepada kita.  

(Nilai Peribadi) Berlapang Dada Menerima Kritikan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: (Nilai Peribadi) Berlapang Dada Menerima Kritikan

8/7/2019 (Nilai Peribadi) Berlapang Dada Menerima Kritikan

http://slidepdf.com/reader/full/nilai-peribadi-berlapang-dada-menerima-kritikan 1/2

1

BERLAPANG DADA MENERIMA KRITIKAN 

Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com )

Setelah bertahun-tahun melalui pelbagai pengalaman dalam dunia  latihan dan kerja-kerja 

kemasyarakatan,  jarang sekali dapat ditemui seorang manusia yang gemar mendengar kritikan dan 

teguran dari orang lain. Apatah lagi apabila ia datang dari budak hingusan yang dianggap  jauh lebih 

muda dan kurang makan garam dari diri kita. 

Pepatah Cina ada menyatakan, mereka yang  sentiasa memuji  itu adalah musuh kamu dan 

yang sentiasa mengkritik dan menegur  itulah teman yang sebenar. Persepsi kita terhadapa kritikan 

dan teguran adalah terlalu negatif. Sehinggakan, kita menutup telinga kita daripada mendengar apa 

yang benar, dan kita  hanya  suak mendengar puji-pujian dan kemasyhuran diri  sendiri. Ia  amat 

berbahaya dalam urusan harian kita. Secara tidak langsung, kita sebenarnya mendedahkan diri kita 

untuk kesalahan dan dosa-dosa  yang  lain  seperti menghina, mengumpat,  serta kadangkala 

menyebarkan fitnah dan membuat tuduhan melulu. 

Antara kewajipan seorang Muslim kepada Muslim yang lain adalah apabila mereka meminta 

nasihat, maka wajiblah kita untuk memberikan nasihat. Itu menggambarkan betapa keperluan untuk

mendengar kritikan  adalah penting dan mampu melahirkan  seseorang  yang berjiwa besar dan 

berfikiran terbuka. Kehidupan  ini penuh dengan teguran yang disampaikan oleh Allah s.w.t. sendiri 

kepada manusia. Apabila  jiwa  ini kecil, pemikiran  juga sempit, akhirnya, teguran-tegurandari Allah 

s.w.t. hanya berlalu secara sia-sia dan tidak dapat dilihat oleh mata hati kita. Ketika itu, akan matilah 

hati kita. 

Terdapat beberapa  cara  untuk kita melatih diri  untuk sentiasa berlapang dada dalam

menerima sebarang kritikan. Pertama, rinduilah kritikan dan nasihat tersebut . Sentiasalah mencari 

cara untuk memperbetulkan diri kita. Buangkan anggapan bahawa diri kita yang terbaik dan sentiasa 

ingat bahawa hidup ini mesti terus belajar. 

Kedua, cari dan bertanyalah. Jadikanlah bertanya  serta meminta nasihat  ini  sebagai  satu 

kebiasaan. Wajib bagi seorang Muslim untuk memberikan nasihat kepada Muslim lain yang meminta 

nasihat.  Ketiga, nikmati kritikan. Apabila menerima  teguran,  senyum dan  fikirkan  apa  yang baik

disebalik apa  sahaja  teguran yang diberikan. Ingat  selalu, peringatan  itu bukan hanya datang dari 

seorang manusia, tetapi adalah dariAllah s.w.t. yang sentiasa kasih dan sayang kepada kita. 

Page 2: (Nilai Peribadi) Berlapang Dada Menerima Kritikan

8/7/2019 (Nilai Peribadi) Berlapang Dada Menerima Kritikan

http://slidepdf.com/reader/full/nilai-peribadi-berlapang-dada-menerima-kritikan 2/2

Keempat, syukurilah. Maka, bersyukurlah apabila masih ada orang yang mahu menegur kita. 

Jika  tidak, maka mungkin Allah  s.w.t.  sengaja membiarkan kita membuat dosa dan menyimpan 

kemurkaan-Nya kepada kita.  Sebaliknya,  apabila ditegur,  itu  tanda Allah  s.w.t. menyimpan kasih 

sayang-Nya untuk kita.  Kelima, menilai diri . Berlaku  jujurlah dengan diri sendiri. Setiap kelemahan 

perlu diakui,  itu bukan  tanda kalah,  tetapi mengalah. Mengalah dengan keegoan diri  yang  tidak

mahu diperbaiki. Keenam, memperbaiki diri . Kemudian, lakukanlah islah atau pembaikan. Ini proses 

penting yang membolehkan kita menjadi orang yang beruntung, hari ini lebih baik dari semalam. 

Terakhir, ketujuh, membalas budi . Ucapkanlah  terima kasih kepada  yang menegur dan 

sentiasalah memberikan  hadiah kepada mereka  yang kerapkali menegur kita. Berfikirlah positif. 

Mereka pasti ingin melihat kita lebih baik atau Allah s.w.t. pasti memberikan pendidikan yang terbaik

untuk kita. Pecayalah dan  jangan berputus asa dengan Allah s.w.t.