Upload
others
View
11
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KESEDIAAN PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK GURU-GURU PELATIH
TEKNIKAL SEMASA LATIHAN MENGAJAR
NORHAYATI BINTI AHMAD
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2010
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*
JUDUL: KESEDIAAN PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK GURU-GURU
PELATIH TEKNIKAL SEMASA LATIHAN MENGAJAR
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
SAYA: NORHAYATI BINTI AHMAD
Mengaku membenarkan tesis ( PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
Sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan (√)
__________________________ (TANDATANGAN PENULIS)
860905236334
Alamat tetap : No.21 Jalan Pi 5/13Taman Pulai Indah, 81110 Kangkar Pulai, Johor
Tarikh : _______________________
__________________________(TANDATANGAN PENYELIA)
DR NORA BINTE MISLANNama Penyelia
Tarikh: _______________________
CATATAN: *
**
Potong yang tidak berkenaanJika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau laporan Projek Sarjana Muda ( PSM)
SULIT
TERHAD
TIDAKTERHAD
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatanatau kepentingan Malaysia seperti yang termaktubDi dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan
Disahkan oleh:
√
ii
Pengesahan Penyelia
“Saya mengaku bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini
memenuhi keperluan skop dan kualiti untuk dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Teknologi Kejuruteraan)”
Tandatangan :
Nama penyelia :
Tarikh :
iii
KESEDIAAN PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK GURU-GURU PELATIH
TEKNIKAL SEMASA LATIHAN MENGAJAR.
NORHAYATI BINTI AHMAD
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai
Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Teknologi Kejuruteraan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
iv
“Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………………..
Nama Penulis : NORHAYATI BINTI AHMAD
No. K/P : 860905-23-6334
No. Matrik : BP073168
v
DEDIKASI
Khas buat ayahanda (Ahmad bin Sadimin) dan bonda (Kamariah binti Hj Roslan) terima
kasih terhadap segala pengorbanan kalian selama ini.
Suami yang tersayang (Azfarizal bin Amid) yang banyak memberikan semangat dan
dorongan serta mendoakan kecemerlanganku.
Kepada anakanda tercinta (Aisyah Nurkhairina binti Azfarizal), terima kasih kerana
memberikan keceriaan dan kebahagiaan kepada kehidupan bonda dan ayahanda
Buat rakan-rakan seperjuangan terima kasih diucapkan kepada kalian semua kerana
telah banyak berkongsi ilmu, suka dan duka sepanjang berada di Universiti Teknologi
Malaysia. Moga ukhuwah yang terjalin di sini akan kekal hingga ke akhir hayat.
Buat yang terlibat, kejayaan yang diperoleh ini adalah kejayaan kita bersama.
Terima kasih di atas segala bantuan dan doa yang diberikan selama ini.
vi
PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada Dr.
Nora binte Mislan, penyelia projek sarjana saya atas segala bimbingan dan tunjuk ajar
yang telah diberikan. Kesudian dan kesediaan beliau meluangkan masa, memberi
bimbingan dan nasihat yang bernas telah banyak membantu dan memudahkan saya
melaksanakan projek kajian ini.
Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah Fakulti
Pendidikan yang banyak membantu saya sepanjang pengajian saya. Segala tunjuk ajar
yang disampaikan semasa di dalam atau di luar bilik kuliah telah banyak memberi
manfaat kepada saya.
Tidak dilupakan juga rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberikan
dorongan, sokongan, bantuan dan nasihat. Tidak kurang juga kepada orang perseorangan
yang telah membantu dan mendorong secara tidak langsung atau tidak langsung untuk
menyempurnakan projek ini terutamanya kepada suami tercinta. Terima kasih yang tidak
terhingga atas sokongan anda.
Akhir sekali kepada ibu dan ayah yang banyak memberi semangat dalam apa jua
keadaan. Segala jasa ibu dan ayah amat dihargai dan hanya Allah S.W.T yang dapat
membalas. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua dengan penuh keberkatan.
Akhir sekali segala puji bagi Allah yang telah memberi keizinan, kekuatan, petunjuk dan
hidayah.
vii
ABSTRAK
Kemahiran generik adalah kemahiran yang boleh diguna pakai untuk merentas
pelbagai subjek domain. Ini bermakna, seseorang individu yang berjaya menguasai
kemahiran generik akan dapat mengadaptasikan diri dengan sebarang perubahan yang
berlaku dan menjadikan mereka bersifat fleksibel, dinamik dan berketerampilan dalam
menjalankan tugas. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan
penerapan kemahiran generik guru-guru pelatih bidang kejuruteraan semasa latihan
mengajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi di negeri Johor, Malaysia. Seramai
118 orang guru-guru pelatih dipilih secara rawak menjadi responden. Instrumen yang
digunakan untuk mendapatkan data ialah soal selidik yang mengandungi 53 item. Nilai
kebolehpercayaan alpha Cronbach bagi soal selidik yang digunakan adalah 0.95. Data
yang diperolehi dianalisis untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min dengan
menggunakan perisian Statistical Package Sciences Social (SPSS) versi 16.0. Hasil
kajian menunjukkan bahawa guru-guru pelatih berada pada tahap kesediaan penerapan
kemahiran generik yang tinggi. Hasil kajian juga mendapati guru-guru pelatih telah
menerapkan kemahiran generik dalam pengajaran dan pembelajaran sewaktu menjalani
latihan mengajar.
viii
ABSTRACT
Generic skills are skills that can be used to cross various subject domains. This
means that individuals who successfully grasp the generic skills will be able to adapt
themselves to any changes hence make them flexible, dynamic and competent in
carrying out their duties. The aim of this study is to identify the application of generic
skills readiness among the trainee teachers in engineering field during teaching practices
at one of the institutions of higher education in the state of Johor, Malaysia. A total of
118 trainee teachers were chosen at random to become the respondents. Instrument used
to collect the data is a questionnaire which contains 53 items. The Cronbach’s alpha
value for the items in the questionnaire is 0.95. Data were analyzed using the Statistical
Package Sciences Social (SPSS) version 16.0 to find the frequencies, percentages and
mean scores. The results show that trainee teachers’ readiness in applying their generic
skills is high and also trainee teachers had applied the generic skills in teaching and
learning during their teaching practicum.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengesahan Status Tesis i
Pengesahan Penyelia ii
Judul iii
Pengakuan iv
Dedikasi v
Penghargaan vi
Abstrak vii
Abstract viii
Kandungan ix
Senarai Jadual xiv
Senarai Rajah xvii
Senarai Lampiran xviii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan 10
x
1.8 Definisi Istilah 11
1.8.1 Kemahiran Generik 11
1.8.2 Penerapan 12
1.8.3 Kejuruteraan 13
1.8.4 Guru Pelatih 13
1.9 Kesimpulan 14
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Cabaran guru-guru teknikal masa kini dalam
pendidikan teknik dan vokasional
16
2.2.1 Perubahan Teknologi 16
2.2.2 Tekanan Kerja Yang Menyeluruh Atau
Global 17
2.2.3 Teknologi Baru Dalam Latihan Kerja
Teknikal 17
2.3 Pendidikan Teknik Dan Vokasional 18
2.4 Kemahiran Generik 20
2.4.1 Definisi Kemahiran Generik 20
2.4.2 Keperluan Kemahiran Generik 21
2.5 Konsep Dan Model Kemahiran Generik 22
2.5.1 Konsep Kemahiran Generik 23
2.5.2 Model Kemahiran Generik 25
2.5.2.1 Model Peruntukan Kursus 25
2.5.2.2 Model kelompok Utama Kemahiran
Generik 26
2.5.2.3 Model Kompetensi Bangsa Bersatu 28
xi
2.6 Kemahiran Generik Dalam Pendidikan di Malaysia 29
2.6.1 Kemahiran Komunikasi 30
2.6.2 Kemahiran Menggunakan Teknologi 30
2.6.3 Kemahiran Merancang Dan Mengelola
Aktiviti 30
2.6.4 Kemahiran Bekerja Dengan Orang Lain Dan
Dalam Kumpulan 31
2.6.5 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 31
2.6.6 Kemahiran Mengurus, Memilih Dan
Menganalisa Maklumat 31
2.6.7 Kemahiran Menggunakan Idea Dan Teknik
Matematik 31
2.6.8 Kemahiran Memahami Budaya 32
2.7 Kepentingan Kemahiran Generik 32
2.8 Peranan Guru-Guru Dalam Penerapan Kemahiran
Generik 35
2.9 Kaedah Penerapan Kemahiran Generik Dalam
Pengajaran Pendidikan Teknik Dan Vokasional 39
2.9.1 Perancangan 41
2.9.2 Pelaksanaan 41
2.9.3 Pentaksiran 42
2.10 Kesimpulan 45
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 47
3.2 Rekabentuk Kajian 48
3.3 Populasi Dan Persampelan Kajian 49
3.4 Tempat Kajian 50
xii
3.5 Instrumentasi 50
3.6 Kajian Rintis 53
3.7 Prosedur Kajian 54
3.8 Analisis Data 56
3.9 Kesimpulan 57
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 58
4.2 Analisis Bahagian A 59
4.2.1 Jantina 60
4.2.2 Umur 61
4.2.3 Status 62
4.2.4 Pengkhususan Kerja 63
4.2.5 Kursus Atau Seminar Kemahiran Generik 64
4.2.6 Keperluan Pendedahan Kemahiran Generik 65
4.3 Analisis Bahagian B 65
4.3.1 Tahap penerapan kemahiran generik dalam
rancangan pengajaran oleh guru pelatih
semasa menjalani latihan mengajar 66
4.4 Analisis Bahagian C 68
4.4.1 Tahap penerapan kemahiran generik dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P) 68
4.5 Analisis Bahagian D 82
4.5.1 Tahap penerapan kemahiran generik dalam
penilaian 83
4.6 Kesimpulan 85
xiii
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 86
5.1 Rumusan Kajian 87
5.2 Implikasi Kajian 92
5.3 Cadangan Tindakan 93
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 95
5.5 Kesimpulan 96
RUJUKAN 97
LAMPIRAN
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Istilah kemahiran generik di negara lain 21
2.2 Perubahan dalam dimensi pedagogi 36
3.1 Pecahan populasi mengikut pengkhususan 49
3.2 Jadual taburan item mengikut aspek kajian 52
3.3 Skala tindak balas responden terhadap item 53
3.4 Permakatan bagi tahap penerapan kemahiran
generik 56
4.1 Taburan bilangan dan peratusan responden
mengikut jantina 60
4.2 Taburan responden mengikut peringkat um3ur 61
4.3 Taburan responden mengikut status 62
4.4 Taburan responden mengikut pengkhususan 63
4.5 Taburan responden yang pernah mengikuti
kursus atau seminar kemahiran generik 64
4.6 Taburan responden yang perlukan pendedahan
kemahiran generik 65
4.7 Taburan responden mengikut kekerapan,
peratusan dan min dalam tahap penerapan
kemahiran generik dalam rancangan pengajaran
oleh guru pelatih semasa latihan mengajar 66
xv
4.8 Penerapan kemahiran generik dalam
pengajaran dan pembelajaran 69
4.9 Taburan responden mengikut kekerapan,
peratusan dan min dalam penerapan kemahiran
generik dalam pengajaran dan pembelajaran
dari aspek kemahiran komunikasi 70
4.10 Taburan responden mengikut kekerapan,
peratusan dan min dalam penerapan kemahiran
generik dalam pengajaran dan pembelajaran
dari aspek kemahiran mengapliksikan teknologi 72
4.11 Taburan responden mengikut kekerapan,
peratusan dan min dalam penerapan kemahiran
generik dalam pengajaran dan pembelajaran
dari aspek kemahiran merancang dan
mengendalikan aktiviti 73
4.12 Taburan responden mengikut kekerapan,
peratusan dan min dalam penerapan kemahiran
generik dalam pengajaran dan pembelajaran
dari aspek kemahiran bekerja dengan orang lain 75
4.13 Taburan responden mengikut kekerapan,
peratusan dan min dalam penerapan kemahiran
generik dalam pengajaran dan pembelajaran
dari aspek kemahiran menyelesaikan masalah 76
4.14 Taburan responden mengikut kekerapan,
peratusan dan min dalam penerapan kemahiran
generik dalam pengajaran dan pembelajaran
dari aspek kemahiran mengurus, memilih dan
menganalisa maklumat 78
xvi
4.15 Taburan responden mengikut kekerapan,
peratusan dan min dalam penerapan kemahiran
generik dalam pengajaran dan pembelajaran
dari aspek kemahiran menggunakan idea dan
teknik matematik (pengiraan/nombor) 79
4.16 Taburan responden mengikut kekerapan,
peratusan dan min dalam penerapan kemahiran
generik dalam pengajaran dan pembelajaran
dari aspek kemahiran memahami budaya 81
4.17 Taburan responden mengikut kekerapan,
peratusan dan min dalam penerapan kemahiran
generik dalam penilaian 83
xvii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model Peruntukan Kursus 26
2.2 Model Kelompok Utama Kemahiran
Generik
27
2.3 Model Kompetensi Bangsa Bersatu 28
3.1 Carta Prosedur Kajian 55
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA
A Borang Soal Selidik
B Bilangan Pelajar Mengikut Tahun Dan Kursus
C Jadual Penentuan Sampel Dari Populasi
(GA Morgan)
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Globalisasi pada masa kini menyebabkan kebolehpasaran bidang-bidang kerja
untuk seseorang graduan adalah bukan hanya bergantung pada bilangan atau
kecemerlangan ijazah yang dimiliki semata-mata. Oleh itu, amatlah penting untuk
setiap graduan melengkapkan diri dengan aspek-aspek lain. Diantaranya seperti
kemahiran berkomunikasi, berfikiran kritis dan kreatif, kualiti kepimpinan dalam
satu pasukan dan sebagainya. (Aini, Che Husna, Dzuraidah, Noriah, Siti Rahaya,
2005).
Justeru itu, strategi pengajaran dan pembelajaran perlu merangkumi pelbagai
aktiviti dan penggunaan sumber berdasarkan saranan Pengarah Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Guru-guru digalakkan
menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti pengajaran
mengikut kesesuaian murid. Konsep pembelajaran berdikari iaitu ‘independent
learning’ adalah asas yang amat penting dalam pendidikan berdasarkan peranan
proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Ini disokong oleh pembelajaran
2
akses kendiri, kadar kendiri, terarah kendiri, pembelajaran berpusatkan pelajar,
pembelajaran berasaskan bahan resos, pembelajaran yang luas, pembelajaran
terbuka, dan pembelajaran berasaskan prinsip kolaboratif. Proses pengajaran dan
pembelajaran ini menerapkan kemahiran generik, kemahiran berfikir, kemahiran
belajar, serta kaedah-kaedah penilaian yang akan digunakan untuk menilai kemajuan
pelajar.
Kemahiran kebolehan bekerja juga kadangkala dikenali sebagai kemahiran
generik. Walaupun kemahiran generik didapati terbukti ada diajarkan di sekolah,
terdapat juga kesamaran mengenainya. Ini jelas ternyata dalam kajian yang dilakukan
oleh Brown (2002), menerusi kajiannya yang mendapati terdapat banyak ungkapan
yang boleh digunakan untuk menerangkannya seperti kemahiran kunci, kemahiran
teras, kemahiran pemindahan, kemahiran pemindahan peribadi, dan kemahiran
kebolehan bekerja. Walaubagaimanapun, kemahiran generik meliputi kemahiran
berkomunikasi, kemahiran ‘interpersonal’ dan ‘sosial’, kemahiran merancang dan
mengorganisasi, kemahiran menyelesaikan masalah, pemikiran kreatif, literasi, dan
kemahiran teknologi (Drummond, Nixon, dan Wiltshire, 1998).
Kemahiran generik sebenarnya mempunyai beberapa jenis termasuklah
kemahiran berfikir seperti teknik menyelesaikan masalah, kemahiran strategi
pembelajaran seperti merekabentuk mnemonik untuk membantu mengingati sesuatu
dan kemahiran metakognitif iaitu seperti memerhatikan dan menyemak teknik
menyelesaikan masalah atau teknik mencipta mnemonik. Kemahiran generik juga
meliputi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar, kemahiran
menggunakan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dan kemahiran
dalam mentaksir serta menilai pembelajaran.
Menurut Guile (2002) definisi kemahiran generik adalah merupakan satu dasar
dalam satu hubungan yang kompleks di mana ianya digunakan. Ianya bergantung
pada bagaimana kemahiran ini diajar. Beliau menjelaskannya dengan melihat kepada
dua cara. Pertama ialah kemahiran generik yang dilihat khusus kepada individu dan
kemahiran am yang digunakan untuk bekerjasama dalam rutin persekitaran. Kedua,
3
ialah kemahiran generik yang dilihat sebagai hubungan antara individu dengan
kerjayanya dimana ianya digunakan untuk mengubah persekitaran kerja. Dengan
pengajaran generik yang dijalankan, ianya akan memantulkan perbezaan pendapat
dan had untuk pengajaran manakah akan mengikut konteks.
Penguasaan kemahiran generik dikalangan pelajar pendidikan teknik dan
vokasional adalah sangat penting. Ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang
berjaya serta berupaya menjadi pendidik yang berkualiti dalam mengharungi cabaran
dan tekanan ditempat kerja. Kemahiran generik sebenarnya bukan merupakan satu
mata pelajaran, tetapi ianya dilaksanakan secara tidak langsung mengikut
kebijaksanaan dan kreativiti seseorang pensyarah mahupun institusi itu sendiri
dengan mengadakan program-program tertentu. Maka pada masa ini, tiada penilaian
yang khusus secara rutin dijalankan untuk melihat penguasaan kemahiran generik
dikalangan pelajar. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk meninjau kesediaan
penerapan kemahiran generik dikalangan guru-guru pelatih teknikal semasa latihan
mengajar.
1.1 Latar Belakang Masalah
Keperluan dalam memiliki kemahiran generik sebenarnya sebagai pendedahan
awal terhadap penerapan kemahiran generik kepada graduan. Ia juga sebagai cara
untuk memberikan keyakinan terhadap kebolehan dan keupayaan diri masing-
masing. Menurut Nur Qistina dan Mohd Has’wadi (2009) dalam Modul
Pembangunan Kemahiran Insaniah (2006) menyatakan kelemahan-kelemahan
graduan. Antaranya kebanyakkan graduan tidak mempunyai keterampilan dan juga
tidak memiliki akan kemahiran khususnya kemahiran generik sebagaimana yang
diinginkan oleh industri kini di samping dalam pasaran kerja yang sangat kompetitif.
Sehubungan itu, institusi pengajian tinggi seharusnya perlu menghasilkan graduan
4
khususnya kepada pelajar pada tahun akhir supaya mereka memiliki akan kemahiran
yang seimbang dan menyeluruh.
Penguasaan kemahiran generik dikalangan guru-guru pelatih institusi pengajian
tinggi (IPT) adalah amat penting dalam menjamin keupayaan mereka mereka apabila
memasuki ke alam pekerjaan kelak. Justeru itu, untuk menghasilkan pelajar yang
dapat memenuhi ciri-ciri yang diperlukan sebagai pekerja industri masa kini, tenaga
pengajar atau guru-guru serta guru-guru pelatih khususnya perlu mempunyai
pengetahuan terkini, berorientasikan perindustrian dan mempunyai pengalaman
bekerja dalam industri. Ini penting kerana pengalaman guru yang luas membolehkan
guru mengajar dan mendidik pelajar dengan lebih berkesan. Maka membolehkan
guru mengetahui apa yang diperlukan untuk seseorang apabila bekerja kelak. Ini
kerana pelajar adalah merupakan aset Negara untuk merealisasikan matlamat
wawasan 2020 negara untuk mencapai sebuah Negara perindustrian yang maju dan
berdaya saing.
Penggunaan kemahiran generik dalam proses pengajaran dan pembelajaran
masih tidak digunakan secara meluas oleh kebanyakkan guru. Ini kerana kemahiran
generik adalah masih baru lagi dalam teknologi pengajaran dan pembelajaran di
Malaysia. Kebanyakkan guru cenderung mengamalkan sistem pemusatan guru
berbanding pemusatan pelajar di mana mereka lebih gemar menggunakan teknik
penerangan sahaja. Hal ini disebabkan, sebelum ini mereka lebih terdedah kepada
teknik pengajaran yang bersifat pemusatan guru yang telah dipelajari sejak mereka
belajar lagi. Oleh itu, memberi kesan serta gambaran kepada bakal guru-guru pelatih
kerana mereka ini telahpun terpengaruh dan bayangan guru-guru pada zaman
persekolahannya.
Walaubagaimanapun, kemahiran generik ini telah lama diamalkan di sekolah
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, hanya ianya tidak terlalu didedahkan
sebagai kemahiran generik. Antaranya, kemahiran bekerja dalam kumpulan,
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan lain-lain. Terdapat banyak kemahiran
5
yang menerangkan kemahiran generik dimana kemahiran generik terbahagi kepada
beberapa jenis kemahiran iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan
teknologi, kemahiran merancang dan mengelola aktiviti, kemahiran bekerja dengan
orang lain dan dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran
mengurus, memilih dan menganalisis maklumat, dan kemahiran memahami budaya.
Kemahiran-kemahiran ini sering digunakan oleh guru-guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran mereka di sekolah (Kamariah, 2005).
Untuk menjamin perkembangan potensi dan kebolehan pelajar itu sendiri,
penggunaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid
secara aktif adalah perlu. Pendidikan dan para pendidik terutamanya kepada bakal
guru-guru pelatih di institusi seharusnya perlu peka dan mempersiapkan diri untuk
merancang dan bertindak demi menjamin masa hadapan pelajar, generasi dan
masyarakat yang selamat dan cemerlang. Kemahiran-kemahiran generik yang
dikenal pasti sebenarnya telah sedia ada dalam kurikulum pendidikan. Oleh yang
demikian, penekanan serta fokus yang lebih jitu hendaklah diberi keutamaan.
Penguasaan dalam pelbagai kemahiran belajar hendaklah dilakukan untuk
mempertingkatkan daya pemikiran dan membolehkan pelajar menguruskan
pembelajaran sendiri. Penekanan yang lebih perlu diberikan dalam penguasaan
pelbagai kemahiran belajar untuk meningkatkan pembelajaran seperti kemahiran
mengumpul, merekod, mengelas, menilai, menafsir, merumus, dan mengaplikasikan
maklumat serta menggunakan pelbagai sumber.
Untuk mendapatkan tahap penguasaan yang baik dalam penerapan kemahiran
generik semasa pengajaran, guru perlu sentiasa membuat perubahan dalam
pengajaran dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada secara berterusan
dengan adanya ICT pada masa kini. Maka tidaklah sukar untuk seorang guru
menambah ilmu pengetahuan atau menambah maklumat terkini. Maka guru serta
guru-guru pelatih perlu meningkatkan kemahiran dalam diri terlebih dahulu untuk
menghasilkan pelajar yang terbaik. Pendekatan untuk kaedah pengajaran dalam
pendidikan teknik perlu diubah mengikut kesesuaian kemahiran generik yang hendak
diintegrasikan dalam pengajaran (Yahya, 1993).
6
Dalam laporan Mengkaji, Menyemak dan Membuat Perakuan tentang
perkembangan dan halatuju Pendidikan Tinggi Malaysia (2005) menyenaraikan tujuh
atribut graduan dalam kemahiran generik iaitu kemahiran komunikasi, bekerja dalam
kumpulan, menyelesaikan masalah, fleksibel atau mampu menyesuaikan diri,
pembelajaran sepanjang hayat, keyakinan diri dan etika atau moral. Untuk
meningkatkan kebolehgunaan tenaga graduan di institusi terutamanya dikalangan
guru-guru pelatih dalam bidang teknikal, adalah penting dengan memantapkan
perlaksanaan penerapan kemahiran generik dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal
ini perlu dilakukan dengan meningkatkan kesedaran dan melatih lebih ramai
pensyarah supaya mampu menerapkan kemahiran generik kepada pelajar melalui
mata pelajaran yang diajar.
Sebagai agen sosialisasi, guru sebenarnya berperanan menerapkan segala
kemahiran generik yang bersesuaian dengan keperluan industri masa kini disamping
memberi ilmu pengetahuan. Persediaan ini penting kepada bakal guru-guru pelatih
untuk mempersiapkan diri mereka. Penggunaan kemahiran generik secara berkesan
dalam pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada penguasaan guru dalam
kemahiran pengintegrasiannya dengan kemahiran-kemahiran yang lain seperti
kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcara, kemahiran belajar, kemahiran menilai
dan menaksir dalam pengajaran, dan yang penting ialah kemahiran penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi masa kini (Mok, 2003). Walaupun
tanggungjawab guru bukan sahaja perlu untuk menerapkan pemikiran pelajar dengan
nilai teknologi, tetapi juga perlu diseimbangkan dengan nilai moral dan etika murni
untuk menghasilkan pekerja yang berkebolehan dalam semua aspek.
7
1.2 Pernyataan Masalah
Pengkaji ingin mengkaji apakah tahap penerapan kemahiran generik dalam
pengajaran guru pelatih kejuruteraan semasa mereka menjalani latihan mengajar
secara keseluruhannya. Maka itu, pengkaji ingin juga mengetahui mengenai apakah
tahap penerapan kemahiran generik dalam rancangan pengajaran, dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, dan dalam penilaian pengajaran dan pembelajaran
semasa menjalani latihan mengajar. Secara tidak langsung juga, seterusnya pengkaji
ingin mengetahui kemahiran generik yang paling kerap digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran mengikut hierarki.
1.3 Objektif kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada beberapa objektif seperti berikut:
1.4.1 Mengenalpasti tahap penerapan kemahiran generik guru pelatih
teknikal dalam rancangan pengajaran semasa latihan mengajar.
1.4.2 Mengenalpasti tahap penerapan kemahiran generik guru pelatih
teknikal dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) semasa latihan
mengajar.
1.4.3 Mengenalpasti tahap penerapan kemahiran generik guru pelatih
teknikal dalam penilaian semasa latihan mengajar.
1.4.4 Mengenalpasti kemahiran generik yang paling kerap digunakan
dikalangan guru pelatih teknikal dalam pengajaran mengikut hierarki.
8
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan yang diutarakan dalam menjalankan kajian ini adalah seperti
berikut:
1.5.1 Apakah tahap penerapan kemahiran generik dalam rancangan
pengajaran oleh guru pelatih semasa latihan mengajar?
1.5.2 Apakah tahap penerapan kemahiran generik dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) oleh guru pelatih semasa latihan mengajar?
1.5.3 Apakah tahap penerapan kemahiran generik dalam penilaian oleh
guru pelatih semasa latihan mengajar?
1.5.4 Kemahiran generik yang manakah yang paling kerap digunakan
digunakan dikalangan guru pelatih teknikal dalam pengajaran
mengikut hierarki?