16
TUJUAN DBP • Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. • Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. • Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. • Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. • Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah. • Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain. MAKSUD BAHASA PENGANTAR • Bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. • Bahasa-bahasa di atas, ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul Razak Hussein (1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960), sebagai bahasa pengantar. MAKSUD BAHASA PERPADUAN • Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara satu kaum dengan kaum yang lain. DEFINISI BAHASA KEBANGSAAN Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara untuk tujuan perpaduan. FUNGSI BAHASA PENGANTAR • Bahasa Melayu di Malaysia juga memperlihatkan fungsinya sebagai bahasa pengantar lama sebelum dijadikan Bahasa Kebangsaan. • Bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa pengantar antara kaum yang berbeza-beza. • Bahasa yang digunakan dalam perhubungan antara kaum terutama sekali orang-orang yang tidak mempunya pendidikan sekolah inggeris adalah Bahasa Melayu. • Orang-orang yang mahu berhubung dengan orang lain dari kaum lain, yang tidak mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris, maka bahasa yang menjadi alat perantaraan adalah Bahasa Melayu. • Antara orang-orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, alat komunikasinya adalah Bahasa Inggeris jika kesemua pihak mengetahui Bahasa Inggeris, tetapi jika salah satu pihak atau kesemua pihak tidak mengetahui Bahasa Inggeris maka alat komunikasi antara kaum itu adalah Bahasa Melayu FUNGSI BAHASA PERPADUAN • Peranan bahasa sebagai alat menyatupadukan bangsa tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebagai contohnya,di India Bahasa inggeris dijadikan bahasa rasmi setelah berlaku pertikaian bilamana kaum Tamil telah menetang usaha-usaha untuk menjadikan bahasa hindi sebagai bahasa rasmi. • Bahasa Melayu menjadi bahasa pergaulan atau bahasa perhubungan di antara suku-suku bangsa diseluruh nusantara. Bahasa Melayu bukan setakat digunakan sebagai lingua franca malah bahasa yang menimba ilmu pengetahuan tinggi sejajar dengan bahasa-bahasa lain didunia. • Perlembagaan Brunei meletakkan asas yang penting bagi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang bukan sahaja digunakan sebagai bahasa perpaduan rakyat tetapi juga dipakai dalam urusan rasmi negara. • Dewan bahasa dan pustaka Brunei berusaha menanamkan kesabaran di kalangan rakyat iaitu Bahasa Melayu adalah bahasas yang dapat dijadikan alat menyatupadukan fikiran, usaha dan fahaman dalam memperjuangkan kepentingan- kepentingan negara yang sedang giat membangun. FUNGSI BAHASA KEBANGSAAN

Nota Exam BMM 3112

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Nota Exam BMM 3112

TUJUAN DBP• Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.• Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.• Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.• Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.• Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah.• Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain.

MAKSUD BAHASA PENGANTAR• Bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.• Bahasa-bahasa di atas, ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul Razak Hussein (1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960), sebagai bahasa pengantar.

MAKSUD BAHASA PERPADUAN• Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara satu kaum dengan kaum yang lain.

DEFINISI BAHASA KEBANGSAANBahasa Kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara untuk tujuan perpaduan.

FUNGSI BAHASA PENGANTAR• Bahasa Melayu di Malaysia juga memperlihatkan fungsinya sebagai bahasa pengantar lama sebelum dijadikan Bahasa Kebangsaan.• Bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa pengantar antara kaum yang berbeza-beza.• Bahasa yang digunakan dalam perhubungan antara kaum terutama sekali orang-orang yang tidak mempunya pendidikan sekolah inggeris adalah Bahasa Melayu.• Orang-orang yang mahu berhubung dengan orang lain dari kaum lain, yang tidak mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris, maka bahasa yang menjadi alat perantaraan adalah Bahasa Melayu.• Antara orang-orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, alat komunikasinya adalah Bahasa Inggeris jika kesemua pihak mengetahui Bahasa Inggeris, tetapi jika salah satu pihak atau kesemua pihak tidak mengetahui Bahasa Inggeris maka alat komunikasi antara kaum itu adalah Bahasa Melayu

FUNGSI BAHASA PERPADUAN• Peranan bahasa sebagai alat menyatupadukan bangsa tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebagai contohnya,di India Bahasa inggeris dijadikan bahasa rasmi setelah berlaku pertikaian bilamana kaum Tamil telah menetang usaha-usaha untuk menjadikan bahasa hindi sebagai bahasa rasmi.• Bahasa Melayu menjadi bahasa pergaulan atau bahasa perhubungan di antara suku-suku bangsa diseluruh nusantara. Bahasa Melayu bukan setakat digunakan sebagai lingua franca malah bahasa yang menimba ilmu pengetahuan tinggi sejajar dengan bahasa-bahasa lain didunia.• Perlembagaan Brunei meletakkan asas yang penting bagi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang bukan sahaja digunakan sebagai bahasa perpaduan rakyat tetapi juga dipakai dalam urusan rasmi negara.• Dewan bahasa dan pustaka Brunei berusaha menanamkan kesabaran di kalangan rakyat iaitu Bahasa Melayu adalah bahasas yang dapat dijadikan alat menyatupadukan fikiran, usaha dan fahaman dalam memperjuangkan kepentingan-kepentingan negara yang sedang giat membangun.

FUNGSI BAHASA KEBANGSAAN• Menyatukan rakyat• Menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini• Menggalakkkan pertubuhan satu corak kebudayaan yang meliputi semua aliran kebudayaan yang terdapat di dalamnya.• Mewujudkan satu budaya, satu bangsa iaitu pembentukan budaya kebangsaan selaras dengan keinginan dan hasrat membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada negara.• Sebagai alat komunikasi dan pendapat, bahasa harus dikawal supaya dapat memberi manfaat kepada manusia sebagai alat perpaduan kaum.

Page 2: Nota Exam BMM 3112

ALIRAN TATABAHASAALIRAN TRADISIONAL ( Plato, Aristotle, Zaaba) • Aliran tradisional merupakan aliran terawal bagi historografi nahu Melayu.• Aliran ini menekan kepada aspek makna dan logika semata-mata.• Kita dapat lihat kepada acuan yang dibuat dalam penghasilan nahu ini.• Misalnya Za‟ba dalam Pelita Bahasa 1 dengan jelasnya menggolongkan nama mengikut makna.• Antara ciri-cirinya-Huraian bahasa berdasarkan makna dan logika (menurut falsafah Yunani).-Penguasaan bahasa tulisan lebih daripada bahasa lisan.-Huraian aturan bahasa bersifat normatif dan preskriptif.-Bersifat nasional iaitu bukan formal dan structural.-Percampuran teori semantik dan gramatikKetiadaan pola contoh yang dijadikan dasar pembentukan pelbagai struktur-Ketiadaan pemilihan dan pemeringkatan bahan-bahan yang disampaikan samaada gramatikal atau leksikal, sama ada berasaskan yang mudah atau yang kompleks, sama ada kekerapan dan kenyataan butir-butir itu boleh diajar atautidak.- Ayat-ayat dibina menggunakan konsep „word building‟- Dalam memerikan bahasa, aliran tradisional bersifat preskriptif, humanistik dan normatif.Ilmu falsafah dan logika menjadi teras pegangan.

ALIRAN STRUKTURAL (L.Bloomfield, Edward Sapir, Asmah Hj Omar)• Aliran struktural merupakan aliran yang membangkang aliran tradisional.• Linguistik di Barat berkembang dengan pesatnya.• Aliran ini begitu menekan kepada unsur dalamsesuatu bahasa. Setiap unsur dikaji secara mendalam mengikut sistem bahasa.• Bukti yang nyata ialah penggolongan kata kerja yang dibuat oleh Asmah Hj. Omar dalam buku.• Antara cirinya :-Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan.-Bahasa ialah satu sistem. Sistem bahasa ialah arbitrari.-Bahasa adalah untuk perhubungan

ALIRAN TRANSFORMATIF GENERATIF(TG) (Noam Chomsky, Nik Safiah Karim) • Nahu ini terkenal kerana percubaan pengasasnya Noam Chomsky (1957) yang memperkenalkan konsep struktur permukaan dan struktur dalaman.• Di samping itu,proses ayat yang ditransformasikan daripada satu struktur kepada satu struktur yangmemberi kelainan kepada nahu TG.• Aliran ini dilihat mengambil pendekatanpertengahan di antara nahu tradisional dan nahu struktural.• Antara tokoh-tokohnya ialah Arbak Othman, Nik Safiah Karim et al, Asraf, Abdullah Hassan, Mashudi Kader dan ramai lagi.• Kita dapat meneliti penggolongan kata yang dibuat oleh mereka hampir sama dan tidak banyak beza kecuali atas dasar pemerian masing-masing.

Tokoh-tokoh di Acheh :

a. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”)b. Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)c. Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”)d. Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)

CARA MENGATASI KELEMAHAN TATABAHASA TRADISIONAL

1.Memperkenalkan pelajar kepada undang-undang nahu dahulu. Kemudian guru memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi misalan. Undang-undang nahu ini perlu dihafal.2. Pelajar-pelajar diberi senarai perbendaharaan kata yang perlu dihafal.3. Dalam pembelajaran bahasa kedua, senarai perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua. Pelajar-pelajar kemudiannya disuruh membuat ayat-ayat denan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarkan undang-undang yang dipelajari.

SEBAB2 AKSARA ARAB DIGUNAKAN PADA ZAMAN BM KLASIK

i.Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu.ii.Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu.iii.Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam.

Page 3: Nota Exam BMM 3112

5 TOKOH DLM BIDANG TATABAHASA1.Nik Safiah Karim2. Awang Sariyan3.Asmah Hj Omar4.Abdullah Hassan5.Lutfi Abas6.Arbak Othman

SEBAB BM DIPILIH SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

1. Bahasa kaum majoriti2. Bahasa kaum pribumi yang meluas penggunaannya3. Bahasa yang menjadi alat komunikasi antara kaum

KERAJAAN MELAYU LAMA YG MENGGUNAKAN BM SBG BAHASA LINGUA FRANCA.

i.Kerajaan Samudera-Pasaiii.Kerajaan Melakaiii. Kerajaan Johor-Riauiv.Kerajaan Acehv.Kerajaan Sriwijaya

SENARAIKAN 4 JENIS KAMUS

i. Kamus Antonimii. Kamus Sinonimiii. Kamus Dialekiv. Kamus Peribahasa

SEBAB2 KERAJAAN MELAYU LAMA BERJAYA MELETAKKAN BM PADA TAHAP GEMILANG.

i.Menghasilkan byk karya spt sastera Melayuii.Tokoh2 bahasa dan sastera memberikan sumbangan besar kpd kegemilangan BM.iii.Banyak karya luar diterjemahkan dlm BMiv.Mudah menerima pengaruh asing menyebabkan kosakata bahasa Melayu bertambah .v.Menjadi bahasa rasmi dlm urusan pentadbiran.vi.Sumber ekonomi yg kukuh menjadi tumpuan pedagang asing berurusan dgn Kerajaan Melayu.Vii,Menjadi bahasa lingua franca.

CIRI CIRI BAHASA MELAYU KLASIK

i.Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit. ii.Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang iii.Menggunakan bahasa istana iv.Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) v.Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula, alkisah, hatta, adapun. vi.Banyak menggunakan partikel pun dan lah vii.Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.

NYATAKAN 5 CIRI B.MELAYU KUNO• Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit• Susunan ayat bersifat Melayu• Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)• Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)• Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)• Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat – niparwuat• Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)• Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

KESAN PEMINJAMAN KOSA KATA BAHASA SANSKRIT KPD PERKEMBANGAN BM KUNO.

i.Pertambahan kosa kata BM kuno cth sakti/suria.ii.Menjadi bahasa dlm urusan pentadbiran,cth surat-menyurat.iii.Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh asing, cth bahasa Sanskrit.iv.Mempunyai sistem bahasa yg lebih mudah difahami,cth sistem tulisan.v.Menjadi bahasa lingua franca dlm urusan ekonomi/pentadbiran.vi.Bentuk tulisan yg bersistem spt tulisan Palava.

TERANGKAN SUMBANGAN TATABAHASA KPD PERKEMBANGAN BM

i.Menjadikan sistem tatabahasa lebih tersusun dan kemas utk dijadikan rujukan dan panduan masyrakat.ii.Membantu mengembangkan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu dlm kalangan masyarakat Malaysia.iii.Memartabatkan BM sbg bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.iv.Menjadikan buku tatabahasa sbg bahan rujukan penting.

KEPENTINGAN BUKU TATABAHASA DEWAN SUSUNAN NIK SAFIAH KARIM KPD GOLONGAN PENDIDIK DI MALAYSIA.

i.Menjadi panduan sistem tatabahasaii.Menjadi somber rujukan utama.iii.Memudahkan golongan pendidik mengkaji aspek bahasa.iv.Menambahkan pengetahuan golongan pendidik tentang penggunaan tatabahasa yg tepat.v.Menggunakan sistem tatabahasa yg terkini dlm pdpvi.Menghargai peranan para sarjana bahasa yg menghasilkan buku tatabahasa yg bersistematik.

Page 4: Nota Exam BMM 3112

NYATAKAN PRINSIP PENYUSUNAN KAMUS

i.Perancangan pentadbiran yg berkaitan dgn perbelanjaan, penentuan, individu dan penentuan prasarana.ii.Aspek linguistik -digarap menurut cabang ilmu linguistik yg berkaitan dgn leksikologi termasuklah tatabahasa, lafaz, pengetahuan dialek dan maklumat ensiklopedia.iii.Pemasaran- aspek yg berkaitan dgn penyebaran kamus secara meluas sbg satu produk.iv. Keaslian – kamus haruslah memuatkan bahasa yg ada bukti bhw bentuk tersebut benar2 digunakan oleh penutur jati.v.Keperwakilan- bergantung kpd format kamus yg ditentukan oleh pengguna spt khalayak, kamus perlu memuatkan bahan yg benar2 mewakili ruang lingkup khalayak misalnya bahasa utk kanak2.

KEGUNAAN KAMUS GLOSARI KPD GURU DAN PELAJAR

i.Menjadi panduan makna kata yg betul.ii.Menambahkan pengetahuan guru dan pelajar tentang perkataanyg baharu atau tidak diketahui.iii.Menggunakan perkataan yg tepat.iv.Memperkayakan kosa kata.v.Sebagai bahan rujukan dlm pdp.

BATU BERSURAT• Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)• Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)• Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)• Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

CIRI- CIRI TULISAN JAWI

Terdapat empat ciri Utama yang terdapat pada Skrip Jawi iaitu :a) bertindan secara menegakb) ligaturc) aksara-askara berbaris atau mempunyai titikd) aksara bersambung* Aksara Jawi mempunyai 36 aksara dimana 30 aksara adalah merupakan aksara yang dipinjam dari Aksara Arab dan Enam Abjad tambahan

Page 5: Nota Exam BMM 3112

STRATEGI DAN KAEDAH PENTERJEMAHAN

KAEDAH LAMA ( KAEDAH FORMAL )

KAEDAH BARU ( KAEDAH DINAMIS )

1 Pinjaman          1 Persamaan       2 Peniruan 2 Adaptasi  

3 Penggantian 3 Penyamaan fungsian  

4

Tranposisi4 Pengembangan5 Generalisasi6 Mudulasi

1.KAEDAH PINJAMAN  Kaedah ini digunakan untuk sesuatu unsur yg tidak wujud dan tiada padanan yg sesuai di dalam bahasa sasaran misalnya dari segi teknik, konsep, peristilahan dan sebagainya. Contoh; Teks sumber:Endocraditis is caused by bacteria that enter the blood.Teks sasaran:Endocraditis berlaku akibat bakteria yang memasuki darah.

Kaedah ini diamalkan untuk menimbulkan sifat-sifat khusus dalam sesebuah teks. Kata ini dipinjam secara terus dan ditulis miring dalam teks misalnya aorta, aspirin ,matron, wikipedia, homestay dan sebagainya. Kaedah ini paling mudah dan merupakan terjemahan terus dan terjemahan langsung. Kata pinjaman ini diklasifikasikan sebagai kata pinjaman tulen tidak asimilasi contohnya :Teks sumber: Pelancong juga akan berpeluang mengunjungi pasar malam yang…..Teks sasaran: Tourist will also have the opportunity to visit the pasar malam which….

2.KAEDAH PENIRUAN Kaedah ini berlaku apabila kemasukan istilah

pinjaman ke dlm bahasa sasaran namun istilahnya sahaja yang ditiru atau diterjemah. Terdapat  dua jenis peniruan iaitu :

    Peniruan penyampaian yang tidak mengubah struktur bahasa sasaran contohnya :

buffet servis servis buffetelectric current   arus elektriksocial science sains sosial

    Peniruan struktur yg memasukkan struktur baru dalam bahasa sasaran.Contoh :

prime minister perdana menterihead quarters     ibu pejabatcarbon dioxide    karbon dioksida

3.KAEDAH PENGGANTIAN  Kaedah ini digunakan dengan menterjemahkan atau

menggantikan perkataan atau frasa dalam ayat tanpa perlu melakukan perubahan yg besar terhadap kedudukan struktur atau susunannya. Contoh :

Teks sumber Teks sasaran

I miss you saya rindu awak

4.KAEDAH TRANPOSISI Kaedah tponposisi merupakan kaedah terjemahan yg

mengubah atau menukar kedudukan frasa atau klausa dan golongan kata dlm bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta atau maklumat. Kaedah ini bertujuan untuk menyampaikan maksud dlm bahasa sasaran secara paling bersahaja dan utk memperjelaskan lagi kandungan maklumat yg mungkin boleh mengelirukan jika kaedah tranposisi tidak digunakan. Contoh:

Teks sumber Teks sasaran

Invest as low as RM5,000.Dengan pelaburan serendah RM5,000.

Teks sumber Teks sasaran

trading as a profession.berniaga sebagai kerjaya.

5.KAEDAH MODULASI Kaedah modulasi digunakan untuk tujuan yg sama

seperti tranposisi iaitu untuk menyampaikan maklumat dengan gaya bahasa yang paling bersahaja dan mudah difahami. Modulasi boleh digunakan apabila terjemahan yang terhasil tidak menepati hukum tatabahasa, janggal atau menyimpang maknanya walaupun terjemahan secara literal atau tranposisi telah digunakan. Contohnya :

Teks sumber Teks sasaran

right bank tebing kiri

6.KAEDAH PERSAMAAN Kaedah persamaan iaitu persamaan yang perlu

dilakukan oleh seseorang penterjemah ialah persamaan yang paling hampir dan persamaan yang paling lazim. Kaedah persamaan ini dilakukan pada pelbagai tahap seperti peringkat leksikal, sintaktikal dan persamaan wancana. Persamaan leksikal bukanlah mudah. Contohnya kos hangus tidak sama dengan  burnt.

Page 6: Nota Exam BMM 3112

7.KAEDAH PENYESUAIAN ( ADAPTATION )Kaedah penyesuaian merupakan penggantian

terhadap perbezaaan budaya yang terdapat dalam dua bahasa. Kaedah ini dianggap sebagai kaedah terjemahan yang paling bebas. Ianya  digunakan secara meluas  untuk menterjemah  lakonan ( komedi ) dan puisi.Tema, watak dan plot  lazimnya dikekalkan.  Biasanya dlm keadaan ini makna dan mesej yg cuba disampaikan dengan cara lain, dan pembaca akan memahaminya setelah membaca keseluruhan teks.

Persamaan terdekat bergantung sepenuhnya kepada konteks dan nilai budaya seperti dalam ungkapan idiomatik daripada peribahasa. Tidak ada dua perkataan yang benar-benar sama makna dlm dua bahasa yang berlainan. Oleh itu, kita tidak menterjemah dgn menggunakan persamaan yang tepat, sebaliknya menggunakan persamaan yang paling dekat maknanya.Contohnya :

PERSAMAAN TERDEKATNational nasional,negara,kebangsaanNational language    bahasa kebangsaan

Persamaan yang paling baik ialah persamaan yang terdekat  dan sejadi  sekali gus. Penterjemah yang menggunakan  hanya bentuk persamaan sejadi akan menghasilkan terjemahan bersahaja. Terjemahan tersebut  seolah –olah ditulis terus ke dalam bahasa penerima  dan tidak kelihatan seperti terjemahan. Contohnya :

Teks sumber He kissed his daughter on the mouth.Teks sasaran Dia memeluk anak perempuannya dengan penuh kasih sayang.

Dlm budaya inggeris, seorang bapa yg baru pulang dari perjalanan yg panjang boleh mencium bibir anaknya . Tetapi  situasi ini tidak wujud langsung dlm budaya melayu yang boleh disamakan dengan seorang anak yang menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan bapanya lalu mencium tangan bapanya.

8.PENYAMAAN / PADANAN FUNGSIANMerupakan kaedah yang menterjemah fungsi warta

supaya dapat memberi reaksi yang sama kepada pembaca terjemahan seperti reaksi yg diterima oleh pembaca teks sumber.Contohnya :

Dalam bahasa Inggeris go to hellDalam bahasa Melayu pergi jahanam, pergi mampus

Kaedah penyamaan ini boleh juga digunakan dalam simpulan bahasa dan peribahasa dalam bahasa sumber.Contohnya:

Bahasa sumber as like as two peasBahasa sasaran bagai pinang dibelah dua.Bahasa sumber too many cooks spoil the broth.Bahasa sasaran dua nakhoda satu kapal

Peribahasa ini tidak boleh diterjemahkan secara literal atau secara peniruan kerana ia mempunyai maksud yang bersifat kebudayaan. Jika diterjemah secara langsung, ayat-ayat diatas membawa maksud “ seperti dua kacang pis” dan “ terlalu banyak tukang masak merosakkan sup”. Ini menyimpang dari maksud asal peribahasa.

9.PENGEMBANGAN ( EXPANSION ) Merupakan kaedah yang menghuraikan dan

memperjelaskan warta dengan panjang lebar bagi pemahaman pembaca terjemahan. Kaedah ini digunakan dengan memasukkan maklumat-maklumat tambahan dan baru yang biasanya  melibatkan konsep saintifik atau istilah yang tidak terdapat dalam budaya bahasa sasaran. Pengembangan boleh dilakukan dua cara iaitu sisipan dan nota kaki :Contoh :

SISIPAN ( PARENTHETIC )Teks sumber Pekan Kajang masyur dengan sate.Teks sasaran Kajang town is weel know for satey 

NOTA KAKI ( FOOT NOTE )After agreeing with the labourers for a denarious¹ a day, he sent them into his vineyard.¹The Denarious was worth about seventeen pence

10.GENERALISASIMerupakan kaedah yang paling mudah dan ringkas.

Kaedah ini merupakan kaedah yang menjadikan  makna terjemahan lebih umum atau tidak khusus. Namun kaedah ini hanya boleh digunakan seandainya  pengabungan makna terjemahan tersebut tidak mengubah mesej teks asal. Contoh :

Teks sumber Mereka akan dijamu dengan durian,langsat ,rambutan dan manggis.

Teks sasaran Some local fruits will be serve to them

Kesimpulannya,pemilihan kaedah yang sesuai bagi penterjemahan  banyak bergantung kepada berbagai-bagai faktor iaitu ringkas atau kompleks sesuatu teks, jenis atau fungsi teks ( risalah,am atau tenikal),bidang teks ( sastera, agama, sains atau teknikal ) dan peringkat teks ( untuk kanak-kanak, sekolah rendah atau sekolah menengah atau pengajian tinggi ).

Justeru, seorang penterjemah haruslah berhati-hati dan peka dalam memilih kaedah yang sesuai. Adakalanya kaedah-kaedah tersebut boleh digabungkan dan adakalanya terpisah.

Page 7: Nota Exam BMM 3112

BHG C-.TAHAP PERKEMBANGAN TULISAN JAWI

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui.Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganuyang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah,Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. Abjad Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris.Skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang kita sedia maklum adalah dinamakan sebagai Skrip Jawi. Namun sehingga sekarang tidak dapat diketahui siapakah yang memberikan nama Jawi kepada skrip itu, namun dipetik dalam kamus R.J Wilkinson bahawa perkataan Jawi di dalam bahasa Melayu digunakan untuk pokok jawi-jawi atau jejawi dan juga beras jejawi yang berbeza dengan beras pulut, dan juga dengan makna kerbau atau lembu dalam bahasa Minangkabau. Tetapi apa yang jelas di sini nama Jawi tersebut tidak ada kaitan dengan tulisan tersebut.

.Skrip tulisan jawi berasal daripada skrip Arab yang telah dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan.Terdapat beberapa ciri tulisan Jawi yang menjadikan ianya unik. Skrip Jawi mengalami evolusi yang boleh dikategorikan kepada empat fasa. Setelah melalui empat fasa ini tulisan Jawi menjadi semakin mantap dan dapat disesuaikan dengan keadaan dan keperluan semasa.

*      Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun melayu disekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masihi atau 3 Hijrah hingga kemaskini dan ia berasal daripada tulisan Arab.Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu dan pernah mendukung bangsa Melayu ke ambang tamadun Melayu moden pada masa kini.Tulisan rumi hanya wujud dalam tamadun melayu selepas perang dunia kedua sahaja.(sumber : Kang,1993).adalah merupakan karya yang ditulis dengan tangan dalam tulisan Jawi yang dihasikan dalam lingkungan Abad ke-15Mhingga awal abad ke-20M.Dalam manuskrip melayu ini tercatat pelbagai bahan dan ilmu yang menjadi khazanah bangsa Melayu pada masa dahulu.Manuskrip Melayu bukti sejarah kewujudan tulisan jawi dalam tamadun melayudahulu boleh dilihat bahan-bahan bertulis seperti:*      batu bersurat,*      manuskrip lama,*      kertas lama,*      majalah,*      batu nisan,*      bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat*      senjata,duit syiling,batu lontar, tembikar danseumpamanya*      ukiran-ukiran pada masjid, istana*      azimat dan tangkal

Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arab di Sumatera bertarikh 55 Hijrah (674M) dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas telah menunjukkan bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab bagi menyesuaikannya dengan gaya bahasa orang Melayu yang telah menyumbang kewujudan Tulisan Jawi dalam tamadun Melayu. Akan tetapi siapakah pencipta sebenar kepada tulisan Jawi tidak dapat dipastikan dengan tepat.

 

Page 8: Nota Exam BMM 3112

Bahasa Melayu Kuno1. Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan bahasa Sumatera. Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. pada waktu itu, BM kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu juga tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

2. Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu, bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan. Bahasa Melayu juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

3. Bukti penggunaan Bahasa Melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Palawa iaitu:

a. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)b. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)c. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)d. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

4. Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya.

5. Istilah “Melayu” timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang “Mo-Lo-Yue” yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya kerajaan “Mo-Lo-Yue” ini tidak dapat dipastikan tetapi ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.

6. Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas,batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

1. Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah banyak mengubah sistem bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan.

2. Terdapat tiga batu bersurat yang penting:a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India danmengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)- ditulis dalam tulisan Jawi dan membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

3. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kuno kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Page 9: Nota Exam BMM 3112

Bahasa Melayu Klasik

1. Abad ke –13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Kegemilangannya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau

2. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.

3. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah :

a. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Kamus ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa

luasnya Bahasa Melayu tersebar. b. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

c. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”

4. Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)(Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)

5. Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi.

6. Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Tokoh-tokoh di Acheh antaranya ialah :a. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”)b. Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)c. Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”)d. Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)

7. Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab “Hikayat Al-Salakin”.

8. Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan “Syair Rakis”, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-Banjari dengan kitab “Sabil Al-Muhtadin”. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan “Matla’al Badrain” dan “Furu’ Al-Masail”.

Page 10: Nota Exam BMM 3112

SEJARAH MELAYU VERSI SHELLABEAR

Buku sejarah Melayu pada amnya mengisahkan pengalaman sejarah yg dialami oleh raja 2 Melayu yg memerintah Melaka dari awal abad ke -15 hingga ke-17.Selepas itu penulisannya dilanjutkan hingga ke zaman awal penubuhan raja2 melayu selepas kejatuhan melaka ke tangan Portugis Terdapat 29 naskah salinan Sejarah Melayu yg dihasilkan termasuklah Sejarah Melayu versi Shellabear. Keseluruhan buku ini ditulis dlm bentuk prosa dan menggunakan BM klasik yg indah dan menarik. Selain itu, terdapat juga kata2 atau bahasa asing yg digunakan spt bahasa Arab, parsi, Siuam ,Jawa dan Tamil. Selain bentuk prosa terdpt juga bentuk puisi,spt pantun, syair dan nyanyian. Pengarang jgMenggunakan bahasa perbandingan bagi menggambarkan sesuatu peristiwa atau keadaan.Contoh :Bahasa Arab : Bismi’llahi—rahmanir-rahimBahasa Jawa : Maka segala anak periau itu pun melawan maka habis mati dibunuh orang …..Bahasa Parsi : ayat juna bakhsanat sultan khasad (rakyat itu umpama akar, yang raja umpama pohon )Bahasa Perbandingan : rupa rakyat seperti laut.

HIKAYAT ABDULLAH

Buku ini ditulis oleh Abdullah bin Kadir atau Abdullah Munsyi pada tahun 1849. Buku ini mengisahkan pengembaraan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Buku ini selesai dikarang pada tahun 1845 dan diterbitkan pada tahun 1849.Buku Hikayat Abdullah tulisan rumi telah diterbitkan oleh Pustaka Antara pada tahun 1907 bagi kegunaan teks di sekolah2 Melayu. Buku ini merupakan antara teks sastera Melayu yg pertama diterbitkan secara komersial. Gaya penulisan Abdullah yg unik dipaparkan secara jelas dlm teks ini dan isinya disampaikan dlm Bmyd sederhana dan kontemporari. Hikayat Abdullah berkisarkan realisme, iaitu ttg masyarakat singapura dan melaka pd awal abad ke-19. Abdullah Munsyi memperlihatkan BM yg unggul melalui karya kesasteraan dan tatabahasa Melayu dlm buku Hikayat Abdullah ini.

Abdullah Munsyi telah membina dan menggunakan kosa kata yg byk bagi mengungkapkan perkara2 yg baharu akibat pertembungan antara budaya Barat dgn Timur. Karya ini tidak terikat dgn bentuk penulisan lama spt cerita dongeng, alam ghaib dan ajaib. Persoalan BM amat dititikberatkan oleh Abdullah menerusi buku Hikayat Abdullah.

Buku Hikayat Abdullah ini ditulis dlm bentuk prosa dgn bahasa yg mudah difahami kerana berkisar ttg pengalaman beliau mengembara sambil memerhati cara hidup persekitaran orang Melayu di Singapura dan Melaka.

Page 11: Nota Exam BMM 3112

PENULISAN KARYA HIKAYAT ABDULLAH

4.0 ASPEK TULISANi. Jenis Aksara Dalam memperkatakan bahasa Melayu Klasik ini tidak dapat seseorang itu mengimbas kembali teks Melayu lama yang tertulis dalam bentuk puisi, prosa, surat perdagangan, surat perjanjian, batu bersurat, batu nisan dan sebagainya. Dalam melihat pada sudut aksara dan sistem ejaan yang digunakan dalam penulisan karya Hikayat Abdullah pengkaji hanya dapat berpegang kepada ciri-ciri khusus bahasa Melayu klasik iaitu menggunakan tulisan Jawi. Tulisan atau aksara ini dipinjam daripada bahasa Arab, kemudian ditambah dengan huruf baru seperti pa ( ف), nga ( غ ), ga ( ک ), nya ( ث ) dan ca ( چ ).Ini beerti tulisan tersebut mesih dalam bentuk asalnya dengan menggunakan tulisan dan sistem ejaan Jawi. Berikut adalah beberapa contoh aksara yang digunakan dalam penulisan karya Hikayat Abdullah.

ii. Sistem EjaanSebelum wujud sistem ejaan Jawi pengaruh Melayu, sistem ejaan Arab yang digunakan itu dengan menggunakan tanda-tanda baris. Contohnya seperti; ( maka) مگ( dia ) دي Kemudian tanda-tanda baris itu dihilangkan menjadi;( maka ) مک)dia ) ديSetelah itu baru timbul sistem ejaan pengaruh Melayu. Sistem ini mengandungi dua tahap. Tahap pertama dengan membubuh huruf saksi ( vokal) dan tahap kedua dengan membubuh huruf saksi ( vokal ) pada kedua-dua suku kata. Daripada beberapa contoh aksara asal Hikayat Abdullah diatas dapat dilihat beliau tidak menggunkan tanda-tanda baris pada tulisannya.

4.1 ASPEK BAHASAi. MorfologiMorfologi adalah bidang yang mengkaji proses pembentukan kata-kata dalam sesuatu bahasa. Ia meliputi penggolongan perkataan atau kata-kata dalam sesuatu bahasa. Sebagai contohnya dari aspek imbuhan, penulisan karya Hikayat Abdullah telahpun menggunakan imbukan meN-. Hal ini dapat diperhatihan pada petikan karya Hikayat Abdullah seperti dibawah;ii. SintaksisDaripada pemerhatian yang dibuat adakalanya Abdullah gemar menggunakan ayat yang panjang-panjang dan menyulitkan pembaca untuk memahaminya

iii. Semantik Secara umum kita berpendapat bahawa makna sesuatu bahasa akan mudah difahami apabila dalam bentuk ayat. Andaian ini tidak selamanya tepat kerana kehadiran ayat yang dibina daripada kata dan kelompok kata, dan tidak semuanya hanya memiliki satu makna. Dalam bahasa Melayu seringkali apa yang kita ucapkan atau tuliskan tidak serupa dengan pa yang dimaksudkan.Dapat diperhatikan dalam karya Hikayat Abdullah maksud atau pun perkara yang disampaikan melalui makna tersurat. Makna tersurat yang dimaksudkan ialah makna yang diperolehi semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Dimana dalam penulisannya banyak menyatakan terus atau secara lansung apa yang hendak disampaikan kepada masyarakat Melayu ketika itu.

iv. Kosa Kataa) Kata asliSebagai karya di peringkat awal, Abdullah masih tidak dapat melepaskan penggunaan kata asli dalam tulisannya. Bukan sahaja bahasa yang digunakan itu bahasa lama tetapi struktur ayatnya juga masih seperti cerita hikayat.

Struktur ayat lama ini dikutkan lagi dengan penggunan kata-kata asli seperti ‘maka’, ‘beberapa lamanya’, ‘maka adalah’, ‘akan dia’ dan ‘maka apabila. Dalam Hikayat Abdullah banyak terdapat kata nasihat. Hal ini menunjukkan bahwa Abdullah masih terikut-ikut struktur penulisan sastera lama. Begitu juga apabila dia menggunakan pentun dan syair dalam karyanya. Penggunaan perkataan hikayat itu sendiri membayangkan bahawa Abdullah masih cenderung meneruskan tradisi penulisan lama.

b) Kata pinjamanDaripada penelitian yang dibuat dalam penghasilan karya-karya Abdullah Munsyi banyak menggunakan kata pinjaman Bahasa Inggeris, misalnya dalam Hikayat Abdullah digunakan diksi character (halaman 5), enjineer (halaman 6), Selain daripada penggunaan kata pinjaman Bahasa Inggeris terdapat juga penggunan kata pinjaman bahasa Arab dalam penulisan karyanya, misalnya perkataan syaaban (halaman 1), khatib ( halaman 4 ), sayid (halaman 35) dan banyak lagi.