8
SEJARAH BAB 1 ( KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ) CIRI-CIRI TAMADUN Manusia menjadi lebih kreatif untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam sekeliling. Ini bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan rohaniah mereka. Proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua aspek ini.

Nota Sejarah Bab 1 tingkatan 4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nota utk korg...

Citation preview

Page 1: Nota Sejarah Bab 1 tingkatan 4

SEJARAH BAB 1( KEMUNCULAN TAMADUN

AWAL MANUSIA )

CIRI-CIRI TAMADUN

Manusia menjadi lebih kreatif untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam

sekeliling. Ini bergantung kepada pencapaian pemikiran dan kekuatan

rohaniah mereka. Proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi

kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua aspek ini.

Page 2: Nota Sejarah Bab 1 tingkatan 4

PETEMPATAN KEKAL

Salah satu ciri utama kemunculan tamadun ialah kemunculan tamadun ialah kewujudan petempatan kekal secara menetap membawa kepada corak kehidupan yang lebih sistematik.

Kawasan yang dipilih untuk petempatan adalah penting untuk memastikan bekalan makanan.

Ini akan melahirkan kemajuan dalam bidang pertanian terutamanya dari segi penanaman dan penyimpanan makanan serta penternakan.

Kepandaian manusia pada masa tersebut mencipta peralatan baru seperti cangkyl dan penggunaan teknologi perairan yang baik telah meningkatkan pengeluaran dan membawa kepada lebihan pengeluaran.

Lebihan ini mampu menampung pertembahan bilangan penduduk kerana bekalan makanan yang berterusan.

Bahasa dan sistem tulisan

Agama Dan Kepercayaan

Pengkhususan Pekerjaan

Sistem Pemerintahan

Kehidupan Berorganisasi

Petempatan kekal

CIRI – CIRI TAMADUN

AWAL

Page 3: Nota Sejarah Bab 1 tingkatan 4

KEHIDUPAN BERORGANISASI

Bertambahnya bilangan penduduk telah membawa kepada sebuah kehidupan

berorganisasi yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik

Kehidupan berorganisasi mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan

kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka. Organisasi social yang paling awal ialah sistem keluarga. Pertambahan bilangan penduduk dan kepelbagaian aktiviti

ekonomi telah membawa kepada proses pembahagian masyarakat yang lebih kompleks.

Sistem sosial masyarakat ini adalah berbentuk piramid dan bersusun lapis mengikut sosial.

Page 4: Nota Sejarah Bab 1 tingkatan 4

SISTEM PEMERINTAHAN

Sistem pemerintahan mula dibentuk untuk mentadbir masyarakat.

Seseorang pemimpin ataupun raja selalunya menggunakan magis dan mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai ketua pemerintah.

Kewujudan sistem pemerintahan akan membawa kepada lahirnya system perundangan yang menjadi panduan kepada masyrakat untuk menjga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.

Pembentukan organisasi sosial dan politik telah membawa kepada pengkhususan pekerjaan.

GolonganBangsawan

Golongan Pembesar (ketua keluarga atau

ketua kelompok, umpulan pentadbir dan ilmuan, serta kumpulan yang

mempunyai kepakaran dalam bidang kesenian )

Golongan Rakyat

Golongan Hamba

Page 5: Nota Sejarah Bab 1 tingkatan 4

PENGKHUSUSAN PEKERJAAN

Peningkatan dalam produktiviti manusia menyebabkan pengkhususan pekerjaan menjadi lebih penting.

Ini menyebabkan keadaan politik menjadi stabil dan penuh dengan kemakmuran dan seterusnya membawa kepada peningkatan dan perkembangan ekonomi.

Melalui pengkhususan pekerjaan, barangan yang dihasilakn mempunyai kepakaran tersendiri dan ia akan menghasilkan pertukaran barangan.

Kegiatan ini dikenali sebagai sistem barter, yang merupakan titik permulaan bagi aktiviti ekonomi yang bersifat perdagangan.

Aktiviti pertukaran barang dan perdagangan dan kegiatan perdagangan membolehkan berlakunya pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya anatara sesebuah masyarakat yang lain

Lakaran kehidupan di bandar dalam tamadun Mesir Purba yang menunjukkan pengahsilan barangan oleh artisan ( tukang ) melalui

pengkhususan dan kepakaran mereka ( Sumber : John Baines dan Jaromir Malek , 1992. Atlas of Ancient

Egypt Cairo : Les Livres de Frances )

KEMUNCULAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Kemunculan agama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tamadun.

Kedua-duanya mepunyai perkaitan yang rapat dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, pembahagian sosial masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan dalam proses pembentukan tamadun awal.

Page 6: Nota Sejarah Bab 1 tingkatan 4

Proses kemunculan tamadun bermula apabila manusia mencuba untuk mamahami dan menyesuaikan kehidupannya dengan alam sekeliling.

Unsur alam seperti pokok, batu, matahari dan laut dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup.

Manusia menganut agama yang dikenali sebagai animisme iaitu terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling.

Kepercayaan ini berubah menjadi bentuk agama. Agama ini dikenali sebagai politeisme yang bermaksud

penyembahan terhadap lebih daripada satu tuhan.

BAHASA DAN SISTEM TULISAN

Kewujudan bahasa dan system tulisan adalah sebahagian daripada perkembangan ilmu pengetahuan dalam proses pembentukkan tamadun yang hasilnya dapat dilihat sehingga hari ini.

Contoh tulisan yang awal ialah Hieroglif, Cunei form dan Ideogram, manakala bahasa tertua ialah Yunani dan Sanskrit.

Bahasa amat penting untuk tujuan penyebaran ilmu pengetahuan dan perhubungan di dalam sesebuah masyarakat dan juga antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain.

Tulisan amat penting untuk tujuan urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan hal-hal keagamaan.

Bahasa dan tulisan merupakan instrument paling penting untuk menyampaikan, memperkembangkan serta mencatatkan idea pemikiran manusia.

Semua cirri-ciri tamadun mempunyai perkaitan rapat anatara satu sama dengan yang lain.

KESIMPULAN

Proses ini berkembang di bandar, oleh itu kemunculan bandar-bandar memainkan peranan penting dalam proses perkembangan sesebuah tamadun.

Bandar memainkan peranan penting sebagai pusat pentadbiran, pusat kegiatan ekonomi, pusat penyembahan dan ritual, pusat perkembangan ilmu pengetahuan, dan pusat pertemuan masyarakat.

Bandar merupakan sebuah manifestasi kepada penciptaan manusia yang mencerminkan tahap ketamadunan manusia.

Page 7: Nota Sejarah Bab 1 tingkatan 4

PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN

Pembentukan tamadun manusia bermula apabila wujudnya hubungan, iaitu penyesuaian antara manusia dan alam sekelilingnya.

Manusia akan memilih kawasan yang memudahkan mereka manjalani kehidupan harian.

Lembah sungai menjadi tempat pilihan yang utama sebgai tempat petempatan yeng kekal disebabkan tanahnya yang subur untuk kegiatan pertanian.

Sungai juga membekalkan kemudahan lain seperti bekalan air, makanan, serta kemudaha pengangkutan dan perhubungan.

Tamadun-tamadun awal manusia adalah terbentuk di kawasan lembah sungai, contohnya:

TAMADUN LOKASIMesopotamia

Lembah Sungai Euphrates ( 3500 S.M )

Mesir Purba

Lembah Sungai Nil ( 3100 S.M )

Indus Lembah Sungai Indus ( 2500 S.M )

Hwang Ho

Lembah Sungai Hwang Ho ( 1800 S.M )

Page 8: Nota Sejarah Bab 1 tingkatan 4

Peta menubjukkan lokasi tamadun awal dunia