6
PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN D - NOVEL PMR BAHAGIAN D : PEMAHAMAN NOVEL Panduan Menjawab Soalan Novel. Markah isi 6 markah dan markah bahasa 4. Jawapan berdasarkan novel-novel yang dipelajari. Jawapan hendaklah dalam ayat yang gramatis. Jangan lupa tulis nama novel ketika mula menulis jawapan. Isi harus disertakan dengan contoh. Sebaik-baiknya satu perenggan satu isi. BAHAGIAN D ( KOMSAS ) 10 MARKAH. 1. Jumlah isi- 3 isi sahaja. 1 isi = 2 markah. 2. Perenggan- 3 perenggan. 3. Setiap isi wajib/mesti disertai dengan huraian atau contoh. PENTING !!!!! Tanpa contoh tiada markah. 4. Permarkahan- Isi ( 6 markah ) - Bahasa ( 4 markah ). Topik penting dalam Komsas 1. Huraikan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ) 2. Jelaskan persoalan-persoalan yang terkandung dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ). 3. Huraikan perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji. ( 10 markah ). Bandingkan perwatakan watak utama dengan watak sampingan dengan memberikan contoh yang sesuai. ( 10 markah ). 4. Huraikan mesej/amanat/pengajaran yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ). 5. Nyatakan nilai-nilai kemanusiaan yang anda ketahui dan huraikan dengan memberi contoh yang sesuai ( 10 markah ). 6. Jelaskan citra masyarakat yang terkandung dalam novel yang anda kaji (10 markah ).

Novel Cempaka Putih Untukmu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

-

Citation preview

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN D - NOVEL PMRBAHAGIAN D : PEMAHAMAN NOVEL

Panduan Menjawab Soalan Novel.( Markah isi 6 markah dan markah bahasa 4.( Jawapan berdasarkan novel-novel yang dipelajari.( Jawapan hendaklah dalam ayat yang gramatis.( Jangan lupa tulis nama novel ketika mula menulis jawapan.( Isi harus disertakan dengan contoh. Sebaik-baiknya satu perenggan satu isi.

BAHAGIAN D ( KOMSAS ) 10 MARKAH.1. Jumlah isi- 3 isi sahaja. 1 isi = 2 markah.2. Perenggan- 3 perenggan.3. Setiap isi wajib/mesti disertai dengan huraian atau contoh.PENTING !!!!! Tanpa contoh tiada markah.4. Permarkahan- Isi ( 6 markah ) - Bahasa ( 4 markah ).Topik penting dalam Komsas1. Huraikan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji ( 10 markah )2. Jelaskan persoalan-persoalan yang terkandung dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).3. Huraikan perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji. ( 10 markah ). Bandingkan perwatakan watak utama dengan watak sampingan dengan memberikan contoh yang sesuai. ( 10 markah ).4. Huraikan mesej/amanat/pengajaran yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).5. Nyatakan nilai-nilai kemanusiaan yang anda ketahui dan huraikan dengan memberi contoh yang sesuai ( 10 markah ).6. Jelaskan citra masyarakat yang terkandung dalam novel yang anda kaji (10 markah ).7. Huraikan citra wanita yang dapat dilihat dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).8. Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji dan nyatakan contoh yang sesuai ( 10 markah )9. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan latar dan huraikan jenis latar yang anda ketahui ( 10 markah ).10. Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).watak dan Perwatakan Cempaka Putih Untukmu

Watak dan PerwatakanWatak UtamaHartini Anak ketiga kepada Encik Hasrul dan Puan Sarah.

Merupakan pelajar Tingkatan Tiga Teratai di Sekolah Menengah Kuala Batu.

Mempunyai kakak (Along), abang (Angah) dan adik bernama Amin.

Seorang yang berani. Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju agar Satiah dirawat di hospital.

Seorang yang tabah. Contoh: Hartini menerima kehilangan rakan karibnya dengan tabah. Dia berjanji tidak akan menangis lagi.

Seorang yang penyayang. Contoh: Hartini sangat menyayangi rakannya Satiah. Buktinya sewaktu Satiah meninggal dunia Hartini pengsan dan tidak sedarkan diri. Agak sukar bagi Hartini menerima hakikat bahawa rakan karibnya itu telah meninggal dunia.

Seorang pelajar yang bijak. Contoh: Hartini merupakan seorang pelajar yang bijak. Dia telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR iaitu 7A 1B.

Watak SampinganSatiahAnak sulung kepada Pak Morit dan Mak SukinMempunyai adik iaitu Akob dan Amat.Rakan karib HartiniMenghidap penyakit barah paru-paru.Seorang pendiam. Contoh: Tidak banyak bercakap di dalam kelas dan jarang ke rumah kawan-kawan .Seorang tabah. Contoh: Satiah tabah menanggung kesakitan akibat penyakit barah paru-paru.Seorang yang bijak. Contoh: Satiah merupakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR. Beliau memperoleh keputusan 8A. Dia juga mahir dalam penulisan.Encik HasrulSuami kepada Sarah .

Mempunyai empat orang anak iaitu Along, Angah, Hartini dan Amin.

Merupakan seorang kakitangan kerajaan di jabatan pertanian.

Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: Sebelum berpindah ke tempat baharu beliau memastikan segala urusan persekolahan anak-anak dan keperluan tempat tinggal diselesaikan terlebih dahulu.

Seorang yang baik hati. Contoh: Encik Hasrul telah menghantar Satiah untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Seorang yang menepati janji. Contoh: Encik Hasrul mengotakan janjinya mengadakan kenduri kesyukuran apabila Hartini dan rakan-rakannya mencapai keputusan cemerlang dalam PMR.

LatarLatar MasaPagiContoh: Pada pukul 9.00 pagi, Encik Hasrul sekeluarga bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke JerantutPetangContoh: Pada suatu petang setelah mereka tiba di rumah baharu, masyarakat setempat menyambut kedatangan mereka.MalamContoh: Encik Hasrul mempelawa Pak Morit dan Mak Sukin bermalam di rumahnya akibat keadaan Satiah yang masih lemah kerana bimbang penyakit Satiah berulang kembali.Latar TempatDi Kuala LumpurContoh: tempat tinggal asal keluarga Encik Hasrul.Di kampung Kuala Batu.Contoh: sebuah perkampungan orang asli yang dihuni oleh Pak Morit dan Mak Sukin yang juga merupakan tempat tinggal baharu Encik Hasrul dan keluarganya.Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala BatuContoh: Tempat Hartini , Satiah dan rakan-rakannya bersekolah sehingga PMR.Sekolah Menengah Gemilang Wawasan.Contoh: Sekolah Berasrama Hartini setelah beroleh keputusan cemerlang dalam PMR.Johor BahruContoh: Tempat tinggal nenek Hartini dan di situlah Hartini belajar komputer selepas peperiksaan PMR.Kampung LangsatContoh : Tempat Pak Morit menghantar anaknya Satiah berjumpa dukun.Latar MasyarakatMasyarakat bandar

Contoh: keluarga Encik Hasrul yang telah lama tinggal di bandar agak keberatan untuk berpindah ke kawasan pedalaman.

Masyarakat orang Asli

Contoh: Masyarakat orang Asli suka bersedekah dengan memberikan hasil pertanian seperti keledek, dan pisang kepada keluarga Encik Hasrul.

Masyarakat yang percaya kepada amalan tradisional

Contoh: Dukun dari Kampung Langsat dan Pak Morit mempercayai Satiah jatuh sakit kerana telah terlangkah benda kotor.

Masyarakat pelajar

Contoh: Hartini, Satiah, Sinda, Ineng, Ambok, Meramu dan rakan-rakan yang lain

menduduki peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kuala Batu.

Masyarakat peniaga

Contoh: Pak Dollah seorang peniaga yang menjual ikan.

Masyarakat pendidik

Contoh: Cikgu Hanafi sentiasa memberi pujian ke atas Satiah yang pandai mengarang.