Novel Interlok SEMTEG

  • Upload
    eyka-ds

  • View
    232

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    1/28

    Interlok Tingkatan 5

    Sekolah Menengah Teknik Gombak

    FOLIO NOVEL INTERLOK

    KARYA SN ABDULLAHHUSSAIN

    TAHUN 2011

    Nama:_____________________________________________ Kelas:______________________________________________

    Nama Guru:________________________________________

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    2/28

    Interlok Tingkatan 5

    2

    ISI KANDUNGAN

    KANDUNGAN MUKA SURAT

    Penghargaan 3

    Sinopsis keseluruhan cerita 4-6

    Peristiwa penting setiap bab 7-10

    Tema 11

    Persoalan 12-13

    Watak dan perwatakan 14-17

    Binaan plot 18-21

    Gaya bahasa 22

    Teknik penceritaan 23-24

    Latar 25-26

    Nilai murni 27

    Pengajaran 28

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    3/28

    Interlok Tingkatan 5

    PE NGHARGAAN

    Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh Alhamdulillah saya ucapkan kerana akhirnya berjaya juga saya menyiapkan ke kepada saya iaitu Folio Novel Interlok, karya SN Abdullah Hussain. Saya, mengucapkan jutaan kesyukuran kepada hadrat Ilahi yang telah memberi keizi menyelesaikan folio ini.

    Selain itu, saya juga mahu berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya, Fariza

    Abdul Latif, yang telah banyak membantu saya terutama dalam menyediakan untuk saya.

    Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih buat kawan-kawan saya Syazwani Rahimi dan Fatin Nadhirah, yang telah banyak membantu saya me untuk saya.

    Yang Benar,

    _____Eyka_____

    (Nurul Afeeqah binti Fairzan)

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    4/28

    Interlok Tingkatan 5

    4

    SINO P SIS K E S EL URUHAN C E RITA

    Buku Satu Keluarga Seman

    Bahagian buku satu novel Interlok memaparkan kisah Seman, anak tunggal pasangan Pak Musadan Mak Limah. Seman seorang pemuda yang gagah dan rajin tetapi tidak tahu membaca keranatidak bersekolah. Apabila Pak Musa sakit, dia telah meminta Seman membawa Mak Limah

    berpindah tanpa memberikan sebarang alasan. Akhirnya Pak Musa meninggal dunia sebelumsempat menceritakan perkara sebenar. Setelah 27 hari kematian Pak Musa, Cina Panjangmenemui Seman untuk memaklumkan bahawa Pak Seman telah berhutang sejumlah wangdaripadanya untuk membeli tanah dan pada masa yang sama menggadaikan tanah yang dibeli

    kepada Cina Panjang. Cina Panjang menunjukkan surat-surat hutang Pak Musa. Akhirnya Semanmembawa ibunya berpindah dari kampung kerana semua harta bukan miliknya lagi.

    Buku Dua Keluarga Cing Huat

    Penduduk kampung gempar kerana tanaman padi dimakan belalang. Keadaan ini menyebabkanKim Lock dan anaknya Cing Huat serta beberapa orang lelaki di kampung itu berhasrat merantaumencari pekerjaan di Singapura. Di sana, Kim Lock ditawarkan menjual anaknya, Cing Huattetapi dia telah menolak tawaran tersebut. Selepas 30 bulan di Singapura, Kim Lok bercadanguntuk bekerja di Melaka. Bersama-sama Kim Sui, dia dan anaknya menaiki tongkang yang

    berada di Muar. Dia bekerja di Lukut dan di Pulau Pinang. Akhirnya Kim Sui mengajak KimHock berniaga di Simpang Empat. Perniagaan mereka maju tetapi Kim Lock menjadi penagihcandu hingga meninggal dunia selepas isterinya di negara China meninggal dunia. Orang Cinamendirikan sekolah Cina untuk anak-anak mereka. Cing Huat berkahwin dan dikurniakan empatorang anak. Seorang anaknya, iaitu Yew Seng rapat dengan Lazim dan keadaan ini tidak disenangi Cing Huat. Akhirnya Yew Seng keluar dari rumah ayahnya.

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    5/28

    Interlok Tingkatan 5

    Buku Tiga Keluarga Maniam

    Maniam datang dari India dan bekerja sebagai kuli di pelabuhan Pulau Pinang. Pada waktu petang dia akan minum tuak di kedai. Dia juga mengirim wang untuk isterinya di India. Pillaytidak menyampaikan kiriman tersebut, sebaliknya isteri Maniam jatuh ke tangan Pillay akibatdesakan hidup. Maniam kecewa. Dia berpindah tempat kerja dan akhirnya bekerja di kebunkelapa di Cangkat Lima. Maniam berkahwin dengan Malini secara rahsia. Rahsia

    perkahwinannya dibongkar oleh Suppiah, orang kampungnya. Akibatnya, Maniam tidak disenangi dan dihalau keluar dari tempat tersebut. Peristiwa ini menyebabkan Malini meninggaldunia tiga tahun kemudian. Suppiah mencadangkan sekolah Tamil didirikan di kebun untuk anak-anak orang India. Raman, iaitu guru sekolah mengetahui bahawa Suppiah lari darinegaranya kerana takut ditangkap polis dan menerangkan perkara sebenar tentang Maniamkepada Perumal. Perumal menyesal atas tindakannya terhadap Maniam.

    Buku Empat Interlok

    Maniam menjadi tandil di kebun getah. Apabila Seman datang meminta kerja, Maniam berusahamembantunya, lebih-lebih lagi sesudah mengetahui bahawa Seman ialah anak Musa, kawan

    baiknya. Maniam juga mendapatkan sebuah petak di rumah kuli untuk Seman dan ibunya yangtelah keluar dari kampung mereka. Yew Seng pula lari dari rumah kerana kecil hati terhadapayahnya yang tidak menghargainya. Dia bekerja di lombong bijih timah.

    Seman melawat Kampung Nyiur Condong setelah dua tahun setengah meninggalkan kampungtersebut. Dia diterima baik oleh orang-orang kampung. Pinangannya untuk Gayah juga diterimadan dia menjadi menantu Mat Ranggi.

    Penduduk Kampung Nyiur Condong gempar dengan kehadiran orang Jepun ke Tanah Melayu.Orang Melayu berpakat membantu Jepun mengusir Inggeris. Cing Huat pula cuba berbaik-baik dengan Seman. Pada suatu malam kedai Cing Huat dimasuki perompak. Pada masa yang sama

    juga Poh Eng berjaya melepaskan diri dan diselamatkan oleh Seman yang kemudian membawaPoh Eng kepada emaknya. Sementara itu, pihak Jepun mencari Yew Seng yang dipercayaiterlibat dengan komunis. Yew Seng yang mengetahui adiknya hilang berjaya menemukanadiknya, Poh Eng dan dibawa menyertainya ke hutan, iaitu ke markas komunis. Pada waktu

    petang askar Jepun pula menangkap Mak Limah, Maniam, dan beberapa orang lagi keranadisyaki membantu komunis. Maniam diseksa kerana tidak memberikan kerjasama. SeorangInspektor berbangsa India menyoal siasat Maniam dan melalui soal siasat tersebut, barulahdiketahui bahawa Inspektor tersebut ialah anak Malini, iaitu anak Maniam sendiri. Inspektor Rama Krishnan berjanji akan menolong ayahnya dan cuba membebaskan Mak Limah.Harga barang semakin mahal. Lazim pula menyesal kerana menyokong Jepun. Dia telahditangkap Jepun. Akhirnya Jepun menyerah kalah. Semua orang bergembira, terutamanya orang

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    6/28

    Interlok Tingkatan 5

    6

    Cina. Orang yang menjadi tali barut Jepun diseksa. Kumpulan Kong Beng (Kuomintang)menangkap orang-orang yang bekerjasama dengan Jepun. Yew Seng yang mengenali Lazimtelah membebaskannya. Poh Eng pula berjumpa semula dengan Mak Limah. Tanah Melayudiperintah oleh Inggeris semula. Orang Melayu semakin matang. Orang Melayu menentang

    penubuhan Malayan Union. Akhirnya perlembagaan dibentuk. Pengaruh komunis pula mula berkembang semula di Tanah Melayu Orang Cina pula berpendapat mereka patut bekerjasamadengan orang Melayu dan India menentang komunis. Hasil kerjasama itu, Tanah Melayumencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    7/28

    Interlok Tingkatan 5

    PE RISTIWA PE NTING S E TIAP BAB

    1Ketika Maniam teringat akan anaknya dan Malini yang sudah ditinggalkannya selama dua puluhsatu tahun itu, Seman dating berjumpa dengannya untuk mendapatkan pekerjaan di kebungetah itu. Maniam mengatakan bahawa bapa Seman ialah kawan baiknya suatu masadahulu. Dia berjanji untuk membantu Semanyang terpaksa membina kehidupan baharu

    bersama-sama dengan emaknya kerana dia disuruh keluar dari rumahnya oleh CinaPanjang kerana semua harta termasuk tanah dan rumahnya sudah menjadi milik CinaPanjang itu. Sejak kematian bapanya, Seman kuat beribadat dan memohon doa kepadaTuhan supaya diberikan perlindungan dan pertolongan. Pada malam itu, dia singgahdisurau untuk menunaikan solat Isyak sebelum pulang ke rumahnya. Seman mengajak emaknya meninggalkan rumah itu esok paginya dan mengatakan bahawa dia sudah mendapatkerja di kebun getah. Seperti yang dijanjikan, Maniam menunggu Seman dan emaknya lalumenunjukkan rumah kuli yang akan menjadi tempat tinggal mereka nanti.

    2 Selepas Cing Huat memarahi, menampar dan menghalaunya padasuatu malam, Yew Seng sudahnekad untuk meninggalkan rumah pada pagi esoknya. Dia akan pergi ke sebuah lombong yang

    berhampiran dengan Cangkat Janggus dan bekerja sebagai kuli dilombong bijih itu.Yew Sengsering kali bertentangan pendapatdengan bapanya dan dia juga suka berkawan dan bermaindengan budak-budak Melayu terutamanya Lazim. Perkara yang dilakukannya itu memang tidak disukai oleh bapanya. Di samping itu, Yew Seng selalu bersimpati dengan Lazim ataskemunduran orang Melayu. Dia mengatakan bahawa orang Melayu sama sahaja dengan orangCina dan mereka bukannya orang hutan seperti yangnselalu didakwa oleh bapanya itu.Dilombong bijih itu, dia mengenali Kong Beng yang menjadi kepala kuli di situ.

    3Setelah dua tahun setengah meninggalkan kampungnya, Seman pulang dan bersembahyangJumaat di masjid Kampung Nyiur Condong pada suatu hari. Di situ, dia bertemu dengan Lazimdan hasratnya untuk meminang Upik pula terpaksa dilupakan apabila Lazim memberitahu

    bahawa Upik sudah berkahwin dengannya. Walau bagaimanapun, setelah dicadangkan o lehLazim, Seman meminta bantuan Lebai Man untuk mewakilinya bagi merisik Gayah, anak Mat Ranggi untuk dijadikan isterinya. Walaupun pada mulanya Mat Ranggi tidak bersetujudengan hasrat Seman itu, tetapi akhirnya dia menyedari kesilapannya selama ini, iaitu diaterlalu mementingkan harta.

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    8/28

    Interlok Tingkatan 5

    8

    4 Seman akhirnya berkahwin dengan Gayah iaitu anak Mat Ranggi yang sudah dapat menerimanyasebagai menantu walaupun dia tidak berharta. Dia memberitahu Maniam bahawa dia mahu

    berhenti kerja kerana hendak pulang ke Kampung Nyiur Condong dan berkahwin denganGayah. Selepas berkahwin, Seman tinggal bersama-sama dengan bapa mentuanya, dan ibunya

    pula tinggal di pondok yang berhampiran dengan rumah Lebai Man untuk memudahkannya belajar agama bersama-sama dengan pelajar yang lain.

    5Apabila tentera Jepun masuk ke Tanah Melayu, keadaan menjadi tidak tenteram dan tenteraorang putih mula mengundurkan diri.Orang-orang Cina pula gelisah dan takut akan tenteraJepun. Keadaan menjadi tidak tenteram kerana banyak berlaku rompakan. Sebagai contohnya,ada orang Melayu yang sanggup merompak kedai-kedai orang Cina untuk membalas dendam.

    Dalam satu rompakan di kedai Cing Huat pada suatu malam, Poh Eng hilang, tetapi dia telah

    diselamatkan oleh Seman. Seman membawa Poh Eng dan emaknya berlindung di rumah pekerja di kebun Cangkat Janggus. Pada suatu hari, tentera Jepun datang ke kedai Cing Huatdan bertanyakan Yew Seng yang menyertai kumpulan pengganas komunis yang diketuai olehKong Beng. Secara senyap-senyap, Yew Seng pula balik ke rumahnya pada suatu malam danmeminta makanan. Dia berjanji kepada bapanya untuk mencari Poh Eng yang hilang.

    6Selepas pengurus orang putih meninggalkan ladang mereka, orang Jepun pula yang mengambilalih pengurusan ladang. Walaubagaimanapun, orang-orang yang tidak dikenali telah menculik

    pengurus kebun Cangkat Janggus pada suatu malam. Poh Eng pulatelah dibawa lari oleh

    abangnya,Yew Seng pada malam itu juga.Mak Limah telah ditangkap oleh Jepun berikutandengan kehilangan pengurus Jepun di kebun Cangkat Janggus itu.

    7Maniam dan beberapa orang kuli dari kebun Cangkat Janggus pula telah ditangkap oleh Jepundisebabkan oleh kehilangan pengurus Jepun itu. Semasa dalam tahanan, Maniam telah diseksaoleh tentera Jepun. Walau bagaimanapun, dia telah bertemu dengan anaknya sendiri iaituInspektor Ramakrisynan yang bertugas di situ dan membebaskannya. Maniam meminta bantuandaripada anaknya itu, iaitu Inspektor Ramakrisynan supaya membebaskan Mak Limah. CingHuat pula sangat marah apabila mengetahui Seman dan Mak Limah yang menyembunyikanPoh Eng.

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    9/28

    Interlok Tingkatan 5

    9

    8 Keadaan menjadi semakin gawat dan sukar kerana barang- barang keperluan sangat kurang danharganya melambung tinggi. Orang kampung juga semakin susah akibat hasil pertanian merekaterpaksa dijual dengan harga yang murah kepada Jepun dan sekiranya mereka enggan, hasil

    pertanian itu akan dirampas dan tuan punyanya pula akan ditangkap dan dihukum. Kebun-kebun pula sering diserang oleh gerombolan komunis pada waktu malam dan pengurus-pengurusnyayang terdiri daripada orang Jepun itu ditangkap ataupun dibunuh. Lazim turut ditangkap olehJepun kerana menghasut orang kampung supaya jangan menjual padi mereka kepada Jepun.

    9Setelah Jepun tewas, orang Inggeris kembali ke Malaya dan pada masa itu berlaku penentanganterhadap pengganas komunis. Sementara itu, pengganas komunis pula semakin mengganas dan

    bertindak dengan kejam terhadap orang putih dan juga rakyat Malaya. Gerombolan pengganaskomunis telah mengambil alih balai polis dan Inspektor Rama ditangkap kerana bekerjasama

    dengan Jepun. Namun begitu, Yew Seng berjumpa dengan Lazim yang secara kebetulannyaditahan di balai polis itu, dan dia terus membebaskan kawannya itu.

    10Orang Melayu yang diwakili oleh Lazim, Mail Jambul, dan Berahim mengajak orang-orangMelayu agar bersatu padu dan menentang gagasan Malayan Union yang hendak diperkenalkanoleh Inggeris. Kemudian darurat diisytiharkan di seluruh negeri kerana Parti Komunis Malayamelakukan pemberontakan untuk mewujudkan sebuah kerajaan komunis di wilayah-wilayahyang telah dirampas daripada tangan Inggeris. Mereka mengatakan bahawa perkara itudilakukan untuk membebaskan seluruh Malayadaripada penjajahan Inggeris dan untuk mencapai

    matlamat itu, mereka terpaksa melumpuhkan ekonomi negeri ini terlebih dahulu. Oleh sebab itu,mereka terpaksa merosakkan kebun- kebun getahdan kelapa serta menghancurkan lombong-lombong bijih.

    Sementara itu, Yew Seng dan Kong Beng kembali semula ke hutan untuk meneruskan perjuangan. Mereka menyerang kebun-kebun di kawasan itu pada setiap malam dan membunuhorang putih yangmenjadi pengurusnya. Selain itu, mereka terus menyerang dan merosakkan

    pokok-pokok getah serta menghancurkan lombong bijih. Cing Huat pula telah dilantik sebagai pengerusi persatuan orang Cina di pekan kecil tempatnya tinggal itu. Mereka berjuang untuk membersihkan nama orang Cina akibat dakyah pengganas komunis yang sesat itu danmemperjuangkan kebajikan orang-orang Cina. Orang-orang India juga mempunyai pertubuhanyang sama dan memperjuangkan kebajikan kaum mereka. Pertubuhan mereka itu dipimpin olehRaman iaitu seorang guru yang pernah bertugas di kebun Cangkat Lima.

    Suppiah dan dua anggota baharu gerombolan itu menangkapManiam dan dibawa ke dalam hutandi tempat persembunyian gerombolan tersebut pada suatu malam. Ketika Suppiah hendak menembak Maniam, Poh Eng menyelamatkan Maniam dengan menembak Suppiah. Pada masa

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    10/28

    Interlok Tingkatan 5

    1

    itu juga, Inspektor Rama dan pasukan keselamatannya melakukan serangan hendap terhadapgerombolan pengganas komunis itu. Dalam serangan tersebutpasukan keselamatan telah berjayamenewaskan gerombolan pengganas komunis.Yew Seng pula cedera parah di bahagian ataslututnya dan anggota pengganas yang masih hidup telah ditangkap.

    Yew Seng dan Poh Eng sedar dan insaf akan perjuangan mereka yang sia-sia selama ini keranatidak menyangka Kong Beng ialah anggota pengganas komunis yang anti-Inggeris, anti- Jepun,dan antipenjajah. Orang-orang di pekan Simpang Empat pula berasa gembira dan merekahendak menyaksikan perayaan kemerdekaan yang akan berlangsung selama tiga hari dan tigamalam. Mereka semuanya berasa gembira apabila Malaya akan mendapat kemerdekaan. Semandan isterinya Gayah, Yew Seng, Lazim,Mamat Labu, Pak Haji Man, Ah Hock, dan Raman akanmerayakan kemerdekaan negara di Kuala Lumpur. Inspektor Ramakrisynan pula menjemputmereka datang ke rumahnya kerana bapanya hendak berjumpa dengan mereka.

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    11/28

    Interlok Tingkatan 5

    1

    T EM A

    Novel Interlok bertemakan integrasi tiga kaum utama di Malaysia, iaitu Melayu, Cina, dan Indiayang terpaksa melalui pelbagai cabaran untuk hidup bersama-sama dalam sebuah negara yang

    bebas dan bermaruah semasa pendudukan British dan penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

    Pak Musa, Maniam, dan Kim Lock masing-masing hidup dalam dunia yang berasingan sehinggamereka ditemukan dalam situasi yang menyebabkan mereka terpaksa bergantung antara satusama lain.

    Pak Musa terpaksa berhutang dengan Kim Lock untuk membeli harta dan hidup senang tetapi

    tidak sempat melunaskan hutangnya sebelum mati. Akibatnya semua hartanya diambil oleh KimLock menyebabkan anak dan isterinya hidup melarat. Maniam pula membawa diri meninggalkanisterinya yang sarat mengandung akibat difitnah oleh Suppiah, orang kampungnya sendiri. KimLock pula lebih mementingkan harta benda hingga memandang rendah terhadap orang-oranglain di sekelilingnya.Walau bagaimanapun dalam generasi kedua, Seman, anak Pak Musa menyelamatkan Poh Engyang merupakan anak Kim Lock, manakala Poh Eng menyelamatkan Maniam.

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    12/28

    Interlok Tingkatan 5

    1

    PE RSOA L AN

    Kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapanya. Seman amat menyayangi ibunya dan berusaha menjaga ibunya selepas kematian bapanya.

    Seman berasa amat sedih dan turut mengikut ibunya ke bandar apabila Mak Limahditangkap oleh orang Jepun. -Seman berdoa agar ibunya selamat.

    Malini tidak berani melawan cakap bapanya, Perumal yang telah menjaganya sejak kecil.Dia hanya menurut segala perintah bapanya walaupun terpaksa berpisah dengansuaminya, Maniam.

    Inspektor Ramakrisynan berusaha menyelamatkan Maniam yang ditangkap oleh orangJepun setelah mengetahui bahawa Maniam adalah bapanya.

    S ikap suka membantu dalam kalangan masyarakat. Lazim ingin membantu Seman dengan membina sebuah rumah di tanah bapanya dengan bantuan penduduk kampung yang lain juga.

    Musa telah menyelamatkan Maniam ketika diserang setelah diusir dari kampungnya. Maniam membantu Seman mendapatkan pekerjaan di kebun itu memandang bapa Seman

    telah menyelamatkannya dahulu.

    S ikap rajin dan tidak mengenal erti putus asa yang ditunjukkan menjaditunjang kepada kejayaan seseorang

    Sejak merantau ke kota, Kim Lock telah melakukan perbagai pekerjaan. Setelah beberapahari berada di kota, dia akhirnya dapat bekerja sebagai penarik lanca atas bantuan PamanKok Leng. Namun, pekerjaan itu amat memenatkan dan hasilnya juga tidak seberapa.Kim Lock kemudiannya bekerja sebagai kuli mengangkat najis yang lebih terjamin.Seterusnya, Kim Lock berjaya membeli sebuah kedai dan menjalankan perniagaan.Kebijaksanaannya dalam pekerjaan membolehkan dia dan anaknya memperoleh hasilyang lebih banyak dan hidup lebih senang.

    Kemenangan akan berpihak kepada mereka yang berpendirian teguh dan berlaku jujur

    Maniam yang difitnah oleh Suppiah mengenai kisah silamnya terpaksa membawa diri ketempat lain untuk mencari makan. Akhirnya, Raman membongkar kebenarannya danPerumal berasa bersalah terhadap Maniam .

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    13/28

    Interlok Tingkatan 5

    1

    Kepentingan pendidikan dalam kehidupan tanpa mengira bangsa dan agama Musa dan Mak Limah tidak mahu menghantar Seman ke sekolah kerana berpendapat pendidikan di sekolah tidak penting memandangkan mereka sendiri tidak bersekolah.Mereka juga berpendapat bahawa pendidikan hanya penting untuk orang Cina yang perlumenulis dan mengira dalam menjalankan perniagaan.

    Seman berasa sangat rugi kerana tidak bersekolah dan tidak dapat belajar membaca danmenulis sehingga menyebabkan kesukaran kepadanya apabila Cina Panjangmenunjukkan bukti surat hutang kepadanya.

    S trategi yang diatur dalam usaha mendapatkan kebebasan Yew Seng telah menyertai gerombolan yang diketuai oleh Kong Beng demi

    membebaskan kampung mereka daripada tentera Jepun.

    Lazim bersama beberapa orang rakannya telah mengadakan rapat umum untuk menerangkan keadaan politik negara di samping menaikkan semangat mereka untuk mencapai kemerdekaan.

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    14/28

    Interlok Tingkatan 5

    1

    WATAK DAN PE RWATAKAN

    Watak utama - Seman

    Seman berusia 20 tahun dan anak kepada Pak Musa Seman mempunyai bentuk badan seperti ayahnya tetapi kulitnya lebih cerah daripada

    ayahnya. Menurut pandangan ibunya, Mak Limah, Seman mempunyai sifat-sifat spertiayahnya.

    Seorang yang taat akan arahan ibunya Seman mematuhi arahan emaknya agar memanggil dukun semasa keadaan

    ayahnya semakin tenat.

    Seorang yang taat akan ajaran agama Seman tetap bersembahyang walaupun kepalanya diikat dengan sapu tangan

    sahaja bukan kopiah. Seorang yang rajin bekerja

    Seman membantu ibunya membelah kayu untuk kegunaan ibunya. Apabilaayahnya sakit, Seman banyak mengambil alih tugas ayahnya.

    Seorang yang bertanggungjawab Seman bertanggungjawab mencarikan ibunya tempat tinggal yang selamat

    untuk berlindung semasa kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.

    Watak Dan Perwatakan

    Seorang yang berani Seman duduk seorang diri pada waktu malam di bawah pokok rambutan

    berhampiran surau sebelum ke Pekan Simpang Empat. Seorang yang tegas

    Seman bersungguh-sungguh menolak bantuan yang diuruskan oleh Lazimkerana bertentangan dengan prinsipnya.

    Seorang yang berdikari Seman tidak mahu menumpang di rumah Lebai Man kerana mahu berdikari.

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    15/28

    Interlok Tingkatan 5

    1

    Watak Sampingan - Kim Lock

    Kim Lock berhijrah ke negara lain dan gigih untuk mengubah hidup Kim Lock dengan anaknya, Cing Huat yang masih kecil berhijrah dari Tung San

    Cina ke Tanah Melayu untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik.Perjalanan mereka diuruskan oleh Paman Kok Leng.

    Seorang yang gigih berusaha Di Tanah Melayu juga, mereka berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain

    untuk memperbaiki kehidupan mereka. Hasil kegigihannya, Kim Lock berjayamembuka kedai yang menjual pelbagai barangan.

    Tidak mudah putus asa Gagal di satu-satu tempat, tidak mematikan semangat Kim Lock, sebaliknya dia

    berpindah dari satu tempat ke satu tempat sehinggalah dia bertapak kukuh diSimpang Empat sebagai pekedai runcit dan pelbagai barangan lain.

    Seorang yang penyayang Kim Lock sangat menyayangi Cing Huat. Dia sanggup melakukan apa-apa

    sahaja untuk melindungi anak-anak mereka. Ada orang yang mahu membeliCing Huat tetapi dia tidak bersetuju.

    Seorang suami yang tidak setia Apabila sudah dikuasai candu, Kim Lock lupa akan isterinya, malah tidak mahu

    mengambil isterinya untuk di bawa ke Tanah Melayu. Akhirnya dia menjadi penagih Candu yang sukar untuk diubati.

    Watak Sampingan - Cing Huat

    Cing Huat datang ke Tanah Melayu semasa kecil bersama bapanya Kim Lock. Apabila dewasa, dia mempunyai perawakan yang tinggi. Dalam kalangan orang

    Melayu dia dipanggil Panjang. Semasa usianya 17 tahun dia sudah mampu mengendalikan kedai ayahnya. Dia berkahwin dengan Tua Tao, anak tiri Kim Sui dan dikurniakan empat orang anak,

    iaitu Yew Hock, Yew Seng, Poh Eng, dan Poh Kheng. Sejak kecil Cing Huat digambarkan sebagai anak yang cergas dan rajin.

    Hal ini digambarkan semasa di Singapura, Cing Huat bekerja di kedai runcit. Seorang yang menghormati dan taat akan ayahnya

    Cing Huat tetap menghormati ayahnya walaupun ayahnya menjadi penagihcandu. Dia amat memahami kesusahan yang dialami oleh ayahnya sebelum itu.

    Cing Huat tidak membantah apabila ayahnya bercadang mengahwinkannyadengan anak tiri Kim Sui, iaitu Lim Tua Tao.

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    16/28

    Interlok Tingkatan 5

    1

    Dia berpeluang untuk membuka kedai di tempat lain, tetapi sifat taatnya sebagaianak menyebabkan dia tetap berada di kedai tersebut.

    Seorang yang penyayang Cing Huat sanggup balik ke Cina untuk mengambil ibunya yang masih berada

    di Cina tetapi tidak berkesempatan kerana ibunya telah meninggal dunia. Seorang yang sabar Keputusan bapanya membawa Mei Hwa balik tidak dipersetujui oleh Cing Huat

    tetapi dia tidak melawan kerana dia takut akan bapanya. Walaupun diperlakukanoleh Mei Hwa seperti orang gaji dia tetap bersabar

    Seorang yang mempunyai kesungguhan yang tinggi / semangat yang tinggi Walaupun baru berusia 17 tahun, dia sudah dipertanggungjawabkan menjaga

    kedai. Dia juga dikatakan mewarisi sifat ini daripada ayahnya. (halaman 176) Seorang yang berani bersaing

    Cing Huat yang dikatakan mewarisi sifat bapanya yang tidak tahu letih dankalah tidak mahu bergantung pada orang lain dan tidak takut menghadapi

    persaingan dengan orang lain. (halaman 176). Dia dikatakan berani mengisikedainya itu dengan pelbagai barang. Dengan cara ini pelanggan akan datang kekedainya untuk membeli barang yang tidak ada di kedai lain.

    Seorang yang mementingkan pelajaran Anak-anaknya bersekolah dan terlibat dalam perbincangan untuk mendirikan

    sekolah di situ. Seorang yang suka menderma

    Cing Huat sangat setuju jika didirikan sekolah untuk anak-anak kaum Cina agar mereka tidak melupakan asal-usul mereka.

    Seorang yang mementingkan keuntungan / mementingkan diri Cing Huat sanggup meminjamkan wang kepada Pak Musa dengan cagaran

    tanah. Jika gagal membayar hutang tersebut, tanah Pak Musa akan dirampasoleh Cing Huat atau Cina Panjang.

    Bersikap Prejudis Cing Huat tidak membenarkan anaknya Yew Seng berkawan dengan orang

    Melayu, khususnya Lazim kerana pada sangkaannya mereka akan menjadimalas seperti orang Melayu.

    Melebih-lebihkan anak lelaki Cara berfikir Cing Huat masih terpengaruh dengan ayahnya yang tidak

    menghargai kelahiran anak perempuan. Akhirnya Cing Huat sedar akankesilapannya apabila dia sanggup bekerjasama dengan orang Melayu dan India.

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    17/28

    Interlok Tingkatan 5

    1

    Watak Sampingan - Maniam

    Maniam datang dari Kerala, India. Dia tidak membawa isterinya. Seorang yang mengenang budi

    Maniam berusaha mendapatkan kerja untuk Seman kerana Musa, ayah Seman, pernah membantunya semasa dia dipukul oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali.

    Seorang yang peramah Maniam berbual-bual dengan penumpang lain di dalam kapal semasa dalam

    pelayaran ke Pulau Pinang. Seorang yang bertanggungjawab

    Maniam mengirim wang kepada isterinya di India melalui Pillay. Seorang yang setia

    Maniam tidak berkahwin setelah meninggalkan isterinya, Malini. Seorang yang penyayang

    Tidak membenarkan isterinya membuat kerja rumah ketika isterinya saratmengandung kerana amat sayang akan isterinya.

    Watak Sampingan - Pak Musa

    Seorang yang tidak berpandangan jauh / tidak mementingkan pendidikan anak-anak. Pak Musa tidak membenarkan anaknya pergi sekolah untuk belajar. Bermacam-

    macam cara dilakukan untuk mengelakkan anaknya, Seman daripada ke sekolah. Seorang yang pandai menyimpan rahsia

    Pak Musa tidak memberitahu isterinya yang dia telah menjual tanah danmenggadaikan tanah rumahnya.

    Seorang yang suka berhutang Pak Musa membeli barangan dapur secara berhutang di kedai Cina Panjang.

    Seorang yang suka menolong orang Pak Musa menolong Maniam yang cedera walaupun mereka berlainan bangsa.

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    18/28

    Interlok Tingkatan 5

    1

    BINAAN PL OT

    Bersifat kronologi peristiwa-peristiwa berkembang mengikut urutan waktu. Pembaca dapatmengikuti cerita dengan mudah kerana peristiwa-peristiwa disusun mengikut urutan waktu

    bermula dari kisah Seman, penduduk asal Tanah Melayu, kisah penghijrahan Kim Lock dananaknya, Cing Huat (Cina Panjang), serta kisah perhijrahan Maniam ke Tanah Melayu.Setiap kisah dari Buku 1 hingga Buku 3 mempunyai kaitan yang amat menarik dan akhirnyaketiga-tiga watak ini bertaut dalam Buku 4 (Interlok).Setiap cerita dan konflik dalam Buku 1 hingga Buku 3 mempunyai hubung kait yang amat rapatdengan hukum sebab dan akibat dalam sesebuah cerita.

    Permulaan Seman sedang memotong kayu sambil diperhatikan oleh ibunyaAyah Seman sakit

    (ii) Perkembangan

    y Buku 1 Ayah Seman sakit dan meninggalkan pesanan agar membawa ibunya keluar darikampung Nyiur Condong tanpa memberi sebarang alasan menimbulkan konflik dalamdiri Seman.Seman berhutang mengambil barang-barang runcit dari kedai Cina Panjang.Ayah Seman meninggal dunia.Setelah 27 hari kematian Pak Musa, Cina Panjang menemui Seman untuk memaklumkan

    bahawa Pak Seman berhutang hampir sepuluh ribu ringgit untuk membeli tanah dan padamasa yang sama menggadaikan tanah yang dibeli kepada Cina Panjang.Seman menyangka ayahnya menyimpan wang lima ribu yang dipinjam daripada CinaPanjang di rumah.Seman membawa ibunya keluar dari kampung kerana tanah itu bukan miliknya lagi.

    y Buku 2 Penduduk Tung San menghadapi masalah serangan belalang di sawah mereka. (konflik alam)Melalui Paman Kok Leong, Kim Lock bersama-sama dengan anaknya Cing Huat dan

    beberapa orang pemuda berhijrah ke Singapura.Di Singapura Kim Lock melakukan kerja-kerja seperti menarik lanca dan tukang angkatnajis.

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    19/28

    Interlok Tingkatan 5

    1

    Lepas itu dia dan anak ke Muar, Melaka, dan akhirnya ke Simpang Empat, Cangkat Limadan berniaga di situ (Pulau Pinang). Perniagaannya semakin maju.Kim Lock berkenalan dengan Mei Hwa yang memang menghisap candu.

    Kim Lock mula berubah jadi penghisap candu yang tegar.Isterinya di Tung San, China meninggal dunia. Anak Kim Lock, Cing Huat berkahwindengan Tua Tao dan mereka dikurniakan empat orang anak.Kim Hock meninggal dunia diikuti dengan Mei Hwa.Sebuah sekolah untuk anak-anak kaum Cina ditubuhkan. Salah seorang anak Cing Huat ,Yew Seng rapat dengan orang Melayu dan tidak disenangi oleh ayahnya.Yew Seng keluar dari rumah akibat berselisih faham dengan ayahnya, Cing Huat.

    y Buku Tiga Keluarga Maniam Penduduk India, antaranya Maniam berusia 30 tahun berhijrah dari Kerala, India keTanah Melayu dengan diuruskan oleh Kangani (wakil yang mencari buruh untuk kebun)Dari Pulau Pinang ke seberang Bagan Tuan Kecil.Maniam menghantar wang kepada isterinya di India melalui Pillay tetapi tidak pernahsampai kepada isterinya.Isteri Maniam terpaksa mengikut Pillay kerana desakan hidup.Maniam kecewa lalu berpindah ke Cangkat Lima dan bekerja di kebun kelapa.Maniam berkahwin dengan Malini, anak Perumal.Konflik timbul lagi dengan kehadiran Suppiah, orang kampungnya ke Cangkat Lima.Suppiah menyebarkan cerita yang Maniam telah meninggalkan isterinya di India dan

    hidup isterinya melarat.Maniam mula berkonflik dengan bapa mentua dan masyarakat di situ.Maniam dihalau dari kampung.Maniam dipukul dalam perjalanan keluar dari Cangkat Lima tetapi dibantu oleh Pak Musa, ayah Seman.Raman, seorang guru sekolah dari kampung Maniam di India menceritakan sejarah hidupSuppiah di India kepada Perumal.Perumal kesal dengan tindakannya.

    y Buku Empat Interlok Maniam mendapatkan kerja untuk Seman di tempat kerjanya.Yew Seng lari dari rumah.Seman kahwin dengan Gayah, anak Mat Ranggi.Jepun menyerang tanah Melayu.Poh Eng lari semasa kedai bapanya dirempuh.Yew Seng jumpa adiknya dan menyertai kumpulan gerila.

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    20/28

    Interlok Tingkatan 5

    2

    Maniam ditangkap dan diseksa Jepun. Maniam bertemu dengan anaknya semula.Jepun menyerah kalah.Orang Melayu menentang Malayan Union.Orang Cina dan India menyertai orang Melayu menentang komunis.

    Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

    (iv) Konflik Ayah Seman sakit dan meninggalkan pesanan agar membawa ibunya keluar dari kampung Nyiur Condong tanpa memberi sebarang alasan menimbulkan konflik dalam diri Seman.Seman berhutang mengambil barang-barang runcit dari kedai Cina Panjang.Konflik Seman dengan Cina Panjang - Pak Seman berhutang hampir sepuluh ribu ringgit untuk membeli tanah dan pada masa yang sama menggadaikan tanah yang dibeli kepada Cina Panjang.Seman membawa ibunya keluar dari kampung kerana tanah itu bukan miliknya lagi.Konflik manusia dengan alam - Penduduk Tung San di Cina menghadapi masalah serangan

    belalang di sawah mereka.Konflik Kim Lock untuk mendapatkan kerja di Singapura. Dia sanggup melakukan pelbagaikerja.Konflik Cing Huat dan ayahnya Kim Lock yang mula menghisap candu apabila berkenalandengan Mei Hwa.Konflik Cing Huat dengan salah seorang anaknya, Yew Seng kerana Yew Seng rapat denganorang Melayu.Yew Seng keluar dari rumah akibat berselisih faham dengan ayahnya, Kim Lock.Konflik Cing Huat (Cina panjang) dengan orang Melayu.

    Masalah kemiskinan penduduk India telah membawa mereka ke Tanah Melayu antaranyaManiam berusia 30 tahun berhijrah dari Kerala, India.Konflik Maniam dengan Pillay yang tidak amanah kerana tidak menyerahkan wang kepadaisterinya dan menyebabkan isterinya menderita dan akhirnya mengikut Pillay.Maniam kecewa lalu berpindah ke Cangkat Lima dan bekerja di kebun kelapa.Perkahwinan kali kedua bagi Maniam akhirnya menimbulkan konflik kerana kesilapannya tidak memaklumkan sejarah hidupnya kepada bapa mentuanya, Perumal.Kehadiran Suppiah, orang kampungnya ke Cangkat Lima menimbulkan konflik kerana Suppiahmenyebarkan cerita yang Maniam telah meninggalkan isterinya di India dan hidup isterinya

    melarat.Maniam mula berkonflik dengan bapa mentua dan masyarakat.Maniam dihalau dari kampung.Manim dipukul dalam perjalanan keluar dari Cangkat Lima tetapi dibantu oleh Pak Musa, ayahSeman.Konflik Yew Seng dengan ayahnya menyebabkan Yew Seng lari dari rumah.Jepun menyerang Tanah Melayu.

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    21/28

    Interlok Tingkatan 5

    2

    Kedai Cing Huat (Cina Panjang) dirompak.Poh Eng lari semasa kedai bapanya dirompak.

    Yew Seng dapat berjumpa dengan adiknya dan adiknya diajak menyertai kumpulan gerilamenentang Jepun.

    Maniam ditangkap dan diseksa Jepun.Jepun menyerah kalah.Orang Melayu menentang Malayan Union.Orang Cina dan India menyertai orang Melayu menentang komunis.

    (v) Klimaks Peristiwa anak Maniam, Inspektor Ramakrisynan menyerang sarang komunis danmenyelamatkan Yew Seng serta Poh Eng yang sudah mula meragui perjuangan komunis.

    (vi) Peleraian Tertubuhnya kesatuan yang mewakili 3 kaum terbesar di Tanah Melayu, Melayu, Cina, danIndia.Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    22/28

    Interlok Tingkatan 5

    2

    GAYA BAHASA

    Sinkof penggunaan singkatan kata Sebab tak puaslah aku pandang. Kalau dah puas, takkan aku nak pandang lagi?

    (m/s 3)

    Simile perumpamaan atau sesuatu perbandingan menggunakan kata seperti, bagai,umpama dan macam Ibunya datang senyap-senyap bagai pencuri. (m/s 12) Bapanya itu ringan macam seberkas jerami padi. (m/s 31)

    Simpulan bahasa Lebai Man tersenyum simpul geli hati. (m/s 43) Dia mahu menyimpan wang hasil titik peluhnya yang pertama di negeri asing ini

    sebagai azimat. (m/s 132)

    Kim Lock berasa besar hati. (m/s 136)

    Hiperbola gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan Hatinya sendiri sudah hancur lebur. (m/s 68) Darah memercik keluar dari jantungnya. (m/s 135) Kim Lock terasa kata-kata itu bagai menggigit hulu jantungnya. (m/s 135)

    Personafikasi pemberian sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan atau peristiwa Alam mulai hidup. (m/s 48) Paman Kok Leng mengangguk-anggukkan kepalanya yang bulan itu dan tocangnya

    melambai-lambai macam ekor kuda. (m/s 110) .melihat kota yang sedang bermandikan cahaya lampu. (m/s 123)

    Bahasa Inggeris Makan lu tak usah gaduh, semua free. (m/s 144)

    Dialek Cina Tapi gua pikih lu sulah tau. Mapa lu ata manyak hutang sama gua. Lia ata ngalai itu

    tanah kebun di kuala, tanah kampung tempat lu luluk sikalang, itu tanah sawah juga. (m/s 55)

    Repitisi pengulangan kata pada baris yang sama bagi menunjukkan penegasan yangdikehendaki

    Pengulangan pengulangan kata, ungkapan,baris atau rangkap Tetapi suaminya hanya mengatakan tanah itu mereka yang punya, lembu itu mereka

    yang punya, kampung ini mereka yang punya, dan rumah ini rumah mereka. (m/s 69) Pekikan yang serupa itu selalu benar mereka dengar. Pekikan yang memberikan tanda

    bahawa sesuatu malapetaka sedang menimpa desa mereka. (m/s 102)

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    23/28

    Interlok Tingkatan 5

    2

    T E KNIK PE NC E RITAAN

    Teknik Pemerian Banyak unsur pemerian dalam novel Interlok.

    Pemerian tentang perlakuan Mak Limah yang sedang memerhatikan anaknya,Seman yang sedang membelah kayu. Dia membanadingkan anaknya dengansuaminya semasa muda-muda dulu.

    Teknik dialog Berbanding dengan pemerian, penggunaan dialog tidak banyak

    Dialognya pendek-pendek dan bergerak pantas sesuai dengan suasana

    penyatuan kaum, konflik antara watak, dan zaman penjajahan JepunContohnya, dialog antara Mamat Labu dengan Seman.

    Orang-orang Cina tentu ditangkap oleh Jepun, ujar Mamat Labu lagi.Mata Seman bersinar-sinar. Betulkah mereka akan ditangkap oleh Jepun,Mamat? Hei, bukankah mereka itu musuh? jawab Mamat denganmembelalakkan matanya.

    Teknik Monolog Dalaman Seman kagum dengan kehebatan Pak Utih, dukun yang mengubat ayahnya.

    Contoh: ..Seman kagum melihat kekuatan hikmat dukun itu membukamata bapanya yang sedang pejam. Memang benar dia dukun besar, katahatinya

    Teknik Imbas kembali Apabila melihat anaknya, Seman bekerja, Mak Limah teringat akan suaminya

    semasa muda-muda dahulu seperti anaknya.

    Teknik Imbas Muka Ada yang membuang muka. Dia berasa bahawa masa buruk baginya

    sudah tiba. Di atas kepalanya kini ternampak segumpal awan hitam.Sebentar lagi hujan lebat akan turun. Dia akan basah kuyup.

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    24/28

    Interlok Tingkatan 5

    2

    Teknik Suspens Kebimbangan Seman tentang kemungkinan harta milik bapanya adalah

    milik orang lain kerana bapanya tidak sempat memberitahunya suatu perkara ..

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    25/28

    Interlok Tingkatan 5

    2

    L ATAR

    Latar Masa

    Z aman sebelum kedatangan JepunManiam dari India belayar ke Pulau Pinang untuk mencari pekerjaan bagi mengubahkehidupan keluarganya.

    Z aman pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941)Rakyat Tanah Melayu merasai keperitan hidup kerana sukar mendapatkan makanansemasa Jepun memerintah Tanah Melayu.

    21 tahunManiam teringat akan anaknya walaupun sudah 21 tahun dia berpisah dengan Malini dantidak pernah melihat anaknya.

    Waktu malamSeman memanggil Pak Utih untuk mengubatkan bapanya yang batuk teruk.

    7.00 pagiOrang-orang Cina yang menaiki tongkang untuk ke Rantau Selatan diberi makan bubur dan lobak masin

    Latar Tempat

    + Kampung Nyiur CondongPak Musa dan keluarganya tinggal di kampung Nyiur Condong.

    + SingapuraKim Lock bekerja sebagai penarik lanca di Singapura untuk menampung kehidupannya.

    + LukutKim Lock dan Cing Huat bekerja di lombong bijih timah di Lukut.

    + Pelabuhan Pulau PinangManiam menjadi kuli mengangkat barang di Pelabuhan Pulau Pinang.

    + Di rumah PerumalMalini menjalani pelbagai upacara penyucian diri sebelum dikahwinkan dengan Maniam.

    + Rumah kuli ladang getahManiam membenarkan Seman meninggalkan ibunya, Mak Limah, dan Poh Eng di situuntuk berlindung daraipada tentera Jepun.

    + Pekan Simpang EmpatKim Lock memulakan perniagaan keluarganya di Pekan Simpang Empat

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    26/28

    Interlok Tingkatan 5

    2

    Latar Masyarakat

    Masyarakat yang suka berhutang.Pak Musa berbelanja di kedai Cina Panjang secara hutang sehingga sukar untuk melunaskannya.

    Masyarakat yang gigih bekerjaKim Lock gigih berusaha melakukan pelbagai pekerjaan untuk mengumpul wang semasa

    berada di Singapura. Masyarakat yang suka menolong orang

    Musa menyelamatkan Maniam yang cedera dipukul orang walaupun mereka berlainan bangsa.

    Masyarakat yang mengenang jasaPoh Eng berusaha berjumpa dengan Mak Limah yang telah menjaganya dengan baik semasa pendudukan Jepun bagi mengenang jasa Mak Limah.

    Masyarakat yang setia kepada suamiMalini sangat setia dan sentiasa merindui Maniam walaupun suaminya telahmeninggalkannya.

    Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan anak-anak Pak Musa tidak membenarkan anaknya pergi sekolah untuk belajar. Bermacam-macamcara dilakukan untuk mengelakkan anaknya, Seman daripada ke sekolah.

    Masyarakat yang mudah percaya akan khabar anginPerumal dan orang-orang kampung mudah percaya dengan kata-kata Suppiah tentangManiam.

    Masyarakat Jepun yang zalim dan kejamKedatangan Jepun ke Tanah Melayu menyusahkan semua orang dengan kezaimanmereka.

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    27/28

    Interlok Tingkatan 5

    2

    NIL AI M URNI

    Nilai mengenang budi Maniam berusaha mendapatkan kerja untuk Seman kerana Musa, ayah Seman, pernahmembantunya semasa dia dipukul oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali.

    Nilai bertanggungjawab Maniam mengirim wang kepada isterinya di India melalui Pillay.

    Nilai kesetiaan Maniam tidak berkahwin lagi setelah meninggalkan isterinya, Malini.

    Nilai kasih sayang Tidak membenarkan isterinya membuat kerja rumah ketika isterinya sarat mengandungkerana amat sayang akan isterinya.Kim Lock sangat menyayangi Ching Huat. Dia sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melindungi anak-anak mereka. Ada orang yang mahu membeli Cing Huat tetapi dia tidak

    bersetuju.

    Nilai kegigihan Di Tanah Melayu, Kim Lock sekeluarga berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lainuntuk memperbaiki kehidupan mereka. Hasil kegigihannya, Kim Lock berjaya membukakedai yang menjual pelbagai barangan.

    Nilai tidak mudah putus asa Gagal di satu-satu tempat, tidak mematikan semangat Kim Lock, sebaliknya dia

    berpindah dari satu tempat ke satu tempat sehinggalah dia bertapak kukuh di SimpangEmpat sebagai pekedai runcit dan pelbagai barangan lain.

    Nilai Cinta akan tanah air Cing Huat berusaha dengan cara sendiri untuk membina sekolah di kawasan tempattinggal mereka bagi memastikan anak-anak kaum Cina tidak lupa akan asal-usul dan

    bahasa ibunda mereka.

    Nilai prihatin

    Cing Huat berusaha dengan cara sendiri untuk membina sekolah di kawasan tempattinggal mereka bagi memastikan anak-anak kaum Cina tidak lupa akan asal-usul dan

    bahasa ibunda mereka .

  • 8/3/2019 Novel Interlok SEMTEG

    28/28

    Interlok Tingkatan 5

    PE NGAJARAN

    Kita hendaklah mengenang jasa orang yang pernah membantu kita semasa kitamenghadapi masalah.Maniam berusaha mendapatkan kerja untuk Seman kerana Musa, ayah Seman, pernahmembantunya semasa dia dipukul oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali.

    Kita hendaklah adil dalam mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak sebagai ibubapa.Maniam tidak membenarkan isterinya membuat kerja rumah ketika isterinya saratmengandung kerana amat sayang akan isterinya.Kim Lock sangat menyayangi Cing Huat. Dia sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melindungi anak-anak mereka. Ada orang yang mahu membeli Cing Huat tetapi dia tidak

    bersetuju.

    Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup.Di Tanah Melayu, orang Cina dan India berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk memperbaiki kehidupan mereka. Contohnya, hasil kegigihannya, Kim Lock berjayamembuka kedai yang menjual pelbagai barangan.

    Kita tidak seharusnya mudah putus asa terhadap sebarang kegagalan. Gagal di satu-satu tempat, tidak mematikan semangat Kim Lock, sebaliknya dia berpindah

    dari satu tempat ke satu tempat sehinggalah dia bertapak kukuh di Simpang Empat sebagai pekedai runcit dan menjual pelbagai barangan lain.

    Kita hendaklah mencintai tanah air sendiri.Cing Huat berusaha dengan cara sendiri untuk membina sekolah di kawasan tempat tinggalmereka bagi memastikan anak-anak kaum Cina tidak lupa akan asal-usul dan bahasa ibundamereka.Kaum India yang diwakili oleh Cikgu Raman juga mendirikan sekolah Tamil agar anak-anak India tidak lupa akan asal-usulnya.

    Kita hendaklah berusaha dalam membangunkan bangsa yang berpatriotik.Cing Huat berusaha dengan cara sendiri untuk membina sekolah di kawasan tempat tinggal

    mereka bagi memastikan anak-anak kaum Cina tidak lupa akan asal-usul dan bahasa ibundamereka.