10
NOVEL ‘Konserto Terakhir ’ Tema : - Ketabahan menghadapi cabaran dalam kehidupan hingga dapat mengecapi kejayaan yang gemilang - Contohnya , Hilmi yang dihina oleh keluarganya sendiri dan gagal dalam percintaan telah berusaha untuk mengangkat darjat dirinya menjadi seniman tanah air yang terkenal. - Hilmi dihina oleh keluarganya sendiri,iaitu Datuk Johari dan Datin Salmah yang menganggapnya sebagai tukang kebun. Hilmi diperlakukan seperti kuli ,dimarahi ,tidak diberi makan dan seterusnya disingkirkan dari rumah Datuk Johari. Hilmi menerima pahit getir ini dengan hati yang tabah. - Hilmi gagal dalam percintaan dengan Hayati dan kehidupan berumah tangga dengan Azizah. Hilmi hidup menderita kerana Datin Salmah berusaha memisahkan Hilmi daripada Hayati. Azizah pula meninggalkan Hilmi hingga makan minum Hilmi tidak terurus lagi. Persoalan : Sikap mementingkan pangkat dan kedudukan - Datin Salmah memandang hina kepada orang kampung yang miskin. - Hilmi tidak diterima sebagai anak saudara suaminya kerana Hilmi adalah orang kampung yang miskin dan tidak berpelajaran. Keikhlasan dalam memberikan pertolongan tanpa mengharapkan balasan - Encik Bakar menerima kehadiran Hilmi di rumahnya dengan gembira dan penuh kasih sayang.

NOVEL Konserto Terakhir

Embed Size (px)

Citation preview

NOVEL ‘Konserto Terakhir ’Tema :

- Ketabahan menghadapi cabaran dalam kehidupan hingga dapat mengecapi kejayaan yang gemilang

- Contohnya , Hilmi yang dihina oleh keluarganya sendiri dan gagal dalam percintaan telah berusaha untuk mengangkat darjat dirinya menjadi seniman tanah air yang terkenal.

- Hilmi dihina oleh keluarganya sendiri,iaitu Datuk Johari dan Datin Salmah yang menganggapnya sebagai tukang kebun. Hilmi diperlakukan seperti kuli ,dimarahi ,tidak diberi makan dan seterusnya disingkirkan dari rumah Datuk Johari. Hilmi menerima pahit getir ini dengan hati yang tabah.

- Hilmi gagal dalam percintaan dengan Hayati dan kehidupan berumah tangga dengan Azizah. Hilmi hidup menderita kerana Datin Salmah berusaha memisahkan Hilmi daripada Hayati. Azizah pula meninggalkan Hilmi hingga makan minum Hilmi tidak terurus lagi.

Persoalan :

Sikap mementingkan pangkat dan kedudukan - Datin Salmah memandang hina kepada orang kampung yang miskin.- Hilmi tidak diterima sebagai anak saudara suaminya kerana Hilmi adalah

orang kampung yang miskin dan tidak berpelajaran. Keikhlasan dalam memberikan pertolongan tanpa mengharapkan balasan

- Encik Bakar menerima kehadiran Hilmi di rumahnya dengan gembira dan penuh kasih sayang.

- Dia tidak memandang hina kepada Hilmi walaupun Hilmi miskin dan bekerja sebagai tukang kebun.

- Dia tidak terpengaruh oleh anaknya , Azizah yang memandang rendah kepada Hilmi.

- Encik Bakar mengajar Hilmi tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Kesanggupan berkorban demi kebahagiaan orang lain

- Hayati sanggup mengorbankan cintanya demi kebahagiaan dengan Mohsin.

- Perkahwinannya dengan Mohsin adalah atas kehendak Datuk Johari dan Datin Salmah.

- Datuk Johari yakin bahawa masa depan anaknya cerah apabila berkahwin dengan Mohsin.

Watak Utama dan Perwatakannya :

Hilmi –

Pemuda kampung yang miskin , remaja yang sentiasa gigih berusaha dan tabah dalam menghadapi cabaran.

- Dia belajar dengan Encik Bakar dengan bersungguh-sungguh.- Dia tabah juga menerima cemuhan mak ciknya semasa tinggal bersama

dengan mereka. Seorang remaja yang berjimat cermat.

- Hilmi suka menabung.- Contohnya, gajinya semasa bekerja di stesen minyak hanya diambil sedikit

untuk keperluannya ,bakinya disimpan oleh tauke stesen minyak. Seorang lelaki yang rajin.

- Hilmi bekerja di kebun bapa saudaranya , Datuk Johari.- Dia cari ulat yang makan daun pokok yang ditanam.- Pelajar muzik yang sangat rajin.Tiap-tiap Hilmi pergi ke rumah Encik

Bakar untuk memain piano.

Watak Sampingan dan Perwatakannya :

Hayati –

Seorang penyayang - Dia sayang akan Hilmi dan dalam diam-diam jatuh cinta kepada Hilmi.- Dia belas kasihan kepada Hilmi yang didera oleh ibunya. Dia menyuruh

Hilmi makan walaupun ibunya melarang Hilmi makan. taat kepada perintah ibu bapa

- Julia menaat kepada kehendak ibu bapanya.- Contohnya, Hayati sanggup mengorbankan cintanya demi kebahagiaan

dengan Mohsin.- Perkahwinannya dengan Mohsin adalah atas kehendak Datuk Johari dan

Datin Salmah. Taat kepada perintah suami

- Dia mengaku akan rasa cintanya tetap pada Hilmi walaupun berkahwin dengan Mohsin.

- Dia meminta izin daripada suaminya lebih dahulu sebelum berjumpa dengan Hilmi.

Binaan Plot

Permulaan:

Hayati sedang bermain piano. Hilmi datang dari kampungnya di Kedah ke Kuala Lumpur. Datuk Johari membantu Hilmi mencari kerja. Datin Salmah tidak senang dengan kehadiran Hilmi.

Perkembangan:

Keluarga Datuk Johari bercuti di London. Datin Salmah semakin membenci Hilmi. Hayati mula rapat dan menyayangi Hilmi.

Perumitan / Konflik :

Setelah Hilmi meninggalkan rumah Datuk Johari Hayati berkahwin dengan Mohsin lalu mengikutnya ke England tetapi

hubungannya dengan Hilmi diteruskan melalui surat-menyurat. Hilmi banyak menempa kejayaan dalam bidang muzik. Hilmi tiba-tiba sakit dan dimasukkan ke hospital. Datuk Johari dan Datin Salmah menyesal terhadap tindakan mereka terhadap

Hilmi.

Klimaks :

Datuk Johari cemas ketika berbual dengan Pak Karim kepada bimbang rahsia layannya terhadap Hilmi akan bocor.

Pak Karim menceritakan rahsia yang telah lama disimpannya. Hilmi merupakan anak kandung Datuk Johari. Datuk Johari sangat terkejut lalu menangis teresak-esak .Datin Salmah turut

menangis

Peleraian :

Datuk Johari dan Datin Salmah benar-benar insaf. Mereka pulang ke rumah selepas pembedahan Hilmi berjaya. Datuk Johari meninggal dunia selepas dia menerima berita kematian Hilmi.

Teknik Plot

Teknik Pemerian

Pengarang menceritakan sesuatu perkara secara terperinci. Contohnya , Apakan yang akan berlaku kepada Hilmi kerana perbuatannya yang

merosakkan piano Hayati ?

Teknik kejutan

Pengarang menimbulkan perasaan terkejut dalam kalangan pembaca. Contohnya,pengakuan Pak Karim bahawa Hilmi sebenarnya ialah anak Datuk

Johari. Kematian Datuk Johari secara mengejut setelah diberitahu berita kematian Hilmi.

Teknik dialog

Teknik dialog dianggap sebagai perbualan antara dua atau lebih antara watak Contohnya, “saya mesti pulang sembayang . Bunga-Bunga saya juga belum lagi

saya siram”

Latar Tempat

Di rumah Datuk Johari - Hilmi sebagai tukang kebun- Hilmi bermain piano Hayati.- Kematian Datuk Johari.

Di rumah Encik Bakar - Tempat Hilmi belajar alat-alat muzik dan menggubah lagu.- Hilmi berhubung dengan watak Azizah , anak Encik Bakar.

Di Hospital Besar - Hilmi terlantar sakit dan meninggal dunia.- Datuk Johari sekeluarga bertemu dengan Pak Karim dan keluarga Azizah.- Datuk Johari dan Datin Salmah insaf setelah mengetahui bahawa Hilmi

sebenarnya ialah anak kandung Datuk Johari.

Latar Masa

Masyarakat yang belum membangun - Berlakunya penghijrahan ke bandar untuk mencari pekerjaan

Pada waktu siang dan malam - IHilmi tiba di rumah Datuk Johari pada waktu siang manakala pertunjukan

Orkes Perdana berlangsungnya pada waktu malam.

Latar Masyarakat

Masyarakat yang bersikap mementingkan pangkat dan kedudukan - Datin Salmah memandang hina kepada orang kampung yang miskin.- Hilmi tidak diterima sebagai anak saudara suaminya kerana Hilmi adalah

orang kampung yang miskin dan tidak berpelajaran. Masyarakat yang memberikan pertolongan tanpa mengharapkan balasan

- Encik Bakar menerima kehadiran Hilmi di rumahnya dengan gembira dan penuh kasih sayang.

- Dia tidak memandang hina kepada Hilmi walaupun Hilmi miskin dan bekerja sebagai tukang kebun.

- Dia tidak terpengaruh oleh anaknya , Azizah yang memandang rendah kepada Hilmi.

- Encik Bakar mengajar Hilmi tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Masyarakat yang sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain - Hayati sanggup mengorbankan cintanya demi kebahagiaan dengan

Mohsin.- Perkahwinannya dengan Mohsin adalah atas kehendak Datuk Johari dan

Datin Salmah.- Datuk Johari yakin bahawa masa depan anaknya cerah apabila berkahwin

dengan Mohsin.

Nilai

Nilai kasih sayang - Hilmi sayang akan Hayati. Hilmi berasa cemburu apabila melihat Hayati

berjalan dengan Mohsin.- Encik Bakar sayang akan Hilmi kerana Hilmi merupakan pemuda yang

bersopan santun dan jujur. Nilai ikhlas dan jujur

- Tauke stesen minyak mempercayai Hilmi kerana Hilmi pekerja yang jujur.- Encik Bakar mengajar Hilmi dengan hati yang ikhlas dan tanpa

mengharapkan apa-apa balasan Nilai sanggup berkorban

- Hayati sanggup mengorbankan cintanya demi kebahagiaan dengan Mohsin.

- Perkahwinannya dengan Mohsin adalah atas kehendak Datuk Johari dan Datin Salmah..

Pengajaran

Jangan mementingkan pangkat dan kedudukan - Datin Salmah memandang hina kepada orang kampung yang miskin.- Hilmi tidak diterima sebagai anak saudara suaminya kerana Hilmi adalah

orang kampung yang miskin dan tidak berpelajaran. Kita haruslah mengamalkan kasih sayang

- Hilmi sayang akan Hayati. Hilmi berasa cemburu apabila melihat Hayati berjalan dengan Mohsin.

- Encik Bakar sayang akan Hilmi kerana Hilmi merupakan pemuda yang bersopan santun dan jujur.

Kita perlu bersikap sanggup berkorban - Hayati sanggup mengorbankan cintanya demi kebahagiaan dengan

Mohsin.- Perkahwinannya dengan Mohsin adalah atas kehendak Datuk Johari dan

Datin Salmah..

SOALAN & JAWAPAN :

No. 1

Huraikan peristiwa yang dianggap kemuncak dalam novel yang anda dipelajari . Mengapakah peristiwa tersebut dianggap sebagai kemuncak?

No. 2

Jelaskan dua peristiwa yang menarik yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji.