objektif kualiti print - Universiti Teknologi MARA pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda mendapat

objektif kualiti print - Universiti Teknologi MARA pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda mendapat

  • View
    23

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of objektif kualiti print - Universiti Teknologi MARA pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda...

  • OBJEKTIF KUALITI UiTM MELAKA

    1. Memastikan sekurang-kurangnya 90% daripada bilangan pelajar sepenuh masa peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bergraduat dalam tempoh yang ditetapkan setiap semester.

    2. Mencapai kecemerlangan akademik dengan memastikan sekurang-

    kurangnya 20% daripada bilangan pelajar sepenuh masa peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda mendapat Anugerah Dekan dan Anugerah Naib Canselor setiap semester.

    3. Mencapai sekurang-kurangnya 15% daripada bilangan pelajar

    sepenuh masa peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang bergraduat mengikut tempoh pengajian dengan HPNG(CGPA) sekurang-kurangnya 3.50 pada setiap semester.

    4. Meningkatkan jumlah tenaga pengajar dengan kelayakan PhD /

    Profesional sekurang-kurangnya 70 orang pada 2020. 5. Meningkatkan kesarjanaan dengan :

    i. Memastikan sekurang-kurangnya 10 penerbitan berindeks dihasilkan setiap tahun.

    ii. Memastikan sekurang-kurangnya 2 geran penyelidikan diperolehi setiap tahun.

    iii. Memastikan kecemerlangan dalam perpindahan ilmu dengan mengkomersilkan 2 produk hasil penyelidikan menjelang 2020.

    6. Memastikan sekurang-kurangnya 10 aktiviti penglibatan masyarakat

    (community engagement) / sukarelawan/ kelestarian persekitaran (sustainable environment) / pengantarabangsaan / keusahawanan dijalankan di UiTM Melaka pada setiap tahun.

    7. Memastikan semua kurikulum untuk program-program tunjang di UiTM Melaka bersifat kerja kursus disemak : i. setiap 4 tahun bagi program-program yang tempoh pengajiannya

    adalah 3 tahun atau kurang dan ii. setiap 5 tahun bagi program yang tempoh pengajiannya adalah 4

    tahun.

    8. Memastikan kadar kebolehpasaran siswazah melebihi 80% setiap tahun.

    PROF MADYA DR MOHD ADNAN BIN HASHIM Rektor UiTM Melaka

    06 / 06 / 2016