Operasi Tambah Dalam Lingkungan 10

Embed Size (px)

DESCRIPTION

rph math

Citation preview

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANKELAS PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

Nama Guru : Hafizah binti Zakaria & Monizahidah binti MohamedMata Pelajaran : MatematikTarikh : 4 April 2011Hari : IsninMasa : 9.15 pagi 10.15 pagiKelas : PKBP MuliaTajuk : Operasi Tambah dalam Lingkungan 10Kemahiran : 3.2 Menambah Sebarang Dua Nombor 3.3 Menulis ayat Matematik bagi Operasi TambahBilangan Murid : 6 orangKumpulan 1 (Baik)NAMAKATEGORI

Khairil Najmi bin JohanSlow Learner

Nasrul Hakimi bin QayyumDisleksia

Ainul Madihah binti AsyrafSlow Learner

Siti Maisarah binti AmiruddinSlow Learner

Kumpulan 2 (Lemah)NAMAKATEGORI

Akmal Mikhail bin YusofSindrom Down

Nor Idayu binti OthmanSlow Leaner

Pengetahuan Sedia Ada :-1. Murid mengenal angka 1 hingga 10.2. Murid mengenal simbol tambah.

Hasil Pembelajaran :-Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

Kumpulan 1 :1. Menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 1 digit dengan 1 digit dalam bentuk ayat matematik dengan betul.

Kumpulan 2 : 1. Menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan lingkungan 1 digit dengan 1 digit dalam bentuk ayat matematik dengan bantuan bahan semi maujud (gambar).

Penerapan Nilai : i. Murid bekerjasama di dalam kumpulan dalam aktiviti yang dijalankan oleh guru.ii. Murid mendengar dan mematuhi arahan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.iii. Murid berkeyakinan ketika menjawab soalan yang diberikan oleh guru.iv. Murid memupuk nilai keberanian memberikan jawapan ketika disoal oleh guru.v. Murid berfikiran secara rasional semasa melakukan aktiviti yang dijalankan.

Unsur Terapi : Terapi pertuturan, psikomotor halus dan kasar, nyanyian, seni.Penggabungjalinan Mata Pelajaran : Bahasa Melayu, Muzik, Pendidikan Seni.Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis : i. Mengenalpasti maklumat ii. Penyelesaian masalah secara relatif iii. Penyesuaian iv. Penggabungan

Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Kad Nombor, kad simbol, gambar anak ayam, kertas pelbagai warna, papan petak Kira Saya, telur ajaib, bekas sarang telur, lembaran kerja 1, lembaran kerja 2, laptop, LCD

Langkah Pengajaran :LANGKAHISI KANDUNGANAKTIVITI P&PCATATAN

Set Induksi(5 minit)Tayangan videoMari Mengira

1) Guru menayangkan video kepada murid.2) Guru menyanyi lagu 1 2 3 kepada murid sambil membuat gaya.3) Guru meminta murid menyanyi bersama-sama sambil membuat gaya.4) Guru bersoal jawab dengan murid apakah tayangan video yang ditayangkan tadi.Nilai Kerjasama Mematuhi arahan guru

Terapi Muzik Pertuturan Psikomotor kasar

BBM Laptop (Tayangan video) LCD

PerkembanganLangkah 1(10 minit)Aras : PiktorialKira Saya

42 + =1) Guru menunjukkan papan petak-petak kosong dan menampalkan di papan putih. 2) Guru memasukkan kertas warna ke dalam petak-petak kosong berdasarkan ayat matematik yang telah disediakan.3) Guru mengarah murid mengira kertas warna yang telah dimasukkan ke dalam petak-petak kosong.4) Guru menyedarkan lembaran kerja yang mengandungi petak-petak kosong dan ayat matematik penambahan kepada murid.5) Murid dikehendaki mewarnakan kotak-kotak kosong mengikut nombornombor yang terlibat dalam ayat matematik tersebut.6) Murid mengira jumlah kesemua petak-petak yang diwarna untuk mendapatkan jawapan dengan bantuan guru.7) Guru meminta murid menampal kad nombor yang betul di papan hitam berdasarkan jumlah kesemua petak-petak yang berwarna.Nilai Keyakinan Mematuhi arahan guru

Terapi Pertuturan Psikomotor halus dan kasar

BBM Lembaran Kerja 1 Kad Nombor Kertas pelbagai warna Papan petak kosong

Langkah 2(15 minit)

Aras : KonkritTelur Ajaib1) Guru membekalkan murid dengan 1 bekas sarang telur dan telur ajaib serta lembaran kerja.2) Guru mengarahkan murid memasukkan telur ajaib ke dalam sarang telur mengikut bilangan yang disebut guru.3) Guru menyebut simbol tambah dan murid dikehendaki menulis simbol tambah disebelah nombor yang ditulis sebelumnya pada lembaran kerja yang diedarkan.4) Murid memasukkan lagi beberapa telur ajaib mengikut bilangan yang disebut guru sekali lagi untuk membuat penambahan. Murid menulis nombor tersebut untuk membentuk ayat matematik yang tepat. 2 + 1 = 35) Murid menyelesaikan ayat matematik yang dibina dengan membilang jumlah kesemua telur ajaib yang dimasukkan ke dalam sarang telur.6) Langkah 2 5 diulang dengan menggunakan nombor-nombor yang lain.Nilai Kerjasama Mematuhi arahan guru Keberanian

Terapi Pertuturan Psikomotor kasar

BBM Telur ajaib Bekas sarang telur Lembaran kerja 2

Langkah 3( 15 minit)Aras : AbstrakMembina ayat matematik

1) Guru menyediakan 1 papan besar, kad-kad nombor, kad-kad simbol dan gambar anak-anak ayam.2) Guru menyuruh murid memilih kad-kad nombor berpandukan tepukan guru dan arahan penambahan guru.3) Guru mengarahkan murid melekatkan kad-kad nombor dan kad simbol yang telah dipilih di papan besar untuk membentuk ayat matematik yang betul.4) Guru mengarahkan murid menulis ayat matematik dan menyelesaikan ayat matematik yang telah dibina pada lembaran kerja yang diberikan. 5) Guru membimbing murid dari kumpulan 2 dengan menggunakan model anak ayam sebagai pembilang untuk mendapatkan jawapan. Contoh :

+

3 + 4 =

6) Murid yang berjaya menulis ayat matematik dan menyelesaikan masalah matematik dengan betul akan diberi ganjaran token.Nilai Kerjasama Mematuhi arahan guru Keyakinan Rasional

Terapi Muzik Pertuturan Psikomotor kasar

BBM Kad nombor Kad simbol Gambar anak ayam Lembaran kerja 3

Langkah 4(10 minit)Aktiviti Pengukuhan

1) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan mengarahkan murid untuk menyelesaikan operasi tambah. 2) Murid-murid membuat latihan dengan mengisi tempat kosong tersebut.Nilai Keyakinan

Terapi Pertuturan

BBM Lembaran kerja

Penutup (5 minit) Rumusan P&P1) Guru menyoal setiap kumpulan mengenai tajuk yang telah dipelajari.2) Guru meneliti hasil kerja murid dan memberikan markah.3) Guru merumuskan sesi P&P pada hari ini kepada murid.4) Murid diberikan ganjaran atas pencapaian dan penglibatan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran.

Nilai Keyakinan Bersemangat Rasional

Terapi Pertuturan