Upload
cik-ikin
View
97
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
haiiiajaj
Citation preview
DCE 3601 Organisasi PembelajaranJ41190 BSHRD
1
Penghargaan
Assalamualaikum,salam sejahtera
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi rasa syukur, penghargaan dan terima kasih
kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah izinNya tugasan ini berjaya disiapkan dalam
waktunya. Juga tidak ketinggalan kepada semua pihak yang telah memberikan apa jua
bentuk sumbangan, dorongan, buah fikiran, ilmu serta nasihat bagi memungkinkan tugasan
ini disempurnakan bagi maksud kursus Organisasi Pembelajaran ( DCE 3601) Mereka
yang teramat berjasa adalah: -
Ayah, ibu dan seluruh ahli keluarga saya yang tercinta;
DR. Khairuddin Idris, Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
En. Mustapha Kamal, tutor Organisasi Pembelajaran( DCE 3601 ) : Pusat Pembelajaran
Kuala Lumpur;
dan
Semua teman-teman sepengajian bagi kursus Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia
(BSHRD), Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Putra Malaysia.
Sekian, Jutaan Terima Kasih Kepada Semua Pihak Bagi Menjayakan Tugasan Organisasi
Pembelajaran ( DCE 3601 ) Bagi Yang Terlibat Secara Langsung Ataupun Secara Tidak
Langsung.
Mohd Izar Bin RamliJ 41190Bacelor Sains Pembangunan Sumber ManusiaUniversiti Putra Malaysia
1
DCE 3601 Organisasi PembelajaranJ41190 BSHRD
2
PENGENALAN
Sejarah Penubuhan
Pasukan Gerakan Am (PGA) merupakan salah satu daripada cawangan Polis Diraja
Malaysia (PDRM). Pasukan ini merupakan elemen tempur PDRM bagi mengendalikan operasi
punitif bertujuan untuk memberi tekanan terhadap sebarang bentuk pakatan bersenjata, kegiatan-
kegiatan subversif, pemberontakan dan ancaman yang berlaku di dalam negara Malaysia.
Statusnya sebagai salah satu cawangan dalam Polis DiRaja Malaysia juga agak unik kerana
dalam keadaan-keadaan tertentu dimana aturgerak oleh pasukan tentera mungkin boleh
menimbulkan ketegangan atau provokasi, PGA akan dikerahkan untuk mengambilalih
kedudukan-kedudukan strategik terutamanya disempadan negara. . Pasukan ini berpergerakan
tinggi dengan kebolehan untuk bergerak dalam apa juga keadaan persekitaran. Pasukan ini
ditubuhkan dalam formasi Briged, Batalion, Kompeni, Platun dan Seksyen yang boleh
dikerahkan didalam sebarang operasi untuk jangka masa panjang sama ada secara bersendirian
ataupun bersama-sama dengan pihak tentera.
Pasukan Gerakan Am yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan telah
ditubuhkan sejak 58 tahun yang lalu. Keperluan bagi penubuhannya adalah ekoran peranan besar
yang dimainkan oleh PDRM dalam menerajui perjuangan menentang insurgensi yang
dilancarkan oleh pengganas komunis semasa Darurat 1948 – 1960 dan 1969 – 1989.
Penubuhannya adalah sebagai tindakbalas dan memenuhi keperluan pasukan polis di dalam
merealisasikan strategi peperangan sekatan menyeluruh terhadap gerila komunis menerusi
Rancangan Briggs. Rancangan Briggs yang dikuatkuasakan pada 1hb Jun 1950 oleh Sir Harold
Briggs adalah menjadi satu titik permulaan terhadap dasar pembesaran pasukan polis yang
2
DCE 3601 Organisasi PembelajaranJ41190 BSHRD
3
drastik dimana antara lain menyaksikan satu unit khas ditubuhkan dan dilatih khas dalam taktik
peperangan gerila bagi menangani insurgensi yang dilancarkan oleh gerila komunis itu. sebelum
disusun semula pada tahun 1953 dengan nama baru – Pasukan Polis Hutan (PPH). Berkuat kuasa
pada 20 Oktober 1997, Pasukan Polis Hutan telah ditukar namanya secara rasmi sebagai Pasukan
Gerakan Am. dengan keanggotaannya kini terdiri dari 20 buah batalion dibawah 5 buah Briged
di seluruh Malaysia.
FUNGSI-FUNGSI UTAMA PASUKAN GERAKAN AM ( PGA )
Peranan utama pasukan PGA(Pasukan Gerakan Am) ini sejak ditubuhkan adalah bagi
menyediakan satu pasukan simpanan khas bertujuan untuk menghadapi dan menindas semua
jenis ancaman dalam bentuk ketenteraman awam, aktiviti subversif, keganasan atau
pemberontakan bersenjata yang berlaku dalam negara selain menyediakan bantuan kepada polis
daerah untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman awam. Ia juga berperanan untuk
membantu pasukan tentera didalam operasi menentang gerila komunis dan pemberontak-
pemberontak bersenjata serta menghapuskan penyusupan musuh kedalam negara ini.
BATALION 19 adalah merupakan cawangan yang ditubuhkan secara khas di bawah PGA yang
berpengkalan di Markas Briged Tengah, 43200 CHERAS.
3
DCE 3601 Organisasi PembelajaranJ41190 BSHRD
4
PENDAHULUAN
Perintah Tetap Ketua Polis Negara ( KPN ) mengenai penubuhan satu Batalion Pasukan Gerakan
Am, khusus untuk Kawalan Keselamatan Orang-Orang kenamaan (VIP), bangunan-bangunan
penting serta kediaman-kediaman tertentu. Perintah ini akan menggariskan peranan dan fungsi
serta perintah dan kawalan Batalion tersebut dan lain-lain perkara berkaitan.
PEWUJUDAN BATALION 19
Batalion yang dipertanggungjawabkan bagi tujuan tersebut dinamakan sebagai BATALION 19
PASUKAN GERAKAN AM (KAWALAN KESELAMATAN).
PERANAN
Peranan Batalion 19 Pasukan Gerakan Am ( Kawalan Keselamatan) khususnya ialah
memberikan khidmat perlindungan /kawalan kepada VVIP tempatan, dan bangunan-bangunan
4
DCE 3601 Organisasi PembelajaranJ41190 BSHRD
5
penting serta kediaman-kediaman tertentu. Peranan ini jugaakan merangkumi liputan
keselamatan kepada orang-orang kenamaan dan Diplomat di Malaysia.
FUNGSI UTAMA BATALION 19 PGA
Batalion ini dikhaskan kepada penugasan yang memerlukan komitmen dan semangat yang tinggi
bagi meyakinkan orang-orang kenamaan dan bangunan-bangunan penting serta kediaman-
kediaman tertentu. Peranan ini juga akan merangkumi liputan keselamatan Diplomat di
Malaysia.
Memberi litupan keselamatan orang-orang kenamaan negara ( VVIP );
Mengekalkan keamanan dan kesejahteraan masyarakat;
Memelihara undang-undang;
Memberi perlindugan terhadap nyawa dan harta benda.
KAWASAN TANGGUNGJAWAB
Kawasan tanggungjawab Batalion 19 PGA (Kawalan Keselamatan hanya di sekitar Lembah
Klang (Wilayah Persekutuan- Kuala Lumpur/Putrajaya dan Selangor).
TEMPAT PENUGASAN
Batalion ini akan ditugaskan di tempat-tempat berikut :-Istana Negara, Istana-Istana, Kompleks
Parlimen, Istana Selangor – Putrajaya, Kediaman Perdana Menteri, Kediaman Timbalan Perdana
Menteri, Kediaman Menteri-Menteri Kabinet, Orang kenamaan, lain-lain pejabat dan bangunan
tertentu yang diluluskan oleh Ketua Polis Negara;
5
DCE 3601 Organisasi PembelajaranJ41190 BSHRD
6
Tempat tugas kawalan keselamatan juga meliputi kompleks pejabat/tempat kediaman Kedutaan,
Suruhanjaya Tinggi dan Konsulat Jeneral yang berada di sekitar Lembah Klang.
TUGAS ASAS
Batalion ini akan melaksanakan tugas-tugas seperti berikut:-
Tugas-tugas asas
Membuat kawalan statik, Menjalankan rondaan bergerak ( mobile Patrol-motorsikal dan kereta);,
Mengadakan rondaan berjalan kaki;
Tugas-tugas Kecemasan
Menjalankan tugas Operasi Mencari dan Menyelamat dalam sesuatu kejadian bencana
alam/kemalangan; anggota PGA turut dilatih bagi penugasan mencegah rusuhan Pasukan Anti
Rusuhan (PORU). Berupaya memberikan bantuan yang pelbagai dalam penugasan kepolisan,
tetapi bagi memastikan bahawa mutu pasukan ini kekal sebagai satu pasukan yang terlatih
khusus dan sedia diaturgerak dalam tempoh singkat maka tugas-tugas yang dijalankan oleh
pasukan ini dihadkan kepada tugas bantuan khas, darurat dan luar biasa. Selain itu juga, pasukan
ini berkebolehan untuk diaturgerak dalam semua situasi dan keadaan muka bumi selain
berkebolehan melaksanakan tugas peperangan khas (special warfare) di hutan, perairan dan
bandar serta suasana pertempuran jarak dekat (CQB) selain kemahirannya didalam peperangan
gerila (CIW).
6
DCE 3601 Organisasi PembelajaranJ41190 BSHRD
7
PENGENALAN PEMBELAJARAN KEPADA ORGANISASI
Organisasi belajar atau organisasi pembelajaran adalah satu konsep dimana organisasi
dianggap mampu untuk terus menerus melakukan proses pembelajaran mandiri (self learning)
sehingga organisasi terebut memiliki kecepatan berfikir dan bertindak dalam merespon bergam
perubahan yang berlaku dan muncul.
Organisasi pembelajaran adalah organisasi yang menyediakan peluang belajar kepada
semua anggota dalam organisasi itu. Melalui organisasi pembelajaran, individu dapat menilai
kebolehan masing-masing secara berterusan. Organisasi pembelajaran juga adalah organisasi
yang sentiasa memberi komitmen dan menyediakan kapasiti belajar di semua peringkat
organisasi. Ia berubah secara berterusan mengikut perubahan persekitaran organisasi (Abd.
Kadir, 2009). Perkembangan teknologi membawa kepada perlunya manusia mengembangkan
pengetahuan supaya tidak ketinggalan dan dapat mengatasi masalah yang dihadapi. Kejayaan
hanya dikecapi oleh manusia yang sentiasa berusaha meningkatkan diri mereka dengan ilmu
pengetahuan. Organisasi yang ingin terus berjaya juga perlu terus memberi peluang belajar
kepada semua anggotanya. Organisasi seperti ini dikenali sebagai organisasi pembelajaran (Abd.
Kadir, 2009).
Sesebuah organisasi pembelajaran boleh mengenalpasti asetnya tanpa perlu menukar
struktur yang ketara ataupun mengubah pihak pengurusan atasan. Kesedaran berkenaan
pentingnya pembentukan sebuah organisasi pembelajaran perlu wujud dari dalam organisasi itu
sendiri. Konsep organisasi pembelajaran yang telah berkembang sejak beberapa dekad
kebelakangan ini adalah disebabkan oleh keperluan organisasi untuk menghadapi era
globalisasi dunia yang semakin kompetitif, kompleks dan dinamik.
7
DCE 3601 Organisasi PembelajaranJ41190 BSHRD
8
Selaras dengan perkembangan tersebut, setiap organisasi mengimpikan untuk menjadi
sebuah organisasi yang mampu mengadaptasi, berubah, berkembang dan mengubah dirinya
sebagai respons kepada keperluan, keinginan dan aspirasi manusia di dalam dan di luar
organisasi tersebut.
DEFINISI KONSEP PEMBELAJARAN
Mengikut Nancy Dixon,1994- Organisasi pembelajaran boleh didefinisikan sebagai keupayaan
organisasi memaksimumkan potensi sumber manusianya bagi meningkatkan kualiti.
Organisasi Pembelajaran : Organisasi pembelajaran merujuk kepada sebuah organisasi yang
mengamalkan pembelajaran secara berterusan dan mampu untuk berubah sendiri. Organisasi
proaktif menggunakan pembelajaran dengan cara bersepadu bagi menyokong dan memangkin
kemajuan individu, pasukan, organisasi secara keseluruhan, institusi dan komuniti yang ada
hubungan (Watkins & Marsick, 1993, 1996, 1999).
Dimensi Organisasi Pembelajaran : Istilah ini merujuk pada tujuh dimensi bagi organisasi
pembelajaran yang telah dikenal pasti oleh Watkins dan Marsick (1993, 1996). Tujuh dimensi
tersebut adalah mewujudkan peluang belajar berterusan, menggalakkan dialog, menggalakkan
8
DCE 3601 Organisasi PembelajaranJ41190 BSHRD
9
kerjasama dan pembelajaran pasukan, mewujudkan sistem untuk perkongsian pengetahuan,
memberikan kuasa untuk mencapai visi bersama, menghubungkan organisasi dengan
persekitarannya dan menyediakan kepimpinan strategik untuk pembelajaran.
Pembelajaran Organisasi : Istilah pembelajaran organisasi merujuk kepada pengetahuan yang
diperolehi secara kolektif yang wujud dalam sebuah organisasi dan keupayaan organisasi untuk
menggunakan pengetahuan bagi meningkatkan tarafnya. Organisasi pembelajaran adalah proses
memperbaiki tindakan melalui pengetahuan yang lebih baik.
CIRI-CIRI ORGANISASI PEMBELAJARAN
Dimensi Learning Organization Peter Sange (1999) menggemukakan bahawa didalam
learning organization yang efektif diperlukan 5 motivasi yang akan memungkinkan organisasi
untuk belajar, berkembang dan berinovasi yakni :
1. Visi Bersama (Shared Vision) adalah aspirasi umum yang memberi gambaran masa
depan yang ingin dicapai oleh oragnisasi.. Komitmen untuk menggali visi bersama tentang masa
depan secara murni tanpa paksaan. Oleh kerana, organisasi terdiri atas pelbagai orang yang
berbeza latar belakang pendidikan, kesukuan, pengalaman serta budayanya,maka akan sangat
sulit organisasi bekerja secara berpadu kalau tidak memiliki visi yang sama.
2. Penguasaan Peribadi (Personal Mastery) iaitu komitmen peribadi untuk
kecemerlangan organisasi, mempunyai fokus dan sikap untuk berubah secara keseluruhannya.
9
DCE 3601 Organisasi PembelajaranJ41190 BSHRD
10
Kemampuan untuk terus menerus dan sabar memperbaiki wawasan agar objektif dalam melihat
reality dengan pemusatan energy pada hal-hal yang strategik.
3. Pembelajaran Berpasukan (Team Learning) iaitu proses pembangunan keupayaan
berpasukan dengan tujuan mencapai objektif bersama. Kemampuan dan motivasi untuk belajar
secara adaptif, generative dan berkesimbungan.Pembelajaran organisasi akan lebih pantas
sekiranya orang berkongsi wawasan dan belajar bersama-sama. Fokus utama adalah kepada
aktiviti pembelajaran secara berpasukan dalam organisasi berbanding pembelajaran secara
individu.
4. Model Mental ( Mental Model ) merupakan andaian,geneliasasi atau gambaran dalaman
yang mempengaruhi pemahaman serta persepsi individu terhadap dunia. Ianya akan turut
mempengaruhi tindakan oleh seorang individu dalam melakukan sesuatu.
5. Pemikiran Sistem (System Thinking) iaitu pada dasarnya terdiri atas unit yang harus
bekerjasama untuk menghasilkan hasil yang optima, kemampuan untuk melihat dan memahami
setiap kejadian sebagai satu sistem. Melihat sesuatu fenomena daripada strukturnya yang paling
dalam. Kejayaan satu-satu organisasi sangat ditentukan oleh kemampuan organisasi untuk
melakukan pekerjaan secara bersistem.
LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN YANG WUJUD
“Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada
pengalaman atau latihan.” ~ Williams & Anandam (1973). mengatakan bahawa pembelajaran
merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas
10
DCE 3601 Organisasi PembelajaranJ41190 BSHRD
11
individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. pembelajaran
bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses
pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada
peneguhan positif atau negatif). Semasa bertugas pada pendapat saya, banyak proses-proses
pembelajaran yang wujud dan akan diamalkan sebagai panduan ketika operasi. Contohnya;
Mengikuti Kursus Pandu Arah Dan Orientasi Peta.
Setiap anggota PGA diharuskan menghadiri Kursus Pandu Arah dan Bacaan Peta kerana ianya
merupakan pengetahuan penting kepada Pasukan Gerakan Am sewaktu menjalankan operasi
terutamanya di dalam kawasan hutan belantara.. Ini dapat memudahkan anggota memahami
sebarang tujuan dan arah semasa bertugas/kecemasan/sekiranya mengalami kesulitan didalam
operasi terutamanya didalam operasi menyelamat. Melalui kursus ini, peserta kursus telah diberi
tunjuk ajar secara teori dan praktikal bagi menambah kefahaman mengenai kemahiran yang
diajar.
Rajah 1 : Menunjuk Kursus Pandu Arah dijalankan.
11
DCE 3601 Organisasi PembelajaranJ41190 BSHRD
12
Mengikuti Latihan Tembak Senjata Api.
Setiap anggota diwajibkan agar mengikuti latihan tembak senjata api sebanyak 3 kali setahun
bagi melatih mereka agar lebih cekap dan tidak kekok dalam mengendalikan senjata api
tersebut.. Tujuan latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada setiap anggota dalam
penggunaan senjata api jenis Pitol Glock 19,Pistol Walther P99, HK MP5 dan M16 yang sering
digunakan oleh PDRM bagi menjalankan tugas. Latihan ini merupakan usaha untuk
mempertingkatkan kemahiran dan pendedahan dalam penggunaan senjata api dikalangan
anggota dan pegawai PDRM di samping bagi mencapai objektif seperti mempertingkatkan
kemahiran menembak, membina keyakinan diri dan menanam sikap tanggungjawab semasa
mengendalikan senjata api. Latihan akan dijalankan di lapang sasar terpilih terutamanya di
dibawah kendalian Pasukan Polis Diraja Malaysia Dan Pasukan Gerakan AM.
Rajah 2 : Pistol Walther P99 buatan Austria
Rajah 3 : HK MP5 buatan Jerman
Rajah 4: Pistol Glock 19 buatan Austria.
12
DCE 3601 Organisasi PembelajaranJ41190 BSHRD
13
Kursus Asas Pengiring Rapat Kenamaan ( Bodyguard ) dan dll.
Anggota yang terpilih akan menghadiri kursus yang dijalankan di Pusat Latihan Polis
Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, Perak selama 2 minggu bagi melatih anggota dalam aspek
persenjataan dan pengetahuan undang-undang kerana setiap gerak geri mesti berasaskan undang-
undang. Itu yang membezakan pengawal peribadi dengan kumpulan samseng atau kaki pukul
(bauncer). Peranan pengawal peribadi ialah melengahkan masa penyerang untuk
menyelamatkan VIP sebelum dibawa keluar ke zon selamat. Mereka adalah orang tengah antara
bahaya dan orang yang dijaga. Latihan tempur tanpa senjata juga ditekankan kerana kerjaya ini
mendedahkan mereka kepada serangan jarak dekat yang memerlukan pergerakan pantas melalui
latihan menggunakan kaedah fleksibel, pantas misalnya teknik mengunci pergerakan
musuh. Peserta juga telah didedahkan maklumat berkaitan hak dan undang-undang, formasi dan
bentuk kawalan, situasi cemas dan tindakan, perhubungan, merempuh halangan, jenis ancaman,
keselamatan senjata, pemeriksaan kenderaan, fender (pergerakan naik dan turun kenderaan),
pertolongan cemas, ketahanan fizikal dan mental, aktiviti air, imej dan protokol.
Kesediaan Untuk Berubah
Setiap anggota juga amat disarankan agar memperbaiki mutu kerja seharian dan meningkatkan
ilmu pengetahuan dalam semua bidang khususnya dalam aspek berikut;
Penugasan gerakan (operation deployment), pentadbiran, logistik dan latihan;
Membuat perancangan dan koordinasi dengan lain-lain agensi kerajaan terhadap
penugasan seharian;
Mengawal dan melaksanakan operasi yang dipertanggungjawabkan;
Menentukan keberkesanan operasi (operational effiency), kejayaan penugasan (task
performance) dan disiplin sesame pegawai/anggota di tahap yang ditetapkan.
13
DCE 3601 Organisasi PembelajaranJ41190 BSHRD
14
PDRM SEBAGAI ORGANISASI PEMBELAJARAN
PDRM juga adalah merupakan sebuah organisasi pembelajaran kerana setiap penugasan
adalah melibatkan proses pembelajaran kekal dan dipraktikkan dalam kehidupan secara langsung
iaitu dengan mewujudkan peluang belajar berterusan, menggalakkan dialog, menggalakkan
kerjasama sesama rakan kerja, mewujudkan suasana perkongsian pengetahuan, memberikan
kuasa untuk mencapai visi bersama, menghubungkan organisasi dengan persekitarannya dan
menyediakan kepimpinan strategik untuk pembelajaran mempengaruhi kesediaan untuk berubah
di kalangan anggota itu sendiri.
Keselamatan awam dan Negara berkait rapat dengan kecekapan dan kekuatan sesuatu
struktur pasukan keselamatan. Di Malaysia, agensi keselamatan seperti PDRM dan sebagainya
dibentuk bagi menjaga kemanan dan kemakmuran negara ini, agar tidak dicerobohi atau
dikhianati samada daripada serangan subversif, psikologi atau jenayah. Realitinya, kehidupan
moden sekarang lebih banyak dicemari dengan gejala jenayah yang semakin meruncingkan. Oleh
yang demikian, setiap anggota pasukan keselamatan perlu dibekalkan dengan pelbagai latihan
secara fizikal dan mental. Pembelajaran dan asas-asas pengetahuan yang kukuh amat penting
agar kemakmuran negara terjamin dan dapat dikekalkan. Semua anggota yang terlibat harus
mempunyai tanggungjawab secara lebih ikhlas dan amanah semasa menjalankan tugas. Asas
pembelajaran berterusan menjadi nadi tunjang utama untuk melahirkan anggota keselamatan
khususnya PDRM untuk terus menjaga kemanan dan kedaulatan negara disamping
menguatkuasakan undang-undang.
14
DCE 3601 Organisasi PembelajaranJ41190 BSHRD
15
Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan sebuah organisasi yang
dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan dan ketenteraman awam di negara ini. Fungsi
dan peranan polis di Malaysia telah mengalami beberapa perubahan selaras dengan kemajuan
dan perkembangan semasa terhadap pembangunan negara, sosioekonomi masyarakat dan era
globalisasi. Perubahan globalisasi terhadap penugasan kepolisan daripada ancaman pengganas
komunis, konfrantasi dan penjenayah tradisional sehinggalah kepada jenayah moden masa kini
seperti jenayah bersendiket, jenayah siber dalam dunia tanpa sempadan, sentiasa menuntut
anggota dan pegawai polis khuusnya melaksanakan tugasnya dengan cekap dan berkesan supaya
memberi keyakinan kepada kerajaan dan masyarakat.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PDRM DALAM PROSES
PEMBELAJARAN
Mengikut Watkins dan Marsicks, 1993 menyatakan perlunya satu perspektif sistem dan
kaedah untuk menghubungkan dan mengintegrasikan sistem organisasi dengan persekitarannya
dan sistem ini mampu menerangkan kaedah dan tujuan untuk berhubung dan integrasi sistem
organisasi kepada persekitaran. Selain itu, Watkins dan Marsicks (1993) menyatakan organisasi
pembelajaran ialah organisasi yang belajar secara berterusan dan berlaku transformasi serta
perubahan dalam organisasi. Pembelajaran akan melibatkan peringkat individu, pasukan,
organisasi dan masyarakat yang berhubung dengan organisasi. Usaha pihak pengurusan PDRM
itu sendiri yang telah melancarkan satu konsep pelan perancangannya untuk tempoh akan datang
yang dikenali sebagai ‘Konsep 4P Polis Diraja Malaysia atau 4P-PDRM”. Teras tumpuan
kepada 4P PDRM ini adalah :
15
DCE 3601 Organisasi PembelajaranJ41190 BSHRD
16
i. Pelindung ( Protective )
- Seorang pegawai polis hendaklah bersikap pelindung kepada semua lapisan masyarakat
dan ianya tersirat di dalam Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967, dimana peranan Polis adalah
untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman dan sebagai penguatkuasa undang-undang.
ii. Proaktif ( Proactive )
- Menyedari cabaran semasa yang sentiasa berubah-ubah dari sudut senario politik,
sosial, ekonomi dan sebagainya, maka PDRM perlu bersikap proaktif, kreatif dan
inovatif dalam pelaksanaan semua bentuk tuga kepolisan.
iii. Penumpuan Kepada Masyarakat ( People Oriented ).
- Sejajar dengan Konsep Gagasan 1 Malaysia, dimana Rakyat Didahulukan,
Pencapaian diutamakan, maka segala urusan dan tugas adalah semata-mata untuk
kesejahteraan rakyat.
iv.Prestasi ( Performance and Outcome Oriented ).
- Bakti seorang Pegawai Polis hendaklah berteraskan kepada keupayaan untuk
melaksanakan tugas yang terbaik dan berpegang kepada motto “ Tegas, Adil Dan
Berhemah”. Demikian itu, organisasi berupaya untuk menjana hasil yang bermutu
berasaskan kepada Penetapan Sasaran ( Target Setting ), Petunjuk Indeks Prestasi ( KPI ),
Pencapaian berperingkat yang boleh diukur ( Milestone ) dan Keberhasilan Berkualiti
( Quality Result ).
Trend tekanan dan kecaman masyarakat terhadap pasukan polis ini merupakan satu ancaman
global. Mesej utama yang harus difahami oleh setiap lapisan pegawai dan anggota polis adalah
organisasi PDRM harus berubah mengikut ekspektasi masyarakat semasa.
KESIMPULAN :
PEMBENTUKAN PDRM DALAM MENCAPAI ORGANISASI PEMBELAJARAN .
16
DCE 3601 Organisasi PembelajaranJ41190 BSHRD
17
Secara keseluruhannya dapat saya rumuskan di sini bahawa organisasi pembelajaran
memainkan peranan penting untuk menjamin kemahiran dan penggunaan sumber tenaga manusia
berada ditahap tertinggi di dalam sesebuah orgaisasi . Program pembangunan pembelajaran di
dalam yang lebih jitu perlu dilakukan secara menyeluruh kerana sumber tenaga manusia
merupakan aset yang menentukan kejayaan atau kelemahan sesebuah organisasi. Justeru itu
pentadbir atau pengurus di bahagian latihan pembangunan sumber manusia perlulah merangka
program-program yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran dan pengalaman bekerja kepada
ahli di dalam organisasi terbabit.
Dengan adanya program – program pembelajaran tersebut maka dengan ini ia akan dapat
memberikan banyak pengetahuan dan kemahiran yang berguna khususnya kepada anggota dan
pegawai di dalam organisasi PDRM amnya . Selain itu juga bimbingan kaunseling mengenai
pentingnya pembelajaran di dalam organisasi juga amat penting kepada sesebuah organisasi.
Dengan adanya bimbingan dan kaunseling mengenai pembelajaran di dalam organiasi ini akan
membuatkan anggota dan pegawai polis merasa lebih selesa untuk bekerja dan mereka juga akan
lebih bersemangat untuk melakukan kerja mereka seharian. Selain itu juga produktiviti juga akan
dapat di tingkatkan dan dengan ini matlamat sesebuah organisasi akan tercapai.
.Organisasi pembelajaran memberi manfaat kepada individu dan organisasi apabila ahli-
ahlinya menggunakan dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam membuat perubahan dari
semasa ke samasa.Organisasi pembelajaran adalah organisasi yang menyediakan peluang belajar
kepada semua anggota dalam organisasi itu. Melalui organisasi pembelajaran, individu dapat
menilai kebolehan masing-masing secara berterusan. Pada pendapat saya, pihak pengurusan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hendaklah menggalakkan para pegawai dan anggota bawahannya
dalam hubungkait yang signifikan dengan kesediaan untuk berubah iaitu menumpukan faktor
17
DCE 3601 Organisasi PembelajaranJ41190 BSHRD
18
penggalakkan dialog serta menggalakkan kerjasama dan pembelajaran pasukan, untuk
meningkatkan kesediaan untuk berubah.
PDRM haruslah menggalakkan kerjasama dan pembelajaran berpasukan di mana
organisasi menggerakkan proses pembelajaran tersebut. Kerjasama ini akan menggerakkan
pengetahuan baru melalui organisasi pembelajaran. Di samping, mewujudkan peluang
pembelajaran secara berterusan di mana organisasi menggalakkan setiap individu belajar melalui
masalah dan cabaran kerja, disokong oleh pihak pengurusan yang juga bertindak sebagai
fasilitator.
Peringkat pengurusan PDRM memainkan peranan penting dalam Pembelajaran Individu
merujuk kepada perubahan dalam kemahiran, visi, nilai, sikap, dan pengetahuan yang diperolehi
oleh seseorang yang telah dihantar mengikuti latihan dalam perkhidmatan dan mempunyai
potensi untuk mengubah corak-corak amalan dalam organisasi.
Selain itu pelbagai isu semasa telah menyebabkan organisasi PDRM perlu berubah.
Tugas kepolisan perlu sentiasa relevan dengan kehendak dan tuntutan kerajaan, masyarakat,
senario ketenteraman awam semasa, kemajuan teknologi, dan globalisasi. Oleh yang demikian
setiap individu dalam organisasi PDRM dan organisasi ini secara keseluruhannya perlu
menjalani proses perubahan supaya selari dengan misi, visi dan objektifnya.
18
DCE 3601 Organisasi PembelajaranJ41190 BSHRD
19
RUJUKAN
1. Modul DCE 3601 Organisasi Pembelajaran ,Khairuddin Idris ,Ph.D, Jegak Uli, Ph.D,
Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Cetakan Mei 2010.
2. Building the learning organization. Marquard, M.J ( 2002 ), New York
3. Laman Web PDRM : www.rmp.gov.my
4. Laman web : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Gerakan_Am
5. Majalah Buletin PDRM : BERITA BUKIT AMAN (ISSN 1394-8687)
6. Leadership and learning organizations.The Learning Organization, Mahoney, Ray 2000.
Vol 7 (5): 241-243
7. Informasi Unit Latihan Dan Bimbingan Batalion 19 PGA, Markas Briged Tengah,
Pasukan Gerakan Am, 43200, Cheras, Selangor.
8. Tingkah Laku Organisasi, Pengenalan Tingkah Laku Individu. Pengarang: Ahmad
Shukri Mohd Nain (ISBN 983-52-026-0)
19
DCE 3601 Organisasi PembelajaranJ41190 BSHRD
20
9. The Fifth Discipline; The Art and Practice Of The Learning Organization. Senge, P.M.
2006, New York : Doubleday Publishing.
10. Models Of Human Resource Management: A critical review of their impact on organizational
effectiveness, The Cost And Management 33 (4): 56-62 by Sarfaraz Nawas, A.S.M, 2006.
20