7
ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN Pengenalan Kredibiliti atau kejayaan sesebuah organisasi adalah bergantung sepenuhnya kepada kecekapan pengurusannya. Sesebuah organisasi secara umumnya mengandungi elemen-elemen yang penting dalam pengurusannya iaitu manusia, alatan, bahan-bahan, serta kemudahan dan infrastruktur yang kemas dan bersistematik. Kesemua ini adalah sangat penting kerana kebergantungan antaranya.bagi menjayakan sesuatu matlamat di dalam organisasi yang dibentuk, sifat tanggungjawab pada setiap individu adalah penting terutama dalam berkumpulan. Untuk mengurus sesebuah organisasi itu juga,seseorang itu perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi.Hal ini bagi memastikan segala matlamat serta perancangan organisasi dapat direalisasikan.Apabila ilmu pengetahuan dikuasai,seseorang itu dapat mengetahui apa dan kenapa sesuatu tindakan itu perlu diambil.Begitu juga dengan pengalaman.Dengan adanya pengalaman,seseorang itu dapat mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang pernah dialami sebelum ini.Sekiranya sesuatu masalah timbul,maka seseorang itu dapat melihat alternatif-alternatif yang boleh diambil berdasarkan pengalaman dan perkara yg telah berlaku sebelum ini. Oleh yang demikian kombinasi antara ilmu pengetahuan serta pengalaman merupakan satu proses yang penting bagi mengurus

Organisasi Dan Pengurusan Bengkel Yang Berkesan 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

:)

Citation preview

ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN

2.0 Carta organisasi bengkel yang berkesan

2.1 Organisasi Induk Bengkel Kemahiran Hidup.

Pengenalan

Kredibiliti atau kejayaan sesebuah organisasi adalah bergantung sepenuhnya kepada kecekapan pengurusannya. Sesebuah organisasi secara umumnya mengandungi elemen-elemen yang penting dalam pengurusannya iaitu manusia, alatan, bahan-bahan, serta kemudahan dan infrastruktur yang kemas dan bersistematik. Kesemua ini adalah sangat penting kerana kebergantungan antaranya.bagi menjayakan sesuatu matlamat di dalam organisasi yang dibentuk, sifat tanggungjawab pada setiap individu adalah penting terutama dalam berkumpulan.

Untuk mengurus sesebuah organisasi itu juga,seseorang itu perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi.Hal ini bagi memastikan segala matlamat serta perancangan organisasi dapat direalisasikan.Apabila ilmu pengetahuan dikuasai,seseorang itu dapat mengetahui apa dan kenapa sesuatu tindakan itu perlu diambil.Begitu juga dengan pengalaman.Dengan adanya pengalaman,seseorang itu dapat mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang pernah dialami sebelum ini.Sekiranya sesuatu masalah timbul,maka seseorang itu dapat melihat alternatif-alternatif yang boleh diambil berdasarkan pengalaman dan perkara yg telah berlaku sebelum ini.

Oleh yang demikian kombinasi antara ilmu pengetahuan serta pengalaman merupakan satu proses yang penting bagi mengurus sesebuah organisasi.

Tujuan organisasi bengkel

Setiap organisasi yang dibentuk mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.Begitu juga dengan pembentukan sesebuah organisasi bengkel.Antara tujuan organisasi bengkel adalah untuk:

Pengagihan tugas guru dalam bengkel seperti tugas penyelenggaraan, stor, inventori, stok dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Mewujudkan satu tempat belajar yang lebih selesa, sentiasa bersih dan berada dalam suasana yang harmonis di bengkel sepanjang masa.

Pembahagian tugas dalam kelas menjadikan setiap pelajar akan rasa lebih bertanggungjawab terhadap tugas mereka di samping menerapkan nilai-nilai murni.

Memastikan keadaan bengkel sentiasa bersih, kemas dan selamat sepanjang masa.

SUMBER INTERNET :

HYPERLINK "http://keselamatanbengkel.weebly.com/organisasi-bengkel.html" http://keselamatanbengkel.weebly.com/organisasi-bengkel.html

PENGERUSI

Pengetua/Guru Besar

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup

SETIAUSAHA

Ketua Bidang/Panitia

NAIB PENGERUSI 3

Penolong Kanan Kokurikulum

NAIB PENGERUSI 2

Penolong kanan Hal Ehwal Murid

NAIB PENGERUSI 1

Penolong Kanan Pentadbiran

AKRONIM : gB,pK,Kp,gm

Organisasi Induk Bengkel :

Guru Besar

Penolong Kanan

Ketua Panitia

Guru Mata pelajaran

2.1.1 Bidang tugas organisasi induk Bengkel Kemahiran Hidup:

Pengetua / Guru Besar

Bertanggungjawab terhadap pembangunan fizikal, meningkatkan kurikulum dan kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hal pengurusan, pentadbiran, kewangan dan keselamatan.

Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.

Memastikan peruntukan kewangan bengkel digunakan dengan sewajarnya.

Penolong Kanan Pentadbiran

Menjalankan tugas Pengetua / Guru Besar semasa ketiadaannya.

Bertanggungjawab kepada Pengetua / Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.

Membantu Pengetua / Guru Besar menyelia dan menilai proses pengajaran.

Membantu Pengetua / Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Menjalankan tugas-tugas Pengetua / Guru Besar semasa ketiadaan Pengetua / Guru Besar dan Penolong Kanan 1.

Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kauseling, keselamatan dan kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama.

Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

Penolong Kanan Kokurikulum

Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan penolong kanan 1.

Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kokurikulum, sukan serta kebajikan dan kesihatan murid.

Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

SUMBER INTERNET

HYPERLINK "http://tangkapgambar.blogspot.com/2011/05/organisasi-dan-pengurusan-bengkel.html" http://tangkapgambar.blogspot.com/2011/05/organisasi-dan-pengurusan-bengkel.html

Ketua Bidang / Panitia

Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya.

Bertanggungjawab kepada pengetua dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya serta mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akedemik dan sahsiah pelajar.

Memantau guru-guru di bawah bidangnya dan mempastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Mengetahui setiap bahagian bidang mata pelajaran dan pengurusan bengkel,mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa peringkat panitia dan menguruskan bengkel.

Menerima borang yang berkaitan dengan pengurusan bengkel,menyimpan borang (storage) dan pengurusan stok dan inventori.

Ahli Jawatankuasa Kerja

Menyelia bengkel dan memastikan operasi bengkel berjalan dengan lancar.

Membantu tugas Ketua Panitia :

Menerima Borang,menyimpan barang (storage) dan pengurusan stok dan iventori