7
Perancangan Akademik JUL 401 BAHASA MALAYSIA Sidang Akademik 2015/2016

PA Jul 401 15-16.doc

  • Upload
    mir

  • View
    237

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PA Jul 401 15-16.doc

Perancangan Akademik

JUL 401BAHASA

MALAYSIA

Sidang Akademik 2015/2016

Page 2: PA Jul 401 15-16.doc

KOD KURSUS : JUS 401/2

KURSUS : BAHASA MALAYSIA

PENGURUS KURSUS : PROF. MADYA DR. YAHYA CHE LAH

E-MAIL : [email protected]

TELEFON : 04-6354569

SINOPSIS KURSUS

Tumpuan kursus ini adalah dalam bidang tatabahasa, penulisan dan penaakulan. Dalam bidang

tatabahasa, yang menjadi tumpuan adalah penggunaan imbuhan serta struktur frasa dan ayat,

dan penggunaan kata pemeri yang betul. Imbuhan-imbuhan yang diberi tumpuan adalah

imbuhan kan, -i, per-…-an, pen-…-an, dan –nya. Dari segi struktur, yang dijadikan tumpuan

adalah hukum D-M, ayat pasif yang pelakunya ganti nama diri orang pertama dan kedua, ayat

songsang dan majmuk seperti ayat yang bermula dengan apa…, ayat yang kata pancangnya

ialah yang mana, di mana dan lain-lain.

Sementara Dalam bidang penulisan pula, tumpuan diberikan kepada teknik dan strategi

penulisan yang baik – susunan, pengembangan, kepadanan, kesejarahan dan kesatuan–dalam

pelbagai bentuk: pemerian, penjelasan, penilaian, laporan, analisis, esei, hujahan,

perbincangan, kritikan dan rujukan.

Manakala dalam aspek penaakulan, perkara yang diutamakan adalah kemahiran menganalisis,

mensintesis, menghujah, merumus, dan membezakan sikap dan pendapat daripada fakta dalam

penulisan, dan juga keupayaan meneliti unsur-unsur tersebut dalam teks.

SILIBUS KURSUS

Tatabahasa

(a) Kata dan frasa nama: bentuk masing-masing; Hukum D-M; fungsi frasa nama dalam ayat:

ayat yang berpola FN + FN dan penggunaan kata pemeri ialah; penggunaan yang betul

bagi kata-kata seorang, seseorang, sesebuah, sesuatu dan sebagainya.

2

Page 3: PA Jul 401 15-16.doc

(b) Kata dan frasa kerja: tak transitif dan transitif. Pola ayat FN + FK; penukaran kata kerja

tak transitif menjadi kata nama; ayat transitif aktif dan transitif pasif.

(c) Penggunaan imbuhan -kan pada kata kerja transitif asal; penggunaan imbuhan -kan, -i dan

per- untuk menerbitkan kata kerja transitif daripada kata nama dan kata kerja tak transitif;

penerbitan kata nama daripada kata kerja transitif, perbezaannya dengan penerbitan kata

nama daripada kata kerja tak transitif.

(d) Kata dan frasa sendi nama; penggunaan kata-kata sendi nama; fungsi frasa sendi nama

dalam ayat; ayat FN + FS dan penggunaan kata pemeri adalah; mengemukakan

kesalahan-kesalahan yang banyak terdapat tentang penggunaan kata sendi dan frasa

sendi.

(e) Ayat: Ayat dasar dan ayat terbitan: ayat tunggal, ayat majmuk gabungan, ayat majmuk

pancangan dan ayat majmuk campuran.

Penulisan

(a) Teknik dan strategi penulisan yang baik, seperti penggunaan ayat tesis, penyangga major

dan penyangga minor, susunan, pengembangan, keteraturan fikiran (coherence), pautan

(cohesion) dan kesatuan (unity), serta permulaan dan penutup karangan yang baik.

(b) Teknik dan strategi ini akan dilatih penggunaannya dalam penulisan karangan tentang hal-

ehwal semasa yang berhubungan dengan isu-isu sosial, ekonomi, politik dan sains, seperti

Wawasan 2020, alam sekitar, pergerakan penggunaan, proses pembentukan bangsa,

penswastaan, buruh asing, ASEAN, Kumpulan Ekonomi Asia Timur, zaman perang dingin

dan pasca perang dingin, hubungan luar negara Malaysia dan sebagainya.

Penaakulan

(a) Kemahiran menganalisis, mensintesis, mentafsir, menghujah merumus dan membuat

kritikan.

(b) Kemahiran membezakan isi utama dan isi sampingan, membezakan fakta dan pendapat,

membezakan masalah dan isu, membezakan kenyataan literal dan kenyataan sindiran;

mengemukakan hujah untuk menyokong pendapat sendiri dan untuk menentang pendapat

3

Page 4: PA Jul 401 15-16.doc

dalam petikan; mengemukakan cadangan; mengenalpasti premis dan melihat hubungan

kesimpulan dengan premis; melihat kesilapan fakta dan alasan; dan membezakan emosi

dan fikiran penulisan.

(c) Petikan yang digunakan dalam kemahiran ini merangkumi peibagai genre penulisan

seperti sastera, politik, sosiologi, sains, falsafah, agama dan ekonomi.

KAEDAH PENGAJARAN

Kuliah akan diberikan dalam bentuk pakej multimedia (Multimedia Content Generator/Articulate

Presenter) atau rakaman kuliah. Pelajar boleh akses melalui web e-learning PPPJJ. Kaedah ini

sangat mirip kepada kuliah bersemuka seperti dalam kampus. Pelajar dapat mengikuti kuliah

secara lebih dekat kerana setiap pelajar akan mengikuti kuliah secara berasingan..

Pelajar yang mendaftar untuk mengikuti kursus ini akan dibekalkan dengan dua buah modul.

Sungguhpun demikian, pelajar amat digalakkan merujuk bahan-bahan bacaan tambahan seperti

yang tersenarai dalam senarai buku rujukan. Pelajar juga berpeluang bersemuka dengan

pensyarah semasa kursus intensif.

PENILAIAN KURSUS

Para pelajar dikehendaki memenuhi dua aspek penilaian rasmi seperti berikut:

Kerja Kursus 20%

i. Karangan (Lampiran l: Bahagian A)

ii. Kefahaman Bacaan (Lampiran l: Bahagian B)

Peperiksaan Berterusan* 20%

i. Tatabahasa (Lampiran II)

Peperiksaan Akhir 60%

i. Karangan (Lampiran lll: Bahagian A)

ii. Tatabahasa (Lampiran Ill: Bahagian B)

Markah Keseluruhan 100%

4

Page 5: PA Jul 401 15-16.doc

NOTA: SEMUA LAMPIRAN DI ATAS BOLEH DIAKSES DALAM E-PORTALSENARAI BUKU TEKS/RUJUKAN

[1] Murshidi Harun, Tan Hock Thye dan dan Yahya Che Lah (2009) Saranan bahasa Malaysia Universiti –Pemantapan Tatabahasa, Oxford Fajar: Kuala Lumpur.

[2}] Murshidi Harun, Tan Hock Thye dan dan Yahya Che Lah (2009) Saranan bahasa Malaysia Universiti –Pemantapan Karangan, Oxford Fajar: Kuala Lumpur.

[3] Murshidi Harun, Siti Hajar Ikhsan dan Tan Hock Thye (2002), Tatabahasa Pintas & Ulasan Karangan Bahasa Melayu: Pulau Pinang.

[4] Pusat Bahasa dan Terjemahan (1995), Bahasa Melayu Kemahiran, Universiti Sains Malaysia: Pustaka Reka.

[5] Raminah Hj. Sabran (1989), Kecekapan Berkomunikasi Dalam Bahasa Malaysia, Fajar Bakti: Petaling Jaya.

[6] Nik Safiah Kasim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Ab. Hamid Mahmood, (1989) Tatabahasa Dewan l Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

[6] Nik Safiah Kasim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa (1991) Tatabahasa Dewan ll, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

5