3
PANDUAN UNTUK MENULIS LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN Penyelidikan Tindakan berfokus kepada masalah dan tindakan yang khas dialami oleh sesorang guru di situasi sosialnya (sekolah/kelas) yang tersendiri. Justeru itu, laporan kajian anda harus menghuraikan keadaan-keadaan yang dialami oleh anda semasa anda menjalankan kajian tersebut. Tiada format tetap dalam penulisan laporan penyelidikan tindakan. Namun anda boleh gunakan perkara-perkara berikut sebagai garis panduan: Boleh gunakan format `cerita’ untuk melaporkan apa yang dilaksanakan. Gunakan kata-kata ganti nama seperti `Saya ...’ atau `Kami ...’ untuk menghuraikan apa yang anda laksanakan, apa yang anda fikirkan dan lain-lain. Penggunaan kata- kata ganti nama seperti ini membayangkan pengalaman atau `cerita’ anda yang tersendiri. Gunakan bahasa yang mudah untuk difahami. Sasaran laporan anda adalah untuk bacaan atau rujukan guru-guru atau penyelidik-penyelidik lain. Anda boleh ceritakan mengikut tajuk-tajuk kecil atau ceritakan seperti penulisan diari. Pastikan perkara- perkara berikut dirangkumi dalam penulisan `cerita’ anda: 1

Paduan penulisan laporan kt

Embed Size (px)

Citation preview

PANDUAN UNTUK MENULIS LAPORAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN

Penyelidikan Tindakan berfokus kepada masalah dan tindakan yang khas dialami oleh

sesorang guru di situasi sosialnya (sekolah/kelas) yang tersendiri. Justeru itu, laporan

kajian anda harus menghuraikan keadaan-keadaan yang dialami oleh anda semasa anda

menjalankan kajian tersebut. Tiada format tetap dalam penulisan laporan penyelidikan

tindakan. Namun anda boleh gunakan perkara-perkara berikut sebagai garis panduan:

Boleh gunakan format `cerita’ untuk melaporkan apa yang dilaksanakan.

Gunakan kata-kata ganti nama seperti `Saya ...’ atau `Kami ...’ untuk

menghuraikan apa yang anda laksanakan, apa yang anda fikirkan dan lain-lain.

Penggunaan kata-kata ganti nama seperti ini membayangkan pengalaman atau

`cerita’ anda yang tersendiri.

Gunakan bahasa yang mudah untuk difahami. Sasaran laporan anda adalah untuk

bacaan atau rujukan guru-guru atau penyelidik-penyelidik lain.

Anda boleh ceritakan mengikut tajuk-tajuk kecil atau ceritakan seperti penulisan

diari. Pastikan perkara-perkara berikut dirangkumi dalam penulisan `cerita’ anda:

1. Tajuk kajian – berikan satu tajuk yang sesuai dengan fokus kajian anda.

2. Nama pengkaji – nyatakan nama pengkaji dan tempat bertugas.

3. Pengenalan / latar belakang kajian – ceritakan konteks atau keadaan di

mana wujudnya masalah yang anda telah kaji.

4. Mengenal pasti masalah/ fokus kajian – ceritakan masalah yang anda

kajikan serta nyatakan soalan-soalan kajian yang berkaitan.

5. Tindakan – huraikan apakah tindakan yang anda telah laksanakan

termasuk tempoh dilaksanakan dan sebarang perubahsuaian.

6. Cara mengutip data – huraikan cara-cara anda gunakan untuk mengutip

maklumat atau data yang dapat menjawab soalan kajian anda.

7. Cara menganalisis data – huraikan cara anda analisis data yang dikutip.

Sekiranya perlu anda boleh paparkan jadual atau rajah untuk membantu

1

huraian anda terutamanya yang melibatkan data kuantitatif. Bagi data

kualitatif, anda boleh memetik kata-kata atau penulisan murid untuk

membantu huraian anda. Dalam bahagian ini, anda juga ceritakan dapatan-

dapatan kajian anda.

8. Interpretasi data - Ceritakan pandangan anda terhadap dapatan kajian.

Berikan penjelasan atau sebab-sebab yang mungkin dan munasabah

mengenai dapatan yang diperolehi. Tafsiran ini adalah berkaitan dengan

pengalaman and situasi kelas/sekolah anda.

9. Refleksi and membuat kesimpulan – huraikan apa yang disedari atau

dipelajari dari kajian anda. Nyatakan sama ada tindakan berjaya atau tidak

dan sebab-sebabnya. Huraikan perkara-perkara yang timbul yang tidak

dijangkai dan boleh merupakan fokus kajian yang seterusnya. Anda boleh

mengemukakan hipotesis atau cadangan tentatif mengenai sesuatu perkara

yang didapati dalam kajian ini untuk dijadikan fokus kajian seterusnya.

10. Rujukan – sertakan sebarang rujukan, jika ada.

2

Since action research looks at a situation from the viewpoint of the participants’ point of view, it [the report] will describe and explain “what is going on” in that same language as they used, namely, the common sense language people use to describe and explain human actions and social situations in everyday life. (p. 356)