Upload
dinhnhan
View
250
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
1
PANDUAN PENJAMINAN KUALITI
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2014
PEMENTORAN PENGESANAN
PENYELARASAN PEMANTAUAN
2
PRAKATA
Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya,
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menerbitkan
Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Justeru, saya
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan dokumen ini.
Penghasilan Panduan Penjaminan Kualiti PT3 ini ialah usaha Lembaga Peperiksaan
untuk memastikan penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PT3 yang menggunakan
instrumen pentaksiran berbentuk Ujian Bertulis, Ujian Lisan dan Pelbagai Instrumen
seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 67,
Seksyen 68, Seksyen 69 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan
Peperiksaan) 1997 adalah mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan demi
keadilan kepada calon serta menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor
pentaksiran.
Dokumen ini juga dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan PT3 iaitu
pentadbir sekolah dan guru-guru sebagai pentaksir, pegawai-pegawai
di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang menjalankan tugas penjaminan kualiti
dalam pentadbiran dan pemeriksaan.
Kejayaan PT3 amat bergantung kepada kerjasama, komitmen dan integriti yang
berterusan daripada semua pihak bagi mempertingkatkan tahap pelaksanaan PT3
demi menjaga imej negara di mata dunia. Saya berharap budaya kerja ini dipelihara
demi merealisasikan moto Lembaga Peperiksaan iaitu Adil, Sahih dan Amanah.
Terima kasih. DR NA’IMAH BINTI ISHAK Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia
3
KANDUNGAN
HALAMAN
PRAKATA
1.0 PERNYATAAN DASAR PT3
1.1 Definisi Pentaksiran Pusat
1.2 Syarat Calon PT3
1.3 Mata Pelajaran PT3
2.0 PENJAMINAN KUALITI PT3
2.1 Komponen Penjaminan Kualiti
2.2 Peranan Personel Pentaksiran
3.0 PERSONEL PENTAKSIRAN
3.1 Carta Organisasi Personel Pentaksiran
3.2 Pelantikan Personel Pentaksiran
3.3 Syarat Pelantikan Personel Pentaksiran
3.4 Kriteria Personel Pentaksiran
3.5 Surat Pelantikan Personel Pentaksiran
3.6 Senarai Semak Personel Pentaksiran
4
1.0
PERNYATAAN DASAR PT3
5
1.1 DEFINISI PENTAKSIRAN PUSAT
Pentaksiran Pusat (PP) adalah komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
yang merupakan pelengkap (compliment) kepada Pentaksiran Sekolah di mana
pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran ditaksir secara sumatif untuk melihat
penguasaan dan keupayaan intelek mereka di akhir satu program pembelajaran. LP
menyediakan PP menggunakan instrumen pentaksiran yang standard (standardised
instrument) bagi mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara
menyeluruh.
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah komponen pentaksiran pusat di peringkat
menengah rendah.
1.2 SYARAT CALON PT3
Murid Sekolah
1 Semua murid sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan / Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK) / sekolah di bawah agensi kerajaan / Sekolah
Menengah Agama Negeri (SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR),
SM Pendidikan Khas, dan sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM atau
Sekolah Swasta yang Tidak Berdaftar dengan KPM tetapi mengikuti kurikulum
kebangsaan hendaklah melaksanakan PP di peringkat menengah rendah,
dan
2 Murid berada di Tingkatan Tiga
Calon Persendirian
1 Calon tidak berada dalam sistem persekolahan.
dan
2 Calon telah berumur 14 tahun pada 1 Januari tahun pendaftaran.
PMAT
6
1.3 MATA PELAJARAN PT3
ELAJARAN PENTAKSIRAN PERINGKAT MENENGAH RENDAH Murid Sekolah - Menganut agama Islam
Pilihan Pertama Pilihan Kedua
1 Bahasa Melayu Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
3 Science Science
4 Mathematics Mathematics
5 Pendidikan Islam Pendidikan Islam
6 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Hidup Bersepadu
7 Sejarah Sejarah
8 Geografi Geografi
9 Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Iban
Murid Sekolah - Tidak menganut agama Islam
Pilihan Pertama Pilihan Kedua
1 Bahasa Melayu Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
3 Science Science
4 Mathematics Mathematics
5 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Hidup Bersepadu
6 Sejarah Sejarah
7 Geografi Geografi
8 Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Iban
7
Calon Persendirian - Menganut agama Islam
Pilihan Pertama Pilihan Kedua
1 Bahasa Melayu Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
3 Science Science
4 Mathematics Mathematics
5 Pendidikan Islam Pendidikan Islam
6 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Hidup Bersepadu
7 Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Iban
Calon Pensendirian - Tidak menganut agama Islam
Pilihan Pertama Pilihan Kedua
1 Bahasa Melayu Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
3 Science Science
4 Mathematics Mathematics
5 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Hidup Bersepadu
6 Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Iban
Nota : Calon Persendirian hanya dibenarkan menduduki Ujian Bertulis sahaja.
8
2.0
PENJAMINAN KUALITI PT3
9
2.1 KOMPONEN PENJAMINAN KUALITI
Penjaminan kualiti adalah piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PT3
mengikut garis panduan yang ditetapkan untuk menjaga kesahan dan
kebolehpercayaan skor demi keadilan kepada calon. Penjaminan kualiti PT3
dilaksanakan oleh Personel Pentaksiran yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan,
Jabatan Pendidikan Negeri dan Pengetua Sekolah.
Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PT3 dilakukan melalui aktiviti Pementoran,
Pengesanan, Pemantauan dan Penyelarasan.
PEMENTORAN Pementoran dilaksanakan bagi menyampaikan maklumat mengenai
pelaksanaan PT3. Ini dilakukan dengan memberi latihan peningkatan
profesionalisme kepada Personel Pentaksiran dalam aspek
Pemasangan Instrumen Pentaksiran dan Pemeriksaan Skrip
Jawapan. Pentaksir diberi pendedahan dan latihan mengenai ilmu
pentaksiran dan pemeriksaan skrip jawapan bagi memastikan tugas
pentaksiran dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah demi
menjaga kesahan dan kebolehpercayaan skor calon.
PEMANTAUAN Pemantauan dilaksanakan bagi mengawal selia pelaksanaan PT3. Ini
dilakukan bagi memastikan instrumen PT3 disediakan dan ditadbir
mengikut Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Pentadbiran PT3,
Takwim, Jadual Kerja, Peraturan Pentadbiran dan Arahan Tugasan
yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.
PENGESANAN Pengesanan dilaksanakan bagi menilai instrumen pentaksiran. Ini
dilakukan dengan membuat Verifikasi Pemasangan Instrumen
Pentaksiran iaitu mengesahkan instrumen telah disediakan mengikut
Panduan Pemasangan Instrumen dan dicetak mengikut spesifikasi
yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
PENYELARASAN Penyelarasan dilaksanakan bagi memastikan keseragaman
penskoran. Ini dilakukan dengan membuat moderasi pemeriksaan dan
verifikasi skor. Moderasi Pemeriksaan bertujuan untuk memastikan
keseragaman dan ketekalan pemeriksaan skrip jawapan calon
berpandukan Panduan Penskoran yang disediakan oleh Lembaga
Peperiksaan. Verifikasi Penskoran bertujuan memastikan skor yang
diberikan kepada calon adalah berdasarkan skrip jawapan calon dan
menepati keupayaan sebenar calon serta pengiraan markah calon
dibuat dengan tepat.
10
2.2 PERANAN PERSONEL PENTAKSIRAN
2.2.1 PEMENTORAN
Pementoran dilaksanakan bagi menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan
PT3. Ini dilakukan dengan memberi latihan peningkatan profesionalisme kepada
Personel Pentaksiran dalam aspek Pemasangan Instrumen Pentaksiran dan
Pemeriksaan Skrip Jawapan. Pentaksir diberi pendedahan dan latihan mengenai
ilmu pentaksiran dan pemeriksaan skrip jawapan bagi memastikan tugas pentaksiran
dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah demi menjaga kesahan dan
kebolehpercayaan skor calon.
PEMENTORAN
i. Mengadakan latihan pemasangan instrumen bagi meningkatkan kompetensi
guru dan memastikan guru faham kaedah pemasangan instrumen
pentaksiran PT3.
ii. Mengadakan latihan pemeriksaan skrip jawapan bagi meningkatkan
kompetensi guru dan memastikan guru dapat memeriksa skrip jawapan PT3
dengan adil, sahih dan amanah demi menjaga kesahan dan
kebolehpercayaan skor calon.
iii. Menilai kefahaman guru dan kesediaan guru untuk menjalankan pentaksiran.
11
PT3/P
PEMENTORAN
Nama Guru : ……………………………………………………………………..
Sekolah : ……………………………………………………………………..
Mata Pelajaran : ……………………………………………………………………..
ARAHAN
Sila tandakan (√) pada Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.
BIL PERNYATAAN YA TIDAK
A. Kefahaman mengenai Pemasangan Instrumen Pentaksiran.
1. Pemilihan item berdasarkan blok item pentaksiran.
2. Percetakan instrumen mengikut blok item.
3. Penyusunan instrumen mengikut nombor soalan dan halaman.
4. Keperluan semakan teknikal dari aspek cetakan.
5. Kepentingan penyimpanan mengikut prosedur keselamatan.
B. Kefahaman mengenai Pemeriksaan Skrip Jawapan.
1. Kepentingan memahami kehendak soalan.
2. Kepentingan mematuhi panduan penskoran.
3. Perbezaan teknik pemeriksaan secara holistik dan analitik.
4. Kepentingan Moderasi bagi tujuan penyelarasan pemeriksaan.
5. Keperluan Verifikasi skor bagi tujuan semakan teknikal dan kesahan skor.
Tandatangan : Tarikh:
12
CARTA ALIR PEMENTORAN
MULA
Guru dapat membuat pemasangan instrumen pentaksiran berdasarkan Panduan Pemasangan Instrumen.
Pegawai LP/ Pentaksir/Pentadbir Sekolah menyampaikan taklimat pemeriksaan skrip jawapan berdasarkan Panduan Penskoran dan membuat latihan pemeriksaan skrip jawapan.
Guru dapat membuat pemeriksaan skrip jawapan berdasarkan Panduan Penskoran.
Pegawai LP /Pentaksir/Pentadbir Sekolah mengesahkan guru boleh dilantik sebagai Personel Pentaksiran.
TAMAT
Tidak
Pentadbir Sekolah menyampaikan semula taklimat.
Pegawai LP /Pentaksir/Pentadbir Sekolah menyampaikan taklimat Pemasangan Instrumen Pentaksiran.
Ya
Ya
Tidak
Pentadbir Sekolah menyampaikan semula taklimat.
13
2.2.2 PENGESANAN
Pengesanan dilaksanakan bagi menilai instrumen pentaksiran. Ini dilakukan dengan membuat Verifikasi Pemasangan Instrumen Pentaksiran iaitu mengesahkan instrumen telah disediakan mengikut Panduan Pemasangan Instrumen dan dicetak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
PENGESANAN- VERIFIKASI PEMASANGAN INSTRUMEN
i. Menyemak instrumen yang telah dipasang oleh guru yang dilantik oleh
Pengetua.
ii. Memastikan instrumen menepati Panduan Pemasangan Instrumen.
iii. Memastikan instrumen menepati aspek cetakan teknikal.
14
PT3/VI
VERIFIKASI INSTRUMEN PENTAKSIRAN
Nama Pentaksir : ……………………………………………………………………..
Sekolah : ……………………………………………………………………..
Mata Pelajaran : ……………………………………………………………………..
ARAHAN
Sila tandakan (√) pada Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.
BIL PERNYATAAN YA TIDAK
1.
Instrumen dipasang berpandukan Panduan Pemasangan Intrumen.
2. Instrumen dipasang dari item yang dimuat turun dari Aplikasi PT3.
3. Bilangan soalan cukup.
4. Susunan soalan mengikut turutan.
5. Jumlah halaman cukup.
6. Cetakan gambar rajah jelas.
7. Cetakan soalan jelas.
8. Halaman hadapan memaparkan mata pelajaran yang betul.
9. Halaman hadapan memaparkan tempohn masa yang betul.
10. Instrumen menepati Panduan Pemasangan Instrumen dan boleh disahkan oleh Pengetua.
Tandatangan : Tarikh:
15
CARTA ALIR PEMASANGAN DAN VERIFIKASI INSTRUMEN
OLEH PERSONEL PENTAKSIR SEKOLAH
MULA
Guru yang dilantik oleh Pengetua membuat pemasangan instrumen berdasarkan Panduan Pemasangan Instrumen.
Guru menyerahkan instrumen kepada Ketua Panitia untuk diverifikasi.
Ketua Panitia membuat verifikasi instrumen bagi memastikan instrumen menepati Panduan Pemasangan Instrumen.
Instrumen menepati Panduan Pemasangan Instrumen.
Ketua Panitia menyerahkan instrumen pentaksiran kepada Personel Pentaksiran untuk verifikasi instrumen.
A
Ya
Tidak
Guru memasang dan mencetak semula instrumen
Sekolah memuat turun Item dan Panduan Pemasangan Instrumen dari Aplikasi PT3.
16
CARTA ALIR VERIFIKASI INSTRUMEN OLEH KPK, KPN, KPKw DAN PKw
A
Ketua Panitia menyerahkan instrumen pentaksiran kepada Personel Pentaksiran untuk diverifikasi.
Personel Pentaksiran membuat verifikasi instrumen bagi memastikan instrumen menepati Panduan Pemasangan Instrumen.
Instrumen menepati Panduan Pemasangan Instrumen.
Personel Pentaksiran membuat verifikasi instrumen.
Instrumen diserahkan kepada Pengetua untuk Pengesahan.
Guru memperbanyakkan instrumen pentaksiran dan menyimpan mengikut prosedur keselamatan.
TAMAT
Ya
Tidak
Guru memasang semula instrumen
17
2.2.3 PEMANTAUAN
Pemantauan dilaksanakan bagi mengawal selia pelaksanaan PT3. Ini dilakukan
bagi memastikan instrumen PT3 disediakan dan ditadbir mengikut Garis Panduan
Pengurusan Keselamatan Pentadbiran PT3, Takwim, Jadual Kerja, Peraturan
Pentadbiran dan Arahan Tugasan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.
PEMANTAUAN PENTADBIRAN
i. Memastikan penyediaan dan pentadbiran Instrumen PT3 mematuhi dokumen Lembaga Peperiksaan.
ii. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PT3.
iii. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PT3.
iv. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran dalam pelaksanaan PT3.
18
PT3/PP
PEMANTAUAN PENTADBIRAN
Nama Pentaksir : ……………………………………………………………………..
Sekolah : ……………………………………………………………………..
Instrumen : Ujian Bertulis/ Ujian Lisan/ Pelbagai Instrumen
ARAHAN
Sila tandakan (√) pada Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.
BIL PERNYATAAN YA TIDAK
A. Pematuhan kepada dokumen Lembaga Peperiksaan.
1. Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Pentadbiran PT3.
2. Takwim PT3.
3. Jadual Kerja PT3.
4. Peraturan Pentadbiran PT3.
5. Arahan Penyediaan Instrumen dan Arahan Pelaksanaan Tugasan.
B. Pematuhan kepada dokumen Sekolah.
1. Jadual Waktu Ujian Bertulis.
2. Jadual Kerja / Senarai Semak Pelbagai Instrumen.
3. Jadual Sidang Ujian Lisan-Mendengar / Jadual Ujian Lisan-Bertutur.
4. Peraturan Penyediaan dan Penyimpanan Instrumen Pentaksiran.
5. Peraturan Pemeriksaan dan Penyimpanan Skrip Jawapan Calon.
CATATAN PENTAKSIR:
a. PT3 ditadbir dengan MEMATUHI / TIDAK MEMATUHI peraturan dalam dokumen PT3 Lembaga
Peperiksaan.
b. Dokumen PT3 peringkat sekolah disediakan dengan MEMATUHI / TIDAK MEMATUHI peraturan dalam dokumen PT3 Lembaga Peperiksaan.
Tandatangan : Tarikh:
19
CARTA ALIR PEMANTAUAN PENTADBIRAN PT3
MULA
Dokumen pentadbiran PT3 sekolah akur dengan dokumen Lembaga Peperiksaan.
Pegawai LP/JPN/PPD memantau pentadbiran PT3 menepati arahan dan pentadbiran Lembaga Peperiksaan.
Pentadbiran PT3 menepati arahan dan pentadbiran Lembaga Peperiksaan.
Pegawai LP/JPN/PPD mengesahkan pentadbiran PT3 menepati arahan dan pentadbiran Lembaga Peperiksaan.
TAMAT
Tidak
Pentadbir sekolah menyediakan semula dokumen.
Pegawai LP/JPN/PPD menyemak dokumen pentadbiran PT3 yang disediakan oleh Sekolah.
Ya
Ya
Tidak
Pentadbir sekolah membuat teguran dan membetulkan cara pentadbiran PT3.
20
2.2.4 PENYELARASAN
Penyelarasan dilaksanakan bagi memastikan keseragaman penskoran. Ini dilakukan
dengan membuat moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor. Moderasi Pemeriksaan
bertujuan untuk memastikan keseragaman dan ketekalan pemeriksaan skrip
jawapan calon berpandukan Panduan Penskoran yang disediakan oleh Lembaga
Peperiksaan. Verifikasi Penskoran bertujuan memastikan skor yang diberikan
kepada calon adalah berdasarkan skrip jawapan calon dan menepati keupayaan
sebenar calon serta pengiraan markah calon dibuat dengan tepat.
PENYELARASAN – MODERASI PEMERIKSAAN
i. Mengadakan latihan pemeriksaan bagi memastikan guru faham dengan panduan
penskoran.
ii. Menjalankan pemeriksaan rawak / semak balas sepuluh peratus (10%) atau
sekurang-kurangnya sepuluh (10) sampel hasil kerja murid yang telah diperiksa
oleh guru mata pelajaran bagi memastikan pemeriksaan menepati panduan
penskoran, ketekalan dalam pemeriksaan dan konsistensi dalam pemberian skor.
Pemilihan skrip jawapan adalah berdasarkan tiga aras pencapaian murid iaitu
rendah, sederhana dan tinggi.
iii. Memastikan guru menjalankan pemeriksaan semula sekiranya pemeriksaan guru
tidak menepati panduan penskoran.
21
Guru perlu menyemak semula cara pemeriksaan dan keakuran pada panduan
penskoran sekiranya beza skor antara pemeriksaan guru dan pentaksir
adalah/melebihi 5 % markah.
Contohnya:
Markah penuh 100 markah
ANGKA
GILIRAN
CALON
SKOR
GURU
SKOR
PENTAKSIR
BEZA (+-) CATATAN
V100 A001 80 85 5% Guru perlu
menyemak semula
cara pemeriksaan
skrip jawapan dan
memastikan
pemeriksaan
mematuhi panduan
penskoran
V100 A100 70 65 5%
V100 A150 59 64 5%
V100 A185 60 61 1% Guru telah
memeriksa skrip
jawapan dengan
mematuhi panduan
penskoran
V100 A190 70 68 2%
V100 A200 68 69 1%
Guru perlu memeriksa semula kesemua skrip jawapan sekiranya 25 % atau
lebih skrip jawapan yang dimoderasi menunjukkan perbezaan skor adalah/melebihi
5 %.
Contohnya:
BILANGAN
CALON
PERATUS/BILANGAN
SKRIP JAWAPAN
YANG
DIMODERASI
PERATUS/BILANGAN SKRIP
JAWAPAN YANG BEZA SKOR
ANTARA MARKAH GURU DAN
SKOR PENTAKSIR
ADALAH/MELEBIHI 5 %
CATATAN
200 10 %
(20 skrip jawapan)
30%
(6 skrip jawapan) Guru memeriksa semula semua skrip jawapan
di bawah tanggungjawabnya.
120 10 %
(12 skrip jawapan)
25%
(3 skrip jawapan)
200 10 %
(20 skrip jawapan)
20%
(4 skrip jawapan) Guru tidak perlu
memeriksa semula semua skrip jawapan
di bawah tanggungjawabnya. 120
10 %
(12 skrip jawapan)
17%
(2 skrip jawapan)
22
PENYELARASAN - VERIFIKASI SKOR
i. Memastikan skor diberikan adalah berdasarkan skrip jawapan calon dan menepati
keupayaan sebenar calon.
ii. Memastikan guru konsisten dalam pemberian skor bagi menjamin kesahan dan
kebolehpercayaan skor.
iii. Menyemak secara rawak sepuluh peratus (10%) atau sekurang-kurangnya sepuluh
(10) sampel hasil kerja murid bagi memastikan tiada kesilapan dalam pemberian
dan pengiraan skor.
iv. Memaklumkan bahawa guru perlu memeriksa semula kesemua skrip jawapan
sekiranya 25 % atau lebih skrip jawapan yang dimoderasi menunjukkan perbezaan
skor adalah/melebihi 5 %.
Contohnya:
BIL ANGKA GILIRAN CALON
SKOR GURU
SKOR PENTAKSIR
PERATUS BEZA SKOR
AKUR PANDUAN
PENSKORAN
TIDAK AKUR PANDUAN
PENSKORAN
KESILAPAN MENJUMLAH
1 V 100 A001 80 84 4 √
2 V 100 A 005 90 90 0 √
3 V 100 A010 95 92 3 √
4 V 100 A015 93 87 6 √
5 V 100 A018 90 89 1 √
6 V 100 A021 80 86 6 √
7 V 100 A025 80 83 3 √
8 V 100 A027 90 94 4 √
9 V 100 A031 80 77 3 √
10 V 100 A034 80 81 1 √
11 V 100 A100 70 75 5 √
12 V 100 A111 80 83 3 √
JUMLAH 9 3
PERATUS 75% 25%
CATATAN PENTAKSIR:
a. Guru PERLU / TIDAK PERLU memeriksa semula SEMUA skrip jawapan di bawah tanggungjawabnya. b. Ketua Panitia PERLU / TIDAK PERLU menjalankan semula moderasi pemeriksaan skrip jawapan bagi skrip
yang diperiksa semula. c. Skor BOLEH / TIDAK BOLEH dihantar ke Lembaga Peperiksaan.
23
PT3/MP
MODERASI PEMERIKSAAN
Nama Pentaksir : ……………………………………………………………………..
Sekolah : ……………………………………………………………………..
Nama Guru : ……………………………………………………………………..
Tingkatan : ……………………………………………………………………..
Mata Pelajaran : ……………………………………………………………………..
Bilangan skrip yang diselaras : ……………………………………………………………………..
ARAHAN
Senarai semak ini berkaitan moderasi pemeriksaan skrip jawapan. Sila tandakan (√) pada Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.
BIL PERNYATAAN YA TIDAK
1.
Guru mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kandungan mata pelajaran yang diperiksa.
2. Guru mengajar mata pelajaran yang diperiksa.
3. Guru memahami tugasan.
4. Guru menguasai panduan penskoran.
5. Guru mempunyai kefahaman yang selaras dengan guru lain tentang panduan penskoran.
6. Guru kompeten dalam menjalankan pemeriksaan skrip jawapan berdasarkan panduan penskoran dan akur panduan penskoran.
7. Guru memberi skor yang menepati jawapan murid.
8. Guru konsisten dalam pemberian skor.
9. Guru menjumlahkan markah dengan tepat.
10. Guru tidak perlu membuat pemeriksaan semula kerana telah menepati panduan penskoran.
Tandatangan : Tarikh:
24
PT3/VS
VERIFIKASI SKOR
Nama Pentaksir : ……………………………………………………………………..
Sekolah : ……………………………………………………………………..
Nama Guru : ……………………………………………………………………..
Mata Pelajaran : ……………………………………………………………………..
BIL ANGKA GILIRAN CALON SKOR GURU
SKOR PENTAKSIR
PERATUS BEZA SKOR
AKUR PANDUAN
PENSKORAN
TIDAK AKUR PANDUAN
PENSKORAN
KESILAPAN MENJUMLAH
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
JUMLAH
PERATUS
CATATAN PENTAKSIR:
a. Guru PERLU / TIDAK PERLU memeriksa semula SEMUA skrip jawapan di bawah
tanggungjawabnya. b. Ketua Panitia PERLU / TIDAK PERLU menjalankan semula moderasi pemeriksaan skrip
jawapan bagi skrip yang diperiksa semula.
c. Skor BOLEH / TIDAK BOLEH dihantar ke Lembaga Peperiksaan.
Tandatangan : Tarikh:
25
PT3/LMV
LAPORAN MODERASI PEMERIKSAAN DAN VERIFIKASI SKOR
Nama Pentaksir : ……………………………………………………………………..
Sekolah : ……………………………………………………………………..
Mata Pelajaran : ……………………………………………………………………..
Bilangan guru yang diselaras : ……………………………………………………………………..
ARAHAN
Senarai semak berikut berkaitan dengan aktiviti moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor . Sila tuliskan peratus Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.
BIL PERNYATAAN PERATUS
YA TIDAK
1.
Guru mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kandungan mata pelajaran yang diperiksa.
2. Guru mengajar mata pelajaran yang diperiksa.
3. Guru memahami tugasan.
4. Guru menguasai panduan penskoran
5. Guru mempunyai kefahaman yang selaras dengan guru lain tentang panduan penskoran
6. Guru kompeten dalam menjalankan pemeriksaan skrip jawapan berdasarkan panduan penskoran
7. Guru memberi skor yang menepati jawapan murid
8. Guru konsisten dalam pemberian skor
9. Guru menjumlahkan markah dengan tepat.
10. Guru tidak perlu membuat pemeriksaan semula kerana pemeriksaan telah menepati panduan penskoran
CATATAN:
....................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................
Tandatangan : Tarikh:
26
CARTA ALIR MODERASI PEMERIKSAAN DAN VERIFIKASI SKOR
OLEH PENTADBIR SEKOLAH
MULA
Guru mata pelajaran Tingkatan 3 yang dilantik oleh Pengetua memeriksa skrip jawapan calon berpandukan Panduan Penskoran.
Guru mata pelajaran Tingkatan 3 menyerahkan skrip jawapan calon kepada Ketua Panitia untuk dimoderasi pemeriksaan dan diverifikasi skor.
Ketua Panitia membuat moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor bagi memastikan pemeriksaan menepati Panduan Penskoran.
Pemeriksaan menepati Panduan Penskoran.
Guru mata pelajaran meneruskan pemeriksaan skrip jawapan calon.
A
Ya
Tidak
Guru mata pelajaran memeriksa semula skrip jawapan calon.
Sekolah memuat turun Aplikasi PT3 yang mengandungi item dan Panduan Penskoran.
27
CARTA ALIR MODERASI PEMERIKSAAN DAN VERIFIKASI SKOR OLEH KPK, KPN, KPKw DAN PKw
A
Ketua Panitia membuat moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor bagi memastikan pemeriksaan menepati Panduan Penskoran.
Ketua Panitia menyerahkan skrip jawapan calon kepada Personel Pentaksiran untuk dimoderasi pemeriksaan dan diverifikasi skor.
Personel Pentaksiran membuat moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor bagi memastikan pemeriksaan menepati Panduan Penskoran.
Pemeriksaan menepati Panduan Penskoran.
Personel Pentaksiran membuat verifikasi skor.
TAMAT
Ya
Tidak
Guru mata pelajaran memeriksa semula skrip jawapan calon.
28
3.0
PERSONEL PENTAKSIRAN PT3
29
3.1 CARTA ORGANISASI PERSONEL PENTAKSIRAN
KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN (KPK)
(1 KPK untuk setiap mata pelajaran)
KETUA PENTAKSIR NEGERI (KPN)
(1 KPN untuk setiap mata pelajaran di setiap negeri)
KETUA PENTAKSIR KAWASAN (KPKw)
(1 KPKw untuk setiap mata pelajaran di setiap daerah)
PENTAKSIR KAWASAN (PKw)
(1 PKw untuk setiap mata pelajaran bagi setiap lima sekolah)
KETUA PENTAKSIR SEKOLAH (KPS)
(1 KPS untuk setiap sekolah terdiri daripada Pengetua sekolah)
KETUA PENTAKSIR MATA PELAJARAN (KPMp)
(1 KPMp untuk setiap mata pelajaran terdiri daripada Ketua Panitia)
PENTAKSIR MATA PELAJARAN (PMp)
(1 PMp untuk setiap mata pelajaran terdiri daripada guru tingkatan 3)
30
3.2 PELANTIKAN PERSONEL PENTAKSIRAN
JAWATAN PELANTIKAN
Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK)
Lembaga Peperiksaan Ketua Pentaksir Negeri (KPN)
Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw)
Pentaksir Kawasan (PKw) Jabatan Pendidikan Negeri
Ketua Pentaksir Sekolah (PS)
Sekolah Ketua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMp)
Pentaksir Mata Pelajaran (PMp)
31
3.3 SYARAT PELANTIKAN PERSONEL PENTAKSIRAN
KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN (KPK)
i. Mengajar mata pelajaran tingkatan tiga di sekolah kerajaan.
ii. Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa.
iii. Pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan selama 7 tahun atau lebih.
iv. Menerima latihan pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.
v. Menerima latihan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.
KETUA PENTAKSIR NEGERI (KPN)
i. Mengajar mata pelajaran tingkatan tiga di sekolah kerajaan.
ii. Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa.
iii. Pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan selama 7 tahun atau lebih.
iv. Menerima latihan pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.
v. Menerima latihan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.
KETUA PENTAKSIR KAWASAN (KPKw)
i. Mengajar mata pelajaran tingkatan tiga di sekolah kerajaan.
ii. Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa.
iii. Pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan selama 5 tahun atau lebih.
iv. Menerima latihan pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.
v. Menerima latihan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.
32
PENTAKSIR KAWASAN (PKw)
i. Mengajar mata pelajaran tingkatan tiga di sekolah kerajaan.
ii. Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa.
iii. Pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan selama 3 tahun atau lebih.
iv. Menerima latihan pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.
v. Menerima latihan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.
KETUA PENTAKSIR SEKOLAH (KPS)
i. Pengetua Sekolah.
ii. Memahami komponen Penjaminan Kualiti PT3 dan cara pelaksanaan.
iii. Memahami prinsip pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.
iv. Memahami prinsip moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.
33
KETUA PENTAKSIR MATA PELAJARAN (KPMp)
i. Ketua Panitia bagi setiap mata pelajaran tingkatan tiga.
ii. Mempunyai pengetahuan mengenai kandungan mata pelajaran.
iii. Memahami prinsip pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.
iv. Memahami prinsip moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.
PENTAKSIR MATA PELAJARAN (PMp)
i. Pelantikan oleh Pengetua sekolah
ii. Mengajar mata pelajaran tingkatan tiga.
iii. Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa.
iv. Menerima latihan pemasangan instrumen.
v. Menerima latihan pemeriksaan skrip jawapan.
34
3.4 KRITERIA PERSONEL PENTAKSIRAN
Personel Pentaksiran yang berkualiti perlu mempunyai pengetahuan khusus dalam
mata pelajaran yang ditaksir, ilmu pentaksiran dan pemeriksaan serta mempraktiskan
integriti dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab sebagai personel
pentaksiran.
Personel Pentaksiran hendaklah
PENGETAHUAN AKADEMIK
i. Mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan
ii. Menguasai sukatan dan huraian sukatan mata pelajaran berkenaan.
iii. Mengajar mata pelajaran di peringkat Tingkatan 1 hingga 3.
PENGETAHUAN PENTAKSIRAN
i. Mengetahui konsep dan definisi pentaksiran.
ii. Memahami maksud konstruk dan konteks pada item.
iii. Memahami kata tugas, aras kesukaran item dan pembahagian markah bagi setiap item.
iv. Memahami cara pemasangan instrumen.
v. Memahami peraturan pemarkahan dan perbezaan cara penskoran analitik dan holistik.
vi. Mengetahui prinsip moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.
35
3.5 SURAT PELANTIKAN PERSONEL PENTAKSIRAN
SURAT PELANTIKAN
i. Lembaga Peperiksaan bertanggungjawab mengeluarkan surat pelantikan sebagai
Ketua Pentaksir Kebangsaan, Ketua Pentaksir Negeri dan Ketua Pentaksir
Kawasan.
ii. Jabatan Pendidikan Negeri bertanggungjawab mengeluarkan surat pelantikan
sebagai Pentaksir Kawasan.
iii. Surat Pelantikan ini adalah sebagai punca kuasa kepada personel pentaksiran
untuk menjalankan pemeriksaan serta melaksanakan aktiviti penjaminan kualiti
verifikasi instrumen, moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.
iv. Pelantikan sebagai personel pentaksiran ini adalah sah untuk tahun semasa dan
Lembaga Peperiksaan boleh membatalkan pelantikan tersebut sekiranya guru yang
dilantik didapati tidak mematuhi perkara yang dinyatakan sebagai syarat seperti
di dalam surat pelantikan.
v. Surat makluman kepada Pengetua sekolah dikeluarkan untuk memaklumkan
pelantikan guru-guru mata pelajaran di sekolah sebagai Personel Pentaksiran.
36
SURAT PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN
Nombor Rujukan dan Tarikh
Nama dan Alamat Personel Pentaksiran Tuan/Puan, PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2014 PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN KOD PENTAKSIR : NAMA KERTAS : KOD KERTAS :
Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia melantik tuan/puan sebagai Ketua Pentaksir Kebangsaan.
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:
3.1 menjalankan penjaminan kualiti untuk satu instrumen pentaksiran sahaja; 3.2 membuat verifikasi instrumen pentaksiran, melaksanakan moderasi pemeriksaan skrip
jawapan, membuat verifikasi skor dan memeriksa skrip jawapan;
3.3 meminta kebenaran Pengetua sekiranya aktiviti penjaminan kualiti diadakan pada hari persekolahan;
3.4 melaksanakan penjaminan kualiti dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan; 3.5 membuat tuntutan mengikut kadar tuntutan Pekeliling Perbendaharan, Surat Pekeliling
Perbendaharaan dan Surat Kementerian Kewangan Malaysia yang sedang berkuatkuasa bagi perkara berikut:
i. skrip jawapan yang diperiksa;
ii. tuntutan elaun perjalanan kenderaan, elaun makan/elaun harian dan elaun sewa hotel/lojing dan lain-lain tuntutan yang berkaitan;
3.6 tidak mengikuti sebarang kursus di mana-mana institusi sepanjang menjalankan tugas
pemeriksaan; 3.7 memaklumkan dengan segera secara bertulis kepada Pengarah Pendidikan Negeri tuan/puan
dan Pengarah Peperiksaan (u.p.:Unit PMR), sekiranya tuan/puan tidak dapat menjalankan tugas ini;
4. Pelantikan tuan/puan adalah untuk tahun semasa dan Lembaga Peperiksaan boleh membatalkan pelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di atas. 5. Kod Pentaksir tuan/puan adalah seperti tercatat di atas. Sila gunakan kod tersebut dalam semua urusan berkaitan PT3 dengan Lembaga Peperiksaan. 6. Senarai nama Ketua Pentaksir Negeri dalam kumpulan tuan/puan akan dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan.
7. Lembaga Peperiksaan berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah, Tandatangan, Nama dan Alamat
37
SURAT PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR NEGERI
Nombor Rujukan dan Tarikh
Nama dan Alamat Personel Pentaksiran Tuan/Puan, PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) 2014 PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR NEGERI KOD PENTAKSIR : NAMA KERTAS : KOD KERTAS :
Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia melantik tuan/puan sebagai Ketua Pentaksir Negeri.
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:
3.1 menjalankan penjaminan kualiti untuk satu instrumen pentaksiran sahaja; 3.2 membuat verifikasi instrumen pentaksiran, melaksanakan moderasi pemeriksaan skrip
jawapan, membuat verifikasi skor dan memeriksa skrip jawapan;
3.3 meminta kebenaran Pengetua sekiranya aktiviti penjaminan kualiti diadakan pada hari sekolah; 3.4 melaksanakan penjaminan kualiti dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan; 3.5 membuat tuntutan mengikut kadar tuntutan Pekeliling Perbendaharan, Surat Pekeliling
Perbendaharaan dan Surat Kementerian Kewangan Malaysia yang sedang berkuatkuasa bagi perkara berikut:
i. skrip jawapan yang diperiksa;
ii. tuntutan elaun perjalanan kenderaan, elaun makan/elaun harian dan elaun sewa hotel/lojing dan lain-lain tuntutan yang berkaitan;
3.6 tidak mengikuti sebarang kursus di mana-mana institusi sepanjang menjalankan tugas pemeriksaan; 3.7 memaklumkan dengan segera secara bertulis kepada Pengarah Pendidikan Negeri tuan/puan
dan Pengarah Peperiksaan (u.p.:Unit PMR), sekiranya tuan/puan tidak dapat menjalankan tugas ini;
4. Pelantikan tuan/puan adalah untuk tahun semasa dan Lembaga Peperiksaan boleh membatalkan pelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di atas. 5. Kod Pentaksir tuan/puan adalah seperti tercatat di atas. Sila gunakan kod tersebut dalam semua urusan berkaitan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dengan Lembaga Peperiksaan. 6. Senarai nama Ketua Pentaksir Kawasan dalam kumpulan tuan/puan akan dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan.
7. Lembaga Peperiksaan berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah, Tandatangan, Nama dan Alamat
38
SURAT PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR KAWASAN
Nombor Rujukan dan Tarikh
Nama dan Alamat Personel Pentaksiran Tuan/Puan, PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2014 PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR KAWASAN KOD PENTAKSIR : NAMA KERTAS : KOD KERTAS :
Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia melantik tuan/puan sebagai Ketua Pentaksir Kawasan.
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:
3.1 menjalankan penjaminan kualiti untuk satu instrumen pentaksiran sahaja; 3.2 membuat verifikasi instrumen pentaksiran, melaksanakan moderasi pemeriksaan skrip
jawapan, membuat verifikasi skor dan memeriksa skrip jawapan;
3.3 meminta kebenaran Pengetua sekiranya aktiviti penjaminan kualiti diadakan pada hari persekolahan;
3.4 melaksanakan penjaminan kualiti dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan; 3.5 membuat tuntutan mengikut kadar tuntutan Pekeliling Perbendaharan, Surat Pekeliling
Perbendaharaan dan Surat Kementerian Kewangan Malaysia yang sedang berkuatkuasa bagi perkara berikut:
i. skrip jawapan yang diperiksa;
ii. tuntutan elaun perjalanan kenderaan, elaun makan/elaun harian dan elaun sewa hotel/lojing dan lain-lain tuntutan yang berkaitan;
3.6 tidak mengikuti sebarang kursus di mana-mana institusi sepanjang menjalankan tugas pemeriksaan; 3.7 memaklumkan dengan segera secara bertulis kepada Pengarah Pendidikan Negeri tuan/puan
dan Pengarah Peperiksaan (u.p.:Unit PMR), sekiranya tuan/puan tidak dapat menjalankan tugas ini;
4. Pelantikan tuan/puan adalah untuk tahun semasa dan Lembaga Peperiksaan boleh membatalkan pelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di atas. 5. Kod Pentaksir tuan/puan adalah seperti tercatat di atas. Sila gunakan kod tersebut dalam semua urusan berkaitan PT3 dengan Lembaga Peperiksaan. 6. Senarai nama Pentaksir Kawasan dalam kumpulan tuan/puan akan dimaklumkan oleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri.
7. Lembaga Peperiksaan berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah, Tandatangan, Nama dan Alamat
39
SURAT PELANTIKAN PENTAKSIR KAWASAN
Nombor Rujukan dan Tarikh
Nama dan Alamat Personel Pentaksiran Tuan/Puan, PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2014 PELANTIKAN PENTAKSIR KAWASAN KOD PENTAKSIR : NAMA KERTAS : KOD KERTAS :
Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia melantik tuan/puan sebagai Pentaksir Kawasan.
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:
3.1 menjalankan penjaminan kualiti untuk satu instrumen pentaksiran sahaja; 3.2 membuat verifikasi instrumen pentaksiran, melaksanakan moderasi pemeriksaan skrip
jawapan, membuat verifikasi skor dan memeriksa skrip jawapan;
3.3 meminta kebenaran Pengetua sekiranya aktiviti penjaminan kualiti diadakan pada hari persekolahan;
3.4 melaksanakan penjaminan kualiti dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan; 3.5 membuat tuntutan mengikut kadar tuntutan Pekeliling Perbendaharan, Surat Pekeliling
Perbendaharaan dan Surat Kementerian Kewangan Malaysia yang sedang berkuatkuasa bagi perkara berikut:
i. skrip jawapan yang diperiksa;
ii. tuntutan elaun perjalanan kenderaan, elaun makan/elaun harian dan elaun sewa hotel/lojing dan lain-lain tuntutan yang berkaitan;
3.6 tidak mengikuti sebarang kursus di mana-mana institusi sepanjang menjalankan tugas pemeriksaan; 3.7 memaklumkan dengan segera secara bertulis kepada Pengarah Pendidikan Negeri tuan/puan
dan Pengarah Peperiksaan (u.p.:Unit PMR), sekiranya tuan/puan tidak dapat menjalankan tugas ini;
4. Pelantikan tuan/puan adalah untuk tahun semasa dan Lembaga Peperiksaan boleh membatalkan pelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di atas. 5. Kod Pentaksir tuan/puan adalah seperti tercatat di atas. Sila gunakan kod tersebut dalam semua urusan berkaitan PT3 dengan Lembaga Peperiksaan. 6. Senarai nama sekolah dalam kumpulan tuan/puan akan dimaklumkan oleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri.
7. Lembaga Peperiksaan berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah, Tandatangan, Nama dan Alamat
40
SURAT IRINGAN KEPADA PENGETUA MEMAKLUMKAN PELANTIKAN PENTAKSIR
OLEH LEMBAGA PEPERIKSAAN /JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
Nombor Rujukan dan Tarikh
Nama dan Alamat Sekolah Tuan/Puan, PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2014 PELANTIKAN PENTAKSIR Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri telah melantik guru dari sekolah tuan/puan sebagai Pentaksir PT3. Surat pelantikan sebagai Pentaksir telah dihantar kepada guru-guru seperti di Lampiran A. 3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:
3.1 Memastikan guru-guru berkenaan tidak mengikuti sebarang kursus sepanjang menjalankan tugas pentaksiran.
3.2 Mengesahkan senarai nama guru di Lampiran A dan mengembalikan dengan SEGERA kepada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan/ Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri. 3.3 Memaklumkan kepada Lembaga Peperiksaan sekiranya guru-guru berkenaan telah bertukar ke sekolah lain.
4. Bersama- sama ini disertakan Lampiran A: Senarai Pentaksir PT3 untuk makluman dan tindakan tuan/puan.Tuan/Puan boleh menghubungi ........................... di talian .........................untuk sebarang pertanyaan. . Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, Tandatangan Nama dan Alamat
41
Lampiran A
SENARAI NAMA PENTAKSIR PT3
BIL NAMA PENTAKSIR KOD MP CATATAN
Nota:
Sila kembalikan senarai ini kepada Lembaga Peperiksaan / Jabatan Pendidikan Negeri (u.p:
………………………………………………) sebelum atau pada ………….
Nama dan tandatangan Pengetua
Tarikh:……………………….
42
3.6 SENARAI SEMAK PERSONEL PENTAKSIRAN
SENARAI SEMAK
PERSONEL PENTAKSIRAN
BIL TINDAKAN TANDAKAN (√) TARIKH
1 Menerima latihan Verifikasi Instrumen, Moderasi Pemeriksaan dan Verifikasi Skor
2 Menerima surat pelantikan sebagai Personel Pentaksiran.
4 Menandatangani borang Akta Rahsia Rasmi.
5 Menerima surat arahan menjalankan penjaminan kualiti.
6 Menerima senarai sekolah.
7 Menjalankan Verifikasi Instrumen
Sekolah 1
Sekolah 2
Sekolah 3
Sekolah 4
Sekolah 5
8 Menjalankan Moderasi Pemeriksaan dan Verifikasi Skor
Sekolah 1
Sekolah 2
Sekolah 3
Sekolah 4
Sekolah 5
9 Memaklumkan kepada Lembaga Peperiksaan sekiranya berlaku ketidakaturan di sekolah.
10 Menghantar laporan ke Lembaga Peperiksaan.
Nama dan tandatangan Tarikh