Upload
trankhuong
View
257
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN
KASTAM DIRAJA MALAYSIA
CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN
Penerbitan Tarikh diterbitkan: 25 Mac 2016. Notis Hak Cipta Hak cipta 2016 Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Hak cipta terpelihara. Tertakluk kepada Akta Hak Cipta, 1987 (Malaysia). Panduan ini boleh ditarik balik, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya dengan terbitnya suatu panduan baru. Tiada bahagian daripada penerbitan ini dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan di dalam sistem perolehan kembali atau dipanjangkan dalam apa jua bentuk termasuk di dalam laman web untuk tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Dalam penghasilan semula atau pemetikan kandungan, perakuan sumber diperlukan. Penolakan Tuntutan Maklumat ini bertujuan memberi kefahaman umum tentang layanan berkenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan dan memberi pemahaman yang lebih baik tentang kewajipan pembayar cukai. Ia bukannya bertujuan untuk mengemukakan pelbagai permasalahan percukaian yang mungkin timbul. Walaupun JKDM telah mengambil semua inisiatif bagi memastikan maklumat yang terkandung dalam Panduan ini adalah tepat, JKDM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan dan ketidaktepatan atau sebarang kerugian kewangan atau lain-lain yang ditanggung oleh individu yang menggunakan maklumat daripada Panduan ini. Kesemua maklumat adalah terkini pada masa penyediaan dan tertakluk kepada perubahan apabila perlu.
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 25 MAC 2016
i
KANDUNGAN
PENGENALAN ..................................................................................................... 1
Gambaran Keseluruhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) ..................... 1
OPERASI AM INDUSTRI ..................................................................................... 1
Latar Belakang Industri Perkapalan .................................................................. 1
LAYANAN CBP UNTUK INDUSTRI PERKAPALAN ........................................... 4
Pembekalan Barang .......................................................................................... 5
Pembekalan Perkhidmatan ............................................................................. 14
Perkhidmatan oleh Lembaga Pelabuhan / pengendali pelabuhan .................. 23
SOALAN-SOALAN LAZIM................................................................................. 25
PERTANYAAN ................................................................................................... 28
BANTUAN DAN MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN CBP .............................. 28
GLOSARI ........................................................................................................... 29
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 25 MAC 2016
1
PENGENALAN
1. Panduan industri ini disediakan untuk membantu perniagaan memahami
layanan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) ke atas industri perkapalan.
Gambaran Keseluruhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP)
2. Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) adalah cukai berperingkat bagi
penggunaan tempatan. CBP dikenakan ke atas semua pembekalan bercukai barang
dan perkhidmatan melainkan pembekalan yang dikecualikan secara khusus. CBP
juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan ke Malaysia.
3. Pembayaran cukai dilakukan di setiap peringkat di dalam proses pengeluaran
dan pengedaran. Walaupun cukai dibayar di sepanjang rantaian pengeluaran dan
pengedaran, hanya nilai tambah di setiap peringkat dikenakan cukai dan dengan itu
cukai berganda dapat dielakkan.
4. Di Malaysia, seseorang yang didaftarkan di bawah Akta Cukai Barang dan
Perkhidmatan 2014 dikenali sebagai “orang berdaftar”. Orang berdaftar dikehendaki
mengenakan CBP (cukai output) ke atas pembekalan bercukai yang dibuat kepada
pelanggannya. Beliau dibenarkan menuntut kembali sebarang CBP yang
ditanggung dalam pembeliannya (cukai input) yang merupakan input kepada
perniagaannya. Oleh itu cukai tersebut bukanlah merupakan kos di setiap peringkat
pengeluaran dan pembekalan dan ianya tidak wujud sebagai perbelanjaan dalam
penyata kewangan.
OPERASI AM INDUSTRI
Latar Belakang Industri Perkapalan
5. Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO 1952) menafsirkan kapal
termasuklah tiap-tiap perihalan vesel yang digunakan dalam navigasi yang tidak
digerakkan oleh dayung. Walau bagaimanapun bagi maksud Perintah Cukai
Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014, tafsiran kapal
adalah:
‘Kapal’ termasuklah tiap-tiap perihalan vesel yang digunakan dalam
navigasi yang tidak digerakkan oleh dayung sebagaimana yang
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
2
diperuntukkan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952
termasuk apa-apa vesel yang dimiliki atau dikendalikan oleh
kerajaan suatu negara asing tetapi tidak termasuk apa-apa vesel
yang direka bentuk atau disesuaikan bagi rekreasi, keseronokan
atau selain pengangkutan tambang muatan atau pengangkutan
penumpang.
6. Kapal-kapal berikut adalah dikategorikan sebagai kapal yang berkelayakan
bagi tujuan berkadar sifar untuk perkhidmatan yang berhubung dengan suatu
kapal di bawah butiran tertentu dalam Jadual Kedua, Perintah Cukai Barang dan
Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014:
(a) mana-mana kapal Malaysia yang berdaftar di bawah Bahagian IIA,
Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan digunakan untuk tujuan
pengangkutan fret dan pengangkutan penumpang termasuklah:
feri;
vesel RORO;
kapal tangki;
Liner;
vesel kargo.
(b) mana-mana kapal yang pemiliknya bukan Malaysia yang berdaftar
di bawah Bahagian IIC, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952
(c) mana-mana kapal yang berdaftar di negara lain yang digunakan
sebagai pengangkutan fret atau pengangkutan penumpang
antarabangsa
(d) mana-mana vesel yang dimiliki atau dikendalikan oleh pihak
kerajaan negara asing.
7. ‘Kapal’ tidak termasuk (senarai ini tidak menyeluruh):
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
3
(a) Struktur terapung di luar pesisir (off-shore), contohnya Vesel FPSO
(Pengeluaran,Penyimpanan dan Pemunggahan Terapung)
(b) vesel yang berlabuh kekal sebagai daya tarikan, contohnya muzium
kapal terapung
(c) vesel yang direka atau disesuaikan untuk rekreasi atau
keseronokan, contohnya kapal persiaran, bot berkuasa tinggi atau
kapal layar
(d) bot yang digerakkan oleh dayung, contohnya bot penyelamat , bot
hiasan tradisional
(e) tongkang yang tidak bergerak sendiri sama ada atau tidak
didaftarkan di bawah Bahagian IIA, Ordinan Perkapalan Saudagar
1952 ataupun di negara asing
(f) kapal korek
(g) vesel kerajaan Malaysia
(h) mana-mana kapal Malaysia yang berdaftar di bawah Bahagian IIA,
Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan digunakan untuk tujuan lain
(selain daripada pengangkutan fret atau pengangkutan penumpang)
(i) mana-mana kapal yang berdaftar di negara lain yang digunakan
untuk tujuan lain (selain daripada pengangkutan fret atau
pengangkutan penumpang)
(j) mana-mana vesel yang dilesenkan di bawah seksyen 474 Ordinan
Perkapalan Saudagar 1952
(k) kapal layar dan bot rekreasi yang didaftarkan di bawah Akta
Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2003 (LIYRA)
8. Di bawah seksyen 5, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Menteri
Pengangkutan boleh mengisytiharkan mana-mana pelabuhan atau tempat di
dalam Persekutuan dan mana-mana sungai yang boleh dilayari atau saluran yang
menuju ke pelabuhan atau tempat itu sebagai sebuah pelabuhan. Oleh itu,
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
4
pelabuhan bagi maksud Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan
Berkadar Sifar) 2014, merujuk kepada pelabuhan yang diisytiharkan oleh Menteri
atau mana-mana tempat yang diisytiharkan sebagai pelabuhan di bawah Ordinan
Perkapalan Saudagar Sabah 1960 atau Ordinan Perkapalan Saudagar Sarawak
1960.
9. Had pelabuhan boleh dilanjutkan sehingga penanda air pasang dan boleh
termasuk mana-mana jeti, tempat pendaratan, dermaga, pengkalan, dok dan lain-
lain tempat yang serupa, sama ada di dalam atau di luar penanda air pasang, dan
tertakluk kepada hak milik swasta, mana-mana bahagian persisiran atau tebing
dalam lingkungan lima puluh ela dari penanda air pasang.
LAYANAN CBP UNTUK INDUSTRI PERKAPALAN
10. Secara amnya apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan dalam
industri perkapalan di Malaysia adalah tertakluk kepada GST pada kadar standard.
Walau bagaimanapun perkhidmatan kepada suatu kapal, boleh dikenakan pada
kadar sifar sekiranya ia adalah kapal yang berkelayakan (sepertimana di
perenggan 6) dan menepati perkhidmatan yang diperuntukkan di bawah butiran
tertentu di dalam Jadual Kedua, Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan
(Pembekalan Berkadar Sifar) 2014.
Diagram 1: Layak untuk kadar sifar.
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
5
Pembekalan Barang
Penjualan kapal, vesel atau apa-apa struktur terapung
11. Penjualan kapal, vesel atau apa-apa struktur terapung adalah merupakan
pembekalan barang dan tertakluk kepada CBP pada kadar standard sekiranya
dijual di dalam Malaysia atau diimport. Pembekalan adalah berkadar sifar
sekiranya barang tersebut dieksport.
12. Berkaitan dengan barang yang disebut pada perenggan 11, pembinaan
keseluruhan barang tersebut di bawah suatu perjanjian yang mana keseluruhan
barang tersebut akan dipindah milik selepas siap pembinaannya adalah
merupakan pembekalan barang. Bagaimanapun ini tidak termasuk pembinaan di
mana kesemua bahan-bahan binaan dan peralatan disediakan oleh pemilik
barang kepada kontraktor. Pembekalan ini adalah pembekalan perkhidmatan.
13. Sekiranya kontraktor melantik subkontraktor untuk membina barang
tersebut, sub-kontraktor akan mengenakan GST kepada kontraktor utama bagi
pembekalan perkhidmatannya.
Contoh 1:
FH Shipping Sdn Bhd (FHSB) yang berada di Lumut, Perak menjual
vesel RORO kepada pembeli tempatan.
- Penjualan vesel RORO adalah tertakluk kepada CBP pada kadar
standard.
Contoh 2:
RBY Petroleum mengimport pelantar minyak dari Korea dan
bercadang untuk menggunakan pelantar tersebut di Malaysia.
- RBY perlu membayar CBP ke atas pengimportan pelantar minyak
tersebut ke Malaysia.
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
6
Contoh 3:
ShipSolution Sdn Bhd menjual kapal tangki kepada syarikat negara
asing yang tidak mempunyai establismen di Malaysia. Kemudiannya
kapal tangki tersebut didaftarkan di Singapura.
- Penjualan tersebut adalah tertakluk kepada CBP pada kadar sifar.
Contoh 4:
ShipSolution Sdn Bhd menjual kapal tangki kepada syarikat di dalam
kawasan ditetapkan.
- Penjualan tersebut adalah tertakluk kepada CBP pada kadar sifar.
14. Ilustrasi di bawah menunjukkan layanan CBP ke atas pembekalan barang.
Senario 1: Pembeli barang berada di dalam Malaysia
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
7
Senario 2: Pembeli barang berada di luar Malaysia
Senario 3: Pembeli barang berada di kawasan ditetapkan (DA)
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
8
Senario 4: Pembekal barang berada di luar Malaysia
15. Pembekalan barang oleh orang berdaftar CBP adalah bergantung kepada
kepada destinasi barang tersebut dihantar tanpa mengira di mana pembekal atau
pembeli berada. Berikut adalah ringkasan bagi layanan CBP keatas pembekalan
barang.
Barang dari Destinasi barang Layanan CBP
Malaysia Malaysia Berkadar standard
DA Berkadar sifar
Di luar Malaysia Berkadar sifar
Outside Malaysia Malaysia Berkadar standard (Import)
DA Tiada CBP dikenakan (Import)
Di luar Malaysia Di luar skop CBP
DA Malaysia Berkadar standard (Dianggap sebagai import)
DA Tiada CBP dikenakan
Di luar Malaysia Berkadar sifar
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
9
Bekalan kapal
16. Barang yang digunakan sebagai bekalan dalam pelayaran bermaksud
barang yang bertujuan digunakan oleh kru dan penumpang yang menaiki kapal
tetapi tidak termasuk alat ganti dan peralatan. Barang milik individu untuk
kegunaan persendirian yang dibawa oleh kru dan penumpang bukan merupakan
barang bekalan dalam pelayaran. Sila rujuk glosari untuk maklumat lanjut
berkaitan bekalan kapal yang layak berkadar sifar.
17. Barang yang digunakan sebagai bekalan dalam pelayaran ke atau dari
suatu tempat di luar Malaysia (pelayaran antarabangsa) adalah berkadar sifar
dibawah butiran 4, Jadual Pertama, Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan
(Pembekalan Berkadar Sifar) 2014.
18. Barang yang digunakan sebagai bekalan dalam pelayaran tidak layak
berkadar sifar sekiranya bukan untuk pelayaran antarabangsa.
19. Walau bagaimanapun barang yang digunakan sebagai bekalan dalam
pelayaran adalah berkadar sifar sekiranya kapal berlayar di antara Semenanjung
Malaysia dan Malaysia Timur yang membuat singgahan di Singapura, Indonesia
atau Brunai di dalam perjalanannya.
Contoh 5:
ZZ holding mempunyai kontrak untuk membekalkan bekalan kapal
kepada syarikat perkapalan antarabangsa.
- Pembekalan bekalan kapal bertujuan untuk pelayaran
antarabangsa layak berkadar sifar dibawah butiran 4, Jadual
Pertama, Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan
(Pembekalan Berkadar Sifar) 2014. ZZ Holdings perlu
mendapatkan dokumen sokongan daripada syarikat perkapalan
sebagai bukti kapal tersebut belayar ke atau dari luar Malaysia.
Contoh 6:
Pada masa yang sama, ZZ Holding juga membekalkan bekalan
kapal kepada kapal layar milik persendirian untuk mengelilingi dunia.
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
10
- Pembekalan ini adalah berkadar standard kerana ia dibekalkan
kepada kapal layar milik persendirian.
Minyak bunker
20. Minyak bunker adalah apa-apa minyak yang diperlukan untuk kapal
beroperasi. Minyak bunker adalah sebahagian daripada barang bekalan kapal.
21. Pembekalan minyak bunker kepada kapal-kapal berikut adalah berkadar
sifar:
(a) Kapal-kapal untuk pelayaran antarabangsa
(b) Kapal-kapal yang berlayar di antara Semenanjung Malaysia dan
Malaysia Timur tetapi membuat persinggahan di Pelabuhan
Singapura atau Indonesia dalam pelayaran tersebut.
22. Minyak bunker untuk kapal-kapal pelayaran domestik seperti feri, kapal
persiaran dan bukan vesel kargo (non-cargo vessels) seperti kapal tunda dan
kapal korek adalah tidak layak sebagai pembekalan berkadar sifar.
Barang untuk dijual secara runcit di dalam kapal
23. Barang yang digunakan sebagai dagangan untuk jualan runcit kepada
orang yang dibawa atas suatu pelayaran ke atau dari suatu tempat di luar Malaysia
dalam suatu kapal adalah berkadar sifar di bawah butiran 4, Jadual Pertama,
Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014.
Barang ganti kapal
24. Barang ganti adalah komponen atau bahagian daripada sesebuah kapal
yang digunakan untuk menggantikan komponen atau bahagian yang rosak atau
lusuh. Pembekalan barang ganti yang digunakan untuk pelayaran antarabangsa
adalah berkadar sifar di bawah Butiran 5, Jadual Pertama, Perintah Cukai Barang
dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014.
25. Ilustrasi berikut menunjukkan beberapa senario untuk pembekalan
berkadar sifar bagi bekalan kapal, barang ganti dan bunker ke atas kapal
pelayaran antarabangsa yang melibatkan pelayaran domestic:
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
11
Senario 5:
Senario 6:
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
12
Senario 7:
Senario 8:
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
13
Senario 9:
Senario 10: Kargo domestik dibawa dari Perlabuhan Klang ke Perlabuhan Tanjung Pelepas (PTP) – bekalan kapal, barang ganti dan bunker yang dibeli adalah berkadar standard kerana ia tidak melibatkan pelayaran antarabangsa memandangkan semua kargo yang dibawa oleh kapal tersebut adalah kargo domestik. Walau bagaimanapun, ia boleh berkadar sifar sekiranya kargo antarabangsa dimuat di Perlabuhan Klang untuk pelayaran antarabangsa.
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
14
Senario 11:
26. Pembekalan bekalan kapal, barang ganti dan minyak bunker hanya
berkadar sifar apabila barang-barang tersebut dibekalkan secara langsung kepada
kapal. Jika pembekalan tersebut dibuat kepada orang tengah, pembekalannya
adalah berkadar standard.
Pembekalan Perkhidmatan
27. Secara umumnya semua pembekalan perkhidmatan yang berlaku di
Malaysia adalah tertakluk kepada CBP pada kadar standard kecuali perkhidmatan
yang disenaraikan dalam Jadual Kedua, Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan
(Pembekalan Berkadar Sifar) 2014.
28. Sebarang rujukan berkenaan kapal dalam Jadual Kedua, Perintah Cukai
Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 adalah terhad
kepada kapal yang berkelayakan (sila rujuk perenggan 6).
Perkhidmatan pengendalian kapal
29. Perkhidmatan pengendalian kepada kapal yang berkelayakan di dalam
pelabuhan yang secara langsung memanfaatkan seseorang dalam kapasiti
perniagaannya adalah pembekalan berkadar sifar di bawah subbutiran 1(a),
Jadual Kedua, Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
15
Sifar) 2014. Sila rujuk glosari untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan
pengendalian kapal.
Contoh 7:
CSCL Hong Kong merupakan sebuah kapal milik China Shipping dan
tidak berdaftar di Malaysia. Setibanya di Port Klang, agen perkapalan
yang dilantik oleh China Shipping perlu mengikrarkan ketibaan kapal
tersebut dan membayar dius rumah api (light dues). Kapal tersebut juga
dikenakan caj untuk perkhidmatan yang digunakan semasa di
pelabuhan, seperti caj pemaliman, dermaga dan tambatan.
- Tiada CBP dikenakan ke atas dius rumah api memandangkan ia
adalah pembekalan di luar skop.
- Lain-lain pembekalan perkhidmatan adalah berkadar sifar.
Perkhidmatan navigasi
30. Perkhidmatan navigasi yang dibekalkan di pelabuhan kepada kapal-kapal
yang berkelayakan adalah berkadar sifar di bawah subbutiran 1(b), Jadual Kedua,
Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014.
Walau bagaimanapun, sekiranya perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan
sebagai contoh Jabatan Laut Malaysia, pembekalan tersebut adalah di luar skop
di mana CBP tidak dikenakan.
31. Perkhidmatan navigasi termasuklah:
(a) Pemaliman
(b) Penundaan
(c) Kapal tunda
Contoh 8:
KWLServices Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan penundaan dari
Pelabuhan Langkawi ke Jeti Kuala Muda.
- Perkhidmatan tersebut adalah berkadar standard kerana disediakan
di luar kawasan pelabuhan.
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
16
Perkhidmatan salvaj
32. Salvaj marin merupakan satu proses menyelamatkan sebuah kapal, kargo
dan juga kru daripada bahaya. Situasi vesel dalam bahaya adalah apabila ia
terkandas atau akan terkandas. Salvaj merangkumi menunda, mengapung semula
kapal yang terkandas dan menampal atau membaiki kapal di lokasi.
33. Semua perkhidmatan salvaj yang disediakan berhubung dengan kapal
yang berkelayakan adalah berkadar sifar di bawah subbutiran 1(c), Jadual Kedua,
Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014,
tanpa mengambil kira perkhidmatan salvaj tersebut dibekalkan di perairan
Malaysia atau antarabangsa.
Perkhidmatan pembaikan dan penyenggaraan
34. Pembaikan bermaksud membaiki kapal dari sebarang kerosakan tetapi
tidak termasuk alat ganti, manakala perkhidmatan penyenggaraan adalah
perkhidmatan yang diberikan kepada kapal untuk mengekalkan kapal itu dalam
keadaan baik. Perkhidmatan penyenggaraan termasuk:
(a) pengujian alat ganti dan komponen;
(b) pembersihan; dan
(c) fumigasi.
35. Pembekalan perkhidmatan pembaikan dan penyenggaraan ke atas kapal
yang berkelayakan adalah berkadar sifar di bawah subbutiran 1(d), Jadual Kedua,
Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014,
dengan syarat:
(a) pembaikan atau penyenggaraan dilakukan di atas kapal;
(b) mana-mana bahagian atau komponen kapal dipindahkan untuk dibaiki
dan dipasang semula pada kapal;
(c) mana-mana bahagian atau komponen kapal dipindahkan untuk dibaiki
dan dikembalikan pada kapal sebagai barang ganti; atau
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
17
(d) mana-mana bahagian atau komponen kapal dipindahkan dan
digantikan dengan bahagian atau komponen yang serupa.
36. Sekiranya kontraktor melantik subkontraktor untuk melakukan kerja-kerja
pembaikan, subkontraktor perlu mengenakan CBP pada kadar standard kepada
kontraktor utama.
37. Perkhidmatan pembaikan dan penyenggaraan tidak tertakluk kepada CBP
sekiranya perkhidmatan tersebut dilakukan di dalam kawasan ditetapkan.
38. Apabila bahagian atau komponen kapal digantikan semasa pembaikan dan
penyenggaraan dilakukan, pembekalan bahagian atau komponen tersebut adalah
berkadar sifar di bawah subbutiran 1(d), Jadual Kedua, Perintah Cukai Barang dan
Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014. Sila rujuk glosari untuk
maklumat lanjut berkaitan alat ganti dan peralatan yang layak berkadar sifar.
Perkhidmatan ukur dan pengklasifikasian
39. Perkhidmatan ukur dan pengklasifikasian adalah satu prosedur melibatkan:
(a) Membangunkan piawaian sebuah vessel
(b) Menyemak pelan teknikal dan menganalisis rekabentuk
(c) Pengukuran semasa kontrak dan pemeriksaan sumber bahan,
peralatan dan mesin
(d) Pengukuran berkala untuk penyenggaraan klasifikasi
(e) Pengukuran sesuatu kerosakan, pembaikan dan pengubahsuaian
40. Pembekalan perkhidmatan pengukuran dan pengklasifikasian untuk kapal
yang berkelayakan adalah berkadar sifar di bawah subbutiran 1(e), Jadual Kedua,
Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014.
Perkhidmatan pembrokeran dan agensi
41. Perantara bermaksud sesiapa yang bertindak atas nama atau bagi pihak
pemilik kapal. Mereka terdiri daripada ejen perkapalan, pengurus kapal atau
broker kapal. Perkhidmatan yang disediakan oleh perantara adalah berkadar sifar
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
18
di bawah subbutiran 1(f), Jadual Kedua, Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan
(Pembekalan Berkadar Sifar) 2014.
Perkhidmatan pengurusan
42. Secara umumnya pembekal dianggap sebagai membekalkan
perkhidmatan pengurusan jika dia memperolehi fi daripada mengambil peranan ke
atas semua perkara berkaitan dengan kapal.
43. Perkhidmatan pengurusan yang dibekalkan berhubung dengan kapal yang
berkelayakan yang secara langsung memanfaatkan seseorang sepenuhnya
dalam kapasiti perniagaannya adalah berkadar sifar di bawah butiran 2, Jadual
Kedua, Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar)
2014. Perkhidmatan pengurusan yang dibekalkan berhubung kapasiti peribadi
atau persendirian adalah tertakluk kepada CBP pada kadar standard.
44. Perkhidmatan tersebut termasuk:
(a) sokongan pentadbiran dan pengendalian kapal, sebagai contoh,
- pengambilan dan penggantian kru
- pengaturan penyediaan bekalan makanan dan bekalan kapal,
minyak bunker;
(b) pengaturan dan penyeliaan operasi dan pengendalian kapal, sebagai
contoh,
- mengatur insurans berkaitan kapal
- mengatur dan menyelia keselamatan kapal
- mengatur salvaj dan penundaan kapal
(c) pengaturan dan penyeliaan perkhidmatan-perkhidmatan teknikal,
sebagai contoh,
- pengaturan dan penyeliaan limbungan, simpan tunggu (lay-up)
dan pembaikian kapal
- pengaturan dan penyeliaan penyenggaraan kapal;
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
19
- pengaturan dan penyeliaan pengukuran dan pengklasifikasian
kapal;
Perkhidmatan carter
45. Jika hanya sebahagian dari ruang kargo atau kapasiti tempat duduk dalam
mana-mana kapal dibekalkan, ian bukan suatu pembekalan kapal tetapi satu
pembekalan perkhidmatan penyewaan untuk mengangkut barang atau
penumpang.
46. Penyewaan kapal hendaklah berkait dengan keseluruhan kapal. Kedua-
dua pihak juga perlu bersetuju bahawa kontrak mereka memperuntukkan bahawa
penyewaan tersebut termasuk atau tanpa kru.
47. Jika penyewaan kapal tanpa kru, pengaturan ini dipanggil dry charter.
Bergantung kepada kontrak, kebiasaannya penyenggaraan kapal / vesel dan kos
operasi ditanggung oleh penyewa.
48. Jika penyewaan kapal termasuk kru, pengaturan ini dipanggil wet charter.
Bergantung kepada kontrak, kebiasaannya penyenggaraan dan penjagaan
kapal/vesel di bawah tanggungjawab pemilik kapal. Walau bagaimanapun, kos
operasi ditanggung oleh penyewa.
49. Penyewaan kapal untuk digunakan di dalam Malaysia adalah berkadar
standard. Sebaliknya, penyewaan kapal untuk digunakan di luar Malaysia adalah
berkadar sifar di bawah butiran 9, Jadual Kedua, Perintah Cukai Barang dan
Perkhidmatan (Perkhidmatan Berkadar Sifar) 2014 dengan syarat:
(a) kapal dieksport keluar Malaysia; atau
(b) kapal telah berada di luar Malaysia semasa perkhidmatan disediakan
50. Pajakan kapal adalah satu pembekalan perkhidmatan. Jika kapal itu dipajak
dari syarikat luar negara yang tidak mempunyai establismen di Malaysia, penerima
pajak perlu membayar CBP semasa pengimportan kapal mulai 1 April 2015 dan
seterusnya dan tiada CBP (perkhidmatan yang diimport) ke atas bayaran pajak
kepada syarikat luar negara. Layanan yang sama dikenakan berhubung dengan
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
20
pajakan kapal dari kawasan ditetapkan di mana CBP akan akan dikenakan
semasa pengimportan kapal.
51. Jika kapal itu dipajak dari syarikat luar negara yang tidak mempunyai
establismen di Malaysia sebelum 1 April 2015, perkhidmatan pajakan itu dianggap
sebagai perkhidmatan yang diimport.
Contoh 9:
HPY Sdn. Bhd. telah menyewa sebuah kapal kosong yang akan
digunakan dalam Malaysia daripada seorang pemilik kapal yang berada
di Jepun. Pembayaran dibuat oleh HPY Sdn. Bhd. kepada pemilik kapal
luar negara tersebut adalah pembayaran untuk pembekalan
perkhidmatan yang diimport.
- HPY perlu mengguna mekanisma caj balikan semasa
mengakaunkan CBP di dalam penyata CBP.
52. Merujuk kepada perenggan 50 & 51, jika perjanjian pajakan dilanjutkan dan
kapal telah berada di Malaysia, perkhidmatan pajakan dianggap sebagai
perkhidmatan yang diimport.
Contoh 10:
DoubleWH Berhad menyewakan kapal kepada satu perniagaan luar
negara secara sewaan kapal kosong selama 5 tahun untuk mengangkut
kargo di antara destinasi di luar Malaysia. Selepas dua tahun, penyewa
memaklumkan DoubleWH Berhad bahawa kapal itu akan belayar di
antara pelabuhan Malaysia dan mendapat Lesen Perkapalan Domestik
dari Jabatan Laut.
- Pembekalan penyewaan adalah berkadar sifar untuk tempoh dua
tahun pertama.
- Setelah kapal tersebut digunakan dalam perairan Malaysia, DoubleWH
Berhad perlu mengenakan CBP pada kadar standard kepada
penyewa.
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
21
53. Ringkasan layanan CBP untuk penyewaan kapal/vesel (dry charter)
Pembekal berada di
Penerima berada di
Penggunaan Layanan CBP
Malaysia Malaysia/ Negara Asing
Di Malaysia Berkadar Standard
Malaysia Malaysia Luar Malaysia Berkadar Sifar Butiran 9, Jadual Kedua, Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014
Malaysia Negara Asing
Luar Malaysia Berkadar Sifar Butiran 9, Jadual Kedua, Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014
Negara Asing
Malaysia Malaysia/ antarabangsa
Perkhidmatan yang diimport Sek. 13(5), Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014
Negara Asing
Malaysia Luar Malaysia Diluar Skop
Negara Asing
Negara Asing
Antarabangsa Diluar Skop
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
22
54. Ringkasan layanan CBP untuk penyewaan kapal/vesel (wet charter)
Pembekal berada di
Penerima berada di
Penggunaan Layanan CBP
Malaysia Malaysia / Negara Asing
Dalam Malaysia
Berkadar Standard
Malaysia Malaysia Antarabangsa / Luar Malaysia
Berkadar sifar dibawah butiran 4 atau 9, Jadual Kedua, Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014
Malaysia Negara Asing
Antarabangsa / Luar Malaysia
Berkadar sifar dibawah butiran 4 atau 9, Jadual Kedua, Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar)
Negara Asing
Malaysia Dalam Malaysia/ Antarabangsa
Perkhidmatan yang diimport Sek. 13(1), Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014
Negara Asing
Malaysia Luar Malaysia Di luar skop
Negara Asing
Negara Asing
Antarabangsa Di luar skop
Perkhidmatan Pengubahsuaian dan Penukaran
55. Pengubahsuaian atau penukaran adalah tindakan mengubah atau menukar
reka bentuk struktur dan saiz kapal. Ia tidak dianggap sebagai perkhidmatan
pembaikian atau penyenggaraan. Semua perkhidmatan pengubahsuaian atau
penukaran adalah tertakluk kepada CBP pada kadar standard.
Perkhidmatan Kontena
56. Kontena laut adalah sesuatu yang penting dalam pengangkutan barang
sama ada domestik atau antarabangsa. Kontena yang sama boleh digunakan
berulang-ulang untuk perjalanan domestik dan antarabangsa.
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
23
57. Pembekalan kontena laut secara pajakan, adalah berkadar sifar di bawah
butiran 24, Jadual Kedua, Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan
Berkadar Sifar) 2014 dengan syarat kontena mestilah:
(a) digunakan untuk pengangkutan barang; dan
(b) mematuhi piawaian yang ditentukan oleh International Organization
for Standardization, the Institution of International Container Lessors
atau organisasi lain yang setara.
58. Apa-apa perkhidmatan yang berkaitan pajakan kontena (contohnya:
pengubahsuaian, pembaikan, mengecat, pembersihan dan lain-lain) adalah
tertakluk kepada CBP pada kadar standard.
Perkhidmatan oleh Lembaga Pelabuhan / pengendali pelabuhan
59. Pemuatan, pemunggahan muatan, perkhidmatan pengendalian atau
penyimpanan barang yang dijalankan atau akan dijalankan di dalam suatu kapal
oleh pengendali suatu pelabuhan atau orang yang diberi kuasa oleh Menteri yang
bertanggungjawab bagi pengangkutan, di suatu pelabuhan adalah berkadar sifar
di bawah subbutiran 3(1), Jadual Kedua, Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan
(Pembekalan Berkadar Sifar) 2014.
60. Bagi maksud perenggan 59, pengendali pelabuhan termasuklah:
(c) Lembaga Pelabuhan
(d) orang yang dilesenkan oleh Lembaga Pelabuhan sebagai Pengendali
Pelabuhan Swasta (Pelabuhan Persekutuan)
(e) orang yang dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Negeri sebagai
Pengendali Pelabuhan
(f) orang yang dilesenkan oleh kerajaan untuk mengendalikan terminal
swasta, dermaga, jeti atau tempat pendaratan yang diwartakan di
bawah Peraturan Kastam 1977.
61. “Perkhidmatan pengendalian” termasuklah:
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
24
(g) pemunggahan kargo dan perkhidmatan porter;
(h) memuat, memunggah muatan, memuat semula, menyimpan, menjaga
dan memindahkan kargo, penggunaan kren dan mesin menimbang
berat;
(i) menyusun, membuka untuk pemeriksaan, membaiki, menimbang dan
menurap, melekatkan dan memateri, memadam dan
menanda semula, melabel dan menomborkan semula, mencatat,
memeriksa, membuat sampel, menyukat atau mengukur barang;
(j) memeriksa kargo (termasuk kargo yang rosak);
(k) perkhidmatan keselamatan kargo;
(l) mengemukakan barang untuk perisytiharan kastam;
(m) menyediakan atau meminda perisytiharan kastam;
(n) menyediakan atau meminda bil muatan, bil jalan udara dan sijil
penghantaran.
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
25
SOALAN-SOALAN LAZIM
S1. Saya adalah seorang operator kapal tunda di Pelabuhan Kota
Kinabalu. Saya telah membeli sebuah kapal tunda daripada pembekal
di Labuan. Adakah saya akan dikenakan CBP oleh pembekal?
J1. Tidak, pembekal tidak akan mengenakan CBP, tetapi anda perlu membayar
CBP semasa pengimportan kapal tunda tersebut.
S2. Saya memiliki sebuah bot berkuasa tinggi dan ia dipajak kepada
sebuah hotel di Langkawi. Tetamu hotel tersebut akan menyewa bot
berkenaan untuk bersiar-siar di sekitar Langkawi. Operasi perniagaan
saya adalah di Kuala Perlis. Sebagai orang berdaftar CBP adakah saya
perlu mengenakan CBP ke atas pajakan bot kepada hotel?
J2. Ya, pajakan bot berkuasa tinggi tersebut adalah tertakluk kepada CBP pada
kadar standard.
S3. Adakah perkhidmatan pengendalian yang diberikan kepada kapal layar
milik seorang asing tertakluk kepada CBP?
J3. Ya, kapal layar bukanlah kapal yang berkelayakan. Justeru, ia tidak layak
untuk berkadar sifar.
S4. Apakah layanan CBP ke atas perkhidmatan pembaikan,
penyenggaraan, dan pemasangan struktur terapung di luar pesisir
(offshore)?
J4. Jika struktur terapung terletak di dalam Malaysia, pembekalan adalah
berkadar standard. Sebaliknya, jika struktur terapung berada di luar
Malaysia, pembekalan adalah berkadar sifar di bawah butiran 11, Jadual
Kedua, Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar
Sifar) 2014.
S5. Seorang pengendali bot berkuasa tinggi menghantar bot kepada saya
untuk perkhidmatan baikpulih dan penyenggaraan. Sebagai orang
berdaftar CBP adakah saya perlu mengenakan CBP?
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
26
J5. Ya, anda perlu mengenakan CBP pada kadar standard kerana bot berkuasa
tinggi bukanlah kapal yang berkelayakan.
S6. Saya mempunyai sebuah syarikat di Port Dickson yang menguruskan
bot berkuasa tinggi milik beberapa individu. Saya mengenakan caj
kepada pemilik bot di atas perkhidmatan menguruskan bot tersebut.
Bolehkah saya mengenakan kadar sifar untuk perkhidmatan saya?
J6. Tidak. Bot berkuasa tinggi yang digunakan untuk tujuan rekreasi tidak layak
untuk berkadar sifar.
S7. Syarikat saya dilantik oleh syarikat perkapalan Malaysia untuk
mengeluarkan sijil pengklasifikasian bagi sebuah kapal yang dibina di
Jepun. Adakah saya perlu mengenakan CBP untuk perkhidmatan
pengklasifikasian jika saya adalah seorang berdaftar CBP?
J7. Walaupun perkhidmatan pengklasifikasian berkaitan dengan kapal di Jepun,
bagi tujuan CBP ia dianggap sebagai pembekalan perkhidmatan yang dibuat
di Malaysia kerana pembekal berada di Malaysia. Pembekalan itu adalah
berkadar sifar di bawah butiran 11, Jadual Kedua, Perintah Cukai Barang
dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014.
S8. Syarikat saya terlibat untuk mengapungkan bot karam di sebuah
sungai. Sebagai orang berdaftar CBP adakah saya perlu mengenakan
CBP?
J8. Ya. Perkhidmatan salvaj berkaitan dengan kapal yang tidak berkelayakan
adalah tertakluk kepada CBP pada kadar standard.
S9. Saya memiliki beberapa kontena yang tidak berdaftar dengan mana-
mana organisasi piawaian. Pada masa ini, kontena-kontena tersebut
digunakan untuk mengangkut kargo melalui jalan darat. Sebagai orang
berdaftar CBP, adakah saya perlu mengenakan CBP jika saya memajak
kontena tersebut?
J9. Ya. Pemajakan kontena tersebut adalah tertakluk kepada CBP pada kadar
standard kerana kontena tersebut tidak mematuhi keperluan standard.
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
27
S10. Apakah layanan untuk pembersihan, penyenggaraan dan pembaikan
kontena?
J10. Perkhidmatan tersebut adalah tertakluk kepada CBP pada kadar standard
kerana perkhidmatan itu tidak berkait dengan kapal dan perkhidmatan
dilaksanakan di Malaysia.
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
28
PERTANYAAN
1. Sebarang pertanyaan berkenaan panduan ini sila hubungi :
Sektor V
Bahagian GST
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Aras 3 – 7, Blok A, Menara Tulus,
No. 22, Persiaran Perdana, Presint 3,
62100 Putrajaya.
Emel: [email protected].
BANTUAN DAN MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN CBP
2. Maklumat lanjut berkaitan CBP boleh diperolehi daripada:
(a) Laman sesawang CBP : www.gst.customs.gov.my
(b) Pusat Panggilan Kastam:
Tel : 03-78067200/ 1-300-888-500
Faks : 03-78067599
Emel : [email protected].
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
29
GLOSARI
Alat ganti
(a) Alat ganti dan peralatan yang layak untuk berkadar sifar.
Walau bagaimanapun, senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada
Jabatan Kastam sebelum mengenakan pada kadar sifar untuk barang ganti
yang lain.
sauh
peralatan katering industri
peralatan pencucian industri
kren
bot dan rakit keselamatan
kipas dan kemudi
peralatan radar dan navigasi
peralatan keselamatan (contohnya: jaket keselamatan)
nat, selak, hos, oil seals dan ribat
peralatan komunikasi yang digunakan untuk pengoperasian kapal
peralatan sanitary
(b) Alat ganti dan peralatan yang tidak layak untuk berkadar sifar.
Walau bagaimanapun, senarai ini tidak menyeluruh.
bahan mentah (contohnya: papan gentian, plastik, logam khas)
bahan-bahan pukal (contohnya: pelekat, bahan kimia, fabrik, perencat,
logam, minyak, cat, pelarut dan pencair)
peralatan atau bahagian yang diproses sebahagiannya
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
30
teropong binokular
peralatan katering domestik
peralatan pencucian domestik
pinggan mangkuk dan kutleri
peralatan menyelam
perabot tidak tetap dan kemasan
pelancar
telefon
televisyen
perkakasan
kamera bawah air
pita video, permainan video, dan peralatan hiburan yang serupa
perkakasan dan peralatan yang digunakan untuk pengilangan alat ganti
atau peralatan
Perkhidmatan pengendalian kapal termasuk:
perkhidmatan pelabuhan
perkhidmatan dokej dan berlabuh
perkhidmatan dermaga
perkhidmatan pemuliharaan (termasuk penyediaan lampu (local lights),
pelampung dan lantera laut)
perkhidmatan graving dock
perkhidmatan tambatan
PANDUAN INDUSTRI PERKAPALAN Sehingga 2 NOVEMBER 2015
31
perkhidmatan demurrage (ia merupakan satu bayaran kerana kegagalan untuk
memuat atau melepaskan kapal dalam tempoh yang ditetapkan)
perkhidmatan keselamatan dan kebombaan
Bekalan Kapal
Bekalan kapal adalah barangan yang bertujuan untuk kegunaan di atas kapal oleh
kru atau penumpang. Barang-barang ini tidak boleh dibawa ke atas kapal secara
sendiri oleh kru atau penumpang. Beberapa contoh bekalan kapal adalah:
makanan
konfeksi
produk tembakau
minuman
air
toiletries
bekalan perubatan