Upload
imza7070
View
232
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/28/2019 Panduan Kursus Hbef2503(Terbaru)
1/4
1
PANDUAN KURSUS HBEF 2503 (KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN)
BAGI PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)
Perlaksanaan Kursus Berkaitan Kajian
Kursus berkaitan kajian terdiri daripada TIGA FASA iaitu:
Fasa 1: HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan
Fasa 2: HBEF 3603 Amalan Profesional
Fasa 3: HBEF 4303 Projek Kajian Tindakan
PelajarWAJIB mengambil kursus HBEF 2503 sebelum boleh mengikuti kursus
HBEF 3603 dan HBEF 4303.
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN HBEF 2503
1. Dijalankan selama 1 semester. Contohnya semester Mei 2013. PelajarWAJIB
LULUS kursus HBEF 2503 sebelum boleh mengikuti kursus HBEF 3603 dan
kursus HBEF 4303.
2. Penilaian:
PENILAIAN
%Individu yang
BertanggungjawabKerja Kursus:
Cadangan Penyelidikan (CP) 40% Tutor Penyelia
Peperiksaan Akhir 60% OUMJUMLAH KESELURUHAN 100%
3. Kerja Kursus
a) Sediakan satu cadangan kajian tindakan berkaitan dengan pembelajaran dan
pembelajaran ( P&P ) dalam kelas/sekolah sendiri.
b) Untuk mendapatkan tajuk/permasalahan kajian yang hendak dikaji, pelajar
perlu menilai situasi P&Pyang sedang/telah dibuat di bilik darjah sendiri.
c) Tajuk/permasalahan kajian yang dikenalpasti mestilah berkaitan dengan
inovasi dalam P&P dimana pengetahuan dan kemahiran yang telah
diperolehi selama belajar di OUM akan diaplikasikan.
7/28/2019 Panduan Kursus Hbef2503(Terbaru)
2/4
2
Inovasi dalam P & P merangkumi pedagogi baru/terkini; kaedah baru; strategi
dan/atau teknik baru dalam mengajar sesuatu topik/sub topik dalam bidang
pelajar. Inovasi dalam P& P ini akan dilaksanakan melalui kursus HBEF 3603.
d) Kriteria untuk memilih topik/permasalahan kajian:
Topik/sub topik bagi opsyen major yang sedang diikuti di OUM;
BUKAN opsyen mengajar di sekolah ( jika berlainan). Misalnya: Pelajar
mengajar Matematik di sekolah tetapi opsyen di OUM adalah Bahasa
Inggeris, maka pelajar perlu cadangkan inovasi dalam mengajar satu
topik/sub topik Bahasa Inggeris.
Bagi pelajar yang bukan guru seperti pegawai JPN/PPD, pelajar perlu
juga mencadangkan satu inovasi P & P mengikut opsyen di OUM.
e) Untuk menyediakan cadangan kajian, pelajar akan dibimbing oleh seorang
tutor penyelia yang dilantik oleh Fakulti. Tajuk kajian yang dipilih dan diterima
oleh tutor penyelia akan digunakan dalam Fasa 2 dan Fasa 3 ( HBEF 3603 &
HBEF 4303).
3. Cara Perlaksanaan HBEF 2503:
a) Pelajar akan mengikuti kelas tutorial bersemuka seperti biasa yang
dikendalikan oleh seseorang tutor.
b) Peperiksaan adalah berdasarkan modul HBEF 2503.
c) Perjumpaan/perbincangan tutor penyelia dengan pelajar sekurang-
kurangnya DUA (2) kali, iaitu selama 2 jam (minimum) bagi setiap
perjumpaan. Tarikh, tempat dan masa perjumpaan adalah mengikut
persetujuan di antara tutor penyelia dengan pelajar.
7/28/2019 Panduan Kursus Hbef2503(Terbaru)
3/4
3
4. Bahasa Pengantar:
a) Pelajar yang mengambil major Bahasa Inggeris hendaklah menulis
Cadangan Penyelidikan dalamBahasa Inggeris.
b) Pelajar yang mengambil major Pendidikan Matematik dan Pendidikan Sains
digalakkan menulis Cadangan Penyelidikan dalam Bahasa Inggeris.
c) Manakala pelajar yang mengambil major lain (selain dari major di atas)
dikehendaki menulis Cadangan Penyelidikan dalam Bahasa Melayu.
5. Seterusnya, setelah lulus kursus HBEF2503, pelajar akan melaksanakan
Fasa 2 (kursus HBEF 3603) dan Fasa 3 (kursus HBEF4303) berdasarkan
cadangan kajian yang telah disediakan. Kursus HBEF 3603 dan kursus HBEF
4303 boleh dijalankan serentak.
Panduan perlaksanaan kursus HBEF 3603 boleh dirujuk melalui portal
EPIC apabila kursus ini ditawarkan pada semester September 2013.
6. Format Cadangan Penyelidikan
Cadangan Penyelidikan pelajar hendaklah mengikuti format yangdisediakan seperti berikut:
BIL PERKARA
o Lebih kurang 21
24 halaman (tidak termasuk muka surattajuk, abstrak, rujukan dan lampiran)
o 1.5 langkau (spacing) dan font New Times Roman saiz = 12poin
o comb binding dengan kulit nipis (soft cover) berwarna birutua.
i Muka surat Tajuk (Title Page)
ii Abstrak (Abstract)
Bab 1 PENGENALAN (INTRODUCTION)[kira-kira 6-7 halaman]
Penyataan Masalah Kajian (Statement of Research Problem)
Soalan Penyelidikan atau Kajian (Research Question)
Objektif Penyelidikan atau Kajian (Objectives of the Research)
Kepentingan Penyelidikan atau Kajian (Significance of theResearch)
Batasan Penyelidikan atau Kajian (Limitation of the Study)Bab 2
TINJAUAN LITERATUR (LITERATURE REVIEW)
7/28/2019 Panduan Kursus Hbef2503(Terbaru)
4/4
4
[kira-kira 8-9 halaman]
Bab 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN (RESEARCH METHODOLOGY)[kira-kira 7-8 halaman]
Rekabentuk Penyelidikan atau Kajian (Research Design)
Sampel (Sample)
Instrumen (Instuments)Contoh: soal selidik, ujian pencapaian, skala sikap, senaraisemak permerhatian, senarai semak temu bual (perludilampirkan)
Prosedur Pengumpulan Data (Data Collection Procedure)
Analisis Data (Data Analysis)
Rujukan (References)