Upload
others
View
13
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
BAHAGIAN 1
Pengenalan
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 111111111111
PENGENALANPENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah (HES) yang pertama dilaksanakan di negara ini ialah
pada tahun 1957/58. Ia meliputi Semenanjung Malaysia dan dikenali sebagai Penyiasatan
Belanjawan Isi Rumah, Persekutuan Tanah Melayu. Di Sabah pula pertama kali
dijalankan pada tahun 1968/69 dan dikenali sebagai Penyiasatan Belanjawan Keluarga,
Sabah. Manakala di Sarawak pertama kali dilaksanakan pada tahun 1967/68 dan dikenali
sebagai Penyiasatan Belanjawan Keluarga, Sarawak. Penyiasatan pada peringkat
Malaysia pertama kali dilaksanakan pada tahun 1973, diikuti pada tahun 1993/94. Pada
tahun 1995, penyiasatan yang sama yang melibatkan 22 bandar terpilih di Semenanjung
Malaysia, Sabah, dan Sarawak telah juga dijalankan bagi tujuan penentuan wajaran dan bakul
barangan dan perkhidmatan IHP bagi 22 bandar utama. Penyiasatan seterusnya dijalankan
pada tahun 1998/99. Penyiasatan terakhir yang dijalankan ialah pada tahun 2004/05 dengan
perubahan penentuan saiz sampel mengambil kira kepersisan di peringkat Negeri, strata dan
22 bandar terpilih.
1.2 Objektif Penyiasatan
HES 2009/10 mempunyai objektif berikut :-
� Mendapatkan pola perbelanjaan isi rumah persendirian semasa dalam negara bagi
maksud pengiraan wajaran dan penentuan bakul barangan dan perkhidmatan Indeks
Harga Pengguna; dan
� Memberikan anggaran perbelanjaan penggunaan persendirian bagi sektor isi rumah
dalam Sistem Akaun Negara.
1.3 Liputan Penyiasatan
1.3.1 Dari segi geografi, penyiasatan ini meliputi kedua-dua kawasan bandar dan luar
bandar.
1.3.2 Penyiasatan ini meliputi isi rumah (IR) yang tinggal di tempat kediaman (TK)
persendirian sahaja. IR yang tinggal di TK institusi dikecualikan daripada liputan
penyiasatan.
Muka Surat 3
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 111111111111
1.4 Tempoh Penyiasatan
Penyiasatan ini dibahagikan secara sistematik kepada dua belas pusingan di mana setiap
pusingan merujuk kepada satu bulan kalendar Masihi. Penyiasatan ini bermula dari bulan
April 2009 hingga Mac 2010. Tempoh selama 12 bulan diperlukan untuk memastikan
perbezaan perbelanjaan semasa musim perayaan tertentu seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun
Baru Cina, Deepavali dan lain-lain di sepanjang tahun diambil kira. Ia juga akan
memudahkan operasi kerja luar dan dengan itu dapat memastikan kualiti data yang dipungut
adalah tinggi.
1.5 Tempoh Rujukan
1.5.1 IR yang terpilih diminta mencatatkan butir-butir perbelanjaan harian bagi semua ahli
isi rumah (AIR) selama tempoh sebulan iaitu mulai pada hari pertama hingga hari
terakhir bulan berkenaan. Contoh bagi bulan penyiasatan April 2009, tempoh
rujukan adalah 1 – 30 April 2009. Manakala bagi perbelanjaan barang-barang tahan
lama, semitahan lama, dan perkhidmatan lain, tempoh rujukan dipanjangkan kepada
11 bulan sebelum bulan penyiasatan.
Contoh
Bulan Penyiasatan : April 2009
1.6 Jenis Borang Soal Selidik
1.6.1 Dua jenis borang soal selidik digunakan dalam penyiasatan ini iaitu:-
� HES - 1 - diisi oleh penemu ramah
� HES - 2 - diisi oleh responden
1.6.2 HES - 1 mengandungi maklumat IR seperti butir-butir IR; butir-butir perbelanjaan
harian IR; butir-butir perbelanjaan barang-barang tahan lama, semitahan lama, tidak
tahan lama dan perkhidmatan terpilih; butir-butir aktiviti ahli isi rumah dan
pendapatan isi rumah mengikut punca pendapatan.
Muka Surat 4
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 111111111111
Tempoh Rujukan Tempoh
Sebulan 1 - 30 April 2009
11 bulan sebelum bulan penyiasatan Mei 2008 - Mac 2009
Bil.
i.
ii.
1.6.3 HES - 2 mengandungi rekod perbelanjaan oleh semua AIR bagi setiap hari selama
sebulan. Butir-butir yang diliputi termasuk keterangan lengkap mengenai setiap item
perbelanjaan, cara pembayaran, kuantiti, amaun dan punca & lokasi pembelian (point
& location of purchase).
1.7 Lawatan Kerja Luar
Anda perlu membuat lawatan ke IR terpilih selang sehari bagi membantu responden
melengkapkan rekod perbelanjaan harian dan mendapatkan lain-lain maklumat yang
diperlukan.
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 111111111111
Muka Surat 5
BAHAGIAN 2
Konsep Penting
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 222222222222
KONSEP PENTING KONSEP PENTING
2.1 Blok Penghitungan (BP)
BP adalah satu kawasan di atas muka bumi yang diwujudkan secara rekaan dan biasanya
mempunyai sempadan-sempadan tertentu. Secara purata suatu BP mempunyai bilangan
Tempat Kediaman (TK) dalam lingkungan 80 hingga 120.
2.2 Unit Bangunan (UB)
UB ditakrifkan sebagai satu struktur yang secara fizikal terasing dari semua yang lain oleh
ruang terdedah sekelilingnya. Dalam satu UB boleh mengandungi beberapa TK atau
Pertubuhan Perniagaan (PP) di dalamnya. Sebagai contoh: rumah sebuah, rumah berkembar,
blok rumah teres, blok rumah kedai, blok apartmen/kondominium, blok rumah buruh, kilang
dan sebagainya.
Sesebuah UB mungkin mengandungi :-
i. Sebuah atau lebih TK;
ii. TK Institusi;
iii. Bukan Tempat Kediaman; dan
iv. Bangunan Industri dan kilang; atau
v. mana-mana kombinasi dari empat di atas
2.3 Tempat Kediaman (TK)
i. Maksud TK
TK ialah struktur yang terasing dan bebas, digunakan untuk kediaman tetap atau
sementara. Ciri-ciri penting bagi TK ialah bebas dan terasing.
Bebas bermaksud terdapatnya jalan masuk/keluar secara terus ke TK berkenaan atau
melalui ruang umum, tetapi tidak melalui ruang kediaman orang lain. Dalam ertikata
yang lain, bebas bermaksud bahawa penghuni boleh masuk dan keluar dari TK
mereka tanpa melalui ruang kediaman orang lain.
Muka Surat 9
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 222222222222
Untuk kondominium, apartmen atau flat, jalan masuk/keluar boleh jadi secara terus
dari luar atau menerusi satu ruang umum atau ruang kaki lima.
Terasing ialah rupa bentuk secara fizikal dikelilingi atau dipisahkan oleh dinding,
pagar dan sebagainya.
TK boleh wujud dalam bentuk rumah sesebuah, rumah berkembar, apartmen, flat,
rumah pangsa, rumah teres, rumah buruh atau sebarang jenis struktur sementara atau
tetap yang lain. Ia boleh juga wujud dalam bentuk bangsal, gua, tempat berteduh
kecil yang berbumbung atau bot/rakit yang digunakan sebagai tempat kediaman.
Kadangkala struktur yang biasanya tidak digunakan sebagai TK seperti kedai
perniagaan mungkin mengandungi TK. Umpamanya, kedai runcit yang mempunyai
bilik di sebelah belakang yang digunakan sebagai TK, atau stesen minyak yang
mempunyai struktur bersambung dan didiami oleh penjaganya. Kesemua ruang
tempat tersebut adalah ditakrifkan sebagai TK.
ii. Bukan Tempat Kediaman (BTK)
Sebuah BTK ialah satu struktur yang digunakan untuk tujuan selain daripada TK
seperti masjid, rumah berhala, gereja, sekolah kerajaan/bantuan kerajaan, pejabat
bukan perniagaan dan sebagainya.
2.4 Isi Rumah (IR)
IR ialah satu kumpulan orang yang tinggal bersama dan membuat peruntukan yang sama
untuk makanan dan keperluan hidup lain.
Ciri-ciri IR:-
i. Kumpulan ini membayar peruntukan untuk makanan daripada sebahagian
pendapatan yang dikumpul dan membuat penyediaan yang sama untuk
keperluan-keperluan asas hidup lain;
ii. Sesebuah IR boleh mengandungi beberapa ahli atau mungkin seorang ahli
sahaja;
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 222222222222
Muka Surat 10
iii. Orang-orang di dalam sesebuah TK mungkin bersaudara atau tidak
bersaudara atau gabungan kedua-duanya sekali; dan
iv. Biasanya satu IR mendiami sebuah TK. Bagaimanapun, kadangkala
terdapat lebih dari satu IR menduduki sesebuah TK.
v. Penumpang
Seorang atau beberapa orang yang tinggal bersama dengan Ketua IR dan
membuat peruntukan yang sama untuk makan dan keperluan hidup yang
lain dalam TK tersebut. Kebiasaannya ”penumpang” tinggal di sebuah
bilik berasingan. Dalam kes ini penumpang dianggap sebagai ahli IR
dengan Ketua IR samada mempunyai pertalian persaudaraan atau
sebaliknya.
vi. Penyewa
Seseorang/beberapa orang yang menyewa di sebahagian TK contohnya
sebuah bilik daripada (pemilik) Ketua IR yang berkongsi keperluan hidup
yang lain. Akan tetapi penyewa ini tidak memperuntukkan makan
bersama-sama dianggap sebagai IR yang berlainan.
2.4.1 Ketua Isi Rumah (KIR)
Ciri-ciri KIR:-
i. Boleh terdiri daripada lelaki atau perempuan yang dianggap sebagai KIR
oleh ahli-ahli lain dalam IR;
ii. Mesti seorang PENERIMA PENDAPATAN dan berumur 15 tahun dan ke
atas;
iii. Setiap IR hanya mempunyai seorang ketua; dan
iv. KIR mestilah layak untuk HES (tinggal 16 hari di TK terpilih).
Bagi kes-kes yang sukar untuk menentukan ketua seperti TK yang dihuni oleh
penuntut-penuntut atau orang bujang yang membentuk sebuah isi rumah, orang yang
sedang anda temu ramah boleh dianggap sebagai ketua.
Muka Surat 11
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 222222222222
2.4.2 Ahli Isi Rumah (AIR)
Bagi setiap IR terpilih, hanya ahli-ahli yang tinggal selama 16 hari atau lebih di TK
tersebut pada bulan rujukan layak diliputi dalam penyiasatan ini. Mereka ini dikenali
sebagai ahli HES. Bagi ahli-ahli yang tinggal kurang daripada 16 hari di TK
tersebut, maka mereka bukan ahli HES. Walaubagaimana pun, bagi kes nelayan;
pemandu kereta sewa dan bas ekspres yang membawa penumpang jarak jauh;
pembalak; jurujual yang pergi keluar stesen dan pemandu lori yang sentiasa
berulang-alik dari satu tempat ke satu tempat, mereka ini diliputi sungguhpun mereka
tinggal kurang daripada 16 hari di TK tersebut.
Seharusnya IR bagi HES mestilah sama dengan AIR bagi HIS. Walaubagaimana
pun, berkemungkinan anda menemui kes di mana ahli tersebut tidak layak untuk HIS
tetapi layak untuk HES dan sebaliknya.
Contoh 1
Ahmad baru berpindah ke TK terpilih awal bulan temu ramah (April 2009) tetapi
tidak bercadang tinggal di TK tersebut untuk tempoh 3 bulan akan datang.
Sepanjang bulan temu ramah beliau berada di TK tersebut.
Bagi kes seperti ini, Ahmad telah layak diliputi dalam HES tetapi tidak layak untuk
HIS. Anda perlu mengambil kira ahli ini sebagai layak untuk HES sahaja.
Contoh 2
Ahmad telah tinggal di TK terpilih 3 bulan yang lalu dan bercadang untuk tinggal di
TK tersebut untuk tempoh 3 bulan akan datang. Namun demikian, semasa bulan
temu ramah (April 2009) beliau hanya berada di TK tersebut selama 15 hari sahaja.
Bagi kes seperti ini, Ahmad adalah ahli HIS tetapi bukan ahli HES.
2.5 Takrif Perbelanjaan
2.5.1 Perbelanjaan IR bermaksud segala perbelanjaan ke atas barang-barang dan
perkhidmatan yang diperoleh oleh IR untuk kegunaan persendirian sepanjang tempoh
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 222222222222
Muka Surat 12
rujukan. Perbelanjaan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu perbelanjaan
penggunaan dan perbelanjaan bukan penggunaan.
2.5.1.1 Perbelanjaan penggunaan IR termasuk:-
i. Semua perbelanjaan wang oleh ahli-ahli IR ke atas barang-barang
yang bertujuan untuk digunakan dan pembayaran ke atas
perkhidmatan. Perbelanjaan ini termasuk juga cukai-cukai yang
berkaitan dengan pembelian barang-barang dan perkhidmatan seperti
cukai perkhidmatan.
ii. Barang-barang dan perkhidmatan serta kemudahan yang
diterima dalam bentuk mata benda. Contohnya, makanan percuma
dan tempat penginapan percuma daripada IR lain.
iii. Barang-barang atau perkhidmatan yang diterima oleh IR secara
percuma atau konsesi, yang dianggap sebagai pendapatan, perlu
diambil kira sebagai perbelanjaan juga. Contohnya, tempat
penginapan yang disediakan oleh majikan dengan bayaran konsesi
atau percuma [sila rujuk kepada keterangan di para 2.6.2 (v) dan
(vi)].
iv. Sayur-sayur yang diambil dari kebun atau barang-barang dari kedai
runcit sendiri untuk kegunaan persendirian perlu dibuat imputasi
mengikut nilai runcit. Nilai harga itu dianggap sebagai perbelanjaan
bagi IR tersebut.
v. Nilai sewa bersih rumah yang diduduki oleh pemiliknya.
2.5.1.2 Perbelanjaan bukan penggunaan adalah merujuk kepada salah satu:-
i. Pembayaran yang dikenakan kepada pembayar ke atas perkhidmatan
yang tidak dapat dikenalpasti dan yang bertujuan untuk menambah
hasil kerajaan, atau
ii. Pembayaran yang tidak mempunyai hubungan secara langsung
dengan perolehan perkhidmatan yang diterima (misalnya yuran
keahlian, hadiah, pemberian kepada badan amal/agama).
Muka Surat 13
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 222222222222
Contoh perbelanjaan bukan penggunaan ialah :
a) Cukai pendapatan, cukai langsung lain dan zakat.
b) Pencaruman keselamatan sosial dari majikan dan pekerja (iaitu
KWSP, PERKESO).
c) Bayaran gantirugi
d) Bayaran wajib dan denda seperti bayaran paspot, bayaran ujian
memandu dan denda untuk kesalahan trafik.
e) Pemberian kepada badan amal/agama.
f) Yuran keahlian kelab.
g) Pemberian kepada IR lain.
h) Bayaran nafkah
i) Hadiah berupa wang tunai dan mata benda
2.5.2 Selain daripada jenis perbelanjaan yang dinyatakan di 2.5.1.1 dan 2.5.1.2 di atas,
penyiasatan ini juga meliputi simpanan wang, amaun yang dilabur atau dipinjam,
pembayaran balik pinjaman, kerugian perjudian, pemberian tunai dan derma.
Walaupun ini adalah di luar daripada konsep perbelanjaan, maklumat ini adalah
sebahagian daripada penyiasatan perbelanjaan dan perlu diliputi. Tujuannya ialah
untuk mendapatkan rekod akaun IR yang lengkap dan juga membantu dalam
perseimbangan secara kasar antara pendapatan dan penerimaan lain dengan
perbelanjaan dan pembayaran lain dalam tempoh rujukan bagi setiap IR.
2.5.3 Perkara-perkara berikut TIDAK TERMASUK di dalam Penyiasatan Perbelanjaan
IR:-
i. Perbelanjaan untuk makanan, penginapan, perjalanan dan hiburan semasa
bertugas sama ada untuk perniagaan atau urusan kerajaan, perbelanjaan
untuk pakaian seragam untuk kegunaan pekerjaan, peralatan kerja dan
kelengkapan dan lain-lain yang dibayar oleh seorang kakitangan berkaitan
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 222222222222
Muka Surat 14
dengan perniagaan majikannya dan dibayar balik oleh majikan; dan
ii. Perkhidmatan (iaitu perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan) yang diberi
percuma kepada orang awam contoh Taman Permainan Kanak-kanak.
2.6 Ukuran Perbelanjaan
2.6.1 Dalam menetapkan nilai atau mengukur perbelanjaan, tiga pendekatan biasa
digunakan iaitu:-
i. Perolehan (acquisition)
Pendekatan perolehan ialah di mana perbelanjaan IR untuk barang-barang
dan perkhidmatan hendaklah direkodkan semasa pembelian dibuat tanpa
mengira sama ada digunakan kesemuanya atau tidak, atau dibayar
sepenuhnya atau tidak. Contohnya bagi barang-barang yang dibeli secara
sewa beli dianggap sebagai telah diperoleh pada masa perjanjian sewa beli
ditandatangani atau jika tiada perjanjian, perolehan berlaku apabila barang-
barang tersebut telah dihantar kepada pembeli.
ii. Penggunaan (consumption)
Pendekatan penggunaan digunakan dalam keadaan tertentu seperti
menggunakan hasil keluaran sendiri, penggunaan air atau elektrik.
iii. Pembayaran (payment)
Pendekatan pembayaran juga digunakan untuk bayaran pendahuluan bagi
mendapatkan sesuatu perkhidmatan atau barang.
2.6.2 Berpandu kepada konsep dan pendekatan yang diamalkan seperti ternyata di para
2.6.1 di atas, penetapan nilai bagi barang-barang dan perkhidmatan hendaklah dibuat
seperti berikut:-
i. Perolehan barang-barang dan perkhidmatan hendaklah dinilai pada harga
runcit.
ii. Barang-barang yang digunakan daripada hasil keluaran sendiri hendaklah
dinilai pada harga pengeluar.
iii. Bayaran kepada pekerja oleh majikan dalam bentuk mata benda hendaklah
dinilai pada kos majikan.
Muka Surat 15
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 222222222222
iv. Rumah yang diduduki oleh pemiliknya hendaklah dinilai pada sewa pasaran
semasa untuk jenis rumah yang sama di kawasan yang sama. Bagi kawasan
bandar, kebiasaannya nilai sewa ini senang didapati. Bagaimanapun bagi
kawasan luar bandar, jika anggaran sewa tidak diperoleh, anggarkan dengan
salah satu cara berikut:-
a) Anggarkan harga pasaran semasa bagi sebuah rumah jika pemiliknya
hendak menjualnya dan ambil 10% daripada harga yang dianggarkan
sebagai sewa tahunan. Untuk mendapatkan sewa bulanan, bahagikan
anggaran sewa tahunan dengan 12. Perhatikan contoh berikut:-
Anggaran harga pasaran semasa
Harga rumah = RM30,000.00
10% daripada
harga rumah = RM 3,000.00
Sewa bulanan
(RM3000 bahagi 12) = RM 250.00
b) Jika cara a) tidak diperoleh, dapatkan kos harga rumah dan nilaikan
10% daripada kos harga tersebut sebagai nilai tahunan. Untuk
mendapatkan sewa bulanan, bahagikan nilaian tersebut dengan 12.
Perhatikan contoh berikut:-
Kos Harga rumah = RM60,000.00
10% daripada kos
harga rumah = RM 6,000.00
Sewa bulanan
(RM6000 bahagi 12) = RM 500.00
v. Tempat menginap percuma yang disediakan untuk pekerja oleh majikan
biasanya dalam bentuk sewa bilik percuma atau rumah percuma kepada
eksekutif, pekerja ladang dan lombong, anggota kerajaan, pakar luar negara
dan sebagainya. Di mana tempat menginap percuma disediakan, nilai sewa
bulanan sebenar yang dibayar oleh majikan hendaklah direkodkan. Jika
pekerja tidak mengetahui nilai sewa yang dibayar oleh majikannya, cara
pengiraan di 2.6.2 (iv) hendaklah digunakan.
vi. Apabila seorang pekerja menerima subsidi tempat penginapan daripada
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 222222222222
Muka Surat 16
majikan, dia membayar sewa kurang daripada sewaan yang dikenakan oleh
pemilik kepada majikan. Bayaran nilai sewa sebenarnya yang dibayar oleh
majikan perlulah direkodkan sebagai bayaran perbelanjaan sewaan manakala
amaun yang dibayar oleh responden hendaklah dicatatkan di ruangan catatan.
Contoh 1
Ahmad bekerja di sebuah firma perdagangan besar. Dia mendiami sebuah
rumah sewa dan membayar nilai sewa nominal sebanyak RM150 sebulan
kepada majikannya. Dia memaklumkan nilai sewa yang dibayar oleh
majikannya kepada tuan rumah adalah sebanyak RM500 sebulan. Dalam kes
ini, rekodkan RM500 yang dibayar oleh majikan di Ruangan amaun, dan
RM150 yang dibayar oleh Ahmad di ruangan catatan.
Contoh 2
Ali memberitahu bahawa dia membayar sewa rumah sebanyak RM500
sebulan terus kepada tuan rumah. Walau bagaimanapun, majikannya
membayar balik sebanyak RM350 sebulan sebagai subsidi atau konsesi
kepada Ali. Dalam kes ini laporkan RM500 di ruangan amaun dan rekodkan
“Subsidi daripada majikan: RM350 sebulan’’ di Ruangan catatan.
vii. Tanam-tanaman ladang atau ternakan diusahakan untuk perniagaan.
Sekiranya sebahagiannya digunakan oleh tuannya untuk kegunaan
persendirian, hasil yang digunakan perlu dinilai pada harga semasa jualan.
viii. Penggunaan barang-barang yang diambil dari kedai sendiri bagi kegunaan
sendiri tanpa bayaran (misalnya, kedai runcit) mestilah dianggarkan pada
harga runcit.
ix. Barang-barang yang diperoleh dan digunakan untuk penggunaan IR dan juga
untuk keperluan perniagaan hendaklah dibahagikan nilainya masing-masing
untuk kegunaan persendirian dan kegunaan perniagaan.
x. Bagi perkara-perkara tertentu seperti air dan elektrik di mana kebiasaannya
kos penggunaan tidak diketahui sehingga bil diperoleh kemudian, jumlah
yang dibayar pada bulan rujukan hendaklah dicatat walaupun penggunaannya
berlaku pada bulan lepas.
Muka Surat 17
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 222222222222
xi. Barang-barang tukar beli (trade in) hendaklah dinilai pada harga penuh.
Nilai barang baru dan barang lama hendaklah ditulis di Ruangan catatan.
xii. Bagi barang-barang sewa beli (kredit ansuran), harga penuh pembelian
hendaklah direkod sebagai perbelanjaan sekiranya dibeli pada bulan rujukan.
xiii. Pembelian menerusi ‘lay-by’ di mana bayaran telah dijelaskan walaupun
barang belum diperoleh adalah dianggap sebagai perbelanjaan.
xiv. Perbelanjaan juga termasuk sebarang pembayaran melalui potongan gaji
oleh majikan atau bank. Contohnya seperti bayaran yuran kesatuan,
insurans kesihatan, insurans perumahan dan sebagainya.
2.7 Klasifikasi Barang
2.7.1 Setiap perbelanjaan IR boleh dikelaskan kepada 5 kategori barang seperti berikut:-
2.7.2 Definisi setiap kategori barang seperti berikut:-
i. Kod 1 - Barang Tahan Lama (TL)
Barang-barang yang mempunyai jangka hayat penggunaan yang melebihi
satu tahun dan secara relatifnya mempunyai nilai yang tinggi, seperti
motokar, peti sejuk dan televisyen.
ii. Kod 2 - Barang Semitahan Lama (SL)
Barang-barang yang mempunyai jangka hayat penggunaan selama lebih
kurang setahun atau secara relatifnya tidak mempunyai harga yang
tinggi, seperti pakaian, tekstil dan alat berkebun.
iii. Kod 3 - Barang Tidak Tahan Lama (TTL)
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 222222222222
Muka Surat 18
Bil. Keterangan Kod
i. Perbelanjaan bagi barang tahan lama 1
ii. Perbelanjaan bagi barang semitahan lama 2
iii. Perbelanjaan bagi barang tidak tahan lama 3
iv. Perbelanjaan bagi perkhidmatan 4
v. Lain-lain perbelanjaan 5
Barang-barang yang mempunyai jangka hayat penggunaan yang pendek
dan mempunyai harga secara relatifnya tidak tinggi. Contohnya ialah beras,
daging, ikan, susu, buah-buahan, sayur, air minuman, petrol dan lain-lain.
iv. Kod 4 - Perbelanjaan Perkhidmatan (P)
Perbelanjaan yang dibayar oleh IR ke atas segala perkhidmatan seperti
rawatan perubatan, hiburan, rekreasi, kebudayaan, pendidikan dan lain-lain
yang dibekalkan sama ada oleh kerajaan atau pun swasta; termasuk juga
perbelanjaan makanan atau minuman di restoran, kafe atau hotel.
v. Kod 5 - Lain-lain Perbelanjaan (L)
Pembayaran dalam bentuk pindahan seperti cukai pendapatan, pencaruman
keselamatan sosial, bayaran pampasan, denda, bayaran wajib serta pemberian
kepada IR lain. Pembayaran lain seperti amaun yang dilabur atau dipinjam,
bayaran balik pinjaman dan tambahan kepada simpanan.
2.7.3 Setiap perbelanjaan IR tersebut di atas boleh dipecahkan lagi mengikut 13 kumpulan
iaitu:-
Muka Surat 19
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 222222222222
Kumpulan Keterangan
01 Makanan dan Minuman Bukan Alkohol
02 Minuman Alkohol dan Tembakau
03 Pakaian dan Kasut
04 Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain
05 Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah
06 Kesihatan
07 Pangangkutan
08 Komunikasi
09 Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan
10 Pendidikan
11 Restoran dan Hotel
12 Pelbagai Barang dan Perkhidmatan
13 Pelbagai Perbelanjaan dan Perbelanjaan Kewangan
2.7.4 Setiap kumpulan perbelanjaan ini mengandungi perincian item-item yang telah
dikelaskan berpandu kepada A System of National Accounts 1993 - Classification of
Individual Consumption According to Purpose (COICOP). Siri M, Nombor 84
terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mengikut sistem pengkodan HES
2009/10, setiap kumpulan mengandungi bilangan item seperti berikut:-
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 222222222222
Muka Surat 20
Kumpulan Bilangan Item
01 408
02 17
03 79
04 56
05 165
06 88
07 83
08 22
09 174
10 26
11 42
12 95
13 66
Jumlah 1,321
2.8 OUTLAY PERBELANJAAN ISI RUMAH
Muka Surat 21
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 222222222222
PERBELANJAAN ISI RUMAH
PERBELANJAAN
PENGGUNAAN
PERBELANJAAN
BUKAN
PENGGUNAAN
PEMBAYARAN
LAIN
• BARANG TAHAN LAMA - KOD 1
• BARANG SEMITAHAN LAMA - KOD 2
• BARANG TIDAK TAHAN LAMA - KOD 3
• PERKHIDMATAN - KOD 4
LAIN-LAIN - KOD 5
PERBELANJAAN
KLASIFIKASI PERBELANJAAN MENGIKUT
KUMPULAN
KUMP. PENERANGAN
01 MAKANAN & MINUMAN BUKAN
ALKOHOL
02 MINUMAN ALKOHOL & TEMBAKAU
03 PAKAIAN & KASUT
04 PERUMAHAN, AIR, ELEKTRIK, GAS &
BAHAN API LAIN
05 HIASAN, PERKAKASAN &
PENYELENGGARAAN ISI RUMAH
06 KESIHATAN
07 PENGANGKUTAN
08 KOMUNIKASI
09 PERKHIDMATAN REKREASI &
KEBUDAYAAN
10 PENDIDIKAN
11 RESTORAN & HOTEL
12 PELBAGAI BARANG & PERKHIDMATAN
KLASIFIKASI
PERBELANJAAN
MENGIKUT KUMPULAN
KUMP. PENERANGAN
13 PELBAGAI
PERBELANJAAN
& PERBELANJAAN
KEWANGAN
BAHAGIAN 3
PANDUAN
MELENGKAP SOAL SELIDIK
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
PANDUAN MELENGKAP SOAL SELIDIKPANDUAN MELENGKAP SOAL SELIDIK
3.1 PENDAHULUAN
Dua jenis soal selidik digunakan dalam penyiasatan ini iaitu HES - 1 dan HES - 2. HES - 1
perlu diisi oleh penemu ramah manakala HES - 2 diisi oleh responden. Penemu ramah perlu
menyalin rekod perbelanjaan IR dari HES - 2 ke HES - 1.
3.1.1 HES - 1
HES - 1 dibahagikan kepada Sembilan Blok seperti berikut:-
Di halaman pertama soal selidik terdapat butir-butir pengenalan IR yang perlu diisi.
Manakala di halaman terakhir, terdapat butir-butir untuk kawalan pejabat.
3.1.2 HES - 2
Rekod harian bagi semua perbelanjaan dan pembayaran lain IR untuk sepanjang bulan temu
ramah. Bentuk soalan di HES-2 adalah sama seperti di HES-1/BLK (III).
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 25
BLOK KETERANGAN
(I) BUTIR-BUTIR PENGENALAN
(I)a TARIKH DAN MASA TEMU RAMAH
(II) BUTIR-BUTIR AHLI ISI RUMAH
(II)a KOMPOSISI ISI RUMAH
(III) REKOD PERBELANJAAN HARIAN ISI RUMAH
(IV)a PERBELANJAAN BARANG TAHAN LAMA SEPANJANG 11 BULAN YANG
LEPAS
(IV)b PERBELANJAAN BARANG SEMITAHAN LAMA SEPANJANG 11 BULAN
YANG LEPAS
(IV)c PERBELANJAAN ITEM LAIN & PERKHIDMATAN TERPILIH SEPANJANG 11
BULAN YANG LEPAS
(V) SENARAI SEMAK (Tempoh Rujukan - 1 Bulan & 1 Tahun)
(VI) BUTIR-BUTIR AKTIVITI AHLI ISI RUMAH
(VII) PUNCA PENDAPATAN DAN PENERIMAAN LAIN
(VIII) HELAIAN IMBANGAN
(IX) PENILAIAN PENEMU RAMAH
Nota:
Semua blok dalam soal selidik perlu dilengkapkan dengan sem-
purna
3.2 PANDUAN MENGISI HES – 1
Sila rujuk Lampiran 1 hingga 6 (Muka surat 79 - 93)
i. NO. UNIT BANGUNAN
Nombor ini diberi kepada anda sebelum temu ramah dijalankan. Catatkan nombor
ini di dalam kotak yang disediakan.
ii. JUMLAH ISI RUMAH
Catatkan nombor dan jumlah IR di TK ini.
iii. BULAN DAN TAHUN
Anda dikehendaki mengisi bulan dan tahun temu ramah di dalam kotak ini.
iv. NEGERI
Ini merujuk kepada pejabat negeri di mana kerja luar dijalankan. Anda hendaklah
menulis nama negeri di ruangan yang di sediakan.
Butiran 1 : Nombor Batch
Nombor batch terdiri dari 4 digit bermula dengan huruf yang mewakili setiap negeri mengikut
nombor pendaftaran kenderaan bermotor dan diikuti dengan angka dari 001 dan seterusnya. Ia
mengandungi borang soal selidik daripada 1 BP ( 1 BP = 1 Batch).
Muka Surat 26
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
HES – 1/BLOK (I) : BUTIR-BUTIR PENGENALAN
Nota :
Pastikan maklumat di butiran 1 - 8 ditulis dengan dakwat MERAH di kotak yang
disediakan. Anda tidak dibenarkan menulis apa-apa di ruangan Untuk Kegunaan
Pejabat.
Butiran 2 : Negeri
Isikan kod Negeri (2 digit) dalam kotak yang disediakan
Butiran 3 : Daerah Pentadbiran
Isikan kod Daerah Pentadbiran (2 digit) dalam kotak yang disediakan.
Butiran 4 : Daerah Banci
Isikan kod Daerah Banci (2 digit) dalam kotak yang disediakan
Butiran 5 : No. Kod BP
Isikan nombor Blok Penghitungan (3 digit) pada kotak pertama yang disediakan. Tiga (3) kotak
berikutnya disediakan untuk pecahan blok.
Butiran 6 : Strata
Strata merujuk kepada kawasan di mana terletaknya TK. Kawasan terbahagi kepada
Metropolitan, Bandar Besar, Bandar Kecil atau Luar Bandar. Semenanjung Malaysia
mempunyai kod-kod strata 1, 2, 3 atau 4 manakala Sabah dan Sarawak 1, 2, 3, 5, 6, 7, 8, 9, atau
0. Isikan kod yang berkaitan dalam kotak yang disediakan.
Butiran 7 : No. TK
Catatkan nombor TK (4 digit) dalam kotak yang disediakan.
Butiran 8 : No. Isi Rumah
Nombor ini merujuk kepada nombor siri IR dalam TK yang terpilih. Pada kebiasaannya satu TK
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 27
Nota :
Bagi Butiran 2 hingga 5 lihat Panduan Menyunting dan Mengekod.
mengandungi hanya satu IR. Walau bagaimanapun, adakalanya anda akan menemui lebih
daripada satu isi rumah dalam satu TK terpilih. Dalam hal ini anda dikehendaki menemu ramah
IR tersebut mulai dengan 01. IR yang berikutnya diberikan 02 dan seterusnya.
Butiran 9 : Bandar/Mukim
Catatkan nama bandar bagi TK yang ditemu ramah. Bagi kawasan Luar Bandar pula, catatkan
nama mukim TK berkenaan.
Butiran 10 : Nama Responden
Butiran ini adalah merujuk kepada nama orang yang akan anda temu ramah. Cuba seberapa
yang boleh untuk menemu ramah KIR iaitu isteri atau suami atau orang yang bertanggungjawab
dalam IR tersebut.
Jika orang yang bertanggungjawab dalam IR berkenaan tidak dapat ditemui walaupun setelah
beberapa kali mencuba, anda hendaklah cuba seboleh-bolehnya mendapatkan maklumat
daripada anak-anak responden, pembantu rumah (jika ada) atau jiran tetangga. Walau
bagaimanapun, catatan hendaklah dibuat di Ruangan (a) ‘Ulasan Penemu Ramah’.
Butiran 11 : Kumpulan Etnik Responden
Kemukakan pertanyaan kepada responden mengenai kumpulan etniknya. Catatkan jawapan
pada ruangan yang disediakan untuk butiran ini. Jangan membuat sebarang andaian.
Butiran 12 : Alamat TK
Alamat TK adalah merujuk kepada alamat TK yang ditemu ramah.
Di kawasan bandar, alamat TK adalah merujuk kepada alamat surat-menyurat. Bagi kawasan
luar bandar, alamat surat-menyurat biasanya menggunakan alamat rumah penghulu atau kedai di
kampung tersebut dan orang yang berkenaan akan mengambil sendiri surat mereka. Dengan
demikian bagi kawasan luar bandar ‘Alamat TK’ hendaklah merujuk kepada TK tersebut.
Anda hendaklah menuliskan alamat penuh termasuk nama penuh jalan atau lokaliti. Dapatkan
juga nombor telefon IR supaya dapat dihubungi sekiranya perlu.
Muka Surat 28
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Butiran 13 : Nama Penemu Ramah
Tuliskan nama anda di tempat yang disediakan.
Butiran 14 : Respons
Jika temu ramah dapat dijalankan dengan sempurna, tuliskan ‘Selesai’ (Kod 01) di kotak yang
disediakan. Jika setelah beberapa lawatan dibuat tetapi masih belum dapat menemu ramah
responden dalam tempoh 16 hari pertama bulan rujukan, tuliskan sebab utama tiada sambutan
sama ada salah satu yang berikut:
i. Kod 02 - Unit Kosong
Sebuah unit dianggap kosong jika tiada seorang pun individu yang tinggal di TK terpilih pada
masa temu ramah dijalankan.
Walau bagaimanapun, jika penghuni unit tersebut tiada di TK buat sementara waktu, unit
tersebut adalah dianggap didiami. Kategori “Kosong” adalah termasuk unit-unit rumah yang
kosong seperti sebuah rumah, apartmen atau rumah pangsa untuk disewa atau dijual.
“Kosong” juga termasuk TK kosong yang sedang diperbaiki atau diperbaharui.
ii. Kod 03 - Tiada Sesiapa Di Rumah (TSD)
Satu IR hendaklah dilaporkan sebagai “Tiada Sesiapa Di Rumah” atau TSD jika syarat-syarat
berikut dipenuhi:-
a) Semua penghuni tiada di TK buat sementara waktu kerana urusan pekerjaan, bercuti,
menjaga saudara-mara yang sakit atau sebab-sebab lain;
b) Barang-barang kepunyaan penghuni seperti perabot dan perkakas rumah terdapat di
TK berkenaan. Pastikan yang perabot-perabot tersebut adalah milik penghuni oleh
sebab ia mungkin adalah unit rumah yang akan disewakan; atau
c) Unit tersebut bukan untuk disewa atau dijual dalam tempoh ditinggalkan.
Jika penghuni dijangka akan pulang sebelum berakhir tempoh penyiasatan ini, buat lawatan
semula. Jika penghuni tersebut dijangka tidak akan kembali sebelum berakhirnya tempoh
penyiasatan, nyatakan pada soal selidik sebagai “Tiada Sesiapa Di Rumah”.
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 29
iii. Kod 04 - Rumah Sedang Dalam Pembinaan
Laporkan “Rumah sedang dalam pembinaan” bagi unit-unit yang masih dalam proses
pembinaan.
iv. Kod 05 - Bukan Tempat Kediaman/TK Institusi
Laporkan “Bukan TK” atau “TK Institusi” dalam butiran ini bagi unit-unit yang digunakan
secara tetap sebagai tempat perdagangan, perniagaan atau tempat menyimpan barang-barang
atau tempat beribadah dan lain-lain.
v. Kod 06 - Telah Roboh/Rumah Usang
Laporkan “Telah Roboh” dalam butiran ini bagi unit-unit yang telah runtuh, dimusnahkan
atau yang sedang diruntuhkan.
vi. Kod 07 - Tidak Layak
IR dilaporkan sebagai “Tidak Layak” jika semua AIR bukan ahli HES atau tinggal di TK
terpilih kurang daripada 16 hari dalam bulan rujukan.
vii.Kod 08 - Enggan Bekerjasama
Responden mungkin enggan memberi sebarang maklumat semasa temu ramah pertama atau
mereka hanya menyatakan tiada sebarang perubahan mengenai maklumat yang diberi jika
beliau telah ditemu ramah sebelumnya. Laporkan “Enggan Bekerjasama” sebagai sebab di
Butiran ini. Jelaskan kepada responden kedudukan sebenar penyiasatan dan minta responden
bekerjasama untuk temu ramah yang lain.
viii.Kod 09 - Lain-lain
Untuk unit-unit yang tidak dapat dikelaskan dalam mana-mana kategori di atas hendaklah
dimasukkan sebagai “Lain-lain” dan tanyakan sebabnya. Contoh bagi kes ini adalah seperti
kesalahan penyenaraian atau terletak di luar sempadan penyenaraian.
ix. Kod 00 - Lain-lain (Didiami)
Catatkan sebab ini bagi tempat kediaman terpilih yang didiami ‘Lain-lain’ tetapi temu ramah
tidak dapat dijalankan disebabkan oleh kematian ahli keluarga, IR diasingkan (kuarantin),
responden yang boleh dipercayai tidak dapat ditemui selepas beberapa lawatan dibuat
(contoh: responden kanak-kanak), jalan tidak boleh dilalui (contoh: banjir) dan sebagainya.
x. Kod 10 - Imputasi
Gunakan kod ini sekiranya IR telah layak untuk HES tetapi beliau tidak dapat ditemui/enggan
lagi bekerjasama pada hari ke 17 dan seterusnya.
Muka Surat 30
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Anda perlu mencatatkan tarikh yang lengkap, waktu dan jumlah masa setiap kali lawatan dibuat
semasa menjalankan temu ramah. Jika temu ramah dapat dibuat, tuliskan masa temu ramah
bermula dan berakhir, rekodkan jumlah minit yang digunakan semasa temu ramah dijalankan.
Jika temu ramah tidak dapat dijalankan, rekodkan juga tarikh dan masa lawatan yang dibuat pada
hari tersebut.
Helaian ini digunakan untuk merekod nama dan butir-butir demografi bagi setiap penghuni yang
mendiami sesuatu TK dan membentuk sebuah IR
Ianya merupakan REKOD ASAS bagi setiap ahli-ahli isi rumah.
• Borang ini mestilah diisi dengan cermat dan lengkap
• Sekiranya jumlah ahli dalam sesuatu isi rumah itu lebih dari 12 orang, gunakan borang
tambahan untuk melengkapkan soal selidik ini.
• Tuliskan dengan terang supaya senang dibaca.
Ruangan (1) : Nombor Garisan
Nombor-nombor yang dicetak di Ruangan (1) ini digunakan sebagai pengenalan bagi setiap AIR
yang disenaraikan.
Ruangan (2) : Nama
Tujuan soalan ini adalah untuk mendapatkan senarai nama penuh bagi semua ahli sesebuah IR.
Ahli sesebuah IR adalah mereka yang membuat peraturan secara individu atau berkumpulan
untuk persediaan bagi makanan atau keperluan-keperluan lain untuk hidup.
Orang tua dan kanak-kanak terutamanya bayi seringkali dilupakan oleh responden. Bagi
memastikan perkara ini tidak berlaku, tanyakan beberapa soalan secara terperinci selepas
mendapatkan senarai nama yang lengkap.
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 31
HES – 1/BLK (I)a : TARIKH DAN MASA TEMU RAMAH
HES – 1/BLK (II) : BUTIR-BUTIR AHLI ISI RUMAH
Tanyakan:-
i. Adakah penghuni IR berkenaan berada di tempat lain buat sementara waktu?
ii. Adakah terdapat bayi yang baru lahir?
iii. Adakah terdapat pembantu rumah yang tinggal dan makan bersama dengan
IR?
iv. Adakah terdapat orang yang menumpang atau menyewa dan makan bersama
IR ini?
Senaraikan nama yang tertinggal sebelum ini.
Nama-nama AIR hendaklah direkodkan mengikut susunan berikut:-
i. Ketua isi rumah
ii. Isteri atau suami.
iii. Anak-anak ketua yang belum berkahwin mengikut susunan umur bermula dengan yang
sulung.
iv. Anak-anak lelaki dan perempuan yang telah berkahwin (mengikut susunan umur) dan
keluarga mereka disenaraikan mengikut susunan: suami, isteri anak dan lain-lain.
v. Saudara mara yang lain.
vi. Pembantu rumah, orang menumpang dan orang lain yang tidak ada kaitan tali persaudaraan.
Ruangan (3) : Perhubungan Dengan Ketua Isi Rumah
Setelah menetapkan “Ketua Isi Rumah”, dapatkan pertalian atau perhubungan dengan ketua bagi
setiap ahli yang telah disenaraikan dengan menanyakan:
“Apakah kaitan………..(Nama)………….dengan ketua isi rumah?’ atau
Muka Surat 32
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
PERINGATAN:-
Jika anda tidak pasti sama ada untuk menyenarai seseorang itu atau tidak,
anda adalah dinasihatkan menyenaraikannya dan mencatat butir-butir yang
tepat supaya keputusan dapat dibuat di pejabat nanti. Adalah penting bagi
anda untuk melengkapkan penyenaraian IR ini.
NOTA:
Jika nama seseorang ahli isi rumah terlalu panjang, ianya boleh
disingkatkan, tetapi singkatan yang sama digunakan di Blok (II)
dan Blok (II)a.
Anda hendaklah berhati-hati supaya tiada sesiapa yang tertinggal
dalam senarai untuk mengelak kurang penghitungan.
“Apakah tali persaudaraan di antara……..(nama)……..dengan ketua isi rumah?”
Bagi mereka yang bukan ahli HES tetapi dicatat di Ruangan (2), tuliskan (-) di Ruangan (3).
Perhubungan setiap ahli dengan KIR sama ada salah satu yang berikut:-
i. Ketua
ii. Suami/isteri ketua
iii. Anak ketua yang belum berkahwin
iv. Anak ketua yang berkahwin
v. Menantu lelaki/perempuan
vi. Cucu ketua
vii. Bapa/ibu ketua atau kepada isteri/suami ketua
viii. Datuk/nenek ketua atau kepada isteri/suami ketua
ix. Abang/kakak/adik ketua atau kepada suami/isteri ketua
x. Ahli-ahli lain yang bersaudara dengan ketua atau dengan suami/isteri ketua
xi Pekerja/pembantu rumah
xii. Ahli-ahli yang tidak bersaudara
Ruangan (4) : Nombor Ahli Isi Rumah
Anda perlu memberi nombor AIR di awal bulan rujukan. Berikan nombor siri yang mengandungi
dua digit (mulai 01,02,….) kepada setiap AIR. Bagi ahli yang tidak layak untuk HES (tinggal
kurang daripada 16 hari di TK tersebut, kecuali nelayan, jurujual, pemandu lori dan pembalak),
batalkan keseluruhan baris berkenaan dan pastikan anda tidak mengubah nombor ahli yang
berikutnya. Rujuk contoh di Lampiran 2, Perkara 1.1.
Ruangan (5) : Tempoh Masa Tinggal
Di Ruangan (5) rekodkan bilangan hari dalam bulan rujukan seseorang itu tinggal di TK terpilih.
Ini berdasarkan maklumat di Blok (II)a.
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 33
Nota:
Pastikan di dalam satu isi rumah hanya terdapat seorang ketua.
Ruangan (6) : Jantina
Dapatkan jantina bagi semua orang yang disenaraikan, daripada orang yang ditemu ramah.
Tulis:-
“1” - lelaki
“2” - perempaun
Ruangan (7) : Bulan dan Tahun Kelahiran
Tanyakan:-
“Bilakah…….(Nama)…….dilahirkan?”
Anda hanya perlu menanyakan bulan dan tahun kelahiran. Sekiranya responden tidak dapat
mengingati bulan dan tahun kelahiran AIR yang lainnya, minta kebenaran untuk merujuk
dokumen seperti sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil kerakyatan dan sebagainya. sila rujuk
Lampiran 2, Perkara 1.
Ruangan (8) : Umur pada Bulan Kelahiran yang lepas
Hendaklah diisi dalam tahun genap mengikut hari jadinya yang terakhir berdasarkan bulan
kelahiran yang diberikan. Pengiraan hendaklah berdasarkan bulan temu ramah.
Tanyakan:-
“Adakah ……(Nama)…(Berumur)….tahun?”
Ruangan (9) : Kumpulan Etnik
‘Kumpulan etnik’ ialah sekumpulan orang yang terikat bersama-sama oleh hubungan bahasa,
adat resam, agama yang sama dan sebagainya.
Tanyakan:-
“Apakah kumpulan etnik komuniti atau loghat anda?”
Tanyakan kumpulan etnik setiap AIR.
Muka Surat 34
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Jangan sekali-kali membuat andaian berdasarkan nama ahli tersebut
Dalam kes perkahwinan campur, laporkan kumpulan etnik anak-anaknya mengikut jawapan
yang diberikan oleh responden.
Ruangan (10) : Kewarganegaraan
Tanyakan:-
“Adakah anda warganegara Malaysia?”
Jika ‘Ya’, catatkan dalam Ruangan (10) – ‘Malaysia’
Jika ‘Tidak’, tanyakan soalan yang berikut:-
“Apakah kewarganegaraan anda?”
Catatkan kewarganegaraan ahli berkenaan seperti yang diberi.
Contoh
Jika responden adalah warganegara Indonesia, catatkan “Indonesia” dalam ruangan berkenaan.
Jika mereka menjawab: “Saya telah pun memohon untuk menjadi warganegara Malaysia” atau
“Saya tidak ada negeri”, catatkan dalam ruangan berkenaan sebagai ‘Telah memohon’ atau
‘Tiada Negara’.
Bagi mereka yang telah memohon untuk menjadi warganegara Malaysia tetapi masih lagi
memegang taraf kewarganegaraan negara asal mereka, catatkan kewarganegaraannya yang
sebenar dan bukan ‘Telah memohon’.
Jika responden kurang pasti, tanyakan kad pengenalannya. Jika responden memiliki kad
pengenalan berwarna biru atau Malaysia (mengikut kad pengenalan terkini), maka beliau adalah
warganegara Malaysia. Jika kad pengenalannya bukan berwarna biru atau selain daripada kad
pengenalan Malaysia, tanyakan “dari Negara manakah beliau datang”.
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 35
Jangan membuat tekaan dengan berpandukan kepada nama, rupa atau
sebagainya. Catatkan jawapan yang diberikan oleh responden dan
jangan cuba untuk mengubah jawapan yang diberikan oleh responden
Nota:
Pastikan status kewarganegaraan ditanya. Jangan buat angga-
pan bahawa responden yang ditanya adalah Warganegara Ma-
laysia.
Ruangan (11) : Taraf Perkahwinan
Taraf perkahwinan hendaklah berdasarkan taraf perkahwinan pada tarikh temu ramah. Kadang-
kadang ‘nama’ dan ‘perhubungan’ dengan ketua isi rumah yang tercatat dalam Ruangan (2) dan
(3) boleh membantu menentukan taraf perkahwinan seseorang.
Tanyakan:-
“Adakah…….(nama)…….sudah berkahwin, balu/duda, sudah bercerai, berpisah atau
belum pernah berkahwin?”
Rekodkan jawapan mengikut Taraf Perkahwinan berikut:-
i. Kod 1 - Tidak Pernah Berkahwin :
Merujuk kepada mereka yang melaporkan sebagai belum pernah berkahwin. Kanak-kanak
yang berumur di bawah 10 tahun, catatkan sebagai ‘tidak pernah berkahwin’ tanpa perlu
menanyakan soalan.
ii. Kod 2 - Berkahwin
Merujuk kepada mereka yang masih berkahwin pada masa penyiasatan/tempoh rujukan.
Istilah ‘perkahwinan’ adalah termasuk perkahwinan mengikut undang-undang, secara adat
atau peraturan agama.
Muka Surat 36
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Nota :-
Pastikan status kewarganegaraan ditanya. Jangan buat andaian bahawa
responden yang ditanya adalah Warganegara Malaysia.
Nota :-
Perkahwinan mengikut undang-undang adalah perkahwinan yang sah dan
mengikut peraturan undang-undang negara seperti perkahwinan berdaftar,
perkahwinan sivil dan perkahwinan menerusi upacara keagamaan. Tinggal
bersama adalah satu keadaan di mana pasangan lelaki dan perempuan telah
bersetuju untuk tinggal bersama sebagai suami atau isteri tanpa nikah dan tidak
berdaftar dengan pihak berkuasa.
iii. Kod 3 - Balu atau Duda
Merujuk kepada mereka yang kematian suami/isteri dan belum berkahwin semula pada masa
penyiasatan/tempoh rujukan.
iv. Kod 4 - Bercerai
Merujuk kepada mereka yang perkahwinannya telah dimansuhkan mengikut undang-undang
atau peraturan keagamaaan atau tidak lagi tinggal bersama bagi satu jangka yang sama dan
tiada kemungkinan untuk bersatu semula.
v. Kod 5 - Berpisah
Merujuk kepada mereka yang masih menjadi suami-isteri tetapi tidak tinggal bersama.
Berkemungkinan berpisah seketika dan akan rujuk kembali/bersatu semula.
vi. Kod 9 - Tiada maklumat
Ruangan (12) : Persekolahan
Anda dikehendaki menanyakan soalan berikut:
“Adakah anda pernah bersekolah?”
(Tidak termasuk sekolah dewasa dan Tadika).
Jika seseorang itu menjawab ‘Ya’, tanyakan sama ada beliau masih bersekolah atau sudah tamat
persekolahan.
Sekolah adalah :-
Termasuk sekolah rendah dan menengah serta pusat pengajian tinggi seperti universiti dan kolej,
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 37
Nota:-
i. Status perkahwinan ‘Tiada maklumat’ tidak boleh diisi sewenang-wenang kecuali
setelah maklumat “Taraf perkahwinan’ tidak dapat diperolehi. Untuk setiap ahli
kod 1-5 perlu diisi.
ii. Sekiranya taraf perkahwinan ahli IR ialah berkahwin dan didapati pasangannya
tidak duduk serumah, pastikan catatan dibuat di mana pasangan tinggal. Ini juga
bertujuan untuk membuat semakan jumlah pendapatan sama ada kiriman wang
dari pasangan diambil kira dalam pengiraan.
kecuali kursus dalam perkhidmatan, kelas-kelas agama (kecuali yang menyediakan pelajaran
sekular), sekolah dewasa, belajar sendiri atau kursus-kursus secara pos dan lain-lain.
i. Kod 1 - Tidak bersekolah
Bermaksud tidak pernah menghadiri mana-mana institusi pendidikan yang memberikan
pendidikan secara rasmi semasa temu ramah. Kategori ini termasuk responden yang terlalu
muda dan belum memulakan persekolahan.
ii. Kod 2 - Bersekolah (sepenuh masa atau separuh masa)
Bermaksud masih menghadiri mana-mana institusi pendidikan yang memberikan pendidikan
rasmi secara sepenuh masa atau separuh masa seperti program pendidikan jarak jauh.
iii. Kod 3 - Tamat persekolahan
Bermaksud pernah menghadiri mana-mana institusi pendidikan yang memberikan pendidikan
rasmi tetapi telah tamat pelajarannya semasa temu ramah. Ia termasuk mereka yang pernah
bersekolah walaupun untuk beberapa tahun sahaja dan sekarang tidak bersekolah lagi.
“Adakah anda bercadang untuk melanjutkan pelajaran anda?”
Sekiranya jawapan adalah ‘Ya’, anggap beliau sebagai ‘masih bersekolah’ dan jika ‘tidak’ anggap
beliau sebagai telah ‘tamat persekolahan’
Muka Surat 38
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
PERINGATAN:-
Bagi mereka yang masih menunggu keputusan peperiksaan seperti Penilaian
Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Teknik,
Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM), soalan berikut perlu ditanya untuk menentukan sama ada responden
tersebut masih bersekolah atau telah tamat persekolahan. Peperiksaan Sijil Rendah
Pelajaran (SRP) telah digantikan dengan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) mulai tahun 1993 dan Sekolah Menengah Vokasional telah dinaikkan taraf
kepada Sekolah Menengah Teknik mulai tahun 1997.
Ruangan (13) : Taraf Pendidikan Formal Tertinggi
Tanyakan:-
“Apakah taraf pendidikan formal tertinggi yang dicapai oleh……..(Nama)……..di
sekolah / maktab / universiti?”
Cara merekod jawapan:-
i. Jika seseorang itu masih bersekolah atau menuntut, catatkan peringkat persekolahan yang
sedang dihadirinya.
ii. Jika seseorang itu didapati telah tamat persekolahan semasa temu ramah, dapatkan
peringkat persekolahan yang telah ditamatkan.
Contoh
Jika seseorang itu didapati telah meninggalkan persekolahan ketika dalam tingkatan 5 tanpa
menamatkan pengajian sepenuhnya, catatkan sebagai tingkatan 5.
iii. Masih muda
Catatkan sebagai ‘masih muda’ bagi seseorang yang berumur 6 tahun dan ke bawah
pada Ruangan (13). Bagi kanak-kanak yang kurang daripada sembilan tahun tetapi lebih
daripada lima tahun dan masih belum bersekolah disebabkan penjaganya mengatakan
kanak-kanak masih muda lagi untuk bersekolah, anda bolehlah mencatatkan ‘masih muda’
untuk kes ini.
iv. Tanpa Pendidikan Rasmi
Jika seseorang itu berumur 9 tahun dan ke atas, anda hendaklah menulis ‘Tanpa Pendidikan
Rasmi’, di Ruangan (13). Mereka yang bersekolah di sekolah pondok dan mendapat
pendidikan agama sahaja adalah dikategorikan dalam kes ini.
v. Pengajian Di Negara Asing
Bagi mereka yang mendapat pendidikan di luar negara seperti China, Indonesia dan
Thailand atau Negara-negara barat seperti Britain, dapatkan persamaan taraf
pendidikannya dengan sistem pendidikan di Malaysia. Jika anda tidak dapat menyamakan
taraf pendidikan, sila catatkan bilangan tahun seseorang itu belajar di luar negara.
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 39
vi. Pendidikan sebelum 1954
Dengan berpandu kepada Jadual 1, anda akan dapat menentukan persamaan taraf
pendidikan bagi ‘Pendidikan sebelum perang’ dengan taraf pendidikan semasa yang
diterima oleh seseorang.
Ruangan (14): Sijil Tertinggi yang Diperoleh di Sekolah, Maktab atau Universiti
Tanyakan:-
“Apakah sijil tertinggi yang diperoleh oleh …….(Nama)…….?”
Catatkan jawapannya jika jelas. Jika tidak, anda boleh menanyakan soalan berikut:
“Diploma atau ijazah yang dianugerahkan dalam bidang apa?”
Atau
“Maktab atau universiti yang manakah menganugerahkan diploma atau ijazah ini?”
Sijil tertinggi yang diperoleh adalah merujuk kepada sijil akademik yang diterima semasa di
sekolah, maktab atau universiti yang menyediakan ‘Pendidikan Rasmi’.
Termasuk dalam kategori ini ialah sijil-sijil yang diperoleh melalui sekolah secara pos yang
menyediakan bimbingan mata pelajaran akademik.
Tidak termasuk, adalah sijil-sijil yang dianugerahkan untuk kemahiran tertentu seperti
menyimpan kira-kira, membaiki radio, trengkas atau sijil kemahiran bahasa.
Rekodkan jawapan mengikut Sijil Tertinggi berikut:-
i. Kod 01 - PMR / SRP / LCE / SJC (Cina) / SJC (Inggeris)
Merujuk kepada Sijil Penilaian Menengah Rendah, Lower Certificate of Education, Junior
Cambridge Certificate dan Junior Middle III, PMR menggantikan SRP bermula tahun 1993.
Kelulusan sijil SRP dan yang setaraf dengannya adalah merujuk kepada sijil penuh iaitu
mereka yang mendapat pangkat A, B dan C. Pangkat ‘S’ atau ‘Statement’ tidak dikira
sebagai sijil penuh.
ii. Kod 02 - SPMV
Pendidikan vokasional adalah seperti dalam bidang Pertukangan, Pertanian, Sains
Rumahtangga dan Perdagangan. Kursus Vokasional yang diberi adalah mengikut peluang-
Muka Surat 40
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
peluang pekerjaan di Malaysia. Murid yang mengikuti 2 tahun pengajian di sekolah ini akan
menduduki peperiksaan SPMV. Bermula tahun 1997, sekolah-sekolah vokasional telah
dinaikkan taraf sebagai sekolah teknik.
iii. Kod 03 - SPM / SC / MCE / Chineese Middle 3 / Sabah Senior Certificate (Cina) / 4
Thanawi
Merujuk kepada Sijil Pelajaran Malaysia, Senior Cambridge Certificate, Malaysia Certificate
of Education, Senior Middle III, 4 Thanawi (Sijil Pelajaran Agama). Mereka yang mendapat
pangkat 1, 2 dan 3 adalah dikategorikan dalam kelas ini.
Contoh
Jika pendidikan tertinggi responden adalah peringkat matrikulasi, catatkan sebagai SPM bagi
sijil tertinggi yang diperoleh.
iv. Kod 04 - STPM / HSC / STA (Sijil Tinggi Agama)
Merujuk kepada Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan termasuk dalam kategori ini ialah Sijil
Tinggi Persekolahan (Malaysia), Higher School Certificate dan kelulusan yang setaraf
dengan ‘London Matriculation’. Sijil Tinggi Agama (STA) juga termasuk dalam kategori ini.
TIDAK TERMASUK adalah ‘GCE Statements’ yang tidak setaraf dengan sijil penuh.
v. Kod 05 - Sijil
Merujuk kepada sijil yang diperoleh dari kolej, politeknik atau institusi-institusi lain yang
menawarkan pendidikan rasmi. Tempoh pensijilan adalah tidak kurang dari enam bulan.
Kategori ini termasuk semua sijil kemahiran teknikal atau perdagangan yang diperoleh dari
mana-mana institusi latihan kemahiran dan perdagangan misalnya Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM). SKM tahap satu hingga tiga dikategorikan sebagai sijil.
vi. Kod 06 - Diploma Maktab / Kolej
Merujuk kepada diploma atau sijil yang diperoleh (selepas SPM atau STPM) daripada kolej
atau maktab atau politeknik yang menawarkan pendidikan rasmi. Tempoh pensijilan adalah
tidak kurang daripada dua tahun. Sijil maktab perguruan adalah setaraf dengan diploma.
Sijil Kemahiran Malaysia tahap empat hingga lima juga dikategorikan sebagai diploma.
vii. Kod 07 - Ijazah Universiti / Diploma Lanjutan
Merujuk kepada semua ijazah universiti sama ada Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Doktor
Falsafah yang diperoleh daripada institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, di
dalam dan luar negara yang diiktiraf. Contoh: Universiti Malaya, Universiti Islam
Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 41
MELAYU CINA TAMIL PERSAMAAN
Sebelum
1954
1954 dan
Selepasnya
TARAF PENDIDI-
KAN SEMASA
Primary I Standard I Darjah I Lower Pri-
mary I atau
Darjah I
Darjah I Darjah I
Primary II Standard II Darjah II Lower Pri-
mary II
Atau Darjah II
Darjah II Darjah II
Standard I Standard III Darjah III Higher Pri-
mary I atau
Darjah III
Darjah III Darjah III
Standard II Standard IV Darjah IV Higher Pri-
mary II atau
Darjah IV
Darjah IV Darjah IV
Standard III Standard V Darjah V Higher Pri-
mary III atau
Darjah V
Darjah V Darjah V
Standard IV Standard VI Darjah VI Higher Pri-
mary IV atau
Darjah VI
Darjah VI Darjah VI
Standard V Form I Ting. I Junior Middle Peralihan / ing. 1
Standard VI Form II Ting. II Junior Middle
II
Ting. 2
Standard
VII
Form III Ting. III Junior Middle Ting. 3
INGGERIS
Sarawak, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Tenaga
Nasional, Universiti Tun Abdul Razak dan lain-lain.
Kursus-kursus diploma lanjutan, diploma dalam bidang sebaran am dan diploma dalam
bidang seni lukis dan seni reka dari UITM adalah setaraf dengan ijazah. Oleh itu mereka
yang memperoleh diploma ini hendaklah dicatatkan sebagai ”Diploma Lanjutan” dan
bukannya ”Diploma”
viii. Kod 08 - Tidak berkenaan (Tiada pendidikan rasmi, masih muda)
Bermaksud kes-kes yang tiada kena mengena dengan perkara-perkara di atas. Mereka yang
dicatatkan sebagai ‘Tanpa Pendidikan Rasmi’ di Ruangan (13) juga mestilah direkodkan
sebagai ”Tidak Berkenaan” kod ‘08’ kecuali mereka yang mendapat sijil melalui tuisyen,
kursus melalui pos dan lain-lain tanpa menghadiri persekolahan rasmi. Mereka yang
dikategorikan sebagai ‘Masih Muda’ di Ruangan (13), hendaklah dicatatkan ”Tidak
Berkenaan” Kod ‘08’ (Tiada persekolahan rasmi, masih muda) di ruangan ini. Termasuk
juga mereka yang memperolehi sijil agama.
ix. Kod 09 - Tiada Sijil
Mereka yang masih di bangku sekolah atau telah tamat persekolahannya tanpa memperoleh
sebarang sijil hendaklah dicatatkan ”Tiada Sijil”.
x. Kod 99 - Tidak diketahui
Kod ini hanya boleh digunakan jika anda betul-betul pasti maklumat mengenai sijil tertinggi
tidak dapat diperoleh dan responden tidak ada maklumat berkenaan.
Muka Surat 42
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Jadual 1 : Persamaan Taraf Pendidikan Untuk Pendidikan “Sebelum 1954”
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 43
Nota :-
Untuk mengisi Ruangan (13) dan (14), sila rujuk Jadual 2.
INGGERIS
MELAYU
CINA
TAMIL
Sebelum
1954
1954 dan
Selepasnya
Primary I
Primary II
Standard I
Standard II
Standard III
Standard IV
Standard I
Standard II
Standard III
Standard IV
Standard V
Standard VI
Darjah I
Darjah II
Darjah III
Darjah IV
Darjah V
Darjah VI
Lower Primary I
atau Darjah I
Lower Primary II
Atau Darjah II
Higher Primary I
atau Darjah III
Higher Primary II
atau Darjah IV
Higher Primary
III atau Darjah V
Higher Primary
IV atau Darjah I
Darjah I
Darjah II
Darjah III
Darjah IV
Darjah V
Darjah VI
Darjah I
Darjah II
Darjah III
Darjah IV
Darjah V
Darjah VI
PERSAMAAN
TARAF
PENDIDIKAN
SEMASA
Muka Surat 44
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
INGGERIS
MELAYU
CINA
TAMIL
Sebelum
1954
1954 dan
Selepasnya
Standard V
Standard VI
Standard
VII
Form I
Form II
Form III
Ting. I
Ting. II
Ting. III
Junior Middle I
Junior Middle II
Junior Middle III
Peralihan/Ting. 1
Ting. 2
Ting. 3
Standard VIII
Form IV
Ting. IV
Senior Middle I
Ting. IV
Sijil Selepas
Persekolahan
Form V Ting. V Senior Middle II
Senior Middle III
Ting. V
Form VI
(Lower 6 &
Upper 6)
Ting. VI (6
Rendah & 6
Atas)
Ting VI
(6 Rendah & 6
Atas)
PERSAMAAN
TARAF
PENDIDIKAN
SEMASA
Jadual 2 : Cara merekodkan untuk Ruangan (13) & (14)
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 45
No.
Kes
Ruangan (13)
Ruangan (14)
Catatan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Lulus PMR dan sedang
berada di Tingkatan 5
Tamat Tingkatan 5 dan
menunggu keputusan
Tamat Tingkatan 5,
kandas dan mengulang
semula
Tamat Tingkatan 5,
lulus tetapi mengulang
untuk membaiki gred
Tamat Tingkatan 5,
telah masuk Maktab
Perguruan dan telah
menerima diploma
Tamat Tingkatan 5
dengan SPM – sedang
berada di tahun kedua
kursus diploma
Tamat Tingkatan 5,
lulus STPM menerusi
belajar secara
persendirian dan
sekarang di Tahun
Kedua Kursus
Universiti sebagai
kemasukan terus tanpa
melalui Tahun Pertama
Tingkatan 5
Tingkatan 5(a)
Tingkatan 5(b)
Tingkatan 5(c)
Maktab
Perguruan
Kolej
Universiti
PMR
PMR
PMR
SPM
DIPLOMA
SPM
STPM
a) menunggu keputusan SPM
b) kandas SPM – mengulang
c) mengulang SPM dan untuk
membaiki keputusan
Nota:
Perbelanjaan bagi barang-barang tahan lama, semi tahan lama dan
perkhidmatan terpilih yang berlaku dalam bulan rujukan akan dipin-
dahkan oleh system secara automatik ke Blok (IV)a, (IV)b dan (IV)c
Muka Surat 46
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
No.
Kes
Ruangan (13)
Ruangan (14)
Catatan
8.
9.
10.
11.
12.
13.
Tamat Darjah 6 dan
menjadi guru
(Normal Trained)
Tamat Tingkatan 6
dengan STPM dan
gagal tahun kedua
universiti sebelum
menamatkan
pengajian
Tamat Tingkatan 6
dengan STPM dan
sedang berada di
tahun pertama
universiti
Tamat Tingkatan 5
dengan SPM dan
sedang belajar di
tahun pertama
matrikulasi
Tamat Tingkatan 5
dengan SPM dan
sedang menghadiri
kursus Bahasa
Inggeris sebagai
persediaan untuk
pelajaran lanjutan di
luar negara
Seorang yang belajar
di luar negara se-
lama tujuh tahun
Normal
Trained
(Darjah 6)
Universiti
Universiti
(Matrikulasi)
Kolej
Foreign/Asing
(7 tahun)
SIJIL
STPM
STPM
SPM
SPM
TIADA SIJIL
Nota:
Pembelian rumah dalam 11 bulan yang lalu tidak termasuk dalam
kategori barang-barang pengguna tahan lama.
Salin semua nama yang disenaraikan di HES - 1/BLK (II) Ruangan (2) ke helaian ini. Tuliskan
pangkah (X) pada tarikh yang mana seseorang itu tinggal di TK yang terpilih. Pada akhir bulan
rujukan rekodkan jumlah pangkah di ruangan terakhir. Sila jangan buat anggapan.
Data yang direkodkan di Blok ini mengandungi rekod perbelanjaan yang dibuat dalam bulan temu
ramah. Maklumat ini disalin daripada Borang Soal Selidik HES-2. Perkara-perkara yang
termasuk dalam takrifan perbelanjaan isi rumah telah diterangkan di Bahagian 2, Perkara 2.5.
Cara-cara merekodkan perbelanjaan harian isi rumah adalah seperti di Lampiran 3.
Dua jenis harga digunakan di dalam penyiasatan ini iaitu:-
i. Harga sebenar
Merujuk kepada amaun yang dilaporkan oleh responden mengikut nilai sebenar yang dibayar.
ii. Harga anggaran
Merujuk kepada amaun yang dilaporkan oleh pejabat, pegawai luar atau responden sendiri.
Biasanya digunakan untuk barang dan perkhidmatan yang diperoleh tetapi tidak diketahui nilai
sebenarnya.
Setiap perbelanjaan direkod dengan Cara Pembayaran seperti berikut:-
i. Tunai
ii. Kredit
iii. Sewa beli
iv. Hadiah yang diterima
v. Penggunaan dari hasil /kedai sendiri
vi. Makanan percuma dari majikan
vii. Tukar beli (Trade In)
viii. Lain-lain ( contoh: rumah percuma, rumah yang didiami oleh pemiliknya, hadiah yang
diberi daripada keluaran sendiri, perdagangan cara pertukaran (barter trade).
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 47
HES - 1/BLK (II)a : KOMPOSISI ISI RUMAH
HES - 1/BLK (III) : REKOD PERBELANJAAN HARIAN ISI RUMAH
Anda perlu merekodkan Medium Pembayaran bagi setiap pembayaran yang dibuat seperti
berikut:-
i. Kod 01 - Bayaran terus
Merujuk kepada pembayaran secara tunai
ii. Kod 02 - Cek/Bank Draft/Kiriman Wang (Money Order)/Wang Pos*
Cek - Arahan bertulis daripada satu pihak (pembayar/pengeluar cek) kepada pihak lain (bank/
institusi pembayar) yang mengkehendaki bank pembayar membayar sejumlah tertentu apabila
dituntut, kepada pembayar sendiri atau kepada pihak ketiga seperti yang ditentukan oleh
pembayar/pengeluar cek.
Bank Draft - adalah satu arahan bertulis dalam bentuk cek yang mengarahkan pembayaran
wang dari satu akaun bank kepada pihak lain. Bank Draft akan ditunaikan berdasarkan
jumlah amaun yang tertulis. Bank yang mengeluarkan bank draft tersebut memberikan
kebenaran kepada bank pembayaran (bank penerima Bank Draft tersebut) untuk membuat
pembayaran kepada pihak lain. Biasanya Bank Draft ini lebih dipercayai berbanding cek
peribadi kerana pihak bank perlu menerima amaun tersebut sebelum Bank Draft dikeluarkan.
Kiriman Wang (Money Order) - Adalah satu borang yang tertulis sejumlah amaun untuk
dibayar kepada seseorang/individu/institusi. Ianya boleh didapati atau ditunaikan disemua
pejabat Pos Malaysia.
Wang Pos - Cara mudah untuk mengirim wang dalam jumlah yang kecil yang boleh didapati
atau ditunaikan di semua pejabat Pos Malaysia. Ianya mempunyai tempoh sah 3 bulan dari
tarikh dikeluarkan.
iii. Kod 03 - Kad ATM/Debit/Kad Pra Bayar (Touch ‘n’ Go)*
Kad ATM - Adalah sekeping kad digunakan untuk pengeluaran tunai, pindahan wang,
membuat pertanyaan baki dan lain-lain. Kad ini juga berfungsi untuk membeli barang dan
perkhidmatan secara elektronik. Transaksi ditolak secara terus daripada akaun simpanan/
semasa pemegang kad ATM. Contoh: Maybank, CIMB, Bank Rakyat, dll.
Kad Debit - Sejenis kad yang boleh digunakan untuk membeli barang dan perkhidmatan
secara elektronik. Kad ini kelihatan seperti kad kredit atau kad ATM tetapi beroperasi seperti
wang tunai atau cek peribadi. Ianya merupakan satu cara untuk “Beli sekarang bayar
sekarang”. Transaksi ditolak daripada akaun simpanan/semasa/cek pemegang kad secara
terus. Contoh: AffinBank Debit Master Card.
Muka Surat 48
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Kad Pra Bayar - Sekeping kad yang menyimpan satu nilai ringgit. Kad Pra Bayar bukan
kad kredit, ia adalah kad pembayaran yang boleh dibeli dengan wang tunai, cek atau akaun
kredit dan menawarkan pilihan, kemudahan dan kawalan yang lebih ke atas perbelanjaan
dalam pelbagai keadaan di mana wang tunai, cek atau baucer pembayaran biasanya
digunakan.
Ianya boleh digunakan sehingga amaun ringgit yang disimpan habis sebelum ia dibuang atau
dimuatkan semula. Contoh : Touch ‘n’ Go
iv. Kod 04 - Perbankan menerusi internet/telefon (Internet/Mobile banking)*
Perbankan menerusi internet - Merupakan satu cara transaksi secara elektronik yang lebih
mudah dan cepat dengan mengakses internet. Amaun ditolak secara terus dari akaun
simpanan/semasa pemegang akaun. Contoh: Maybank2U
Perbankan menerusi telefon - Perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi perbankan yang
dikendalikan oleh pihak bank dengan menggunakan telefon mudah alih yang mempunyai
kemudahan mengakses internet. Contoh: CIMB Clicks Mobile Banking
v. Kod 05 - Pembayaran menerusi telefon (Mobile payment)*
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi perbankan atau bukan perbankan untuk
memudahkan transaksi pembayaran seperti pembelian runcit, pembayaran bil, tambah nilai
kad pra bayar dan lain-lain. Pembayaran boleh dibuat melalui penolakan akaun simpanan,
kad kredit atau ‘e-money/e-wallet’. Cara pembayaran ini dibuat melalui SMS.
vi. Kod 06 - Kad Kredit/Kad Caj*
Kad Kredit - Sekeping kad plastik yang memberi laluan kepada satu kemudahan kredit. Kad
ini merupakan satu cara untuk “Beli sekarang, bayar kemudian”. Berapa banyak yang boleh
dicaj kepada pengguna adalah dihadkan, tetapi mereka tidak perlu membayar balik amaun
penuh setiap bulan, sebaliknya baki itu “berpusing” atau mengakru faedah dengan bayaran
minimum.
————————
*Sumber : www.bankinginfo.com.my; www.bnm.gov.my; www.mymoneyskills.com.my; www.pos.com.my
Muka Surat 49
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Kad Caj - Adalah sedikit berbeza dari kad kredit, kad caj biasanya tidak mempunyai had caj
di mana pengguna boleh menggunakan sebanyak mana yang diperlukan tetapi perlu
membayar keseluruhan amaun tersebut apabila bil diterima. (Contoh : American Express dan
Diners Club).
vii. Kod 07 - Kredit selain dari menggunakan kad kredit
Satu jumlah wang yang dihutang daripada seseorang individu/pekedai/penjual. Kategori ini
juga termasuk kes “Sewa Beli”.
viii. Kod 08 - Percuma
Barang atau perkhidmatan yang diterima oleh IR secara percuma atau hadiah yang diterima.
ix. Kod 09 - Lain-lain
Digunakan untuk rumah yang didiami oleh pemilik, hadiah yang diberi daripada keluaran
sendiri, perdagangan secara pertukaran (barter trade)
Mulai HES 2009/10, punca dan lokasi pembelian (point and location of purchase) bagi setiap
barang dan perkhidmatan perlu direkodkan bertujuan untuk membantu mengenalpasti outlet bagi
pungutan harga pengguna. Contoh: Pasaraya, Kedai Runcit, Pasar dan kebun/kedai sendiri, dan
lain-lain. Anda perlu mendapatkan lokasi barangan dan perkhidmatan yang diperoleh oleh isi
rumah. Contoh: Batu Pahat, Johor.
Bagi Perbelanjaan barang TL, SL dan perkhidmatan terpilih yang berlaku dalam bulan temu ramah,
juga perlu direkodkan di dalam blok ini.
Blok (IV) ini disediakan untuk merekodkan butiran perbelanjaan dan pembayaran lain yang berlaku
tidak begitu kerap sepanjang 11 bulan yang lalu. Tempoh rujukan 11 bulan yang lepas mengikut
bulan temu ramah diberikan seperti berikut:-
Muka Surat 50
HES - 1/BLK (IV) : PERBELANJAAN BARANG TAHAN LAMA,
SEMITAHAN LAMA DAN LAIN-LAIN
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Satu format pengisian beserta Senarai Item TL, SL, Item Lain & Perkhidmatan Terpilih perlu
diserahkan kepada responden pada hari pertama kerja luar dijalankan. Anda diminta untuk
menerangkan kepada responden cara-cara untuk mengisi format tersebut dengan merujuk kepada
Senarai Item yang dibekalkan.
Anda hendaklah mula menemu ramah responden berpandukan blok ini mulai hari kedua dalam
bulan temu ramah. Blok ini mengandungi tiga bahagian iaitu:-
i. HES - 1/BLK (IV)a: Perbelanjaan Barang Tahan Lama Sepanjang 11 Bulan Yang
Lepas
Barang tahan lama adalah barangan yang diperoleh oleh IR yang mempunyai jangka
hayat penggunaan yang melebihi setahun dan secara relatifnya mempunyai nilai yang
tinggi, seperti motokar, peti sejuk dan televisyen. Berpandukan kepada senarai barang
tahan lama di Lampiran 1 (HES-1), tanyakan barang-barang yang diperoleh oleh IR dalam
11 bulan yang lepas.
ii. HES - 1/BLK (IV)b: Perbelanjaan Barang Semitahan Lama Sepanjang 11 Bulan
Yang Lepas
Barang semitahan lama adalah barangan yang diperoleh oleh IR yang mempunyai jangka
hayat penggunaan selama lebih kurang setahun atau secara relatifnya tidak mempunyai
Muka Surat 51
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
11 Bulan Yang Lepas
April 2009 Mei 2008 - Mac 2009
Mei 2009 Jun 2008 - April 2009
Jun 2009 Julai 2008 - Mei 2009
Julai 2009 Ogos 2008 - Jun 2009
Ogos 2009 Sept. 2008 - Julai 2009
Sept. 2009 Okt. 2008 - Ogos 2009
Okt. 2009 Nov. 2008 - Sept. 2009
Nov. 2009 Dis. 2008 - Okt. 2009
Dis. 2009 Jan. 2009 - Nov. 2009
Jan. 2010 Feb. 2009 - Dis. 2009
Feb. 2010 Mac 2009 - Jan. 2010
Mac 2010 April 2009 - Feb. 2010
Bulan Temu Ramah
Muka Surat 52
nilai yang tinggi, seperti pakaian, tekstil dan alat berkebun.
Berpandu kepada senarai barang-barang di Lampiran 2 (HES-1), tanyakan barang-barang
yang diperoleh oleh isi rumah dalam tempoh tersebut.
iii. HES - 1/BLK (IV)c: Perbelanjaan Item Lain & Perkhidmatan Terpilih Sepanjang
11 Bulan Yang Lepas
Merujuk kepada perbelanjaan yang dibayar oleh IR ke atas item lain dan perkhidmatan
terpilih seperti pembaikan, bayaran menjahit, perkhidmatan perubatan dan sebagainya.
Berpandu kepada senarai barang-barang di Lampiran 3 (HES - 1), tanyakan item lain dan
perkhidmatan yang diperoleh oleh IR dalam tempoh tersebut.
i. Senarai Semak (Tempoh Rujukan – 1 Bulan)
Anda hendaklah menanyakan soalan di blok ini pada hari terakhir bulan temu ramah.
Semak senarai barang-barang di blok ini satu demi satu dan sekiranya ada barang yang
tertinggal dari Blok (III), tanyakan responden tentang nilai, kuantiti, punca dan lokasi
pembelian serta tarikh barang diperoleh. Pindahkan maklumat di blok ini ke HES - 1/BLK
(III). Bagi barang yang disenaraikan di Blok (V) tetapi tidak diperoleh dalam bulan rujukan,
anda tidak perlu menulis apa-apa di ruangan berkenaan.
ii. Senarai Semak (Tempoh Rujukan – 1 Tahun)
Sila ambil perhatian bahawa barang-barang di senarai semak ini merujuk kepada
perbelanjaan yang dibuat dalam tempoh satu tahun (iaitu 12 bulan yang lepas termasuk
bulan temu ramah). Anda hendaklah menanyakan responden butir-butir di blok ini mulai
pada hari kedua bulan temu ramah. Semak senarai barang-barang di blok ini dengan
menanyakan responden sama ada beliau membuat pembayaran bagi mana-mana item yang
disenaraikan. Pindahkan butiran item (38) hingga (56) dari blok ini ke HES - 1/BLK
(IV)c item (57) hingga (59) ke HES - 1/BLK (IV)a dan item (60) hingga (62) ke HES - 1/
BLK (IV)b.
Sekiranya ada di antara item yang disenaraikan diperoleh oleh IR dalam bulan temu ramah,
anda perlu memindahkan item tersebut ke HES - 1/BLK (III) jika masih belum direkodkan di
blok berkenaan.
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
HES - 1/BLK (V) : SENARAI SEMAK
(Tempoh Rujukan – 1 Bulan & 1 Tahun)
Ruangan (2) : Nombor Ahli Isi Rumah
Bagi ahli yang layak HES, Nombor Ahli Isi Rumah dan Kod Perhubungan dengan Ketua Isi Rumah
telah diberi bagi setiap nama di Blok (II). Salinkan Nombor Ahli Isi Rumah bagi ahli yang layak
HES dari HES - 1/BLK (II), Ruangan (4) ke ruangan ini mengikut nombor garisan yang sama.
Ruangan (3) : Taraf Aktiviti
(S.1) “Apakah ………(Nama)……… buat pada KEBANYAKAN MASA dalam tempoh
………… (bulan rujukan)?”
Tulis jawapan di baris (b), Ruangan (5)
Jawapan kepada soalan ini akan menjelaskan taraf aktiviti utama seseorang dalam dua belas
bulan yang lalu.
Mengikut ILO (1989) pengkelasan taraf aktiviti utama seseorang ditentukan mengikut prioriti sama
ada seseorang itu biasanya aktif atau tidak aktif dan kemudian aktif dipecahkan lagi kepada bekerja
atau menganggur mengikut aktiviti utama dalam jangkamasa aktif.
Contoh
Jika dalam masa setahun seseorang bekerja selama 3 bulan, menganggur selama 4 bulan dan
selebihnya iaitu 5 bulan tidak aktif. Untuk menjawab soalan ini kita campurkan masa keadaan
beliau biasanya aktif iaitu 7 bulan dan bandingkan dengan keadaan tidak aktif iaitu 5 bulan.
Muka Surat 53
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
HES - 1/BLK (VI) : BUTIR-BUTIR AKTIVITI AHLI ISI RUMAH
Nota:-
Konsep yang digunapakai untuk penentuan Taraf Aktiviti AIR adalah
sama seperti yang digunakan dalam PPIR/KA.
Kemudian mengambil pengkelasan sebagai penganggur kerana menganggur (4 bulan) melebihi
jangkamasa bekerja (3 bulan).
i. Kod 1 - Majikan
Seorang yang menjalankan sesuatu perniagaan perusahaan ladang atau perniagaan lain dan
menggaji seorang pekerja atau lebih untuk menolongnya.
ii. Kod 2 - Pekerja Kerajaan
Seorang yang bekerja untuk majikan awam. Kerajaan termasuklah Kementerian/Jabatan
Kerajaan, Badan-badan Berkanun, angkatan bersenjata dan Majlis-majlis Kerajaan Tempatan.
Pembiayaan kewangan dan pentadbiran kakitangan adalah di bawah kawalan Kerajaan. Bagi
agensi kerajaan yang telah diperbadankan atau diswastakan, hanya dianggap kerajaan
sekiranya kawalan sumber kewangan dan pengambilan dan pembuangan kakitangan masih
dalam kawalan kerajaan
iii. Kod 3 - Pekerja Swasta
Seorang yang bekerja untuk majikan bukan kerajaan atau persendirian dan menerima
ganjaran tetap seperti upah, gaji, komisen, tip atau upahan yang berbentuk mata benda.
Bukan Kerajaan/Swasta ialah orang perseorangan, pertubuhan atau syarikat yang beroperasi
secara bebas iaitu selain daripada kategori Kerajaan. Mereka mentadbirkan sumber
kewangan dan kakitangan masing-masing dengan bebas. Termasuk juga dalam kategori ialah
syarikat di mana Kerajaan menjadi pemegang saham utama. Contohnya, Malaysia Airline
System (MAS), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Syarikat Telekom Malaysia
Berhad dan Pos Malaysia Berhad. Syarikat-syarikat ini walaupun milik Kerajaan tetapi
mempunyai otonomi dalam pentadbiran kewangan dan sumber tenaga manusia.
iv. Kod 4 - Bekerja sendiri
Orang yang bekerja untuk mendapat keuntungan atau bayaran sama ada dalam perdagangan,
ladang, enterprise atau lain-lain jenis industri kepunyaan sendiri dan tidak menggaji orang
lain untuk menolongnya.
Contoh
Sekiranya responden memperolehi pendapatan melalui komisen ia dianggap sebagai bekerja
sendiri dan helaian kerja bukan pertanian digunakan untuk mengira pendapatannya.
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 54
v. Kod 5 - Pekerja keluarga tanpa gaji
Orang yang bekerja tanpa menerima sebarang bayaran atau upah di ladang, perniagaan atau
perusahaan yang dijalankan oleh ahli keluarganya yang lain yang tinggal bersama.
Pemberian bilik tidur, makanan dan elaun tunai tidak dianggap sebagai gaji.
vi. Kod 6 - Suri rumah/Menjaga rumah
Orang yang tinggal di TK terpilih dan hanya menguruskan hal rumah tangga seperti
memasak, membasuh dan lain-lain tugas yang serupa.
vii. Kod 7 - Pelajar
Orang yang sedang menduduki persekolahan formal iaitu termasuk murid sekolah kerajaan/
swasta, pelajar pusat pengajian tinggi, pelajar-pelajar di bidang vokasional atau perdagangan
sama ada dimiliki kerajaan atau swasta dan yang serupa. Tidak termasuk dalam kategori ini
ialah kanak-kanak yang menghadiri kelas tadika.
viii. Kod 8 - Kanak-kanak tidak bersekolah
Kanak-kanak yang berumur di antara 1 hingga 6 tahun sahaja dan belum memasuki alam
persekolahan.
ix. Kod 9 - Lain-lain
Lain-lain ialah mereka yang tidak termasuk dalam mana-mana pengkelasan di atas seperti
bayi (berumur kurang daripada 1 tahun), penganggur dan pesara. Beri penjelasan dalam
Ruangan Catatan.
Setiap ahli boleh mempunyai hanya satu kod TA. Kod 9 hendaklah ditulis bagi ahli isi rumah
tertentu sekiranya jawapan responden tidak sesuai dengan mana-mana lapan kod seperti
tersebut di atas. Walaubagaimana pun, jika Kod 9 diberikan kepada ahli isi rumah tertentu,
jangan lupa untuk menjelaskan taraf aktiviti utama. Sebagai contoh di mana Kod 9 boleh
diberikan kepada ahli isi rumah adalah seperti pesara, orang yang cacat akal, bayi dan
sebagainya.
Ruangan (4) : Penerima Pendapatan
(S.2) “Adakah ………(Nama)……… menerima sebarang pendapatan (berupa wang
tunai atau mata benda) dari sebarang punca dalam bulan rujukan?”
Bagi ahli yang menjawab ‘ya’ masukkan Kod 1 di Ruangan (4); jika tidak masukkan Kod 2 di
Ruangan (4). Perlu ditekankan bahawa kanak-kanak yang menerima hanya ‘Ang Pow’ atau hadiah
Muka Surat 55
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
lain dalam bulan temu ramah tidak dianggap sebagai penerima pendapatan jika pendapatan
kurang dari RM1000.
Penerimaan ini dimasukan di bawah Ketua Isi Rumah
Ruangan (5) : Pekerjaan
Soalan 3, pekerjaan adalah ditujukan kepada semua orang yang menjawab kod 1 – 5 bagi soalan 1.
Tanyakan soalan berikut kepada ahli berkenaan:-
(S.3) “Apakah pekerjaan yang KEBANYAKAN MASA anda buat dalam bulan rujukan?
Saya ingin tahu jenis kerja secara tepat dan khusus?”
Jawapan kepada soalan 3 sepatutnya berkaitan dengan jawapan mengenai aktiviti utama di soalan
1 terdahulu. Kita memerlukan jawapan kepada pekerjaan utama yang dilakukan sepanjang bulan
rujukan. Dengan itu keterangan yang jelas mengenai jenis kerja atau sifat-sifat tugas yang
dilakukan oleh ahli sangat-sangat diperlukan. Keterangan secara umum atau samar-samar akan
menyebabkan kesukaran proses pengkodan nanti. Sekiranya ruangan yang disediakan tidak
mencukupi, anda boleh menyambung di ruangan catatan.
Gelaran jawatan secara satu patah perkataan sahaja tidak mencukupi. Adakala, responden biasa
tidak tahu gelaran jawatannya tetapi akan dapat menerangkan apa yang dilakukannya. Perkataan
yang hendak diisi perlu mengambil kira maklumat tambahan yang mencukupi untuk menentukan
klasifikasi yang tepat dapat dilakukan. Pada kebiasaannya, beberapa patah perkataan
menerangkan apa yang dia lakukan atau alat kelengkapan yang digunakan adalah
mencukupi. Sebagai contoh, sekiranya responden memberitahu bahawa “suaminya seorang
jurutera”, anda sepatutnya menanyakan bidang kejuruteraan atau apakah sebenarnya tugas yang
dia lakukan. Sekiranya responden menjawab “Dia adalah Jurutera di Sistem Penerbangan
Malaysia (MAS). Dia merancang dan menyelia penyelenggaraan dan membaik-pulih kapal
terbang”, isikan di ruangan berkenaan dengan perkataan “Jurutera Aeronatikal”.
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 56
PERINGATAN:-
Dalam setiap isi rumah mesti ada sekurang-kurangnya seorang ahli yang
menerima pendapatan.
Anda mungkin berjumpa situasi di mana responden mempunyai dua atau lebih pekerjaan dalam
bulan rujukan. Dalam hal sedemikian, adalah perlu bagi anda untuk memberi panduan kepadanya,
untuk memastikan pekerjaan utamanya. Bagi seseorang yang mempunyai lebih daripada satu
pekerjaan, hanya pekerjaan di mana ia menghabiskan masa yang terbanyak dalam bulan rujukan
dianggap sebagai pekerjaan utamanya. Jika masa yang dihabiskan bagi tiap-tiap pekerjaan itu
sama, maka pekerjaan yang mendatangkan pendapatan yang tertinggi adalah dianggap pekerjaan
utamanya. Dalam kes di mana bilangan jam bekerja dan pendapatan adalah sama bagi setiap
pekerjaan, pekerjaan yang mana dia telah bekerja paling lama dianggap sebagai pekerjaan
utamanya.
INGATLAH BAHAWA ANDA SEHARUSNYA MENYEDIAKAN PENERANGAN
JAWATAN BAGI MEREKA YANG MANA TARAF AKTIVITI EKONOMI UTAMA
ADALAH KOD 1-4, ANDA BOLEHLAH MENULIS MENGGUNAKAN BARISAN (a)
[KECUALI KOTAK YANG DISEDIAKAN UNTUK KOD] DAN BARISAN (b)
Berikut adalah contoh-contah bagi penerangan pekerjaan yang lengkap dan tidak lengkap:-
Tidak Lengkap Lengkap Kod (5 digit)
(1) Jurutera jurutera kejuruteraan awam (21422);
jurutera mekanik (21451);
(2) Doktor pengamal perubatan am (22211);
veterinar am (22233);
(3) Penghibur penari (29342);
penyanyi (29336);
akrobat (39541);
(4) Buruh pencuci (91322);
tukang sapu (91422);
pemunggah barang muatan (93411);
di pelabuhan
(5) Mekanik mekanik mesin luar pejabat (72301);
mekanik motokar (72307);
mekanik radio dan televisyen (72422);
Muka Surat 57
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Tidak Lengkap Lengkap Kod (5 digit)
(6) Jururawat jururawat wad am (32311);
pengajar jururawat (32311);
(7) Pekerja ketua kerani (41201);
pejabat jurutaip (41122);
kerani gaji (41306);
penyambut tetamu am (42221);
(8) Jurujual jurujual kereta (34152);
jurujual insurans nyawa (34131);
jurujual runcit (52102);
(9) Penyelia penyelia sekolah menengah (23202);
penyelia sekolah rendah (33100);
penyelia insurans (35090);
penyelia tapak pembinaan (35090);
(10) Kerani kerani akaun (41302);
kerani gaji (41306);
kerani penghantaran (41514);
kerani insurans (41203);
kerani fail (41207);
(11) Guru guru mata pelajaran
perdagangan
(sekolah menengah) (23202);
guru am sekolah rendah (33100);
guru tadika (33200);
guru braille (23303);
(12) Pemandu pemandu kren gantung (83331);
pemandu trak forklif (83340);
pemandu enjin kereta api (83111);
pemandu bas ekspres (83231);
(13) Pegawai pengurus bank (12311);
bank juruwang bank (42111);
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 58
Tidak Lengkap Lengkap Kod (5 digit)
(14) Pengurus pengurus pembuatan (13020);
pengurus pembinaan (13030);
pengurus hotel (12231);
pengurus perdagangan
dan runcit (13042);
pengurus pemprosesan data (12361);
pengurus hotel dan restoran (12232);
(15) Juruteknik juruteknik lukisan pelan (31181);
juruteknik perhutanan (32122);
juruteknik kejuruteraan awam (31121);
juruteknik penapisan petroleum (31162);
Selepas itu tanyakan pula kepada responden tadi mengenai pengeluaran perusahaan tempat ahli tadi
bekerja.
Ruangan (7) : Perusahaan
Soalan 4, perusahaan adalah ditujukan kepada semua orang yang menjawab kod 1 – 4 bagi soalan
1. Tanyakan soalan berikut kepada ahli berkenaan:-
(S.4) “Apakah aktiviti / hasil pengeluaran utama pertubuhan tempat anda BIASA bekerja dalam
bulan rujukan?”
Perusahaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan oleh sesuatu pertubuhan atau enterprise di
mana ahli bekerja dalam bulan rujukan. Bagi ahli yang bekerja lebih daripada satu perusahaan
semasa bulan rujukan, perusahaan yang melibatkan pekerjaan utama ahli sepatutnya dianggap
sebagai perusahaan utama.
Perniagaan atau perusahaan hendaklah konsisten dengan pekerjaan yang dilaporkan bagi
seseorang. Sekiranya syarikat mempunyai perusahaan subsidiari, laporkan perusahaan di mana
tempat ahli itu bekerja. Sebagai contoh, sebuah syarikat mengeluarkan dua jenis komoditi;
komoditi A di lokasi 1 dan komoditi B di lokasi 2 dan seseorang itu bekerja di lokasi 2, maka anda
hendaklah melaporkan jenis perusahaan berdasarkan kepada komoditi B.
Kemasukan yang dibuat di Ruangan (6) HES – 1/BLK (VI) sepatutnya menjelaskan secara tepat
jenis perniagaan atau perusahaan tempat orang itu bekerja. Jangan masukkan nama majikan di
ruangan disediakan. Cuba berikan secara terperinci perusahaan di ruangan yang disediakan.
Muka Surat 59
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Walau bagaimanapun, jangan meringkaskan sehingga tidak dapat menerangkan maksudnya. Jika
perlu, sambungkan di Ruangan Catatan.
Untuk menerangkan perusahaan dengan jelas dan tepat, kemasukan hendaklah menjelaskan secara
umum dan tepat fungsi majikan, contohnya lombong bijih (perlombongan); kedai jual buku
(runcit); ladang getah; pembinaan jalan; pembuat pen mata bulat; perkhidmatan membaiki kasut.
Perkataan ‘lombong’, ‘runcit’, ‘ladang’, ‘pembinaan’ dan ‘perkhidmatan pembaikan’
menunjukkan fungsi umum. Manakala perkataan ‘bijih (perlombongan)’, ‘kedai buku’, ‘getah’.
‘jalan’ dan ‘kasut’ menentukan jenis perusahaan dengan lebih terperinci.
Perhatian sepatutnya diberi untuk mendapatkan maklumat secukupnya dalam mengkelaskan
perusahaan. Jika responden melaporkan yang dia bekerja di syarikat perabot besi, anda hendaklah
menanyakan “Adakah mereka membuat atau hanya menjual?”. Sekiranya mereka tidak membuat
tetapi hanya menjual, anda sepatutnya bertanya “Adakah mereka menjual kepada kedai lain
(sepatutnya pemborong) atau kepada individu (runcit)?”.
Adalah menjadi sangat mustahak bagi anda untuk membezakan di antara syarikat yang
menjalankan aktiviti pembuatan, jual borong, jual runcit dan perkhidmatan. Walaupun syarikat
pembuatan menjual barangan pengeluarannya dalam jumlah yang banyak kepada pembuat lain,
pemborong atau peruncit, anda hendaklah laporkan syarikat berkenaan sebagai syarikat
pembuatan. Pertubuhan jual borong biasanya membeli (tidak membuat barangan) dalam kuantiti
yang banyak untuk dijual semula kepada peruncit, pengguna perusahaan atau pemborong lain.
Peruncit biasanya menjual kepada pengguna secara individu tetapi jarang membuat barang
keluaran. Pertubuhan perkhidmatan, seperti hotel, kedai dobi, agensi pengiklanan dan kedai
membaiki kereta motor memberikan servis kepada individu dan organisasi.
Satu jenis pertubuhan yang mana harus berhati-hati semasa membuat laporan ialah pejabat jualan
yang ditubuhkan oleh firma pembuatan yang terletak di lokasi yang jauh dari kilang atau ibu
pejabat. Laporan berkenaan hendaklah dibuat dengan betul dan tepat, sebagai contoh, kilang kasut
yang mempunyai pejabat jualan di bandar lain; orang yang bekerja di pejabat jualan begini
seharusnya dilaporkan sebagai “pejabat jualan pembuatan kasut”.
Sesetengah orang menjalankan perniagaan di rumah mereka. Laporkan perniagaan sedemikian
seperti mana anda melaporkan pertubuhan perniagaan yang biasa, contohnya seperti kedai
menjahit baju, kedai membaiki radio dan sebagainya.
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 60
Sesetengah orang melakukan kerja di situ juga dan tidak di stor tertentu, kilang atau pejabat.
Dalam kes begini, laporkan jenis organisasi yang mana mereka bekerja. Sebagai contoh, bagi
mereka yang biasanya bekerja di lokasi yang berlainan, di waktu yang berbeza seperti seorang
jurujual yang sentiasa bergerak, pengecat bangunan dan pembina jalan. Keterangan perusahaan
mereka mungkin jualan runcit bergerak, pembinaan rumah dan pembinaan kejuruteraan awam.
INGAT SEKALI LAGI BAHAWA ANDA SEPATUTNYA MEMBERIKAN
KETERANGAN PERUSAHAAN YANG LENGKAP BAGI MEREKA YANG AKTIF
SECARA EKONOMINYA DI MANA TARAF AKTIVITI MEREKA ADALAH KOD 1 – 4.
DISINI ANDA BOLEHLAH MENULIS MENGGUNAKAN BARISAN (a) (KECUALI
KOTAK YANG DISEDIAKAN UNTUK KOD) DAN BARISAN (b).
Berikut adalah contoh bagi keterangan lengkap dan tidak lengkap:-
Tidak Lengkap Lengkap Kod baru
(1) Agensi agensi pelancongan (63049);
agensi insurans (67201);
agensi pengiklanan (74300);
(2) Kilang kilang kertas keras (21010);
kilang kayu lapis (20211);
kilang perabot kayu (36101);
(3) Lombong lombong hidrolik, bijih timah (13201);
perlombongan bauksit (13205);
perlombongan emas (13204);
Perlombongan tembaga (13203);
(4) Bakeri kilang roti (membuat dan (15412);
menjual kepada pemborong,
kedai runcit, restoran, atau
penghantaran ke rumah)
kedai pemborong roti (beli (51234);
daripada pemborong dan
jual kepada kedai runcit, restoran,
hotel, dsb)
kedai roti runcit (52111);
(menjual kepada orang perseorangan).
Muka Surat 61
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Tidak Lengkap Lengkap Kod baru
(5) Syarikat menggerudi petroleum mentah (11100);
minyak minyak, perniagaan borong (51411);
perniagaan runcit, minyak (50500);
(6) Kemudahan elektrik, tenaga, perkhidmatan (40100);
Awam pembuat gas (40200);
bekalan air (41000);
telekomunikasi dan pos, (64201);
urusan tenaga
(7) Kedai barangan kulit, pembaikan (52601);
Membaik kegunaan kulit kereta,
pulih perkhidmatan (50201);
kereta motor
pembaikan jam, khidmat (52603);
pembaikan
kedai membaiki radio (52602);
(8) Tekstil batik, percetakan/pencelupan (17122);
Pembuatan tekstil (17210);
tekstil yang tersedia
Dalam proses menemu ramah sekiranya didapati responden mempunyai atau melakukan lebih
daripada satu jenis pekerjaan, sila tulis maklumat pekerjaan dan perusahaan kedua dan seterusnya
di dalam ruangan catatan. Ini bagi membolehkan/mengingatkan anda untuk mendapatkan punca
pendapatan daripada pekerjaan yang berlainan.
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 62
(Rujuk cara merekod di Lampiran 6 di Muka Surat 93)
Bagi tujuan penyiasatan ini, pendapatan isi rumah dikutip untuk tujuan imbangan di antara
perbelanjaan dan pendapatan isi rumah. Anda tidak perlu menanyakan kepada isi rumah maklumat
pendapatan, hanya memadai dengan mendapatkan purata pendapatan daripada borang PPIR/KA.
Oleh kerana Jumlah Pendapatan yang terdapat di dalam borang PPIR/KA adalah jumlah terkumpul
mengikut bilangan bulan pendapatan diperoleh, anda perlu mendapatkan purata pendapatan
sebulan bagi setiap ahli yang layak HES sahaja dengan cara membahagikan Jumlah Pendapatan
daripada borang PPIR/KA (JR-B PPIR 2) dengan bilangan bulan pendapatan diperoleh.
Berikut merupakan persamaan Kod Punca Pendapatan di antara HES dan PPIR/KA :-
Pendapatan bagi Penerimaan Lain (Kod 50) adalah pendapatan yang meliputi penerimaan lain
yang berunsur tidak berulang, dikutip bagi tujuan imbangan di antara maklumat Pendapatan &
Penerimaan Lain dengan maklumat Perbelanjaan & Pembayaran Lain.
Butiran Kod
Pendapatan
HES
Kod
Pendapatan
PPIR/KA
1. 10 01
2. 21 21
3. 22 22
4. 23 23 + 24
5. 30 03
6. 40 05
Penerangan
Jumlah Pendapatan Pekerjaan Bergaji
Jumlah Pendapatan Pekerjaan Sendiri dan
Kegunaan Sendiri
Sewa dinilai bagi rumah yang diduduki oleh
pemiliknya
Sewa dari rumah, tempat penginapan atau harta
lain
Jumlah pendapatan daripada harta
Jumlah pindahan semasa yang diterima
7. 50 - Jumlah penerimaan lain
Muka Surat 63
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
HES - 1/BLK (VII) : PUNCA PENDAPATAN DAN PENERIMAAN LAIN
Konsep pendapatan dalam HES adalah sama seperti PPIR/KA.
Nota:-
Walau bagaimanapun, pendapatan ini tidak dikutip di dalam PPIR/KA. Oleh yang demikian, anda
perlu mendapatkan maklumat ini daripada IR.
Berikut ialah pendapatan bagi Penerimaan Lain di Butiran 7:-
i. Wang yang dikeluarkan dari simpanan terdahulu (seperti di bank, Tabung Haji, Tabung
Amanah dan koperasi)
ii. Jualan bon, saham dan jaminan
iii. Pinjaman dari bank, koperasi dan orang perseorangan
iv. Sewa beli – pinjaman yang didapati
v. Penerimaan lain seperti:-
Pampasan kecederaan sekaligus, gantirugi berdasarkan undang-undang, harta pusaka
sekaligus, jualan tanah (kecuali tanah pertanian, perniagaan dan perusahaan), jualan
bangunan tempat tinggal dan tanah, bayaran yang diterima dari polisi insurans nyawa yang
telah matang, wang yang dikeluarkan dari KWSP, wang ganjaran (gratuiti), bayaran
pinjaman yang diterima balik daripada orang perseorangan (kecuali dari isi rumah sendiri),
bayaran pinjaman yang diterima balik daripada perniagaan dan wang yang dikeluarkan
daripada modal pusingan.
Sila perhatikan bahawa nilai yang dianggarkan untuk empat jenis perbelanjaan berikut mesti
direkodkan sebagai pendapatan:-
i. Barang-barang dan perkhidmatan yang diterima dalam bentuk mata benda
ii. Barang-barang dan perkhidmatan percuma/konsesi
iii. Penggunaan oleh IR daripada pengeluaran kerja sendiri
iv. Sewa bersih rumah yang didiami oleh pemiliknya.
Untuk barang-barang dan perkhidmatan percuma/konsesi, jumlah yang hendak
direkodkan sebagai pendapatan ialah jumlah subsidi dan bukan harga pasaran sepenuhnya.
Contoh
Misalnya, seorang pekerja menerima konsesi sewa rumah (katakan, beliau hanya membayar
RM200 sebulan sementara majikannya memberi subsidi kepadanya sebanyak RM800 untuk
rumah yang sewanya RM1,000). Walaupun RM1,000 direkodkan sebagai perbelanjaan untuk
sewa, hanya nilai konsesi yang diterima iaitu RM800 direkodkan sebagai pendapatan.
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 64
Jika IR terpilih telah merekodkan perolehan barangan tahan lama semasa temu ramah
(contoh: televisyen, motokar atau peti sejuk), anda hendaklah menanyakan responden punca
kewangan bagi pembelian barangan tersebut. Misalnya, IR tersebut telah membayar tunai
sebanyak RM3,500 untuk televisyen dan pembelian ini mungkin dibiayai daripada
pengeluaran wang simpanan atau daripada durian runtuh. Maka pembayaran sebanyak
RM3,500 tersebut perlu direkodkan sebagai perbelanjaan di BLOK (III) – REKOD
PERBELANJAAN HARIAN ISI RUMAH. Sekiranya pembelian televisyen tersebut
dibiayai dengan menggunakan wang yang dikeluarkan daripada simpanan, anda hendaklah
rekodkan juga RM3,500 di Butiran 7(i) supaya imbangan secara kasar di antara perbelanjaan
dan pembayaran lain dengan pendapatan dan penerimaan lain dapat dibuat untuk bulan temu
ramah. Rujuk contoh di bawah:-
Muka Surat 65
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 66
Jika barangan tersebut telah diperoleh dengan cara sewa beli (RM500 sebagai bayaran
pendahuluan dan RM3,000 sebagai ansuran kredit), anda hendaklah merekodkan RM3,000 di
Butiran 7(iv), manakala RM500 di Butiran 7(i), jika wang pendahuluan tersebut telah dikeluarkan
daripada simpanan. Rujuk contoh di bawah:-
Tetapi sekiranya bayaran pendahuluan RM500 ini dibayar dengan menggunakan wang gaji
bulanan semasa, maka anda hanya perlu merekodkan RM3,000 di Butiran 7(iv), sementara
RM500 tidak perlu direkodkan lagi kerana telah pun diambil kira di Butiran 1(i). Rujuk contoh di
bawah:-
Pembelian Kredit Dari Kedai Runcit (Rujuk Arahan Merekod Data Di HES 2)
di Lampiran 7
Bagi tujuan imbangan, amaun pembelian kredit dari kedai runcit yang tidak dibayar semasa
bulan temu ramah hendaklah direkodkan di HES - 1/BLK (VII) Butiran 7(iii): Pinjaman dari
pekedai.
Muka Surat 67
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 68
1. Blok ini mengandungi 3 bahagian iaitu:-
Bahagian (A) - Perbelanjaan dan Pembayaran Lain oleh Isi Rumah
Bahagian (B) - Pendapatan dan Penerimaan Lain Isi Rumah
Bahagian (C) - Imbangan
2. Cara merekod HES-1/BLK (VIII)
Helaian ini disediakan untuk anda membuat pengiraan imbangan di antara perbelanjaan dan
pendapatan isi rumah.
Berikut adalah cara-cara untuk anda membuat pengiraan di Helaian Imbangan:-
2.1 Salin semula No. Ahli Isi Rumah berserta Jumlah Pendapatan Kasar dan
Penerimaan Lain (KOD 80) dari HES-1/BLK (VII) ke HES-1/BLK (VIII), Ruangan
(B). Sila pastikan Jumlah Pendapatan bagi kedua-dua blok ini adalah sama. Semak
semula jika sebaliknya. Rujuk contoh di sebelah:-
HES - 1/BLK (VIII) : HELAIAN IMBANGAN
Muka Surat 69
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 70
2.2 Pindahkan Jumlah Perbelanjaan dan Bayaran Lain Isi Rumah mengikut tarikh dari
HES-1/BLK (III) ke HES-1/BLK (VIII), Ruangan (A). Sila pastikan Jumlah
Perbelanjaan dan Bayaran Lain Isi Rumah ini sama bagi kedua-dua blok. Anda perlu
membuat pengiraan Amaun Kumulatif, di mana jumlah terkumpul yang diperoleh
pada tarikh terakhir bulan temu ramah adalah Jumlah Perbelanjaan Isi Rumah
Bulanan. Rujuk contoh di bawah:-
Muka Surat 71
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 72
2.3 Jumlah Pendapatan yang diperoleh di Perkara 2.1, perlu dipindahkan ke HES-1/BLK
(VIII), Ruangan (C), Butiran (B). Manakala, Jumlah Perbelanjaan (bulatkan kepada
ringgit terhampir) yang diperoleh di Perkara 2.2, perlu dipindahkan ke HES-1/BLK
(VIII), Ruangan (C), Butiran (A).
2.4 Buat pengiraan mengikut rumus yang diberi di HES-1/BLK (VIII), Ruangan (C),
Butiran (C).
Jumlah Perbelanjaan dan Bayaran Lain Isi Rumah (A)
___________________________________________ x 100% = 90% - 110%
Jumlah Pendapatan dan Penerimaan Lain Isi Rumah (B)
2.5 Sekiranya hasil pengiraan di Perkara 2.4 adalah di antara 90% dan 110%, bermakna,
Perbelanjaan dan Pembayaran Lain dan Pendapatan dan Penerimaan Lain Isi Rumah
boleh diterima. Dalam erti kata lain, perbelanjaan yang telah dibuat oleh isi rumah
tersebut munasabah berbanding pendapatan yang diterimanya.
2.6 Jika hasil pengiraan di Perkara 2.4 adalah lebih daripada 110% bermaksud,
pendapatan yang dilaporkan oleh isi rumah adalah kurang berbanding
perbelanjaannya. Sebaliknya, jika peratus imbangan yang diperoleh adalah kurang
daripada 90%, bermaksud perbelanjaan yang dilaporkan oleh isi rumah adalah
kurang berbanding pendapatan yang diterimanya.
2.7 Bagi kes seperti di Perkara 2.6, anda dikehendaki melawat isi rumah berkenaan
sekali lagi. Tanyakan sama ada terdapat pendapatan atau perbelanjaan yang tidak/
terlebih/terlupa dilaporkan.
2.8 Anda perlu membuat pembetulan maklumat di HES-1/BLK (III) dan HES-1/BLK
(VII). Pembetulan yang sama perlu dibuat di HES-1/BLK (VIII) dan penerangan
yang sesuai hendaklah diberikan di Ruangan (A) dan/atau (B).
Selepas tamat temu ramah, isikan penilaian anda di Helaian ini:-
1. Agama Ketua Isi Rumah
Tanyakan apakah agama yang dianuti oleh KIR. Nyatakan agama yang dianuti di ruangan
yang disediakan.
2. Jenis TK
Anda tidak perlu menanyakan soalan ini kepada responden. Memadai dengan hanya
membuat pemerhatian.
Anda dikehendaki melihat dan bulatkan jenis TK yang disenaraikan. Jenis tempat
kediaman dibina atau diubahsuai untuk tempat tinggal dan dikelaskan mengikut jenis
utama seperti berikut :
i. Kod 01 - Sesebuah
Rumah yang berasingan dan tidak berkongsi dinding dengan rumah lain.
ii. Kod 02 - Berkembar
Dua buah rumah berasingan tetapi berkongsi dinding yang sama dan mempunyai
pintu masuk berasingan.
Muka Surat 73
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
HES - 1/BLK (IX) : PENILAIAN PENEMU RAMAH
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 74
iii. Kod 03 - Teres, deret atau rangkai, rumah bandar
Teres, deret atau rangkai - Rumah berasingan yang dibina secara berbaris tetapi
berkongsi dinding dengan rumah disebelahnya sama ada disebelah kiri atau kanan
atau kedua-duanya sekali. Ia mengandungi sekurang-kurangnya tiga unit rumah atau
lebih.
Rumah bandar – Struktur rumah bandar adalah sama seperti rumah teres dua
tingkat yang bersambung secara menegak atau melintang antara satu sama lain dalam
satu bangunan. Cuma perbezaannya ialah setiap tingkat diduduki oleh penghuni
yang berlainan dan mempunyai pintu masuk yang berasingan.
iv. Kod 04 - Rumah panjang (Sabah dan Sarawak sahaja)
Rumah yang dibina secara berbaris dan berkongsi koridor di bahagian hadapan. Pada
kebiasaannya, ia terdapat di kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak. Rumah
panjang yang terdapat di Semenanjung Malaysia tidak termasuk dalam kategori ini.
Ia perlu dikategorikan sebagai rumah teres.
v. Kod 05 - Rumah pangsa (Flat)
Bangunan bertingkat yang mengandungi beberapa unit rumah yang berasingan.
Kemudahan asas yang disediakan oleh pihak pemaju/pengurusan termasuklah tempat
letak kereta terbuka, pembuangan sampah dan lif. Secara umum, rumah pangsa
dikelaskan sebagai rumah mampu milik.
vi. Kod 06 - Apartmen
Bangunan bertingkat yang mengandungi beberapa unit rumah yang berasingan.
Kemudahan yang disediakan oleh pihak pemaju/pengurusan adalah lebih baik
berbanding rumah pangsa. Antara kemudahan yang disediakan ialah surau, tempat
letak kereta berbumbung/tidak berbumbung, tempat rekreasi, padang permainan, lif,
perkhidmatan keselamatan dan dikelilingi pagar.
vii. Kod 07 - Kondominium
Bangunan bertingkat yang dianggap hartanah mewah dan eksklusif. Kemudahan dan
perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pemaju/pengurusan adalah lebih baik
daripada apartment. Antara kemudahan tersebut ialah tempat letak kereta khusus
untuk setiap pemilik, kolam renang, gimnasium, tempat cucian pakaian, lif, kawasan
berpagar dan perkhidmatan sistem keselamatan yang lebih ketat.
viii Kod 08 - Rumah kedai/pejabat
Bangunan bertingkat yang dibina di kawasan komersial dan pada kebiasaannya
didirikan dua tingkat dan lebih untuk tujuan aktiviti perniagaan seperti bilik pameran
perniagaan, institusi kewangan, pusat pendidikan, pejabat korporat, pusat hiburan dan
restoran. Aktiviti perniagaan lazimnya dijalankan di tingkat bawah manakala di
tingkat atas pula dijadikan sebagai tempat kediaman. Secara am, ia berkongsi jalan
masuk ke tingkat atas sama ada melalui tangga atau lif.
ix. Kod 09 - Bilik : Dalam/bersambung kepada rumah, rumah kedai, pejabat,
kilang, loji (mempunyai akses terus dari luar)
Bilik di dalam atau bersambung kepada sesuatu struktur dan mempunyai jalan terus
dari luar, misalnya, bilik di dalam/bersambung kepada rumah, rumah kedai, pejabat,
kilang, loji dan sebagainya.
x. Kod 10 - Pondok gantian/sementara
Kategori ini adalah bagi tempat kediaman yang pada amnya dianggap sementara dan
tidak begitu sesuai dijadikan sebagai tempat kediaman. Pada kebiasaannya, ia dibina
daripada bahan-bahan buangan seperti papan, papan lapis, zink dan lain-lain.
xi. Kod 99 - Lain-lain (contoh: rumah rakit)
Ia termasuk jenis tempat kediaman yang boleh dipindah-pindahkan seperti khemah
atau unit yang boleh bergerak, misalnya, bot, rakit dan kabin. Ia juga termasuk gua
yang telah diubah suai untuk dijadikan tempat kediaman.
Muka Surat 75
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN 333333333333
Muka Surat 76
3. Status TK
Tanya responden sama ada rumah yang diduduki milik salah seorang daripada AIR,
disewa, setinggan dimiliki, setinggan disewa, kuarters atau lain-lain dan bulatkan jawapan
yang diberi. Dimiliki bermakna rumah itu telah habis dibayar atau dibeli secara ansuran
atau dicagarkan serta mempunyai hak milik yang sah daripada segi undang-undang. Ini
termasuk juga rumah yang dibenarkan tinggal dengan percuma atau responden mendiami
dan menjagai seperti rumah sendiri.
4. Ulasan Penemu Ramah
Ruangan diberi untuk membolehkan anda memberi apa-apa komen mengenai temu ramah
ini. Gunakan ruangan ini untuk menjelaskan apa-apa perkara yang meragukan dan memberi
maklumat tambahan untuk kes-kes yang ganjil.
Catatan:
Objektif penyiasatan ini hanya tercapai sekiranya maklumat yang diperoleh adalah
lengkap dan tepat. Anda perlu menunaikan tanggungjawab anda sewajarnya.
SELAMAT MENJALANKAN TUGASSELAMAT MENJALANKAN TUGASSELAMAT MENJALANKAN TUGASSELAMAT MENJALANKAN TUGAS
LAMPIRAN 1 - 9
LAMPIRANLAMPIRANLAMPIRANLAMPIRANLAMPIRANLAMPIRANLAMPIRANLAMPIRANLAMPIRANLAMPIRANLAMPIRANLAMPIRAN————————————LAMPIRANLAMPIRANLAMPIRANLAMPIRANLAMPIRANLAMPIRANLAMPIRANLAMPIRANLAMPIRANLAMPIRANLAMPIRANLAMPIRAN