22
Peraturan Am 1. Jadual Kedatangan Pelajar adalah dokumen yang sangat penting dan rasmi serta akan diaudit oleh Juru Audit JPNJ yang bertauliah. 2. Hanya guru tingkatan dan mereka yang bertanggungjawab boleh menggunakan Jadual Kedatangan Pelajar. 3. Pelajar dilarang sama sekali memegang atau membawa atau menanda Jadual Kedatangan Pelajar. 4. Semua butiran hendaklah ditulis dengan terang dan kemas serta hanya menggunakan pen atau pena mata bulat yang BERDAKWAT HITAM sahaja. 5. Hari Kelepasan hendaklah ditandakan dengan garisan lurus sepanjang ruangan atau ruangan-ruangan itu. Jika hari kelepasan itu lama, hendaklah ditulis ‘cuti’ melintang ruangan itu. 6. Tandakan Buku Jadual Kedatangan Pelajar ini dengan dakwat, jangan sekali-kali dengan pensil, kemudiannya diikuti dengan dakwat pula di atasnya. 7. Buku Jadual Kedatangan ini hendaklah ditulis terus, yakni tidak disalin daripada kertas lain atau seumpamanya. 8. Sebarang kesilapan hendaklah diminimumkan. Sekiranya berlaku kesilapan, potong sahaja dan ditandatangani ( Initial ) terutamnya di bahagian penerimaan bayaran. PENGGUNAAN PEMADAM CECAIR ADALAH DILARANG SAMA SEKALI DAN MENYALAHI PERATURAN. 9. Semua maklumat di dalam Jadual Kedatangan Pelajar mestilah tepat dan kemaskini. 10. Maklumat pada bulan Disember hendaklah dipenuhkan kecuali pada ruangan kedatangan pelajar. Ruangan ini hendaklah dipotong ( Cross ) dari penjuru atas kanan ke penjuru bawah kiri. Tuliskan “ CUTI AKHIR TAHUN “. 11. Jadual Kedatangan Pelajar hendaklah disimpan di tempat asal setelah digunakan.

Panduan Mengisi Buku Kedatangan Pelajar

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Panduan Mengisi Buku Kedatangan Pelajar

Peraturan Am 

1. Jadual Kedatangan Pelajar adalah dokumen yang sangat penting dan rasmi serta akan diaudit oleh Juru Audit JPNJ yang bertauliah.

2. Hanya guru tingkatan dan mereka yang bertanggungjawab boleh menggunakan Jadual Kedatangan Pelajar.

3. Pelajar dilarang sama sekali memegang atau membawa atau menanda Jadual Kedatangan Pelajar.

4. Semua butiran hendaklah ditulis dengan terang dan kemas serta hanya menggunakan pen atau pena mata bulat yang BERDAKWAT HITAM sahaja.

5. Hari Kelepasan hendaklah ditandakan dengan garisan lurus sepanjang ruangan atau ruangan-ruangan itu. Jika hari kelepasan itu lama, hendaklah ditulis ‘cuti’ melintang ruangan itu.

6. Tandakan Buku Jadual Kedatangan Pelajar ini dengan dakwat, jangan sekali-kali dengan pensil, kemudiannya diikuti dengan dakwat pula di atasnya.

7. Buku Jadual Kedatangan ini hendaklah ditulis terus, yakni tidak disalin daripada kertas lain atau seumpamanya.

8. Sebarang kesilapan hendaklah diminimumkan. Sekiranya berlaku kesilapan, potong sahaja dan ditandatangani ( Initial ) terutamnya di bahagian penerimaan bayaran. PENGGUNAAN PEMADAM CECAIR ADALAH DILARANG SAMA SEKALI DAN MENYALAHI PERATURAN.

9. Semua maklumat di dalam Jadual Kedatangan Pelajar mestilah tepat dan kemaskini. 10.Maklumat pada bulan Disember hendaklah dipenuhkan kecuali pada ruangan kedatangan

pelajar. Ruangan ini hendaklah dipotong ( Cross ) dari penjuru atas kanan ke penjuru bawah kiri. Tuliskan “ CUTI AKHIR TAHUN “.

11.Jadual Kedatangan Pelajar hendaklah disimpan di tempat asal setelah digunakan. 12.Jadual Kedatangan Pelajar tidak boleh dibawa keluar dari pejabat sekolah. Sekiranya guru

tingkatan atau mereka yang bertanggungjawab menggunakan Jadual Kedatangan perlu membawanya keluar. Sila catatkkan pergerakan Jadual Kedatangan Pelajar di dalam Buku Pergerakan Dokumen yang ada di pejabat dan pulangkan semula sebelum waktu rehat.

13.Sekiranya guru tingkatan tidak hadir kerana sakit atau berkursus maka tangungjawab mengisi kehadiran pelajar akan dilaksankkan oleh Kaunselor.

14.Jadual Kedatangan Pelajar tidak boleh dipinda samasekali seperti menampal dengan kertas lain di bahagian yang salah atau comot.

Kulit hadapan luar Jadual Kedatangan 1. Kulit hadapan Jadual Kedatangan hendaklah ditulis butiran lengkap mengikut ruangan yang

perlu diisikan. 2. Jika berlaku pertukaran guru tingkatan, nama guru tingkatan yang baru hendaklah ditulis, dan

nyatakan tarikh pertukaran berlaku di sebelah nama guru yang baru tersebut. Contoh , ALI BIN AHMAD ( 22 MEI 2008)

3. Guru tingkatan yang baru hendaklah meneruskan semua kerja guru tingkatan yang lama termasuk menyambung kerja melengkapkan butiran yang belum lengkap.

Page 2: Panduan Mengisi Buku Kedatangan Pelajar

4. Kulit Jadual Kedatangan Pelajar jika disampul dengan kertas penyampul maka segala butiran yang perlu hendaklah ditulis pada kertas penyampul tersebut.

    Kulit hadapan dalam Jadual Kedatangan

1. Pada kulit dalam Jadual Kedatangan perlu dilekatkan dengan :

1.1     Carta Proses Aliran Kerja Terimaan dan Pungutaan

1.2     Surat Kuasa Memunggut yuran daripada pelajar

1.3     Surat kuasa menandatangai Buku Resit Bayaran.

 

Kulit belakang dalamJadual Kedatangan

1. Pada kulit belakang dalam perlu dilekatkan samput kocek yang mengandungi :

1.1     Surat pemberitahuan ketidak hadiran pelajar

1.2     Sijil sakit1.

3     Borang kutipan dan serahan yuran.1

.4     Borang Penghantaran Surat Amaran Ponteng1.

5     Borang Senarai Anak Yatim dan Yatim Piatu1.

6     Borang Semakkan Jadual Kedatangan1.

7     Borang Pelajar miskin.

Menanda Kehadiran Pelajar

1. Kedatangan pelajar hendaklah ditanda setiap hari persekolahan. 2. Buku Jadual Kedatangan Pelajar MESTILAH ditutup selewat-lewatnya satu jam sesudah

waktu belajar.

3. Sekiranya kelas-kelas tertentu terpaksa dicutikan kerana peperiksaan awam seperti PMR, MUET dan sebagainya maka kedatangan pelajar kelas tersebut perlu dicatatkan mengikut kedatangan pelajar pada hari sebelumnya. Kelas- kelas yang dicutikan disebabkan perkara tersebut dikira hadir ke sekolah.

 

Kaedah Menanda Jadual Kedatangan Pelajar

Page 3: Panduan Mengisi Buku Kedatangan Pelajar

 

BIL PERKARA CARA

1 Hadir/termasuk pelajar yang dicutikan semasa peperiksaan awam dan peristiwa lain.

/

2 Hadir lewat. (Pelajar dikira hadir ) L

3 Tidak hadir tanpa kenyatan ( Ponteng ) P

4 Tidak hadir kerana sakit dengan sokongan surat dari doktor atau ibubapa/penjaga yang sah.

S

5 Tidak hadir kerana bersebab dengan sokongan surat ibubapa atau penjaga/kenyataan ibubapa atau penjaga yang sah

C

6 Tidak hadir atau hadir tetapi terlibat dengan aktiviti kokurikulum ( Pelajar dikira hadir )

K

S

C

7 Pelajar dikira tidak hadir sekiranya pelajar hanya hadir ke sekolah tidak lebih daripada 2 jam tanda seperti 4 atau 5

/

8 Gantung sekolah G

 

Menulis Butiran Pelajar

1. Nama pelajar, nama ibu bapa/penjaga ditulis dengan HURUF BESAR. 2. Pastikan nama dan bilangan pelajar yang diperolehi daripada penyelaras tingkatan pada awal

tahun persekolahan ( Hari pertama sesi persekolahan tahun semasa ) sepadan dengan nama dan bilangan pelajar dalam kelas tersebut. Sekiranya kepastian telah diperolehi, barulah nama dalam senarai tersebut dipindahkan ke Jadual Kedatangan Pelajar.

3. Susunan nama pelajar hendaklah dimulakan dahulu dengan nama pelajar lelaki Melayu diikuti oleh nama pelajar perampuan Melayu. Diikuti oleh nama pelajar Cina lelaki dan diikuti oleh nama pelajar Cina perempuan. Dikuti nama pelajar lelaki India dan nama pelajar perempuan India.Sekiranya terdapat bangsa-bangsa lain dalam kelas tersebut,

nama mereka akan mengakhiri senarai susunan nama pelajar.

4. Nama pelajar hendaklah disusun mengikut hairaki abjad. 5. Nama pelajar dan ibu bapa/penjaga hendaklah ditulis mengikut ejaan seperti dalam Surat

Beranak atau Kad Pengenalan. 6. Nombor Surat Jabatan Pendidikan membenarkan seseorang pelajar/murid rakyat asing itu

belajar hendaklah dituliskan di hujung nama pelajar pada setiap bulan. Pelajar Baru Masuk

Page 4: Panduan Mengisi Buku Kedatangan Pelajar

1. Tuliskan nama pelajar tersebut di bahagian terakhir senarai nama pelajar perempuan. Pada bulan berikutnya tulis nama pelajar tersebut mengikut susunan abjad dan jantinanya.

2. Butiran pelajar seperti tarikh masuk darjah, No. Kad Pengenalan, tarikh lahir, nama ibu bapa dan sebagainya hendaklah ditulis di bilangan terakhir senarai nama pelajar dalam kelas tersebut.

Pelajar Berhenti Sekolah 1. Nama pelajar tidak perlu ditulis pada bulan berikutnya. Tulis butiran maklumat murid berhenti

sekolah di muka surat ke- 2 terakhir. 2. Anjakkan senarai nama murid mengikut abjad dan jantina sekiranya nama murid yang

berhenti adalah bukan nama murid yang terakhir dalam senarai murid. Nombor Bilangan Dalam Sekolah

1. Nombor Bilangan dalam sekolah hendaklah ditulis setiap bulan mengikut yang terdaftar dalam Buku Daftar Agung Sekolah yang terdapat di pejabat.

2. Bagi pelajar tingkatan 1 dan 6 Bawah hendaklah ditulis semua butiran dan maklumat pelajar di dalam Buku Daftar Agung Sekolah selewat-lewatnya SATU BULAN dari tarikh murid mendaftar. Bagi pelajar yang berpindah masuk daripada sekolah lain perlu didaftarkan dalam masa SATU MINGGU dari tarikh pelajar itu masuk ke kelas.

3. Pelajar yang telah berhenti tetapi masuk semula kerana sebab-sebab tertentu gunakan Nombor Bilangan Dalam Sekolah yang lama jika pelajar tersebut bersekolah semula dalam tahun dan tingkatan yang sama .Tetapi sekiranya pelajar tersebut bersekolah semula pada tahun dan tingkatan yang berbeza maka pelajar tersebut perlu didaftarkan semula dalam Buku Daftar Agung Sekolah dan diberi Nombor Bilangan Dalam Sekolah yang baru.

4. Pelajar tingkatan enam rendah yang yang mendaftar masuk ke sekolah ini perlu diberikan Nombor Bilangan Dalam sekolah yang baru walaupun pelajar ini bersekolah di sekolah ini semasa tingkatan lima.

Butiran-Butiran Pelajar/Murid Yang Menerima Biasiswa 1. Tuliskan maklumat pelajar yang menerima biasiswa.

1.1     Nama Biasiswa Khas/Nama Biasiswa Negeri/Lain-lain biasiswa – Pastikan coloum untuk jenis biasiswa ini betul.

1.2     No. Rasmi – Nombor rujukan biasiswa setiap pelajar jika ada.

1.3     Catatan – Sekiranya penerima biasiswa ini berpindah/berhenti sekolah dan sebagainya.

1. Sekiranya tiada penerima biasiswa sila tuliskan perkataan pada ruangan berkaitan dengan perkataan ‘TIDAK BERKAITAN’

2. Sekiranya dalam permohonan, tuliskan dengan pensil ‘ DALAM PERMOHONAN.’

Penyata Bulan Mengikut Ras

Page 5: Panduan Mengisi Buku Kedatangan Pelajar

1. Lengkapkan maklumat dalam ruangan yang bermula dari ‘Tandatangan guru’ hingga ke ruangan ‘Jumlah’ manakala ruangan ‘Catatan’ tuliskan pelajar baru masuk atau pelajar keluar sekolah. Perlu diisi pada setiap hujung bulan. Pada ruang ‘tandatangan’ akan ditandatangai oleh Penyemak Jadual Kedatangan Pelajar.

2. Ruangan yang bermula dari ‘ Bayaran yang dikenakan ’ sehinggalah ke ruangan ‘jumlah’ tidak perlu di tulis apa-apa maklumat.

3. Bayaran Khas/ Peperiksaan Dalamaan /MSSMNJBP/MSSMJ/Peperiksaan Awam

1. Tuliskan nama pelajar, nombor resit dan jumlah bayaran dalam ruang berkenaan mengikut bulan-bulan pembayaran yang dibuat oleh pelajar.

2. Ruangan ‘ Jumlah ’ perlu diisikan dengan jumlah bayaran keseluruhan yang telah dijelaskan oleh pelajar.

3. Sekiranya pelajar membuat pembayaran bayaran bukan pada bulan Januari contohnya jika pembayaran dibuat pada bulan Mac, satu garisan panjang dari bulan Januari hingga bulan Mac perlu dibuat.seperti contoh di bawah :-

Bil Nama Januari Feb Mac

No.Resit Bayaran No.Resit Bayaran No.Resit Bayaran1 Ali bin Abu   012345 RM50.00

2 Samad bin Jalil

  0126759 RM50.00

3 Aik Meng Kok

  Berhenti 2 Jan 07

4 Raju a/l Muni

Berpindahke SM T

4 Feb 08

1. Sekiranya ada pelajar yang tertunggak bayaran khas, tuliskan maklumatnya dalam ruang

‘ tunggakan lalu ’.5          Pelajar yang telah berhenti sekolah perlu dicatatkan seperti contoh di atas.Pelajar ini juga perlu menjelaskan yuran terlebih dahulu sebelum sijil berhenti diserahkan kepada mereka.6          Pelajar yang berpindah sekolah juga perlu dinyatakan dengan jelas seperti contoh di atas. Pengiraan-pengiraan 

1. Jumlah yang tidak hadir

1.1 Bulan ini : Tuliskan jumlah hari tidak hadir pada bulan berkenaan bagi setiap pelajar mengikut lajur berkenaan

1.2 Jumlah dari bulan-bulan sudah : Tuliskan jumlah hari tidak hadir bagi semua pelajar yang di ambil dari ruang ‘ Hingga akhir bulan ini ‘ pada bulan sebelumnya. Tuliskan sifar ( 0 ) bagi bulan Januari.

1.3 Hingga akhir bulan ini : Tuliskan jumlah hasil tambah data ‘ bulan ini ’ dengan data ‘ Jumlah dari bulan-bulan sudah ’

Page 6: Panduan Mengisi Buku Kedatangan Pelajar

1.4 Jumlah tidak hadir pelajar yang telah berhenti : Hendaklah terus ditulis pada bulan terakhir pelajar tersebut bersekolah dengan tanda ( ) diruang ‘ Hingga akhir bulan ini ’

1. Banyak hari belajar dalam bulan-bulan sudah2.1 Salin maklumat dari ‘Jumlah hingga akhir bulan ini’pada bulan sebelumnya ke ruang ’banyaknya hari belajar dalam bulan-bulan sudah’ untuk bulan berkenaan.

1. Banyak hari belajar dalam bulan ini3.1 Tuliskan bilangan hari persekolahan pada bulan berkenaan

1. Jumlah hingga akhir bulan ini4.1 Tuliskan hasil tambah ‘Banyaknya hari belajar dalam bulan-bulan sudah’ dengan ‘Banyak hari belajar dalam bulan ini’

1. Hitung Panjang Kedatangan5.1 Tuliskan hasil bahagi ‘Jumlah kedatangan ’ dengan ‘Banyak hari belajar dalam bulan ini’. Jika bakinya lebih daripada separuh maka hendaklah dijadikan angka genap. Tiada titik perpuluhan.

1. Peratus Kedatangan6.1 Tuliskan hasil bahagi ‘Jumlah kedatangan’ dengan ‘Jumlah kedatangan yang sepatutnya’ darab dengan 100. Sehingga 1 titik perpuluhan.

1. Hitung panjang ramai pelajar7.1 Tuliskan hasil bahagi ‘Jumlah kedatangan yang sepatutnya ’ dengan ‘Bilangan hari belajar dalam bulan ini’ . Jika bakinya lebih daripada separuh maka hendaklah dijadikan angka genap.Tiada titik perpuluhan.

1. Ramai pelajar/murid dalam daftar hujung bulan lepas 8.1 Tuliskan bilangan pelajar yang disalin dari ruang ‘ramai pelajar dalam daftar hujung bulan lepas’ bagi bulan sebelumnya.

1. Ramai pelajar masuk9.1 Tuliskan bilangan pelajar baru yang masuk ke kelas pada bulan berkenaan. Tiada titik perpuluhan

1. Ramai pelajar keluar10.1 Tuliskan bilangan pelajar yang keluar dari kelas tersebut pada bulan berkenaan. Tiada titik perpuluhan

1. Ramai pelajar dalam daftar hujung bulan lepas11.1 Tuliskan bilangan ramai pelajar sehingga akhir bulan. Tiada titik perpuluhan Maklumat pada nombor 5, 6 dan 7 hendaklah ditulis pada muka surat ‘ Analisa kedatangan setahun’ pada muka surat terakhir Jadual Kedatangan Pelajar

Data Pelajar

  

Page 7: Panduan Mengisi Buku Kedatangan Pelajar

1. Susunan nama pelajar perlu ditulis mengikut keadah yang sama seperti yang telah diterangkan.

2. Maklumat yang perlu diisikan mengikut kolum ialah :-

2.1                 Jantina - Lelaki atau Perampuan

2.2                Ras - Melayu, Cina atau India

2.3                No. Pendaftaran - Nombor Bilangan dalam Sekolah

2.4                Jumlah Yuran - Jumlah yuran yang perlu dijelaskan oleh pelajar

2.5                Tarikh Masuk Darjah - Tarikh hari pertama persekolahan/Hari mendaftar bagi pelajar tingkatan enam rendah/Pelajar Baru Masuk

2.6                 No. Kad Pengenalan

2.7                 Tarikh Lahir

2.8                 Tempat Lahir

2.9                 Bil. Sijil Beranak

2.10              Umur pada 1 Jan. - Umur pelajar pada tahun semasa

2.11              Agama

2.12              Rumah Sukan

2.13              Nama Sekolah Akhir - Hanya perlu diisi untuk pelajar Peralihan,tingkatan satu dan enam rendah.

2.14 Darjah Peralihan - Tidak perlu diisikan

2.15 Tarikh Masuk Sekolah - Tidak perlu diisikan

2.16 Nama ibu bapa atau penjaga

2.17 Pekerjaan ibu bapa atau penjaga

2.18 Telefon

2.19 Alamat

2.20 Tarikh Meninggalkan Darjah - Jika pelajar tersebut berhenti atau berpindah sekolah perlu dicatatkan tarikhnya di ruang ini

.2.21 Sebab Meninggalkan Darjah - Tidak perlu diisi.

Page 8: Panduan Mengisi Buku Kedatangan Pelajar

2.22 No. Surat Berhenti - Jika pelajar tersebut berhenti sekolah ,No. Surat Berhenti yang dikeluarkan oleh pihak sekolah perlu dicatat.

2.23 Catatan - Anak Yatim/ Yatim Piatu/miskin. 

Analisa Kedatangan Setahun

1.        Lengkapkan ruangan :-

1.1      Hitung Panjang Ramai Murid/Pelajar

1.2 Hitung Panjang Kedatangan

1.3     % Kedatangan

1.4     Catatan - Jika ada pelajar yang keluar atau masuk. Jika tiada ,tuliskan tiada.

 

************************************ 00 ********************************************

Ketidakhadiran Pelajar

(Tugas Guru Tingkatan / Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Guru Kelas hendaklah menyediakan surat-surat amaran kepada ibu bapa / penjaga pelajar dalam 4 salinan. Surat kosong disediakan di rak Buku Kedatangan Pelajar di pejabat sekolah.

Serah surat yang telah dilengkapkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk dihantar secara serahan tangan kepada penjaga.

Surat Pekeliling Prosedur – Ketidakhadiran Pelajar

1. Merujuk perkara di atas, tuan/puan diminta mengenalpasti sebab-sebab mengapa pelajar tidak hadir atau enggan hadir ke sekolah. Kadang-kadang pelajar tidak hadir tanpa pengetahuan ibu bapa/penjaga. Justeru pihak sekolah bertanggungjawab untuk menangani masalah ini melalui langkah-langkah berikut:

1.1. Menghubungi ibu bapa/penjaga pelajar melalui telefon dengan kadar segera terutamanya yang melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam. Rekodkan pengilan ini mengunakan borang yang disediakan dalam dua salinan . Satu salinan untuk simpanan dan satu salinan lagi serahkan kepada PK HEM.

1.2. Sekiranya pelajar ini tidak dapat dihubungi dengan telefon, sila maklumkan kepada pihak kaunselor untuk tindakan selanjutnya terutamanya yang melibatkan kelas peperiksaan.

1.3. Memastikan semua pelajar yang tidak hadir memberikan surat doktor atau surat ibu bapa/penjaga dengan tandatangan yang sah untuk tempoh masa pelajar itu tidak hadir. Pelajar yang

Page 9: Panduan Mengisi Buku Kedatangan Pelajar

tidak hadir selama dua hari tanpa surat doktor dikehendaki membawa ibu bapa / penjaga bersama-sama datang berjumpa dengan Pengetua (kecuali ada bukti-bukti yang nyata, ketidakhadiran pelajar itu ada sebab-sebab munasabah yang kuat).

1.4. Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk pelajar yang belum datang ke sekolah selama tiga hari, atau sebanyak sepuluh hari bukan secara berturut-turut tanpa surat.

1.5. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika pelajar belum datang atau belum menghubungi sekolah 7 hari selepas surat amaran pertama. Surat amaran kedua hendaklah dihantar juga sekiranya pelajar tidak hadir sebanyak 20 hari bukan secara berturut-turut.

1.6. Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar melalui BERDAFTAR AKUAN PENERIMA SEKIRANYA TIADA APA-APA KOMUNIKASI 7 hari selepas surat amaran kedua. Sila hantar surat juga untuk pelajar yang tidak hadir sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut.

1.7. Selepas tempoh dua minggu dari penghantaran Surat Amaran Terakhir atau selepas 20 hari ditandai (P). Pelajar boleh dibuang sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa/penjaga pelajar telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. Pelajar tidak boleh diterima balik selepas itu tanpa merujuk kepada Pengetua.

2. Prosedur dan Dokumen yang Diperlukan untuk Memberhentikan Pelajar

2.1 Satu salinan surat amaran pertama,kedua dan akhir

2.2 Satu salinan bulan terakhir Jadual Kedatangan. (Bulan pada tempoh pembuangan pelajar mencukupi)

2.3 Lima salinan Borang Mohon Berhenti Sekolah yang telah dilengkapkan dan bertaip. 2.4 Serahkan segala dokumen ini kepada PK HEM untuk diambil tindakan selanjutnya.

2.5 Surat pembuangan relajar hanya boleh ditandatangani oleh Pengetua.

************************************ 00 **************************************

Surat Hari Tidak Hadir (Ponteng)Berturut-turut

Hari Tidak Hadir (Ponteng)Bukan Berturut-turut

Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10 Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran

Pertama (hari ke-10)10 hari lagi selepasAmaran Pertama (hari ke-20)

Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua (hari ke–17)

20 hari lagi selepasAmaran Kedua (hari ke-40)

Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir (hari ke-31)

20 hari selepasAmaran Terakhir (hari ke-60)

Jumlah Hari Tidak Hadir

31 hari 60 hari bukan berturut-turut

Page 10: Panduan Mengisi Buku Kedatangan Pelajar

Carta Aliran KerjaTINDAKAN TERHADAP PELAJAR PONTENG SEKOLAH BERTERUSAN MulaGuru kelas mengenalpasti pelajar ponteng pada akhir waktu pertamaGuru kelas mengemukakan senarai namaGuru kelas mengenalpasti pelajar ponteng selama 3 hari berturut-turuttidak HadirSurat Amaran Pertama (selepas 3 hari tidak hadir) Tidak HadirHadirKhidmat NasihatSurat Amaran Kedua (selepas 7 hari tidak hadir) Tidak HadirHadirKhidmat NasihatSurat Amaran Terakhir (selepas 7 hari tidak hadir) HadirKhidmat NasihatTidak HadirSurat Buang Sekolah (selepas 14 hari tidak hadir) Akhir Carta Aliran KerjaCARTA ALIRAN KERJA PENGURUSAN DISIPLIN (AM) Menghantar surat permohonan/surat kebenaran kepada pihak yang berkenaanMenghantar surat jemputan penceramah dan fasilitatorMulaMengenalpasti pemasalahan dan kumpulan sasaranMerancang dan menyediakan kertas kerja projekPenyediaan keperluan dan peralatan projek/programKes ditutupBuat Pembetulan kertas kerjaBincang dan dapatkan kelulusan daripada pengetuaPenilaian ProgramMengemas tempat programMelaksanakan programYaTidak

Page 11: Panduan Mengisi Buku Kedatangan Pelajar

Carta

Aliran KerjaPENGURUSAN DISIPLIN (KES BERAT)

SiasatanMerekod aduan kesBuat keputusanMulaMenerima aduan kesPolis/JKMMaklum kepada Pengetua & ibu bapaDisabitkan

Carta Aliran KerjaPENGURUSAN DISIPLIN (KES SEDERHANA)

MulaTerima laporanJalankan siasatanSediakan laporan siasatanTimbangkan kesTerima nasihatTerima hukuman dan direkodkanRekod/failTamatTidakYaPertuduhan dan bela diri

Carta Aliran Kerja

PENGURUSAN DISIPLIN (KES RINGAN)

MulaMenerima LaporanMenjalankan siasatanSediakan laporan kesPertimbangan kesMenerima Nasihat

Page 12: Panduan Mengisi Buku Kedatangan Pelajar

Rekod/FailkanTamatTidakYa

SENARAI SEMAK MELENGKAPKANBUKU KEDATANGAN PELAJAR

BORANG PENYEMAKAN JADUAL KEDATANGAN PELAJAR( ISIKAN DALAM DUA SALINAN ) Nama Guru Tingkatan :……………………................……………….Tingkatan :…………………………………Sila ambil tindakan terhadap pekara-perkara bertanda ( X )

BIL PERKARA PRESTASI TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL

A. BAHAGIAN HADAPAN 1 Butiran Muka Hadapan Jadual kedatangan

pelajar

1.1 Nama dan Alamat Sekolah 1.2 Tahun 1.3 Tingkatan 1.4 Nama Guru 2 Butiran pelajar menerima biasiswa dan nombor

rasmi

3 Penyata bulanan mengikut ras 4 Bayaran Yuran/Bayaran Khas dan nombor

resit

Page 13: Panduan Mengisi Buku Kedatangan Pelajar

5 Nombor pendaftaran pelajar 6 Nama penuh dan jantina 7 Kedatangan harian pelajar 7.1 Jumlah bulan ini 7.2 Jumlah daripada bulan-bulan sudah 7.3 Jumlah hingga akhir bulan ini 7.4 Purata kedatangan 7.5 Peratus kedatangan 7.6 Purata ramai murid 7.7 Ramai murid dalam daftar 7.8 Ramai murid yang masuk 7.9 Ramai murid yang keluar 7.10 Banyak hari belajar dalam bulan ini 7.11 Banyak hari belajar dari bulan sudah 7.12 Jumlah pelajar daftar hujung bulan 7.13 Tandatangan guru BIL PERKARA PRESTASI TINDAKAN YANG PERLU

DIAMBIL

B. BAHAGIAN BELAKANG 1 Nombor Pendaftaran pelajar 2 Maklumat Pelajar 2.1 Nama penuh pelajar 2.2 Bangsa dan jantina 2.3 Tarikh Masuk Darjah 2.4 Nombor kad pengenalan 2.5 Nombor Sijil Kelahiran 2.6 Tarikh lahir dan tempat lahir 2.7 Umur pada 1 Januari 2.8 Agama 2.9 Sekolah yang akhir 2.10 Rumah sukan 2.11 Asrama/darjah Peralihan/Melayu 2.12 Tarikh masuk sekolah 2.13 Nama ibu bapa/ pejaga 2.14 Alamat ibu bapa / penjaga 2.15 Pekerjaan ibu bapa / penjaga

Page 14: Panduan Mengisi Buku Kedatangan Pelajar

2.16 Nombor Telefon/Hand Phone 2.17 Tarikh meninggalkan darjah 2.18 Sebab meninggalkan darjah 2.19 Nombor surat berhenti sekolah 3 Analisa kedatangan pada setiap bulan dan

analisa setahun

Ulasan Penyemak : ........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................ Tandatangan Guru Penyemak ........................................................( ) Tarikh :............................. Tandatangan GPK HEM ....................................................... Tarikh :.............................