2
Panduan menukar coolant radiator wira Sistem penyejukan enjin adalah amat penting untuk kesihatan enjin kereta. Penjagaannya adalah amat penting kerana jika ianya tidak dijaga dengan baik ianya akan membawa masalah kepada anda terutama ketika membuat perjalanan jauh. Sistem penyejukan enjin yang dijaga dengan baik membolehkan enjin kereta beroperasi pada suhu yang optimum. Anda perlu mendapatkan radiator coolant yang baik samada dibeli di kedai spare part atau pun di pasaraya. Seterusnya anda perlu keluarkan air yang terdapat di dalam radiator. Pastikan enjin anda dalam keadaan sejuk ketika hendak menukar radiator coolant. Langkah pertama adalah membuka penutup radiator , seterusnya buka injap radiator pada bahagian bawah radiator. Biarkan air mengalir keluar dari bahagian bawah radiator. Tunggu sehingga tiada lagi air yang keluar dari radiator. Seterusnya masukkan air ke dalam radiator menggunakan hos air dan biarkan air mengalir ke dalam radiator selama beberapa minit untuk membuang karat atau kekotoran yang terdapat di dalam radiator. Kemudian tutup injap di bahagian bawah radiator. Tutup dengan berhati-hati, jangan tutup terlalu ketat kerana ianya akan merosakkan benang pada injap radiator tersebut.

Panduan Menukar Coolant Radiator Wira

  • Upload
    azszah

  • View
    734

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Panduan Menukar Coolant Radiator Wira

Panduan menukar coolant radiator wira Sistem penyejukan enjin adalah amat penting untuk kesihatan enjin kereta. Penjagaannya adalah amat penting kerana jika ianya tidak dijaga dengan baik ianya akan membawa masalah kepada anda terutama ketika membuat perjalanan jauh. Sistem penyejukan enjin yang dijaga dengan baik membolehkan enjin kereta beroperasi pada suhu yang optimum. Anda perlu mendapatkan radiator coolant yang baik samada dibeli di kedai spare part atau pun di pasaraya. Seterusnya anda perlu keluarkan air yang terdapat di dalam radiator. Pastikan enjin anda dalam keadaan sejuk ketika hendak menukar radiator coolant. Langkah pertama adalah membuka penutup radiator , seterusnya buka injap radiator pada bahagian bawah radiator. Biarkan air mengalir keluar dari bahagian bawah radiator. Tunggu sehingga tiada lagi air yang keluar dari radiator.

Seterusnya masukkan air ke dalam radiator menggunakan hos air dan biarkan air mengalir ke dalam radiator selama beberapa minit untuk membuang karat atau kekotoran yang terdapat di dalam radiator. Kemudian tutup injap di bahagian bawah radiator. Tutup dengan berhati-hati, jangan tutup terlalu ketat kerana ianya akan merosakkan benang pada injap radiator tersebut.

Page 2: Panduan Menukar Coolant Radiator Wira

Pastikan ianya tertutup dengan baik dan tidak senget yang akan membolehkan air mengalir keluar dari radiator. Seterusnya masukkan radiator coolant ke dalam radiator. Ikut sukatan yang tertulis pada botol radiator tersebut. Anda boleh memasukkan ¾ kandungan radiator coolant ke dalam tangki radiator dan 1/ 4 lagi masukkan ke dalam tangki pengembang (expansion tank) di sebelahnya. Kemudian tambahkan air ke dalam radiator dengan menggunakan hos air. Pastikan air diisi sehingga ia melimpah keluar dari radiator. Selepas air diisi dengan penuh, hidupkan enjin kereta dan tunggu sehingga beberapa minit. Anda akan dapati paras air di dalam radiator akan menurun selepas beberapa minit. Apabila aras air menurun, tambahkan lagi air ke dalam radiator sehingga ia penuh. Tunggu sehingga aras air di dalam karburetor stabil barulah anda menutup radiator. Perhatikan suhu enjin kereta anda. Jika langkah diatas dilakukan dengan betul aras suhu adalah pada aras separuh pada meter suhu kereta. Untuk lebih kepastian tentang aras air di dalam radiator, bawa kereta anda selama beberapa minit dan kemudian berhenti. Biarkan enjin sejuk dan periksa kandungan air di dalam radiator. Jika ia masih kurang tambahkan lagi air ke dalam radiator.

SELAMAT MENCUBA