Panduan Pentadbiran PASR

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    1/32

    30

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    2/32

    2

    LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    2016

    KANDUNGAN

    HALAMAN

    1.0 DASAR PENTADBIRAN PASR

    1.1 Definisi Pentaksiran Pusat 4

    1.2 Instrumen Pentaksiran 4

    1.3 Calon 5

    1.4 Instrumen PASR 5

    1.5 Personel 6

    1.6 Panduan Pengurusan Keselamatan 67

    1.7 Panduan Pengurusan Kes Khas 89

    2.0 PENTADBIRAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN 1016

    3.0 PENSKORAN SKRIP JAWAPAN CALON 1720

    4.0 PENGHANTARAN SKOR 2123

    5.0 PENTADBIRAN KES SALAH LAKU 2425

    GLOSARI 26

    LAMPIRAN 2732

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    3/32

    3

    1.0

    DASAR PENTADBIRAN

    PENTAKSIRAN ALTERNATIFSEKOLAH RENDAH (PASR)

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    4/32

    4

    1.0 DASAR PENTADBIRAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH

    1.1 DEFINISI PENTAKSIRAN PUSAT

    11.1 Pentaksiran Pusat (PP) adalah komponen Pentaksiran Berasaskan

    Sekolah (PBS) yang merupakan pelengkap (compliment) kepada

    Pentaksiran Sekolah (PS) iaitu pencapaian murid dalam sesuatu mata

    pelajaran ditaksir secara sumatif untuk melihat penguasaan dan

    keupayaan intelek mereka di akhir program pembelajaran. Lembaga

    Peperiksaan (LP) menyediakan PP menggunakan instrumen pentaksiran

    yang standard (standardised instrument) bagi mentaksir aspek

    pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh.

    1.1.2 Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) adalah komponen PP di

    peringkat sekolah rendah bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang

    mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSR

    PK) Masalah Pembelajaran.

    1.2 INSTRUMEN PENTAKSIRAN

    Bil Perkara ProKhas 1 ProKhas 2

    1. Jenis

    Instrumen

    Instrumen Bersepadu Instrumen Bersepadu

    2. Jenis Item i. Respons Terhad

    ii. Respons Terbuka

    i. Respons Terhad

    ii. Respons Terbuka

    3. Bilangan

    Tugasan

    1 Tugasan 1 Tugasan

    4. TempohTugasan

    8 Minggu (Julai

    Ogos) 4 Minggu (September)

    5. Konstruk Kemahiran Literasi (Bahasa Melayu)

    Kemahiran Mendengar Kemahiran Menulis Kemahiran Membaca dan Memahami Maklumat Kemahiran Bertutur

    Kemahiran Literasi (Bahasa Inggeris)

    Kemahiran Mendengar Kemahiran Menulis Kemahiran Membaca dan Memahami Maklumat Kemahiran Bertutur

    Kemahiran Numerasi (Matematik)

    Kemahiran Asas Matematik

    Kemahiran Aplikasi Matematik

    Kemahiran Asas Sains

    Pengetahuan dan Kefahaman Kemahiran Proses Sains Kemahiran Aplikasi Sains Kemahiran Komunikasi dan Interaksi Sosial Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

    Kemahiran Hidup Asas Pengetahuan dan Kefahaman

    Kemahiran Aplikasi

    Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

    Nilai Murni

    Amalan Nilai Positif Bermasyarakat sepertihormat-menghormati, toleransi, kerjasama dan

    tolong-menolong

    Nilai Murni

    Amalan Nilai Positif Kendiri seperti kemas, berdikaridan beradab

    6. Kaedah

    Penskoran

    i. Analitik

    ii. Holistik

    i. Analitik

    ii. Holistik

    7. Pelaksanaan i. Waktu PdP

    ii. Individu/Berkumpulan

    i. Waktu PdP

    ii. Individu/Berkumpulan

    8. Cakupan

    Konteks

    Bidang pembelajaran KSSR PK Masalah

    Pembelajaran Tahap 2: Bahasa Melayu,Matematik dan Kemahiran Hidup Asas

    Bidang pembelajaran KSSR PK Masalah

    Pembelajaran Tahap 2: Bahasa Inggeris,Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar

    9. Bentuk

    Pelaporan

    Pelaporan berdasarkan konstruk dan tahap kompetensi

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    5/32

    5

    1.3 CALON PASR

    1.3.1 Calon Sekolah

    a. Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang berada dalam Program

    Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan MBK yang mengikuti

    pendidikan inklusif separa di sekolah kerajaan/sekolah bantuan

    kerajaan/sekolah swasta; dan

    b. mengikuti KSSR PK Masalah Pembelajaran Tahap 2; dan

    c. berada pada tahun akhir persekolahan; dan

    d. berumur tidak melebihi 14 tahun pada 1 Januari tahun pentaksiran;

    dan

    e. mempunyai pengesahan pegawai perubatan hospital

    Kerajaan/hospital swasta/kad OKU.

    1.3.2 Calon yang mendaftar untuk menduduki PASR tidak boleh mendaftaruntuk menduduki UPSR.

    1.3.3 Calon Persendirian

    Tiada calon persendirian.

    1.3.4 Yuran Pentaksiran

    Tiada yuran pentaksiran bagi calon sekolah kerajaan.

    1.4 INSTRUMEN PASR

    1.4.1 Instrumen ProKhas 1

    1.4.2 Instrumen ProKhas 2

    Instrumen ProKhas 1

    Kod Mata Pelajaran

    041 Kemahiran Hidup Asas (Penternakan), Bahasa Melayu, Matematik

    042 Kemahiran Hidup Asas (Jahitan), Bahasa Melayu, Matematik

    043 Kemahiran Hidup Asas (Masakan), Bahasa Melayu, Matematik

    044 Kemahiran Hidup Asas (Perkebunan), Bahasa Melayu, Matematik

    Instrumen ProKhas 2

    Kod Mata Pelajaran

    045 Bahasa Inggeris, Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    6/32

    6

    1.5 PERSONEL

    1.5.1 Personel Pentadbiran

    Personel Pentadbiran bertanggungjawab untuk menguruskan instrumen

    pentaksiran dan pentadbiran PASR.

    Personel Singkatan

    Guru Besar GB

    Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/PenyelarasPendidikan Khas

    GPKPKhas

    Guru Lantikan Guru Besar GLGB

    Setiausaha Peperiksaan SuP

    Guru Kelas GK

    Anggota Kumpulan Pelaksana AKP

    1.5.2 Personel Pentaksiran

    Personel Pentaksiran bertanggungjawab untuk menguruskan untuk

    penskoran, moderasi penskoran dan verifikasi skor.

    Personel Singkatan

    Ketua Pentaksir KebangsaanLantikan Lembaga Peperiksaan

    KPK

    Ketua Pentaksir NegeriLantikan Lembaga Peperiksaan

    KPN

    Ketua Pentaksir KawasanLantikan Jabatan Pendidikan Negeri

    KPKw

    Ketua Pentaksir SekolahGuru Besar

    KPS

    Ketua Pentaksir ProKhasGuru Penolong Kanan Pendidikan Khas/PenyelarasPendidikan Khas

    KPProKhas

    Pentaksir ProKhasGuru Mata Pelajaran Program Pendidikan Khas Integrasi

    PProKhas

    1.6 PANDUAN PENGURUSAN KESELAMATAN

    1.6.1 Semua personel pentadbiran dan pentaksiran hendaklah:

    a. dilantik oleh Lembaga Peperiksaan (LP), Jabatan Pendidikan

    Negeri (JPN) atau Guru Besar (GB) mengikut peringkat masing-

    masing.

    b. menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D Akta 88)

    sebagai perakuan bertanggungjawab menjaga kerahsiaan instrumen

    pentaksiran, panduan penskoran dan skor calon.

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    7/32

    7

    1.6.2 Akta Rahsia Rasmi 1972 perlu ditandatangani sekali sahaja dalam tahun

    semasa dan disimpan oleh GB sehingga enam bulan dari tarikh

    pengeluaran pelaporan PASR.

    AKTA RAHSIA RASMI 1972 (LAMPIRAN D AKTA 88)

    Ditandatangani oleh Personel Pentadbiran danPersonel Pentaksiran.

    Ditandatangani oleh Pengetua/GuruBesar

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    8/32

    8

    1.7 PANDUAN PENGURUSAN KES KHAS

    Calon yang telah mendaftar untuk menduduki PASR tetapi tidak dapat berbuat

    demikian pada/dalam tarikh/tempoh yang ditetapkan atas sebab sakit atau sakit

    berpanjangan atau kemalangan atau berada di luar negara kerana mewakili

    negara dalam apa jua penyertaan yang diiktiraf oleh negara atau kes-kes lain

    yang difikir munasabah oleh Pengarah Peperiksaan, boleh menduduki atau

    menjalankan PASR selagi tempoh pentaksiran belum tamat.

    Guru Besar hendaklah memastikan:

    1.7.1 Calon sakit atau sakit berpanjangan boleh menduduki/menjalani

    pentaksiran di sekolah, sekiranya tempoh pentaksiran sesuatu

    instrumen belum berakhir DAN calon mengemukakan surat pengesahan

    doktor sebagai bukti sakit/berada di wad hospital pada tarikh/hari

    pentaksiran berlangsung.

    1.7.2 Calon sakit yang berada di wad sehingga tarikh/hari terakhir pentaksiran

    boleh menduduki/menjalani pentaksiran di hospital, sekiranya tempoh

    pentaksiran sesuatu instrumen belum berakhir; DAN calon

    mengemukakan surat pengesahan doktor sebagai bukti sakit/berada di

    wad hospital sehingga tarikh/hari terakhir pentaksiran.

    1.7.3 Sekiranya calon berada di wad hospital berhampiran sekolah, GB

    hendaklah memaklumkan kepada PPD dan JPN. Sekolah hendaklah

    menguruskan pentaksiran termasuk menghantar pentaksir dan

    instrumen kepada calon.

    1.7.4 Sekiranya calon berada di wad hospital yang jauh tetapi masih dalam

    negeri yang sama, GB hendaklah memaklumkan kepada PPD dan

    JPN. JPN hendaklah menguruskan pentaksiran termasuk menghantar

    pentaksir dan instrumen kepada calon.

    1.7.5 Sekiranya calon berada di wad hospital di negeri yang berlainan, GB

    hendaklah memaklumkan kepada PPD dan JPN. JPN hendaklah

    memaklumkan kepada JPN negeri yang berkenaan. JPN negeri itu

    hendaklah menguruskan pentaksiran termasuk menghantar pentaksir

    dan instrumen kepada calon.

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    9/32

    9

    1.7.6 Calon Mewakili Negara di luar negara boleh menduduki/menjalani

    pentaksiran di sekolah, sekiranya tempoh pentaksiran sesuatu

    instrumen belum berakhir DAN calon mengemukakan surat pengesahan

    penganjur sebagai bukti calon mewakili negara pada tarikh/hari

    pentaksiran berlangsung.

    1.7.7 Calon Kemalangan boleh menduduki/menjalani pentaksiran di sekolah,

    sekiranya tempoh pentaksiran sesuatu instrumen belum berakhir DAN

    calon mengemukakan surat pengesahan daripada pihak berkuasa

    sebagai bukti calon mengalami kemalangan pada tarikh/hari pentaksiran

    berlangsung.

    1.7.8 Calon Kes-kes Lain boleh menduduki/menjalani pentaksiran di

    sekolah, sekiranya tempoh pentaksiran sesuatu instrumen belum

    berakhir DAN calon mendapat kebenaran daripada Pengarah

    Peperiksaan.

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    10/32

    10

    2.0

    PENTADBIRAN INSTRUMENPENTAKSIRAN

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    11/32

    11

    2.0 PENTADBIRAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN

    2.1 LEMBAGA PEPERIKSAAN

    2.1.1 Menyediakan surat siaran, Panduan Pentadbiran, Jadual Kerja PASR

    dan Jadual Waktu PASR.

    2.1.2 Menyediakan surat siaran memaklumkan kepada JPN, Pejabat

    Pendidikan Daerah (PPD) dan GB kata laluan dan arahan memuat turun

    PASR dan panduan penskoran melalui Aplikasi PASR.

    2.1.3 Memuat naik Panduan Pentadbiran, Jadual Kerja PASR dan Jadual

    Waktu PASR di portal LP.

    2.1.4 Menyediakan dan memuat naik Tugasan Instrumen ProKhas dan

    panduan penskoran ke portal LP:www.lp.moe.gov.my.

    2.1.5 Melantik Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK) dan Ketua Pentaksir Negeri

    (KPN).

    2.1.6 Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai LP untuk

    memantau pelaksanaan PASR bagi menjamin pentaksiran dijalankan

    mengikut tempoh dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.

    2.1.7 Melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Tugasan bersama KPK dan

    KPN.

    2.2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

    2.2.1 Menerima dan mengedarkan surat siaran kepada PPD bagi memuat

    turun Panduan Pentadbiran, Jadual Kerja PASR dan Jadual Waktu

    PASR di portal LP.

    2.2.2 Memastikan sekolah memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan

    penskoran melalui portal LP:www.lp.moe.gov.my.

    2.2.3 Melantik Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw).

    2.2.4 Memastikan Mesyuarat Penyelarasan Tugasan peringkat daerah dan

    sekolah diadakan.

    2.2.5 Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai Sektor/Unit

    Penilaian dan Peperiksaan JPN dan PPD untuk memantau pelaksanaan

    PASR bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran mengikut tempoh dan

    prosedur yang ditetapkan oleh LP.

    http://www.lp.moe.gov.my/http://www.lp.moe.gov.my/http://www.lp.moe.gov.my/http://www.lp.moe.gov.my/
  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    12/32

    12

    2.3 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

    2.3.1 Menerima dan mengedarkan surat siaran kepada sekolah bagi memuat

    turun Panduan Pentadbiran, Jadual Kerja PASR dan Jadual Waktu

    PASR di portal LP.

    2.3.2 Memastikan sekolah memuat turun instrumen pentaksiran dan panduanpenskoran melalui portal LP:www.lp.moe.gov.my

    2.3.3 Melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Tugasan peringkat daerah.

    2.3.4 Melantik Pegawai UPP sebagai pegawai pemantau untuk menjalankan

    penjaminan kualiti bagi memastikan PASR ditadbir mengikut tempoh dan

    prosedur yang ditetapkan oleh LP.

    2.4 GURU BESAR/KETUA PENTAKSIR SEKOLAH

    2.4.1 Menerima surat siaran bagi memuat turun Panduan Pentadbiran, JadualKerja PASR dan Jadual Waktu PASR.

    2.4.2 Mengeluarkan dan mengedarkan surat makluman pelaksanaan aktiviti

    PASR kepada ibu bapa/penjaga untuk memastikan keselamatan calon

    PASR semasa aktiviti dijalankan. Contoh surat Lampiran 1

    2.4.3 Melantik personel yang terlibat dalam pentadbiran dan pentaksiran PASR

    mengikut prosedur keselamatan. Contoh surat pelantikanLampiran 2

    2.4.4 Memastikan Akta Rahsia Rasmi yang ditandatangani personel yangdilantik disimpan sehingga enam bulan dari tarikh pengeluaran pelaporan

    PASR.

    2.4.5 Merancang dan memastikan Guru Penolong Kanan/Penyelaras

    Pendidikan Khas (GPKPKhas) menyediakan Jadual Kerja PASR sekolah

    berdasarkan Jadual Kerja PASR yang disediakan LP.

    2.4.6 Memastikan GPKPKhas mengedarkan Jadual Kerja PASR sekolah

    kepada personel pentadbiran dan pentaksiran.

    2.4.7 Memastikan KPProKhas menyediakan bahan untuk pelaksanaan

    pentaksiran mengikut senarai yang dikeluarkan LP.

    2.4.8 Menerima nama pengguna dan kata laluan daripada LP untuk memuat

    turun instrumen PASR, panduan penskoran dan Lembaran Perekodan

    Skor Calon (LPSC). Contoh LPSC Lampiran 3

    2.4.9 Memastikan Ketua Pentaksir ProKhas (KPProKhas) dan Setiausaha

    Peperiksaan (SuP) memuat turun instrumen PASR, panduan penskoran

    dan LPSC dari portal LP:www.lp.moe.gov.my

    2.4.10 Melaksanakan verifikasi instrumen pentaksiran secara teknikal.

    http://www.lp.moe.gov.my/http://www.lp.moe.gov.my/http://www.lp.moe.gov.my/http://www.lp.moe.gov.my/
  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    13/32

    13

    2.4.11 Memastikan instrumen PASR telah diperbanyakkan.

    2.4.12 Memastikan panduan penskoran telah diperbanyakkan.

    2.4.13 Menerima instrumen pentaksiran dan panduan penskoran yang telah

    diperbanyakkan untuk disimpan mengikut prosedur keselamatan.

    2.4.14 Menyimpan instrumen PASR dan panduan penskoran mengikut panduan

    pengurusan keselamatan sebelum diserahkan kepada KPProKhas.

    2.4.15 Menyerahkan instrumen PASR dan panduan penskoran kepada

    KPProKhas pada tarikh pentaksiran bermula.

    2.4.16 Memastikan calon melengkapkan penulisan tugasan pentaksiran

    dilaksanakan dalam tempoh lapan minggu PdP di dalam kelas dan bukan

    dalam bentuk peperiksaan awam.

    2.4.17 Memastikan kes-kes khas PASR ditadbir mengikut peraturan yang

    ditetapkan LP:

    a. calon mewakili negara

    b. calon sakit atau sakit berpanjangan atau kemalangan semasa pelaksanaan

    PASR.

    2.4.18 Memastikan instrumen PASR kes khas ditadbir apabila calon hadir

    semula ke sekolah sebelum atau pada tarikh akhir pelaksanaan

    Instrumen ProKhas 1 atau Instrumen ProKhas 2.

    2.4.19 Memastikan kes-kes khas PASR dimaklumkan kepada PPD/JPN.

    2.4.20 Memberi kebenaran kepada personel pentaksiran untuk membawa

    keluar skrip jawapan calon mengikut nisbah yang ditetapkan ke

    Mesyuarat Penyelarasan Penskoran peringkat kebangsaan, negeri dan

    daerah dengan melengkapkan Borang Kebenaran Serah Terima Skrip

    Jawapan Calon (SJC) PASR. Contoh borang Lampiran 4

    2.4.21 Memberi Taklimat Penjaminan Kualiti dan Panduan PengurusanKeselamatan kepada semua personel pentadbiran dan pentaksiran.

    2.4.22 Melaksanakan penjaminan kualiti bagi memastikan PASR ditadbir

    mengikut jadual kerja sekolah dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP.

    2.5 GURU PENOLONG KANAN/PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS (KPProKhas)

    2.5.1 Menyediakan Jadual Kerja PASR sekolah berdasarkan Jadual Kerja

    PASR yang disediakan LP.

    2.5.2 Mengedarkan Jadual Kerja PASR sekolah kepada personel pentadbirandan pentaksiran.

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    14/32

    14

    2.5.3 Menyediakan bahan untuk pelaksanaan pentaksiran mengikut senarai

    yang dikeluarkan LP.

    2.5.4 Menerima nama pengguna dan kata laluan daripada GB/KPS untuk

    memuat turun instrumen PASR, panduan penskoran dan LPSC.

    2.5.5 Memuat turun instrumen PASR, panduan penskoran dan LPSC dari

    portal LP:www.lp.moe.gov.my (bersama SuP).

    2.5.6 Menyerahkan instrumen PASR kepada GB bersama-sama SuP untuk

    verifikasi secara teknikal.

    2.5.7 Memperbanyakkan instrumen PASR dan Panduan Penskoran.

    2.5.8 Menyerahkan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran yang telah

    diperbanyakkan kepada GB untuk disimpan mengikut prosedurkeselamatan.

    2.5.9 Menerima instrumen PASR dan panduan penskoran daripada GB pada

    tarikh pentaksiran bermula.

    2.5.10 Menyerahkan instrumen PASR dan panduan penskoran kepada

    PProKhas pada tarikh pentaksiran bermula.

    2.5.11 Memastikan calon diberi taklimat tentang pelaksanaan tugasan oleh

    PProKhas.

    2.5.12 Menguruskan kes-kes khas PASR mengikut peraturan yang ditetapkan

    LP:

    a. calon mewakili negara

    b. calon sakit atau sakit berpanjangan atau kemalangan semasa pelaksanaan

    PASR.

    2.5.13 Menguruskan pentadbiran instrumen PASR kes khas apabila calon hadir

    semula ke sekolah sebelum atau pada tarikh akhir pelaksanaan

    Instrumen ProKhas 1 atau Instrumen ProKhas 2.

    2.5.14 Menguruskan pemakluman kes-kes khas PASR kepada PPD/JPN.

    2.5.15 Memastikan semua PProKhas mematuhi Jadual Kerja PASR sekolah

    dan Jadual Kerja PASR LP.

    2.5.16 Melaksanakan penjaminan kualiti bagi memastikan PASR ditadbir

    mengikut jadual kerja yang ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh yang

    ditetapkan oleh LP.

    http://www.lp.moe.gov.my/http://www.lp.moe.gov.my/
  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    15/32

    15

    2.6 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

    2.6.1 Menerima Jadual Kerja PASR sekolah daripada GPKPKhas

    2.6.2 Mengurus pelaksanaan PASR mengikut Jadual Kerja PASR sekolah

    dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP.

    2.6.3 Menerima nama pengguna dan kata laluan daripada GB/KPS untuk

    memuat turun instrumen PASR, panduan penskoran dan LPSC.

    2.6.4 Memuat turun instrumen PASR, panduan penskoran dan LPSC dari

    portal LP:www.lp.moe.gov.my (bersama GPKPKhas).

    2.6.5 Menyerahkan instrumen PASR kepada GB bersama-sama GPKPKhas

    untuk verifikasi secara teknikal.

    2.7 PENTAKSIR PROKHAS

    2.7.1 Menerima Jadual Waktu PASR dan Jadual Kerja PASR sekolah

    daripada KPProKhas.

    2.7.2 Memaklum dan mengedar Jadual Waktu PASR dan Jadual Kerja PASR

    sekolah kepada calon PASR.

    2.7.3 Melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Tugasan peringkat sekolah.

    2.7.4 Menerima instrumen PASR dan panduan penskoran daripada

    KPProKhas.

    2.7.5 Mengedarkan instrumen PASR kepada calon.

    2.7.6 Memberi taklimat kepada calon berkaitan pelaksanaan tugasan.

    Proses memberi taklimat dan pengumpulan bahan sumber oleh calon tidak

    diambil kira dalam tempoh lapan waktu PdP.

    2.7.7 Mentadbir instrumen PASR berdasarkan Panduan Pentadbiran PASR

    mengikut Jadual Kerja PASR sekolah dalam tempoh yang ditetapkan LP.

    2.7.8 Mentadbir kes-kes khas PASR mengikut peraturan yang ditetapkan LP:

    a. calon mewakili negara

    b. calon sakit atau sakit berpanjangan atau kemalangan semasa pelaksanaan

    PASR.

    2.7.9 Mentadbir instrumen PASR kes khas apabila calon hadir semula ke

    sekolah sebelum atau pada tarikh akhir pelaksanaan Instrumen ProKhas

    1 atau Instrumen ProKhas 2.

    2.7.10 Memaklumkan kes-kes khas PASR kepada KPProKhas.

    http://www.lp.moe.gov.my/http://www.lp.moe.gov.my/
  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    16/32

    16

    2.7.11 Mengumpul semula hasil tugasan setiap kali tamat waktu PdP dan

    menyimpan di tempat yang selamat.

    2.7.12 Mengumpul hasil akhir tugasan calon, menskor dan menyerahkan

    kepada KPProKhas untuk disimpan mengikut prosedur keselamatan.

    2.7.13 Memastikan calon melaksanakan penulisan tugasan pentaksiran dalam

    tempoh lapan minggu semasa PdP.

    2.8 GURU LANTIKAN GURU BESAR

    2.8.1 Melaksanakan tugasan dan fungsi personel pentadbiran seperti yangditetapkan oleh GB.

    2.9 GURU KELAS

    2.9.1 Memastikan kehadiran calon dan memaklumkan kepada PProKhas padasetiap kali pentaksiran dijalankan.

    2.10 ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA

    2.10.1 Memperbanyak instrumen pentaksiran dan Panduan Penskoran dengan

    arahan dan pengawasan GPKPKhas.

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    17/32

    17

    3.0

    PENSKORANSKRIP JAWAPANCALON

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    18/32

    18

    3.0 PENSKORAN SKRIP JAWAPAN CALON

    3.1 LEMBAGA PEPERIKSAAN

    3.1.1 Menyediakan panduan penskoran dan memuat naik ke portal LP:www.lp.moe.gov.my.

    3.1.2 Melantik KPK dan KPN untuk menjalankan moderasi penskoran skrip

    jawapan calon dan verifikasi skor bagi menjamin kesahan dan

    kebolehpercayaan skor.

    3.2.3 Melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Pemeriksaan dan Penskoran

    bersama KPK dan KPN.

    3.2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

    3.2.1 Memastikan sekolah memuat turun panduan penskoran dari portal LP:

    www.lp.moe.gov.my.

    3.2.2 Memastikan Mesyuarat Penyelarasan Pemeriksaan dan Penskoran

    Peringkat Daerah dan Sekolah diadakan.

    3.2.3 Memastikan Guru Besar mengadakan mesyuarat Jawatankuasa

    Verifikasi Skor (JVS) calon sebelum dihantar ke LP.

    3.3 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

    3.3.1 Memastikan sekolah memuat turun panduan penskoran dari portal LP:

    www.lp.moe.gov.my.

    3.3.2 Melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Pemeriksaan dan Penskoran

    peringkat daerah.

    3.3.3 Memastikan Personel Pentaksiran menjalankan moderasi penskoran

    skrip jawapan calon serta verifikasi skor calon sekolah bagi menjamin

    kesahan dan kebolehpercayaan skor.

    3.3.4 Memastikan Guru Besar mengadakan mesyuarat JVS calon sebelum

    dihantar ke LP.

    3.4 GURU BESAR/KETUA PENTAKSIR SEKOLAH

    3.4.1 Memastikan SuP memuat turun panduan penskoran dari portal LP:

    www.lp.moe.gov.my.

    3.4.2 Memastikan penskoran, moderasi penskoran dan verifikasi skor

    dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh LPmenggunakan borang PASR (rujuk panduan Penjaminan Kualiti PASR).

    http://www.lp.moe.gov.my/http://www.lp.moe.gov.my/http://www.lp.moe.gov.my/http://www.lp.moe.gov.my/http://www.lp.moe.gov.my/http://www.lp.moe.gov.my/http://www.lp.moe.gov.my/http://www.lp.moe.gov.my/
  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    19/32

    19

    3.4.3 Mempengerusikan mesyuarat JVS calon sebelum dihantar ke LP.

    3.4.4 Mengesahkan skor calon yang dihantar ke LP setelah diverifikasi.

    3.5 GURU PENOLONG KANAN/PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS (KPProKhas)

    3.5.1 Memastikan SuP memuat turun panduan penskoran dari portal LP:

    www.lp.moe.gov.my dan menyerahkan kepada KPProKhas.

    3.5.2 Memastikan Mesyuarat Penyelarasan Penskoran peringkat sekolah

    dilaksanakan.

    3.5.3 Memastikan penskoran, moderasi penskoran dan verifikasi skor

    dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh LP

    menggunakan borang PASR (rujuk panduan Penjaminan Kualiti PASR).

    3.5.4 Menerima panduan penskoran daripada KPS.

    3.5.5 Menyerahkan panduan penskoran kepada PProKhas yang akan

    menjalankan penskoran.

    3.5.6 Menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Penskoran peringkat daerah

    bersama PProKhas.

    3.5.7 Melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Penskoran peringkat sekolah.

    3.5.8 Melaksanakan moderasi penskoran skrip jawapan calon bagi

    memastikan PProKhas menskor skrip jawapan berpandukan panduanpenskoran dan bagi memastikan ketepatan dan ketekalan penskoran.

    3.5.9 Menganggotai dan menghadiri mesyuarat JVS calon bagi memastikan

    skor yang diberikan kepada calon adalah berdasarkan skrip jawapan

    calon dan menepati keupayaan sebenar calon.

    3.6 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

    3.6.1 Memuat turun panduan penskoran portal LP: www.lp.moe.gov.my

    mengikut jadual yang ditetapkan oleh LP.

    3.6.2 Menyerahkan panduan penskoran kepada KPProKhas.

    3.7 PENTAKSIR PROKHAS

    3.7.1 Menerima panduan panduan penskoran daripada KPProKhas.

    3.7.2 Menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Penskoran peringkat daerah/

    sekolah.

    3.7.3 Melaksanakan penskoran berpandukan panduan penskoran di tempat

    yang tertutup dan selamat.

    http://www.lp.moe.gov.my/http://www.lp.moe.gov.my/http://www.lp.moe.gov.my/http://www.lp.moe.gov.my/
  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    20/32

    20

    3.7.4 Menghadiri mesyuarat JVS calon bagi memastikan skor yang diberikan

    kepada calon adalah berdasarkan skrip jawapan calon dan menepati

    keupayaan sebenar calon.

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    21/32

    21

    4.0

    PENGHANTARAN SKOR

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    22/32

    22

    4.0 PENGHANTARAN SKOR

    4.1 LEMBAGA PEPERIKSAAN

    4.1.1 Menyediakan LPSC dalam format .xls (excel).

    4.2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

    4.2.1 Memastikan sekolah merekod skor calon dalam LPSC dan menghantar

    lembaran tersebut kepada LP melalui emel: [email protected]

    mengikut tarikh yang ditetapkan dalam Jadual Kerja PASR.

    4.3 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

    4.3.1 Memastikan sekolah merekod skor dalam LPSC mengikut mengikut

    tarikh yang ditetapkan dalam Jadual Kerja PASR.

    4.3.2 Memastikan sekolah membuat hardcopy LPSC dan GB menurunkan

    tandatangan pengesahan.

    4.3.3 Memastikan sekolah menghantar LPSC kepada LP melalui emel:

    [email protected]

    4.4 GURU BESAR

    4.4.1 Memastikan PProKhas merekod skor calon dalam LPSC mengikut

    tarikh yang ditetapkan dalam Jadual Kerja PASR.

    4.4.2 Mengesahkan dan menandatangani hardcopy LPSC dan menyimpan

    salinan tersebut sebagai rekod sekolah.

    4.4.3 Memastikan SuP menghantar LPSC kepada LP mengikut Jadual Kerja

    PASR melalui emel: [email protected]

    4.5 KETUA PENTAKSIR PROKHAS

    4.5.1 Menerima dan menyemak balas skor calon dalam LPSC dengan skrip

    jawapan calon.

    4.5.2 Mengesahkan semakan LPSC.

    4.5.3 Memastikan SuP menghantar LPSC untuk pengesahan dan

    tandatangan GB mengikut Jadual Kerja PASR sebelum dihantar

    kepada LP.

    4.6 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

    4.6.1 Menerima LPSC daripada PProKhas.

    4.6.2 Mencetak LPSC dan menyerahkannya kepada KPProKhas untuksemak balas skor calon.

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    23/32

    23

    4.6.3 Menerima semula LPSC yang telah disahkan oleh Guru Besar.

    4.6.4 Menghantar LPSC yang muktamad ke LP melalui emel:

    [email protected] mengikut Jadual Kerja PASR.

    4.7 PENTAKSIR PROKHAS4.7.1 Merekodkan skor calon berdasarkan skrip jawapan calon dalam LPSC

    mengikut Jadual Kerja PASR.

    mailto:[email protected]:[email protected]
  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    24/32

    24

    5.0

    PENTADBIRAN KES SALAH LAKU

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    25/32

    25

    5.0 KES SALAH LAKU

    5.1 LEMBAGA PEPERIKSAAN

    5.1.1 Menerima Laporan Kes Salah Laku dari JPN.

    5.1.2 LP bertanggungjawab mengarahkan siasatan dijalankan ke atas

    laporan yang diberikan.

    5.2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

    5.2.1 Menerima Laporan Kes Salah Laku daripada pihak sekolah, KPN danKPK.

    5.2.2 JPN akan mengarahkan KPK/KPN untuk membuat moderasi ketigabagi memastikan laporan sekolah benar.

    5.2.3 JPN akan membuat siasatan setelah menerima surat arahanmenjalankan siasatan oleh LP.

    5.2.4 JPN akan mengambil skrip calon sekiranya didapati ada berlakunyakes salah laku berdasarkan arahan surat dari LP.

    5.3 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

    5.3.1 PPD menerima maklumat berkaitan kes yang berlaku di daerahnya

    melalui JPN.

    5.4 GURU BESAR

    5.4.1 Mempengerusikan Jawatankuasa Integriti sekiranya terdapat kes

    salah laku.

    5.4.2 Membincang dan membuat siasatan di peringkat sekolah jika terdapat

    kes salah laku.

    5.4.3 Menghantar laporan salah laku kepada JPN/ PPD.

    5.4.4 Mengambil langkah awal untuk memastikan salah laku tidak berlaku.

    5.4.5 Guru Besar menyerahkan skrip jawapan calon yang didapati

    berlakunya kes salah laku kepada JPN mengikut arahan LP.

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    26/32

    26

    GLOSARI

    GB - Guru Besar

    GPKPKhas - Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras Pendidikan Khas

    JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

    JVS - Jawatankuasa Verifikasi Skor

    KPK - Ketua Pentaksir Kebangsaan

    KPN - Ketua Pentaksir Negeri

    KPS - Ketua Pentaksir Sekolah

    KPProKhas - Ketua Pentaksir ProKhas

    KSSR PK - Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas

    LP - Lembaga Peperiksaan

    LPSC - Lembaran Perekodan Skor Calon

    MBK - Murid Berkeperluan Khas

    OKU - Orang Kurang Upaya

    PASR - Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah

    PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    PdP - Pengajaran dan Pembelajaran

    PKw - Pentaksir Kawasan

    PP - Pentaksiran Pusat

    PPD - Pejabat Pendidikan Daerah

    PPKI - Program Pendidikan Khas Integrasi

    PProKhas - Pentaksir ProKhas

    PS - Pentaksiran Sekolah

    SJC - Skrip Jawapan Calon

    SuP - Setiausaha Peperiksaan

    UPP - Unit Penilaian dan Peperiksaan

    UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    27/32

    27

    LAMPIRAN 1

    CONTOH SURAT MAKLUMAN PELAKSANAAN AKTIVITI PASR KEPADA

    IBU BAPA/PENJAGA

    Nombor Rujukan dan Tarikh

    Kepada Ibu Bapa/Penjaga

    Calon Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR)

    Tuan/Puan,

    PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR) TAHUN 2016

    Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

    2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan melaksanakan Pentaksiran Alternatif

    Sekolah Rendah (PASR) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam Program Pendidikan

    Khas Integrasi (PPKI) dan MBK yang mengikuti pendidikan inklusif separa yang berada

    pada tahun akhir persekolahan rendah.

    3. PASR adalah komponen Pentaksiran Pusat di peringkat sekolah rendah yang terdiri

    daripada dua (2) instrumen iaitu ProKhas 1 dan ProKhas 2. Tempoh tugasan, mata

    pelajaran dan kaedah pelaksanaan PASR adalah seperti yang tertera di bawah.

    Bil Perkara ProKhas 1 ProKhas 2

    1. Tempoh

    Tugasan

    hh hh/bb/tt [8 minggu] hb hh/bb/tt [4 minggu]

    2. Mata

    Pelajaran

    Kemahiran Hidup Asas(Penternakan / Jahitan /Masakan / Perkebunan)

    Bahasa Melayu

    Matematik

    Bahasa Inggeris

    Pendidikan Sains, Sosialdan Alam Sekitar

    3. Kaedah

    Pelaksanaan

    Pentaksiran dijalankan sepanjang

    waktu Pengajaran dan

    Pembelajaran (PdP) secara

    individu/berkumpulan

    Pentaksiran dijalankan

    sepanjang waktu Pengajaran

    dan Pembelajaran (PdP) secara

    individu/berkumpulan

    4. Segala keprihatinan dan kerjasama yang diberikan oleh Tuan/Puan didahului dengan

    ucapan terima kasih.

    Sekian.

    SEHATI SEJIWA

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah,

    Tandatangan

    Nama dan Cap Rasmi

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    28/32

    28

    LAMPIRAN 2

    CONTOH SURAT PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR ProKhas

    Nombor Rujukan dan Tarikh

    [Nama ]

    Tuan/Puan,

    PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR) TAHUN 2016

    PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR ProKhas

    NAMA INSTRUMEN :

    Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

    2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah melantik tuan/puan sebagai Ketua Pentaksir

    ProKhas.

    3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

    3.1 menjalankan pentaksiran untuk instrumen ProKhas 1 dan ProKhas 2;

    3.2 melaksanakan penjaminan kualiti termasuk moderasi penskoran dan

    verifikasi skor;

    3.3 melaksanakan tugas pentaksiran dan aktiviti penjaminan kualiti dalam

    tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan;

    3.4 memaklumkan dengan segera kepada Guru Besar sekiranya tuan/puan

    tidak dapat menjalankan tugas ini.

    4. Pelantikan tuan/puan adalah sah untuk tahun semasa dan pihak sekolah boleh

    membatalkan pelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di

    atas.

    5. Pihak sekolah berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang

    diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.

    Sekian, terima kasih.

    SEHATI SEJIWA

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah,

    Tandatangan

    Nama dan Cap Rasmi

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    29/32

    29

    CONTOH SURAT PELANTIKAN PENTAKSIR ProKhas

    Nombor Rujukan dan Tarikh

    [Nama]

    Tuan/Puan,

    PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR) TAHUN 2016

    PELANTIKAN PENTAKSIR ProKhas 1 / PENTAKSIR ProKhas 2

    NAMA INSTRUMEN :

    Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

    2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah melantik tuan/puan sebagai Pentaksir

    ProKhas 1 / Pentaksir ProKhas 2.

    3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

    3.1 menjalankan pentaksiran untuk satu instrumen sahaja;

    3.2 melaksanakan penjaminan kualiti termasuk moderasi penskoran dan

    verifikasi skor;

    3.3 melaksanakan tugas pentaksiran dan aktiviti penjaminan kualiti dalam

    tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan;

    3.4 memaklumkan dengan segera kepada Guru Besar sekiranya tuan/puan

    tidak dapat menjalankan tugas ini.

    4. Pelantikan tuan/puan adalah sah untuk tahun semasa dan pihak sekolah boleh

    membatalkan pelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di

    atas.

    5. Pihak sekolah berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang

    diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.

    Sekian, terima kasih.

    SEHATI SEJIWA

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    Saya yang menurut perintah,

    Tandatangan

    Nama dan Cap Rasmi

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    30/32

    30

    LAMPIRAN 3

    CONTOH LEMBARAN PEREKODAN SKOR CALON (INSTRUMEN ProKhas 1)

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    31/32

    31

    CONTOH LEMBARAN PEREKODAN SKOR CALON (INSTRUMEN ProKhas 2)

  • 7/25/2019 Panduan Pentadbiran PASR

    32/32

    32

    LAMPIRAN 4

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    LEMBAGA PEPERIKSAAN

    REKOD PENYERAHAN DAN PENERIMAN SKRIP JAWAPAN CALON/EVIDENS PASR

    NAMA PUSAT

    KOD PUSAT

    INSTRUMEN ProKhas 1 / ProKhas 2

    BIL ANGKA GILIRAN CALON NO KAD PENGENALAN CALONSKRIP JAWAPAN CALON

    ADA TIADA

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

    9

    10

    11

    12

    13

    14

    15

    Nama, Tandatangan dan Cap Guru Besar

    Tarikh:

    Nama, Tandatangan dan Cap Pegawai LP/JPN

    Tarikh: