Upload
isham-ibrahim
View
59
Download
6
Embed Size (px)
DESCRIPTION
document
Citation preview
K
KANDUNGAN:
Pembelajaran Abad Ke-21: Amalan Dan Pelaksanaan
Di Sekolah
Cabaran Pembelajaran Abad Ke-21
Contoh Susun Atur Kelas Abad Ke-2
Pembelajaran Abad Ke-21:
Amalan Dan Pelaksanaan Di Sekolah
Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi
abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahan-
bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan
yang mampu memenuhi harapan dan keperluan
pendidikan masa kini dan masa depan. Rata-rata pakar
pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan
pembelajaran perlu berubah sesuai dengan
perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet
yang semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional
seperti “chalk and talk” semata-mata kurang berhasil
menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang
lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran
yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa.
Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia
pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk
tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan.
Malah perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring
perkembangan zaman atau selangkah kehadapan. Guru-
guru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat pula
mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan agar
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan
memenuhi keperluan murid.
Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia
melakukan perubahan dalam pengajaran dan
pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan
inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada
tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh
negara mulai tahun 2015. Justeru ANJAKAN keluaran
kali ini akan membincangkan pembelajaran abad ke-21
serta berkongsi maklumat beberapa model susun atur
kelas abad ke-21 sejajar dengan usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi
pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.
Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan Kementerian
Pendidikan Malaysia mulai tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21:
Ciri-ciri pembelajaran abad ke-21
Elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21:
Sumber: Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)
Anjakan Bilangan 4/2015
Cabaran Pendidikan Abad Ke-21 Ciri-ciri murid yang diharapkan hasil
Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan
pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik darjah atau ruang
pembelajaran yang lebih dinamik. Namun cabaran utama adalah
bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan
teknologi serta maklumat bagi melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan
perkembangan semasa. Untuk mendepani cabaran ini, guru
secara berterusan perlu mengemaskini pengetahuan
(kandungan kurikulum) dan kompetensi (pedagogi PdP) supaya
kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang.
Masa Lampau PEMBELAJARAN Abad ke-21
pembelajaran abad ke-21
Berupaya membuat hubung kait
Bijak menyoal
Yakin berkomunikasi
Dahagakan ilmu
Mengambil risiko
Ingin tahu
Menjana idea
Fleksibel
Tidak berputus asa
Mendengar dan membuat refleksi
Berkemahiran kritis
Menguasai kemahiran literasi
Berani mencuba
Mampu berfikir sendiri
Berinisiatif
Mampu berkerja dengan orang
Membuat perubahan
Berintegriti
Berkeperibadian tinggi
Anjakan Bilangan 4/2015
Perkongsian
MaklumatContoh Susun Atur Kelas Abad ke-21
Susunan meja membolehkan murid berinteraksi dan
melaksanakan kolaborasi bagi meningkatkan kemahiran berfikir walaupun jumlah murid yang ramai
Persekitaran fizikal bilik darjah yang
kondusif sangat penting kerana akanmenggalakkan pembelajaran yangberkesan.
Suasana fizikal bilik darjah mungkinmerupakan ‘kawan ‘ atau ‘musuh’ dalam
pembelajaran (Marland 1975)
RuangUntukAktiviti
Sumber: www.cikguhailmi.com
Guru berperanan sebagai fasilitator di dalam bilik darjah
Anjakan Bilangan 4/2015