View
178
Download
11
Embed Size (px)
DESCRIPTION
pedagogi,tvet,big,bina,insan,guru,cikgu
Citation preview
PEDAGOGI DALAM PTV
MBE 1032
TOPIK 1 :GURU
Oleh: Prof. Madya Hj. Sapon Ibrahim
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL
Kami guru MalaysiaBerikrar dan berjanjiMendidik dan memimpinPutera puteri negara kitaPada Seri PadukaKami tumpahkan setiaRukun Negara kitaPanduan hidup kami semuaDi bidang pembangunanKami tetap bersamaMembantu, membinaNegara yang tercintaAmanah yang diberiKami tak persiakanApa yang kami janjiTunai tetapkan kami tunaikan
Lagu dan lirik oleh Hashim Ahmad
GURU MALAYSIA
1.1 SIAPA GURU?
Dialah pemberi paling setiaTiap akar ilmu miliknyaPelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.Dialah ibu dialah bapa juga sahabatAlur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umatSeribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Guru Oh Guru (1979,Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang )
Guru Oh Guru (1979,Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang )
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu KotaDi bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;Semakin terpencil duduknya di ceruk desaSemakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, gurukuBudi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat.
GURU Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (Edisi Tiga) orang yg mengajar, pendidik, pengajar,
pengasuh
Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998) cikgu, pensyarah, profesor, pengajar, pendidik, pembimbing, penceramah, pengasuh, pemandu, instruktur, jurulatih, pemimpin, ustaz, ustazah, ulama, kiai, mualim.
GURU Sumber lain (www.wikipedia.org) dari bahasa Sanskrit ;pengajar, pendidik dan
pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tuisyen (kelas bimbingan).
Ringkasnya… Guru Orang yg mengajar, pendidik, pengajar,
pengasuh
CikguGuru, panggilan pada guru
Pengajar Orang yg mengajar (berkemahiran;jurutera
pengajar dsb)
GURU SEBAGAI PENGAMAL ILMUPenyelidik di Institusi Pengajian - Bukan sekadarpenyampai ilmu tetapi turut mengamal ilmu tersebut.
BUDAYA ILMU
MEMBACA BERFIKIR
BELAJARBERKARYA
BERMUSYAWARAH REFLEKSI
GURU SEBAGAI AGEN SOSIOLISASI
1. Pendidikan diinstitusi perlu mementingkan nilai kemasyarakatan
2. Guru berperanan menanamkan sikap, nilai, dan sahsiah yang sempurna bagi pelajar memenuhi kehendak dan peraturan masyarakat.
SkilPengetahuan
Kualiti Peribadi
GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN(1) Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada
seorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat.
(2) Institusi pendidikan dan guru perlu bersifat dinamik
- Institusi Pendidikan Dinamik-Bersifat reformatif, sentiasa berubah, berkembang dan bergerak maju.
- Guru Dinamik- Bersifat responsif dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan dari semasa ke semasa
Sumber: Utusan Malaysia
PENGAJARMenyampaikan ilmu,
merancang unit pengajaran, memotivasi dan menilai murid
PEMBIMBING Menolong individu memahami diri sendiri dan
orang lain.
PENTADBIRMengurus kelas bagi kemudahan proses
pengajaran dan pembelajaran
PERANCANGMenumpukan kepada rancangan pengajaran
Perkembangan Peranan Guru
FASILITATOR
• Memotivasikan pelajar• Membimbing pelajar• Memberi peneguhan dan
ganjaran• Memastikan disiplin
terkawal
INOVATOR •Melengkapkan ilmu dan selalu membaca dapatan dan penemuan terbaru.
MODELMerupakan model dan
contoh kepada masyarakat
Perkembangan Peranan Guru
PENILAIMembuat penilaian
berterusan terhadap pelajar samaada dari segi akademik
dan bukan akademik
PENGHUBUNGMembina perhubungan baik
dengan masyarakat dan komuniti
PENGELOLAMengelola kelas, arahan masa
mengajar, aktiviti ko-kurikulum dan peraturan kelas
Perkembangan Peranan Guru
1.3 SAHSIAH GURU(Sumber: Pendidikan Di Malaysia Semester v, Ee Ah Meng,1998)
Guru Sebagai Seorang yang Profesional
Sifat dan Kualiti Peribadi
Sifat dan Kualiti Profesional
Sifat dan Kualiti Sosial
SAHSIAH GURU(Sumber: Pendidikan Di Malaysia Semester v, Ee Ah Meng,1998)
Sifat dan Kualiti Peribadi
Dedikasi Keutuhan
Tolenrasi
Adil
Jenaka
Tegas
Fleksibel
Ramah
SAHSIAH GURU(Sumber: Pendidikan Di Malaysia Semester v, Ee Ah Meng,1998)
Sifat dan Kualiti Profesional
Sikap Positif Terhadap Pelajaran
Kepekaan
Dedikasi
Kesedaran keperluan
kebangsaan
Inovatif
SAHSIAH GURU(Sumber: Pendidikan Di Malaysia Semester v, Ee Ah Meng,1998)
Sifat dan Kualiti Sosial
Moral
Kesedaran Alam Sekitar
Tolenrasi
Adaptasi
1.4 Etika Profesionalisme Perguruan
Definisi
Dewan Bahasa & Pustaka,1995 : Etika - satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan
Kamus Dewan :Etika - sebagai prinsip moral atau set prinsip moral. Ia melibatkan perkara yang boleh mempunyai nilai yang baik atau buruk dan perkara yang betul atau salah dan ahli masyarakat mengkategorikan sebagai bermoral dan tidak bermoral. Etika - membawa maksud tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
Perspektif Islam:Etika - sifat ketakwaan kepada Allah S.W.T. Islam menggariskan supaya manusia bertingkah laku dengan berasaskan kebenaran iaitu bersih daripada kekotoran.
Dewan Bahasa & Pustaka,1995 : Etika - satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan
Kamus Dewan :Etika - sebagai prinsip moral atau set prinsip moral. Ia melibatkan perkara yang boleh mempunyai nilai yang baik atau buruk dan perkara yang betul atau salah dan ahli masyarakat mengkategorikan sebagai bermoral dan tidak bermoral. Etika - membawa maksud tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
Perspektif Islam:Etika - sifat ketakwaan kepada Allah S.W.T. Islam menggariskan supaya manusia bertingkah laku dengan berasaskan kebenaran iaitu bersih daripada kekotoran.
Dewan Bahasa & Pustaka,1995 : Profesionalisme – Sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara perlaksanaan sesuatu dll) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional
Sufean Hussein (1996) profesionalisme - suatu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Nilai ini perlu wujud dalam diri seseorang yang matlamat pekerjaannya untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan bertanggungjawab. Ini bermaksud, seseorang yang terlibat dalam sesuatu profession perlu menghayati matlamat dan kehendak profesion yang diceburinya.
Dewan Bahasa & Pustaka,1995 : Profesionalisme – Sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara perlaksanaan sesuatu dll) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional
Sufean Hussein (1996) profesionalisme - suatu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Nilai ini perlu wujud dalam diri seseorang yang matlamat pekerjaannya untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan bertanggungjawab. Ini bermaksud, seseorang yang terlibat dalam sesuatu profession perlu menghayati matlamat dan kehendak profesion yang diceburinya.
samb..
Etika Profesion Perguruan(SUMBER: Pendidikan Di Malaysia Semester v, Ee Ah Meng,1998)
Dalam bentuk ikrar;
Tanggungjawab Terhadap Pelajar
Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa.
Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan
Tanggungjawab Terhadap Pelajar1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan
pelajar daripada hal-hal lain.2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa
mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap
anak-anak mereka.2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama
yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu
bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan
Profesion Keguruan 1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau
ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang beru dalam profesion keguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.
6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
Kepentingan Etika Perguruan
Kod etika menyediakan garis panduan tingkahlaku dalam profesion perguruan.
Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan.
Kandungan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.
Kod etika dalam bentuk dokumen: usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Satu daripada petanda cemerlangnya sesuatu profesion itu ialah sejauh mana kod etikanya dapat dipertahankan dan dikuatkuasakan.
Masyarakat umum dapat melihat dan menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat disamping menyedari tanggungjawab sendiri dalam membantu guru mencapai matlamat pendidikan dan negara.
Etika kerja (INTAN,1991):Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam melaksanakan tugas serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi.
Keguruan adalah Profesion kerana;
Utamakan khidmat dari kepentingan diri sendiri Berpengetahuan dan kemahiran pengajaran Latihan di institusi pengajian Menjadi ahli badan profesional seperti NUTP dan
KGMMB Kod etika profesion perguruan
Cara Tingkatkan Profesionalisme Keguruan
Kursus Dalam Perkhidmatan
Kursus Dalaman
Penyelidikan dan Penulisan
Pendidikan Arah Kendiri
Peka Terhadap Perkembangan Terkini
Profesion Perguruan
Kod Etika PerguruanKod Etika Perguruan
Autonomi dalam pengajaran
Autonomi dalam pengajaran
Pedagogi dan Psikologi
Pedagogi dan Psikologi
Suruhanjaya Perkhidmatan AwamSuruhanjaya Perkhidmatan Awam
Utamakan perkhidmatan
Utamakan perkhidmatan
Latihan dan pendidikan guruLatihan dan pendidikan guru
Ciri-Ciri Profesionalisme
Siapakah Masyarakat? Mengikut Kamus Dewan:-
Masyarakat terdiri daripada sekumpulan manusia yang hidup bersama dalam sesuatu tempat mengikut peraturan-peraturan dan cara-cara tertentu
Masyarakat merupakan sebuah kelompok sosial yang bilangan ahlinya kecil atau besar dalam satu kawasan tertentu dan hidup bersama untuk kepentingan bersama. Kelompok ini mempunyai pemimpin-pemimpin, peraturan-peraturan dan norma-norma tertentu untuk mewujudkan keadaan yang harmoni.
Guru dan Masyarakat Dari Kaca mata Islam
amanah Allah Subhanahu Wata'ala dan pekerjaan mulia yang memberikan tunjuk ajar, kepandaian dan pendidikan kepada anak-anak didiknya untuk kepentingan duniawi dan ukhrawi
penghormatan yang amat tinggi kepada ahli-ahli ilmu. Mereka berperanan bukan sahaja untuk memberi
kesedaran pada diri sendiri malah juga untuk kepentingan masyarakat.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Faathir ayat 28, tafsirnya: "Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu."
Guru dan Masyarakat Dari Kaca mata Islam
Dalam sebuah hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya: "Sesiapa yang mengasaskan jalan yang baik dalam Islam, maka orang selepasnya mengamalkannya,
akan dicatatkan baginya pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutnya dengan tidak
dikurangkan sedikit pun pahalanya. Dan barang siapa mengasaskan jalan yang tidak baik dalam
Islam, maka orang selepasnya mengamalkannya, akan dicatatkan baginya dosa sebagaimana dosa
orang yang melakukannya dengan tidak dikurangkan sedikit pun dosanya."
(Hadis Riwayat Imam Muslim).
Guru dan Masyarakat Dari Kaca mata Islam
Ustaz Hj Ismail Bin Mustari (UTM) pada Seminar Penghayatan,Keperibadian Dan
Kepimpinan Islam,13 Jan 2007 di DTII KUiTTHO menyatakan
“Pendidik adalah Pendakwah”
Guru dan Masyarakat Dari Kaca mata Islam
Dakwah Masyarakat; Menunjukkan watak
Muslim yang sebenar Berpegang kepada
syariat Islam Membawa masyarakat
kepada jalan yang diredhai Allah
Nasib dan maruah orang Islam terletak pada pendidik
Ustaz Hj Ismail Bin Mustari (UTM)
“Pendidik adalah Pendakwah”
Guru sebagai Pakar Rujuk
Setiap guru memang mempunyai kekuatan-kekuatan dalam bidang
pengkhususannya. Oleh itu guru itu hendaklah sentiasa berusaha ke arah
peningkatan ilmu pengetahuan dalam kemahiran pengajaran.
Penggerak Masyarakat (Inovator)
Guru merupakan seseorang yang mendatangkan pelbagai pembaharuan
dalam sesebuah masyarakat . Sesebuah masyarakat yang maju daripada
masyarakat tradisional yang bergantung pada pertanian berubah kepada
masyarakat yang berasaskan perindustrian adalah disebabkan oleh
kemajuan sains dan teknologi. Tenaga rakyat yang berketrampilan dan
berilmu pengetahuan tinggi adalah merupakan usaha guru sebenarnya.
Peranan Guru di Kaca Mata Masyarakat
SOAL JAWAB