11
Panitia Mata Pelajaran Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata pelajaran itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah, panitia mata pelajaran ini perlu ditubuhkan. 2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak sekolah tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, perhubungan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi. 3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah dikehendaki menubuh atau memperkemaskan panitia mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran-pengajaran di sekolah dapat ditingkatkan 3.1 Latarbelakang Kebanyakan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu- ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak. Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama, menggembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan / atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekepan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru yang mengajar sesuatu

Pekeliling

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pekeliling

Panitia Mata Pelajaran

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran

Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata pelajaran itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah, panitia mata pelajaran ini perlu ditubuhkan.

2.    Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak sekolah tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, perhubungan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.

3.    Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah dikehendaki menubuh atau memperkemaskan panitia mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran-pengajaran di sekolah dapat ditingkatkan

      3.1 Latarbelakang             Kebanyakan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka             terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan             kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai             peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik             para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.

           Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru yang terlibat atau mengajar            sesuatu mata pelajaran yang sama, menggembelingkan tenaga mereka dan            menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan / atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik.            Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan            berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekepan dan            kekesanan mereka. Dengan demikian, guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran             berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka  dengan lebih             terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru             yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada             masalah-masalah  bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah             yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.

     3.2 Struktur dan Organisasi            3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh                     semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah.                     (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak                     perlu menubuh pelbagai panitia mata pelajaran.)

           3.2.3 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang                     dilantik  sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah

          3.2.3 Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara otomatis menjadi ahli                   Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran                   masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi penghubung                    di antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah.

Page 2: Pekeliling

          3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam                   perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah                   kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar                   atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama ada  untuk untuk mendapat                   penyelesaian atau untuk makluman

         3.2.5  Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan,                  ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru                   Besar atau Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang                    sedang dihadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli                    panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

   3.3  Tujuan Panitia Mata Pelajaran           Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk panitia mata           pelajaran:

          3.3.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran dan                   pembelajaran

         3.3.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang                   inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar                   terhadap pembelajaran

         3.3.3 Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan                  awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada                  prestasi / target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.

          3.3.4 Mewujudkan semangat kerjasama di antara mata pelajaran dengan persatuan                   kelab akademik

  3.4  Peranan Panitia          Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar           dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas.

          3.4.1  Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan                     ahli-ahli panitia;

          3.4.2  Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun                     persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam                     sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan;

           3.4.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk                     digunakan oleh pelajar berdasarkan kesesuaian buku itu dari segi kehendak                     sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka.

           3.4.4 Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang                     sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru untuk                     dibekalkan di pusat  sumber sekolah;

          3.4.5  Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah ) yang                   disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu, menubuhkan bank                     soalan;

          3.4.6  Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap 

Page 3: Pekeliling

                    peperiksaan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan                    mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran                    dan pembelajaran;

          3.4.7  Mengadakan mesyauarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali                     sepenggal dan  mengadakan perjumpaan secara 'ad-hoc' bila dan jika perlu;

         3.4.8  Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara froamal                     atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau                     isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah                     mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut;

         3.4.9  Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah                     mengikuti kursus  atau seminar dengan ahli-ahli lain;

          3.4.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan                     menjalin hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat                     pengajaran dan pembelajaran;

         3.4.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan                     panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan;

         3.4.12 Bekerjsama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah                     memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu;

         3.4.13 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit                     mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;

         3.4.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat  dan rekod-rekod yang berkenaan.

    

Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran

Tugas dan fungsi Pengetua/Guru Besar sebagai pemimpin profesionalisme, pengurus dan pentadbir hari ini adalah berbagai-bagai. Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolahnya, tanggungjawab utama seorang Pengetua/Guru Besar ialah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran-pembelajaran oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan rapi dan sistematis dari pihak Pengetua/Guru Besar sekolah itu. Ini termasuklah penyeliaan pengajaran-pembelajaran terhadap guru di dalam kelas yang sepatutnya menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dan tanggungjawab Pengetua/Guru Besar. Oleh itu dan dengan tujuan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran di sekolah, Pengetua/Guru Besar hendaklah diperingatkan bahawa penyeliaan pengajaran

Page 4: Pekeliling

dan pembelajaran di dalam kelas adalah merupakan tugas yang amat penting

2.  Berikut adalah syor garis panduan bagi melaksanakan tugas penyeliaan di dalam kelas:      2.1 Rasional

        2.1.1 Pelaksanaan kurikulum adalah unsur TERAS fungsi institusi persekolahan. Dengan                 itu perhatian yang lebih hendaklah diberikan kepada penyeliaan                 pengajaran-pembelajaran.

        2.1.2 Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolah, Pengetua/Guru Besar adalah                 pelaksana utama kurikulum di sekolahnya. Oleh itu tugas penyeliaan                 pengajaran-pembelajaran adalah merupakan tugas terpenting yang perlu                 dititikberatkan

        2.1.3 Penyeliaan adalah satu aspek terpenting dalam pentadbiran, pengurusan dan                 kepimpinan pendidikan. Oleh itu penyeliaan tidak boleh dipisahkan dari peranan                 Pengetua/Guru Besar sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin profesionalisme                 di sekolahnya.

    2.2 Tujuan         2.2.1 Mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru besar dan guru-guru dalam                 melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses pengajaran-pembelajaran sejajar                 dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara

        2.2.2 Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan sumber maklumat                 kepada Pengetua/Guru besar untuk memperbaiki proses pengajaran-pembelajaran                 di sekolahnya. Sumber maklumat ini juga boleh digunakan oleh Pengetua/Guru                 besar sebagai asas untuk menilai seseorang guru bagi tujuan tertentu.

        2.2.3 Memupuk, memelihara dan memperkukuhkan hubungan profesionalisme dan                 Interaksi yang positif antara Pengetua/Guru Besar dengan guru, guru dengan guru                 dan antara guru dan murid.

        2.2.4 Membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan                 membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif.

  

  2.3. Bidang

        2.3.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada 2(dua)                 bidang:                 a.  bidang organisasi                 b.  bidang pengajaran dan pembelajaran

               Bidang Organisasi                     Di antara ciri-ciri organisasi yang perlu diberi perhatian ialah :                             Iklim kelas                             Organisasi kelas                             Kawalan murid                             Komunikasi                             Motivasi                             Sikap murid                             Kebersihan dan perhiasan                             Penyeliaan gerakerja                             Penilaian prestasi                             Profil murid 

Page 5: Pekeliling

                            Panitia pelajaran                     Kesemua ciri ini adalah merupakan petunjuk yang boleh membantu                     keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

               Bidang Pengajaran dan Pembelajaran                     Di antara ciri-ciri yang perlu diperhatikan ialah:                             Rancangan pengajaran                             Objektif                             Isi kandungan                             Persediaan alat/bahan pengajaran dan penggunaannya                             Penyampaian isi pelajaran                             Teknik bersoaljawab                             Interaksi guru murid                             Penggunaan masa  

    2.4  Prinsip Perlaksanaan            2.4.1  Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan oleh                     Pengetua/Guru Besar ke atas semua guru

            2.4.2 Rekod penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dicatit dengan                     ringkas dan tepat

            2.4.3 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah dirancang dengan seimbang                     dari segi masa, mata pelajaran, tingkatan/tahun dan guru

            2.4.4 Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan Penolong Kanan dan                     Penyelia Petang. Walau bagaimanapun tanggung jawab sepenuhnya terletak di                     tangan Pengetua/Guru Besar

            2.4.5 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan secara                     sistematis dan berlandaskan hubungan profesionalisme dengan guru-guru dan                     bukan untuk mencari kesalahan. Dalam usaha mempertingkatkan prestasi                     pengajaran-pembelajaran di kelas, Pengetua/Guru Besar perlu mendapat                     maklumat yang tertentu. Maklumat-maklumat itu dapat digunakan oleh                     Pengetua/Guru Besar sebagai asas perbincangan dengan guru-guru.

Surat Pekeliling ini adalah untuk mengingatkan kembali mengenai mustahaknya tugas-tugas penyeliaan pengajaran-pembelajaran sebagai salah satu tugas dan tanggungjawab.

Penyediaan Rancangan Harian

1. Rancangan harian hendaklah disediakan sehari sebelum digunakan2. Rancangan harian hendaklah disediakan berdasarkan rancangan tahunan.

Rancangan tahunan yang dipilih untuk diajarkan pada minggu tertentu hendaklah mencapai 'hasil pembelajaran yang dihasratkan' bagi minggu tersebut.

3. Rancangan harian yang disediakan hendaklah mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan. Ini dilaksanakan melalui perancangan aktiviti pembelajaran yang menarik, sesuai dan berkesan.

Page 6: Pekeliling

4. Penyediaan rancangan harian hendaklah ringkas, tepat, jelas dan padat5. Rancangan harian hendaklah mengandungi butiran seperti yang berikut:

Tarikh

Hari

Mata pelajaran

Tahun/tingkatan

Masa

Tajuk/bidang pembelajaran

Aktiviti pembelajaran

Format Rancangan Harian

(Satu muka surat boleh dibahagi dua, jika ruang tidak mencukupi

Tarikh:

Hari:

Tarikh:

Hari:

Mata pelajaran:

Tahun/Tingkatan:

Masa:

Tajuk/Bidang pembelajaran:

Aktiviti Pembelajaran:

Mata pelajaran:

Tahun/Tingkatan:

Masa:

Tajuk/Bidang pembelajaran:

Aktiviti Pembelajaran:

  

Penyediaan Rancangan Tahunan

1. Rancangan tahunan merupakan perancangan pengajaran bagi setahun. Rancangan tahunan hendaklah disediakan pada awal sesi persekolahan

2. Rancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran hendaklah disediakan berpandukan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, kesesuaian tahap kebolehan murid/pelajar dan keadaan semasa

3. Rancangan tahunan hendaklah disediakan mengikut bilangan minggu yang diperlukan untuk menghabiskan sesuatu tajuk. Rancangan tahunan ini juga hendaklah mengambil kira bilangan minggu persekolahan pada setiap tahun

4. Rancangan tahunan boleh dicetak atau difotostat dengan jelas dan terang (tidak dicetak berulang-ulang)

Page 7: Pekeliling

5. Sekiranya rancangan tahunan ini ditulis, hanya pen berdakwat biru atau hitam sahaja dibenarkan

6. Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua atau wakilnya sebelum digunakan. Jika disediakan dalam bentuk media elektronik (komputer), salinannya hendaklah disahkan oleh guru besar atau pengetua atau wakilnya.

7. Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur-lajur yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:

Tajuk/bidang pembelajaran

Objektif/kemahiran

Hasil pembelajaran yang dihasratkan

Bilangan minggu

Dan catatan

Format Rancangan Tahunan

Mata Pelajaran:

Minggu Tajuk/Bidang Pembelajaran Objektif/Kemahiran Hasil Pembelajaran Yang Dihasratkan

Catatan

    

 

     

Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran  

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256:" Buku Rekod Mengajar Guru" bertarikh 1 Julai 1963.

2.    Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapat amalan di mana maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru diadakan.

3.    Dengan surat Pekeliling Ikhtisas ini, berkuatkuasa pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod

Page 8: Pekeliling

Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir.

(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.  

4.    Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabial dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.