Upload
vuongliem
View
245
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
PEKELILING PENDAFTAR
Bilangan 05/2011
KepadaDekan Fakulti/Pengarah Kampus/Ketua Jabatan/Ketua Pusat/Ketua UnitUniversiti Teknologi MARA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan
TAWARAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH BAGI STAF PENTADBIRAN UiTM(KUMPULAN SOKONGAN GRED 17 HINGGA GRED 40)
Staf pentadbiran Universiti Teknologi MARA yang berjawatan Kumpulan Sokongan Gred 17hingga Gred 40 yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan adalah dipelawauntuk memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh Bagi Staf Pentadbiran UiTM tahun 2011 bagimelanjutkan pelajaran di peringkat Diploma (Kumpulan Sokongan Gred 17 hingga Gred 26) danIjazah Sarjana Muda (Kumpulan Sokongan Gred 27 hingga Gred 40).
1.0 Syarat-Syarat Permohonan
1.1 Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa(Kumpulan Sokongan Gred 17 hingga Gred 26)
Peringkat Diploma
Syarat Kelayakan:
Warganegara Malaysia;Berjawatan tetap;
Telah disahkan dalam perkhidmatan semasa memohon;Telah memenuhi genap tiga (3) tahun perkhidmatan dengan UniversitiTeknologi MARA;Berumur tidak melebihi 45 tahun semasa memohon;Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib;Penilaian Prestasi Tahunan adalah minimum 90% bagi tempoh tiga (3)tahun terkini berturut-turut: danPenerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
1 2 Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa(Kumpulan Sokongan Gred 27 hingga Gred 40)
Peringkat ljazah Sarjana Muda
Syarat Kelayakan:
Warganegara Malaysia:Berjawatan tetap;Telah disahkan dalam perkhidmatan semasa memohon;Telah memenuhi genap tiga (3) tahun perkhidmatan dengan UniversitiTeknologi MARA;Berumur tidak melebihi 45 tahun semasa memohon;Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib;Penilaian Prestasi Tahunan adalah minimum 90% bagi tempoh tiga (3)tahun terkini berturut-turut:Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang; dan
i. Mempunyai kelayakan Diploma yang berkaitan (ditetapkan olehUniversiti) dengan CGPA 3.00 dan ke atas atau setaraf dengannya.
1.3 Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa(Yuran Pengajian Ditanggung UiTM)(Kumpulan Sokongan Gred 17 hingga Gred 26)
Peringkat Diploma
Syarat Kelayakan:
Warganegara Malaysia;Berjawatan tetap;Telah disahkan dalam perkhidmatan semasa memohon;Telah memenuhi genap tiga (3) tahun perkhidmatan dengan UniversitiTeknologi MARA;Berumur tidak melebihi 45 tahun semasa memohon;Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib;Penilaian Prestasi Tahunan adalah minimum 85% bagi tempoh tiga (3)tahun terkini berturut-turut; danPenerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
1.4 Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa(Yuran Pengajian Ditanggung UiTM)(Kumpulan Sokongan Gred 27 hingga Gred 40)
Peringkat Ijazah Sarjana Muda
Syarat Kelayakan:
Warganegara Malaysia;Berjawatan tetap;Telah disahkan dalam perkhidmatan semasa memohon;Telah memenuhi genap tiga (3) tahun perkhidmatan dengan UniversitiTeknologi MARA;Berumur tidak melebihi 45 tahun semasa memohon;Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib;Penilaian Prestasi Tahunan adalah minimum 85% bagi tempoh tiga (3)tahun terkini berturut-turut;Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang; dan
i. Mempunyai kelayakan Diploma yang berkaitan (ditetapkan olehUniversiti) dengan CGPA 3.00 dan ke atas atau setaraf dengannya.
1.5 Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian Cuti Belajar Bergaji penuh adalah di antara dua (2) hinggatiga (3) tahun dengan tempoh maksima ialah tiga (3) tahun sahaja dan ianyatertakluk kepada keputusan Universiti.
1.6 Tempat Pengajian
Tempat pengajian Cuti Belajar Bergaji Penuh adalah di Universiti TeknologiMARA sahaja.
1.7 Bidang Pengajian
Bidang pengajian Cuti Belajar Bergaji Penuh adalah tertakluk kepada keputusanUniversiti.
2.0 Pemilihan
Semua staf yang dicalonkan akan melalui sesi temuduga yang akan diuruskan olehpihak Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPbSM), Pejabat Pendaftar. KeputusanJawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staf (Induk) Universiti Teknologi MARAadalah muktamad.
3.0 Tatacara Permohonan
Calon-calon perlu membuat permohonan secara atas talian (online) mulai 10.02.2011melalui portal i-staff e-Biasiswa Sokongan di laman web rasmi UiTMwww.uitm.edu.my .
Permohonan yang tidak melalui e-Biasiswa Sokongan TIDAK AKAN DIPROSES.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 25.02.2011.
4.0 Pertanyaan
Semua pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini hendaklah dirujuk kepada:
Jabatan Pembangunan Sumber ManusiaPejabat PendaftarUniversiti Teknologi MARA40450 Shah AlamSELANGOR
Cik Rohanah A. KadirTimbalan Pendaftar (Biasiswa)Telefon: 03-55443098
Cik Nor Azlina IsmailPenolong Pendaftar (Biasiswa)Telefon: 03-55443105
Faks: 03-55443102
Sukacita sekiranya perkara ini dapat disampaikan ke pengetahuan semua staf pentadbiran dibawah selian YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./tuan/puan.
Sekian. terima kasih.
Yang benar
DR. HAJAH ZAHRAH MOKHTARPendaftar
Bil. Fail : 100-BPD(BPS/PT.6/3)Tarikh 8 Februari 2011