26
PENGENALAN Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah, 2:121 t⎦⎪Ï%© !$# ãΝßγ≈oΨ÷ s?#u|=tGÅ3ø9$# çμtΡθè=÷Gt ƒ ¨,ym ÿÏμÏ?uρŸ ξÏ? y7Íׯs9'ρé & tβθãΖÏΒ÷ σムÏμÎ/ 3 tΒu ρ öàõ 3tƒ ÏμÎ/ y7Íׯs9'ρé's ù ãΝè δ tβρçÅ£sƒø:$# ∩⊇⊄⊇∪ Maksudnya: Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan, mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Ayat tersebut menunjukkan bahawa Allah s.w.t memuji hambaNya yang membaca al-Quran dengan kesungguhan dalam menyempurnakan hak setiap sifat huruf al-Quran dan menepati setiap bacaan atau qiraat sebagaimana ia diturunkan. Apabila kita membaca al-Quran dengan sebenar-benar bacaannya, ia akan menjadi lebih sempurna dan dekat di hati pembaca dan pendengarnya, HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan kurikulum bacaan al-Quran berpandukan hujah dan dalilnya; 2. Menghuraikan konsep ilmu tarannum dari sudut istilah, bentuk dan peranan yang berkaitan dalam bidang ini; dan 3. Menerangkan hukum tarannum al-Quran berdasarkan dalilnya. T T o o p p i i k k 1 1 Bacaan al-Quran dan Tarannum

pelajaran taranum

  • Upload
    fadil

  • View
    1.887

  • Download
    10

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: pelajaran taranum

PENGENALAN

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah, 2:121

t⎦⎪Ï%©!$# ãΝßγ≈oΨ÷s?#u™ |=≈tGÅ3ø9$# …çμtΡθè=÷Gtƒ ¨,ym ÿ⎯ÏμÏ?uρŸξÏ? y7Í×≈s9'ρé& tβθãΖÏΒ÷σム⎯ÏμÎ/ 3

⎯tΒuρ öàõ3tƒ ⎯ÏμÎ/ y7Í×≈s9'ρé'sù ãΝèδ tβρçÅ£≈sƒø:$# ∩⊇⊄⊇∪

Maksudnya: Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan, mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Ayat tersebut menunjukkan bahawa Allah s.w.t memuji hambaNya yang membaca al-Quran dengan kesungguhan dalam menyempurnakan hak setiap sifat huruf al-Quran dan menepati setiap bacaan atau qiraat sebagaimana ia diturunkan. Apabila kita membaca al-Quran dengan sebenar-benar bacaannya, ia akan menjadi lebih sempurna dan dekat di hati pembaca dan pendengarnya,

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan kurikulum bacaan al-Quran berpandukan hujah dan

dalilnya; 2. Menghuraikan konsep ilmu tarannum dari sudut istilah, bentuk dan

peranan yang berkaitan dalam bidang ini; dan 3. Menerangkan hukum tarannum al-Quran berdasarkan dalilnya.

TTooppiikk 11 Bacaan al-Quran dan Tarannum

Page 2: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

2

terutama jika dibaca dengan kelunakan suara dan lagu yang dikenali sebagai tarannum. Justeru, topik ini akan membahaskan tentang ilmu atau kaedah tarannum al-Quran. Ianya lebih memfokuskan kepada konsep bacaan al-Quran, istilah-istilah yang berkaitan dengan ilmu, peranan serta penghuraian mengenai hukum tarannum al-Quran bersandarkan dalil-dalilnya.        

 

KURIKULUM BACAAN AL-QURAN

Melagukan bacaan al-Quran atau lebih dikenali dengan kaedah tarannum adalah merupakan amalan bacaan al-Quran secara berlagu dan mengalunkan bacaan tersebut dengan suara yang sedap didengar mengikut qiraat tertentu dan tidak melanggar hukum-hukum tajwid. Di Malaysia, kaedah tarannum al-Quran ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat Muslim, khususnya para Qari dan Qariah. Jika dahulu, ilmu ini dipelajari secara bertalaqqi dengan guru-guru tarannum al-Quran di rumah-rumah, surau-surau atau di masjid-masjid; kini ia sudah mula diajar di peringkat sekolah-sekolah dan peringkat universiti. Perkembangan positif bidang ini selari dengan permintaan dan banyak pertandingan tilawah al-Quran yang dijalankan dikebanyakkan institusi dan peringkat sehingga ke tahap antarabangsa. Dalam memurnikan kaedah tarannum al-Quran ini, satu pendekatan telah diambil iaitu dengan menubuhkan kurikulum bacaan al-Quran yang bersandarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Di antara pendekatan kurikulum ini adalah seperti berikut: (a) Kurikulum Tahsin al-Quran; (b) Kurikulum al-Tarannum; (c) Kurikulum al-Tajwid; dan (d) Kurikulum al-Tartil.

 

1.1

AKTIVITI 1.1

Dengan merujuk kepada kitab-kitab ilmu tajwid, huraikan secara berkumpulan mengenai bab tahap-tahap pembacaan (maratib) al-Quran berserta contoh bacaannya.

Page 3: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM 3

1.1.1 Tahsin al-Saut: Hujah dan Dalilnya

Tahsin al-Saut )حتسني الصوت(  merupakan dua kalimah Arab yang disatukan dan

memberi maksud memperelokkan suara. Ia juga merupakan satu kaedah dalam tarannum yang bertujuan untuk melunakkan suara mengikut tahap-tahap yang tertentu dalam membaca al-Quran. Pengkaedahan tahsin al-saut ini adalah berdasarkan beberapa dalil al-Sunnah yang menggalakkan membaca dan memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran dengan lunak suara yang baik di samping menjaga hukum-hukum tajwid. Di antara dalil-dalil yang termaktub dalam Hadis Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut: (a) Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam bab

ÂGalakan tahsin al-saut dalam membaca al-QuranÊ:  

  

Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Abdullah bin Qays atau al-Ash`ari dianugerahkan mizmar (suara yang sedap) dari jenis mizmar keluarga Nabi Daud a.s.

Keterangan hadis:

(i) Hadis ini menunjukkan Rasulullah s.a.w telah memuji Abu Musa al-Ash`ari r.a yang mempunyai kelunakan suara dalam membaca al-Quran.

(ii) Imam Nawawi dalam mentafsirkan hadis ini menyatakan bahawa ÊmizmarÊ berasal dari perkataan Êal-zamrÊ yang bermaksud lagu atau kelunakan suara.

عبد إن صلى الله عليه وسلم قال رسول الله من الأشعري أعطي مزمارا أو الله بن قيس

داود آل مزامي

Page 4: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

4

(iii) Perumpamaan suara Imam al-Ash`ari r.a diibaratkan seperti kelunakan suara Nabi Daud a.s yang diriwayatkan bahawa Baginda a.s melagukan bacaan Kitab Taurat lebih daripada 70 jenis lagu. 

 (b) Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Darimi dalam Sunannya, bab

ÂFadhaÊil al-QurÊanÊ:  

  

Maksudnya: Daripada al-BarraÊ bin `Azib berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suaramu, sesungguhnya kelunakan suara itu boleh menambahkan keelokkan bacaan al-Quran itu.

Keterangan hadis:

(i) Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w menggalakkan

umatnya memperelokkan bacaan al-Quran dengan kelunakan suara iaitu merupakan bonus dalam membaca al-Quran secara tartil.

(ii) Kaedah tahsin al-saut adalah sejajar dengan galakan membaca al-Quran dengan memperelokkan suara dengan mengikuti tahap-tahap (tabaqah) yang tertentu.

(iii) Hadis ini juga menggesa agar para Qari menjaga kualiti dan mutu suara dalam membaca al-Quran serta mempertingkatkannya ke arah yang lebih baik.

رسول الله قال سمعت البراء بن عازب عن حسنوا القرآن : يقول صلى الله عليه وسلم

القرآن حسنا يزيد الصوت الحسن فإن بأصواتكم

Page 5: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM 5

(c) Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-NasaÊi dalam Sunannya, bab ÂMenghiasi bacaan al-Quran dengan kelunakan suaraÊ:

 

  

Maksudnya: Daripada al-BarraÊ berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Hiasilah bacaan al-Quran dengan kelunakan suaramu.

Keterangan hadis:

(i) Hadis ini merupakan galakan Rasulullah s.a.w kepada umatnya

supaya menghiasi bacaan al-Quran dengan kelunakan suara.

(ii) Imam al-Sanadi mentafsirkan Lafaz ÊZayyinuÊ itu bermaksud tahsin al-saut ketika membaca al-Quran.

 1.1.2 Tajwid: Hujah dan Dalilnya Para Ulama bersepakat dalam menyatakan bahawa al-Quran itu diturunkan dengan pengkaedahan hukum tajwid yang sedia ada. Namun, pengistilahan ilmu tajwid dan hukum-hukumnya itu merupakan ijtihad para ahli Quran dan Qiraat. Jelasnya, orang pertama yang mengamal ilmu ini dari sudut pengenalannya ialah penerima wahyu al-Quran itu sendiri iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ada pun dari sudut teori dan penamaan hukumnya pula terdapat beberapa pandangan, ada yang menyatakan yang pertama menciptanya ialah Abu as-Aswad al-Duali, ada yang menyatakan Abu ÂUbaid al-Qasim ibn Sallam. Ada pula yang menyatakan al-Khalil Ibn Ahmad al-Farahidi dan ada juga pendapat yang menyatakan selain mereka. Pengkaedahan ilmu tajwid ini adalah bertujuan bagi memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat-ayat suci al-Quran ketika membacanya. Ia juga merupakan tonggak kepada rangkaian ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bacaan al-Quran iaitu ilmu Rasm, ilmu Dabt dan Fawasil. Ini kerana ilmu-ilmu tersebut ditulis dan diamalkan mengikut tajwid atau teknik bacaan al-Quran. Dalam membicarakan definisi ÂtajwidÊ, jika kita merujuk dari sudut bahasa ia bererti memperelokkan sesuatu. Ada pun dari sudut istilahnya pula ia membawa

صلى الله عليه قال رسول الله :قال البراء عن زينوا القرآن بأصواتكم وسلم

Page 6: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

6

maksud ilmu atau kaedah mengenai cara-cara membaca al-Quran dengan baik dan sempurna berdasarkan hukum-hukum yang telah ditetapkan. Imam Ibn al-Jazari, ketika memberi takrif kepada ilmu tajwid, beliau berpendapat bahawa definisinya adalah seperti berikut:

 

  

Maksudnya: Tajwid ialah memberi kepada huruf haqnya iaitu sifatnya dan mustahaqnya (penyebutnya yang sama dengan sifatnya).

Ada pun hukum mempelajari ilmu tajwid ini adalah fardu kifayah dan hukum membaca al-Quran secara bertajwid adalah fardu ain iaitu wajib ke atas setiap individu Muslim. Di antara dalil-dalil yang mewajibkan membaca al-Quran secara bertajwid adalah seperti berikut: (a) Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Muzammil: 73:4:

 

  

Maksudnya: Dan bacalah al-Quran itu secara tartil.

Keterangan ayat:

(i) Ayat ini menunjukkan bahawa kepentingan membaca al-Quran secara tartil iaitu menyempurnakan hak-hak huruf dan sifat-sifatnya atau dikenali sebagai kaedah tajwid.

(ii) Saidina Ali bin Abi Talib r.a mentafsirkan lafaz tartil ini sebagai memperelokkan sebutan huruf (bertajwid) dan mengetahui tempat-tempat wakaf.

≅ Ïo?u‘ uρ tβ#u™ö à)ø9$# ¸ξ‹ Ï?ö s?

هو إعطاء احلروف حقها من صفة هلا ومستحقها

Page 7: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM 7

(b) Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah: 2:121:-  

  

Maksudnya: Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan, mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya.

Keterangan ayat:

(i) Ayat ini menunjukkan bahawa kepentingan menyempurnakan bacaan al-Quran dengan tepat supaya dapat mengelak daripada berubah makna ayat dan merosakkan hukum tajwid.

(ii) Sesungguhnya orang yang beriman akan sentiasa memelihara bacaan al-Quran dan menyempurnakan hak-hak bacaannya iaitu dengan bertajwid.

 (c) Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya, bab ÂKelebihan

Abdullah ibn Mas`ud r.aÊ:  

   

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang suka membaca al-Quran yang menepati bacaannya sebagaimana ia diturunkan, maka bacalah sebagaimana bacaan Ibn Ummi Abdin (Abdullah ibn Mas`ud).

قال عليه وسلم الله صلى الله أن رسول أنزل كما يقرأ القرآن غضا أن أحب من

عبد ابن أم قراءة على فليقرأه

t⎦⎪Ï%©!$# ãΝßγ≈oΨ÷s?#u™ |=≈tGÅ3ø9$# …çμtΡθè=÷Gtƒ ¨,ym ÿ⎯ÏμÏ?uρŸξÏ?

y7 Íׯ≈ s9 'ρ é& tβθ ãΖÏΒ ÷σム⎯ ÏμÎ/

Page 8: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

8

Keterangan hadis:

(i) Hadis ini merupakan galakkan Rasulullah s.a.w kepada umatnya supaya menyempurnakan bacaan al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan sambil memuji kelebihan Ibn Mas`ud yang sempurna bacaannya sehingga diangkat kedudukannya sebagai salah seorang Qari yang bacaannya wajar dijadikan panduan.

(ii) Imam al-Sanadi mentafsirkan Lafaz ÊGhaddanÊ itu bermaksud bacaan al-Quran yang tidak terkeluar daripada kaedah bacaan yang tepat dan tidak berubah daripada penyempurnaan hak dan sifat huruf al-Quran.

 1.1.3 Tarannum: Hujah dan Dalilnya Tarannum merupakan satu kaedah yang menggunakan kelunakan suara dalam membacakan ayat al-Quran. Suara adalah suatu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari paru-paru melalui selaput suara ke rongga-rongga mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang lain mengikut kehendak yang tertentu. Jelasnya, tarannum ini boleh kita definisikan dari sudut bahasa sebagai lagu. Jika dibahaskan dari sudut istilahnya pula ia membawa maksud ilmu atau kaedah suara yang dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan kelunakan seni bunyi sesuatu bacaan khususnya bacaan al-Quran. Di antara dalil-dalil yang mengharuskan membaca al-Quran secara bertarannum adalah seperti berikut:

(a) Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam bab ÂGalakan tahsin al-saut dalam membaca al-QuranÊ:

 

  

Maksudnya: Daripada Abu Hurayrah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Adapun yang diizinkan oleh Allah akan sesuatu perkara dan diakui perintah itu oleh Nabi s.a.w ialah melagukan bacaan al-Quran.

صلى الله عليه يبلغ به النبي أبي هريرة عن أذن لنبي ما أذن الله لشيء ما : قال سلمو بالقرآن يتغنى

Page 9: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM 9

Keterangan hadis:

(i) Hadis ini menunjukkan keizinan daripada Allah dan rasulNya s.a.w dalam melagukan bacaan al-Quran.

(ii) Ijma` ulama berpendapat bahawa hadis di atas merupakan isyarat membolehkan membaca al-Quran dengan bertarannum selama mana tidak terkeluar dari hukum-hukum tajwid. Jika sekiranya terkeluar dari had dan hak ayat suci al-Quran seperti menambahkan huruf, maka hukumnya adalah haram. Perkara ini dipersetujui oleh Imam al-Mawardi yang menaqal kalam dari pendapat Imam al-Shafi`i dengan menyatakan bahawa haram hukumnya melagukan bacaan ayat suci al-Quran dengan terkeluar lafaz huruf dari makhrajnya.

(b) Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Sahihnya:

  

Maksudnya: Daripada Abu Hurayrah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Bukanlah daripada golongan kami iaitu mereka yang tidak melagukan bacaan al-Quran. Dan ditambah oleh perawi yang lain iaitu menjaharkannya (jelas) bacaan al-Quran.

Keterangan hadis:

(i) Hadis ini menunjukkan galakan daripada Rasulullah s.a.w terhadap umatnya supaya melagukan bacaan al-Quran.

(ii) Adapun tambahan kalimah ‰menjaharkannya bacaan al-Quran‰ dari perawi yang lain itu pula membawa maksud yang sama iaitu melagukan bacaan al-Quran secara terang, jelas dan tepat sebagaimana ia diturunkan.

الله قال رسول: قال أبي هريرة عن يتغن ليس منا من لم : صلى الله عليه وسلم

به يجهر: وزاد غيره .بالقرآن

Page 10: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

10

1.1.4 Tartil: Hujah dan Dalilnya Kaedah tartil boleh kita definisikan sebagai ilmu atau kaedah yang dihasilkan oleh gabungan kaedah tahsin al-saut, tajwid dan tarannum. Ia juga merupakan bacaan cantik yang lengkap dan sempurna. Di antara dalil-dalil yang termaktub sama ada bersandarkan hujah al-Quran dan al-Sunnah adalah seperti berikut:   

(a) Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Furqan: 25:32:

 

 Maksudnya: Dan kami membacanya (al-Quran) itu secara tartil.

Keterangan ayat:

(i) Ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t menurunkan al-Quran ini

dengan bacaan yang tartil.

(ii) Bacaan secara tartil ini merupakan tahap bacaan yang paling tinggi kedudukkannya kerana bacaan ini merupakan amalan baginda Rasulullah s.a.w.

(b) Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya, bab

„Galakan membaca al-Quran secara tartil‰:

  

رسول الله قال: قال و عبد الله بن عمر عن يقال لصاحب :صلى الله عليه وسلم

ترتل كما كنت وارتق ورتل اقرأ: القرآن منزلك عند آخر آية تقرؤها فإن الدنيا في

ورتلناه ترتيلا

Page 11: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM 11

Maksudnya: Daripada Abdullah bin `Amru r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Dipersilakan ahli al-Quran ketika memasuki Syurga: Bacalah! Dan naiklah ketingkat atas (Syurga), dan perelokkanlah bacaan kamu sebagaimana kamu mengelokkan bacaannya ketika di dunia dahulu. Sesungguhnya tempat tinggal kamu di Syurga ini adalah berdasarkan akhir ayat al-Quran yang kamu baca.

Keterangan hadis:

(i) Hadis ini menunjukkan bahawa tahap bacaan al-Quran secara tartil

ini menjadi ukuran dan nilai yang tinggi di sisi Allah s.w.t serta dijanjikan syurga yang dihiasi dengan cantik.

(ii) Adapun nilai bacaan al-Quran secara tartil iaitu bukan secara bersegera membacanya adalah merupakan nilai ganjaran yang selari dengan mutu dan kaedah bacaan yang diamalkan.

(iii) Imam al-Khattabi menjelaskan bahawa terdapat riwayat yang menyatakan bahawa bilangan ayat al-Quran yang dibaca secara tartil akan menentukan kedudukan Syurga dan tahapnya di akhirat kelak.

       

 

AKTIVITI 1.2

Bincangkan falsafah tarannum dan sumbangan ilmu ini dalam memartabatkan mutu bacaan al-Quran di Malaysia.

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Tahukah anda apakah ilmu tarannum? 2. Apakah kaitan antara bacaan al-Quran dan tarannum? 3. Ceritakan tentang pengalaman anda dengan bacaan al-Quran dan

tarannum.

Page 12: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

12

PENGHANTAR TARANNUM

1.2.1 Istilah-istilah dalam Tarannum Di antara istilah-istilah dalam ilmu tarannum adalah seperti yang diterangkan dalam Jadual 1.1 berikut.

Jadual 1.1: Istilah-istilah dalam Ilmu Tarannum  

Bil. Istilah Catatan

1. Ikhtilal al-Lahn Ia bermaksud membunyikan suara dengan nada kesumbangan pada mana-mana irama yang tertentu. Ia bertujuan meningkatkan kualiti dan teknik ketika mempersembahkan bacaan al-Quran. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

(a) Ikhtilal al-Lahn secara menurun. (b) Ikhtilal al-Lahn secara mendaki.

2. Burdah Ia bermaksud bunga-bunga lagu atau getaran suara. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

(a) Burdah Asli: Suara yang hidup dan mempunyai getaran yang semula jadi.

(b) Burdah Sina`i: Bunga-bunga suara yang digubah dan disusun rapi mengikut kehendak jenis tarannum yang dipersembahkan.

3. Nagham Ia bermaksud lagu-lagu seperti bayyati, nahawand dan sebagainya.

4. Mahattah Ia bermaksud gaya penghujung (perhentian) kepada sesuatu harakah yang tertentu.

5. Qit`ah Ia bermaksud gerak lagu yang paling pendek tanpa mahattah yang tertentu.

6. Harakah Ia bermaksud gaya susunan lagu yang tersusun daripada beberapa qit`ah dengan mahattahnya yang tertentu.

7. Taushih Ia bermaksud rangkap atau bait syair.

   

1.2

Page 13: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM 13

1.2.2 Bentuk dan Gaya Tarannum dalam al-Quran Umumnya, ayat-ayat al-Quran yang dibaca mempunyai bentuk dan gayanya yang tersendiri seperti perintah, larangan, penceritaan, permohonan dan rayuan, perbualan, perumpamaan dan sebagainya. Adapun bentuk atau seni lagu tarannum juga mengambil kira bentuk dan gaya sesuatu ayat yang dibaca. Hal ini memerlukan penyesuaian dengan gaya dan bentuk tarannum yang dipilih. Di antara perkara yang perlu disesuaikan pada bentuk dan gaya tarannum dalam al-Quran dinyatakan dalam Jadual 1. 2 berikut.

Jadual 1.2: Perkara yang Perlu Disesuaikan pada Bentuk dan Gaya Tarannum al-Quran

 

Bil. Perkara

1. Antara gaya tarannum dengan bentuk ayat al-Quran yang akan dibaca.

2. Antara peranan suara dengan kehendak ayat yang akan dibaca.

3. Antara tarannum dengan hukum tajwid.

4. Antara peranan suara dengan kaedah fasohah al-Quran.

5. Antara peranan tarannum dengan lahjah Arab.

6. Antara qit`ah dan mahattah tarannum dengan waqaf ibtidaÊ yang bersesuaian.  Dalam menentukan bentuk dan gaya sesuatu lagu dalam tarannum, ianya pasti tidak terpisah daripada beberapa ciri tarannum yang muktabar. Ciri-ciri tersebut adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1.3 berikut.

Jadual 1.3: Ciri-ciri Tarannum yang Muktabar

Bil. Perkara Ciri-ciri Tarannum yang Muktabar

1. NADA Ia merupakan tingkatan atau tekanan bunyi suara.

2. RENTAK Ia merupakan pergerakan menghidupkan bunyi suara.

3. IRAMA Ia merupakan alunan atau bentuk bunyi.

    

Page 14: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

14

1.2.3 Peranan Harakah Istilah harakah dalam ilmu tarannum bermaksud gaya susunan lagu yang tersusun daripada beberapa qit`ah dengan mahattahnya yang tertentu. Harakah mempunyai peranannya, sama ada secara umum mahupun khusus. Di antara peranan harakah adalah seperti Jadual 1.4 berikut.

Jadual 1.4: Peranan Harakah

 

Bil. Peranan Catatan

1. SECARA UMUM

(a) Bertujuan untuk mempelbagaikan seni bunyi.

(b) Untuk menghidupkan bunyi sesuatu bacaan.

(c) Untuk memberi peningkatan kepada sesuatu bacaan.

(d) Untuk menjadi pengukur kepada lagu-lagu yang akan dibaca sesudahnya.

(e) Untuk membawa perubahan dari satu tabaqah ke satu tabaqah yang lain.

Harakah Pertama

Hendaklah disesuaikan dengan harakah yang terakhir pada lagu sebelumnya sama ada gaya, tabaqah dan susunannya.

Harakah

Kedua

Ia merupakan harakah penggerak atau rangsangan kepada harakah yang berikutnya.

Harakah

Ketiga Ia merupakan harakah jawab (harakah tinggi) pada tiap-tiap lagu.

Harakah Keempat

Ia merupakan harakah jawab al-jawab (harakah tertinggi) pada tiap-tiap lagu.

Harakah Kelima Ia merupakan harakah persedian untuk menurun.

2. SECARA KHUSUS

Harakah Keenam Ia merupakan harakah penutup kepada sesuatu lagu.

 Di samping peranan harakah dalam ilmu tarannum, pemahaman terhadap ciri-ciri mutu dan kualiti harakah amat dititik beratkan. Di antara ciri-cirinya adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1.5 berikut.

Page 15: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM 15

Jadual 1.5: Ciri-ciri Mutu dan Kualiti Harakah  

Bil. Perkara Ciri-Ciri Harakah yang Berkualiti

1. SULALAM NUZUL Harakah yang mempunyai tangga-tangga atau peringkat untuk menurun.

2. SULALAM SU`UD Harakah yang mempunyai tangga-tangga atau peringkat untuk menaik.

3. WASILAH AL-MUMASILAH

Harakah yang mempunyai gabungan dua angin lagu atau lebih.

4. IKHTILAL AL-LAHN

Harakah yang mempunyai kesumbangan untuk menurun dan menaik.

5. BURDAH Harakah yang mempunyai bunga-bungaan yang menarik ketika mempersembahkan bacaan al-Quran.

         

HUKUM TARANNUM  1.3.1 Ikhtilaf Ulama Berkenaan Hukum Tarannum al-

Quran Terdapat perbezaan atau ikhtilaf pendapat ulama berhubung dengan hukum tarannum al-Quran. Jelasnya, ia boleh dikategorikan kepada dua kumpulan. Ini dapat kita lihat dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Ikhtilaf ulama mengenai tarannum al-Quran

AKTIVITI 1.3 Cari dan senaraikan susunan lagu-lagu tarannum yang popular di Malaysia.

1.3

Page 16: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

16

(a) Hujah Pendapat Kumpulan Mazhab Pertama yang Dipelopori Mazhab Imam Maliki dan Hanbali

(i) Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tabrani:

 

 

Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Mereka menjadikan al-Quran itu sebagai seruling nyanyian, di mana mereka mengutamakan seseorang yang mampu melagukan al-Quran sekalipun ianya seorang yang kurang dalam pengetahuan agama.

(ii) Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tabrani dan al-Bayhaqi:

 

 

 

Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah al-Quran itu dengan luhun (lahjah/lagu/makhraj) Arab dan suaranya. Dan janganlah sekali-kali membacanya dengan lagu dan suara yang berlahjah keyahudian atau kenasranian dan ahli fasik. Ini kerana, sepeninggalanku nanti akan muncul satu golongan yang sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang

اقرؤوا القرآن بلحون : الله عليه وسلمصلى قال وحلون أهل الكتابني وإياكم العرب وأصواهتا

وأهل الفسق، فإنه سيجيء بعدي قوم يرجعون بالقرآن ترجيع الغناء والرهبانية والنوح ال جياوز حناجرهم مفتونة قلوهبم وقلوب من يعجبهم شأهنم

يتخذون القرآن : صلى الله عليه وسلم قالمزامري، يقدمون أحدهم ليغنيهم، وإن كان

أقلهم فقها

Page 17: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM 17

dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan perintih. Tiada melampaui halkum mereka, hati mereka sudah terfitnah, apa lagi hati mereka yang mengkaguminya.

(b) Hujah Pendapat Kumpulan Mazhab Kedua yang Dipelopori Mazhab Imam

ShafiÊie dan Hanafi

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-NasaÊi:  

Maksudnya: Daripada Abu Hurayrah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Adapun yang diizinkan oleh Allah akan sesuatu perkara dan diakui perintah itu oleh Nabi s.a.w ialah melunakkan suara dengan melagukan bacaan al-Quran dan menjaharkannya (jelas).

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud: 

 

  

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Mughaffal, beliau berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w pada hari pembukaan kota Makkah, sedang menunggang unta, beliau membaca surah al-Fath di mana bacaan itu baginda melakukan tarji' (bacaan dengan suara yang lunak dan tartil).

رأيت رسول الله :قال بن مغفل الله عبد عن ناقة وهو على مكة فتح يوم وسلم عليه صلى الله

يرجع وهو الفتح يقرأ بسورة

صلى الله الله أنه سمع رسول أبي هريرة عن لنبي أذن الله لشيء ما أذن ما :يقول عليه وسلم

بالقرآن يجهر به يتغنى حسن الصوت

Page 18: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

18

Hujah kedua-dua kumpulan mazhab tersebut dikuatkan dan disokong melalui pendapat para Sahabat dan Tabi`in serta dalil-dalil aqli. Ini dijelaskan dalam Jadual 1.6.

Jadual 1.6: Dua Kumpulan Mazhab Disokong oleh Pendapat Para Sahabat dan Tabi`in

Bil. Kumpulan Catatan

1. MAZHAB MALIKI DAN HANBALI

• Pendapat ini dikuatkan lagi berdasarkan pendapat sebilangan daripada para Sahabat dan Tabi`in seperti Anas bin Malik, Sa`id bin al-Musayyib, Sa`id bin Jubayr, al-Hassan al-Basri, Ibnu Sirin dan lain-lain lagi.

• Di antara dalil aqli yang menyokong pendapat ini ialah:

(i) Tarannum boleh mencacatkan keaslian lafaz al-Quran seperti menambah huruf, memanjang dan sebagainya.

(ii) Tarannum boleh melekakan daripada memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran.

2. MAZHAB SHAFI`I DAN HANAFI

• Pendapat ini dikuatkan lagi berdasarkan pendapat sebilangan daripada para Sahabat dan Tabi`in seperti Umar bin al-Khattab, Ibnu Abbas, Ibnu Mas`ud, Abu Ja`far al-Tabari, Abu Bakr al-`Arabi dan lain-lain lagi.

• Di antara dalil aqli yang menyokong pendapat ini ialah:

(i) Tarannum boleh menarik minat masyarakat untuk mendekati al-Quran.

(ii) Tarannum boleh menjadi medium pengajaran dan pembelajaran.

(iii) Tarannum mempunyai budaya seni yang mengajak ke arah khusyuk dan menginsafi mukjizat al-Quran.

 

 

 

 

 

Page 19: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM 19

1.3.2 Analisa Hukum Tarannum al-Quran Setelah diteliti pegangan dan pandangan kedua-dua kumpulan mazhab tersebut, dapatlah kita ketahui dan membuat beberapa analisa seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.7.

Jadual 1.7: Analisa Hukum Tarannum al-Quran

Bil. Kumpulan Analisa

1. MAZHAB MALIKI DAN HANBALI

• Hadis pertama yang dinyatakan dalam hujah pendapat kumpulan mazhab pertama tersebut, jika dikaji melalui sanadnya terdapat unsur-unsur hadis dha`if. Ini kerana salah seorang perawinya iaitu `Uthman bin `Umayr adalah tidak diketahui (majhul).

• Hadis kedua yang dinyatakan pula, jika dikaji melalui sanadnya, juga terdapat unsur-unsur hadis dha`if. Ini kerana salah seorang perawinya iaitu Abu Muhammad dan Baqiyah adalah tidak diketahui (majhul).

2. MAZHAB SHAFI`I DAN HANAFI

• Hadis-hadis yang menjadi sandaran kumpulan mazhab ini adalah lebih kuat jika dibandingkan dengan kumpulan mazhab pertama.

• Isi kandungan hadis-hadisnya pula mempunyai maksud yang tepat sasarannya mengenai lagu bacaan al-Quran dan tidak perlu ditaÊwilkan dan diqiyaskan lagi.

 Jelasnya, kedua-dua pendapat dan hujah yang dijadikan sandaran oleh kedua-dua kumpulan mazhab di atas pada dasarnya tidaklah bercanggah berhubung dengan harus atau sunat melagukan bacaan al-Quran. Namun, apa yang menjadi titik khilaf dan pertikaian adalah dari sudut teknik dan sifat-sifat lagunya sahaja. Adapun kedua-dua kumpulan mazhab tersebut tidak pernah menafikan atau menolak mana-mana hadis yang menjadi hujah dan sandaran pegangan kedua-dua pihak. Namun, apa yang menjadi pertikaiannya adalah dari sudut pentafsiran dan pendapat masing-masing. Walau bagaimanapun, tujuan dan matlamat kedua-dua pendapat ini mempunyai hala tuju yang sama iaitu memelihara kesucian al-Quran dari sebarang penyelewengan.  Kesimpulannya, jika digabungkan kedua-dua pendapat berhubung dengan tarannum al-Quran atau melagukan bacaan al-Quran didapati bahawa ia

Page 20: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

20

merupakan suatu usaha dan amalan amat digalakkan bersandarkan dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah serta disokong oleh pendapat para ulama al-Quran dan al-Qiraat. Ia bertujuan untuk memperelokkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran hingga mencapai satu tahap yang menghubungkan ayat-ayat yang dialunkan dengan hati sama ada orang yang mempersembahkan bacaannya atau orang yang mendengar bacaan al-Quran. Firman Allah s.w.t dalam Surah al-A`raf 7:204

 

  

Maksudnya: Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akannya serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

Keterangan ayat: (a) Ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t menuntut kepada hambaNya

supaya menjaga adab ketika membaca atau mendengar ayat al-Quran dibaca.

(b) Lafaz al-Istima` digunakan dalam ayat di atas menunjukkan bahawa mendengar dengan menghadirkan jiwa dan raga iaitu dengar dan menghayati. Ia berbeza dengan lafaz al-Sima` iaitu hanya menjurus kepada penerimaan sesuatu bunyi atau suara ke atas telinga.

Jelasnya, hukum tarannum al-Quran atau melagukan bacaan al-Quran boleh dibahagikan kepada lima perkara, seperti yang dilampirkan dalam Jadual 1.8 berikut.

# sŒ Î) uρ ˜ Ìè% ãβ# u™ öà) ø9 $# (#θ ãèÏϑ tG ó™ $$ sù … çμ s9

(#θçFÅÁΡ r& uρ öΝ ä3 ª= yè s9 tβθ çΗ xq ö è? ∩⊄⊃⊆∪

Page 21: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM 21

Jadual 1.8: Hukum Tarannum al-Quran

Bil. Hukum Catatan

1. SUNNAH

• Sekiranya dapat mempertingkatkan syiar Islam.

• Dapat menarik perhatian orang ramai meminati al-Quran.

• Dapat menarik minat terhadap proses pengajian dan pengajaran al-Quran.

• Dapat menzahirkan nilai ketinggian mukjizat al-Quran.

2. HARUS

• Sekiranya tidak mencacatkan al-Quran.

• Tidak mengganggu ketenteraman awam.

• Tidak menghalang ketenangan dalam beribadah.

• Tidak menimbulkan fitnah.

3. MAKRUH

• Sekiranya mengganggu ketenteraman awam.

• Mengganggu ketenangan dalam beribadah.

• Menimbulkan fitnah.

• Mengganggu khusyuk dalam mentadabbur al-Quran.

4. HARAM

• Sekiranya merosakkan keaslian al-Quran.

• Menjatuhkan dan menghina kemukjizatan al-Quran.

• Menghalang kemajuan dan perkembangan proses meninggikan kedudukan al-Quran.

• Menyeleweng ke arah perkara-perkara yang dilarang Islam.

5. FARDU KIFAYAH

• Sekiranya boleh mengurangkan kesalahan bacaan al-Quran.

• Boleh menambahkan keelokkan bacaan al-Quran.

• Boleh menghilangkan keraguan terhadap mukjizat al-Quran.

• Boleh memantapkan pemahaman kefahaman terhadap al-Quran.

1.3.3 Hukum Wanita Membaca Al-Quran Umumnya, penurunan al-Quran adalah merupakan satu rahmat yang tidak dapat dihitung nilainya. Selain mengajak umat manusia memelihara kesuciannya, menghayati dan mengamalkan isi kandungannya, membacanya dengan sebaik-baik bacaan adalah asas dan syiar kepada rahmat agung ini. Perkara ini tidak terbatas kepada sesuatu bangsa, golongan mahupun jantina. Malah Allah s.w.t menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda kepada mereka yang membaca al-Quran sama ada lelaki mahupun wanita.

Jika dilihat melalui dalil-dalil melalui sandaran al-Quran dan al-Sunnah, tiada larangan secara jelas dan qat`i bagi wanita untuk membaca al-Quran. Namun,

Page 22: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

22

terdapat ikhtilaf pendapat di kalangan para ulama berhubung perbahasan hukum wanita membaca al-Quran apabila dilihat dari sudut suara wanita. Adakah suara wanita itu aurat atau sebaliknya?

Secara umumnya, suara wanita boleh dibahagikan kepada dua kategori seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1.9.

Jadual 1.9: Kategori Suara Wanita  

Bil. Suara Wanita Hukum

1. Suara wanita yang jelas didengari oleh lelaki ajnabi (bukan mahram)

• Terdapat ikhtilaf di kalangan ulama:

(i) Haram secara total (ii) Harus secara total. (iii) Harus jika sekiranya tidak membawa fitnah

kepada khalayak lelaki ajnabi (bukan mahram).

2. Suara wanita yang sengaja dilembutkan, dimanjakan dan dimerdukan

• Itfaq di kalangan ulama secara Ijma' bahawa diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki ajnabi (bukan mahram).

Namun, dalam perbahasan berhubung dengan bacaan al-Quran oleh kaum Hawa ini, para ulama telah mengklasifikasikan perkara ini kepada dua kategori. Ini dinyatakan dalam Jadual 1.10.

Jadual 1.10: Kategori Perbahasan Bacaan al-Quran oleh Wanita

Bil. Hukum Catatan

Wanita yang membaca al-Quran dengan suara yang perlahan untuk didengarinya sendiri.

Wanita yang membaca al-Quran dengan suara yang agak nyaring dan tiada lelaki ajnabi (bukan mahram) mendengarinya.

1.

Tiada pertikaian di kalangan para ulama

Wanita yang membaca al-Quran dengan suara yang nyaring dan tidak mengetahui adanya lelaki ajnabi mendengarinya.

2. Terdapat pertikaian, sama ada harus atau haram

Wanita yang membaca al-Quran dengan suara yang jelas untuk diperdengarkan di khalayak umum termasuk lelaki ajnabi.

Adapun perbahasan berhubung dengan adakah suara wanita ini adalah aurat atau sebaliknya, ulama berselisih pendapat mengenainya. Perkara ini bolehlah kita teliti melalui perbahasan di antara dua pendapat iaitu sama ada pandangan

Page 23: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM 23

yang menyatakan suara wanita itu aurat atau pandangan yang bertentang dengannya. Rajah 1.2 menunjukkan ikhtilaf pendapat tersebut.

 

Rajah 1.2: Ikhtilaf ulama mengenai suara wanita dan tarannum al-quran

Hujah kedua-dua pihak tentang perkara tersebut diterangkan selanjutnya dalam Jadual 1.11 berikut.

Jadual 1.11: Hujah Mazhab Hanafi dan Mazhab Shafi`i Mengenai Suara Wanita dan Tarannum al-Quran

 

Bil. Pendapat Hujah

1. SUARA WANITA ADALAH AURAT

Pegangan Mazhab Hanafi

• Firman Allah dalam surah al-Nur: 24:31, bermaksud: ‰Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.‰ Ayat ini diqiyaskan larangan membunyikan perhiasan wanita kerana boleh membawa fitnah dengan larangan membunyikan suara wanita.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: ‰Membaca tasbih itu untuk lelaki, menepuk tangan pula untuk wanita.‰(Riwayat Ibnu Majah). Hadis ini diqiyaskan larangan wanita bersuara ketika menegur kesalahan imam dalam solat dengan suara wanita.

2. SUARA WANITA ADALAH BUKAN

AURAT

Pegangan Mazhab Shafi`i

• Terdapat banyak riwayat-riwayat yang menyatakan perihal komunikasi dan muamalat para Ummu al-Mukminat r.a. (isteri-isteri Rasulullah s.a.w.) dengan khalayak umum.

• Islam menerima penyaksian kaum Hawa dalam perbicaraan pendakwaan dan sebagainya.

Page 24: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

24

Kesimpulannya, setelah diteliti hujah kedua-dua pihak, maka didapati bahawa pegangan mazhab Hanafi yang berdalilkan ayat dan hadis di atas adalah kurang jelas dan tidak tepat. Ini kerana ayat di atas sebenarnya hanyalah ditujukan khusus perhiasan pakaian wanita sahaja. Begitu juga dengan sumber hadis yang disandarkan adalah khusus dalam perbahasan bagaimana seorang makmum wanita hendak menegur kesalahan imam dalam solat. Manakala hujah yang dipegang oleh mazhab Shafi`i pula adalah lebih praktikal dan meyakinkan. Ini menunjukkan bahawa suara wanita bukanlah dikira sebagai aurat. Namun jika kita teliti dengan lebih mendalam berhubung dengan kedua-dua pendapat di atas, didapati bahawa kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama iaitu menjaga kehormatan kaum Hawa yang mana Islam telah mengangkat kedudukan mereka dan diberikan hak-hak, kasih sayang dan kedudukan yang gambarkan melalui dua sumber utama Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Cuma teknik dan pendekatannya sahaja yang menjadi pertikaian dan perbahasan di kalangan para ulama.             

  • Tarannum merupakan amalan seni bacaan al-Quran yang diperdengarkan

bacaannya mengikut kaedah lagu dan alunan suara yang lunak bersandarkan qiraat tertentu dan tidak melanggar hukum-hukum tajwid.

• Tarannum al-Quran adalah merupakan suatu usaha dan amalan amat digalakkan bersandarkan dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah serta disokong oleh pendapat para ulama al-Quran dan al-Qiraat.

• Untuk memurnikan ilmu tarannum ini, satu pendekatan telah diambil iaitu dengan menubuhkan kurikulum bacaan al-Quran yang bersandarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Ia terdiri daripada Kurikulum

SEMAK KENDIRI 1.2

1. Terangkan konsep kurikulum bacaan al-Quran secara ringkas bersertakan hujahnya;

2. Huraikan TIGA istilah tarannum yang anda pelajari dan bezakan peranan harakah secara umum dan khusus;

3. Jelaskan hukum tarannum al-Quran berserta hujahnya.

Page 25: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM 25

Tahsin al-Quran, Kurikulum al-Tarannum, Kurikulum al-Tajwid dan Kurikulum al-Tartil.

• Bentuk dan gaya sesuatu lagu dalam tarannum tidak terpisah daripada beberapa ciri tarannum yang muktabar; iaitu nada, rentak dan irama.

• Harakah dalam ilmu tarannum bermaksud gaya susunan lagu yang tersusun daripada beberapa qit`ah dengan mahattahnya yang tertentu.

• Menurut mazhab Shafi`i suara wanita bukanlah dikira sebagai aurat berdasarkan banyaknya riwayat yang menyatakan perihal komunikasi dan muamalat isteri-isteri Rasulullah s.a.w dengan khalayak umum.

 

 

Alunan Bacaan Aurat Bacaan Cantik Bentuk Gaya Tarannum Fawasil Gaya Susunan Lagu Harakah Hukum Tarannum Ikhtilaf Ilmu Dab Irama Khilaf Kurikulum Bacaan Al-Quran

Mahattah Memperelokkan Suara Nada Qit`ah Rasm Rentak Seni Suara Suara Wanita Tahsin al-Sout Tajwid Tarannum Tartil

  

  

Mahdi Muhammad al-Hirazi. (2001). Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid. Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.

Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah al-Risalah.

MannaÊ Khalil al-Qattan. (1973). Studi ilmu-ilmu QurÊan (terj. Drs. Mudzakkir AS.). Jakarta: Litera AntarNusa.

KATA KUNCI

Page 26: pelajaran taranum

TOPIK 1 BACAAN AL-QURAN DAN TARANNUM

26

Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran. Beirut: Al-Maktabah al-Asriyyah.

Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala

Lumpur: Universiti Malaya. Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa NataÊaddabu MaÊa al-Mushaf. Qahirah:

Dar al-IÊtisam.

Muhd. Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Nik Jaafar bin Nik Ismail.(1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi. (1994). Mafatih Li al-Ta`amul Ma`a al-QurÊan. Dimashq: Dar al-Qalam.