Upload
others
View
19
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA
DI KLINIK KESIHATAN
Bahagian Pembangunan Kesihatan KeluargaKementerian Kesihatan Malaysia
2016
VERSI 1.0
1
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA
DI KLINIK KESIHATAN
1. PENGENALAN
Sistem kesihatan masa kini akan memberi tumpuan yang tinggi kepada penjagaan kesihatan primer. Pelaksanaan konsep doktor keluarga telah diputuskan di dalam mesyuarat pegawai-pegawai peringkat tertinggi KKM bersama YB Menteri Kesihatan yang diadakan di Melaka pada Oktober 2013 lalu. Langkah KKM untuk mengembalikan konsep doktor keluarga di peringkat perkhidmatan kesihatan primer sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta telah diambil sebagai salah satu pendekatan untuk mengukuhkan perkhidmatan di peringkat jagaan primer. Ini bagi membolehkan individu dan keluarga mendapat rawatan yang berterusan dari doktor keluarga secara holistik dan komprehensif, berbeza jika ia diperolehi ‘hopping’ dari satu doktor kepada yang lain. Melalui khidmat doktor keluarga nasihat, rundingcara, rawatan awal dan tindak susul secara sistematik dapat diberikan dan sekaligus membantu pelanggan mengekalkan kesihatan yang optima sepanjang masa. Ini amat relevan dengan situasi masa kini di mana peningkatan kejadian kes-kes penyakit tidak berjangkit yang dilihat semakin meningkat di kalangan masyarakat.
Dalam konsep pelaksanaan doktor keluarga ini, sektor kesihatan awam dan swasta akan berganding bahu dan bergerak seiring ke satu arah untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat di peringkat jagaan primer. Jika rakyat lebih sihat ini dapat mengurangkan kemungkinan dari memerlukan rawatan sekunder di hospital.
Setiap pelanggan dan ahli keluarganya akan diletakkan di bawah jagaan pasukan Primary Health Care yang diketahui oleh seorang pegawai perubatan dan anggota kesihatanyang lain. Pasukan ini akan bertanggungjawab terhadap rawatan penyakit pelanggan dan ahli keluarga berkenaan. Sebagai permulaan, konsep doktor keluarga ini akan diperkenalkan di klinik-klinik kesihatan awam dahulu.
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
1 PENGENALAN 1
2 OBJEKTIF 2
3 RASIONAL 2
4 SKOP PERKHIDMATAN 3
5 KAEDAH PELAKSANAAN PERKHIDMATAN DOKTOR KELUARGA 3
6 PENILAIAN DAN PEMANTAUAN 8
7 DOKUMENTASI 9
8 RETEN 9
9 LATIHAN UNTUK DOKTOR KELUARGA 9
10 PENUTUP 10
LAMPIRAN A 11
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
2 3
2. OBJEKTIF
Doktor keluarga adalah mereka/pegawai perubatan yang paling hampir kepada masyarakat. Mereka bertanggungjawab dan bertindak sebagai gatekeeper. Konsep SATU doktor keluarga kepada SATU keluarga ingin diperkenalkan melalui program ini.
Objektif pelaksanaan konsep doktor keluarga ini adalah:
2.1 Mengesan risiko penyakit atau status penyakit lebih awal agar boleh dirawat untuk mengelakkan morbiditi yang teruk dan berlakunya mortaliti.
2.2 Memberikan rawatan kepada individu dan keluarga secara berterusan dengan lebih komprehensif dan mendalam.
2.3 Merujuk kes untuk rawatan susulan, jika perlu.
3. RASIONAL 3.1 Penyampaian perkhidmatan kesihatan masa kini tidak dapat
memfokus aktiviti promosi kesihatan dan pencegahan awal kerana:
a) Kedatangan pesakit yang ramai menyebabkan masa yang diperuntukkan untuk konsultasi doktor dengan pesakit adalah singkat. Ini menyebabkan aktiviti pendidikan kesihatan dan promosi kurang dibincangkan.
b) Kurang pusat rujukan setempat di klinik kesihatan untuk aktiviti pencegahan awal dan promosi kesihatan.
c) Kurang perkhidmatan multi-disiplin dalam menyediakan pakej saringan risiko kesihatan dan intervensi penyakit kronik.
3.2 Konsep doktor keluarga akan memberi lebih penekanan kepada perkhidmatan preventif dan promotif kepada individu dan ahli keluarga seterusnya mempertingkatkan rawatan berterusan (continuity of care) terutamanya di kalangan pesakit kronik.
3.2 Kajian juga menunjukkan hubungan doktor dengan pesakit yang berterusan boleh menyumbang kepada kadar penyembuhan dan kawalan penyakit.
4. SKOP PERKHIDMATAN
Pelaksanaan perkhidmatan adalah menggunakan pendekatan “Integrated & Personalised Care”.
Skop perkhidmatan merangkumi:
4.1 Aspek promotif, preventif, kuratif dan rehabilitatif 4.2 Penjagaan kesihatan untuk semua golongan umur iaitu ibu hamil,
kanak-kanak, remaja, dewasa, warga emas dan golongan kurang upaya.
4.3 Rawatan kes akut dan kronik (baru dan ulangan). 4.4 Rawatan kecemasan. 4.5 Rujukan kes ke hospital atau dari hospital.
5. KAEDAH PELAKSANAAN PERKHIDMATAN DOKTOR KELUARGA
Komponen Konsep Doktor Keluarga:
5.1 Kawasan Operasi Klinik Kesihatan Klinik kesihatan akan mengenalpasti kawasan operasi dan
seterusnya pembahagian zon dibuat.
- Kawasan operasi klinik akan dibahagikan kepada beberapa zon. Pembahagian zon perkhidmatan doktor keluarga adalah mengikut pembahagian zon “Personalised Care” perkhidmatan MCH sedia ada (Rajah 1).
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
4 5
- Setiap zon diletakkan di bawah jagaan seorang pegawai perubatan. Seorang doktor keluarga berkemungkinan mengawasi lebih dari satu kawasan zon. Pembahagian sub–zon boleh dilakukan sekiranya bilangan doktor keluarga dalam zon melebihi daripada satu doktor.
- Bagi kes-kes dari luar kawasan operasi:
a) Kes-kes boleh diserap ke dalam senarai pegawai perubatan mengikut zon.
b) Klinik boleh mengenalpasti seorang pegawai perubatan untuk bertanggungjawab ke atas kes-kes dari luar kawasan.
Perkara ini tertakluk kepada bilangan pegawai perubatan yang ada di klinik tersebut.
Rajah 1: Contoh Pembahagian Zon
5.2 Pendaftaran Populasi Mengikut Zon
- Setiap penduduk didaftar mengikut zon dan setiap zon akan dijaga oleh doktor keluarga yang bertanggungjawab. Pendaftaran ini dibuat mengikut sistem klinik sedia ada iaitu sama ada manual (menggunakan Daftar Populasi Doktor Keluarga seperti lampiran) atau Sistem Teleprimary Care.
- Pada peringkat permulaan, klien yang datang menerima rawatan akan didaftarkan serta seisi keluarga yang tinggal bersama.
- Bagi penduduk yang tidak hadir ke klinik, pihak klinik perlu menghebahkan keperluan untuk membuat pendaftaran ke dalam sistem doktor keluarga melalui JKK Kg., Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK), Jawatankuasa COMBI, Rukun Tetangga, KEMAS atau di masjid/rumah ibadat, sekolah dan lain-lain atau menggunakan media cetak.
- Daftar dan profil penduduk di dalam kawasan operasi perludisusun mengikut zon.
5.3 Peranan Doktor Keluarga
- Setiap doktor bertanggungjawab untuk melihat kes-kes akut (walk in), kes-kes kronik (dengan temujanji), kes-kes ibu hamil dan kanak-kanak secara integrasi. Pembahagian tugasan doktor di klinik mengikut kes seperti walk-in, kes kronik dan kes MCH perlu dimansuhkan.
- Doktor keluarga perlu memberi temujanji secara berperingkat bagi mengelakkan masalah longgokan pesakit.
- Doktor keluarga boleh merujuk kes ke hospital berdekatan.
5.4 Pembentukan pasukan (PHC team)
Pelaksanaan konsep doktor keluarga akan dibantu oleh satu pasukan kesihatan yang terdiri daripada 8 orang anggota iaitu Pakar Perubatan Keluarga, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih, Jurupulih Anggota,
ZONA
ZOND
KLINIKKESIHATAN
ZONF
ZONB
ZONE
ZONC
FDC
ZONED
FDC
ZONEB
FDC
ZONEA
FDC
ZONEE
FDC
CORE TEAM:1. FMS/MOIC2. Nurse/AMO Coordinator3. Clinic Manager (Grade U41-54
FDC
ZONEC
FMS, MO, PPP,SN, OT, PT, DIETITIAN, NUTRITIONIST, DENTIST
PHARMACIST,MLT,RADIOGRAPHER,PPK,PKSP
Community Advocate:KOSPEN: Advisory Panel; Peer Support
Group (e.g. PDM)
ZONEF
PHCTEAMPHC
TEAM
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
6 7
Jurupulih Pekerjaan, Pegawai Dietetik dan Pegawai Sains Pemakanan. Perkhidmatan sokongan seperti makmal, farmasi, diagnostik, rehabilitasi, pemulihan pemakanan akan diberikan secara gunasama oleh anggota terlibat.
Rajah 2
Jadual 1. Tugas dan Tanggungjawab PHC Team
PASUKAN PERSONEL TUGAS & TANGGUNGJAWAB
Core Team FMS/MOIC Ketua Klinikal.Penolong Pegawai Perubatan / Jururawat Terlatih
Pegawai liason, koordinator aktiviti PHC team, penyelia.
Pengurus Klinik Menguruskan aktiviti dan calendar klinik, PRO.
PHC Team Pegawai Perubatan dan Kesihatan
Ketua PHC Team, rawatan pesakit (diagnosis, intervensi, pelan perawatan, rujukan internal).
Jururawat Terlatih Nursing care, lawatan rumah, pendidikan kesihatan, diabetic educator, prosedur.
PASUKAN PERSONEL TUGAS & TANGGUNGJAWAB
Penolong Pegawai Perubatan Triage, screening, kategori risiko, prosedur, diabetic educator, rawatan berterusan untuk pesakit yang stabil, rujukan, coordinator, menerima rujukan dari penasihat kesihatan komuniti.
Pegawai Dietetik
Mengikut skop tugas sedia ada.Pegawai Sains PemakananPegawai FisioterapiJurupulih Anggota
Staf Sokongan
Pegawai Farmasi Medical Treatment Adherence Clinic (MTAC), kaunseling, penyelarasan ubat-ubatan.
Pegawai Kerja Sosial Perubatan
Sokongan psikososial, hubungan intra & inter agensi.
Pembantu Perawatan Kesihatan
Pendaftaran, pemeriksaan vital sign, menyusun temujanji, defaulter tracing, menghantar peringatan, mencari & mengisi hasil pemeriksaan, menyimpan rekod & dokumentasi, persiapan aktiviti outreach.
Juru X-ray
Mengikut skop tugas sedia ada.Juruteknik Makmal PerubatanPegawai Pendidikan KesihatanPemandu
Penasihat Kesihatan Komuniti
Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK)
• Bekerjasama dengan PHC team. Mengenalpasti dan menyenaraikan ahli komuniti yang memerlukan rujukan ke klinik, memaklumkan kepada klinik dan memastikan ahli komuniti datang ke klinik bila dirujuk.
• Menjalankan aktiviti-aktiviti kesihatan bersama-sama pasukan PHC.
• “Agent for change” dimana bertanggungjawab menjalankan
Ahli KOSPENWakil Kesihatan Kampung (WKK)Sukarelawan Penjagaan Kesihatan Asas (SPKA)Lain-lain (NGO, swasta)
ZONA
ZOND
KLINIKKESIHATAN
ZONF
ZONB
ZONE
ZONC
FDC
ZONED
FDC
ZONEB
FDC
ZONEA
FDC
ZONEE
FDC
CORE TEAM:1. FMS/MOIC2. Nurse/AMO Coordinator3. Clinic Manager (Grade U41-54
FDC
ZONEC
FMS, MO, PPP,SN, OT, PT, DIETITIAN, NUTRITIONIST, DENTIST
PHARMACIST,MLT,RADIOGRAPHER,PPK,PKSP
Community Advocate:KOSPEN: Advisory Panel; Peer Support
Group (e.g. PDM)
ZONEF
PHCTEAMPHC
TEAM
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
8 9
Program Indikator Sasaran Pengiraan Pencapaian
Kesihatan Kanak-Kanak
1. Liputan Imunisasi kanak-kanak
Liputan imunisasi MMR (Umur 9 bulan)
95% Bilangan bayi berumur 9 bulan diberi pelalian MMRAnggaran Kelahiran Hidup
x 100
Liputan imunisasi MMR (Umur 12 bulan)
95% Bilangan bayi berumur 12 bulan diberi pelalian MMR
Anggaran kanak-kanak berumur 1 - < 2 tahun
x 100
2. Liputan Kedatangan bayi dan kanak-kanak ke klinik kesihatan
Peratus kedatangan bayi 0 < 1 tahun
75% Bilangan kedatangan bayi < 1 tahun ke klinik
Anggaran bayi yang layak hadir ke klinik
x 100
Peratus kedatangan kanak-kanak 1 - 4 tahun
40% Bilangan kedatangan kanak-kanak 1 - 4 ke klinik
Anggaran kanak-kanak berumur 1 - 4 tahun
x 100
Peratus kedatangan kanak-kanak 5 - 6 tahun
20% Bilangan kedatangan kanak-kanak 5 - 6 tahunAnggaran kanak-kanak
berumur 5 - 6 tahun
x 100
3. Kematian bayi dan kanak-kanak < 5 tahun
Kadarkematian Stillbirth
<10/1000 kelahiran pada 2035 (SDG)
Jumlah kematian StillbirthJumlah kelahiran tahun
semasa
x 100
Kadar Kematian Neonatal
12/1000 KH pada 2030 (SDG)
Jumlah kematian 0 - < 28 hari
Bilangan kelahiran hidup tahun semasa
x 100
6. PENILAIAN DAN PEMANTAUAN
Buat masa ini, pemantauan pelaksanaan perkhidmatan Doktor Keluarga dibuat berdasarkan indikator sedia ada seperti di bawah:
Kesihatan ibu dan wanitaProgram Indikator Pengiraan Pencapaian
Kesihatan Ibu & Perancangan Keluarga
Kadar Kematian Ibu
Jumlah Kematian ibu yang dilaporkan dan daftarkan
Jumlah kelahiran berdaftarx 100,000
Kelahiran Selamat
Jumlah Kematian Selamat(yang disambut oleh Skilled Birth Attendan iaitu bersalin di hospital
kerajaan dan swasta, bersalin di Maternity center, bersalin
dirumah yang disambut oleh bidan terlatih)Jumlah kelahiran berdaftar
x 100,000
Ibu Hamil Berisiko Tinggi
Ibu hamil dengan tag hijau, kuning dan merah yang berdaftar
Jumlah ibu mengandung berdaftar
x 100
Amalan Perancangan Keluarga
1. Indikator Penggunaan:Jumlah Pelanggan Berisiko yang amal Kod 1 pada tahun semasaJumlah Pelanggan Berisiko yang
berdaftar pada tahun semasa
2. Indikator KualitiJumlah Pelanggan Berisiko yang
Berjaya amalJumlah Pelanggan Berisiko yang
berdaftar
x 100
x 100
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
10 11
Program Indikator Pengiraan Pencapaian
Penyakit Kronik
1. Bilangan mempunyai risiko Kesihatan terkawal
Mengikut reten sedia ada
2. Pengesanan kes baru
3. Jumlah kes yang didaftar
4. Kes yang terkawal (well control)
5. Kadar keciciran (defaulter rate)
6. Kadar Berjaya berhenti merokok
1) Kadar Berjaya Berhenti Merokok jan-Jun (Kohot Julai Disember tahun sebelum)
2) Bilangan klien yang berhenti merokok kohort Jan-Jun
3) Bilangan klien dengan quit date kohor Julai-Disember pada tahun sebelum
1) Kadar Berjaya Berhenti Merokok Julai-Disember (Kohot Januari-Jun tahun semasa)
2) Bilangan klien yag berhenti merokok kohort Julai-Disember
3) Bilangan Klien dengan quit date kohort Januari-Jun pada tahun semasa
7. Bilangan Klinik Kesihatan dengan Pasukan Primary Health Care (PHC Team) baru (Number of new Health)
Pengiraan Pencapaian Bilangan klinik kesihatan dengan pasukan Primary Health Care baru
Program Indikator Pengiraan Pencapaian
Penyakit Berjangkit
1. Kes Denggi Mengikut reten sedia ada
2. Kadar Sukses Rawatan Tuberkulosis (Tibi) (Treatment Success Rate)
Pengiraan Pencapaian Hasil rawatan pesakit TIbi diperoleh melalui muat turun TBIS 101A daripada sistem aplikasi atas talian MyTB bagi kohort 1 tahun sebelum bagi analisa pencapaian KPI tahun semasa.
Formula: Bilangan Kes Tibi Baru dan kes Tibi Berulang yang hasil rawatan adalah sembuh atau semprna rawatan dibahagikan dengan Jumlah kes Tibi Baru dan kes Tibi Berulang dan didarabkan 100.
Bilangan Kes Tibi Baru dan kes Tibi Berulang yang hasil rawata adalah sembuh atau sempurna rawatanJumlah Kes Tibi Baru dan Kes Tibi Berulang
3. Malaria
Mengikut reten sedia ada
4. AGE, Taun
5. Acute Respiratory Infection
6. Sexually Tranmitted Infection
7. Notificationrateofnew HIV
x100
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
12
Program Indikator Pengiraan Pencapaian
Kualiti Perkhidma-tan (QAP) Penjagaan Kesihatan Primer
1. QAP pengurusan asma wajar
Media peratus responden capai 6/6 di klinik yang ada Pegawai Perubatan
2. QAP Klinik Kawanku Median peratus responden memberi markah 80% setiap klinik
3. Diabetes HbA1c<6.5% (dengan sasaran 30%)
Program Indikator Pengiraan Pencapaian
Pemantauan sistem perkhidmatan
1. Masa menunggu Peratus pesakit dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 90 minit dari masa pendaftaran di klinik-klinik yang ada TPCMedian peratus responden capai 6/6di klinik yang ada Pegawai Perubatan
2. Aduan awam Setiap aduan pelangganyang diterima diberi maklum balas awal dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh aduan diterima
7. DOKUMENTASI
- Profil pendudukperlu didaftarkan kedalamsistemsecara elektronik(TPC atau Daftar Populasi Doktor Keluarga)
- Semua rekod-rekod klien yang sediada dikekalkan. - Kad temujanji yang sedia ada boleh digunakan dan diberi pengenalan
mengikut zon.
8. RETEN
Reten-reten bulanan klien yang sedia ada dikekalkan.
9. LATIHAN UNTUK DOKTOR KELUARGA
Doktor kerajaan mahupun swasta akan diberi latihan kepakaran perubatan keluarga secara berperingkat, untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan primer supaya konsep doktor keluarga yang dimaksudkan akan dapat dijalankan dengan jayanya.
KKM juga berusaha untuk menambah bilangan doktor di klinik kesihatan dari semasa ke semasa untuk menjayakan konsep doktor keluarga.
Cadangan latihan: (i) Latihan Rasmi - Kursus-kursus anjuran institusi-institusi yang diiktiraf - Contoh-contoh latihan pasca siswazah (contoh: Family Medicine Program, MAFP/FRACGP, Diploma in Family Medicine (DFM)).
(ii) Latihan Tidak Rasmi - Latihan dalam perkhidmatan.
10. PENUTUP
Adalah menjadi hasrat KKM dan kerajaan dengan pendekatan memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan primer dapat mempertingkatkan kesihatan rakyat melalui perkhidmatan preventif dan pengekalan kesihatan dan kesejahteraan (wellness) individu keluarga dan negara.
MANUAL PENGGUNADAFTAR POPULASI DOKTOR KELUARGA
“Family Doctor Concept”
LAMPIRAN 1
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
16 17
A. Pendahuluan
• Family Doctor Concept adalah salah satu inisiatif di bawah Pelan Transformasi Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan primer di Malaysia.
• Penyediaan daftar populasi doktor keluarga adalah satu item penting dalam mewujudkan database pendaftaran populasi mengikut klinik untuktujuanpengumpulandatademografidanprofilstatuskesihatanpenduduk yang diliputi.
• Daftar populasi ini adalah client based, digunakan khusus mengikut klinik dan dalam bentuk excel sheet. Tujuan pembentukan daftar populasi ini adalah untuk memudahkan kemasukan data ke dalam excel sheet.
• Buat masa ini pendaftaran adalah untuk warganegara Malaysia sahaja (termasuk bukan warganegara yang berkahwin dengan warganegara atau mendapat PR (Permanent Resident).
• Daftar populasi ini akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.
B. Spesifikasi Perkakasan (minima)
• MicrosoftOffice2007 • Windows XP dan ke atas
C. Sasaran pengguna:
• Pembantu Tadbir / Pegawai Perhubungan Awam yang ditugaskan di klinik masing-masing untuk memasukkan data.
D. Kamus Data:
Zon Bahagian kawasan yang telah ditetapkan oleh klinik (e.g. Zon A, Zon B dan seterusnya)
Bilangan Bilangan nama yang telah didaftarkan (penjanaan automatik)
No ID Nombor pengenalan diri. Contoh nombor kad pengenalan, nombor passport atau nombor surat beranak
Nama Nama pelanggan yang didaftarkan
Hubungan Hubungan nama yang didaftar dengan ketua keluarga yang telah didaftarkan. Ketua keluarga adalah:
1. Untuk serumah satu keluarga, contoh ayah atau breadwinner
2. Jika tinggal sendiri, dikira sebagai ketua keluarga3. Bagi rumah sewa yang dikongsi, masing-masing
didaftarkan sebagai individu (ketua keluarga)
FDC ID ID ini adalah mengikut ketua keluarga. Cara membuat ID tergantung kepada klinik. (Contoh: FDC/A/001)
Tarikh Lahir Tarikh kelahiran pelanggan yang didaftarkan
Bangsa Bangsa pelanggan yang didaftarkan
Lain-lain (Bangsa)
Bangsa selain yang telah dinyatakan. Hendaklah dinyatakan dalam kotak teks yang disediakan
Jantina Jantina pelanggan
Warganegara Warganegara pelanggan
Alamat Alamat kediaman semasa
Poskod Poskod bagi alamat di atas
Daerah Daerah bagi alamat di atas
Negeri Negeri bagi alamat di atas
No Telefon No telefon pelanggan yang didaftarkan
Sektor Pekerjaan Sektor pekerjaan pelanggan yang didaftarkan
Tahap Pendidikan Tahap pendidikan pelanggan yang didaftarkan
Pendapatan Pendapatan individu pelanggan yang didaftarkan
Kes OKU Sila pilih jika berkenaan
Penyakit Tidak berjangkit
Sila pilih jika pelanggan ada menghidap penyakit di bawah:Diabetes, Darah Tinggi, Sakit Jantung, Stroke
Faktor risiko Sila pilih jika pelanggan ada faktor risiko seperti di bawah:Obesiti, Merokok, Mengambil alkohol, Kolesterol Tinggi
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
18 19
E. Persediaan Perisian Aplikasi FDC
Buka fail excel yang telah diberikan (FDC.xlsm), kemudian sila ikut arahan yang berikut:
1. Klik pada butang “Enable Editing”
2. Klik pada butang “Enable Content”
*Langkah ini hanya perlu dilakukan untuk pembukaan fail (FDC.xlsm) kali pertama sahaja
F. Modul-modul Daftar Populasi Doktor Keluarga
Rajah 1.0 di bawah adalah “Home sheet” Daftar Populasi Doktor Keluarga selepas fail excel (FDC.xlsm) dibuka. Klik pada butang “MASUK” untuk membuat pendaftaran atau kemaskini pelanggan, maka antaramuka seperti Rajah 3.0 akan dipaparkan.
Rajah 1.0 Home sheet Daftar Populasi Doktor Keluarga
Selain itu, terdapat juga “Fdc sheet” yang akan memaparkan senarai pelanggan yang telah didaftarkan.
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
20 21
Rajah 2.0 Jadual maklumat pelanggan
Rajah 2.1 Sambungan jadual maklumat pelanggan
Rajah 3.0 adalah antaramuka yang akan dipaparkan selepas pengguna menekan butang “MASUK” seperti di rajah 1.0. Antaramuka di bawah digunakan untukmendaftardatabiografipelanggansertaahlikeluargapelanggan.
Rajah 3.0 Muka Utama Daftar Populasi Doktor Keluarga
• Sebelum memulakan modul-modul dibawah, sila pastikan papan kunci (keyboard) berada dalam mode Caps Lock.
i. Pendaftaran baru
Pendaftaran baru hanya akan dilakukan jika pelanggan tersebut masih belum berdaftar. Pengguna hendaklah mengisi kesemua maklumat pelanggan dengan lengkap kecuali optional data seperti Faktor Risiko, No Telefon & Kes OKU. Sila klik butang “Daftar” untuk mendaftar pelanggan seperti Rajah 4.0.
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
22 23
Rajah 4.0 Daftar Pelanggan Baru.
Carta alir di bawah menunjukkan proses untuk mendaftar pelanggan yang baru.
ii. Carian maklumat
Carian maklumat digunakan untuk mencari data pelanggan yang telah didaftarkan sebelum ini. Untuk mencari maklumat tersebut, no ID seperti kad pengenalan, passport atau nombor kelahiran perlu dimasukkan sebagai input. Sila masukkan no ID di ruang carian seperti pada rajah 5.0 dibawah.
Rajah 5.0 Carian Maklumat
Carta alir di bawah menunjukkan proses untuk mencari maklumat pelanggan.
MULA
Masuk senarai maklumat
Maklumat lengkap
Daftar ahli keluarga
Tamat
Tidak
Ya
MULA
Masukkan No. ID yang hendak dicari
Carian berjaya
Papar maklumat pelanggan
Tamat
Tidak
Ya
MULA
Masuk senarai maklumat
Maklumat lengkap
Daftar ahli keluarga
Tamat
Tidak
Ya
MULA
Masukkan No. ID yang hendak dicari
Carian berjaya
Papar maklumat pelanggan
Tamat
Tidak
Ya
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
24 25
iii. Padam maklumat
Padam maklumat digunakan untuk memadam maklumat pelanggan. Pengguna perlu memasukkan nombor ID pelanggan yang hendak dipadam dalam ruangan carian dan klik butang cari. Maklumat pelanggan dipaparkan, kemudian klik pada butang padam seperti rajah 6.0 di bawah.
Rajah 6.0 Memadam maklumat pelanggan
Carta alir di bawah menunjukkan proses untuk memadam maklumat pelanggan.
iv. Kemaskini maklumat
Pengguna boleh mengemaskini maklumat pelanggan yang telah didaftarkan.Pengguna perlu memasukkan nombor ID pelanggan yang hendak dikemaskini dalam ruangan carian dan klik butang cari seperti yang ditunjukkan pada rajah 7.0 di bawah. Maklumat pelanggan akan dipaparkan dan pengguna boleh mengemaskini maklumat pelanggan.
Rajah 7.0 Kemaskini maklumat pelanggan
Carta alir di bawah menunjukkan proses untuk mengemaskini maklumat pelanggan.
MULA
Masukkan No KP yang hendak dipadam
Carian berjaya
Padam maklumat
Paparan maklumat pesakit
Maklumat berjaya dipadamkan
Tamat
Tidak
Tidak
Ya
MULA
Masukkan No KP yang hendak dikemaskini
Kemaskini maklumat pelanggan
Simpan maklumat yang telah dikemaskini
Paparan maklumat pesakit
Ya
Tamat
MULA
Masukkan No KP yang hendak dipadam
Carian berjaya
Padam maklumat
Paparan maklumat pesakit
Maklumat berjaya dipadamkan
Tamat
Tidak
Tidak
Ya
MULA
Masukkan No KP yang hendak dikemaskini
Kemaskini maklumat pelanggan
Simpan maklumat yang telah dikemaskini
Paparan maklumat pesakit
Ya
Tamat
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
26 27
v. Daftar ahli keluarga
Daftar ahli keluarga dilakukan bagi pelanggan yang mempunyai kaitan dengan ketua keluarga tersebut seperti suami, isteri, anak, menantu, cucu, ibu, bapa dan seumpamanya. Ikuti langkah gambar rajah 8.0, 8.1 dan 8.2 di bawah untuk membuat pendaftaran ahli keluarga.
Rajah 8.0
Rajah 8.1
MULA
Masukkan No KP yang hendak dikemaskini
Tambah ahli keluarga
Masuk senarai maklumat
Paparan maklumat pesakit
Simpan maklumat yang telah dikemaskini
Tamat
Tambah ahli keluarga
Tidak
Ya
Rajah 8.2
Carta alir di bawah menunjukkan proses untuk mendaftar ahli keluarga pelanggan.
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
GARIS PANDUANPELAKSANAAN KONSEP DOKTOR KELUARGA DI KLINIK KESIHATAN
28 29
vi. Lihat senarai ahli keluarga
Pengguna boleh melihat senarai ahli keluarga yang telah didaftarkan seperti rajah 9.1. Sebelum itu, pengguna perlu memasukkan no ID pelanggan untuk melihat senarai ahli keluarga yang telah didaftarkan seperti yang digambarkan pada rajah 9.0.
Rajah 9.0 Lihat senarai ahli keluarga
Rajah 9.1 Senarai ahli keluarga
Carta alir di bawah menunjukkan proses untuk melihat senarai ahli keluarga pelanggan.
Sebarang pertanyaan berkenaan mengenai Daftar Populasi Doktor Keluarga, boleh hubungi 03-88832496 (Dr Tengku Putri Zaharah bt Tengku Bahanuddin) email [email protected] atau 03-88832190/2192 (Cik Azlina bt Ahmad) email [email protected].
Disediakan oleh:Cawangan Kesihatan PrimerBahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga2016
MULA
Masukkan No K/P pelanggan yang ingin dicari
Klik butang “Lihat senarai ahli keluarga”
Klik butang cari
Paparan maklumat pesakit
Papar senarai maklumat ahli keluarga
Tamat