Upload
others
View
25
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Jabatan Kerja Raya Malaysia | Garis Panduan Pelupusan Komponen Binaan
i
GARIS PANDUAN
Pelupusan
KOMPONEN BINAAN
JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
Jabatan Kerja Raya Malaysia | Garis Panduan Pelupusan Komponen Binaan
ii
GARIS PANDUAN
PELUPUSAN KOMPONEN BINAAN
Jabatan Kerja Raya Malaysia | Garis Panduan Pelupusan Komponen Binaan
i
KERAJAAN MALAYSIA
SURAT ARAHAN KPKR BIL.17/2012
GARIS PANDUAN PELUPUSAN KOMPONEN BINAAN
7 September 2012
Diedarkan kepada :
Semua Pengarah Kanan/Pengarah Cawangan Ibu Pejabat JKR
Semua Pengarah Kerja Raya Negeri
Semua Pengarah Kerja Raya Wilayah Persekutuan
Semua Pengarah/Pengurus Pembinaan
Pengarah JKR Unit Khas KESEDAR
Semua Jurutera Daerah
Jabatan Kerja Raya Malaysia | Garis Panduan Pelupusan Komponen Binaan
i
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
Kandungan i
Penghargaan ii
1.0 PENGENALAN 1 2.0 LATAR BELAKANG 1 3.0 OBJEKTIF 1 4.0 SKOP 2 5.0 PENGGUNAAN GARIS PANDUAN 2 6.0 DEFINISI 2 7.0 SINGKATAN 3 8.0 JUSTIFIKASI PELUPUSAN 3 9.0 KUASA MELULUS 4 10.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 5 11.0 TEMPOH TINDAKAN PELUPUSAN 6 12.0 KAEDAH PELUPUSAN 6 13.0 PENUTUP 7 14.0 RUJUKAN 7
15.0 LAMPIRAN 7
Jabatan Kerja Raya Malaysia | Garis Panduan Pelupusan Komponen Binaan
ii
Penghargaan
Dokumen Garis Panduan Pelupusan Komponen Binaan ini telah disiapkan dengan hasil
usaha yang berterusan dan dinamik oleh pegawai-pegawai dari Unit Pengurusan Prestasi
Aset(UPPA), Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Senggara, Cawangan Kejuruteraan
Senggara, Jabatan Kerja Raya. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Jawatankuasa Penggubal yang terlibat dalam penyediaan dokumen ini:
Pengerusi Jawatankuasa:
Ir.Hj.Mohd Sabri bin Mat Deris
Pengarah,
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Senggara.
Jawatankuasa Penggubal:
i. Hj Mohd Ilhami bin Idrus
ii. Encik Faizul Azlan bin Loman
iii. Encik Nor Haziman bin Noh
iv. Puan Roslina binti Hj. Abd. Aziz
v. Puan Che Wan Nor Rahibiyah binti Che Wan Adnan
vi. Encik Mohd Fadzly bin Samsudin
vii. Puan Siti Syahielah binti Abdul Ghani
viii. Encik Mohd Alwan bin Ramli
ix. Encik Safri bin Karim
Jabatan Kerja Raya Malaysia | Garis Panduan Pelupusan Komponen Binaan
1
1.0 PENGENALAN
1.1 Garis Panduan Pelupusan Komponen Binaan merupakan dokumen
sokongan kepada Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA)
Kerajaan, Bab G - Pelupusan Aset.
1.2 Dokumen ini menjelaskan kaedah dan tanggungjawab Kementerian /
Jabatan / Agensi yang terlibat dalam melaksanakan kerja pelupusan.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Komponen binaan daripada aset tak alih kerajaan perlu dilupuskan
dengan cara yang betul dan sistematik untuk memastikan Kementerian
/ Jabatan / Agensi tidak menyimpan aset yang tidak boleh diguna atau
tidak diperlukan. Ini bertujuan untuk menjimatkan ruang dan
membolehkan Kementerian / Jabatan / Agensi mendapat pulangan /
hasil yang terbaik daripada aktiviti tersebut.
2.2 Kegagalan Kementerian / Jabatan / Agensi untuk melupuskan
komponen binaan tersebut akan memberi kesan terhadap pengurusan
ruang dan seterusnya mengakibatkan pertambahan kos operasi dan
penyenggaraan.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Dokumen ini diwujudkan bertujuan untuk memastikan kementerian
atau agensi melupuskan komponen binaan mengikut kaedah yang
ditetapkan.
Jabatan Kerja Raya Malaysia | Garis Panduan Pelupusan Komponen Binaan
2
4.0 SKOP
4.1 Komponen binaan daripada aset tak alih kerajaan merangkumi semua
sistem / peralatan mekanikal, elektrikal, senibina, sivil, utiliti dan lain-
lain mengikut justifikasi kejuruteraan dan perundangan.
5.0 PENGGUNAAN GARIS PANDUAN
5.1 Garis panduan ini merupakan sebahagian daripada dokumen peringkat
keempat di dalam hierarki dokumentasi pengurusan aset kerajaan
yang perlu dipatuhi.
5.2 Garis panduan ini hendaklah dirujuk bersama Tatacara Pengurusan
Aset Tak Alih (TPATA) Kerajaan, Bab G – Pelupusan Aset.
6.0 DEFINISI
6.1 “Pelupusan” – Satu proses untuk mengeluarkan aset daripada
milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang
ditetapkan mengikut takrifan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan
PP Bil 5/2007.
6.2 “Komponen Binaan” – Apa-apa komponen binaan daripada aset tak
alih mengikut justifikasi kejuruteraan, atau perundangan seperti sistem
/ peralatan mekanikal, elektrik, senibina, sivil, utiliti dan lain-lain.
6.3 “Sisa Binaan” – Apa-apa komponen binaan daripada aset tak alih
yang tidak berfungsi sama ada masih bernilai / tidak bernilai mengikut
justifikasi kejuruteraan, ekonomi atau perundangan.
Jabatan Kerja Raya Malaysia | Garis Panduan Pelupusan Komponen Binaan
3
6.4 “Musnah” - Kaedah pelupusan / penghapusan melalui menanam,
membakar, menghancur, melebur, membenam dan seumpamanya
sehingga bertukar keadaan fizikal asalnya.
6.5 “Pindahan” – Aset yang dipindahkan status hak milik dan
kawalannya daripada satu agensi kepada agensi yang lain.
6.6 “Hadiah” - Aset yang diserah milik atau diterima secara percuma
kepada atau daripada pihak lain.
6.7 “Tukar Beli (Trade In)” – Kaedah pelupusan secara tukar beli bagi
aset yang sama jenis di antara agensi dengan pembekal asal atau
pembekal yang berniaga dalam bidang berkaitan.
7.0 SINGKATAN
DAK - Daftar Aset Khusus
JKPAK - Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan
Peringkat Kementerian / Jabatan / Agensi
mySPATA - Sistem Pengurusan Aset Tak Alih
MPAM - Manual Pengurusan Aset Menyeluruh
POF - Pegawai Operasi Fasiliti
PTF - Pegawai Teknikal Fasiliti
TPA - Tatacara Pengurusan Aset Alih
TPATA - Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih
8.0 JUSTIFIKASI PELUPUSAN
Komponen binaan daripada aset tak alih dilupus tertakluk kepada
pengesyoran selepas pemeriksaan penilaian keadaan / prestasi aset
berdasarkan:
Jabatan Kerja Raya Malaysia | Garis Panduan Pelupusan Komponen Binaan
4
(a) Tidak ekonomi untuk digunakan / dibaiki;
(b) Sangat usang dan tidak boleh digunakan lagi;
(c) Gagal mencapai tahap perkhidmatan dan fungsi yang ditetapkan;
(d) Melebihi keperluan;
(e) Perubahan teknologi;
(f) Rosak dan tiada alat ganti;
(g) Luput tempoh semasa penggunaan;
(h) Pembekal tidak lagi memberi khidmat sokongan; dan
(i) Tidak lagi diperlukan oleh jabatan.
9.0 KUASA MELULUS
Had Kuasa untuk meluluskan pelupusan komponen binaan berdasarkan nilai
perolehan asal adalah berpandukan kepada Warta Kerajaan Seri Paduka Baginda,
Jilid 53 No.16, Akta Perwakilan Kuasa 1956 bertarikh 6 Ogos 2009 seperti Jadual 1.
Jadual 1 : Had Kuasa untuk meluluskan pelupusan komponen binaan
Peringkat Pegawai Keterangan
(i) Kementerian
Rujuk Lampiran 5
(Jadual A – Warta
Kerajaan Seri Paduka
Baginda, Jilid 53 No.
16, Akta Perwakilan
Kuasa 1956 bertarikh
6 hb. Ogos 2009
Tidak lebih daripada Ringgit Malaysia Dua
Ratus Ribu (RM200,000.00) bagi tiap – tiap
barang individu dan tidak lebih daripada Ringgit
Malaysia Satu Juta (RM1,000,000.00) bagi nilai
agregatnya untuk semua kaedah pelupusan
(ii) Jabatan:
(a) Ibu Pejabat
Tidak lebih daripada Ringgit Malaysia Lima
Puluh Ribu (RM50,000.00) bagi tiap – tiap
barang individu dan tidak lebih daripada Ringgit
Malaysia Lima Ratus Ribu (RM500,000.00) bagi
nilai agregatnya untuk semua kaedah
Jabatan Kerja Raya Malaysia | Garis Panduan Pelupusan Komponen Binaan
5
(b) Bahagian
(c) Negeri
pelupusan.
Tidak lebih daripada Ringgit Malaysia Dua
Puluh Lima Ribu (RM25,000.00) bagi tiap – tiap
barang individu dan tidak lebih daripada Ringgit
Malaysia Lima Ratus Ribu (RM500,000.00)
bagi nilai agregatnya untuk semua kaedah
pelupusan.
Tidak lebih daripada Ringgit Malaysia Sepuluh
Ribu (RM10,000.00) bagi tiap – tiap barang
individu dan tidak lebih daripada Ringgit
Malaysia Satu Ratus Ribu (RM100,000.00) bagi
nilai agregatnya untuk semua kaedah
pelupusan.
10.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
10.1 Pegawai Teknikal Fasilti (PTF)
(a) Menerima dan mengesahkan penentusahan pelupusan aset.
(b) Menerima laporan pelupusan aset dan mengemukakan kepada pemilik
aset.
(c) Memohon lanjutan tempoh pelupusan kepada JKPAK (Fasiliti) .
10.2 Pegawai Operasi Fasiliti (POF)
(a) Melaksanakan aktiviti pelupusan mengikut kaedah yang ditetapkan.
(b) Mengenalpasti komponen binaan yang hendak dilupuskan mengikut
kaedah musnah / hadiah / pindahan / jualan / tukar beli (Borang L.K 1).
(c) Menyediakan maklumat lengkap aset, memindahkan dan
mengemaskini maklumat aset ke dalam pangkalan data.
Jabatan Kerja Raya Malaysia | Garis Panduan Pelupusan Komponen Binaan
6
(d) Menyediakan surat akuan penerimaan / resit jualan bagi kaedah
pelupusan yang ditetapkan.
11.0 TEMPOH TINDAKAN PELUPUSAN
11.1 Tindakan pelupusan mengikut kaedah yang diluluskan hendaklah
dilaksanakan dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh kelulusan.
11.2 Sekiranya kerja pelupusan tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh
tersebut maka PTF hendaklah memohon lanjutan tempoh pelupusan
kepada Pegawai Pengawal.
12.0 KAEDAH PELUPUSAN
12.1 Dalam urusan pelupusan aset, kriteria pulangan hasil hendaklah
sentiasa diberi perhatian. Bagi mencapai tujuan ini, Lembaga
Pemeriksa Aset Tak Alih boleh mengesyorkan kaedah pelupusan yang
sesuai dan paling menguntungkan Kerajaan. Kaedah pelupusan
adalah seperti berikut:
(a) Musnah secara ditanam / dibakar / dibuang / ditenggelam - Lampiran 1
(b) Hadiah / Pindahan - Lampiran 2
(c) Jualan secara tender / sebut harga / lelong - Lampiran 3
(d) Tukar Beli (Trade In) - Lampiran 4
12.2 Kaedah-kaedah di atas hendaklah berpandukan kepada Arahan
Perbendaharaan / Pekeliling Perbendaharaan yang berkuat kuasa dan
Arahan Jabatan yang berkaitan.
Jabatan Kerja Raya Malaysia | Garis Panduan Pelupusan Komponen Binaan
7
13.0 PENUTUP
Berpandukan kepada garis panduan ini, pelupusan komponen binaan akan
dapat dilaksanakan dengan cekap, sistematik dan seragam.
Walau bagaimanapun garis panduan ini bukanlah bersifat mutlak, ianya boleh
ditambah baik dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan
teknologi terkini.
14.0 RUJUKAN
Manual Pengurusan Aset Menyeluruh Kerajaan (MPAM) ;
Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) Kerajaan, Bab G - Pelupusan
Aset;
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007: Tatacara Pengurusan Aset
Alih (TPA) Kerajaan, Bab E - Pelupusan; dan
Warta Kerajaan Seri Paduka Baginda, Jilid 53 No.16 Bertarikh 6 hb Ogos
2009.
15.0 LAMPIRAN
Lampiran 1 : Carta Alir Pelupusan Komponen Binaan - Musnah
Lampiran 2 : Carta Alir Pelupusan Komponen Binaan – Hadiah / Pindahan
Lampiran 3 : Carta Alir Pelupusan Komponen Binaan - Jualan
Lampiran 4 : Carta Alir Pelupusan Komponen Binaan - Tukar Beli
(Trade In)
Lampiran 5 : Borang L.K 1: Senarai Komponen Binaan Yang Hendak
Dilupuskan
Lampiran 6 : Warta Kerajaan Seri Paduka Baginda, Jilid 53 No.16 Bertarikh
6 hb Ogos 2009
LAMPIRAN 1
CARTA ALIRAN PELUPUSAN KOMPONEN BINAAN / SISA BINAAN -
KAEDAH MUSNAH
TINDAKANCARTA ALIRAN RUJUKAN/ LAMPIRAN
Mula
POF
POF
POF
POF
POF Terima arahan/keputusan kaedah
melupus secara musnah
M
Kenalpasti komponen binaan
Dapatkan kelulusan tempat
pemusnahan
Sediakan penentusahan
pelupusan aset
Laksana,pantau dan kawal kerja-
kerja pemusnahan (ditanam/
dibuang/dibakar/ditenggelam)
JKR.PATA F10/4
JKR.PATA F10/5
Aktiviti 14 Perkara 6.1 Carta Prosedur G3
TPATA
Tamat
Senaraikan komponen binaan
yang hendak dilupuskan
Dalam tempoh
ditetapkan ?
Ya
Mohon lanjutan
tempoh kepada JKPAKTidak
Lulus ?
Penilaian semula
Tidak
Ya
Kemaskini pangkalan data
T
POF
PTF yang
bertanggungjawab
Kemukakan penentusahan dan
laporan pelupusan aset kepada
PTF
POF
Agensi pelaksana, POF
Ahli Lembaga Pemeriksa
Aset Tak Alih
JKR.PATA F10/4
Carta Prosedur G4 Aktiviti 4 TPATA
Rujuk Lampiran 5 (Borang L.K 1)
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Jabatan
Alam Sekitar / Jabatan Laut / Lain-lain
Arahan Perbendaharaan / Pekeliling
Perbendaharaan yang berkuat kuasa
Arahan Jabatan yang berkaitan
1
4
5
3
2
6
7
8
10
9
LAMPIRAN 2
CARTA ALIRAN PELUPUSAN KOMPONEN BINAAN -
HADIAH/PINDAHAN
TINDAKANCARTA ALIRAN RUJUKAN/ LAMPIRAN
Mula
POF
POF
POF
POF
POF
Sediakan penentusahan
pelupusan aset
Laksana proses penyerahan
JKR.PATA F10/4
JKR.PATA F10/5
Aktiviti 14 Perkara 6.1 Carta Prosedur G3
TPATA
Tamat
Dalam tempoh
ditetapkan ?
Ya
Mohon lanjutan
tempoh kepada JKPAKTidak
Lulus ?
Penilaian semula
Tidak
Ya
Kemaskini pangkalan data
T
POF
PTF yang
bertanggungjawab
Kemukakan penentusahan dan
laporan pelupusan aset kepada
PTF
POF
Agensi pelaksana, POF
Ahli Lembaga Pemeriksa
Aset Tak Alih
JKR.PATA F10/4
Carta Prosedur G4 Aktiviti 4 TPATA
Rujuk Lampiran 5 (Borang L.K 1)
1
4
5
3
2
6
7
8
10
9
Pemantauan kerja-kerja
menanggalkan/mengeluarkan
komponen binaan dan kumpul di
tempat yang sesuai dan selamat
Terima arahan/keputusan kaedah
melupus secara hadiah/pindahan
Tetapkan jadual penyerahan
Senaraikan komponen binaan
yang hendak dilupuskan
Kenalpasti komponen binaan
M
POF
Arahan Perbendaharaan / Pekeliling
Perbendaharaan yang berkuat kuasa
Arahan Jabatan yang berkaitan
11
LAMPIRAN 3
CARTA ALIRAN PELUPUSAN KOMPONEN BINAAN / SISA BINAAN - JUALAN
TINDAKANCARTA ALIRAN RUJUKAN/ LAMPIRAN
Mula
POF
Kontraktor / POF
POF
Sediakan penentusahan
pelupusan aset
Laksana proses penyerahan
JKR.PATA F10/4
JKR.PATA F10/5
Aktiviti 9 Perkara 6.2 Carta Prosedur G4
TPATA
Tamat
Dalam tempoh
ditetapkan ?
Ya
Mohon lanjutan
tempoh kepada JKPAKTidak
Lulus ?
Penilaian semula
Tidak
Ya
Kemaskini pangkalan data
T
POF
PTF yang
bertanggungjawab
Kemukakan penentusahan dan
laporan pelupusan aset kepada
PTF
POF
POF
Ahli Lembaga Pemeriksa
Aset Tak Alih
JKR.PATA F10/4
Carta Prosedur G4 Aktiviti 4 TPATA
Rujuk Lampiran 5 (Borang L.K 1)
1
4
5
3
2
6
7
9
8
Terima arahan/keputusan kaedah
melupus secara jualan melalui
kaedah tender / sebutharga /
lelong
Tetapkan jadual penyerahan
Senaraikan komponen binaan
yang hendak dilupuskan
M
POF
Arahan Perbendaharaan / Pekeliling
Perbendaharaan yang berkuat kuasa
Arahan Jabatan yang berkaitan
10
Sediakan resit jualan POF
LAMPIRAN 4
CARTA ALIRAN PELUPUSAN KOMPONEN BINAAN – TUKAR BELI (TRADE IN)
TINDAKANCARTA ALIRAN RUJUKAN/ LAMPIRAN
Mula
Kontraktor / POF
POF
Sediakan penentusahan
pelupusan aset
Laksana proses penggantian
JKR.PATA F10/4
JKR.PATA F10/5
Aktiviti 9 Perkara 6.2 Carta Prosedur G4
TPATA
Tamat
Dalam tempoh
ditetapkan ?
Ya
Mohon lanjutan
tempoh kepada JKPAKTidak
Lulus ?
Penilaian semula
Tidak
Ya
Kemaskini pangkalan data
T
POF
PTF yang
bertanggungjawab
Kemukakan penentusahan dan
laporan pelupusan aset kepada
PTFPOF
POF
Ahli Lembaga Pemeriksa
Aset Tak Alih
JKR.PATA F10/4
Carta Prosedur G4 Aktiviti 4 TPATA
Rujuk Lampiran 5 (Borang L.K 1)
1
3
4
2
5
6
7
9
8
Terima arahan/keputusan kaedah
melupus secara tukar beli melalui
tender / sebutharga
Tetapkan jadual penggantian
Senaraikan komponen binaan
yang hendak dilupuskan
M
POF
Arahan Perbendaharaan / Pekeliling
Perbendaharaan yang berkuat kuasa
Arahan Jabatan yang berkaitan
10
Sediakan surat akuan
penerimaan dan resit jualanPOF
POF
L.K 1
Senarai Komponen Binaan Yang Hendak Dilupuskan.
Kementerian/Jabatan :
No. Daftar Premis Aset (DPA) :
Kaedah Pelupusan : * Musnah/Hadiah/Pindahan/Jualan/Tukar Beli (* Potong mana yang tidak berkenaan)
Bil. Komponen No. DAK Kuantiti Catatan
(** Sila gunakan lampiran jika ruang tidak mencukupi)
Disediakan : Disahkan :
……………………… ……………………..
(Tandatangan) (Tandatangan) Nama : Nama : Jawatan : Jawatan : Tarikh : Tarikh : Cop : Cop :
LAMPIRAN 5