15
Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami Menurut Undang- undang Keluarga Islam Md Yazid Ahmad, Ahmad Muhammad Husni & Noor Lizza Mohamed Said Polemik berhubung poligami di kalangan masyarakat Islam di negara ini sering menjadi tumpuan media massa khususnya hal yang menyentuh kedudukan hak isteri pertama terhadap harta dalam tempoh perkahwinan tersebut. Pengorbanan mereka diiktiraf dalam undang-undang keluarga Islam dengan diberi kelebihan dari sudut membolehkan pembahagian harta sepencarian dalam perkahwinan berdasarkan tempoh usia perkahwinan yang lebih lama berbanding isteri-isteri yang lain. Justeru, dapat difahami bahawa harta sepencarian bukan sahaja boleh dituntut semasa atau selepas berlakunya perceraian hidup ataupun kematian tetapi juga semasa perkahwinan masih berjalan iaitu semasa permohonan poligami ataupun setelah berlaku poligami. Dalam hal ini, Mahkamah mempunyai kuasa untuk memberikan perintah pembahagian harta sepencarian sama ada poligami tersebut mendapat keizinan mahkamah atau tanpa kebenaran mahkamah. Namun permohonan tuntutan harta sepencarian oleh pihak isteri bagi poligami tanpa kebenaran mahkamah (di luar negara) hanya boleh dilakukan jika poligami tersebut didaftarkan kerana hak harta sepencarian isteri yang sedia ada tidak akan hilang dengan sebab perkahwinan poligami dilakukan di luar negara (Roshdan 2013). Dewasa ini, hak harta sepencarian isteri pertama dalam perkahwinan poligami telah dilindungi dan dijamin oleh undang- undang melalui pindaan yang telah dibuat ke atas peruntukan berkaitan poligami sebagaimana yang termaktub dalam s. 23, Akta @ Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri (selain negeri Terengganu dan Sarawak). Isu paling signifikan yang sering dibahaskan berhubung peruntukan-peruntukan dalam undang-undang berkenaan poligami ini adalah dari sudut kemampuannya membela, memelihara dan meletakkan hak pada tempatnya terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung terutamanya kaum wanita. Langkah- langkah yang lebih praktikal dan pragmatik untuk penambahbaikan dari masa ke masa hendaklah dilakukan namun ia perlu dalam konteks kerangka asas yang berteraskan kebajikan dan keadilan pihak isteri

Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami Menurut ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/Bab-08-Md-Yazid... · Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami 93 termasuk

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami Menurut ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/Bab-08-Md-Yazid... · Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami 93 termasuk

Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami Menurut Undang-

undang Keluarga Islam

Md Yazid Ahmad, Ahmad Muhammad Husni & Noor Lizza Mohamed Said

Polemik berhubung poligami di kalangan masyarakat Islam di negara ini sering menjadi tumpuan media massa khususnya hal yang menyentuh kedudukan hak isteri pertama terhadap harta dalam tempoh perkahwinan tersebut. Pengorbanan mereka diiktiraf dalam undang-undang keluarga Islam dengan diberi kelebihan dari sudut membolehkan pembahagian harta sepencarian dalam perkahwinan berdasarkan tempoh usia perkahwinan yang lebih lama berbanding isteri-isteri yang lain.

Justeru, dapat difahami bahawa harta sepencarian bukan sahaja boleh dituntut semasa atau selepas berlakunya perceraian hidup ataupun kematian tetapi juga semasa perkahwinan masih berjalan iaitu semasa permohonan poligami ataupun setelah berlaku poligami. Dalam hal ini, Mahkamah mempunyai kuasa untuk memberikan perintah pembahagian harta sepencarian sama ada poligami tersebut mendapat keizinan mahkamah atau tanpa kebenaran mahkamah. Namun permohonan tuntutan harta sepencarian oleh pihak isteri bagi poligami tanpa kebenaran mahkamah (di luar negara) hanya boleh dilakukan jika poligami tersebut didaftarkan kerana hak harta sepencarian isteri yang sedia ada tidak akan hilang dengan sebab perkahwinan poligami dilakukan di luar negara (Roshdan 2013).

Dewasa ini, hak harta sepencarian isteri pertama dalam perkahwinan poligami telah dilindungi dan dijamin oleh undang-undang melalui pindaan yang telah dibuat ke atas peruntukan berkaitan poligami sebagaimana yang termaktub dalam s. 23, Akta @ Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri (selain negeri Terengganu dan Sarawak). Isu paling signifikan yang sering dibahaskan berhubung peruntukan-peruntukan dalam undang-undang berkenaan poligami ini adalah dari sudut kemampuannya membela, memelihara dan meletakkan hak pada tempatnya terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung terutamanya kaum wanita. Langkah-langkah yang lebih praktikal dan pragmatik untuk penambahbaikan dari masa ke masa hendaklah dilakukan namun ia perlu dalam konteks kerangka asas yang berteraskan kebajikan dan keadilan pihak isteri

Page 2: Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami Menurut ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/Bab-08-Md-Yazid... · Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami 93 termasuk

Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami

93

termasuk tanggungannya bagi memartabatkan hak kaum wanita di negara ini sekaligus mengelakkan kezaliman serta penganiayaan sejajar dengan saranan yang terkandung dalam al-Quran al-Karim.

Sehubungan dengan itu, artikel ini memfokuskan perbincangan berhubung pembahagian harta sepencarian dalam poligami dari sudut kedudukannya menurut akta dan enakmen undang-undang keluarga Islam, justifikasi pembahagiannya, pihak-pihak yang layak menuntut dan asas penentuan kadar penilaian untuk pembahagian harta sepencarian dalam poligami.

Konsep Harta Sepencarian di Malaysia

Harta sepencarian telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada adat Melayu (Hajjah Lijah bte Jamal lwn. Fatimah binti Mat Diah [1950] MLJ 63) dan telah diterima oleh syarak (Noor Bee lwn. Ahmad Shanusi [1981]1 JH (2) 63) berdasarkan kepada pendapat ulama berdasarkan kitab fiqh seperti Bughyat al-Mustarsyidin (al-Sayyid ‘Abd al-Rahman 1952), al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Shar‘iyyah (Ibn al-Qayyim 1961), I‘anat al-Talibin (al-Dimyati 2009), Fiqh al-Sunnah (Sayyid Sabiq 1981) dan ‘uruf (al-Suyuti 1911: 99; Abdullah Abu Bakar 1991; Muhammad 1982) dan ada yang berpendapat mempunyai konotasi dengan harta musha‘ (Kalthom lwn Nordin [1994] 9 JH 178), harta syarikat (Ramah lwn. Laton [1927] 6 F.M.S.L.R. 128) dan Sharikat al-Milk dalam mazhab Hanafi (Habsah bt Mat lwn. Abdullah bin Jusoh [1905] 16 M.C. 60; Laton lwn Ramah [1927] 6 FMSLR: 116; Wan Mahatan lwn. Haji Abdul Samad [1937] 15 JMBRAS) yang akhirnya dikuatkuasakan oleh undang-undang dengan memasukkannya dalam peruntukan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri masing-masing. Selaras dengan itu, Mahmood Zuhdi dan Raihanah (1989) berpendirian bahawa pemakaian amalan pembahagian harta sepencarian di Malaysia ini adalah selari dengan landasan dan prinsip keadilan dalam Islam. Harta sepencarian juga dikenali sebagai carian laki bini, pencarian, pencurian, gono-gina, harecula sihareukat, harta suarang, guna-kaya, druwe bagro dan barang-barang perpantangan (Abdullah Abu Bakar 1991: 142).

Pentakrifan dari sudut bahasa, harta sepencarian ialah ‘harta yang diperoleh daripada suami isteri’ (Kamus Dewan Edisi Keempat 2008). Menurut M.B. Hooker (1976) harta sepencarian didefinisikan sebagai harta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri dalam masa perkahwinan atau harta daripada usaha sama di antara suami dan isteri sejak menjalani hidup selepas berkahwin (M.B. Hooker 1968, 16: 421), termasuk nilai harta yang diperolehi sebelum mereka berkahwin (asal) yang telah dimajukan atau ditingkat nilainya dalam masa perkahwinan (Suwaid 2003: 3). Berhubung persoalan sumbangan

Page 3: Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami Menurut ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/Bab-08-Md-Yazid... · Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami 93 termasuk

Isu Syariah & Undang-undang Siri 20

94

dalam harta sepencarian, Siti Zalikhah (1996) merumuskan bahawa sumbangan boleh berlaku dalam tiga bentuk iaitu pengumpulan harta atau modal, usaha menambah harta yang sedia ada dan sumbangan lain seperti pandangan, nasihat dan dorongan. Sehubungan dengan itu, segala aset yang diperoleh sebelum dari tarikh perkahwinan, dalam perkahwinan yang tidak sah dan yang terhasil selepas dari tarikh perceraian (Ningal @ Yang Chik lwn Jamal [1989] 5 JH (1) 186) serta harta yang diperoleh dalam masa perkahwinan melalui pusaka, hadiah, hibah tidak dikira sebagai harta sepencarian tetapi harta milik individu (Zainul Rijal Abu Bakar & Nurhidayah Muhd Hashim 2008: 81).

Harta sepencarian menurut undang-undang pula ditakrifkan sebagai harta yang diperolehi bersama semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak. Sementara itu, di bawah Undang-undang Keluarga Islam Negeri Perak (s. 2, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perak 2004 En. 6/04) dan Pahang (s. 2, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang En.3/2005) mentakrifkan harta sepencarian sebagai pendapatan atau harta yang didapati daripada usaha bersama suami dan isteri termasuklah pendapatan yang didapati daripada modal yang diperolehi daripada usaha mereka bersama. Manakala di Johor (s. 2, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Johor 2003 En.17/03), Melaka (s. 2, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Melaka 2002 No. 12/1983), Perlis (s. 2, Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam Perlis Bil.4/19991), Pulau Pinang (sek.2, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pulau Pinang Bil. 5/2004), Sabah (s. 2, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Sabah (No.15/1992), Sarawak (s. 2, Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Sarawak (Bab 43/2001), Terengganu (s. 2, Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu (Bil. 12/1985) dan Wilayah-wilayah Persekutuan (s. 2, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303), harta sepencarian ditafsirkan sebagai ‘harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak’. Sementara itu, di Selangor (s. 2, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 En. 2/03) dan Negeri Sembilan (s. 2, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003 En. 11/03), harta sepencarian ditafsirkan sebagai ‘harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri, sama ada secara langsung atau tidak langsung semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak’.

Justeru itu, dapat dirumuskan bahawa harta sepencarian ialah segala aset-aset merangkumi aset alih dan tak alih yang diperoleh secara usaha bersama suami dan isteri (Zailan bin Abas dan Tiga Yang

Page 4: Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami Menurut ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/Bab-08-Md-Yazid... · Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami 93 termasuk

Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami

95

Lain lwn Zaiton binti Abdullah [2006] 22 JH (2) 279) ataupun usaha tunggal (Norayah Bakar lwn Mohd Adnan Mohd. Amin [2006] 21 JH (1) 81) sama ada melalui sumbangan langsung (Rogayah binti Ismail lwn Abd Razak bin Sulong [2005] 20 JH (2) 342) atau tidak langsung (Mohamad Ainuddin Mohamad Nasurdin lwn. Rohani Ismail [2006] 21 JH (1) 54; Boto’ binti Taha lwn. Jaafar bin Muhamed [1985] 2 MLJ 98; Tengku Anun Zaharah lwn Dato’ Dr Hussein [1983] 3 JH (1) 125 ) dalam tempoh perkahwinan termasuk aset yang dimajukan atau dikembangkan dalam masa perkahwinan berpunca daripada harta yang dimiliki sebelum berkahwin (Hujah Lijah bte Jamal lwn. Fatimah binti Mat Diah [1950] MLJ 65) ataupun aset yang terhasil daripada pelbagai jenis pekerjaan yang dilakukan oleh suami dan isteri (Piah binti Said lwn. Che Lah bin Awang [1983] 2 JH 220) mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak. Tuntutan ke atas harta yang tergolong dalam takrifan harta sepencarian ini boleh dibuat oleh pihak-pihak yang layak semasa perkahwinan masih berjalan iaitu poligami, semasa ataupun selepas perceraian dan jika berlaku kematian.

Justifikasi Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami

Sehubungan dengan itu, amalan berpoligami pula sememangnya dibolehkan dalam Islam apatah lagi sekiranya individu itu mampu berlaku adil sebagaimana yang termaktub dalam ayat 4, surah al-Nisa’. Oleh itu, dengan merealisasikan pelaksanaan tuntutan pembahagian harta sepencarian dalam poligami maka ia boleh dilihat sebagai salah satu mekanisme untuk mengukur sejauh mana individu itu betul-betul mampu berlaku adil untuk menanggung dan memberi nafkah kepada isterinya yang sedia ada dan juga bakal isterinya serta semua orang yang akan menjadi tanggungannya.

Seterusnya, pembahagian harta sepencarian dalam poligami ini dapat mengelakkan penganiayaan bagi memastikan hak isteri atau pun isteri-isteri yang sedia ada terpelihara. Ini kerana harta sepencarian tersebut bukan sahaja untuk pihak isteri tetapi juga untuk kebajikan anak-anak hasil daripada perkongsian hidup bersama selain boleh menjadi sumber pendapatan sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada pasangan. Situasi ini boleh mengelakkan berlakunya perceraian akibat poligami kerana isteri tidak berasa dianiaya apabila sumbangan mereka sepanjang hidup bersama tetap terpelihara dan diberi ganjaran sewajarnya (Roshdan 2013).

Selain itu daripada sudut pemilikan harta, pembahagian harta sepencarian dalam poligami ini dapat menjamin harta sepencarian pihak isteri pertama ataupun isteri sedia ada kerana sumbangan yang

Page 5: Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami Menurut ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/Bab-08-Md-Yazid... · Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami 93 termasuk

Isu Syariah & Undang-undang Siri 20

96

diberikan olehnya adalah melebihi sumbangan isteri yang baru berasaskan kepada tempoh usia perkahwinan antara kedua-duanya. Melalui pembahagian ini juga dapat mengelakkan harta isteri-isteri terbabit bercampur di antara satu sama lain serta dapat mengelakkan masalah seperti menggunakan hak orang lain tanpa hak.

Malah, pembahagian ini merupakan satu bentuk remedi bagi isteri yang lebih lama mendirikan rumahtangga bersama suaminya dalam hal pemilikan harta sekiranya berlaku kematian ke atas suaminya. Ini kerana melalui kaedah pengiraan faraid, setiap isteri (sama ada seorang ataupun lebih) berhak mendapat ¼ jika tiada anak dan 1/8 jika mempunyai anak dan mereka berkongsi bahagian tersebut jika lebih daripada seorang. Sebagai contoh, jika ada 2 orang isteri dan mempunyai anak, mereka akan berkongsi 1/8 dan menjadikan bahagian setiap seorang menjadi 1/16 dan bahagiannya akan terus mengecil jika berkongsi dengan 3 orang ataupun 4 orang. Situasi sebegini menyebabkan bahagian isteri pertama menjadi kian mengecil dan mungkin berasa kecewa serta berasa dirinya teraniaya. Justeru itu, sebagai langkah alternatif untuk menangani situasi ini, mereka boleh mengemukakan permohonan tuntutan harta sepencarian dalam perkahwinan poligami untuk mempastikan haknya terjamin dan terpelihara. Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan pertikaian dan pergaduhan di antara isteri-isteri tersebut tentang status serta hak harta masing-masing apabila berlaku perceraian sama ada perceraian hidup ataupun perceraian mati.

Matlamat asas hukum syarak adalah untuk memenuhi kehendak maslahah dan menolak kerosakan (al-Shathri 1994: 5) dengan maksud merealisasikan kemaslahatan manusia dan memeliharanya serta menolak kemudharatan yang boleh menimpa manusia (‘Abd. al-Karim 1987: 378). Berdasarkan justifikasi pembahagian harta sepencarian dalam poligami ini, jelas menunjukkan bahawa peruntukan tersebut adalah untuk memberikan keadilan dan melindungi hak pihak-pihak yang terbabit terutamanya pihak isteri dan ini bertepatan dengan pandangan al-Shatibi (1997) yang menyatakan bahawa intipati perundangan sebagaimana yang dimaksudkan oleh Allah SWT itu ialah bagi memenuhi maslahah-maslahah ukhrawi dan duniawi. Justeru itu, peruntukan yang membolehkan perintah pembahagian harta sepencarian dikeluarkan oleh mahkamah melalui permohonan pihak-pihak khususnya pihak isteri dalam perkahwinan poligami merupakan aplikasi prinsip ‘siyasah shar‘iyyah’ oleh pihak pemerintah bagi memelihara maslahah pihak awam.

Page 6: Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami Menurut ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/Bab-08-Md-Yazid... · Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami 93 termasuk

Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami

97

Sudut Undang-undang

Sebelum wujudnya pindaan dalam Akta atau Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri berhubung harta sepencarian dalam poligami, harta sepencarian hanya boleh dituntut oleh pasangan suami dan isteri selepas berlaku perceraian. Contohnya, s. 58 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan:

1. Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz

talaq atau apabila membuat satu perintah penceraian, memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperoleh oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka

dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

2. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1),

Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang:

a) Takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap

satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperoleh aset-aset itu;

b) Apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka;

c) Keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada, dan tertakluk kepada pertimbangan-

pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang sama banyak.

3. Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz

talaq atau apabila membuat perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi dalam masa perkahwinan

dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

4. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (3), Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada;

a) Takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak memperolehi aset itu, kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga;

b) Keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,

dan, tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, mahkamah boleh membahagikan aset-aset itu atau hasil jualan

itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkan munasabah, tetapi

Page 7: Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami Menurut ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/Bab-08-Md-Yazid... · Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami 93 termasuk

Isu Syariah & Undang-undang Siri 20

98

walau bagaimanapun, pihak yang telah memperolehi aset-aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang

lebih besar.

5. Bagi maksud seksyen ini, rujukan-rujukan mengenai aset yang

diperolehi dalam masa perkahwinan termasuklah aset-aset yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu

oleh pihak yang satu lagi itu atau dengan usaha bersama mereka.

Namun dengan adanya Arahan Amalan No. 5 (Tahun 2003 JKSM), tuntutan harta sepencarian telah dibolehkan bukan sahaja semasa tuntutan perceraian ataupun selepas perceraian tetapi juga selepas berlakunya kematian salah satu pihak dalam perkahwinan. Kedudukan ini diperkukuhkan lagi dengan adanya fatwa yang telah dikeluarkan oleh beberapa negeri contohnya, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 18 April 2005 (Diwartakan pada 23 Jun 2005) antaranya telah menetapkan harta sepencarian boleh dibahagikan selepas tanggungan si mati dilepaskan dan sebelum pembahagian harta pusaka dilaksanakan serta persetujuan pembahagian tersebut perlu dibuat melalui perintah mahkamah. Sementara itu fatwa Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada 18 Ogos 2002 antaranya telah membuat keputusan bahawa tuntutan harta sepencarian boleh dibuat selepas berlakunya kematian salah satu pasangan iaitu suami atau isteri. Kini, tuntutan harta sepencarian telah diperluaskan lagi dengan membolehkan ia dilakukan semasa perkahwinan iaitu ketika berlakunya permohonan poligami oleh pihak suami melalui Arahan Amalan No. 14 (Tahun 2006 JKSM).

Justru, bagi memelihara maslahah dan melindungi kebajikan pihak isteri@isteri-isteri yang akan terlibat dengan perkahwinan poligami, satu pindaan telah dibuat ke atas Akta @ Enakmen undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri berhubung tuntutan harta sepencarian dalam poligami. Sebagai contoh, penambahan subseksyen 23(9) dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 melalui s. 6, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan 2006) yang telah diluluskan oleh Dewan Negara pada 22 Disember 2005 dan kemudiannya dilaksanakan pada 11 Januari 2006. Di Selangor pula pindaan dibuat pada s. 23, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor dengan memasukkan peruntukan seksyen 23(10) telah diluluskan dan diwartakan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor pada 22 September 2005.

Contoh peruntukan berhubung dengan pembahagian harta sepencarian dalam poligami ialah dalam s. 23 (9) Akta Undang-

Page 8: Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami Menurut ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/Bab-08-Md-Yazid... · Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami 93 termasuk

Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami

99

undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, Pindaan 2006 (Akta A1261), memperuntukkan:

“Tiap-tiap Mahkamah yang memberikan kebenaran atau

memerintahkan supaya suatu perkahwinan didaftarkan di bawah

seksyen ini adalah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana

pihak kepada perkahwinan itu-“

a) untuk menghendaki seseorang untuk membuat pembayaran

nafkah kepada isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada; atau

b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperoleh

oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan itu melalui usaha

bersama mereka dibahagikan antara mereka atau supaya mana-

mana eset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan.”

Peruntukan ini merupakan pindaan kepada peruntukan poligami yang sedia ada dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri. Pindaan ini memberi hak kepada pihak isteri ataupun isteri-isteri membuat permohonan tuntutan harta sepencarian ke atas apa-apa harta yang diperoleh melalui usaha bersama secara khusus dalam tempoh perkahwinan (tanpa memerlukan perceraian) dan boleh diperintahkan oleh Mahkamah Syariah sebelum pihak mahkamah memberikan kebenaran berpoligami kepada suami ataupun setelah berlaku poligami (iaitu bagi pihak isteri yang belum membuat tuntutan tersebut) dan bagi poligami tanpa kebenaran mahkamah di luar negara tetapi telah didaftarkan (Roshdan 2013). Namun ia tertakluk di atas permohonan yang dibuat oleh pihak-pihak dan bukannya sesuatu yang mengikat permohonan poligami atau menjadi perkara yang diwajibkan dan mahkamah tidak dapat berbuat apa-apa sekiranya pihak-pihak tidak membuat tuntutan tersebut. Namun demikian hak memohon tuntutan pembahagian harta sepencarian dalam perkahwinan poligami tersebut tetap wujud.

Harta yang boleh dituntut sebagai harta sepencarian dalam poligami ini tidak termasuk harta yang diperoleh secara umum atau harta individu yang dimiliki melalui pusaka, hibah, hadiah, wasiat mahupun harta yang diperoleh sebelum berkahwin dan yang seumpamanya.

Peruntukan berhubung pembahagian harta sepencarian dalam poligami telah dimasukkan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam bagi negeri masing-masing iaitu dalam s. 23(10), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perak 2004 En. 6/04, s. 23 (10), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang En.3/2005, s. 23(10), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Johor 2003 En.17/03, s. 23(10), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Melaka 2002 No. 12/1983, s. 23(9), Enakmen Pentadbiran Undang-Undang

Page 9: Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami Menurut ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/Bab-08-Md-Yazid... · Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami 93 termasuk

Isu Syariah & Undang-undang Siri 20

100

Keluarga Islam Perlis Bil.4/19991, s. 23(10), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pulau Pinang Bil. 5/2004, s. 23(10), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Sabah No.15/1992, s. 23(10), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 En. 2/03, s. 23(10), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003 En. 11/03, s. 23(10), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Kelantan 2001 En. 6/2002 kecuali negeri Terengganu dan Sarawak yang tidak memperuntukkan tentang harta sepencarian dalam poligami. Ini bermakna, harta sepencarian bagi negeri-negeri tersebut hanya boleh dituntut hanya setelah berlaku perceraian sama ada perceraian mati ataupun perceraian hidup.

Pihak yang Layak Membuat Tuntutan

Secara umumnya, berdasarkan kepada kes-kes tuntutan harta sepencarian terdahulu (sebelum dikuatkuasakan peruntukan pembahagian harta sepencarian dalam poligami), kebanyakan yang membuat permohonan tuntutan harta sepencarian ini adalah pihak isteri namun ia sebenarnya bukanlah hak eksklusif pihak isteri semata-mata tetapi hak eksklusif kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri kerana pihak suami juga berhak menuntut harta sepencarian (Roberts @ Kamaruzzaman lwn Ummi Khaltom [1966] 2 MLJ 163). Ini terbukti berdasarkan pentakrifan harta sepencarian itu sendiri dalam peruntukan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri dan juga dalam keputusan-keputusan kes yang telah dibuat oleh para hakim berhubung kes-kes tuntutan harta sepencarian. Contohnya, s. 2, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor mendefinisikan harta sepencarian sebagai ‘harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.’ Justeru itu, pada dasarnya pihak-pihak yang mempunyai hak untuk menuntut harta sepencarian dalam poligami adalah pihak-pihak dalam perkahwinan sama ada isteri ataupun suami kerana mereka mempunyai hak yang thabit terhadap harta dalam perkahwinan tersebut.

Namun demikian mahkamah tidak menafikan hak waris untuk menuntut harta sepencarian dalam poligami bagi pihak si mati (isteri) sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes Tuan Awang bin Mamat & Lain-lain lwn Tuan Alam bin Tuan Ahmad & Yang Lain [2006] 22 (2) JH 207. Dalam kes ini, plaintif adalah anak kepada Tuan Mamat dan Tuan Sonik yang telah meninggal dunia dan defendan adalah waris isteri kedua Tuan Mamat. Mahkamah membuat keputusan menolak tuntutan harta sepencarian oleh pihak plaintif (bagi pihak Tuan Sonik) kerana telah berlalunya satu tempoh masa yang begitu lama iaitu kira-kira lima puluh tahun, yang sepatutnya

Page 10: Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami Menurut ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/Bab-08-Md-Yazid... · Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami 93 termasuk

Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami

101

boleh dibuat oleh pihak plaintif selepas Tuan Sonik meninggal dunia namun mahkamah telah tidak menafikan hak waris untuk membuat tuntutan harta sepencarian tersebut mengikut Hukum Syarak.

Sehubungan dengan itu, Ibrahim (2007) menjelaskan bahawa apabila harta sepencarian ada asasnya di segi syarak, maka hak itu boleh dituntut oleh waris-waris kerana hak itu akan berpindah kepada waris sekiranya yang empunya hak itu meninggal dunia. Tuntutan seperti ini boleh dibuat ke atas pihak yang masih hidup atau ke atas waris si mati kerana hak seseorang itu tidak gugur kecuali ia menolak haknya dan jika hak itu masih wujud akan berpindah kepada warisnya jika dia meninggal. Justeru itu, waris-waris fardhu bagi pihak si mati (sama ada suami atau isteri) seperti anak, ibu dan bapa boleh menuntut harta sepencarian jika pihak-pihak dalam perkahwinan itu yang masih hidup tidak mengemukakan sebarang tuntutan tersebut di mahkamah.

Situasi ini termasuklah dalam kes di mana suami yang memiliki dua orang isteri dan salah seorang isterinya meninggal dunia maka anak-anak kepada isteri yang meninggal dunia boleh membuat tuntutan harta sepencarian dalam perkahwinan poligami tersebut bagi pihak ibunya yang telah meninggal dunia (Tuan Awang bin Mamat & Lain-lain lwn Tuan Alam bin Tuan Ahmad & Yang Lain [2006] 22 JH (2) 207) ataupun anak kepada suami yang telah meninggal dunia membuat tuntutan harta sepencarian dalam poligami bagi pihak almarhum bapanya (Bukhary Mohd Noor lwn Aisyah Ismail [2004] 18 JH (2) 245).

Namun yang menjadi persoalan mungkin bagaimana waris si mati dapat membuktikan dan memuaskan hati mahkamah bahawa harta tersebut diperoleh semasa tempoh perkahwinan dan si mati ada memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak secara langsung (Miszairi Sitiris & Akmal Hidayah Halim 2010: 36). Walaupun keputusan akhir berhubung dengan tuntutan tersebut bergantung kepada budi bicara mahkamah namun perkara yang paling signifikan di sini adalah hak untuk memohon tuntutan bagi pihak si mati sama ada suami atau isteri boleh dilakukan oleh waris-waris mereka.

Selain itu, terdapat peruntukan yang jelas menyatakan bahawa kedua-dua belah pihak dalam perkahwinan iaitu suami dan isteri berhak membuat tuntutan harta sepencarian dalam poligami, sebagai contoh, s. 23(10), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, memperuntukkan:

Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan

supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklah

Page 11: Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami Menurut ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/Bab-08-Md-Yazid... · Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami 93 termasuk

Isu Syariah & Undang-undang Siri 20

102

mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada

perkahwinan.

Justeru itu, berdasarkan kepada peruntukan ini, ayat ‘atas permohonan mana-mana pihak’ adalah dengan maksud bahawa pihak suami juga boleh membuat tuntutan harta sepencarian kepada pihak isteri dan begitulah sebaliknya. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak suami menjadi pemohon (plaintif), maka pihak isteri akan menjadi defenden dan sebaliknya apabila pihak isteri menjadi pemohon (plaintif), maka pihak suami menjadi defenden.

Asas Penentuan Kadar Penilaian

Mahkamah yang berbidang kuasa untuk mendengar dan membicarakan kes-kes tuntutan harta sepencarian dalam poligami terhadap pasangan yang beragama Islam adalah Mahkamah Syariah. Sehubungan dengan itu, dalam menentukan dan menilai sesuatu harta yang menjadi pertikaian dalam satu-satu perbicaraan di Mahkamah Syariah sama ada diklasifikasikan sebagai harta sepencarian ataupun tidak maka kriteria yang menjadi faktor penentu bagi memenuhi maksud harta sepencarian yang perlu dibuktikan adalah kewujudan harta (Maimon Mohamad Zain lwn. Mohd Azmi Mohd Said [2006] 21 JH (1) 43), harta diperoleh dalam tempoh perkahwinan bukannya selepas perceraian (Ningal@ Yang Chik lwn Jamal (1989) 6 JH (2) 243) dan sumbangan pihak-pihak (suami dan isteri) sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Sumbangan secara langsung ialah suami dan isteri sama-sama berusaha dan bekerja menyumbangkan tenaga (Haji Ramah lwn. Alpha [1924] 4 FMSLR 179; Mansjur bin Abdul Rahman lwn. Kamariah bte Noordin [1989] 4 JH (2) 300) dan material ataupun modal (Hazlina binti Hamidin lwn Muhammad Zaidi bin Majid [2005] 20 JH (2) 217) untuk memperoleh sesuatu harta seperti tanah, rumah dan sebagainya. Sumbangan secara tidak langsung pula ialah seperti sokongan moral (Boto’ bin Taha lwn Jaafar bin Mohamed [1985] 2 MLJ 98), nasihat, kedudukan bangsawan (Tengku Anun Zaharah lwn Dato’ Dr Hussien bin Mohamed Yusuf [1980] 3 JH 125) dan khidmat dalam rumahtangga (Rokiah lwn Mohamed Idris [1989] 6 JH (2) 272); Haminahbe lwn. Samsudin [1981] 1 JH (2) 63) yang menyebabkan suami dapat memiliki atau memperoleh harta.

Berdasarkan kriteria penilaian tersebut, penilaian harta sepencarian dalam poligami juga adalah sama dengan harta sepencarian yang dituntut semasa ataupun selepas perceraian ataupun selepas kematian. Selain itu, elemen-elemen penting lain yang diberi perhatian oleh mahkamah dalam membuat penilaian terhadap harta sepencarian dalam poligami ialah tarikh pihak-pihak berkahwin secara sah

Page 12: Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami Menurut ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/Bab-08-Md-Yazid... · Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami 93 termasuk

Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami

103

mengikut Hukum Syarak dan juga tarikh sesuatu harta diperoleh oleh pihak suami dan isteri dalam perkahwinan poligami tersebut.

Pada dasarnya, tidak terdapat kaedah atau ketetapan yang khusus berhubung dengan kadar untuk suami dan isteri bagi harta sepencarian. Namun begitu, penentuan kadar tuntutan harta sepencarian termasuk tuntutan yang dibuat dalam poligami adalah berdasarkan kepada budi bicara hakim yang membicarakan kes tersebut. Oleh itu, hakim dalam menentukan kadar atau bahagian yang berhak untuk dibahagikan kepada pihak suami atau isteri, penilaian yang dibuat adalah mengambil kira jumlah dan takat sumbangan pihak-pihak berdasarkan kepada klasifikasi bentuk-bentuk sumbangan yang telah dinyatakan.

Berdasarkan kes-kes tuntutan harta sepencarian yang telah diputuskan, kadar atau bahagian yang diperolehi oleh pihak isteri ialah ½ (Hasmah Omar lwn Abdul Jalil [1958] 34 MLJ 10; Zailan bin Abas dan Tiga Yang Lain lwn Zaiton binti Abdullah [2006] 22 JH (2) 279) atau ⅓ (Norayah Bakar lwn Mohd Adnan Mohd. Amin [2006] 21 JH (1) 81) atau ¼ (Ramah binti Mat Darus lwn Alpha binti Osman dll [1924] 4 FMSLR 179) atau 1/6 (Md. Yusuf bin Abdul Rahman lwn Norlia binti Abdul Aziz [2005] 20 JH (1) 122) dan kadangkala tidak mendapat apa-apa bahagian (Isa Abd.Rahman lwn Fatimah @ Yong Mohamad [2006] 20 JH (I) 67). Manakala bahagian untuk pihak suami pula ialah ½, ⅔, ⅓ dan 5/6. Di dalam menentukan kadar pembahagian kepada pihak-pihak, di antara perkara yang akan dipertimbangkan oleh mahkamah adalah berdasarkan:

a) Takat sumbangan yang telah dibuat oleh pihak-pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperolehi sesuatu aset-aset itu sama ada sumbangan secara langsung ataupun tidak langsung.

b) Apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka.

c) Keperluan anak-anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu seperti perbelanjaan pendidikan, makan dan minum dan sebagainya sekiranya ada.

Dalam hal ini, mahkamah hendaklah dengan seberapa boleh membuat pembahagian yang saksama mengikut usaha atau modal masing-masing.

Berhubung dengan aset yang dihasilkan melalui usaha tunggal satu pihak, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri turut memperuntukkan perkara yang menjadi perhatian dan pertimbangan pihak mahkamah, iaitu:

a) Takat sumbangan secara tidak langsung yang telah dibuat oleh pihak yang tidak memperolehi sesuatu aset itu seperti menjaga

Page 13: Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami Menurut ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/Bab-08-Md-Yazid... · Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami 93 termasuk

Isu Syariah & Undang-undang Siri 20

104

kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga.

b) Keperluan anak-anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu seperti perbelanjaan pendidikan, makan dan minum dan sebagainya sekiranya ada.

Penentuan kadar atau bahagian ke atas aset-aset itu atau hasil jualan adalah terletak pada Mahkamah mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya munasabah tertakluk kepada perkara-perkara yang menjadi pertimbangannya. Namun demikian, perkara yang tidak dapat disangkal ialah pihak yang telah memperoleh aset-aset itu melalui usaha atau sumbangannya yang lebih berbanding pihak yang satu lagi hendaklah menerima satu kadar yang lebih besar (Hamidah binti Abdullah lwn Mohd Johanis bin Busu [2008] 2 JH (26) 182).

Kesimpulan

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, jelas bahawa tuntutan harta sepencarian boleh dipohon semasa atau selepas berlaku perceraian hidup ataupun kematian dan dalam perkahwinan poligami. Tuntutan harta sepencarian dalam perkahwinan poligami pula bukan sahaja boleh dituntut oleh pihak isteri semasa permohonan poligami oleh suami tetapi juga setelah berlaku poligami sama ada perkahwinan poligami itu mendapat keizinan mahkamah ataupun perkahwinan poligami di luar negara yang tidak mendapat kebenaran mahkamah dan permohonan tuntutan boleh dibuat setelah ia didaftarkan. Ini menunjukkan bahawa harta sepencarian juga boleh dituntut tanpa berlakunya perceraian dan pembubaran perkahwinan.

Selain itu, sudut bidang kuasa mahkamah, pihak-pihak yang boleh menuntut dan asas penentuan kadar pembahagian harta sepencarian dalam poligami adalah sama seperti mana tuntutan harta sepencarian yang melibatkan perceraian ataupun kematian. Pembahagian harta sepencarian dalam poligami bukan sahaja dapat mengelakkan pertikaian antara isteri sedia ada dengan isteri yang baru malah ia juga dapat mengelakkan kesulitan kepada mahkamah dalam menentukan hak dan bahagian isteri-isteri terutamanya apabila berlakunya perceraian di antara isteri dan juga kematian kepada suami.

Tuntutan harta sepencarian dalam poligami juga merupakan satu pembaharuan melalui pendekatan siyasah shar‘iyyah oleh pihak pemerintah setelah ia dimasukkan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri selain negeri Terengganu dan Sarawak. Peruntukan tersebut adalah insiatif penambahbaikan peruntukan berkenaan poligami yang sedia ada sebagai memenuhi aspirasi untuk memartabatkan hak wanita Islam yang berpoligami. Namun tindakan-

Page 14: Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami Menurut ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/Bab-08-Md-Yazid... · Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami 93 termasuk

Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami

105

tindakan proaktif ke arah perkembangan yang lebih progresif perlu dijana agar dapat menjamin hak mereka sentiasa terpelihara.

Rujukan

al-Quran al-Karim

Ahmad Ibrahim. 1978. Family Law in Malaysia and Singapore. Malayan Law Journal P.T.E. Singapore.

Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).

al-Dimyati, Abu Bakr ‘Uthman. 2009. I‘anat al-Talibin. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perak 2004 En. 6/04) dan Pahang.

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang En.3/2005.

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Johor 2003 En.17/03.

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Kelantan 2001 En. 6/2002.

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Melaka 2002 No. 12/1983.

Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam Perlis Bil.4/1991.

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pulau Pinang Bil. 5/2004.

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Sabah No.15/1992.

Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu Bil. 12/1985

Hooker, M.B. 1976. The Personal Laws of Malaysia: an Introduction. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Hooker, M.B. 1968. The Interaction of Legislation and Customary Law in Malay State. Comments the America Journal of Comparative Law. 1968. vol. 16.

Ibrahim Lembut. 2007. Kaedah dan Keseragaman Pembahagian Harta Sepencarian dalam Harta Pusaka”, dlm. Konvensyen Perwarisan Harta Islam 2007, hlm. 1-38. Kuala Lumpur: Amanah Raya Berhad.

Ibn Husayn, ‘Abd. al-Rahman Ibn Muhammad. 2009. Bughyat al-Mustarshidin. Ṣan‘ā’: al-Dar al-Fiqhiyyah.

al-Jawziyyah, Ibn Qayyim, Abu ‘Abd Allah bin Abi Bakr. 2008. al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Shar‘iyyah. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Alamiyyah.

Page 15: Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami Menurut ...ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/10/Bab-08-Md-Yazid... · Pembahagian Harta Sepencarian dalam Poligami 93 termasuk

Isu Syariah & Undang-undang Siri 20

106

Kamus Dewan. 2008. Cet.3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid & Raihanah Azahari. 1989. Undang-undang Keluarga Islam: Konsep dan Perlaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Karya Abazie.

Othman Ishak. 1997. Hubungan antara Undang-undang Islam dengan Undang-undang Adat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Sarawak Bab 43/2001.

Raihanah Hj Abdullah. 2003. Berpoligami: Antara Hak Suami dan Hak Isteri Menurut Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia, Jurnal Syariah 11(1): 132-146.

Roshdan Sujak Rafie. 2013. Peguam Syarie menulis: Poligami tak lupus hak harta sepencarian. Berita Harian Online, 18 September 2013.

Ruzman Md. Noor. 2007. Pembuktian Dalam Kes Harta Sepencarian di Mahkamah Syariah Di Malaysia. Jumal Syariah 15(1): 29-42.

Sabiq, Sayyid. 1983M/1403H. Fiqh al-Sunnah. Beirut: Dar al-Fikr.

al-Shathri, Sa‘d bin Nasir. 1994M/1415H. Muqaddimah fi ‘Ilm Maqasid al-Shari’ah. Riyadh: Dar al-Muslim li al-Nashr wa al-Tawzi‘.

al-Shatibi, Ibrahim Ibn Musa Abu Ishaq. 1997/1417H. al-Muwafaqat. Jilid 2. Beirut: Dar al-Ma‘rifah.

Suwaid Tapah. 2003. Harta Sepencarian dan Wang Simpanan KWSP: Suatu Perbincangan dari Sudut “Sumbangan Secara Tidak Langsung”. Jumal Syariah 11(2): 1-22.

Zainul Rijal Abu Bakar & Nurhidayah Muhd Salim. 2008. Isu-isu Syariah di Malaysia Siri 1. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Zaydan, ‘Abd. al-Karim. 1987M/1407H. al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut: Mu’assasat al-Risalah.