15
Pembangunan Mualaf Dakwah Pembangunan Dakwah Mualaf disunting oleh Siti Rugayah Hj. Tibek Fariza Md. Sham Muhammad Hilmi Jalil disunting oleh Siti Rugayah Hj. Tibek. Fariza Md. Sham Muhammad Hilmi Jalil Pembangunan Dakwah Mualaf Golongan mualaf atau lebih dikenali dengan gelaran saudara baru atau saudara Muslim dalam konteks Malaysia adalah sekumpulan individu yang telah menganut agama Islam dengan meninggalkan agama asal mereka. Sebagai individu yang baru mengenali Islam, keperluan kepada proses bimbingan untuk memahami dan mengamalkan ajaran Islam amat diperlukan. Sokongan moral dan psikologi dari masyarakat dan pihak yang berhubung terus dengan mualaf seperti pendakwah dan kaunselor Muslim amat diperlukan, agar golongan mualaf mempunyai kekuatan jiwa dalam mengharungi cabaran sebagai saudara baru. Berdasarkan keperluan ini, maka buku Pembangunan Dakwah Mualaf dihasilkan. SITI RUGAYAH HJ. TIBEK, Ph.D, Profesor di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Juga merupakan Felo Utama Bersekutu di Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. FARIZA MD. SHAM, Ph.D, Prof. Madya di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Juga merupakan Felo Kanan Bersekutu di Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. MUHAMMAD HILMI JALIL, Ph.D, Felo Penyelidik di Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pembangunan Dakwah Mualaf€¦ · Bab 11 Program Bantuan kepada Mualaf ...127 Aidit Ghazali & Zulkifli Abd Hamid Bab 12 Peningkatan Kualiti Hidup Mualaf Orang ...143 Fariza Md Sham,

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pembangunan Dakwah Mualaf€¦ · Bab 11 Program Bantuan kepada Mualaf ...127 Aidit Ghazali & Zulkifli Abd Hamid Bab 12 Peningkatan Kualiti Hidup Mualaf Orang ...143 Fariza Md Sham,

Pembangunan

MualafDakwah

Pembangunan D

akwah M

ualaf

disunting olehSiti Rugayah Hj. Tibek

Fariza Md. ShamMuhammad Hilmi Jalil

disu

ntin

g o

leh S

iti Ru

ga

ya

h H

j. Tib

ek

. Fariza

Md

. Sh

am

Mu

ha

mm

ad

Hilm

i Jalil

Pembangunan Dakwah Mualaf

Golongan mualaf atau lebih dikenali dengan gelaran saudara baru atau saudara Muslim dalam konteks Malaysia adalah sekumpulan individu yang telah menganut agama Islam dengan meninggalkan agama asal mereka. Sebagai individu yang baru mengenali Islam, keperluan kepada proses bimbingan untuk memahami dan mengamalkan ajaran Islam amat diperlukan. Sokongan moral dan psikologi dari masyarakat dan pihak yang berhubung terus dengan mualaf seperti pendakwah dan kaunselor Muslim amat diperlukan, agar golongan mualaf mempunyai kekuatan jiwa dalam mengharungi cabaran sebagai saudara baru. Berdasarkan keperluan ini, maka buku Pembangunan Dakwah Mualaf dihasilkan.

SITI RUGAYAH HJ. TIBEK, Ph.D, Profesor di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Juga merupakan Felo Utama Bersekutu di Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. FARIZA MD. SHAM, Ph.D, Prof. Madya di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Juga merupakan Felo Kanan Bersekutu di Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. MUHAMMAD HILMI JALIL, Ph.D, Felo Penyelidik di Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 2: Pembangunan Dakwah Mualaf€¦ · Bab 11 Program Bantuan kepada Mualaf ...127 Aidit Ghazali & Zulkifli Abd Hamid Bab 12 Peningkatan Kualiti Hidup Mualaf Orang ...143 Fariza Md Sham,

Pembangunan Dakwah Mualaf

Page 3: Pembangunan Dakwah Mualaf€¦ · Bab 11 Program Bantuan kepada Mualaf ...127 Aidit Ghazali & Zulkifli Abd Hamid Bab 12 Peningkatan Kualiti Hidup Mualaf Orang ...143 Fariza Md Sham,
Page 4: Pembangunan Dakwah Mualaf€¦ · Bab 11 Program Bantuan kepada Mualaf ...127 Aidit Ghazali & Zulkifli Abd Hamid Bab 12 Peningkatan Kualiti Hidup Mualaf Orang ...143 Fariza Md Sham,

Pembangunan Dakwah Mualaf

disunting oleh Siti Rugayah Hj. Tibek

Fariza Md. ShamMuhammad Hilmi Jalil

INSTITUT ISLAM HADHARI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Bangi • 2014 http://www.ukm.my/hadhari

Page 5: Pembangunan Dakwah Mualaf€¦ · Bab 11 Program Bantuan kepada Mualaf ...127 Aidit Ghazali & Zulkifli Abd Hamid Bab 12 Peningkatan Kualiti Hidup Mualaf Orang ...143 Fariza Md Sham,

Cetakan Pertama / First Printing, 2014Hak cipta / Copyright Institut Islam Hadhari UKM, 2014

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan iniboleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan

ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama adadengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya

tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Islam Hadhari, UKM terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced ortransmitted in any form or by any means, electronic or mechanical,

including photocopy, recording, or any information storage andretrieval system, without permission in writing from the Islam Hadhari Institute UKM.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia byINSTITUT ISLAM HADHARI

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALASIA43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

http://www.ukm.my/hadharie-mel:[email protected]

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia byUKM Holdings Sdn. Bhd.

Universiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan / Cataloguing-in-Publication-Data

Pembangunan Dakwah Mualaf / disunting oleh Siti Rugayah Hj.Tibek, Fariza Md. Sham, Muhammad Hilmi Jalil Includes Index Bibliography : pages 239 ISBN 978-967-12286-2-3 1. Muslim converts. 2. Da’awah (Islam). I. Siti Rugayah Hj.Tibek, II. Fariza Md. Sham. III. Muhammad Hilmi Jalil. 297.574

Page 6: Pembangunan Dakwah Mualaf€¦ · Bab 11 Program Bantuan kepada Mualaf ...127 Aidit Ghazali & Zulkifli Abd Hamid Bab 12 Peningkatan Kualiti Hidup Mualaf Orang ...143 Fariza Md Sham,

K A N D U N G A N

Prakata ...9 Pendahuluan ...11 Bab 1 Pendekatan Konsep al-Hikmah dalam Proses Dakwah

Mualaf ...15 Mohd Ridhuan Tee Abdullah & Redwan Yasin

Bab 2 Pendekatan Kaunseling dalam Menangani Emosi Mualaf ... 26

Salasiah Hanin Hamjah

Bab 3 Bimbingan dan Kaunseling Islam Terhadap Mualaf ...37 Zulfadhli Zafik & Jawiah Dakir

Bab 4 Penghayatan Islam Dakwah Orang Asli ...43 Abdul Ghafar Don, Badlihisham Mohd.Nasir, Anuar Puteh,

Razaleigh Muhamat & Muhamad Faisal Asha’ari

Bab 5 Kefahaman dan Amalan Ajaran Islam kalangan Mualaf Masyarakat Siam (Thai)...47

Anuar Puteh, Abd. Ghafar Hj. Don, Razaleigh Muhamat@Kawangit, Muhamad Faisal Ashaari & Abu Dardaa Mohamad

Bab 6 Kepimpinan dan Sumbangan Mualaf dalam Dakwah ..59 Hazwan Samsuddin, Safinah Ismail & Zulkefli Aini

Bab 7 Peranan Mualaf Sebagai Pendakwah ...67 Qamarul Arifin Ali & Safinah Ismail

Page 7: Pembangunan Dakwah Mualaf€¦ · Bab 11 Program Bantuan kepada Mualaf ...127 Aidit Ghazali & Zulkifli Abd Hamid Bab 12 Peningkatan Kualiti Hidup Mualaf Orang ...143 Fariza Md Sham,

6 / Pembangunan Dakwah Mualaf

Bab 8 Peranan Ulama Timur Tengah terhadap Program Pendidikan PERKIM ...77

Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Abdullah @ Tan Ai Pao, Siti Rugayah Hj Tibek & Razaleigh Muhamat @ Kawangit

Bab 9 Aktiviti PERKIM Pahang untuk Mualaf Masyarakat Kemboja ...94

Anuar Puteh, Ideris Endot, Sazliza Mat Isa, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Ahmad Irdha Mokhtar & Noraini Zakaria

Bab 10 Komunikasi Dakwah Orang Asli ...106 Muhamad Faisal Ashaari, Mohd Harfiz Hamzah, Abdul Ghafar

Don, Razaleigh Kawangit & Anuar Puteh

Bab 11 Program Bantuan kepada Mualaf ...127 Aidit Ghazali & Zulkifli Abd Hamid

Bab 12 Peningkatan Kualiti Hidup Mualaf Orang ...143 Fariza Md Sham, Siti Aisyah Jami’an & Siti Rugayah Hj.Tibek

Bab 13 Pembangunan Wanita Mualaf Orang Asli ...157 A’dawiyah Ismail & Siti Rugayah Tibek

Bab 14 Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam dalam kalangan Murid Orang Asli ...163

Abd Aziz Mahayudin

Bab 15 Pendidikan Jawi dalam Mendidik Murid-murid Sekolah Rendah Orang Asli ...172

Asyraf Ridwan Ali & Berhanundin Abdullah

Bab 16 Hubungan Persaudaraan antara Mualaf ...184 Mariam Abd. Majid, Ab. Aziz Mohd Zin, Fakhrul Adabi Abdul

Kadir

Bab 17 Kes Mualaf Murtad ...199 Faizal Arif Tajul Ariffin

Page 8: Pembangunan Dakwah Mualaf€¦ · Bab 11 Program Bantuan kepada Mualaf ...127 Aidit Ghazali & Zulkifli Abd Hamid Bab 12 Peningkatan Kualiti Hidup Mualaf Orang ...143 Fariza Md Sham,

Kandungan / 7

Bab 18 Mendepani Cabaran Tarbiah NGO dan Kebajikan Mualaf ...214

James Laeng @ Jamaluddin Abdullah & Yusman Nawazir

Senarai Penyumbang ...235Rujukan...239Indeks...249

Page 9: Pembangunan Dakwah Mualaf€¦ · Bab 11 Program Bantuan kepada Mualaf ...127 Aidit Ghazali & Zulkifli Abd Hamid Bab 12 Peningkatan Kualiti Hidup Mualaf Orang ...143 Fariza Md Sham,
Page 10: Pembangunan Dakwah Mualaf€¦ · Bab 11 Program Bantuan kepada Mualaf ...127 Aidit Ghazali & Zulkifli Abd Hamid Bab 12 Peningkatan Kualiti Hidup Mualaf Orang ...143 Fariza Md Sham,

P R A K A T A

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sarwa sekalian alam, kerana dengan izin dan hidayah-Nya, dapatlah buku Pembangunan Dakwah Mualaf ini diterbitkan oleh Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dengan penuh rasa syukur kepada Allah SWT, buku ini dihidangkan kepada pembaca yang budiman, dengan harapan sidang pembaca beroleh manfaat daripadanya.

Institut Islam Hadhari telah diberi kepercayaan untuk menjalankan penyelidikan dengan dana yang dibiayai oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Dua projek penyelidikan berkaitan mualaf yang bertajuk Pembinaan Indikator Pengukuran Status Mualaf Cina di Selangor (Kod projek: RH-2012-001) dan Pembinaan Indikator Pengukuran Status Mualaf India di Selangor (Kod projek: RH-2012-002) telah dijalankan. Di samping itu, Universiti Kebangsaan Malaysia, di bawah Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM) telah memperuntukkan dana untuk melakukan penyelidikan bertajuk Program Pembangunan Insan kepada Saudara Baru (mualaf): Kajian Terhadap Komuniti Saudara Baru di Lembah Klang (Kod projek: GGPM-2012-060).

Secara umumnya semua projek penyelidikan di atas dijalankan untuk mengkaji pembangunan mualaf. Bagi merintis aktiviti penyelidikan dalam bidang pembangunan mualaf, Institut Islam Hadhari bersama MAIS dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Pembangunan Mualaf 2013 (ICMuD 2013), bertempat di Auditorium KUIS, pada 1 & 2 Zulkaedah 1434H bersamaan 7 & 8 September 2013. Dalam Persidangan tersebut, pembangunan diri dan kebajikan mualaf telah dibincangkan oleh para pembentang serta ahli akademik tempatan dan antarabangsa secara terperinci.

Buku yang ada pada sidang pembaca ini merupakan buah fikiran dan hasil daripada penyelidikan yang dijalankan oleh para penulis dan

Page 11: Pembangunan Dakwah Mualaf€¦ · Bab 11 Program Bantuan kepada Mualaf ...127 Aidit Ghazali & Zulkifli Abd Hamid Bab 12 Peningkatan Kualiti Hidup Mualaf Orang ...143 Fariza Md Sham,

10 / Pembangunan Dakwah Mualaf

pembentang makalah terpilih, yang sudi berkongsi pandangan dengan para peserta persidangan tersebut dan juga pembaca sekalian. Semua rencana ilmiah yang terdapat dalam buku ini merupakan idea dan pandangan penulis.

Semoga buku Pembangunan Dakwah Mualaf ini memberikan manfaat kepada sidang pembaca dalam menilai perkembangan dan aktiviti mualaf di Malaysia. Pihak Institut Islam Hadhari berharap, semoga usaha yang dilakukan oleh Institut Islam Hadhari ini mampu mendapat keredaan dan hidayah Allah SWT, dan semoga Allah juga memberikan ganjaran-Nya kepada mereka yang terlibat dalam mengurus seminar ini dengan jayanya dan diberikan oleh-Nya balasan yang setimpal dengan dimudahkan urusan pembangunan dakwah mualaf.

Institut Islam Hadhari juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak MAIS yang telah membiayai kedua-dua projek (Kod Projek: RH-2012-001 & Kod Projek: RH-2012-002). Begitu juga setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang memperuntukkan dana penyelidikan di bawah Geran Galakan Penyelidik Muda (Kod Projek: GGPM-2012-060). Sesungguhnya buku Pembangunan Dakwah Mualaf ini adalah salah satu hasil daripada penyelidikan di atas.

Terima kasih dan wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

PROF. DATO’ DR. MOHD YUSOF HJ. OTHMAN FAScPengarahInstitut Islam HadhariUniversiti Kebangsaan Malaysia

Page 12: Pembangunan Dakwah Mualaf€¦ · Bab 11 Program Bantuan kepada Mualaf ...127 Aidit Ghazali & Zulkifli Abd Hamid Bab 12 Peningkatan Kualiti Hidup Mualaf Orang ...143 Fariza Md Sham,

PENDAHULUAN

Golongan mualaf atau lebih dikenali dengan gelaran saudara baru atau saudara Muslim dalam konteks Malaysia adalah sekumpulan individu yang telah menganut agama Islam dengan meninggalkan agama asal mereka. Sebagai individu yang baru mengenali Islam, keperluan kepada proses bimbingan untuk memahami dan mengamalkan ajaran Islam amat diperlukan.Sokongan moral dan psikologi dari masyarakat dan pihak yang berhubung terus dengan mualaf seperti pendakwah dan kaunselor Muslim amat diperlukan agar golongan mualaf mempunyai kekuatan jiwa dalam mengharungi cabaran sebagai saudara baru.

Berdasarkan keperluan ini, maka buku Pembangunan Dakwah Mualaf dihasilkan. Bagi memudahkan pembaca, buku ini dibahagikan kepada 18 bab. Bagi menggerakkan usaha dakwah kepada golongan mualaf, konsep asas pendekatan dakwah perlu dikuasai oleh pendakwah. Bab satu yang membincangkan tentang konsep asas hikmah dalam proses bimbingan mualaf. Mohd Ridhuan Tee Abdullah dan Redwan Yasin menyatakan bahawa berhikmah dalam proses bimbingan mualaf amat diperlukan agar mereka tidak merasa tertekan dengan pelbagai perubahan dan penyesuaian yang terpaksa dilalui oleh golongan mualaf ketika peringkat permulaan memeluk Islam.

Salah satu bentuk hikmah dalam dakwah mualaf ialah memahami jiwa mereka. Dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan budaya dan agama baru, mualaf sudah pasti mengalami pelbagai tekanan sehingga mengganggu emosi dan psikologi mereka. Itulah sebab, sokongan sosial dari pendakwah dan kaunselor Muslim amat penting. Salah satu cara untuk merawat emosi yang terganggu ialah melalui pendekatan kaunseling Islam yang menerapkan nilai-nilai dakwah ketika proses kaunseling dijalankan. Perkara ini telah dibincang oleh Salasiah Hanin Hamjah dalam bab dua dan Zulfadli Zafik & Jawiah Dakir dalam bab tiga.

Page 13: Pembangunan Dakwah Mualaf€¦ · Bab 11 Program Bantuan kepada Mualaf ...127 Aidit Ghazali & Zulkifli Abd Hamid Bab 12 Peningkatan Kualiti Hidup Mualaf Orang ...143 Fariza Md Sham,

12 / Pembangunan Dakwah Mualaf

Buku ini turut membincangkan tentang pembangunan mualaf. Pembangunan mualaf bukan sahaja dari sudut fizikal dan ekonomi, tetapi juga yang utama adalah pembangunan mualaf dari sudut spiritual dan psikologi. Oleh itu, kefahaman dan penghayatan mualaf tentang ajaran Islam amat penting untuk golongan mualaf. Abdul Ghafar Hj.Don dan rakan-rakan telah mengkaji tentang kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan mualaf masyarakat orang Asli dalam bab keempat.Kajian ini mendapati, dalam sesetengah keadaan, masyarakat orang Asli sendiri tidak berapa berminat untuk mendalami ajaran Islam.Kemungkinan juga tidak berminat ini kerana pendekatan dan kaedah dakwah yang digunakan oleh pendakwah tidak sesuai dengan mereka. Bagi memantapkan kaedah dakwah untuk golongan mualaf, pendakwah harus meneroka apakah teknik baru yang boleh menarik golongan mualaf untuk mendalami Islam. Contohnya, Anuar Puteh dalam bab lima telah membincangkan tentang kefahaman dan amalan ajaran Islam dalam kalangan mualaf masyarakat Siam (Thai) di Kelantan. Komuniti Thai di Kelantan yang berjaya mengamisilasi budaya dan agama Islam di Kelantan boleh dijadikan contoh oleh pendakwah dan juga golongan mualaf sendiri.

Peranan pendakwah yang terdiri dalam kalangan mualaf itu sendiri adalah penting. Mereka lebih memahami budaya, psikologi, bahasa dan cabaran yang dilalui golongan mualaf, kerana mereka juga melalui proses yang sama. Inilah dibincangkan oleh Hazwan Samsuddin dan rakan-rakan dalam bab keenam tentang kepimpinan dan sumbangan Ridhuan Tee Abdullah dalam dakwah .Manakala, Qamarul Arifin Ali dan Safinah Ismail tentang peranan Mohd Farhan Abdullah sebagai pendakwah mualaf dalam bab tujuh.

PERKIM sebagai sebuah badan NGO yang sangat mengambil berat tentang kebajikan mualaf telah dibincang oleh Nur Athiroh Masya’il Tan Abdullah dan rakan-rakan dalam bab lapan. Aktiviti dakwah PERKIM pula, kebanyakannya digerakkan oleh golongan mualaf sendiri yang telah berkelayakan dan juga ulama yang menerima pendidikan di Timur Tengah. Pembangunan mualaf dalam kalangan masyarakat Kemboja turut diberi perhatian oleh PERKIM.Anuar Puteh dan rakan-rakan dalam bab sembilan membincangkan tentang aktiviti dakwah PERKIM Pahang untuk mualaf masyarakat Kemboja. Bimbingan

Page 14: Pembangunan Dakwah Mualaf€¦ · Bab 11 Program Bantuan kepada Mualaf ...127 Aidit Ghazali & Zulkifli Abd Hamid Bab 12 Peningkatan Kualiti Hidup Mualaf Orang ...143 Fariza Md Sham,

Pendahuluan / 13

agama terus diberikan kepada mereka kerana berlaku peningkatan jumlah yang memeluk Islam di negeri Pahang setiap tahun. Untuk menyampaikan dakwah pula, ilmu komunikasi dakwah amat penting dikuasai oleh pendakwah.Muhammad Faisal Ashaari dan rakan-rakan membincangkan perkara ini dalam bab kesepuluh. Setiap kelompok sasaran dakwah adalah berbeza tahap ilmu dan sosioekonomi, maka pelaksanaan komunikasi dakwah juga berbeza mengikut tahap tersebut. Selain dari PERKIM, menjaga kebajikan mualaf banyak juga dilaksanakan oleh institusi agama seperti Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Aidit Ghazali dan Zulkifli Abd. Hamid dalam bab kesebelas membincangkan tentang program bantuan kepada mualaf yang telah dilaksanakan oleh pihak MAIS. Perbincangan ini berdasarkan kajian yang telah dilakukan dalam kalangan mualaf mengenai pandangan mereka terhadap program bantuan yang telah dilaksanakan oleh pihak MAIS.

Selain itu, buku ini turut membahaskan tentang Dakwah Kepada Orang Asli. Tujuan program dakwah adalah untuk peningkatan kualiti hidup saudara baru. Perkara ini dibincangkan oleh Fariza M Sham dan rakn-rakan dalam bab kedua belas tentang faktor peningkatan kualiti hidup saudara baru orang Asli di Gombak. Antara faktor tersebut ialah persekitaran keluarga, pengurusan, pemanfaatan masa lapang, ilmu pengetahuan dan proses bimbingan yang diterima. Bagi meningkatkan kualiti hidup mualaf, program pembangunan untuk mualaf perlu diperkukuhkan termasuk kepada mualaf wanita Orang Asli. Berdasarkan kajian, mendapati mualaf wanita Orang Asli mempunyai beberapa halangan untuk mengamalkan ajaran Islam seperti kurang keyakinan untuk mempelajari ilmu agama di khalayak ramai, kurang pengetahuan tentang ajaran Islam menyebabkan mereka tidak boleh melakukan secara praktikal dan juga kurang pendedahan maklumat tentang Islam. Oleh itu, Adawiyyah Ismail dan Siti Rugayah Hj.Tibek menbicarakan dalam bab ketiga belas beberapa program pembangunan mualaf wanita orang Asli di Kg. Sentok, Pos Hendrop Gua Musang sebagai contoh. Keberkesanan dakwah juga amat berkait dengan kaedah dan amalan pengajaran guru terutama dalam konteks pendidikan formal seperti di sekolah. Abd. Aziz Mahayudin dalam bab empat belas menulis tentang bagaimana amalan pengajaran guru

Page 15: Pembangunan Dakwah Mualaf€¦ · Bab 11 Program Bantuan kepada Mualaf ...127 Aidit Ghazali & Zulkifli Abd Hamid Bab 12 Peningkatan Kualiti Hidup Mualaf Orang ...143 Fariza Md Sham,

14 / Pembangunan Dakwah Mualaf

Pendidikan Islam boleh memberi implikasi terhadap dakwah dalam kalangan pelajar Orang Asli. Kebolehan menguasai Pendidikan Islam,penguasaan penulisan dan pembacaan Jawi amat berhubung rapat. Asyraf Ridwan Ali dan Berhanundin Abdullah membicarakan hal ini dalam bab kelima belas, bagaimana kelastarian Jawi dapat membantu murid-murid Orang Asli untuk menguasai ilmu agama Islam.

Buku ini juga, membicarakan tentang pengurusan kebajikan mualaf.Mariam Abd.Majid dan rakan-rakan dalam bab keenam belas telah mengkaji tentang kepuasan mualaf terhadap hubungan persaudaraan. Perkara yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia terutama konsep persaudaraan sesama Muslim ada diberi garis panduan oleh al-Quran. Mengambil berat tentang kebajikan mualaf adalah salah satu cara melaksanakan menjaga tali persaudaraan sesama Muslim. Ini sangat penting bagi mengelakkan mualaf kembali kepada ajaran agama asal mereka. Ini kerana terdapat kes mualaf murtad.Perkara ini dibincangkan oleh Faizal Arif Tajul Ariffin dalam bab ketujuh belas dengan mengambil contoh beberapa kes yang berlaku. Bagi menangani gejala murtad dalam kalangan mualaf, kerjasama dari NGO sangat penting untuk membantu dalam memberi bimbingan, tarbiah dan menjaga kebajikan mualaf. Perkara ini dibincangkan oleh Jamaluddin James Laeng Abdullah dalam bab kelapan belas.

Berdasarkan topik yang dibincangkan dalam buku ini, maka buku Pembangunan Dakwah Mualaf sangat sesuai untuk dijadikan sumber rujukan pelbagai peringkat masyarakat khususnya untuk mereka yang mahu mendalami bidang ini.

PenyuntingSiti Rugayah Hj.TibekFariza Md. ShamMuhammad Hilmi Jalil