20
5.3 PERTUMBUHAN PARTI-PARTI POLITIK Selepas Perang Dunia Pertama, sudah ada usaha memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu melalui penubuhan beberapa parti politik. Penubuhan parti-parti politik ini menunjukkan bahawa perkembangan proses politik di Tanah Melayu menjadi semakin rancak lagi. Penubuhan parti- parti politik ini didorong oleh reaksi rakyat terhadap cadangan Malayan Union (1946) oleh Kerajaan British. Ternyata Malayan Union merupakan pemangkin utama penyatuan orang Melayu untuk bertindak menentang cadangan British tersebut. Mari kita tinjau parti-parti politik yang ditubuhkan di Tanah Melayu menjelang kemerdekaan. 5.3.1 United Malays National Organization (UMNO) Dato’ Onn Jaafar yang menjadi pengerusi Pergerakan Melayu Johor 3 telah mencadangkan supaya diadakan Kongres Melayu bagi menyatukan seluruh masyarakat Melayu untuk menentang Malayan Union. Oleh yang demikian, Kongres Melayu Se-Malaya diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Kongres tersebut dihadiri oleh 41 buah persatuan

Pembangunan politik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

politik

Citation preview

Page 1: Pembangunan politik

5.3       PERTUMBUHAN PARTI-PARTI POLITIK

Selepas Perang Dunia Pertama, sudah ada usaha memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu melalui penubuhan beberapa parti politik. Penubuhan parti-parti politik ini menunjukkan bahawa perkembangan proses politik di Tanah Melayu menjadi semakin rancak lagi. Penubuhan parti-parti politik ini didorong oleh reaksi rakyat terhadap cadangan Malayan Union (1946) oleh Kerajaan British. Ternyata Malayan Union merupakan pemangkin utama penyatuan orang Melayu untuk bertindak menentang cadangan British tersebut.

Mari kita tinjau parti-parti politik yang ditubuhkan di Tanah Melayu menjelang kemerdekaan.

5.3.1     United Malays National Organization (UMNO)

Dato’ Onn Jaafar yang menjadi pengerusi Pergerakan Melayu Johor3 telah mencadangkan supaya diadakan Kongres Melayu bagi menyatukan seluruh masyarakat Melayu untuk menentang Malayan Union. Oleh yang demikian, Kongres Melayu Se-Malaya diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Kongres tersebut dihadiri oleh 41 buah persatuan Melayu.4Perlembagaan baru dibuat dan UMNO dengan rasminya ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Matlamat awal penubuhan UMNO adalah untuk menentang gagasan Malayan Union dan menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Pemimpin pertamanya ialah Dato’ Onn Jaafar. Cadangan Dato’ Onn untuk membuka keahlian parti kepada semua bangsa untuk memupuk perpaduan kaum tidak direstui

Page 2: Pembangunan politik

oleh ahli-ahli UMNO. Penentangan dari ahli parti menyebabkan Dato’ Onn meletakkan jawatan pada tahun 1951. Kepimpinan UMNO kemudiannya diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman dan menukar konsep perjuangan UMNO dari ‘Hidup Melayu’ kepada ‘Merdeka’.5 Di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman, beliau cuba menggerakkan segala usaha untuk mencapai kemerdekaan dengan menggabungkan parti-parti politik yang ada sehingga terbentuknya Parti PERIKATAN yang dianggotai oleh  UMNO, MCA dan MIC pada tahun 1954. Sejak itu, UMNO menjadi teras utama pergerakan ke arah mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.6

 

5.3.2    Malayan Indian Congress (MIC)  

MIC ditubuhkan pada bulan Ogos tahun 1946. Yang Dipertua Kongres yang pertama ialah John A. Thivy. John Thivy pernah terlibat di dalam Persatuan Pusat India di Tanah Melayu dan juga gerakan kemerdekaan India. MIC bermula dengan penggabungan persatuan-persatuan India yang terdapat di Tanah Melayu. Hasil daripada penggabungan tersebut, maka lahirlah parti MIC. Pada peringkat awal perjuangannya, parti ini bertujuan menyokong perjuangan kemerdekaan di India. MIC juga kurang mendapat sambutan di kalangan orang India di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, selepas India mencapai kemerdekaan pada tahun 1947, MIC lebih memberikan tumpuan kepada kegiatan politik di Tanah Melayu. Selain itu, parti MIC juga bermatlamat mengenengahkan isu-isu kerakyatan yang merupakan satu daripada isu utama di Tanah Melayu. Dapatlah dikatakan bahawa matlamat utama penubuhannya ialah untuk menjaga kepentingan politik, ekonomi, dan sosial

Page 3: Pembangunan politik

kaum India di Tanah Melayu dan juga menjadi saluran bekerjasama dengan kaum lain untuk memperjuangkan kemajuan politik. MIC pernah menyertai parti serpihan yang ditubuhkan oleh Dato’Onn setelah beliau keluar daripada UMNO. Walau bagaimanapun, MIC kurang bernasib baik kerana parti pimpinan Dato’ Onn tidak berapa berjaya dalam pilihanraya 1952. Apabila MIC bergabung dalam Parti Perikatan pada tahun 1955, barulah parti ini mendapat sambutan daripada orang India di seluruh Tanah Melayu.

5.3.3    Malayan Chinese Association (MCA)

MCA ditubuhkan dengan rasminya pada bulan Februari 1949 atas idea British bagi membolehkan sebahagian orang Cina menyokong British dalam menghadapi darurat. Sebenarnya, pada penghujung tahun 1930an, Parti Komunis Malaya (PKM) merupakan satu-satunya parti yang disertai oleh kebanyakan orang Cina. Presiden MCA yang pertama ialah Tan Cheng Lock. MCA ditubuhkan dengan matlamat untuk melindungi hak dan kepentingan ekonomi, politik, dan sosial kaum Cina di Tanah Melayu. Pada masa yang sama, MCA berjanji akan bekerjasama dengan kerajaan untuk mematahkan kegiatan komunis. Penubuhan MCA juga membuktikan kepada kerajaan Inggeris akan kesetiaan kaum Cina terhadap Tanah Melayu. Adalah diharapkan dengan demikian kaum Cina akan bekerjasama dengan kaum-kaum lain untuk memperoleh kemerdekaan.

5.3.4    Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

Page 4: Pembangunan politik

PKMM ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 di Ipoh, Perak, hasil rundingan dan persetujuan dua kumpulan pemuda, iaitu dari golongan Ahmad Boestamam dan golongan Mokhtaruddin Lasso.7 PKMM bermatlamat untuk melahirkan kesedaran politik dan menyatukan bangsa Melayu di Tanah Melayu dan di Indonesia. Berikutan dengan penubuhan UMNO pada tahun 1946, sedikit sebanyak menggugat PKMM. PKMM kemudian turut serta sebagai anggota UMNO buat seketika. Berikutan dengan percanggahan pendapat berkaitan ideologi, kepimpinan, dan soal bendera, PKMM kemudian keluar dari UMNO. PKMM menjadi semakin lemah setelah ahli-ahlinya ditangkap. Walau bagaimanapun, PKMM telah dibubarkan kemudiannya. Serpihan pimpinan PKMM menubuhkan pula Parti Rakyat Malaya pada tahun 1955.

5.3.5    Parti Islam Se-Malaya (PAS)

PAS ditubuhkan ekoran daripada satu persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya yang diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951. Parti ini jelasnya ditaja oleh Jabatan Agama UMNO.8 Persatuan Ulama turut dianggotai oleh bekas aktivis agama, dan bekas ahli HAMIM yang diharamkan oleh British. Parti ini telah ditubuhkan pada tahun 1955 dengan matlamat untuk menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, serta mengetatkan peraturan kerakyatan.

5.3.6    Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)

IMP merupakan parti pelbagai kaum yang pertama dan dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar. Dato’ Onn Jaafar telah

Page 5: Pembangunan politik

keluar dari UMNO dengan semangat ‘perpaduan kaum’ untuk bercantum dengan MCA dan bekas ahli UMNO, serta MIC pada tahun 1951. IMP ditubuhkan setelah usaha Dato’ Onn Jaafar untuk menjadikan UMNO sebagai sebuah parti berbilang kaum ditolak oleh orang Melayu. Sebenarnya, IMP pernah bekerjasama dengan MIC dari tahun 1951 sehingga tahun 1953. MCA di bawah pimpinan Tan Cheng Lock juga pernah menyertai Dato’ Onn. Namun Tan Cheng Lock yang melihat potensi UMNO semakin mendapat sokongan Melayu telah mengecewakan Dato’ Onn Jaafar. Pada tahun 1952, MCA telah bekerjasama dengan UMNO dalam Parti PERIKATAN. Kegagalan IMP menyebabkan Dato’ Onn berpatah balik memperjuangkan kepentingan Melayu melalui Parti Negara. Parti Negara ditubuhkan pada tahun 1955 oleh tokoh politik berbilang kaum. Tetapi kebanyakan ahlinya adalah terdiri daripada orang Melayu. IMP bermatlamat untuk menyatupadukan orang Melayu. Selain itu, IMP ditubuhkan juga untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya negeri dan persekutuan yang sedang dirancangkan ketika itu.9

5.3.7    Parti Buruh

Parti Buruh ditubuhkan di Pulau Pinang oleh pemimpin Kesatuan Sekerja atas nama Parti Buruh Pulau Pinang pada 15 Mei 1951. Parti yang sama ditubuhkan di Selangor, Negeri Sembilan, Perak, dan Melaka. Parti-parti ini bergabung membentuk Parti Buruh SeMalaya di bawah pimpinan Mohd. Sopiee Ibrahim. Parti ini merancang untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1964. Parti Buruh kurang mendapat sokongan dari orang ramai mungkin disebabkan terdapat unsur sosiolisme dan komunisme dalam perjuangan parti. Dalam pada itu,

Page 6: Pembangunan politik

orang Melayu enggan memberikan sokongan disebabkan parti ini berfahaman sosiolis yang tidak mahu mengiktiraf hak keistimewaan orang Melayu. Selain itu, pengalaman politik akibat kezaliman komunis pada masa darurat juga membimbangkan rakyat untuk menerima Parti Buruh.10

Sementara parti-parti lain yang ditubuhkan ialah Parti Progresif Perak (PPP). Ia ditubuhkan pada tahun 1953 dipimpin oleh SP dan DR Senivasagam. PPP menyertai Perikatan dan berjaya menguasai Majlis Perbandaran Ipoh atas nama Perikatan UMNO-MCA-PPP. Menjelang pilihanraya tahun 1955, PPP keluar dari Perikatan dan kemudiannya telah menukar nama Parti Progresif Rakyat. Parti lain ialah Parti Radikal pimpinan Dr. Lim Chong Eu, National Association of Perak (NAP) dipimpin oleh Dato Bukit Gantang Abdul Wahab dan Kesatuan Melayu Semenanjung pimpinan Haji Hashim Ghani.

. KEMERDEKAAN TANAH MELAYU 2. Definisi Negara yang bebas daripada kongkongan

dan cengkaman kuasa asing yang menekan. Kebebasan bermakna rakyat berhak mengatur dan memilih corak kehidupan mereka seperti mempunyai sistem pemerintahan dan perlembagaan senddiri tanpa terikat dengan kusa asing.

3. Perkembangan Politik Tahun 1945-1955 1955, British telah memperkenalkan beberapa langkah ke arah pemerintahan sendiri Memperkenalkan sistem pengundian Mengadakan pilihanraya Penubuhan beberapa parti politik Syarat-syarat ke arah kemerdekaan Perpaduan Kaum Semua kaum mesti bersatu membolehkan perkongsian kuasa Usaha ke Arah Perpaduan Membentuk sebuah pertubuhan

Page 7: Pembangunan politik

yang mewakili semua kaum Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum ditubuhakan 1949

4. Perkembangan Politik Tahun 1945-1955 Pertumbuhan Parti-parti politik Perrtumbuhan parti-parti politik didorong oleh reaksi terhadap cadangan Malayan Union (1946) Parti-parti politik UMNO Ditubuhkan oleh Dato’ Onn Jaafar Ditubuhkan pada 11 Mei 1946 Matlamat awal menentang gagasan Malayan Union dan menyatupadukan orang Melayu Dato’ Onn meletak jawatan pada tahun 1951 dan diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman Tukar konsep Hidup Melayu ke Merdeka Membentuk parti PERIKATAN dianggotai UMNO, MCA dan MIC, 1954.

5. Perkembangan Politik 1945-1955 Malayan Indian Congress (MIC) Ditubuh pada Ogos 1946, diketuai oleh Joh. A. Thivy. Perjuangan awal menyokong kemerdekaan di India, tapi kurang sambutan dari kaum India di Tanah Melayu Selepas kemerdekaan India 1947,tumpu isu kerakyatan . Pernah menyertai parti serpihan Dato’ Onn, tetapi kurang sambutan Bergabung dalam Parti Perikatan, 1955 dapat sambutan.

6. Perkembangan Politik 1945-1955 Malayan Chinese Association (MCA) Ditubuh pada Februari 1949 membolehkan kaum Cina sokong british semasa darurat Presiden yang pertanma Tan Cheng Lock Matlamat: melinduni kepentingan ekonomi, politik, dan sosial orang Cina

7. Parti Islam Se-Malaya (PAS) Ditubuhkan ekoran persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya di Kuala Lumpur, 23 Ogos 1951. Ditaja oleh Jabatan Agama UMNO Persatuan Ulama disertai oleh aktivis agama, bekas ahli HAMIM. Ditubuhkan pada 1955 bermatlamat menjadikan Islam sebagai agama

Page 8: Pembangunan politik

rasmi, dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, dan mengetatkan peraturan kerakyatan.

8. Perubahan Dasar British ke Arah Berkerajan Sendiri Dasar-dasar ke arah kemerdekaan Sistem Ahli Diperkenalkan dalam Mesyuarat Kerja Persekutuan. Mereka yg dilantik terdiri daripada beberapa warganegara Persekutuan Tanah Melayu untuk menjadi ahli Majlis dan diberi portfolio bertaraf menteri Pilihanraya Tahun 1951 Pilihanraya pertama pada 1 Disember 1951 di peringkat majlis tempatan Majlis perbandaran Georgetown, Pulau Pinang UMNO-MCA telah menang semua 9 kursi 1953, speaker telah dilantik untuk Majlis Mesyuarat Persekutuan bagi mengganti tempat Pensuruhjaya Tinggi British

9. Dasar-dasar kemerdekaan Pilihanraya 1952 Februari 1952, Pilihanraya Mjlis Perbandaran Kuala Lumpur dengan 12 kursi UMNO-MCA telah menang 9 kursi, IMP 2 kursi dan 1 calon bebas Pilihanraya Majlis Bandaran Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan Seremban. Pilihanraya peringkat negeri diadakan pada tahun 1954.

10. Dasar-dasar kemerdekaan Pilihanraya Umum Tahun 1955 1953, UMNO-MCA mencadangkan supaya diadakan pilihanraya dalam Majlis Perundangan Persekutuan. 60% dipiliha melalui pilihanraya, 40% dilantik oleh British Cadangan ditolak Bantahan: memulau semua Majlis Mesyuarat Kerajaan di peringkat tempatan, negeri dan persekutuan

11. Pilihanraya Umum 1955 British bertolakansur dan menetapkan 98 orang keanggotaan Majlis Perundanagn Persekutuan 50 dipiih menerusi pilihanraya, 1 orang speaker 3 orang dilantik krn jawatan: Ketua Setiausaha, Peguam Negara dan

Page 9: Pembangunan politik

Setiausaha Kewangan 11 orang dipilih mewakili negeri 22 dipilih mewakili bernagai gologan dan pertubuhan 3 mewakili kaum minoriti 7 dilantik oleh Pensuruhjaya Tinggi

12. Pilihanraya 1955 Julai 1954, Perikatan bersetuju dengan cadangan British dan Pilihanraya Persekutuan ditetapkan pada 27 Julai 1955 3 parti yang mewakili tiga kaum bergabung dan membentuk parti Perikatan Perikatan bertanding 52 kursi, Parti Negara 33 kursi, PAS 11 kursi dan 18 orang calon bebas Perikatan: UMNO 32 kursi, MAC 15 kursi, MIC 2 kursi 80% dimenangi UMNO dan 20% oleh parti lain dalam Perikatan Perikat memenangi 51 kursi dan PAS 1 kursi

13. Moto Perikatan “ Menuju Ke Arah Kemerdekaan” Perjanjian Pemerintahan berdasarkan demokrasi berparlimen Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Agama Islam sebagai agama rasmi Meindungi dan mengekalkan institusi beraja Melayu Mengubahsuai undang2 kerakyatan Peningkatan taraf ekonomi Melayu Menjalinkan hubungan antarabangsa Hak asasi manusia Sistem pendidikan kebangsaan Kemerdekaan diperoleh dalam tempoh 4 tahun

14. Pilihanraya 1955 Selepas pilihanraya 1955, Perikatan mengadakan rundingan dengan PKM, Rundingan Baling, pengampunan kepada pengganas komunis.

15. Langkah-langkah Menuju Kemerdekaan Kemenangan Pilihanraya 1955, meyakinkan Parti Perikatan untuk mencapai kemerdekaan Langkah-langkah Rundingan ke Arah Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman menegaskan untuk berunding dengan British dalam masa 2 tahun Mendapat reaksi dari

Page 10: Pembangunan politik

istana Johor yang akan membawa kemusnahan Tanah Melayu Kontroversi berlarutan, akhir mendapat persetujuan oleh raja-raja Melayu: 4 wakil raja-raja Melayu dan 4 wakil Perikatan

16. Langkah-langkah Kemerdekaan Misis Kemerdekaan ke London Januari 1956, rombongan yg terdiri 8 orang wakil berangkat ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Rundiingan berlangsung pada 18 Januari sehingga 8 Februari 1956 Hasil: 8 Februari 1956, Perjanjian London Persetujuan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 Tanah dalam lingkungan Komanwel dan pemerintahn demokrasi British mendapat hak penempatkan tenteranya di negara ini Badan bebas ditubuh untuk menggubal perlembagaan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan diganti dengan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan

17. Suruhanjaya Reid dan Memo Perikatan Suruhanjaya Reid Ditubuhkan pada 1955 dipengerusi oleh Lord Reid dan Ivor Jenninggs dari British, William McKell (Australia), Hakim Malik (India), Hakim Abdul Hamid (Pakistan) Diminta untuk mengesyorkan satu perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen. Memo Perikatan, 27 Julai 1955 menjadi pertimbangan utama Suruhanjaya

18. Memo Perikatan Perkara utama Kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan Kedudukan Raja-raja Melayu. Kandungan Kewujudan Kerajaan Pusat dan Negeri Nama negara: Malaysia dan Malaya Mengujudkan institusi Yang Dipertuan Agung dan Timbalan Yang Dipertuan Agung bagi menggantikan Pesuruhjaya Tinggi Penerusan Majlis Raja-raja Parlimen mengandungi 2 dewan, Dewan

Page 11: Pembangunan politik

Negara dan Dewan Rakyat Kewujudan 3 badan pemerintah dan pengasingan kuasa Kedudukan Islam sebagai agama negara Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Takrif Melayu Ornag bukan Melayu memdapat keistimewaan mendapat kerakyatan secara jus soli iaitu kerakyatan mengikut tempat lahir.

19. Perkara yang ditentang Hak Keistimewaan Melayu Hak Kerakyatan Pengasingan Melaka dan Pulau Pinang Dua kerakyatan 5 Ogos 1957, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British. Bersetuju menubuhan Persekutuan Tanah Melayu mulai 31 Ogos 1957.

20. Pengisytiharan Kemerdekaan Pengisytiharan kemerkedaanTAJUK 4: PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Disediakan oleh:• Prof. Madya Baharuddin Sayin• Ustazah Asmak Husin 1

2. Kandungan pembentanganBIL KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN1 4.1 Konsep dan sejarah modenisasi Menjelaskan konsep dan sejarah modenisasi 4.1.1 Konsep modenisasi 4.1.2 Sejarah modenisasi2 4.2 Konsep pembangunan politik dan pembinaan Menghuraikan konsep pembangunan politik negara bangsa dan negara bangsa 4.2.1 Matlamat 4.2.2 Proses 4.2.3 Kayu pengukur3 4.3. Politik Malaysia sebelum dan selepas merdeka Menganalisis proses kemunculan politik 4.3.1 Sejarah kewujudan parti-parti politik berparti di Malaysia dan kerjasama parti-parti sebelum dan selepas merdeka politik ke arah memupuk hubungan etnik yang 4.3.2 Kerjasama politik dalam konteks harmonis hubungan etnik 4.3.3

Page 12: Pembangunan politik

Hubungan etnik selepas penubuhan Malaysia4 4.4 Pendekatan Islam dalam pembangunan politik Menjelaskan konsep politik pemerintahan 4.4.1 Matlamat menurut Islam 4.4.2 Prinsip 4.4.3 Sumber 4.4.4 Asas 2

3. 4.1 Konsep dan Sejarah ModenisasiKonsep Modenisasi• Modenisasi ialah suatu proses perubahan atau transformasi dalam segala aspek kehidupan masyarakat dan negara secara berencana seperti pembangunan insan, pembangunan sosial, pembangunan fizikal, pembangunan ekonomi dan lain-lain pembangunan yang berkait rapat.Sejarah modenisasi• Dari segi sejarah modenisasi sebenarnya bermula di Eropah Barat akibat daripada dua revolusi besar iaitu revolusi Perancis dan revolusi perindustrian.• Revolusi Perancis ialah revolusi yang mengubah sistem politik feudal Perancis yang tidak mengasingkan agama dan pemerintahan kepada sistem pemerintahan yang mengasingkan agama dengan pemerintahan atau disebut sekular.• Revolusi perindustrian ialah revolusi yang mengubah sistem ekonomi sara diri atau tradisional secara kecil-kecilan untuk memenuhi keperluan sendiri kepada pembangunan ekonomi berskala besar atau industri untuk tujuan eksport. 3

4. 4.2 Konsep pembangunan politik dan pembinaan negara bangsaMaksud Pembangunan politik ialah suatu proses perubahan atau transformasi secara berencana yang melibatkan perubahan dalam tadbir urus negara daripada cara lama kepada cara baru dan terkini.Matlamat pembangunan politik4. Pembinaan negara bangsa iaitu suatu wilayah yang mempunyai sempadan, pemerintahan atau kerajaan dan warganegara atau bangsa.5. Perubahan struktur

Page 13: Pembangunan politik

dan budaya politik iaitu perubahan dari cara tradisional kepada cara terkini atau moden.Proses7. Parti-parti politik8. Majlis perwakilan rakyat atau parlimen9. Perlembagaan negara; dan10. Pilihan rayaKayu pengukur Kerjasama pelbagai etnik mewujudkan perpaduan, keharmonian, pembangunan dan kemakmuran negara 4

5. 4.3 Politik Malaysia sebelum dan selepas merdekaPolitik Malaysia sebelum merdeka• Kesedaran rakyat tempatan ke dalam arus politik negara bermula pada zaman berakhirnya penjajahan Jepun.• Politik kepartian di Malaysia mempunyai asal-usul dan sejarah bertitik tolak daripada konflik perkauman.• Orang-orang Melayu bersatu membentuk UMNO sebagai benteng pertahanan terhadap ancaman hak-hak oleh Malayan Union tahun 1946.• Di pihak lain orang-orang Melayu membentuk PAS tahun 1951 untuk memperjuangkan penubuhan Negara Islam.• Orang-orang India menubuhkan MIC pada Ogos 1946 untuk menjaga kepentingan etnik India.• Orang-orang Cina menubuhkan MCA pada Februari 1949 untuk menjaga kepentingan etnik Cina.Politik Malaysia selepas merdeka• Politik berteraskan kaum terus mendapat tempat di kalangan rakyat pelbagai kaum• UMNO, PAS, BERJASA, HAMIM, S46, NAS MA, memperjuang dan membela bangsa Melayu• MCA, GERAKAN, DAP, SUPP, SDP, PCS, memperjuang dan membela bangsa Cina 5

6. Samb..• MIC, IPP, PPP, KIMMA, memperjuang dan membela bangsa India• SABAH: BERJAYA, USNO, PBS, PASOK, PUSAKA, memperjuang dan membela bumiputera• SARAWAK: PBB, SNAP, PBDS, PLUS, memperjuang dan membela bumiputera

Page 14: Pembangunan politik

lainKerjasama politik dalam konteks hubungan etnik• UMNO, MCA dan MIC membentuk PERIKATAN (tahun 1955) dan memenangi pilihan raya bukti Cina dan India bersedia bekerjasama dengan Melayu dan setia kepada Malaya sebelum merdeka.• UMNO, BERJASA, HAMIM, USNO, BERJAYA, MCA, GERAKAN, MIC, PPP, PBDS, PBB, SNAP, SUPP, PBS bergabung membentuk BARISAN NASIONAL dan bersama-sama membangunkan negara.Hubungan etnik selepas penubuhan Malaysia• Memperkukuh ikatan setia kawan dalam PERIKATAN dan seterusnya BARISAN NASIONAL• Memegang erat janji taat setia kapada kontrak sosial tahun 1948, 1957 dan 1967• Menyusun semula masyarakat berdasarkan pelbagai etnik• Mewujudkan pelbagai pendekatan politik kearah perpaduan 6

7. 4.4 Pendekatan Islam dalam pembangunan politikIslam dan politik• Islam dan politik tidak boleh dipisahkan.• Pemikiran politik Islam bermula dari masalah etika politik, falsafah politik, agama, hukum, hingga tatacara kenegaraan.• Rasulullah SAW adalah peneroka awal sistem politik moden bagi manusia.Pandangan tokoh• Dr. V. Fitzgerald berkata : "Islam bukanlah semata agama (a religion), namun ia juga merupakan sebuah sistem politik (a political system).• Prof. C. A. Nallino berkata : "Muhammad telah membangun dalam waktu bersamaan: agama (a religion) dan negara (a state).• Dr. Schacht berkata : " Islam lebih dari sekadar agama, ia juga mencerminkan teori-teori perundangan dan politik.• Sir. T. Arnold berkata : " Adalah Nabi, pada waktu yang sama, seorang ketua agama dan ketua negara 7

Page 15: Pembangunan politik

8. Samb..Matlamat politik dalam Islam• Melaksanakan perjuangan menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.• Membimbing Negara untuk memberi keadilan kepada rakyat.• Memastikan setiap rakyat mendapat hak dan kebebasan.• Tempat melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh.Prinsip politik dalam Islam• Al-Syura• Al-Hurriyyah.• Al-Adalah.• Al-Masuliyyah• Al-Musawah.Sumber politik dalam Islam• Al-Quran• Al-Sunah• Al-Ijma’• Qiyas 8

9. Samb..Asas-asas politik dalam Islam• Tauhid• Risalah• Khilafah.Ciri politik dalam Islam• Thabit / tetap dari aspek dasar.• Al-Murunah / berubah atau anjal dari aspek pendekatan.Pendekatan• Al-Umur bi maqasidiha / setiap amalan mestilah disertai dengan niat.• Tadarruj fi al tasyri` / dilaksanakan secara beransur-ansur.• Maslahah al-ammah / melihat kepada kepentingan umum.• Al- Uruf / sesuai dengan kebiasaan setempat.Ketua Negara Islam dikenali sebagai khalifah. Dalam Islam:• Kuasa mutlak adalah Allah.• Manusia hanyalah pentadbir di bumi.• Pentadbiran dan undang-undang hendaklah berdasarkan ketentuan Allah.• Manusia hendaklah memenuhi matlamat dan objektif yang telah ditentukan oleh 9 Allah.

Persekutuan Tanah Melayu dimulai pada jam 12.00 tengah malam pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor. Penerunan bendera Union Jack menandakan kemerdekaan Tanah Melayu Pagi 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Stadium Merdeka melalui penyerahan

Page 16: Pembangunan politik

pengisytiharan kemerdekaan oleh wakil Rati Elizabeth.