Upload
vanmien
View
231
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE DI SEKOLAH
UNTUK AKSES IBU BAPA ATAU PENJAGA
MAHADI BIN ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBANGUNAN SISTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE DI SEKOLAH
UNTUK AKSES IBU BAPA ATAU PENJAGA
MAHADI BIN ISMAIL
Tesis ini dikemukakan sebagai
Memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2004
ii
iii
DEDIKASI
Untuk Yang Tersayang……..
Isteriku ( Rosniza Binti Saari ), anakku ( Muhammmad Rasydan Rabbani ) ,
Doakan Abah berjaya……
iv
PENGHARGAAN
Syukur kepada Allah s.w.t. yang Mahakuasa kerana dengan limpah kurnianya
dan izinNya, laporan ini dapat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Penulis
ingin merakamkan penghargaan ikhlas yang setinggi-tingginya kepada pensyarah
pembimbing projek sarjana muda , Encik Megat Aman Zahiri Bin Megat Zakaria atas
bimbingan dan dorongan yang telah diberikan sepanjang tempoh pembangunan Sistem
Keputusan Peperiksaan Online ini. Tanpa bimbingan yang jitu daripada beliau, sukar
untuk penulis menyempurnakan projek ini. Sekali lagi penulis merakamkan ucapan
jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Encik Megat Aman Zahiri Bin
Megat Zakaria. Penghargaan turut ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan dan
mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu usaha
menyiapkan projek sarjana muda ini. Teristimewa kepada Rosniza Binti Saari, iaitu
isteri saya sendiri kerana banyak memberi buah fikiran dan perangsang untuk saya
meneruskan pembangunan sistem ini.
v
ABSTRAK
Pembangunan Sistem Keputusan Peperiksaan Online untuk akses ibu bapa atau
penjaga ini memberi banyak manfaat selari dengan era globalisasi dan kemajuan
teknologi ICT. Pada zaman kini, kebanyakkan ibu bapa atau penjaga, terutamanya di
bandar-bandar terlalu sibuk dengan tugasan masing-masing. Tidak mempunyai masa
hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan anak-anak pada ‘Hari
Terbuka Sekolah’. Dengan terhasilnya pembangunan sistem ini, ibu bapa atau penjaga
tidak perlu bersusah payah untuk ke sekolah semata-mata bagi mendapatkan keputusan
peperiksaan anak-anak. Ibu bapa atau penjaga sekadar hanya perlu menekan kekunci
komputer yang mempunyai akses internet untuk mendapatkan keputusan peperiksaan
tersebut. Justeru itu, masa dan tenaga telah dapat dijimatkan. Secara tidak langsung,
pembangunan sistem ini juga boleh membantu pihak sekolah mengumpul cadangan atau
komen daripada ibu bapa atau penjaga untuk mempertingkatkan tahap prestasi
akademik para pelajar ke arah sekolah cemerlang. Walaupun ibu bapa atau penjaga
tidak dapat hadir ke sekolah, pembinaan sistem ini juga telah dapat membantu
melibatkan mereka dengan sekolah.
vi
ABSTRACT
The development of the Online Examination Result System for parents’
or guardians’ access gives various benefits parallel with the globalisation era and the
ICT technology advancement. Nowadays most parents or guardians, especially in the
urban areas, are too busy with their careers and do not have time to go to their
children’s school to get the examination results on the schools’ “Open Day”. With the
development of this system, parents or guardians do not have to face any difficulties to
go to their children’s school for the sole purpose of getting the examination results.
Parents or guardians only need to press the computer keyboard with the internet access
to get the required result. Thus, time and energy are saved. Indirectly, the development
of this system will help the schools’ authority collect suggestions or comments from
parents or guardians to improve the students’ academic level towards excellent schools.
Even though the parents or guardians are unable to go to their childrens school, this
system has helped them to be involved indirectly.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB PERTAMA
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Rasional 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif 7
1.5 Skop dan Batasan 7
1.6 Kepentingan Pembangunan Perisian 8
1.7 Terminologi 8
viii
1.71 Microsoft Access 8
1.72 Pangkalan Data 9
1.73 Online 9
1.74 Internet 9
1.75 Laman Web 10
1.76 Homepage 10
1.77 Login 10
1.78 ASP 11
BAB KEDUA
BAB II SOROTAN 12
2.1 Pengenalan 12
2.2 Sistem Pangkalan Data 12
2.3 Evolusi Sistem Pangkalan Data 15
2.4 Pendidikan Internet 16
BAB KETIGA
BAB III METODOLOGI 20
3.1 Pengenalan 20
3.2 Kerangka dan Prosedur 20
3.3 Pemilihan Tajuk Projek dan Isi Kandungan 21
3.4 Pemilihan Perisian Komputer 21
3.5 Pemilihan Bahasa Pengantar dan Arahan 21
3.6 Rekabentuk Perisian 22
ix
BAB KEEMPAT
BAB IV PEMBANGUNAN SISTEM
4.1 Pengenalan 30
4.2 Struktur Asas dan Kandungan Program 30
4.2.1 Skrin Index Laman Web Sekolah 32
4.2.2 Skrin Log In 33
4.2.3 Skrin Salah Log In 34
4.2.4 Skrin Menu Utama 35
4.2.4.1 Skrin Senarai Anak 36
4.2.4.1.1 Skrin Keputusan Ujian Bulanan & Peperiksaan
2003 37
4.2.4.2 Cadangan / Komen 38
4.2.4.2.1 Skrin Info Cadangan / Komen 39
4.2.4.3 Analisis PMR 41
4.2.4.4 Analisis SPM 41
4.2.4.5 AJK Kurikulum Sekolah 42
4.3 Ciri-Ciri Sistem 43
4.3.1 Kepadatan Informasi 43
4.3.2 Mesej Sistem 44
4.3.3 Kata Laluan dan Kata Kunci 44
4.3.4 Ciri Interaktif 44
4.3.5 Penggunaan Sistem 45
4.3.6. Penampilan yang Menarik dan Seragam 45
4.3.7 Minimumkan Kerja Pengguna 45
BAB KE LIMA
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
x
5.1 Pengenalan 46
5.2 Perbincangan dan Rumusan 46
5.2.1 Kekuatan 47
5.2.1.1 Antaramuka yang Ringkas dan Menarik 48
5.2.1.2 Format yang Interaktif 48
5.2.1.3 Memperolehi Semua Keputusan
Peperiksaan atau Ujian Bulanan 48
5.2.1.4 Menjimatkan Masa 49
5.2.1.5 Membantu Meningkatkan Prestasi
Sekolah 49
5.2.1.6 Mampu Bertindak Segera 49
5.2.1.7 Keputusan Peperiksaan Dijamin
Tulen dan Selamat 50
5.2.2 Kelemahan 50
5.2.2.1 Faktor Masa 50
5.2.2.2 Kekurangan Kepakaran Dalam Sistem 51
5.2.2.3 Paparan Keputusan Peperiksaan yang
Ringkas 51
5.3 Cadangan 51
5.3.1 Kepakaran 52
5.3.2 Faktor Masa 53
5.3.3 Pengujian Sistem 53
5.4 Kesimpulan 54
RUJUKAN 55
LAMPIRAN 57
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta Organisasi Perisian Keputusan Peperiksaan
Online 22
3.2 Carta Alir Menu Utama 23
3.3 Carta Alir Menu Utama 24
3.4 Carta Alir Sub Menu Ujian Bulanan & Peperiksaan
2003 25
3.5 Carta Alir Sub Menu Memberi Ulasan @ Komen 26
3.6 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan PMR 27
3.7 Carta Alir Sub Menu Analisis Peperiksaan SPM 28 3.8 Carta Alir Sub Menu AJK Kurikulum Sekolah 29
4.1 Carta Organisasi Sistem Keputusan Peperiksaan
Online 31
4.2 Skrin Index Laman Web Sekolah 32
4.3 Skrin Log In 33
4.4 Skrin Salah Log In 34
4.5 Skrin Menu Utama 35
4.6 Senarai Anak 36
4.7 Skrin Keputusan Ujian Bulanan & Peperiksaan 2003 37
4.8 Skrin Cadangan / Komen 38
4.9 Skrin Info Cadangan / Komen 39
4.10 Cadangan / Komen dipaparkan oleh Microsoft
Access 40
4.11 Analisis PMR 41
xii
4.12 Analisis SPM 41
4.13 Senarai AJK Kurikulum Sekolah 42
4.14 Kepadatan Informasi Dalam Pangkalan Data 43
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Data Ibu bapa 57
B Data Kod Peperiksaan 58
C Data Kod Mata Pelajaran 59
D Data Markah Pelajar 60
E Data Pelajar 61
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Manusia adalah makhluk berakal yang tidak hidup statik. Manusia sentiasa
berusaha untuk mencipta sesuatu yang dapat membantu mereka hidup selesa,
memudahkan kerja-kerja seharian dan dapat memenuhi kehendak mereka, tanpa
melibatkan banyak tenaga, masa dan wang ringgit. Segala usaha yang dilakukan
mempunyai satu matlamat yang sama iaitu untuk kesejahteraan manusia. Hasilnya
manusia telah berjaya memajukan bidang sains dan teknologi hingga mencapai tahap
yang cukup membanggakan. Kemajuan yang dicapai telah banyak melahirkan
penemuan dan ciptaan yang dapat membantu manusia dalam kehidupan mereka dan
menyelesaikan tugas-tugas seharian dengan lebih cekap, mudah dan segera.
Komitmen untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai sekolah bestari
menjelang tahun 2010 memberikan satu gambaran tentang arus perubahan besar yang
berlaku di dalam sistem pendidikan negara khususnya berhubung dengan penggunaan
teknologi maklumat dalam pendidikan. Perkembangan ini sejajar dengan aspirasi negara
untuk muncul sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dengan memberikan
penekanan kepada penguasaan teknologi maklumat di kalangan rakyat Malaysia.
Koridor Raya Multimedia, sebagai satu langkah strategik ke arah mencapai matlamat
tersebut.
2
Penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan di Malaysia telah bermula
dengan pengenalan program kelab komputer melalui kegiatan kokurikulum di sekolah-
sekolah pada tahun-tahun 1980an (Zoraini, 1991). Mulai tahun 1995, Kementerian
Pendidikan telah memperkenalkan program Komputer Dalam Pendidikan dengan
memberi penekanan kepada empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik. Kementerian Pendidikan juga telah mengumumkan
pada tahun 1996 untuk menjadikan mata pelajaran Literasi Komputer sebagai salah satu
mata pelajaran dalam pengajian di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.
Penggunaan teknologi maklumat bukanlah bertujuan untuk mengambilalih peranan guru
sebagai pendidik, malah ia akan dijadikan sebagai media utama pengajaran dan
pembelajaran dengan guru sebagai pemudahcara dalam proses tersebut (Mohd. Yusof,
1997).
Walaupun ramai yang memikirkan komputer hanya sebagai mesin yang boleh
membuat kiraan yang kompleks dengan kadar yang cepat, kebolehannya untuk
menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah sama pentingnya. Ciri inilah yang
membawa kepada kegunaan terpenting mengenai komputer dalam masyarakat moden,
sebagai pengkalan data. Apa yang dapat dilihat daripada ledakan ‘teknologi maklumat
baru’ yang pada ketika ini mengubah bentuk masyarakat industri ialah penubuhan
gedung maklumat berkomputer seperti ERIC di Amerika Syarikat dan sistem videoteks
interaktif PRESTEL di Britain. Pangkalan data jenis ini berbeza daripada perpustakaan
rujukan konvensional dan bank data dari segi maklumat disimpan secara elektronik dan
boleh diambil maklumat tanpa mengira jarak. Perkembangan pangkalan data yang
berkomputer bukan sahaja telah mengubah sistem perpustakaan di dunia, tetapi juga
mempunyai kesan yang besar terhadap sistem pendidikan. Pelajar yang ingin mencari
maklumat bahan bertulis dalam sesuatu bidang misalnya, tidak perlu mengambil masa
yang lama, tetapi akan dapat memperoleh maklumat dengan cepat dengan
mengaitkannya dengan pangkalan data bibliografi yang sesuai.
Pada awal kehidupan di bumi ini, manusia berkomunikasi antara satu sama lain
menerusi bahasa isyarat seperti menggerakkan anggota badan yang tertentu sebelum
3
mereka pandai bersuara setelah meniru bunyi haiwan. Mereka kemudiannya mencipta
bahasa percakapan yang seterusnya dijelmakan kepada lukisan dan tulisan. Setelah
media bertulis digunakan, manusia memindahkannya pula ke media elektronik seperti
telefon, radio dan televisyen. Pada masa kini, semua media komunikasi itu terus
digunakan dan yang terbaru, manusia berjaya mengembangkan lagi cabang teknologi
dengan menghasilkan internet. Dengan internet, mencari maklumat, berkomunikasi atau
sekadar menghiburkan hati sudah menjadi lumrah hidup yang normal. Ia berfungsi
untuk menjadi gedung maklumat, ilmu pengetahuan, saluran komunikasi, pendidikan,
latihan, hiburan dan sebagainya. Justeru itu, seseorang itu sewajarnya bersedia dengan
ilmu pengetahuan yang secukupnya dalam bidang telekomunikasi dan juga internet.
1.2 Rasional
Kini perkembangan pendidikan semakin maju dan Bahagian Teknologi
Pendidikan telah menyediakan seberapa banyak kemudahan yang diperlukan bukan
sahaja tenaga pengajar yang terlatih namun juga peralatan yang canggih, di antaranya
ialah menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media iaitu
cetak, audio ( radio ), video ( TV ) dan perisian multimedia serta menguruskan
penyebaran bahan yang dihasilkan melalui media cetak, siaran radio, siaran TV, CD-
ROM dan rangkaian komputer.
Sehubungan dengan itu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah
mengambil inisiatif melalui penubuhan Unit E-Learning pada tahun 2002 yang mana
unit ini memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan pembelajaran
menggunakan teknologi iaitu memperkenalkan pembelajaran secara online kepada
semua ahli akademiknya.
Fungsi Unit E-Learning ialah untuk menyokong semua pembangunan akademik
serta mendedahkan kepada semua ahli akademik dan para pelajar UNIMAS kelebihan
4
yang diperolehi melalui pembelajaran tersebut. Dalam satu kajian yang telah dijalankan
oleh En. Saree @ Sariee Minan, salah seorang graduan UNIMAS, beliau telah
mendapati bahawa pembelajaran dalam talian akan memudahkan pendidik di samping
dapat menarik minat dan tumpuan pelajar kepada matapelajaran yang diajar.
Jika kita meninjau sistem pendidikan di luar negara seperti Amerika Syarikat,
mereka telah menubuhkan satu universiti online sepenuhnya seperti Universiti Capella
yang terletak di Minneapolis, Amerika Syarikat. Di universiti ini semua permohonan
kemasukan pelajar dan sistem pembelajaran adalah dilakukan sepenuhnya melalui
online. Seperti universiti yang lain, Universiti Capella juga menyediakan kemudahan
perpustakaan yang mempunyai rangkaian perhubungan dengan Universiti Alabama
serta Universiti Illinois. Sebagai contoh, sekiranya penuntut hendak meminjam buku di
Universiti Alabama dan buku berkenaan tidak terdapat di sana, maka secara automatik
pencarian tersebut akan disalurkan terus ke Universiti Illinois.
Selain daripada itu, keputusan sesuatu ujian atau peperiksaan juga boleh
diperolehi secara dalam talian atau online. Ia akan memudahkan penghantaran
maklumat secara cepat, mudah dan lebih efisyen berbanding dengan cara-cara yang
lain. Penggunaannya adalah lebih anjal dimana kita boleh menggunakannya pada bila-
bila masa dan di mana jua. Dengan adanya sumber online, semua orang akan
memperolehi data terutamanya penjaga atau ibu kepada murid atau pelajar.
Dewasa ini, kebanyakan penjaga atau ibu bapa bekerja dan tidak mempunyai
masa yang cukup untuk memantau atau mengikuti perkembangan pembelajaran anak-
anaknya. Jemputan dari sekolah untuk mengambil kad laporan peperiksaan sering
diabaikan. Jika hadir sekalipun, hanya wakil yang dihantar. Kad laporan peperiksaan
kadangkala tidak pulangkan kepada pihak sekolah atau hilang. Keadaan ini akan
mengganggu pengurusan sekolah untuk mengemaskinikan data murid atau pelajar
terbabit.
5
Justeru itu, satu cara untuk mengatasi ketidakhadiran penjaga atau ibu bapa ke
sekolah dan mengelakkan kad laporan tidak dipulangkan atau hilang ialah melalui
keputusan peperiksaan secara dalam talian atau online.
1.3 Pernyataan Masalah
Keluarga yang bahagia menjadi idaman setiap orang yang akan berkeluarga dan
yang sudah berkeluarga. Mereka mengidamkan agar hubungan kekeluargaan antara
anak-anak dan ibu bapa menjadi sangat rapat dan erat. Segala masalah keluarga akan
cuba dihadapi bersama. Mereka menginginkan supaya kehidupan keluarga mereka
sentiasa dipenuhi dengan gelak ketawa dan suasana yang ceria. Bagi anak-anak, mereka
mengharapkan agar ibu bapa mereka akan sentiasa mempunyai masa untuk bersama
dengan mereka, supaya mereka dapat bermain, bermesra dan bersukaria bersama.
Tetapi masa telah mengubah segalanya. Hubungan antara ibu bapa dengan anak-
anak mereka semakin hari semakin pudar. Terutama bagi ibu bapa yang bekerja,
kesibukan ini menghalang mereka untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka
di rumah. Dalam masyarakat tradisional, suami isteri mempunyai peranan khusus iaitu
suami bekerja dan isteri menjadi suri rumah. Apabila masyarakat bertambah maju dan
tenaga kerja wanita diperlukan, ramai isteri dan ibu-ibu yang keluar bekerja. Kehidupan
pada zaman moden yang semakin canggih ini menuntut kos hidup yang semakin mahal.
Oleh itu, ramai ibu bapa yang bekerja bagi menambah pendapatan keluarga. Tanpa
pendapatan yang mencukupi, kehidupan keluarga akan menjadi lebih sukar, terutama
bagi keluarga yang mempunyai ramai anak.
Kesibukan ibu bapa terutamanya di kawasan bandar untuk mencari rezeki bagi
mempertingkatkan taraf hidup tanpa disedari telah merenggangkan hubungan
kekeluargaan. Masa untuk bersama anak-anak semakin singkat. Kekadang anak-anak
6
terpaksa membuat temujanji untuk berbicara dengan ibu bapa mereka. Apatah lagi
untuk mengikuti kemajuan pelajaran anak-anak.
Hubungan ibu bapa dengan sekolah juga semakin terbatas. Ibu bapa sekadar
menjadi ahli biasa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru tanpa memberi sebarang
sumbangan yang bermakna untuk kemajuan sekolah dan anak mereka. Undangan untuk
menghadiri aktiviti-aktiviti sekolah sukar untuk dipenuhi, walaupun sekadar untuk
mengambil laporan prestasi peperiksaan. Pelajar akan berasa kecewa dan malu dengan
sikap ibu bapa mereka, terutamanya pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.
Situasi ini memberi kesan yang tidak baik untuk perkembangan pembelajaran pelajar
terbabit. Ia boleh membantutkan pelajar untuk terus maju dan berjaya dalam
pelajarannya.
Ibu bapa yang datang untuk mengambil kad laporan peperiksaan kadangkala
sukar untuk berjumpa dengan guru berkenaan jika datang pada waktu tidak sepatutnya.
Kesibukan ibu bapa menyebabkan mereka tidak dapat hadir pada masa yang ditetapkan.
Keadaan ini akan menganggu guru yang mungkin sedang mengajar pada ketika itu.
Kad laporan peperiksaan tersebut perlu ditandatangani dan dipulangkan kembali kepada
pihak sekolah dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Kegagalan penjaga atau ibu
bapa memulangkan kad tersebut pada masanya akan menyulitkan pihak sekolah untuk
mengemaskinikan data pelajar terbabit.
Pelbagai masalah telah timbul dan untuk menyelesaikan masalah ini, keputusan
peperiksaan atau ujian secara dalam talian atau online akan digunakan. Keputusan
peperiksaan atau ujian secara online ini adalah untuk kegunaan penjaga atau ibu bapa.
Dengan memasukkan kata laluan dan kata kunci, keputusan peperiksaan anaknya akan
dipaparkan dan boleh dicetak.