Upload
buithuan
View
239
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS
TALIAN BERTAJUK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI KEMAHIRAN
HIDUP TAHUN EMPAT
MOHD JAZRINIZAD BIN JAMALUDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI
ATAS TALIAN BERTAJUK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
KEMAHIRAN HIDUP TAHUN EMPAT
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya MOHD JAZRINIZAD BIN JAMALUDIN
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
__________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Disahkan oleh
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
KM24 KG PERMATANG BULUH,
KOTA SARANG SEMUT 06800,
ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN.
PROF. MADYA DR. YAHYA BIN BUNTAT
Nama Penyelia
Tarikh: 21 APRIL 2010 Tarikh: 21 APRIL 2010
i
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : _____________________________
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. YAHYA BIN BUNTAT
Tarikh : 21 APRIL 2010
ii
PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS
TALIAN BERTAJUK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI KEMAHIRAN
HIDUP TAHUN EMPAT
MOHD JAZRINIZAD BIN JAMALUDIN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
iii
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya"
Tandatangan : ______________________________
Nama Penulis : MOHD JAZRINIZAD BIN JAMALUDIN
Tarikh : 21 APRIL 2010
iv
DEDIKASI
Istimewa untuk ibu dan abah tersayang…
Jamaludin bin Awang dan Noraini binti Hj Salleh
Jasamu, doamu, pengorbananmu dan tunjuk ajarmu yang tidak
ternilai harganya…
Dan tidak lupa juga kepada adik-adik
Mohd Hafifi, Abdul Habib dan Siti Nor Raihan
Yang banyak memberi dorongan dan sokongan
Juga untuk sahabat baik
Tajularif yang banyak memberi bantuan
untuk teman-teman yang tersayang
terima kasih atas sokongan dan bantuan kalian.
v
PENGHARGAAN
Bismillahhirahmanirahim
Syukur kepada Allah S.w.t… Dengan izin dan restuNya dapat saya
menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih
dan jutaan penghargaan ditujukan kepada Prof. Madya Dr. Yahya Bin Buntat selaku
penyelia sekaligus pembimbing yang banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar serta
dorangan kepada saya sepanjang tempoh menjalankan projek ini. Kesungguhan dan
dedikasi beliau dalam memberikan tunjuk ajar, nasihat serta cadangan sepanjang
proses penyempurnaan penulisan laporan PSM ini amatlah dihargai.
Penghargaan juga ditujukan kepada ahli keluarga yang tercinta. Terima kasih
di atas segala dorongan dan doa yang diberikan kepada saya sepanjang proses
penyelidikan ini.
Tidak lupa juga penghargaan buat pensyarah-pensyarah yang mengajar dan
memberikan curahan ilmu tanpa batasan terutamanya sepanjang proses
pembangunan e-pembelajaran untuk web ini. Juga terima kasih buat seluruh warga
Fakulti Pendidikan, kakitangan akademik, tenaga pentadbiran dan tenaga sokongan
yang banyak memberikan galakan dan terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang
pernah memberi sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam proses menjayakan Projek Sarjana Muda ini.
vi
ABSTRAK
Dalam era globalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam
memartabatkan profesion perguruan agar para pendidik mampu bersaing dengan
teknologi terkini. Antara inovasi yang perlu dititikberatkan ialah kepelbagaian dalam
kaedah penyampaian maklumat kepada pelajar. Oleh itu, satu projek yang
mengaplikasikan teknologi e-pembelajaran, iaitu projek sistem sokongan
pembelajaran kendiri atas talian dibangunkan untuk menghasilkan suatu e-
pembelajaran yang berkesan, interaktif, mampu menarik minat murid untuk belajar
serta bersifat mesra pengguna. Objektif pembangunan ini adalah untuk menghasilkan
web portal bertajuk Rekabentuk dan Teknologi dan menilai kesesuaiannya terhadap
penggunaan pembelajaran, Model ADDIE digunakan bagi membantu dalam
perancangan dan pembangunan web portal. Metodologi pembangunan bahan
pengajaran melibatkan fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, implementasi dan
penilaian. Bahan-bahan e-pembelajaran bertajuk Reka Bentuk dan Teknologi
disediakan dalam format power point dan juga html yang merangkumi nota
pengajaran guru dan juga nota pembelajaran pelajar. Selain itu, web portal ini juga
menyediakan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang lain seperti Quiz, Forum, Chat,
Glossary dan Assignment berdasarkan objektif pembelajaran Kemahiran Hidup
KBSR serta juga menggalakkan pembelajaran aktif di kalangan pelajar. Penilaian
sumatif telah dijalankan kepada 20 orang bakal-bakal guru Kemahiran Hidup,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Dapatan pengujian ini menunjukkan
kesesuaian web portal ini adalah di tahap yang baik (min keseluruhan = 4.53).
Diharapkan web portal ini dapat digunakan secara meluas oleh guru dan pelajar
supaya pembelajaran yang bermakna dapat diwujudkan daripada persekitaran
pembelajaran yang menyokong konstruktivisme sosial.
vii
ABSTRACT
In the era of globalization, educators should give more attention on the
innovations of information delivery methods to the students. Web based learning is
seen as an effective alternative in teaching and learning since this medium can
support individualized learning which is self access. Hence, a project that applies e-
learning technology, known as Online Self Study Support System was developed to
generate an effective, interactive, interesting, and user-friendly e-learning. The
purpose of this study is to develop topic Reka Bentuk dan Teknologi and to evaluate
its flexibility towards learning. The ADDIE model was used to help in the planning
and developing the web portal project. The development methodology of e-learning
materials includes phases of analysis, design, development, implementation and
evaluation. The e-learning materials entitled Reka Bentuk dan Teknologi was
prepared in html and power point format which comprised teacher’s note and
student’s lesson. This web portal also provided a wide range of resources and
activity-based on learning objectives in KBSR such as Quiz, Forum, Chat, Glossary
and Assignment which can develop student’s active learning. Summative evaluation
was conducted on ten Living Skills student of Universiti Teknologi Malaysia. The
outcome of the research showed that the flexibility of this web portal was good
(overall mean = 4.53). It is hoped, this web portal will be widely used by teachers
and students so that a meaningful learning can be developed from an environment
that supports social constructivism.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
TAJUK ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Objektif Pembangunan Projek 8
1.5 Kepentingan Projek 9
1.5.1 Pelajar 9
1.5.2 Tenaga Pengajar 10
1.5.3 Ibu Bapa Atau Penjaga 10
1.5.4 Sekolah 11
ix
1.5.5 Masyarakat 11
1.5.6 Institut Pendidikan Guru/Fakulti Pendidikan 12
1.5.7 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 12
1.6 Skop Projek 12
1.7 Rasional Pemilihan Projek 12
1.8 Kerangka Teori Projek 14
1.9 Definisi Istilah 15
1.9.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi 15
1.9.2 Portal 15
1.9.3 Web Portal Pendidikan 16
1.9.4 Pelajar 16
1.10 Penutup 17
2 SOROTAN KAJIAN 18
2.1 Pengenalan 18
2.2 Masalah dan Kesukaran Pembelajaran KH 19
2.2.1 Kelemahan Pelajar Dalam Topik Reka Bentuk &
Teknologi 20
2.3 E-Pembelajaran 20
2.3.1 Definisi E-Pembelajaran 21
2.3.2 Ciri-ciri E-Pembelajaran 22
2.3.3 Prinsip E-pembelajaran 23
2.3.4 Kelebihan E-Pembelajaran 24
2.3.5 Halangan Dalam Pelaksanaan E-pembelajaran 27
2.4 Perkembangan dan Keberkesanan E-Pembelajaran 29
2.4.1 Keberkesanan E-pembelajaran di Luar Negara 29
2.4.2 Keberkesanan E-pembelajaran di Malaysia 31
2.4.3 Isu-isu dan Cabaran E-pembelajaran di Malaysia 32
2.5 Perisian Sumber Terbuka (Open Sources Software) 33
2.5.1 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka 34
2.6 MOODLE (Modular Object Oriented Dynamic Learning
Environment) 35
x
2.6.1 Pengurusan Kursus MOODLE 36
2.7 Teori Pembelajaran yang diaplikasikan oleh MOODLE 37
2.7.1 Teori Pembelajaran Konstruktivisme 37
2.7.2 Teori Konstriktivisme Sosial 39
2.9 Penutup 41
3 PROSEDUR PEMBANGUNAN 42
3.1 Pengenalan 42
3.2 Kaedah Pelaksanaan 42
3.2.1 Analysis (Analisis) 44
3.2.2 Design (Rekabentuk) 46
3.2.3 Development (Pembangunan) 48
3.2.4 Implementation (Pelaksanaan) 50
3.2.5 Evaluation (Penilaian) 50
3.3 Penutup 53
4 HASIL PEMBANGUNAN DAN DAPATAN PENGUJIAN 54
4.1 Pengenalan 54
4.2 Web Portal Reka Bentuk dan Teknologi 54
4.3 Reka Bentuk Web Portal Reka Bentuk dan Teknologi 55
4.3.1 Log in ke web portal 55
4.3.2 Penyusunan Stuktur Bahan e-pembelajaran 57
4.4 Hasil Pembangunan Projek 59
4.4.1 Ruangan Lesson 59
4.4.2 Ruangan Assessment 62
4.4.3 Ruangan Activity 66
4.4.4 Ruangan Assignment 67
4.4.5 Ruangan Forum 68
4.4.6 Ruangan Chat 70
xi
4.5 Penilaian Kesesuaian Web Portal 70
4.6 Penutup 72
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 73
5.1 Pengenalan 73
5.2 Rumusan Projek 73
5.3 Kekuatan Web Portal Reka Bentuk dan Teknologi 75
5.4 Masalah-masalah yang Dihadapi 76
5.5 Cadangan Projek Lanjutan 78
5.6 Penutup 80
RUJUKAN 81
LAMPIRAN A-C 88-93
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA HALAMAN 3.1 Skala Likert Berdasarkan Min Skor 51
3.2 Tahap Kesesuaian Web Portal Berdasarkan Min 52
4.1 Min Skor Penilaian sumatif 71
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Fasa-fasa dalam model ADDIE 43 3.2 Skrin paparan ‘editting on’ 48 3.3 Skrin muat naik fail 49 4.1 Skrin Log in 56 4.2 Skrin Create new account 56 4.3 Skrin paparan menu utama 58 4.4 Skrin struktur penyampaian bahan e-pembelajaran 58 4.5 Skrin paparan Resources 60 4.6 Skrin paparan nota pembelajaran berformat
power point 60
4.7 Skrin muat turun nota pembelajaran berformat power point 61
4.8 Skrin paparan Lesson dalam format html 62 4.9 Skrin paparan Assessment bersertakan
maklumbalas berformat html. 64
4.10 Skrin paparan pangkalan data Assessment berformat html. 65
4.11 Skrin penilaian berformat power point 65 4.12 Skrin maklum balas jawapan berformat html. 66 4.13 Contoh aktiviti pembelajaran
(Quiz dan Crossword Puzzle) 67
xiv
4.14 Skrin Tugasan bagi topik Reka Bentuk dan
Teknologi 68 4.15 Skrin Paparan Forum 69 4.16 Skrin maklum balas dalam Forum 69 4.17 Skrin paparan Chat room 70
xv
SENARAI SINGKATAN KH - Kemahiran Hidup
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
MPTM - Matapelajaran Teknologi Maklumat
ICT - Information Communication and Technology
MOODLE - Modular Object Oriented Dynamic Learning Environment
OSS - Open Office Software
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
HTML - Hypertext Markup Language
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
WWW - World Wide World
MSC - Multimedia Super Corridor
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
CAL - Computer Associated Learning
SPSS - Statistical Packages For The Social Science
ABM - Alat Bantu Mengajar
SB - Sangat Baik
B - Baik
S - Sederhana
L - Lemah
SL - Sangat Lemah
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Pengesahan Pelajar 88
B Set Soal Selidik 89
C Instrumen Penilaian Sumatif 91
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dewasa ini, kemunculan pelbagai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
telah mengubah paradigma masyarakat sekaligus mewujudkan suasana baru dalam
sistem pendidikan. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memaksimakan
penggunaan ICT dalam mentranformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat
yang bermaklumat (knowledge based society). Disney Lai (2008) menyatakan
bahawa ICT dapat dilihat sebagai sesuatu yang dapat melangkau batasan seperti
persempadanan, keadaan geografi fizikal, jantina, keupayaan, kaum dan agama.
Kemajuan ICT begitu menonjol dalam sektor awam dan swasta. Ini selaras dengan
matlamat wawasan 2020 yang telah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri Malaysia.
“In the information age that we are living in, the Malaysian society must be information rich. It can be no accident that today there is no wealthy develop country that is information poor and no information rich country is poor and undeveloped”
(Wawasan 2020, 1991)
Kemajuan ICT tidak boleh dipisahkan dengan teknologi internet. Teknologi
internet merujuk kepada kombinasi teknologi komputer dan komunikasi. Ianya
dianggap sebagai kemuncak kecanggihan teknologi komputer. Ini kerana ia adalah
rangkaian komunikasi antarabangsa yang membolehkan seseorang berinteraksi
melalui komputer dengan bantuan talian komunikasi dan seterusnya menerokai dunia
dengan hanya sentuhan pada hujung jari pada peranti-peranti input yang dipilih
2
(Jamalludin dan Zaidatun, 2003). Proses pembelajaran boleh berlaku dimana-mana
tanpa kengkangan tempat dan masa. Segala sumber dan aktiviti pembelajaran boleh
disalurkan terus kepada pelajar melalui jalur lebar rangkaian komunikasi berasaskan
web dan internet.
Pihak kementerian juga telah memperkenal mata pelajaran teknologi
maklumat (MPTM) untuk ditawarkan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) untuk tahun 2000 sebagai matapelajaran pilihan dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM). Matlamat mata pelajaran tersbut untuk membentuk
pelajar yang berpengetahuan secara menyeluruh tentang ICT dan berkemahiran
mengenai maklumat dengan menggunakan teknik dan perkakasan ICT bagi
menyelesaikan masalah (Kementerian Pelajaran, 2005). Selain itu pihak kerajaan
telah meluluskan peruntukan bernilai RM4.3 bilion termasuk RM 300 juta bagi
pembinaan makmal-makmal komputer di 2000 sekolah adalah antara langkah positif
ke arah peralihan Malaysia kepada ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-
ekonomi (Utusan Malaysia, 27 September 2001).
Penekanan penggunaan teknologi telah diorentasikan dalam kokurikulum
sekolah merupakan satu usaha ke arah menyemai dan memupuk minat dan sikap
yang positif terhadap pengembangan teknologi. Persekitaran atau budaya sekolah
perlu diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada berpengetahuan,
berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000). Sehubungan dengan itu, pelbagai projek
ICT dilaksanakan termasukalah pembekalan komputer, penyediaan makmal
pengkomputeran, persediaan sukatan pelajaran dan perisian pendidikan sebagai
aktiviti utama dalam penyediaan prasarana ICT.
Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Sekolah Bestari yang
dimulakan pada tahun 1999 hingga 2002 di 88 buah sekolah. Sebanyak 1,737
(43.42%) buah sekolah daripada 4,000 sekolah harian yang disasarkan pada tahun
2007 telah berjaya menerima penarafan Pembestarian Sekolah. Manakala pada tahun
2008 disasarkan sebanyak 2000 buah sekolah lagi akan diberi penarafan
3
pembestarian (Konvensyen PIPP Kedua, 2008) Kewujudan Sekolah Bestari adalah
mengisi agenda perancangan dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC)
yang menekankan penggunaan teknologi ICT sebagai peneraju pedagogi dan
pengurusan sekolah. Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang kepada
teknologi komputer yang membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam
sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka
yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah dengan mereka
yang kurang berada (Razali, 2002).
Hasil daripada pemesatan teknologi ICT yang pesat kini, pembelajaran
berbantukan komputer tidak lagi dinafikan kepentingannya dan menjadi perintis
kepada perkembangan ICT dalam pendidikan Kemahiran Hidup. Ini selari dengan
matlamat KBSR Kemahiran Hidup yang bukan sahaja menekankan kepada budaya
sains dan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai dan
mengaplikasikan kemahiran yang berlandaskan sikap saintifik, menyelesaikan
masalah dalam kehidupan seharian, meneroka ilmu bahkan ingin melahirkan pelajar
yang bersikap positif terhadap kehidupan dan menghargai kepentingannya untuk
menyelesaikan masalah harian (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
1.2 Latar Belakang Masalah
Reka bentuk subjek Kemahiran Hidup (KH) yang telah dilaksanakan
sepenuhnya di sekolah mulai tahun 1991 adalah bercorak pravokasional yang
menitikberatkan pembelajaran teori dan kerja praktis (Wan Mohd Zahid, 1993).
Subjek Kemahiran Hidup sekolah rendah adalah bermatlamat untuk memberi
pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dalam ilmu kehidupan untuk
membolehkan pelajar mengetahui asas-asas atau prinsip dalam sains dan teknologi.
Selain itu mengwujudkan kesedaran dan keperihatinan pelajar tentang peranan ilmu
dalam kehidupan alam sejagat.
4
Dalam bidang pendidikan, teknologi ICT telah membawa perubahan baru
dalam suasana pengajaran dan pembelajaran di mana ia digunakan sebagai satu
kaedah untuk menyebarkan maklumat. Kemunculan alaf baru yang disertai dengan
ledakan teknologi ICT telah memberi tekanan kepada perlunya perubahan radikal
dalam dunia pendidikan (Posiah et al. 2006). Maka tidak hairanlah jika banyak
institusi pendidikan dan sekolah mengaplikasikan penggunaan ICT dalam membantu
usaha kerajaan untuk membangunkan modal insan.
Hasil pemesatan teknologi ICT yang pesat, pembelajaran berpandukan
komputer (e-learning) tidak dapat dinafikan lagi kepentinganya dan menjadi
pemangkin kepada perkembangan ICT dalam pendidikan Kemahiran Hidup. Namun
begitu, kekangan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran Hidup sudah pasti akan membataskan dan menyukarkan objektif ini
dicapai. Tidak dinafikan, semua sekolah kebanyakan mempunyai laman web sendiri
tetapi ia hanya digunakan sebagai memperkenalkan sekolah kepada umum iaitu
memaparkan gambar dan maklumat umum tentang sekolah. Ianya jarang sekali
digunakan sebagai pembelajaran interaktif atau e-pembelajaran untuk para
pelajarnya.
Pada zaman sekarang sistem pendidikan tradisional yang lebih berpusatkan
pelajar kurang relevan untuk diaplikasikan dan ini sekaligus akan menjadikan
suasana pembelajaran kurang kondusif. Hal ini terjadi kerana proses pembelajaran
secara tradisional di dalam kelas atau bengkel adalah terhad. Pelajar yang mudah
faham akan berasa bosan sekiranya terpaksa mempelajari sesuatu tajuk Kemahiran
Hidup yang sama berulang-ulang kali sedangkan pelajar yang lemah akan berasa
sukar sekiranya guru mengajar pada kadar yang terlalu pantas. Mohd Sofian (2006)
dan Atan Long (1982) menyatakan bahawa pembelajaran tradisional (kapur, buku
teks dan percakapan) tidak akan menjamin keberkesanan pengajaran kerana ia tidak
menguji daya imaginasi pelajar.
Realiti sekarang ini, ramai di kalangan pelajar yang kurang memberi tumpuan
untuk mendalami ilmu ini kerana pada anggapan mereka subjek Kemahiran Hidup
5
tidak penting untuk dipelajari dan mereka lebih memumpukan subjek yang terdapat
dalam ujian penilaian sekolah rendah (UPSR). Menurut Abu Hussin (1997) masalah
kurang perhatian pelajar-pelajar dalam pembelajaran subjek Kemahiran Hidup ada
hubung kait dengan tanggapan ibu bapa atau penjaga mereka. Ini adalah disebabkan
oleh ibu bapa yang tidak menggalakan anak mereka mempelajari subjek Kemahiran
Hidup, kurang memberikan kerjasama dan menganggap subjek Kemahiran Hidup itu
tidak penting.
Selain itu, Guru yang kurang kreatif dalam menyediakan medium untuk
menyampaikan pengajarannya akan memberi impak kepada pembelajaran pelajar-
pelajarnya (Norjihan dan Nor Imayanty, 2005). Menurut Rozidah (2004), terdapat
banyak kelemahan dalam pembelajaran berbantukan buku teks semata-mata. Ini
disebabkan, pembelajaran yang dijalankan dengan hanya menggunakan buku teks
sebagai bahan pelajaran boleh menimbulkan suasana suram dan seterusnya
menimbulkan kebosanan di kalangan pelajar. Pelajar-pelajar sukar untuk mendapat
idea baru dan natijahnya akan membantutkan perkembangan kognitif ke arah
pemikiran yang kritis dan kritis. Pergantungan kepada buku teks semata-mata akan
menyebabkan guru tidak peka dan perlunya bahan bacaan lain diketengahkan untuk
memperbaiki kualiti pembelajaran di sekolah (Abdul Rahim, 2004).
Penggunaan bahan bantu mengajar yang lebih interaktif juga tidak
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Ini kerana
subjek Kemahiran Hidup bukanlah suatu subjek yang hanya memadai diterangkan
dengan menggunakan medium teks dan grafik sahaja. Ia sebenarnya memerlukan
lebih daripada itu. Menurut Mohd Yusri (2007), pelajar selalunya mengalami
kesukaran dalam memahami sesuatu konsep atau teori terutamanya apabila perkara
yang disampaikan itu sukar diberi gambaran secara kasar. Sekiranya pelajar ini
berterusan didedahkan dengan kaedah pembelajaran tradisional yang sedemikian,
lama-kelamaan mereka akan berasa bosan dan sekaligus menghakis minat mereka
terhadap subjek Kemahiran Hidup ini.
6
Bagi subjek Kemahiran Hidup, keperluan untuk mencari alternatif bahan
bantu mengajar terutama penggunakan komputer amat berkurangan. Sekiranya
kaedah pembelajaran menggunakan web (dalam talian) dapat dibangunkan, ia akan
membantu proses pengajaran dan pembelajaran kerana dapat memberi pengetahuan
awal kepada pelajar yang mempelajari matapelajaran ini sebelum melibatkan kerja
amali dan pelbagai projek. Selain itu, kekurangan sumber merupakan salah satu
sebab di mana perlunya alternatif lain dalam pembelajaran yang memerlukan kerja
amali.
Kebanyakan guru tidak mengambil kira faktor kesediaan untuk belajar yang
berbeza di kalangan pelajar mahupun kecerdasan pelajar itu sendiri. Melalui
pembelajaran secara tradisional, para pelajar terkongkong dalam suatu situasi yang
sempit di mana ruang dan masa telah ditetapkan oleh pihak sekolah, ini secara tidak
langsung membawa mereka ke arah satu gaya pemikiran yang terhad dan tidak
terbuka. Hasilnya, para pelajar ini tidak dapat mengaitkan konsep yang dipelajari di
dalam kelas dengan kehidupan seharian mereka di luar. Selain itu, jumlah pelajar
yang ramai dalam sesuatu kelas juga menyebabkan kurang interaksi antara pelajar
dan guru (Jamalludin, 2003). Perhubungan antara pelajar dan guru menjadi terhad
dan kefahaman pelajar sukar untuk dinilai. Secara tidak langsung akan menyebabkan
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang berkesan.
Walaupun latihan ICT telah diberikan kepada guru, namun hanya segelintir
guru sahaja yang mempraktikannya. Menurut Ismail (2002), Dengan perkembangan
era teknologi maklumat, sudah tentu komputer dapat digunakan dengan mudah untuk
menyampaikan sesuatu konsep yang abstrak dalam bentuk yang lebih konkrit dan
lebih mudah difahami. Oleh itu, pembangunan e-pembelajaran berasaskan Modular
Object Oriented Dynamic Learning Environment (MOODLE) boleh menambah
sumber e-pembelajaran kepada pelajar terutamanya dalam pembelajaran Kemahiran
Hidup tahun empat. Web portal yang dibangunkan ini boleh dijadikan sebagai
alternatif bahan bantu mengajar bagi meningkatkan penguasaan pelajar terhadap
subjek Kemahiran Hidup dan menyediakan suasana pembelajaran yang mampu
menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek ini.
7
1.3 Penyataan Masalah
Subjek Kemahiran Hidup yang diajar di sekolah rendah bertujuan untuk
membekalkan pelajar dengan pelbagai kemahiran peringkat asas bagi membantu
pelajar mengendalikan kehidupan seharian dengan lebih produktif dalam dunia
teknologi yang semakin hari semakin mencabar dan sentiasa mengalami
pembaharuan terutama dalam era teknologi ICT. Subjek ini mula diperkenalkan pada
tahun 1989 dengan program Kemahiran Hidup Peralihan (KHP). Pada tahun 1991
telah dilaksanakan sepenuhnya di seluruh Malaysia pada peringkat sekolah
menengah dengan program Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) sehinggalah
sekarang telah menjangkau selama 20 tahun.
Pembelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah masih lagi diamalkan secara
tradisional dan tidak dapat lari daripada pelbagai masalah. Guru-guru Kemahiran
Hidup juga tidak mempelbagaikan kaedah mengajar dan masih mengamalkan
pengajaran secara tradisional yang kurang berkesan untuk diaplikasikan pada masa
kini. Walau bagaimanapun, Penggunaan teknologi ICT bukanlah penyesaian terbaik
untuk menyelesaikan masalah ini, tetapi boleh mengurangkan masalah pembelajaran
subjek Kemahiran Hidup. Menurut Wahyu dan Yahya (2005), perkongsian maklumat
boleh berlaku dengan berkesan melalui teknologi ini dalam pendidikan. E-
pembelajaran walaupun bukan penyelesaian menyeluruh tetapi adalah pilihan yang
baik untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran menggantikan kaedah tradisi
“chalk and talk‟.
Penggunaan komputer yang meluas dalam bidang pendidikan menjadikan
pembelajaran lebih mudah dan menarik. Ini kerana komputer dapat dibangunkan
dengan pelbagai cara di bilik darjah. Tetapi ianya memerlukan kaedah yang sesuai
agar ia tidak lari dari objektif asal iaitu mempertingkatkan kualiti pengajaran guru
dan juga menjadikan pembelajaran pelajar lebih bermakna. Penggunaan elemen
grafik dan animasi dalam web ini akan menjadikan pembelajaran yang abstrak dan
masalah pemahaman atau salah konsep pelajar bertukar menjadi pembelajaran serta
pemahaman yang jelas dan baik (Junaidah dan Rasyidah, 2006). Melalui web portal
8
ini, pelajar boleh menilai kemampuan diri mereka dengan mencuba pelbagai latihan
dan kuiz yang telah disediakan mengikut aras Taksonomi Bloom.
Web portal ini menekankan kepada penilaian online yang lebih sistematik
dan ini akan memudahkan guru untuk menilai pelajar. Menurut Norazah et al.
(2006), penggunaan teknologi maklumat boleh menimbulkan suasana pembelajaran
yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar. Peneguhan
yang positif dan negatif juga berlaku di mana pelajar diberi maklum balas segera
setelah membuat latihan dan kuiz yang disediakan. Ini secara tidak langsung akan
meningkatkan motivasi dan minat mereka dalam subjek Kemahiran Hidup.
Web Reka Bentuk dan Teknologi dalam talian ini dibangunkan dengan
menggabungkan ciri-ciri multimedia dan pembelajaran kendiri. Pembangunan web
ini adalah satu alternatif dan inovasi bagi mengatasi permasalahan dalam pengajaran
dan pembelajaran Kemahiran Hidup hari ini di samping mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang menyokong konstruktivisme sosial.
1.4 Objektif Pembangunan Projek
Projek ini membangunkan e-pembelajaran berasaskan perisian multimedia
yang diharapkan dapat memenuhi objektif pembangunan seperti:
i) Merekabentuk dan membina sistem sokongan pembelajaran kendiri
atas talian yang merangkumi tajuk Reka Bentuk dan Teknologi
khusus untuk pelajar tahun empat sekolah rendah berformatkan html
dan power point.
ii) Menentukan kesesuaian sistem sokongan pembelajaran kendiri atas
talian bertajuk Reka Bentuk dan Teknologi terhadap penggunaan
pembelajaran.
9
1.5 Kepentingan Projek
Berdasarkan kepada objektif pembangunan projek, didapati projek ini
mempunyai kepentingan tersendiri kepada pihak tertentu seperti pelajar, tenaga
pengajar, ibu bapa, sekolah, masyarakat, institut pendidikan guru dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
1.5.1 Pelajar
Melalui web portal ini, pelajar dilatih untuk beradaptasi dengan persekitaran
pembelajaran moden yang berkonsepkan terarah kendiri, akses kendiri dan lebih
berpusatkan pelajar. Selain itu, pelajar juga dapat mengukuhkan ilmu dan teknik
belajar serta memberi peluang kepada mereka untuk mengemukakan masalah dan
melakukan perbincangan melalui web portal ini. Ini secara tidak langsung dapat
melatih pelajar menjadi lebih kreatif dan kolaboratif di mana komunikasi antara
mereka menjadi lebih efektif dalam pelbagai mod yang mempertimbangkan faktor
masa dan tempat. Pelajar juga dapat meningkatkan kefahaman dan kepercayaan
terhadap diri sendiri melalui melakukan latihan dan kuiz yang disediakan dengan
berulang kali.
Selain itu, ia juga sebagai persediaan pelajar dalam menghadapi era
pembelajaran secara maya dan meningkatkan penguasaan kemahiran komputer
dikalangan pelajar-pelajar. Dengan adanya penguasaan komputer, jurang digital
dapat dikurangkan dan matlamat kerajaan untuk wawasan 2020 menjadi kenyataan.
Menurut Wahyu dan Yahya (2005), pengunaan ICT yang terancang, menarik dan isi
pengajaran yang berkesan akan melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri berikut:
i) Pelajar yang lebih bertanggungjawap terhadap pelajarannya.
ii) Pelajar yang boleh menentukan keperluan bahan untuk
pembelajarannya.
10
iii) Pelajar yang bebas melakukan carian maklumat mengikut
keperluan, tahap pencapaian dan pengetahuannya.
iv) Pelajar yang dapat membina pengetahuan baru berasaskan kepada
carian maklumat, komunikasi dua hala dan penemuan kendiri.
1.5.2 Tenaga Pengajar
Web ini juga dilihat sebagai alternatif bahan bantu mengajar subjek
Kemahiran Hidup yang dapat membantu guru mengadaptasikan teknologi maklumat
untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran Kemahiran Hidup di dalam
kelas. Dalam konteks ini, guru adalah berperanan sebagai fasilitator dalam
membantu pelajar mengukuhkan kefahaman mereka dalam subjek Kemahiran Hidup.
Pretasi guru Kemahiran Hidup terhadap keupayaan penggunaan teknologi dapat
mengembangkan idea dan kreativiti terhadap sesuatu topik atau amali dalam subjek
Kemahiran Hidup. Menurut Junaidah dan Rasyidah (2006), beban tenaga pengajar
dapat dikurangkan memandangkan isi pembelajaran telah tersedia dan sebarang
pembaharuan dapat dilaksanakan dengan mudah menjadikan pengajaran seiring
dengan perkembangan teknologi semasa. Guru-guru boleh mendapatkan sumber
bahan pengajaran melalui e-learning berasaskan MOODLE ini. Guru juga boleh
berinteraksi dengan pelajar secara maya, mendapatkan rekod pencapaian pelajar di
samping mengenalpasti kelemahan pelajar dan menyebarkan sebarang pengumuman
penting.
1.5.3 Ibu bapa atau Penjaga
Perkembangan web ini dapat memberi peluang kepada ibu bapa untuk
memantau pretasi anak-anak mereka dalam pembelajaran di samping dapat
membimbing dan menggalakkan anak-anak menggunakan pembelajaran berasaskan