2
Pembelajaran Berasaskan Penyelesaian Masalah Pembelajaran berasaskan masalah merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai focus dalam proses pembelajaran. Menurut Ousey(2003! mendefinisikan P"M sebagai satu falsafah bagi sua kurikulum yang baharu. #al ini bermaksub guru bukanlah satu$satu sumber ilmu atau rujukan oleh murid. %usteru murid boleh mendapatkan pengetahuan dan maklumat dari sumber$sumber yang lain. Menurutnya! P"M membantu murid mencapai tahap pembelajaran yang spesifik unutk menjadikan mereka berkebolehan dan berkemampuan. Prinsip-Prinsip Pembelajaran Berasaskan Penyelesaian Masalah &. P"M merupakan pendekatan pembelajaran di mana masalah merupakan titik tolak dalam proses pembelajaran. 2. Pembelajaran berpusatkan murid. Murid hanya diberikan panduan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru. 3. 'uru harus kreatif dalam menghasilkan sesuatu masalah yang bersesuaian dengan topic yang diajar. . 'uru hanya bertindak sebagai fasilitator! pembimbing atau motivator kepada meri ). Masalah berasaskan kepada situasi sebenar. Faedah P"M dapat memperkembangkan kemampuan murid berfikir secara kritis dan kreatif. *ni keranaP"M membantu murid berfikir dan mampu menyelesaikan masalah yang tercetus. Murid akan mencari jalan penyelesaian berdasarkan segala pengetahuan yang mereka ada sekali gus dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka kerana mereka +erlu mencari ja,apan melalui pembacaan dan perkongsian idea melalui rakan$rakan mereka. Langkah-langkah Menurut -ynda ee (200 ! terdapat tujuh langkah dalam menerangkan proses P"M. -angkah$langkah tersebut ialah seperti berikut/ a Pembahagian umpulan Pada peringkat ini! pelajar akan mengenali di antara satu sama lain dan pelajar akan membentuk kumpulan masing$masing. 1eterusnya! ketua kumpulan dan pencatat akan dilantik dan peraturan$peraturan kumpulan akan dibentuk. b Mengenalpasti Masalah

Pembelajaran Berasaskan Penyelesaian Masalah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

d

Citation preview

Pembelajaran Berasaskan Penyelesaian MasalahPembelajaran berasaskan masalah merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai focus dalam proses pembelajaran. Menurut Ousey(2003), mendefinisikan PBM sebagai satu falsafah bagi suatu kurikulum yang baharu. Hal ini bermaksub guru bukanlah satu-satu sumber ilmu atau rujukan oleh murid. Justeru murid boleh mendapatkan pengetahuan dan maklumat dari sumber-sumber yang lain. Menurutnya, PBM membantu murid mencapai tahap pembelajaran yang spesifik unutk menjadikan mereka berkebolehan dan berkemampuan. Prinsip-Prinsip Pembelajaran Berasaskan Penyelesaian Masalah1. PBM merupakan pendekatan pembelajaran di mana masalah merupakan titik tolak dalam proses pembelajaran. 2. Pembelajaran berpusatkan murid. Murid hanya diberikan panduan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru. 3. Guru harus kreatif dalam menghasilkan sesuatu masalah yang bersesuaian dengan topic yang diajar. 4. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator, pembimbing atau motivator kepada merid.5. Masalah berasaskan kepada situasi sebenar. Faedah PBM dapat memperkembangkan kemampuan murid berfikir secara kritis dan kreatif. Ini keranaPBM membantu murid berfikir dan mampu menyelesaikan masalah yang tercetus. Murid akan mencari jalan penyelesaian berdasarkan segala pengetahuan yang mereka ada sekali gus dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka kerana mereka [erlu mencari jawapan melalui pembacaan dan perkongsian idea melalui rakan-rakan mereka. Langkah-langkah

Menurut Lynda Wee (2004), terdapat tujuh langkah dalam menerangkan proses PBM. Langkah-langkah tersebut ialah seperti berikut:

a) Pembahagian KumpulanPada peringkat ini, pelajar akan mengenali di antara satu sama lain dan pelajar akan membentuk kumpulan masing-masing. Seterusnya, ketua kumpulan dan pencatat akan dilantik dan peraturan-peraturan kumpulan akan dibentuk.

b) Mengenalpasti MasalahPelajar akan dikemukakan dengan masalah untuk diselesaikan. Pelajar perlu mengenalpasti dan mengesahkan masalah tersebut dan menyatakan masalah tersebut berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi. Proses mengenalpasti masalah melibatkan elemen-elemen pencetus idea terhadap masalah yang ingin dikaji, juga dikenali sebagai trigger. Trigger boleh didapati dalam bentuk gambar, petikan surat khabar, klip video, petikan jurnal dan juga kejadian sebenar yang berlaku. Trigger ini akan menyebabkan sesuatu isu dipersoalkan, diperdebatkan dan memberi petunjuk kepada penyelesaian masalah tersebut.

c) Menjana IdeaPada peringkat ini, pelajar akan mengeluarkan idea-idea yang dapat membantu dalam proses penyelesaian masalah tersebut.

d) Isu PelajaranPelajar perlu mengenalpasti apakah yang perlu dipelajari dan mencari isu-isu yang dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah serta mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan mengenalpasti tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.

e) Pembelajaran KendiriPada peringkat ini, pelajar akan mencari dan merumuskan informasi-informasi yang relevan dan logik dengan masalah yang diberikan.

f) Sintesis dan AplikasiPunca-punca informasi perlu disahkan kesahihannya terutamanya daripada Internet. Pelajar akan mula berkongsi maklumat dengan pelajar yang lain dan mengaplikasikan maklumat yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan berbincang, membangunkan penyelesaian dan membuat penerangan terhadap penyelesaian yang diambil.

g) Refleksi dan Tindak BalasPada peringkat ini, pelajar akan memberi tindak balas terhadap kerja kumpulan, kerja individu, penjanaan pengetahuan, penyelesaian masalah dan juga peranan fasilitator. Seterusnya, perbincangan akan dilakukan dalam kumpulan masing-masing.