28
PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INVENTORI OTAK DOMINAN (IOD) Prof. Madya Dr. Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip Muhamad Tajudin bin Mustafa Noraimi Aainaa binti Omar Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjung Malim, Perak ABSTRAK Kajian ini bertujuan membina, memperoleh kesahan kandungan, kesahan muka dan kebolehpercayaan Inventori Otak Dominan (IOD). IOD bertujuan untuk mengenalpasti dominan otak seseorang dan memberi input kepadanya untuk mengenali dirinya sendiri selain membantu dalam menyusun strategi belajar dan kerjaya pada masa akan datang. IOD ini berdasarkan empat sub skala utama yang membahagikan seseorang kepada corak pemikiran dominan otak kanan cerebral (Otak Kanan Atas OKaA), otak kanan limbik (Otak Kanan Bawah OKaB), otak kiri cerebral (Otak Kiri Atas OKiA) dan juga otak kiri limbik (Otak Kiri Atas OKiB) yang didasari oleh model ‘Whole Brainoleh Ned Herrmann(1995). IOD mengandungi 120 item meliputi 30 item untuk setiap sub skala tersebut dan menggunakan skala nominal Ya/Tidak untuk setiap item. Bagi penilaian kesahan kandungan, IOD telah dinilai oleh tujuh orang panel pakar yang terdiri daripada pensyarah Universiti Awam, pensyarah-pensyarah di Institut Pendidikan Guru, Kaunselor Jabatan Pendidikan dan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah. Dapatan statistik mendapati kesahan keseluruhan IOD adalah baik dan boleh diterima iaitu nilai kesahan keseluruhan IOD ialah .828 (82.8%), skala OKa .791 (79.1%) dan OKi .866 (86.6%). Manakala kesahan kandungan yang tertinggi bagi sub skala adalah .878 (87.8%) iaitu sub skala OKiB dan yang terendah adalah sub skala OKaA iaitu .763 (76.3%). Bagi sub skala lain mencatat OKaB .818 (81.8%) dan OKiA .853 (85.3%). Kajian rintis telah dijalankan ke atas 40 orang responden dari sekolah menengah di daerah Klang untuk mendapatkan nilai pekali kebolehpercayaan. Analisis nilai pekali kebolehpercayaan keseluruhan adalah baik dan boleh diterima iaitu .874 dan bagi sub skala nilai kebolehpercayaan yang sederhana rendah untuk sub skala OKaA iaitu .455, sederhana tinggi untuk sub skala OKaB iaitu .683, dan tinggi untuk sub skala OKiA dan OKiB dengan nilai masing-masing .793 dan .808. Dengan ini, kajian ini berjaya menghasilkan inventori IOD yang mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik dan memuaskan untuk memberi input kepada individu untuk mengenalpasti dominan otak dan lebih mengenali dirinya sendiri selain membantu dalam penyusunan strategi belajar dan kerjaya di peringkat sekolah dan juga organisasi.

PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

  • Upload
    hatruc

  • View
    286

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

INVENTORI OTAK DOMINAN (IOD)

Prof. Madya Dr. Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip

Muhamad Tajudin bin Mustafa

Noraimi Aainaa binti Omar

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjung Malim, Perak

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan membina, memperoleh kesahan kandungan, kesahan muka dan

kebolehpercayaan Inventori Otak Dominan (IOD). IOD bertujuan untuk mengenalpasti dominan

otak seseorang dan memberi input kepadanya untuk mengenali dirinya sendiri selain membantu

dalam menyusun strategi belajar dan kerjaya pada masa akan datang. IOD ini berdasarkan empat

sub skala utama yang membahagikan seseorang kepada corak pemikiran dominan otak kanan

cerebral (Otak Kanan Atas – OKaA), otak kanan limbik (Otak Kanan Bawah – OKaB), otak kiri

cerebral (Otak Kiri Atas – OKiA) dan juga otak kiri limbik (Otak Kiri Atas – OKiB) yang

didasari oleh model ‘Whole Brain’ oleh Ned Herrmann(1995). IOD mengandungi 120 item

meliputi 30 item untuk setiap sub skala tersebut dan menggunakan skala nominal Ya/Tidak

untuk setiap item. Bagi penilaian kesahan kandungan, IOD telah dinilai oleh tujuh orang panel

pakar yang terdiri daripada pensyarah Universiti Awam, pensyarah-pensyarah di Institut

Pendidikan Guru, Kaunselor Jabatan Pendidikan dan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah

Menengah. Dapatan statistik mendapati kesahan keseluruhan IOD adalah baik dan boleh diterima

iaitu nilai kesahan keseluruhan IOD ialah .828 (82.8%), skala OKa .791 (79.1%) dan OKi .866

(86.6%). Manakala kesahan kandungan yang tertinggi bagi sub skala adalah .878 (87.8%) iaitu

sub skala OKiB dan yang terendah adalah sub skala OKaA iaitu .763 (76.3%). Bagi sub skala

lain mencatat OKaB .818 (81.8%) dan OKiA .853 (85.3%). Kajian rintis telah dijalankan ke atas

40 orang responden dari sekolah menengah di daerah Klang untuk mendapatkan nilai pekali

kebolehpercayaan. Analisis nilai pekali kebolehpercayaan keseluruhan adalah baik dan boleh

diterima iaitu .874 dan bagi sub skala nilai kebolehpercayaan yang sederhana rendah untuk sub

skala OKaA iaitu .455, sederhana tinggi untuk sub skala OKaB iaitu .683, dan tinggi untuk sub

skala OKiA dan OKiB dengan nilai masing-masing .793 dan .808. Dengan ini, kajian ini berjaya

menghasilkan inventori IOD yang mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik

dan memuaskan untuk memberi input kepada individu untuk mengenalpasti dominan otak dan

lebih mengenali dirinya sendiri selain membantu dalam penyusunan strategi belajar dan kerjaya

di peringkat sekolah dan juga organisasi.

Page 2: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

ABSTRACT

The aim of this study is to build, to acquire content validity, face validity and reliability of Brain

Dominance Inventory (BDI). BDI aims to identify dominant brain of a person and give them

input to identify themselves and also help in developing strategies to study and planning future

careers. BDI is based on four sub scale that divides a person into the right brain dominant

mindset cerebral (Top Right Brain - OKaA), right limbic brain (Bottom Right Brain - OKaB),

left cerebral (Top Left Brain - OKiA) as well as the left brain limbic (Top Left Brain - OKiB)

which based on the model ‘Whole Brain’ by Ned Herrmann (1995). BDI contains 120 items

including 30 items for each sub scale and the nominal scale using Yes / No for each item. For the

assessment of the content validity, BDI has been assessed by an expert panel of seven persons

comprising the Public University lecturers, lecturers at the Institut Pendidikan Guru, Councelors

of Jabatan Pendidikan and Secondary School councelors. The overall statistic validate that BDI

is good and acceptable, which the overall validity value is .828 (82.8%), Oka scale .791 (79.1%)

and Oki .866 (86.6%). While the content validity of the subscale is .878 (87.8%) of OKiB

subscale and the lowest is OKaA subscale .763 (76.3%). For other subscales OKaB .818 (81.8%)

and OKiA .853 (85.3%). A pilot study was conducted on 40 students from secondary schools in

Klang to get the coefficient of reliability. Analysis if the overall reliability coefficient is good

and acceptable which is .874 and the subsvale is low to moderate reliability OKaA subscale is

.455, moderately high for OKaB subscale of .683 and for subscale OKiA and OKiB with the

respective values of .793 and .808. Based on this results, the study succeeded in producing an

inventory of the BDI which has good validity and realibity, also satisfactory to provide input to

the brain dominant individuals to identify and get to know himself as well as to assist in the

preparation of study strategies and career development at the school level and also organization.

PENGENALAN

Otak merupakan organ terpenting dan juga paling kompleks dalam jasad manusia. Ia terdiri

daripada 100 bilion saraf yang berkomunikasi dengan trilion penyambung yang dinamakan

sinaps (Brain and Nervous System Health Center, 2014). Otak berfungsi sebagai pusat kawalan

kesemua sistem badan dan merupakan antara organ terawal yang berkembang dalam proses

perkembangan manusia. Kajian tentang pembahagian fungsi dalam otak kepada hemisfera kanan

dan kiri telah dibuat jauh terlebih dahulu terhadap otak haiwan. Melalui kajian yang dilakukan

oleh Goltz dan juga Ferrier (dalam Donaldson, 1884) mendapati bahawa terdapat bukti yang

menunjukkan haiwan akan kehilangan beberapa fungsi badan dan juga kognitif apabila bahagian

otak sama ada kanan atau kiri direncatkan.

Apabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen

yang dijalankan oleh Roger Sperry dalam tahun 1960an yang mengangkat beliau untuk

memenangi hadiah Nobel pada tahun 1981 berkaitan dengan ‘split brain’ yang melibatkan

seorang pesakit sawan (The Split Brain Experiments, 2003), banyak kajian-kajian seterusnya

terutama dalam bidang neurosains dan psikobiologi yang membuktikan bahawa terdapat

bahagian-bahagian otak yang sememangnya dominan terhadap tugas-tugas tertentu seperti

bahasa, emosi, ingatan, pencernaan, proses otak, pergerakan badan dan pelbagai lagi tugas-tugas

kompleks yang dilalui oleh manusia dalam kehidupan sehariannya. Berikut merupakan

gambarajah otak dan bahagian-bahagian pentingnya :

Page 3: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

Rajah 1 : Bahagian-Bahagian Otak

Idea tentang otak dominan hadir dari eksperimen Roger Sperry tersebut yang menggambarkan

bahawa manusia mempunyai dua hemisfera otak yang menjalankan fungsi yang berbeza dan

dihubungkan dengan korpus kallosum. Manusia secara amnya adalah unik dan mempunyai minat

yang pelbagai antara seorang kepada seorang individu yang lain contohnya, ada yang lebih

meminati muzik, matematik, bahasa dan lain-lain lagi bentuk kemahiran yang memperlihatkan

penggunaan otak yang berbeza bahagiannya. Hal ini menurut Michael Corballis (1978)) yang

merupakan pakar dalam bidang hemisfera otak menyatakan bahawa hemisfera otak yang

mengawal tugasan yang berlainan dapat meningkatkan kefungsian otak itu sendiri atau jika

berlaku percampuran maka otak akan terlalu dibebankan dengan pertukaran maklumat yang

terlalu banyak antara hemisfera melalui korpus kallosum.

Kajian masa kini menggunakan peralatan yang lebih canggih seperti imbasan ‘resting-state

functional magnetic resonance imaging (fMRI)’ menunjukkan sememangnya terdapat aktiviti

otak yang dominan dalam satu-satu tugasan seperti hubungan antara bahagian bahasa, korteks

prefontal medial dan juga korteks singula posterior adalah kuat pada bahagian kiri dan hasil

kajian ini juga menunjukkan bahawa lelaki adalah lebih menunjukkan pembahagian kefungsian

otak ini lebih berbanding perempuan (Nielsen, 2013). Kajian-kajian membabitkan fungsi

hemisfera otak menarik minat lebih banyak pengkaji untuk mengkaji kaitan-kaitan antara

dominan otak dengan fungsi lain dalam kehidupan seperti bahasa, emosi, pengecaman dan malah

dalam bidang pembelajaran yang diketahui penggunaan maklumat berkaitan otak dominan dapat

membantu dalam memahami pelajar dan merangka teknik pengajaran agar pelajar yang

mempunyai dominan otak berbeza dapat menyerap ilmu dengan baik (Daymut, 2009).

Terdapat beberapa alat ujian yang dibangunkan bagi mengukur dominan penggunaan otak dalam

kalangan manusia; sama ada cenderung ke kiri atau ke kanan. Antara yang menonjol dan

menjalani satu penyelidikan yang mendalam, menyeluruh dan komprehensif adalah ‘Herrmann

Page 4: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

Brain Dominance Instrument’ (HBDI) yang dibangunkan oleh Ned Herrmann pada tahun 1976

dan dikeluarkan secara rasmi pada 1979 yang bertitik tolak dari persoalannya “bagaimana

seseorang itu boleh menjadi sangat pandai dan sangat dungu pada masa yang sama?” (Webster,

1994). Kajian demi kajian membawa Herrmann kepada ‘Whole Brain Model’ yang mengelaskan

otak kepada empat kuadran mengikut otak kanan dan kiri serta dibahagi lagi kepada otak kanan

atas dan bawah serta otak kiri atas dan bawah. Setiap satunya mempunyai pecahan sifat dan ciri

masing-masing.

Inventori yang dibangunkan dengan adaptasi daripada model ini diberi nama Inventori Otak

Dominan(IOD) dilihat penting membantu seseorang individu mengenalpasti kekuatan dan

kelemahan dirinya. Sebagai contoh, seseorang yang tidak mempunyai kepandaian dalam

Matematik (otak kiri) perlu membantu dirinya untuk memahami subjek ini dengan cara otak

kanan berfikir seperti menggambarkan nombor dan berimaginasi. Tidak setakat itu, IOD dilihat

dapat membantu individu dalam meningkatkan produktiviti diri dan juga pemilihan kerjaya

kerana tidak semua orang boleh bekerja dengan data dan benda semata-mata atau bekerja dengan

manusia sahaja dan begitu juga sebaliknya. Dengan mengenal diri melalui IOD dilihat dapat

membantu melancarkan proses pembelajaran, pemilihan kerjaya, teknik berkomunikasi,

membuat keputusan dan pelbagai aspek lain lagi yang boleh digunakan untuk menerobos ke

alam kehidupan seseorang kerana seperti yang telah diketahui otak merupakan organ yang

mengawal keseluruhan fungsi manusia dan tentulah ia berkait rapat dengan penghidupan

manusia selama mana ia bernafas dan menjalankan fungsinya.

Walaubagaimanapun, inventori ini dilihat mempunyai beberapa kelemahan seperti individu juga

mempunyai dominan dalam lebih daripada satu bahagian otak dan ini membuktikan variasi

daripada individu kepada seorang individu lain yang sukar untuk diukur menggunakan

instrumen. Jumlah item yang agak banyak mungkin menurunkan sedikit minat responden untuk

menjawabnya kerana memerlukan masa yang agak panjang. Kritikan terkini berkenaan dengan

otak dominan bahawa ia adalah satu mitos semata-mata tetapi inventori ini tidak perlu dilihat

sebagai bukti sains tentang kewujudan keempat-empat kuadran tetapi lebih kepada menyediakan

satu model bagi menyalurkan maklumat berkaitan dominan penggunaan otak individu. Para

saintis menyuguhkan bahawa kajian sebenarnya adalah jauh lebih kompleks dan sukar untuk

ditentukan bahawa manusia mempunyai dominan yang sedemikian. Terdapat juga perbahasan

berkenaan penggunaan keseluruhan otak dalam proses berfikir berbanding hanya dominan

kepada bahagian otak tertentu (Morris, 2006). Instrumen ini juga terhad kepada pelajar yang

berumur 15 tahun ke atas sahaja dan sukar untuk instrumen ini mengukur dominan otak sejak

dari sekolah rendah.

Namun demikian, inventori ini dapat dimurnikan lagi bagi membolehkan penggunaannya

diperluas selain diringkaskan dan diambil modelnya bagi membangunkan satu bentuk instrumen

yang lebih mudah dan praktikal untuk ditadbir kepada pelajar sekolah rendah dan mungkin juga

di peringkat pra sekolah bagi dengan mudah mengenalpasti dominan otak para pelajar supaya

guru-guru akan lebih peka dan efisien dalam merangka metod pengajaran yang sedikit berbeza

mengikut kesesuaian pelajar. Selain itu, penggunaan inventori boleh diluaskan penggunaannya

merentas budaya melalui kajian-kajian kesahan dan kebolehpercayaan untuk budaya setempat

dan diubahsuai bagi setiap peringkat umur dan bidang kerana inventori ini dilihat berpotensi di

gunakan bukan sahaja di bidang pendidikan rendah dan tinggi tetapi juga meliputi pelbagai

bidang lain seperti pengurusan, komunikasi, pembuatan keputusan, cara berfikir dan bermacam-

Page 5: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

macam bidang yang tidak terhad tetapi memerlukan penyesuaian bagi membolehkan kesahan

dan kebolehpercayaan inventori yang lebih mantap dan menepis sebarang keraguan terhadapnya.

LATAR BELAKANG INVENTORI OTAK DOMINAN

Inventori Otak Dominan ini dibangunkan berdasarkan model ‘Whole Brain’ oleh Ned Herrmann,

seorang bekas pengurus bahagian pengurusan pendidikan di General Electric’s Management

Development Institute yang seterusnya pada tahun 1979, secara rasmi menerbitkan “Herrmann

Brain Dominance Instrument” (HBDI) (Dew, 1996). Herrmann percaya bahawa sebagai

manusia, kita mempunyai kecenderungan kepada otak kanan atau otak kiri secara semulajadi

atau melalui cara kita dibesarkan ataupun melalui latihan (Webster, 1994). Beliau juga

menyatakan bahawa dominan otak kita ditunjukkan melalui cara bagaimana kita suka untuk

belajar, untuk memahami dan menunjukkan sesuatu emosi. Pertamanya, dominan otak ini akan

memberikan respons yang automatik dalam apa juga situasi dan menambahbaik kebolehan kita

untuk respons dengan cepat dan efektif melalui penyingkiran langkah-langkah dalam pembuatan

keputusan. Kedua, dominan ini memberikan kita kemahiran yang lebih tinggi lebih daripada apa

yang kita ada. Dominan ini juga katanya merupakan sesuatu yang normal dalam kondisi manusia

biasa (Herrmann, 1995).

Seperti yang telah dikatakan sebelum ini, pembinaan model ‘Whole Brain’ oleh Herrmann(1995)

bukanlah merupakan satu pembuktian secara saintifik dengan penggunaan rod dan imbasan MRI

tetapi merupakan satu templat pengujian bagi membolehkan pengesanan jenis-jenis pemikiran

melalui empat kuadran yang telah dibinanya bagi membolehkan penyesuaian pemikiran,

personaliti dan lain-lain hal dikenalpasti. Secara khususnya, model tersebut lebih kepada

penilaian individu dalam hal bersangkutan psikologikal dan bukan secara khusus menerangkan

hal-hal neurosains atau lain-lain bidang yang menjurus kepada pembuktian secara sains tentang

saraf dan pemetaan otak. Hal ini turut disokong oleh Coffield, Moseley, Hall E dan Ecclestone

(2004) yang menyatakan bahawa walaupun model Herrmann ini masih memerlukan kajian

lanjutan, pembangunan dan penilaian bebas, ia walaubagaimanapun berasaskan nilai yang

bersifat terbuka, optimis dan sistematik. Berbanding model lain, ia menggalakkan sesuatu yang

fleksibel, penyesuaian dan perubahan berbanding pengelakan daripada aktiviti yang kurang

digemari.

Namun demikian, terdapat juga beberapa inventori lain yang dibina berdasarkan kajian dominan

hemisfera otak ini seperti ‘Brain Dominance Inventory’ oleh Davis pada tahun 1994 (dalam

KÖK, 2007), ‘Differential Hemispheric Activation Test’ oleh Dunn, Sklar, and Beaudry (1990),

‘Preference Test’ oleh Zenhausern (1978), ‘Polarity Questionnaire’ oleh Morton (2002) dan juga

‘Wagner Preference Inventory II’ oleh Wagner dan Wells(1985) (dalam Genovese, 2005). Hal

ini menunjukkan subjek ini (dominan otak) merupakan antara yang penting dan mendapat

perhatian dalam kalangan pengkaji untuk menggabungjalin hasil kajian berkaitan dominan otak

dengan pelbagai bidang kemanusiaan lain yang mendatangkan manfaat kepada manusia. Sama

seperti HBDI, beberapa inventori di atas juga telah melalui proses kesahan dan

kebolehpercayaan bagi membolehkannya ditadbir kepada orang awam dan hal ini menarik minat

pengkaji secara khusus bagi membina satu bentuk inventori acuan Asia yang bersesuaian dengan

budaya dan adat Timur untuk diaplikasikan dan seterusnya membawa banyak manfaat kepada

responden yang menjawab. Jadi, terlahirlah Inventori Otak Dominan atau IOD yang mengambil

kerangka ‘Whole Brain’ dan diterjemah dalam bentuk yang lebih mudah untuk diinterpretasi.

Page 6: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

Nyatanya, pembentukan IOD membolehkan satu bentuk kefahaman yang lebih dalam kalangan

guru mahupun jurulatih bagi membolehkan mereka mengenalpasti ‘ragam’ pelajar. Hal ini

kerana, otak kiri dikenalpasti sebagai otak yang berhubung dengan masalah atau keadaan yang

menggunakan data, membuat analisa, menggunakan proses pemikiran rasional untuk

mendapatkan kesimpulan yang logik. Tetapi sebaliknya, otak kanan pula apabila berhubung

dengan masalah atau keadaan yang sama menggunakan persepsi, gerak hati dan juga idea. Di sini

jelas menunjukkan perbezaan antara dua pendekatan pemikiran yang membuatkan manusia itu

berbeza dan IOD bertujuan menyelami perbezaan ini bagi membolehkan penyampaian

maklumat, pembahagian kerja, pembuatan keputusan dan banyak lagi aspek dapat dilaksanakan

dengan lebih mudah dan efektif mengikut cara pemikiran dominan otak yang telah diketahui.

Selain berguna dalam bidang pendidikan, IOD juga dilihat penting untuk digunakan dalam

bidang kaunseling kerjaya, dalam membantu pelajar khususnya memilih kerjaya yang

bersesuaian dengan gaya dominan otak mereka berfikir dan juga personaliti mereka supaya

sesuai dengan diri dan tidak memerangkap jiwa mereka untuk perkembangan kerjaya kelak. Ia

juga dikenalpasti berguna dalam penetapan penggunaan masa senggang seperti hobi dan juga

aktiviti fizikal. Hal ini amat berguna untuk ibu bapa khususnya dalam memahami kerenah anak-

anak terutama para remaja juga untuk pembangunan diri dan sahsiah yang lebih baik melalui

penggunaan masa yang optimum dengan aktiviti yang dikenalpasti memberi faedah kepada anak-

anak. IOD yang menggunapakai platform HBDI dilihat tidak meletakkan individu dalam kuadran

yang membawa konotasi negatif tetapi lebih kepada mengenali diri dan pembinaan pemikiran

secara menyeluruh dan stabil (Herrmann, 1995).

TINJAUAN LITERATUR

Dominan otak (brain dominance) merupakan satu pemetaan kegiatan otak berkaitan bagaimana

manusia memilih untuk belajar, memahami dan meluahkan sesuatu. Ianya juga diguna untuk

menghurai cara otak kita berfikir. Melalui dominan otak ini, otak dibahagikan kepada dua

bahagian; kanan dan kiri otak. Walaupun terdapat pengkhususan dalam fungsi otak, tetapi turut

dipercayai bahawa kedua-dua otak adalah saling berhubung melalui korpus kallosum dalam

menjalani proses-prosesnya (Cary, 2001). Dominan ini juga bermaksud, setiap individu itu

dilahirkan dengan kecenderungan fisiologikal yang semulajadi untuk satu atau lebih dominan

dalam fungsi otaknya (Benziger & Sohn, 1993). Bercakap, menulis, logik, sekuen atau jujukan,

masa, ketelitian, mengira, dan bercakap adalah aktiviti daripada otak kiri manakala paten visual,

kesenian, emosi-emosi yang mendalam, gerak hati, imej-imej, membuat rumusan, muzik dan

juga pengecaman wajah adalah aktiviti daripada otak kanan (Hart, 1975; Sousa, 2001; Springer

& Deutsch, 1998; Ornstein & Thompson, 1985).

Kedua-dua hemisfera otak bukan sahaja berfungsi secara berbeza tetapi juga bersimetri secara

fisiologi (Campbell, 2008). Hemisfera ini seperti juga organ-organ badan kita yang berpasangan

seperti tangan, mata, telinga dan berfungsi secara tidak serata kekuatan dan kecekapannya

bergantung kepada cara kita menggunakan dan melatihnya (Herrmann, 1995). Manusia secara

amnya membentuk dominan ini sejak dari bayi yang mana fungsi otak mula terbina dengan pesat

semasa kita bayi. Bermula dengan penggunaan tangan yang dominan untuk memegang barang, ia

kemudiannya membentuk dominasi kepada tangan untuk menulis dan kerja-kerja lain berbanding

tangan yang satu lagi. Menurut Herrmann(1995) lagi keadaan dominan ini memberikan dua

Page 7: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

kelebihan iaitu respons semulajadi atau automatik dalam apapun situasi dan juga melengkapkan

kita dengan kemahiran tahap tinggi yang selari dengan kebolehan kita seperti penggunaan organ

(dalam kes ini organ badan yang berpasangan seperti tangan, mata, telinga, kaki yang termasuk

dalam organ kawalan voluntari) yang lebih akan meningkatkan tahap kecekapan yang lebih

terhadap organ badan tersebut berbanding yang lagi satu.

Mata Kanan Dominan

Lengan Kanan Dominan

Tangan Kanan Dominan

Kaki Kanan Dominan

Rajah 2 : Bahagian Badan Dominan

Hasil dari dominan otak ini, manusia dikenalpasti berupaya untuk menggunakan otaknya secara

semulajadi, efektif dan menyeluruh. Tetapi menurut kajian juga, jika dipaksa kepada arah yang

bertentangan dengan dominan otaknya, otak seperti yang telah dijangka berfungsi secara lebih

perlahan, teragak-agak dan dengan kecenderungan untuk membuat banyak kesilapan (Hart,

1975). Sebagai contoh dalam aspek pendidikan, sekiranya seseorang dipaksa menerima sesuatu

pelajaran dalam cara penerimaan yang bertentangan dengan dominan otaknya, individu ini akan

berasa belajar itu sesuatu yang sangat sukar, mengecewakan, terlalu mendesak, membosankan,

tidak produktif dan juga tidak memenuhi kepuasan diri. Jadi, amatlah penting untuk

mengenalpasti menggunakan maklumat berkaitan dominan otak ini bagi membantu memahami

diri dan meningkatkan produktiviti diri dalam kehidupan seharian.

Kajian-kajian lepas berkaitan hemisfera otak dan juga aspek-aspek lain seperti gaya belajar,

kemahiran berbahasa, dominan tangan, gaya berfikir juga ada dijalankan di peringkat dalam dan

luar negara. Kajian oleh Campbell (2008) berkaitan implikasi model ‘Whole Brain’ Ned

Herrmann dalam pengajaran biola menyatakan bahawa terdapat hasil yang positif dalam

pengaplikasian model ini dalam kajiannya. Kajian berkaitan dominan otak dan juga strategi

Page 8: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

komunikasi juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara individu yang

mempunyai dominan pada otak kanan, kiri ataupun kedua-duanya (Mireskandari, 2015).

Kajian oleh Chua Yan Piaw(tanpa tahun) pula mendapati otak kiri mempunyai kecenderungan

kepada pemikiran logik, rasional dan juga sistematik. Kajian oleh Carthey (1993) dilihat

menyokong dapatan kajian Chua Yan Piaw(tanpa tahun) yang mana hasil kajian menyatakan

pelajar dengan dominan otak kiri mencatatkan peratusan ‘A’ yang lebih dalam subjek Prinsip

Pengurusan, ‘Intermediate’ Perakaunan dan Prinsip Ekonomi yang mana keputusan ini telah pun

dijangka kerana pelajar dengan dominan otak kiri dikenali dengan ciri rasional, analitikal dan

objektif dan soalan yang terdapat dalam peperiksaan ketiga-tiga itu merupakan komponen

pilihan pelbagai (multiple choice components).

Kajian mengenai hubungan antara dominan otak dan juga minat kerjaya dijalankan oleh

Cary(2001) yang menggunakan HBDI sebagai instrumen merekodkan bahawa sememangnya

terdapat hubungan antara dominan otak dengan minat kerjaya. Kajian ini dilihat selari dengan

kajian Szirony dan rakan-rakan (2007) berkaitan kod mata Holland yang dikenali dalam

penentuan personaliti dan kerjaya dengan dominan otak. Terdapat hubungan yang signifikan

antara dominan otak dengan beberapa kod Holland ini dan dua yang paling menonjol adalah

Artistik dan Konvensional dengan padanan sama ada otak kanan atau kiri. Hasil kajian yang

hampir sama dicatatkan oleh Monfort, Martin, dan Frederickson (1990) yang mendapati pelajar

yang mendaftar dalam jurusan Pengiklanan, Seni, Bahasa Inggeris, Penulisan, Muzik,

Komunikasi Oral, Rekaan Dalaman dan Seni Bina memperlihatkan kecenderunan kepada otak

kanan manakala kecenderungan otak kiri pula didapati pada pelajar yang mendaftar dalam

jurusan Keadilan Kriminal, Perakaunan, Kewangan, Matematik, Komputer Sains dan

Pengurusan Pengebumian.

Ali Khalid Ali Bawaneh, Salmiza Saleh, Abdul Ghani Kanesan Abdullah, dan Khoo Yin Yin

(2011) dalam kajian mereka menyatakan bahawa adalah perlu untuk mengetahui gaya berfikir

(dominan otak kanan atau kiri) dan juga ciri setiap gaya untuk membina kemahiran yang ada

pada setiap gaya berfikir dan menggalakkannya kepada penggubal kurikulum dan buku teks

supaya mengambil pendekatan yang pelbagai bagi mempertimbangkan aspek ini dalam kalangan

pelajar. Hal ini penting kerana melalui kajian oleh Zahra Kordjazi dan Behzad Ghonsooly (2015)

jelas menunjukkan dominan otak merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar

dalam ujian kosa kata yang berbeza. Pelajar dengan dominan otak kanan merodkan markah lebih

baik dalam ujian identifikasi gambar dan sebaliknya apabila pelajar dominan otak kiri dalam

ujian sinonim dan antonim pelbagai pilihan serta ujian terjemahan perkataan.

Dominan otak ini juga dikaitkan dengan penggunaan tangan yang dominan ; sama ada dominan

kanan, kiri atau keduanya. Hassan Soleimani dan Fateme Sharifi Matin dalam kajian mereka

berkaitan hubungan antara dominan otak kanan dan kiri dengan pencapaian ujian Pemahaman

dalam kalangan pelajar EFL Iran menyatakan bahawa pelajar yang menulis dominan tangan

kanan (dominan otak kiri) mencatatkan pencapaian jauh lebih baik berbanding pelajar yang

menulis dominan tangan kiri (dominan otak kanan) dalam ujian ini. Kajian mereka ini disokong

oleh hasil kajian oleh Griffiths (2014) yang menyatakan bahawa kegemaran atau kebiasaan

seseorang dalam penggunaan tangan kanan atau kiri adalah petunjuk fizikal kepada dominan

otak mereka.

Page 9: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

Secara kesimpulannya, banyak kajian-kajian lepas dari dalam dan luar negara yang

membincangkan aspek dominan otak dengan personaliti, pendidikan dan juga lain-lain aspek

kehidupan selain betapa pentingnya dominan otak ini yang boleh mempengaruhi cara pemikiran,

hidup dan kerjaya seseorang. Jadi, pembinaan inventori yang menonjolkan isu berkaitan

dominan otak dilihat dapat menambah pengetahuan dan juga memperluas penggunaan dan

aplikasi dominan otak ini di peringkat dalam negara yang bersesuaian dengan norma dan budaya

tempatan dan sekaligus membantu dalam melonjakkan nilai-nilai kehidupan dengan lebih baik

melalui pemahaman diri yang lebih efektif.

ASAS TEORITIKAL PEMBINAAN INVENTORI

IOD yang dibangunkan oleh pengkaji menggunakan platform model Herrmann yang membawa

konsep “Whole Brain” dalam pembinaan instrumennya iaitu HBDI yang berkaitan dominan otak

ini. Model “Whole Brain” ini dibangunkan Herrmann berdasarkan dua teori utama iaitu teori

triune otak oleh Paul MacLean dan juga teori ‘Split Brain’ oleh Roger Sperry. Menurut

Herrmann (1995) sendiri, penggabungan dua teori ini membolehkan penyusunan prinsip dengan

elemen-elemen penting tentang satu model berkaitan fungsi otak. Herrmann juga menggunakan

satu hipotesis sebagai asas pembinaan model ini iaitu otak sebagai pusat kepada pengalaman,

emosi dan kehendak manusia. Apabila teori triune otak yang menyatakan bahawa otak

mempunyai tiga bahagian otak utama dan juga teori ‘split brain’ yang memasakkan bahawa otak

mempunyai dua bahagian hemisfera, kajian Herrmann membawa kepada penggabungan antara

dua teori ini yang akhirnya melahirkan satu bentuk model dalam rupa kuadran.

Empat kuadran ini mewakili bahagian cerebral dan limbik dan juga empat gaya pemikiran.

Herrmann melabelkan keempat-empat kuadran ini dengan abjad dan juga warna bagi

memudahkan pengelasan. Empat kuadran tersebut adalah :

1. Kuadran A (Hemisfera Kiri Cerebral) dan berwarna biru

a. Individu yang berada dalam kuadran A dikenalpasti sebagai seorang yang

analitikal, logikal dan berfikiran kritikal. Individu ini gemarkan aktiviti yang

melibatkan proses menganalisis, mengeluarkan (dissecting), penyelesaian masalah

secara logik dan bermain dengan fakta (Herrmann N. , 1995)

b. Dalam proses membuat keputusan, individu ini dilihat bergantung kepada logik

dan keupayaan diri untuk memahami, meluah dan mengekspresikannya secara

tepat. Percakapannya kerap diikuti dengan fakta bagi menguatkan hujahnya.

c. Individu dalam kuadran A gemar juga kepada prinsip-prinsip, formula matematik

dan juga kesimpulan. Kebolehannya adalah sebagai penyelesai masalah. Individu

ini akan mencari jalan penyelesaian paling efektif dan paling minimal usahanya

bagi memudahkan perkara itu diselesaikan dengan baik. Tetapi, individu dalam

kuadran ini tidak begitu gemar mencampur aduk emosi dalam setiap langkah

penyelesaian dan sebolehnya mengelakkan sebarang emosi dalam tugas.

2. Kuadran B (Hemisfera Kiri Limbik) dan berwarna hijau

a. Membuat kerja secara tersusun, mengikut turutan atau tertib, teliti dan juga

terancang merupakan ciri-ciri individu dalam kuadran ini. Namun demikian,

terdapat beberapa persamaan dengan individu dalam kuadran A bilamana kedua-

duanya mempunyai ciri verbal dalam diri mereka. Mereka juga mempunyai

persamaan kerana menyukai sesuatu yang jelas dan tidak sukakan ketidakpastian

dan pencapahan dalam sesuatu urusan.

Page 10: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

b. Berbeza dengan individu dalam kuadran A, individu dalam kuadran B sukakan

dunia yang boleh diandalkan, kemas dan pembuatan keputusan adalah

berdasarkan peraturan-peraturan sedia ada. Individu dalam kuadran ini

mempunyai kelebihan untuk fokus kepada satu benda dalam satu masa dengan

begitu baik dan sangat teliti dengan kerjanya.

c. Apabila sesuatu berkaitan dengan diri mahupun orang bawahan, individu ini

bersifat sangat mendesak dan mahukan yang terbaik. Kadang kala individu dalam

kuadran ini dilihat sebagai seorang yang dominan, berfikiran kolot,

membosankan, kurang bersosial dan kurang sensitif terhadap orang lain

(Campbell, 2008;Herrmann N. , 1995)

3. Kuadran C ( Hemisfera Kanan Limbik) dan berwarna merah

a. Individu ini cenderung ke arah emosi, perhubungan, sensitif dan bersikap

menerima. Sukakan sesuatu yang melibatkan unsur kinestetik dan simbolik.

Individu ini juga sangat peka terhadap perubahan atitud, persekitaran, emosi dan

tenaga di sekelilingnya.

b. Individu dalam kuadran ini juga dikenali sebagai seorang yang bersikap spiritual

dan emosional selain bersifat empati, menjaga dan sukakan muzik. Mereka

menyerap pengalaman sekitar seperti span kering. Kejayaan bagi individu ini

diukur melalui kepuasan dirinya sendiri.

4. Kuadran D (Hemisfera Kanan Cerebral) dan berwarna kuning

a. Mempunyai ciri-ciri seperti menyeluruh atau holistik, mengikut gerak hati,

bersepadu dan suka mensintesis sesuatu. Individu ini sukakan idea baru,

kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku, kepelbagaian. Mereka juga

sukakan sesuatu yang sedikit pelik, tidak seragam, visual dan juga merupakan

seorang yang sangat inovatif.

b. Namun demikian, individu ini sukar mengurus masa dan menyiapkan tugasan.

Mereka juga sukar bekerja dengan orang lain kerana masalah verbal dan

interpersonal, serta bersifat perahsia dan memendam. Mereka juga tidak sukakan

sesuatu yang berstrukur.

Page 11: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

Holistik Gerak Hati Bersepadu

Mensintesis

Interpersonal Berasaskan Perasaan Kinestetik Emosional

Teratur Tertib

Terancang Teliti

Logik Analitikal

Berasaskan Fakta

Kuantitatif

Rajah 2 : Model “Whole Brain” Herrmann(1995)

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan muka dan kandungan

bagi Inventori Otak Dominan (IOD). Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk :

a. Membina Inventori Otak Dominan (IOD) berdasarkan kajian kepustakaan.

b. Menentukan nilai kesahan kandungan keseluruhan Inventori Otak Dominan (IOD)

melalui penilaian pakar.

c. Menentukn nilai kesahan kandungan sub skala Inventori Otak Dominan (IOD) melalui

penilaian pakar.

d. Menentukan nilai kebolehpercayaan keseluruhan Inventori Otak Dominan (IOD) melalui

analisis pekali alpha.

e. Menentukan nilai kebolehpercayaan sub skala Inventori Otak Dominan (IOD) melalui

analisis pekali alpha.

Page 12: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

PENTADBIRAN, PENSKORAN DAN INTERPRETASI SKOR IOD

IOD ini mempunyai 120 item yang mewakili dua skala dan empat sub skala. Setiap skala

mengandungi 60 item, manakala setiap sub skala mengandungi 30 item yang terdiri daripada

item positif. Skala ini terdiri daripada skala 1 iaitu Otak Kanan (OKa) dan skala 2 iaitu Otak Kiri

(OKi). Manakala sub skala pula terdiri daripada sub skala 1 iaitu Otak Kanan Atas (OKaA), sub

skala 2 iaitu Otak Kanan Bawah (OKaB), sub skala 3 iaitu Otak Kiri Atas (OKiA) dan sub skala

4 iaitu Otak Kiri Bawah (OKiB). Bagi tujuan penskoranpilihan jawapan IOD disediakan dalam

bentuk skala nominal ‘Ya’ atau ‘Tidak’.

IOD ini ditadbir dengan mengambil masa antara 25 hingga 30 minit sahaja. Persekitaran semasa

menjawab IOD ini haruslah kondusif iaitu selesa dan tidak mengganggu subjek. Arahan mestilah

ringkas, padat dan jelas supaya subjek lebih senang untuk memahaminya. Walau bagaimanapun

pentadbir IOD digalakkan untuk memberikan penerangan tentang makna perkataan-perkataan

tertentu yang mungkin sukar difahami oleh murid. IOD ini perlulah dijawab dengan jujur tanpa

mengambil masa yang lama untuk menjawab satu-satu item.

Pentadbir IOD juga perlu mengingatkan respondan agar menjawab semua item. Setelah

respondan menjawab IOD dengan menandakan (/) pada ruangan yang telah disediakan,

pengiraan skor dibuat secara manual dengan mengira jumlah item yang dijawab ‘Ya’ (/).

Penskoran dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu skor tinggi, skor sederhana dan skor rendah.

Interpretasi skor IOD bagi skala, markah 0 hingga 20 adalah rendah, 21 hingga 40 adalah

sederhana manakala markah 41 hingga 60 adalah tinggi. Manakala skor IOD bagi sub skala pula,

markah 0 hingga 10 adalah rendah, 11 hingga 20 adalah sederhana manakala markah 21 hingga

30 adalah tinggi.

METOD KAJIAN

Reka bentuk kajian adalah kajian deskriptif yang bertujuan mendapatkan nilai kesahan dan

kebolehpercayaan IOD. Kajian ini melibatkan tiga fasa iaitu:

Fasa 1: Pembinaan IOD

Fasa 2: Mendapatkan Kesahan Muka dan Kandungan

Fasa 3: Analisis Nilai Kebolehpercayaan.

Fasa 1 : Pembinaan IOD

IOD merupakan instrumen pengukuran otak dominan yang dibina berdasarkan Model Herrmann

Brain Dominance Instrumen (1995). Model ini dibahagikan kepada bahagian atas otak (Cerebral

Mode), bahagian bawah otak (Limbic Mode), Otak Kiri (Left Mode) dan Otak Kanan (Right

Mode).

Sedikit perubahan dibuat dari aspek susun atur sub skala dan pernyataan berdasarkan model.

Pernyataan dimulakan dengan OKa (gabungan OKaA dan OKaB), OKi (gabungan OKiA dan

Page 13: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

OKiB) bagi skala dan OKaA (bahagian atas otak sebelah kanan), OKaB (bahagian bawah otak

sebelah kanan), OKiA (bahagian atas otak sebelah kiri), OKiB (bahagian bawah otak sebelah

kiri) bagi sub skala. Kesemua 120 item yang terdapat dalam IOD dibina dengan mengenal pasti

dan memahami setiap sub skala terlebih dahulu. Setelah itu, item-item berkenaan diserahkan

kepada pakar untuk fasa seterusnya iaitu mendapatkan kesahan kandungan IOD.

Bagi memastikan item yang dibina adalah yang terbaik, 140 item telah disediakan iaitu sebanyak

35 item untuk setiap sub skala bagi tujuan penilaian pakar. Setelah dibuat analisis, 5 item dari

setiap sub skala yang mendapat skor kesahan terendah akan dikeluarkan.

Fasa 2 : Mendapatkan Kesahan Muka dan Kesahan Kandungan

Walau bagaimanapun, berdasarkan perbincangan dengan pakar, pengkaji telah mengambil

keputusan untuk menyemak semula beberapa item dalam inventori ini yang melalui komen dan

cadangan kurang menepati kehendak sub skala selain kurang jelas serta sukar difahami

maksudnya. Terdapat juga item-item yang dimurnikan bagi membetulkan kesalahan tatabahasa

seperti yang dicadangkan oleh panel penilai.

Jadual :

Item Yang Dibuat Pengubahsuaian Berdasarkan Penilaian Pakar

Sub skala No.Item Penyataan Item Komen Pakar

OKaA 2 Saya selalu terburu-buru dalam

membuat keputusan

Kurang menepati sub skala

3 Saya suka melakukan apa yang orang

lain tidak dapat lakukan

Kesalahan tatabahasa ‘apa’

kepada ‘apa-apa’

7 Kadang-kala saya berfikir untuk

melanggar peraturan

Kesalahan tatabahasa

‘kadang-kala’ kepada

kadangkala

14 Selalu mengubah program dan aktiviti

yang telah saya rancangkan

Kurang menepati sub skala

24 Saya seorang yang artistik Kurang menepati sub skala

32 Saya sering dituduh sebagai seorang

yang kuat berkhayal

Kurang menepati sub skala

33 Saya sering bertindak tanpa berfikir

terlebih dahulu

Kurang menepati sub skala

OKaB 2 Saya suka mengajar orang lain Kurang menepati sub skala

3 Majlis kenduri membuatkan saya rasa

rimas

Kurang menepati sub skala

9 Saya bukanlah orang yang mudah

mesra

Kurang menepati sub skala

10 Saya jarang bercakap dalam sesuatu

sesi perbincangan atau perbualan

Kurang menepati sub skala

16 Suka menghabiskan waktu

berseorangan berbanding berbual

dengan rakan

Kurang menepati sub skala

Page 14: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

31 Selesa memberitahu orang lain tentang

apa yang saya rasa

Kesalahan penggunaan

perkataan ‘rasa’ kepada

‘fikirkan’

54

Menganggap diri saya adalah seorang

yang mudah didampingi

Kesalahan tatabahasa

penggunaan ‘adalah’ diganti

dengan ‘ialah’

OKiA 2 Saya melakukan kajian tentang

perkara-perkara yang kompleks

Kurang menepati sub skala

5 Saya tidak mudah berputus asa apabila

menghadapi cabaran

Kurang menepati sub skala

9 Saya menganggap pekerjaan itu

mudah

Kurang menepati sub skala

12 Saya berminat mencipta sesuatu yang

baru

Kurang menepati sub skala

24 Saya dianggap oleh kawan sebagai

seorang yang berfalsafah

Kurang menepati sub skala

81 Lebih suka bekerja dengan idea-idea

dari bekerja dengan data dan benda.

Kesalahan tatabahasa

penggunaan ‘dari’ diganti

dengan ‘daripada’

84 Berminat untuk mencipta idea-idea

dan teori-teori baru yang berhubung

dengan manusia.

Kesalahan tatabahasa

penggunaan ‘baru’ diganti

dengan ‘baharu’

OKiB 120 Rasa kecewa bila ada sesuatu yang

mengangu perjalanan rangangan saya

Struktur ayat dan ejaan

salah. Dimurnikan semula

2 Saya seorang pendengar yang setia Kurang menepati sub skala

4 Saya sensitif pada persekitaran Kurang menepati sub skala

6 Saya sanggup bekerja keras untuk

organisasi

Kurang menepati sub skala

7 Saya selesa menjadi orang penting

dalam organisasi

Kurang menepati sub skala

18 Saya sentiasa mematuhi tradisi

keluarga

Kurang menepati sub skala

Penambahbaikan yang dicadangkan oleh penilai adalah meliputi istilah dan ejaan dalam item

seperti penggunaan perkataan ‘daripada’ bagi menggantikan perkataan ‘dari’ yang lebih sesuai

digunakan untuk menunjukkan masa dan tempat. Selain itu terdapat juga penambahbaikan

struktur ayat seperti item nombor 120 yang dikenalpasti mempunyai kesalahan struktur ayat dan

dua ejaan.

Kesahan alat ukur kajian merupakan keupayaan alat ukur untuk mengukur apa yang sepatutnya

diukur (Tuckman, 1988). Menurut Mok Soon (2010) kesahan bermaksud benar dan tepat, darjah

sejauh manakah ujian itu dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur. Ia menunjukkan setakat

mana sesuatu ujian dapat memenuhi objektifnya. Kesahan adalah keupayaan ujian mengukur apa

yang hendak diukur dengan tepat (Rosinah 2014). Pada fasa ini, setelah item-item IOD dibina,

IOD telah diberi kepada tujuh (7) orang panel untuk disemak daripada sudut ketepatan

kandungan. Panel tersebut terdiri daripada pensyarah Universiti Awam, pensyarah-pensyarah di

Page 15: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

Institut Pendidikan Guru, Kaunselor Jabatan Pendidikan dan Guru Bimbingan dan Kaunseling

Sekolah Menengah untuk memberi pandangan mengenai IOD. Barisan pakar ini dipilih

berdasarkan ilmu dan pengalaman yang ada pada diri setiap daripada mereka mengenai ilmu

pengetahuan serta pengalaman dalam psikometrik. Semakan yang dibuat oleh panel ialah

bertujuan untuk mendapatkan nilai kesahan kandungan bagi IOD. Kesahan ini penting sebagai

pernyataan atau penjelasan yang sah atau benar sekiranya ia mewakili secara tepat ciri-ciri otak

dominan yang cuba dijelaskan, diterangkan atau diteorikan (Hammersley, M. dan Gomm, R.

1995).

Fasa 3 : Analisis Kebolehpercayaan

Fasa ketiga dilakukan bertujuan mendapatkan nilai kebolehpercayaan IOD. Kebolehpercayaan

adalah keupayaan item mengekalkan skor, jika seseorang mengambil ujian yang sama beberapa

kali (Rosinah, 2014). Kebolehpercayaan juga berkaitan dengan alat ukur yang digunakan dalam

kajian menunjukkan sejauh manakah dapatan kajian menggambarkan dunia yang dikaji atau

diteroka dalam kajian dengan tekal dan tepat. Kebolehpercayaan juga merujuk pencapaian calon

adalah tekal apabila dia mengambil ujian itu beberapa kali dalam jangka masa beberapa hari atau

seminggu (Mok Soon, 2010). Setelah IOD mendapat nilai kesahan yang sewajarnya, maka IOD

telah ditadbirkan kepada 40 orang pelajar sekolah menengah daerah Klang. Pemilihan sampel

menggunakan kaedah rawak mudah. Data dapatan dianalisis menggunakan SPSS untuk

mendapatkan nilai Alpha Cronbach bagi menilai tahap kebolehpercayaan IOD.

SUBJEK DAN TEMPAT KAJIAN

Subjek kajian hanya terlibat dalam fasa kedua dan ketiga kajian. Pada fasa kedua kajian terdapat

seramai 7 orang panel pakar yang terdiri daripada ahli akademik dan pengamal pendidikan iaitu

pensyarah-pensyarah di Institut Pengajian Tinggi Awam, pegawai kaunseling di Jabatan

Pendidikan Negeri untuk menilai kesahan kandungan Inventori Otak Dominan (IOD). Manakala

pada fasa ketiga seramai 40 orang murid sekolah menengah di negeri Selangor dipilih bagi

mendapatkan data kebolehpercayaan Inventori Otak Dominan (IOD).

KEPUTUSAN KAJIAN

Dapatan Kajian Fasa 1 : Pembinaan Skala, Sub Skala dan Item Inventori

Pembinaan IOD berdasarkan Model ‘Whole Brain’ Herrmann (1995). IOD dibina dengan 120

item yang dibahagikan kepada dua skala iaitu skala 1: OKa (60 item) dan skala 2: OKi (60 item).

Item berkenaan dipecahkan kepada empat sub skala iaitu; sub skala 1: OKaA (30 item), sub

skala 2: OKaB (30 item), sub skala 3: OKiA (30 item) dan sub skala 4 : OKiB (30 item). Setiap

item merupakan item positif dan kesemua item berkenaan melibatkan susunan ayat ringkas,

namun masih membawa pengertian sebenar.

Page 16: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

Dapatan Kajian Fasa 2 : Nilai Kesahan Kandungan dan Kesahan Muka IOD

Berdasarkan kesepakatan panel pakar, maka nilai IOD adalah seperti Jadual 1:

Jadual 1:

Nilai Kesahan Keseluruhan dan Sub skala IOD (n=7)

Skala / Sub-skala Bil.Item Nilai Keputusan Pakar

Keseluruhan IOD 120 0.828 Tinggi

Skala 1 : OKa 60 0.791 Tinggi

Skala 2 : OKi 60 0.866 Tinggi

Sub skala 1 : OKaA 30 0.763 Sederhana Tinggi

Sub skala 2 : OKaB 30 0.818 Tinggi

Sub skala 3 : OKiA 30 0.853 Tinggi

Sub skala 4 : OKiB 30 0.878 Tinggi

Jadual 1 menunjukkan nilai kesahan keseluruhan IOD ialah .828 (82.8%), skala OKa .791

(79.1%) dan OKi .866 (86.6%). Manakala kesahan kandungan yang tertinggi bagi sub skala

adalah .878 (87.8%) iaitu sub skala OKiB dan yang terendah adalah sub skala OKaA iaitu .763

(76.3%). Bagi sub skala lain iaitu OKaB .818 (81.8%) dan OKiA .853 (85.3%). Ini menunjukkan

bahawa IOD mempunyai nilai kesahan kandungan pakar yang tinggi. Menurut Kerlinger (dalam

Rosinah 2014), tahap kebolehpercayaan dibahagikan kepada empat tahap iaitu .75 hingga .1.00

berada di tahap tinggi, .51 hingga .74 di tahap sederhana tinggi, .26 hingga .50 berada di tahap

sederhana rendah dan .00 hingga .25 di tahap rendah. Ini bermakna nilai keseluruhan IOD bagi

kesahan pakar berada di tahap tinggi iaitu .828, manakala bagi skala dan sub skala semua berada

di tahap tinggi kecuali sub skala OKaA sederhana tinggi.

Jumlah item asal ialah 140 item secara keseluruhan. Jumlah item untuk setiap sub skala pula

ialah 35 item. Setelah mendapat kesahan pakar, 5 item yang mendapat skor terendah dikeluarkan

dari setiap sub skala. Jadual 2 dibawah menunjukkan item yang dikeluarkan berdasarkan

penilaian pakar.

Jadual 2

Item Yang Telah Dikeluarkan Berdasarkan Penilaian Pakar

Sub-skala No.Item Pernyataan Item Nilai Kesahan

OKaA 2 Saya selalu terburu-buru dalam membuat

keputusan.

58.5%

14 Selalu mengubah program dan aktiviti yang

telah saya rancangkan.

58.5%

24 Saya seorang yang artistik. 55.7%

32 Saya sering dituduh sebagai seorang yang

kuat berkhayal. 57.1%

33 Saya sering bertindak tanpa berfikir terlebih 61.4%

Page 17: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

dahulu.

OKaB 37 Saya suka mengajar orang lain. 65.7%

38 Majlis kenduri membuatkan saya rasa rimas. 60.0%

44 Saya bukanlah orang yang mudah mesra. 62.8%

45 Saya jarang bercakap dalam sesuatu sesi

perbincangan atau perbualan.

61.4%

51 Suka menghabiskan waktu berseorangan

berbanding berbual dengan rakan.

60.0%

OKiA 72 Saya melakukan kajian tentang perkara-

perkara yang kompleks.

77.1%

75 Saya tidak mudah berputus asa apabila

menghadapi cabaran.

72.8%

79 Saya menganggap pekerjaan itu mudah. 68.5%

82 Saya berminat mencipta sesuatu yang baru. 74.2%

94 Saya dianggap oleh kawan sebagai seorang

yang berfalsafah.

75.7%

OKiB 107 Saya seorang pendengar yang setia. 72.8%

109 Saya sensitif pada persekitaran. 75.7%

111 Saya sanggup bekerja keras untuk organisasi. 80.0%

112 Saya selesa menjadi orang penting dalam

organisasi. 81.4%

123 Saya sentiasa mematuhi tradisi keluarga. 78.5%

Dapatan Kajian Fasa 3 : Nilai Kebolehpercayaan IOD

Dari segi kebolehpercayaan pula diperoleh dengan menggunakan subjek iaitu 40 orang pelajar

sekolah menengah daerah Klang yang dipilih secara rawak mudah bagi mewakili sampel kajian

untuk mendapatkan data kebolehpercayaan IOD. Analisis kebolehpercayaan IOD adalah seperti

Jadual 2 berikut:

Jadual 2

Nilai pekali kebolehpercayaan keseluruhan dan sub skala IOD (n=40)

Skala/Sub skala Bil.Item Pekali

Kebolehpercayaan

Tahap Kebolehpercayaan

Keseluruhan IOD 120 .874 Tinggi

Skala 1 : OKa 60 .721 Sederhana Tinggi

Skala 2 : OKi 60 .858 Tinggi

Sub skala 1 : OKaA 30 .455 Sederhana Rendah

Page 18: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

Sub skala 2 : OKaB 30 .683 Sederhana Tinggi

Sub skala 3 : OKiA 30 .793 Tinggi

Sub skala 4 : OKiB 30 .808 Tinggi

Analisis kebolehpercayaan bagi IOD menunjukkan nilai koefisian Alpha Cronbach yang

tinggi iaitu nilai .874. Ini menunjukkan IOD mempunyai kebolehpercayaan dalaman yang baik

dan membuktikan IOD dapat mengukur otak dominan dalam kalangan responden dengan baik.

Menurut Kerlinger (dalam Rosinah 2014), tahap kebolehpercayaan dibahagikan kepada empat

tahap iaitu .75 hingga .1.00 berada di tahap tinggi, .51 hingga .74 di tahap sederhana tinggi, .26

hingga .50 berada di tahap sederhana rendah dan .00 hingga .25 di tahap rendah. Bagi

kebolehpercayaan IOD berdasarkan skala: skala 1 iaitu OKa berada pada tahap sederhana tinggi

dengan nilai .721 dan skala 2 iaitu OKi berada pada tahap tinggi dengan nilai .858. Manakala

berdasarkan sub skala: nilai kebolehpercayaan yang sederhana rendah untuk sub skala 1 iaitu

OKaA sebanyak .455, sederhana tinggi untuk sub skala 2 iaitu OKaB sebanyak .683, dan tinggi

untuk sub skala 2 dan 3 iaitu OKiA dan OKiB dengan nilai masing-masing .793 dan .808.

Menurut Valette (1977 dalam Sidek 2005), menyatakan bahawa nilai pekali

kebolehpercayaan .50 atau lebih boleh diterima. Nilai kebolehpercayaan mengikut sub skala IOD

ini diterima kerana melebihi pekali .50 kecuali sub skala 1 kerana hanya .455. Walau

bagaimanapun, apabila sub skala 1 dan sub skala 2 digabungkan untuk mendapatkan skala 1,

dapatannya masih tinggi iaitu .721. Oleh itu, kesemua skala dan sub skala bagi inventori ini

boleh diterima pakai.

Sebagai tambahan, Jadual 3 adalah analisis kebolehpercayaan bagi menguji tahap kualiti

item-item positif yang dibina. Bagi IOD item 1 hingga 30 adalah sub skala untuk OKaA, 31

hingga 60 adalah untuk sub skala OKaB, 61 hingga 90 adalah untuk sub skala OKiA dan item 91

hingga 120 adalah untuk sub skala OKiB. Keputusan yang diperoleh adalah seperti berikut:

Jadual 3

Kebolehpercayaan Setiap Item (n=40)

Bil Item Alpha

Cronbach

Tahap

kebolehpercayaan

1. Saya seorang yang spontan. .873 Tinggi

2. Saya kurang gemar berkarya. .876 Tinggi

3. Saya suka melakukan apa yang orang lain

tidak dapat lakukan. .873

Tinggi

4. Saya sukakan aktiviti yang merangsang

minda saya. .874

Tinggi

5. Cabaran membuatkan saya teruja. .871 Tinggi

6. Risiko menakutkan saya. .877 Tinggi

7. Kadang-kala saya berfikir untuk melanggar

peraturan. .875

Tinggi

8. Suka kepada perdebatan tidak kira sama ada

saya menang atau kalah. .871

Tinggi

9. Selalu bertindak mengikut keyakinan diri. .873 Tinggi

Page 19: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

10. Suka mencuba sesuatu pengalaman

walaupun sekali. .873

Tinggi

11. Mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. .874 Tinggi

12. Kejutan membuatkan saya hilang semangat. .875 Tinggi

13.

Melakukan sesuatu mengikut cara saya

sendiri tanpa memikirkan apa orang lain

akan kata.

.873

Tinggi

14. Saya mempunyai hak menentukan sendiri

apa yang saya ingin lakukan. .880

Tinggi

15.

Berpendapat apa yang betul dan apa yang

salah adalah ditentukan oleh diri saya

sendiri.

.875

Tinggi

16.

Selalu memberi gerak balas yang cepat dan

spontan dalam setiap tindakan yang

dilakukan.

.872

Tinggi

17. Saya lakukan apa yang betul pada

kebanyakan masa. .870

Tinggi

18. Suka bekerja dengan idea-idea dari bekerja

dengan data dan benda. .872

Tinggi

19. Suka memikirkan masalah-masalah yang

rumit dan mencabar. .873

Tinggi

20. Berasa seakan-akan berminat kepada semua

perkara. .873

Tinggi

21. Saya suka menghayati lagu sentimental. .872 Tinggi

22. Saya menghargai nilai-nilai estetika. .872 Tinggi

23. Saya sukar menyesuaikan diri dengan kerja

kesenian. .877

Tinggi

24. Suka berbincang mengenai idea yang

abstrak. .870

Tinggi

25. Suka menyendiri melayan fikiran. .875 Tinggi

26. Saya gemar kepada pengalaman yang pelik. .873 Tinggi

27.

Saya lebih gemar dikenali sebagai seorang

yang boleh diharap berbanding seorang

yang kuat berimaginasi.

.870

Tinggi

28. Berkhayal adalah menenangkan. .878 Tinggi

29. Saya boleh berfikir tentang banyak perkara

dalam satu masa. .872

Tinggi

30. Saya amat sukakan persaingan. .870 Tinggi

31. Selesa memberitahu orang lain tentang apa

yang saya rasa. .873

Tinggi

32. Saya selesa tinggal di kawasan yang tidak

ramai jiran. .876

Tinggi

33. Selalu menolong kawan-kawan yang

menghadapi masalah. .872

Tinggi

34. Saya sering memendam perasaan saya. .874 Tinggi

35. Saya mudah bersimpati dengan keadaan .873 Tinggi

Page 20: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

orang.

36. Saya percaya bahawa saya seorang yang

peramah. .871

Tinggi

37. Saya mudah memulakan perbualan dengan

orang yang baru saya kenali. .871

Tinggi

38. Mengelak daripada bercakap dengan orang

lain melainkan jika ditegur dahulu. .877

Tinggi

39. Selalu pinjamkan barang saya kepada rakan

yang memerlukan. .871

Tinggi

40. Saya seorang yang sangat berterus terang. .873 Tinggi

41.

Saya cenderung bercakap lebih banyak

berbanding orang lain apabila berada dalam

kumpulan.

.873

Tinggi

42. Mudah berasa bersalah. .875 Tinggi

43.

Gembira menghabiskan sebahagian masa

saya membantu menyelesaikan masalah

orang.

.870

Tinggi

44. Selesa memeluk rakan sejantina untuk

menyokongnya. .875

Tinggi

45. Saya rasa perlu untuk mencurahkan

perasaan kepada kawan-kawan. .873

Tinggi

46. Suka kepada aktiviti yang melibatkan orang

ramai. .872

Tinggi

47. Tidak kisah untuk menunjukkan emosi saya

kepada orang lain. .872

Tinggi

48. Lebih banyak bertolak ansur berbanding

orang lain. .872

Tinggi

49.

Percaya bahawa menyokong orang lain

adalah sama penting dengan menyokong diri

saya sendiri.

.872

Tinggi

50.

Lebih selesa berinteraksi dengan individu

yang tidak saya kenali berbanding duduk

seorang diri.

.872

Tinggi

51. Saya cepat terkesan dengan emosi rakan-

rakan. .874

Tinggi

52. Mengajar sesuatu kepada orang lain

membuat saya gembira. .872

Tinggi

53. Cepat berasa kecewa apabila orang lain

tidak menghargai saya. .875

Tinggi

54. Menganggap diri saya adalah seorang yang

mudah didampingi. .870

Tinggi

55. Saya sukar memberitahu orang lain

mengenai diri saya. .874

Tinggi

56. Suka melawat kawan-kawan atau jiran yang

sakit. .872

Tinggi

57. Saya mudah marah. .875 Tinggi

Page 21: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

58. Saya suka mengambil hati orang lain. .872 Tinggi

59. Saya berusaha untuk memahami apa yang

orang lain rasa. .874

Tinggi

60. Saya mempunyai kelebihan menyelami

perasaan orang lain. .873

Tinggi

61. Saya berfikir berasaskan logik. .873 Tinggi

62. Saya suka menyelesaikan masalah yang

dihadapi melalui kajian. .871

Tinggi

63. Saya mencuba bersungguh-sungguh dalam

melakukan sesuatu yang mencabar minda. .870

Tinggi

64. Saya seorang yang analitikal. .872 Tinggi

65. Saya suka menyelidik. .870 Tinggi

66. Saya menyumbangkan idea-idea yang

menyeluruh. .871

Tinggi

67. Saya membina sistem untuk menonjolkan

pembaharuan. .878

Tinggi

68. Saya berminat dalam bidang keilmuan. .874 Tinggi

69. Saya rasakan daya ingin tahu saya sangat

tinggi. .872

Tinggi

70. Saya suka melibatkan diri dalam

perbincangan yang kritikal. .872

Tinggi

71. Saya tidak mudah menerima begitu sahaja

sesuatu cerita. .872

Tinggi

72. Saya akan beralih ke tugas lain selepas

selesaikan sesuatu tugas. .872

Tinggi

73. Saya percaya kecerdasan saya tinggi. .869 Tinggi

74. Pemikiran saya lebih matang berbanding

usia saya. .872

Tinggi

75. Saya suka aktiviti yang merangsang minda

saya. .871

Tinggi

76. Saya suka menyoal guru. .870 Tinggi

77. Saya mempunyai pengetahuan yang

mendalam mengenai sesuatu teori. .872

Tinggi

78. Saya seorang yang panjang akal. .873 Tinggi

79. Saya mempunyai sikap sabar. .873 Tinggi

80. Saya mahukan jawapan kepada setiap

persoalan. .872

Tinggi

81. Lebih suka bekerja dengan idea dari bekerja

dengan data dan benda. .873

Tinggi

82. Memikirkan secara kritikal setiap perkara

yang saya buat dan lihat. .872

Tinggi

83. Berminat membaca buku bercorak

akademik, falsafah dan psikologi. .872

Tinggi

84.

Berminat untuk mencipta idea-idea dan

teori-teori baru yang berhubung dengan

manusia.

.872

Tinggi

Page 22: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

85. Suka menganalisis personaliti individu yang

saya temui. .872

Tinggi

86.

Suka melibatkan diri dalam perbincangan

yang berkaitan dengan falsafah hidup

masyarakat yang ideal.

.872

Tinggi

87.

Selalu memikirkan jalan-jalan penyelesaian

kepada bermacam-macam masalah sosial,

politik dan ekonomi.

.871

Tinggi

88. Berminat mencari sebab musabab mengenai

tingkahlaku dan permasalahan manusia. .872

Tinggi

89.

Memperuntukkan masa yang agak banyak

bagi memikirkan masalah-masalah rumit

yang perlu diselesaikan.

.872

Tinggi

90.

Suka membaca buku-buku yang boleh

membantu saya mengenali diri dengan lebih

baik.

.873

Tinggi

91. Saya sentiasa memberi prihatian semasa

perbincangan. .872

Tinggi

92. Saya selalu bercakap berdasarkan bukti. .874 Tinggi

93. Saya membenci orang yang tidak menepati

masa. .874

Tinggi

94. Saya mementingkan kerjaya. .874 Tinggi

95. Saya sentiasa memastikan kerja-kerja

selesai. .870

Tinggi

96. Saya seorang yang setia pada janji. .870 Tinggi

97. Saya sentiasa mematuhi peraturan. .872 Tinggi

98. Saya mematuhi arahan pihak berkuasa. .875 Tinggi

99. Saya seorang yang bertanggungjawab. .871 Tinggi

100. Saya seorang yang boleh diharap. .870 Tinggi

101. Saya tahu apa yang baik untuk diri sendiri. .873 Tinggi

102. Saya seorang yang stabil dari segi emosi. .874 Tinggi

103. Saya sentiasa meluangkan masa untuk

keluarga. .873

Tinggi

104. Saya menghormati adat resam dalam

masyarakat. .872

Tinggi

105. Memastikan peranan saya dalam keluarga

dilaksanakan. .872

Tinggi

106. Saya mementingkan ketelitian. .872 Tinggi

107. Saya bersifat rasional dalam setiap tindakan. .871 Tinggi

108. Saya tidak suka membazir masa. .873 Tinggi

109. Saya suka kerja yang terancang. .872 Tinggi

110. Saya berkebolehan mengendalikan urusan

secara terperinci. .874

Tinggi

111. Suka kepada kerja-kerja yang mempunyai

struktur yang jelas. .871

Tinggi

112. Suka melakukan sesuatu kerja dengan .872 Tinggi

Page 23: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

kemas dan teratur.

113.

Suka kepada aktiviti-aktiviti yang

memerlukan perhatian dan tumpuan yang

terperinci.

.875

Tinggi

114. Ada jadual makan dan tidur yang tetap

untuk setiap hari. .872

Tinggi

115. Menyusun idea dan pemikiran saya dengan

cermat sebelum memulakan perbualan. .871

Tinggi

116. Sentiasa menjaga ruang kerja supaya

kelihatan bersih dan kemas. .872

Tinggi

117. Merancang dengan teliti matlamat yang

ingin di capai akan datang. .873

Tinggi

118. Merancang semua aktiviti-aktiviti supaya ia

dapat dijalankan dengan lancar. .873

Tinggi

119. Bekerja lebih efektif mengikut jadual yang

telah dirancang terlebih dahulu. .872

Tinggi

120. Rasa kecewa bila ada sesuatu yang

menganggu perjalanan rangangan saya.

.872 Tinggi

Berdasarkan Jadual 3 nilai kebolehpercayaan yang terendah adalah .869 iaitu bagi item

nombor 73 di bawah sub skala 2 OKaB. Manakala, nilai kebolehpercayaan yang tertinggi adalah

.880 iaitu item nombor 14 di bawah sub skala OKaA. Nilai kebolehpercayaan yang bervariasi

untuk setiap item menunjukkan item yang dibina berkualiti, berada pada tahap yang baik,

memuaskan dan dapat difahami oleh responden. Ini selaras dengan pendapat dikemukakan oleh

Mohd Majid Konting (1998), yang menyatakan bahawa nilai pekali kebolehpercayaan 0.60 atau

lebih adalah baik dan boleh diterima.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Pembinaan IOD berdasarkan model ‘Whole Brain’ dan mengambil kira empat kuadran sebagai

mode pemikiran oleh Ned Herrmann(1995). Empat kuadran tersebut menjadi kerangka rujukan

berguna dalam pembinaan IOD dan digunakan sebagai asas kepada pembahagian personaliti dan

cara berfikir kedua belah hemisfera bagi membolehkan item-item dibina dan dikelaskan dengan

baik mengikut kuadran. Sub skala-sub skala dalam IOD juga hampir sama dengan model ini.

Namun demikian, diberi beberapa penambahbaikan supaya sedikit selari dengan budaya Timur

dan dengan bahasa yang lebih mudah difahami untuk diberikan maklumbalas oleh para

responden lantas boleh digunakan dengan lebih mudah untuk ditadbir di dalam negara tanpa

kekangan masalah bahasa.

Berdasarkan dapatan daripada ujian rintis yang dijalankan dengan catatan kesahan dan

kebolehpercayaan yang baik, IOD dilihat berguna untuk diaplikasikan terutama dalam bidang

pendidikan bagi membolehkan para pendidik terutamanya mengenal pasti para pelajar mereka

menggunakan mode apa untuk belajar ; sama ada dominan kanan, kiri atau bersepadu. Maklumat

ini amatlah berguna kerana pendidik berupaya mengubah pendekatan dalam cara pengajarannya

untuk lebih memberi kefahaman kepada pelajar yang berbeza dominan otaknya. Hal ini kerana,

kurikulum dan kaedah pengajaran pendidik masa kini dikenal pasti lebih mementingkan

Page 24: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

pembelajaran dengan penekanan otak kiri yang bermaksud dengan aktiviti menghafal, pemikiran

satu arah dan mengikut arahan serta keinginan pendidik (Norrizan, 2000; Kim dan Michael, 1995

dalam Chua Yan Piaw).

Selain itu, IOD juga dilihat dapat membantu guru-guru bimbingan dan kaunseling terutama dari

aspek kerjaya. Pentadbiran dan penaksiran skor IOD yang ringkas dan padat mampu dijalankan

oleh guru bimbingan dan kaunseling di sekolah dengan mudah. Skor-skor yang didapati juga

dapat digunakan bagi membantu memahami permasalahan pelajar-pelajar di sekolah dan

dijadikan panduan selain ujian SDS Holland untuk penentuan kerjaya pelajar kelak yang mana

seperti yang telah diketahui, dominan otak menghasilkan personaliti dan juga cara pemikiran

tertentu yang seterusnya akan mempengaruhi cara bekerja seseorang individu (Cary, 2001).

Dengan pemahaman seperti ini, adalah lebih mudah untuk guru bimbingan dan kaunseling

memandu arah pelajar supaya dapat membuka ruang penerokaan yang lebih luas berkaitan diri

dan kerjaya mereka kelak.

Penggunaan IOD juga tidak terhad kepada pendidik dan pelajar di peringkat bangku sekolah

tetapi juga boleh digunakan dalam bidang pengurusan untuk mengenal pasti mode pemikiran diri

dan cara-cara yang lebih efektif untuk meningkatkan produktiviti diri selain memperbaiki

hubungan interpersonal, intrapersonal serta komunikasi. Masalah-masalah di bidang pengurusan

kadang kala hadir daripada kurangnya kefahaman tentang diri dan orang lain, malah penggunaan

pendekatan yang tidak bersesuaian kerap menjejaskan produktiviti dalam organisasi dan

seterusnya mencacatkan hubungan dan kepuasan seseorang individu (Webster, 1994). Maka,

IOD dilihat merupakan salah satu penyelesaian kepada masalah-masalah dalam bidang

pengurusan yang dilihat dapat memperbaiki hubungan antara ketua dengan orang bawahan juga

antara rakan sekerja yang kadang bertelagah atas ketidakfahaman mereka dalam aspek pemikiran

diri dan orang lain. Banyak unsur positif yang dapat diserap melalui penggunaan IOD ke dalam

organisasi bagi meningkatkan perhubungan dan seterusnya prestasi organisasi itu sendiri.

Pembinaan IOD juga mendapat penilaian kesahan muka dan kandungan serta kebolehpercayaan

yang agak ketat dan kritikal daripada panel penilai kerana dibina langsung berdasarkan model

dan tidak merujuk mana-mana inventori lain dalam negara dalam bidang otak dominan ini.

Maka, masih banyak penambahbaikan dari segi item, susunan, jumlah item dan lain-lain aspek

yang perlu diperkemas, diperkukuh bagi membolehkan penggunaannya lebih menyeluruh dan

bersepadu. Namun demikian, atas faktor tertentu seperti umur dan pembangunan pemikiran dan

dominan otak yang belum sepenuhnya terbentuk, penggunaan IOD tidak dapat dijalankan bagi

pelajar sekolah rendah dan pra-sekolah. Hal ini mungkin dapat diambil perhatian oleh pengkaji

akan datang untuk mengambil peluang atas lompong ini bagi memikirkan caranya supaya IOD

ini dapat diterjemah dan dipermudah bagi membolehkannya diaplikasikan dalam peringkat

pendidikan rendah demi membantu pendidik dan juga ibu bapa khasnya dalam mengenalpasti

kecenderungan anak-anak dan seterusnya membantu menyediakan persekitaran dan sistem

sokongan yang bersesuaian dengan dominan otak mereka.

IOD dilihat membina satu bentuk keserasian dengan amalan psikometrik yang telah pun

diterapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran dalam sistem pendidikan kita baru-baru ini dan

berupaya digabungjalin dengan lebih baik bagi membolehkan hasilnya diguna pakai hingga ke

peringkat kementerian dan penggubal dasar. Hal ini amat penting kerana seperti yang telah

dinyatakan tadi, sistem pendidikan kita masa kini banyak menekankan penggunaan otak kiri

secara paksa dan kurang mengambil kira penyertaan otak kanan. Melalui maklumat yang mampu

Page 25: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

diberikan oleh IOD, pihak kementerian boleh menggunakannya sebagai satu platform bagi

menggubal kurikulum dan pendekatan dalam pelajaran yang berbeza yang mana umum

mengetahui Malaysia juga walaupun mempunyai kemudahan infrastruktur pendidikan dan

pembangunan yang baik, masih lagi tertinggal dari aspek pendidikan bukan sahaja di peringkat

dunia malah di Asia Tenggara sendiri berbanding negara-negara lain. Maklumat seperti ini

penting kerana melalui strategi serampang dua mata, pihak kementerian berupaya mengenalpasti

di mana kekurangan sistem pendidikan dan apa yang sebenarnya diperlukan oleh para pelajar

kita di bangku sekolah.

Analisis yang lebih mendalam juga diperlukan bagi memperkemas item-item dan juga sub skala.

Hal ini kerana dalam merealisasikan modelnya, Herrmann sendiri menjalankan ribuan penilaian

ke atas instrumennya iaitu HBDI dan mendapatkan data dari seluruh Amerika Syarikat

(Herrmann, 2000). Hal ini membuktikan bahawa beliau begitu komited dalam menyediakan satu

instrumen yang benar-benar dapat menjelaskan dan membantu responden untuk mengenali diri

melalui profil yang dibinanya. Tidak mustahil sekiranya IOD ini diperkembang dan diperkemas

untuk kegunaan dalam negara, ianya mampu membawa hasil positif yang bersifat glokal dan

menyeluruh untuk membantu banyak bidang dalam negara dan individu khususnya untuk

menyerlahkan potensi diri mereka dengan lebih baik dan meluas berbanding inventori personaliti

lain yang hanya memberikan satu platform penerokaan secara asas sahaja. Kajian seterusnya

perlu mengambil kira panjang item dan nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang lebih jitu dan

dibuat dalam kelompok-kelompok responden yang berbeza untuk memperluas penggunaannya

bukan sahaja dalam sektor pendidikan namun ke sektor-sektor lain yang menggunakan tenaga

manusia sebagai penggerak supaya organisasi mampu dipacu ke arah yang lebih baik.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa pembinaan Inventori Otak Dominan (IOD)

ini boleh dipercayai dan boleh diguna pakai untuk mengenalpasti otak dominan dalam kalangan

individu. Melalui nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang mendapat penilaian pakar secara

khusus mencatatkan nilai yang baik, IOD ini juga berupaya digunakan untuk mengenalpasti

potensi diri dan kecenderungan untuk menyelesai masalah dan berfikir dalam kalangan individu

berdasarkan empat sub skala utama iaitu otak kanan cerebral, otak kanan limbik, otak kiri

cerebral dan otak kiri limbik.

Page 26: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

RUJUKAN

The Split Brain Experiments. (2003, Oktober 30). Retrieved Mei 17, 2015, from Nobelprize.org:

http://www.nobelprize.org/educational/medicine/split-brain/background.html

Brain & Nervous System Health Center. (2014). Retrieved Mei 17, 2015, from WebMD:

http://www.webmd.com/brain/picture-of-the-brain

Ali Bawaneh, A., Abdullah, A., Saleh, S., & Yin Yin, K. (2011). Jordanian students' thinking

styles based on Herrmann whole brain model. International Journal of Humanities and

Social Science, 89-97.

Benziger, I. &. (1993). The art of using your whole brain. Rockwall, Texas: Whole Brain

Publisher.

Campbell, V.-J. (2008). The implications of Ned Herrmann’s “whole-brain” model for violin

teaching: a case study. Stellenbosch : Stellenbosch University.

Carthey, J. (1993). Relationship between learning styles and academic achievement and brain

hemispheric dominance and academic performance in Business and Accounting courses.

Winona: Winona State University.

Cary, D. (2001). The relationship between brain dominance and career interests. Old Dominion:

Old Dominion University.

Coffield FJ, Moseley DV, Hall E and Ecclestone K (2004). Should we be using learning styles?

What research has to say to practice. London: Learning and Skills Research

Centre/University of Newcastle upon Tyne.

Corballis, M. C. (1978). On the biological basis of human laterality: I. Evidence for a

maturational left–right gradient. Behavioral and Brain Sciences , 261- 269.

Daymut, J. A. (2009). Right Brain vs. Left Brain – What’s the Difference? Super Duper

Publications.

Dew, J. R. (1996, April). Are you a Right-Brain or Left-Brain Thinker? Quality Progress

Magazine.

Donaldson, H. H. (1884). Localization in the Brain. Science, 484-485.

Gary Michael Szirony, L. C. (2007 ). Brain hemisphere dominance and vocational preference: A

preliminary analysis. Work, 323–329.

Genovese, J. E. (2005). Hemispheric Cognitive Style:. Journal of Genetic Psychology, 467-481.

Page 27: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

Ghonsooly, Z. K. (2015). Brain Dominance and Test Format: A Case of Vocabulary. Journal of

Language Teaching and Research,, 695-703.

Griffiths, P. N. (2014 ). Letter to the Editor: Handedness and Brain Lateralization – What

insights can one gain from previous literature? Journal of Social & Psychological

Sciences , Volume 6 (2), 69 - 74.

Hammersley, M. & Gomm, R. (1995). Bias In Social Research. London: Routledge.

Hart, L. (1975). How the brain works. New York: Basic Books.

Herrmann, N. (1995). The Creative Brain. In N. Herrmann, The Creative Brain. Kingsport

Tennessee: Quebecor Printing Group.

Herrmann, N. (2000). The Theory Behind the HBDI and Whole Brain Technology, The HBDI

Accreditation Process. Retrieved Mei 16, 2015, from Herrmann International:

http://www.incitestrategiesinc.com/docs/TheTheoryBehindHBDI.pdf .1-3.

KÖK, İ. (2007). The Effects of More Humanistic Approaches to Language Teaching and

Hemispheric Dominance on Students' Academic Achievements and Their Attitudes

Towards Learning English. Education and Science , 49-58.

M. Monfort, S. M. (1990). Information processing differences and laterality of students from

different colleges and disciplines. Perceptual and Motor Skills, 163–172.

Matin, H. S. (2012). On the Relationship between Right- brain and Left- brain Dominance and

Reading Comprehension Test Performance of Iranian EFL Learners. BRAIN. Broad

Research in Artificial Intelligence and Neuroscience, 3(2), 43-58.

Mireskandari, N. (2015). Brain Dominance And Speaking Strategy Use of Iranian EFL Learners.

International Journal of Applied Linguistics & English Literature, 72-79.

Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Mok Soon Seng. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan Perancangan dan Pelaksanaan Kajian

Tindakan. Selangor : Multimedia Sdn. Bhd.

Morris, R. J. (2006). Left Brain, Right Brain, Whole Brain? An examination into the theory of

brain lateralization, learning styles and the implications for education. Cornwall College

St Austell.

Nielsen JA, Z. B. (2013). An Evaluation of the Left-Brain vs. Right-Brain Hypothesis with

Resting State Functional Connectivity Magnetic Resonance Imaging. PLoS ONE.

Ornstein, R. &. ( 1985). The amazing brain. London: Hogarth.

Page 28: PEMBINAAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN · PDF fileApabila menyentuh tentang fungsi otak yang terbahagi kepada kiri dan kanan, sejak eksperimen ... merentas budaya melalui kajian-kajian

Piaw, C. Y. (n.d.). Halangan pemikiran kreatif dalaman dan stail pemikiran minda guru pelatih

kdpm semester 3. Malaysia: Jabatan Penyelidikan Maktab Perguruan Ilmu Khas.

Price, M. (2009). The left brain knows what the right hand is doing. Monitor Staff.

Rosinah Edinin. (2014). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan Edisi Kedua. Kuala

Lumpur : Freemind Horizon Sdn. Bhd.

Sidek Mohd Noah. (2006). Pengujian dan Penilaian Dalam Kaunseling. Selangor: Penerbit

Universiti Putra Malaysia

Sousa, D. ( 2001). How the brain learns. Thousand Oaks: Corwin.

Springer, S. &. (1998). Left brain, right brain: perspectives from cognitive neuroscience (Fifth

edition ed.). New York: W.H. Freeman.

Tuckman, B.W. (1988). Conducting Educational Research, 3nd Edition. New York: Harcourt

Brace Jovanovich, Inc.

Webster, G. (1994). Whole-brain Project Management for All". Industrial and Commercial

Training, 22-31.