Upload
anilzam78
View
239
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PowerPoint Presentation
TAJUK : PEMBELAJARAN BERASASKAN AKTIVITI
NAMA PEMBENTANG:MAZLINA BINTI OMAREN. RAKURAMAN A/L KUNASEGARANROSLINA BT BASHARUDIN
TAKRIFAN AKTIVITI
Aktiviti bermaksud gerak kerja atau tindakan.
Dibawah konteks pendidikan, ia melibatkan segala kerja yang dilakukan oleh guru dan murid untuk mencapai objektif pelajaran.
PENDIDIKAN MODEN
Aktiviti juga merupakan suatu pendekatan utama dalam pendidikan moden.M.J. Dewey (1910) pelajaran haruslah berasaskan aktiviti murid.Melalui aktiviti murid, unsur JERIS dalam kalangan murid dapat dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang. Selain itu, murid-murid akan belajar dengan lebih berkesan melalui cara praktik.Di dalam konteks pendidikan moden, terdapat pelbagai aktiviti dan tugasan yang boleh digunakan di sekolah.
CONTOH PEMBELAJARAN AKTIVITI
Dalam sesuatu pembelajaran bahasa, murid-murid akan dilengkapi dengan satu senarai kata yang perlu dikuasai.Bagi memahami penbendaharaan kata tersebut, murid-murid diberi terjemahan dalam bahasa ibunda.Disamping itu, murid-murid juga dilatih untuk membentuk ayat berasaskan peraturan-peraturan nahu yang yang telah diajar.
CONTOH PEMBELAJARAN AKTIVITI
Aktiviti membaca merupakan asas untuk mencerakinkan nahu serta menterjemahkan bahasa daripada bahasa sasaran kepada bahasa ibunda ataupun sebaliknya.Aktiviti menulis merupakan latihan nahu yang telah diajar serta latihan menulis tentang bahan-bahan yang telah dibaca dan diterjemahkan oleh murid-murid.
KESIMPULAN
Melalui pendekatan ini, murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Selain itu, minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru. Akhir sekali, pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah.
Tamat