Upload
katiri-sahirin-haimin
View
529
Download
12
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Penulisan Ilmiah
Citation preview
PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR
PENDAHULUAN
Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar merupakan satu perkara yang amat
penting sekali dalam usaha kita untuk mencapai pembangunan yang lestari, berkualiti dan
seimbang.
Negara kita bercita-cita untuk menjadi sebuah negara maju dalam acuannya
tersendiri menjelang tahun 2020. Pembangunan pesat dari segi ekonomi dan sosial telah
melahirkan keperluan untuk pembangunan fizikal yang lebih besar dan lebih canggih.
Namun, dalam usaha membangunkan negara untuk rakyat, kita harus memastikan
bahawa alam sekitar tidak sekali-kali menjadi korban.
Walaupun secara keseluruhan, menurut Malaysian Quality of Life Report, indeks
kualiti alam sekitar hampir tidak berubah sepanjang jangka 1990-2000 (iaitu sekitar 100.2
mata), namun terdapat kemerosotan dalam beberapa petunjuk yang membimbangkan.
Contohnya, kemerosotan dalam kualiti sungai dan air, sepertimana ditunjukkan dalam
peratusan sungai bersih dalam negara, yang jatuh daripada 53.3 peratus pada tahun 1990
kepada 28.3 peratus pada tahun 2000.
Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi
juga hubungan manusia dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati oleh
manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan
alam tabii. Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai kecenderungan untuk
menguasai dan mengekploitasi alam tabii secara berlebihan dengan menggunakan sains
dan teknologi. Natijahnya, keseimbangan alam semula jadi tidak dapat dikekalkan.
Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global, ribut taufan, hujan asid,
pencemaran udara, air dan darat, kepupusan tanaman, habitat dan sebagainya semuanya
menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan oleh aktiviti manusia.
1
Di peringkat antarabangsa beberapa deklarasi mengenai alam sekitar telah pun
dilaksanakan oleh UNDP untuk memastikan pembangunan yang lestari. Deklarasi Reo
De Janerio (1993) dan Protokol Kyoto (1997) merupakan antara dua deklarasi di mana
Malaysia turut menandatanganinya. Malaysia sendiri telah mengadakan Deklarasi
Langkawi untuk memastikan pembangunan negara secara lestari dan mesra alam.
Untuk mengatasi semua ini alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan
pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan
kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan
alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-
sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan
nilai budaya perlu diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan
pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan
yang dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. Adalah
menjadi pendekatan dalam Islam agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam
sekitar dan persekitarannya disamping berusaha untuk terus maju.
Pendidikan berkaitan alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang
dan kualiti alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan
untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan. Satu cara untuk
menjalankan pendidikan alam sekitar ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam
sekitar dalam pengajaran di bilik darjah. Dalam konteks Malaysia, perkara ini sudah pun
diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1998 dengan terbitnya Buku Panduan Guru
Pendidikan Alam Sekitar merentas Kurikulum untuk sekolah rendah dan menengah oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Walau bagaimanapun,
Pendidikan Alam Sekitar tidak terhad di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
kelas sahaja dan perlu dilihat sebagai suatu bidang pendidikan yang merentas kurikulum
dan kokurikulum.
2
DEFINISI KONSEP
Perkataan “alam sekitar membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan.
Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam
sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melindungi manusia. Bagaimanapun,
secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik
atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga
fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. Terdapat juga satu lagi definsi alam
sekitar iaitu ia lebih kepada kefahaman ”environmentalisme”. Dijelaskan bahawa ia
merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan
terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan
aktiviti manusia. Dalam konteks pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dari Kamus
Dewan edisi keempat tahun 2005 mendefinisikan pelihara sebagai membela, menjaga dan
merawat, manakala pulihara membawa makna memulihkan serta memelihara, dan
melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.
Alam sekitar penting kepada semua penghuni bumi ini termasuk manusia, haiwan
dan tumbuh-tumbuhan. Malah, keindahan dan keajaiban flora dan fauna akan senantiasa
menjadi daya tarikan semua. Tanggungjawab memelihara dan memulihara alam ciptaan
Tuhan yang unik dan indah ini merupakan tugas semua pihak. Bumi kita kaya dengan
pelbagai sumber yang penting bagi kehidupan manusia. Oleh itu, kita perlu menggunakan
sumber ini dengan bijak, agar sumber ini tidak berkurangan pada masa akan datang.
Konsep pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memperlihatkan bahawa tahun demi
tahun dunia ini seolah-olah berada dalam keadaan tidak selamat. Isu pemanasan global,
kempen anjuran Greenpeace, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Sahabat Alam Malaysia,
Malaysia Nature Society, World Wildlife Fund, (WWF) memanggil kita supaya
melakukan sesuatu. Malangnya, sejak kebelakangan ini, manusia semakin kejam dan
langsung tidak bertimbang rasa dalam mengurus alam yang unik ini. Mereka melakukan
pelbagai kerosakan dengan berselindung atas pembangunan. Adakah kita hanya perlu
berdiam diri dan menyerahkan segalanya kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam
3
Sekitar, atau pihak-pihak berkaitan untuk menangani isu-isu tersebut?. Kualiti alam
sekitar sangat penting kerana ia menentukan kualiti kehidupan manusia di muka bumi ini.
Pelbagai penyakit hari ini muncul kerana alam sekitar yang tercemar. Jika alam sekitar
tidak dijaga dan dijamin kualitinya, ia akan menjejaskan ekosistem.
KEPENTINGAN ALAM SEKITAR YANG BERKUALITI
Alam sekitar merupakan penampung keperluan hidupan dengan membekalkan
sumber makanan, udara dan sumber tenaga. Alam sekitar yang berkualiti pula ialah alam
sekitar yang dapat memenuhi kesemua keperluan hidupan ini dengan baik dan
pencemaran adalah pada paras yang minimum. Keselesaan hidup manusia dan haiwan
akan wujud dalam alam sekitar yang berkualiti. Alam sekitar yang berkualiti juga amat
penting untuk memelihara hubungan antara satu organisma dengan organisma yang lain.
Sebarang kesan buruk daripada persekitaran akan menjejaskan hidupan lain. Contohnya,
udara perlu bersih untuk pernafasan haiwan dan tumbuhan. Udara yang tercemar akan
mengganggu proses ini. Pencemaran udara akan menyebabkan penyakit yang menyerang
sistem respirasi. Air yang bersih juga penting untuk kehidupan. Kira-kira 70% daripada
kandungan sel adalah air. Air sungai yang dicemari dengan sisa kilang dan kawasan
perlombongan pula merosakkan habitat hidupan akuatik dan seterusnya mengakibatkan
kematian.
Sebagai satu sumber ekonomi dan biologi, kita perlu memastikan kewujudan alam
sekitar yang berkualiti di bumi ini. Tanggungjawab setiap individu di dunia ini untuk
memelihara alam sekitar yang bersih sangat diperlukan untuk menjamin alam sekitar
yang bersih untuk generasi akan datang.
Keseimbangan antara pengurusan alam sekitar dengan kepentingan ekonomi dan
pembangunan sangat diperlukan. Kegiatan-kegiatan ekonomi dan pembangunan manusia,
seperti menangkap ikan dan membalak adalah untuk meningkatkan taraf hidup. Kegiatan
ini melibatkan perubahan kepada alam semula jadi di sekeliling, sesuai dengan
kehendaknya. Manusia harus tahu merancang untuk mengawal dan mengekalkan
keseimbangan ekologi alam sekitarnya. Sumber bumi yang kaya ini boleh dikelaskan
kepada dua, iaitu sumber yang boleh diperbaharui dan sumber yang tidak boleh
4
diperbaharui. Sumber yang boleh diperbaharui adalah sumber yang boleh dihasilkan atau
diwujudkan kembali di alam semula jadi dalam tempoh yang singkat. Hasil laut seperti
kupang, ikan dan rumpai air merupakan satu contoh hidupan yang boleh diperoleh
sepanjang masa. Kayu balak dan rotan mengambil masa yang lebih untuk pertumbuhan.
Larangan ke atas penggunaan pukat harimau, dan galakan terhadap aktiviti penanaman
semula balak dan rotan di Malaysia adalah contoh usaha yang diambil untuk memulihkan
amal semula jadi.
Sumber yang tidak boleh diwujudkan kembali melalui kegiatan manusia dpanggil
sumber yang tidak boleh dikembalikan semula. Sumber yang tidak boleh dikembalikan
adalah seperti petroleum dan bijih timah. Kegiatan ekonomi sumber ini perlu dikawal
atau dihadkan agar ia tidak kehabisan dalam jangka waktu yang singkat. Kegitan
perlombongan di permukaan bumi menghasilkan sisa logam seperti plumbum yang boleh
mencemarkan sungai. Permukaan bumi menjadi terdedah kepada agen hakisan. Kawasan
lapang yang berpasir akan wujud dan kawasan ini akan menjadi tidak subur dan
menakung air. Usaha boleh dijalankan untuk memulihkan kawasan seperti ini kepada
kawasan rekreasi seperti Taman Tasik Perdana dan Sunway Lagoon di Kuala Lumpur,
Malaysia. Industri yang berasaskan pertanian dan pengilangan menghasilkan sisa yang
toksik dan berbahaya. Sisa ini mendatangkan risiko yng tinggi kepada kesihatan manusia
dan alam sekitar. Satu peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang telah
dikuatkuasakan dalam tahun 1979, di mana ia menghendaki semua industri mengolah air
buangan untuk mengasingkan bahan pencemar ke paras yang selamat sebelum dilepaskan
ke mana-mana saliran air daratan. Sisa toksik yang tidak boleh diolah perlu dibakar,
dikitar semula atau dihapuskan dengan cara yang selamat seperti ditanam. Dalam
pembinaan infrastruktur seperti jalanraya, rancangan yang teliti harus dibuat. Pembukaan
tanah untuk projek perumahan dan perbandaran perlu disertakan dengan pelan
penanaman tumbuhan. Pihak berkuasa mesti mensyaratkan pemulihan kawasan hijau
sebelum sesuatu projek pembangunan diluluskan. Alam sekitar haruslah diurus dengan
teliti dan teratur dalam sebarang aktiviti ekonomi atau pembangunan. Alam sekitar
dengan keseimbangan ekologinya yang unik tidak harus dikorbankan demi kepentingan
manusia semata-mata.
5
KEPENTINGAN PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR
BERDASARKAN OBJEKTIF PENDIDIKAN KONSERVASI UNESCO 1976
Menurut Ford, P.M. (1981), Pendidikan Konservasi merupakan satu usaha sadar
yang dilakukan secara berulang-ulang kali atau dengan kata lain secara terus-menerus
supaya masyarakat memiliki kesedaran atau kepedulian konservasi terhadap alam
sekitarnya dan segala permasalahannya yang memiliki pengetahuan, sikap, keahlian,
motivasi dan komitmen untuk ikut memecahkan masalah konservasi. Mengikut UNESCO
1976 telah menggariskan lima objektif utama Pendidikan Konservasi iaitu Pengetahuan,
Sikap, Keterampilan, Kemampuan Mengevaluasi (evaluation ability) dan Penyertaan
(participation).
Selain itu, seperti yang termaktub dalam objektif UNESCO 1976, pengetahuan
merupakan objektif pertama dan utama. Hal ini kerana untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat, sememangnya pengetahuan amat penting. Melalui pengetahuan, barulah kita
boleh menyedarkan masyarakat betapa pentingnya alam sekitar dalam kehidupan sehari-
hari. Melalui pengetahuan juga, kita dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam
terhadap alam sekitar, permasalahan dan tanggungjawab kita sebagai makhluk yang
bergantung kepadanya. Melalui kaedah ini, kita akan dapat memberikan peluang dan
kesempatan kepada orang ramai untuk mendapatkan kesedaran, pengetahuan, keahlian
dan komitmen untuk berganding bahu melakukan konservasi alam semula jadi. Sebagai
makhluk yang tinggal di muka bumi ini, kita seharusnya mempunyai tanggungjawab
untuk mengekalkan keindahan bumi yang cukup sempurna demi menjaga kepentingan
bersama-sama sesama hidupan yang hidup.
Seterusnya, selepas diberikan pengetahuan untuk menyedari masyarakat akan
masalah alam sekitar, barulah perubahan sikap boleh berlaku. Perubahan sikap boleh
berupa nilai-nilai estetika yang kuat dan tinggi, bermotivasi dalam usaha-usaha
perlindungan, pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar pengawetan dan pemanfaatan
alam sekitar secara lestari. Lestari merujuk kepada kebijaksanaan dan kepandaian, maka
lestari yang dimaksud ini kebijaksanaan mengurus alam sekitar. Berlainan pula dengan
6
pembangunan lestari yang membawa maksud kepandaian membuat pembangunan tanpa
mengorbankan alam sekitar. Dengan kata lain, pembangunan yang dijalankan masih
sistematik dan tidak menjejaskan alam sekitar. Oleh yang demikian sikap dan nilai-nilai
murni terhadap alam sekitar haruslah dipupuk dan ditanam dalam sanubari kanak-kanak
ataupun para pelajar sejak dari kecil. Dengan membentuk pola perilaku yang natural
terhadap alam semula jadi, sumber-sumber yang semakin kurang akan dihargai oleh akar
bangsa akan datang dan tidak akan menghadapi masalah kekurangan sumber seperti yang
dialami oleh negara Indonesia.
Tambahan lagi, salah satu daripada objektif yang termaktub dalam UNESCO
1976 ialah Keterampilan. Keterampilan ini bermaksud mengembangkan etika konservasi
dan memberikan pengetahuan tentang cara yang betul serta tepat untuk menyelesaikan
masalah pencemaran di alam sekitar. Keterampilan juga boleh membawa maksud
memberikan pengetahuan cara untuk menguruskan atau mengelakkan pencemaran yang
dilakukan oleh manusia.
Lantaran itu, kemampuan mengevaluasi (evaluation ability). Sekiranya setiap
pelajar mempunyai kemampuan mengevaluasi konservasi alam dan program pendidikan
dari segi ekologi, ekonomi, sosial, estetika dan sebagainya, sudah tentu alam sekitar pada
masa depan dapat dipelihara dan masalah pencemaran atau kepupusan haiwan dapat
diatasi. Objektif yang terakhir dinyatakan dalam UNESCO 1976 ialah penyertaan iaitu
(participation).
Justeru itu, pelajar atau murid sememangnya digalakkan untuk menyertai atau
mengambil bahagian dalam aktiviti konservasi. Melalui aktiviti sebegini, mereka dapat
mengembangkan potensi yang ada pada diri mereka untuk menghadapi permasalahan
konservasi alam sehingga mereka dapat mengambil keputusan dan melakukan tindakan
yang bijak dan relevan. Misalnya, para pelajar mengambil bahagian dalam menanam
semula pokok bagi menyelesaikan masalah peningkatan suhu setempat mahupun suhu
global.
Pendidikan konservasi ialah suatu usaha sedar yang dilakukan berulang-ulang
atau terus menerus yang bertujuan supaya masyarakat memiliki kesedaran dan kepedulian
7
terhadap konservasi sumber daya alam dan segala permasalahannya yang memiliki
pengetahuan, sikap, keahlian, motivasi dan komitmen untuk ikut memecahkan masalah
konservasi.
Selain itu, tujuan pendidikan konservasi termasuklah kesedaran dan kepekaan
terhadap sumber daya alam termasuk permasalahannya. Ini mengembangkan kepekaan
individu dan kelompok komuniti dan bangsa-bangsa terhadap konservasi alam semula
jadi. Contohnya, masalah ‘Green house effect’, penipisan lapisan ozon dan kenaikan
purata suhu merupakan isu-isu yang patut kita ambil perhatian.
Seterusnya ialah Pengetahuan (knowledge). Iaitu pengetahuan dan pemahaman
yang mendalam terhadap alam sekitar, permasalahan peranan dan tanggungjawab, iaitu
memberikan kesempatan kepada semua orang untuk mendapatkan kesedaran,
pengetahuan, keahlian dan komitmen untuk berganding bahu melakukan konservasi alam
semula jadi. Kita penghuni bumi, mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan
keindahan bumi ini.
Objektif yang seterusnya ialah Sikap (attitude). Nilai-nilai sosial, rasa kepedulian
yang kuat terhadap alam, motivasi untuk berperanan serta dalam langkah-langkah
perlindungan, pengawetan dan pemanfaatan alam secara lestari harus ditanam dalam diri
pelajar. Dengan membentuk pola perilaku yang ramah terhadap alam semula jadi,
sumber-sumber yang semakin kurang akan dihargai oleh generasi akan datang dan tidak
akan menghadapi masalah kehausan sumber.
Selanjutnya lagi, keterampilan untuk memecahkan masalah-masalah yang terjadi
dalam konservasi sumber daya alam juga dijadikan sebagai salah satu objektif pendidikan
konservasi. Ini akan mengembangkan etika konservasi dan memberikan pengetahuan
tentang cara yang betul serta tepat untuk menyelesaikan masalah pencemaran di alam
sekitar.
Seterusnya ialah kemampuan mengevaluasi (evaluation ability). Sekiranya setiap
pelajar mempunyai kemampuan mengevaluasi konservasi alam dan program pendidikan
dari segi ekologi, ekonomi, sosial, estetika dan pendidikan. Sudah tentu alam sekitar pada
8
masa depan dapat dipelihara dan masalah pencemaran atau pelupusan haiwan dapat
diatasi.
Objektif yang terakhir dinyatakan ialah Penyertaan (participation). Apabila
pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti konservasi, mereka dapat mengembangkan
rasa tanggungjawab terhadap suatu permasalahan konservasi alam sehingga dapat
mengambil tindakan yang relevan untuk pemecahannya. Contonya, mereka akan
menggunakan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah peningkatan suhu dunia
dengan cara yang saintifik berikutan dengan kemajuan teknologi.
Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar amat perlu dilaksanakan kerana
alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Segala
pencemaran yang telah berlaku terhadap alam sekitar sama ada pencemaran air, udara,
bunyi dan sebagainya akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada
alam sekitar dan juga manusia itu sendiri.
Secara kesimpulannya, objektif pendidikan konservasi amatlah penting bagi
membentuk jiwa yang sayang akan alam sekitar kepada manusia sejagat, khasnya kepada
akar bangsa kita, iaitu pewaris kehidupan selepas generasi awal, supaya kestabilan bumi
akan lebih baik dan terlindung daripada banyak masalah pemusnahan khazanah
semulajadinya.
KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA
Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus
daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora dan
fauna. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga
yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies pokok. Dari segi faunanya 200
spesies mamalia, 115 spesies ular, 80 spesies katak dan 80 spesies cicak telah
disenaraikan.
9
Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi
mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahah air.
Apabila memperkatakan tentang kepupusan flora dan fauna ini kita lihat
bagaimana orkid hutan yang cantik telah dilaporkan hampir pupus, faktor ini mungkin
disebabkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia dan kian menggugat kestabilan
alam. Hidupan seperti penyu di lautan juga kian terancam. Menurut laporan Pusat
Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu melalui kajian mereka menunjukan bahawa
pada tahun 1986 terdapat 5665 ekor penyu mentarut tetapi pada tahun 1994 hanya tinggal
2247 ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika tidak
dibendung akan menyebabkan generasi akan datang tidak lagi mengenali spesis penyu
ini.
Kemusnahan hutan sama ada secara semula jadi ataupun untuk tujuan komersial
menjadi antara punca utama kepupusan flora dan fauna. Kita sering diberi pilihan sama
ada kita mahu mengekalkan flora (tumbuh-tumbuhan) dan fauna (hidupan binatang)
ataupun tidak langsung menikmati penambahan kemudahan infrastruktur. Bagi
kebanyakan kita mengalah kepada tuntutan pemodenan dan kemajuan. Kita korbankan
flora dan fauna di sekeliling kita bagi memberi laluan kepada pembangunan.
Implikasinya seperti yang kita lihat sekarang, banyak spesis-spesis flora dan fauna
yang semakin diancam kepupusan. Selain itu, ancaman terhadap spesies-spesies flora dan
fauna ini juga sebenarnya turut menjejaskan kitaran ekologi secara keseluruhan kerana
kedua-dua unsur itu dan juga manusia sendiri adalah sebahagian daripada elemen yang
perlu ada untuk mewujudkan keseimbangan semula jadi. Jika kita kaji secara mendalam,
punca masalah kemusnahan flora dan fauna ini adalah manusia sendiri.
RAFFLESIA: SPESIES FLORA YANG HAMPIR PUPUS
Fakta Asas Rafflesia
10
Pokok Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan
bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar
di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7
kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford
Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama
Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu
(Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negeri Sabah di Malaysia.
Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang,
ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak
seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida
dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.
Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah
untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti
tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa
rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri. Ia
hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya, di mana perumahnya juga adalah
tumbuh-tumbuhan lain
Selalunya apa yang kita lihat adalah kelihatan seperti bunga yang besar. Ini
merupakan organ seks bunga ini, kadangkala dilihat di tempat paling atas sesuatu
tumbuhan yang melingkar atau biasanya terdapat di mana-mana atas tanah yang agak
lembap. Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik
putih menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang
dikeluarkan daging atau bangkai yang reput.
Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga
lain dan ini membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat
tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan
dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan
benihnya ke dalam tumbuhan perumah.
11
Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh
haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang lalu dan dipindahkan ke
tempat lain di mana benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan
tempat tinggal. Walau bagaimanapun, ini tidak boleh dibuktikan. Didapati bahawa
tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak aktiviti dan kurang di
kawasan lain.
Status Taburan Dan Populasi Rafflesia
Terdapat 17 spesies bunga Rafflesia dan segelintirnya telah diancam kepupusan.
Tiga spesies bunga Rafflesia terdapat di Sarawak iaitu; ‘Rafflesia Pricei’, ‘Rafflesia
Arnoldi’ dan ‘Rafflesia Tuan-Mudae”. Cuma satu spesies bunga Rafflesia sahaja yang
dijumpai di Taman Negara Gunung Gading iaitu ‘Rafflesia Tuan-Mudae’.
Gunung Gading telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 1 Ogos 1983 untuk
memberi kawasan pemuliharaan untuk melindungi bunga Rafflesia yang hampir pupus.
Pada tahun 1994, Taman Negara Gunung Gading telah dibuka kepada orang awam
supaya pengunjung dapat melihat sendiri keindahan bunga terbesar di dunia iaitu bunga
rafflesia. Taman Negara ini juga merupakan habitat semulajadi bagi beberapa flora dan
fauna.
Daripada senarai sumber pelancongan alam semulajadi yang ada, didapati bahawa
bunga Rafflesia juga wujud di Lojing, Gua Musang. Ia telah dipromosikan sebagai satu
ikon pelancongan bertaraf antarabangsa dan seterusnya membuka satu dimensi baru
pelancongan di Kelantan. Bunga yang disifatkan sebagai bunga yang terbesar di dunia ini
yang hanya terdapat di beberapa negara Asia Tenggara tertentu sahaja seperti Malaysia,
Indonesia, Thailand dan Filipina sememangnya mampu menggamit pelancong dari
seluruh dunia untuk berkunjung ke rantau ini. Bunga Rafflesia yang terdapat di Lojing
adalah daripada spesies Rafflesia kerrii yang hanya tumbuh di julat antara Selatan
Thailand sehingga ke sempadan negeri Kelantan, Kedah dan Pahang sahaja.
12
Populasi Rafflesia kerrii yang terdapat di Lojing juga dipercayai populasi yang
paling banyak ditemui di dunia dan keadaan semasa di Wilayah Selatan Thailand yang
sedang bergolak mendorong pelancong untuk menjadikan Kelantan sebagai destinasi
pilihan mereka. Bunga Rafflesia adalah antara penemuan yang paling mengagumkan bagi
ahli-ahli tumbuhan sedunia. Penemuannya yang pertama pada tahun 1821 di Wilayah
Bengkulu, Sumatera telah menjadi gempar di seluruh Eropah. Bunganya adalah yang
terbesar di dunia.
Bunga Rafflesia belum berjaya dibiakkan secara komersial di mana ia hanya
boleh tumbuh secara semulajadi dan bergantung hidup kepada tumbuhan perumah untuk
mendapatkan makanan. Tumbuhan perumah tersebut adalah sejenis akar pemanjat
daripada kumpulan Tetrastigma. Bunga ini juga hanya boleh dijumpai di rantau tropika
Asia Tenggara sahaja.
Di Thailand, Indonesia dan Malaysia (khususnya Sabah dan Sarawak), kesedaran
terhadap pemuliharaan kawasan Rafflesia, terutamanya bagi menarik perhatian pelancong
adalah sangat tinggi. Di Sabah, terdapat 83 tempat telah dikenalpasti wujudnya bunga
Rafflesia. Sebahagian besar daripada kawasan tersebut telah giat dipromosikan sebagai
kawasan pelancongan. Malahan di Tambunan, 356 hektar kawasan hutan telah digazetkan
sebagai kawasan pemuliharaan Rafflesia. Di sini juga terdapat satu pusat yang pertama
ditubuhkan di dunia berkaitan dengan Rafflesia bagi mengukuhkan usaha-usaha
pemuliharaan dan tujuan pelancongan. Pusat ini dikenali sebagai Pusat Informasi
Rafflesia, Tambunan.
Di Semenanjung Malaysia, terdapat beberapa kawasan yang telah menjadikan
Rafflesia sebagai sumber tarikan pelancong seperti Hutan Belum di Perak dan Taman
Negara Pahang. Namun begitu, usaha-usaha khusus terhadap pemuliharaan Rafflesia
adalah amat kurang. Kebanyakan habitat Rafflesia hampir musnah dan mungkin akan
pupus. Walaupun sebahagian populasi Rafflesia tersebut terdapat dalam kawasan
perlindungan, contohnya Taman Negara dan hutan simpan, tetapi ia tidak dijaga dan
dilindungi dengan berkesan. Pada awalnya, spesies Rafflesia kerrii hanya dianggap
13
terdapat atau endemik di Thailand sahaja. Namun kemudiannya beberapa lokasi spesies
ini telah ditemui di Semenanjung Malaysia terutamanya di Kelantan.
Spesies ini hanya boleh ditemui di kawasan sekitar Selatan Thailand mengunjur
sehingga ke sempadan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia iaitu ke sempadan Kedah,
Perak, Pahang dan Kelantan. Kebanyakan habitat Rafflesia yang ditemui adalah terletak
berdekatan dengan tepi sungai, di kawasan yang curam dan berdekatan dengan pokok-
pokok buluh. Populasi paling banyak bunga Rafflesia dijumpai di Kg. Jedip, Pos Brooke.
Sejumlah 20 populasi Rafflesia telah dikenalpasti di kawasan ini. Setiap populasi
Rafflesia mengandungi 10 - 15 kudup atau kuntum. Taburan Rafflesia adalah didapati
mengunjur di sepanjang sungai dan anak sungai. Beberapa habitat Rafflesia di kawasan
ini didapati telah rosak dan aktiviti pelancongan yang dijalankan tanpa pengawasan rapi
dipercayai menjadi salah satu daripada punca penyebabnya.
Kawasan yang paling banyak kudup Rafflesia dijumpai terletak berdekatan
dengan Kompartmen 53, Hutan Simpan Sg. Berok, Gua Musang. Aktiviti pelancongan
yang berasaskan alam semulajadi seperti bunga Rafflesia sekali gus akan menjamin
kelestarian flora dan fauna serta ekologi di kawasan ini.
BADAK SUMBU: SPESIES FAUNA YANG HAMPIR PUPUS
Fakta Asas Badak Sumbu
Badak Sumbu tergolong di dalam Order Perissodactyla dan famili Rhinocerotidae.
Terdapat dua subfamili badak sumbu iaitu yang mempunyai satu sumbu dan yang
mempunyai dua sumbu. Lima spesis badak yang ditemui iaitu Badak Sumbu Hitam
(Diceros bicornis), Badak Sumbu Putih (Ceratotherium simum) di Afrika, Badak Kerbau
(Dicerorhinus sumatrensis), Badak Sumbu India (Rhinoceros unicornis) dan Badak Raya
(Rhinoceros sondaicus) di Asia. Perkataan rhinoceros bermaksud ‘hidung yang
mempunyai tanduk’. Ini amat bersesuaian memandangkan hanya spesis badak sumbu
yang mempunyai sumbu di atas hidungnya.
14
Badak Sumbu diambil dari perkataan Yunani ῥινός rhinos, bermaksud hidung,
dan κέρας keras, bererti tanduk; dengan itu "hidung-tanduk". Badak Sumbu adalah nama
umum yang digunakan bagi mengelompokkan sekumpulan lima spesis luas bagi haiwan
berkuku bilangan ganjil ini dalam keluarga Rhinocerotidae. Dua dari spesis ini adalah
dari jenis tempatan bagi Afrika dan tiga bagi Asia selatan. Tiga dari lima jenis spesis
adalah amat terancam. Badak Sumbu India adalah terancam, dengan kurang daripada
2,700 individu tinggal hidup liar. Badak Sumbu Putih di daftar sebagai Lemah/terancam
(Vulnerable), dengan sekitar 14,500 tinggal hidup liar.
Keluarga rhinoceros berciri bersaiz besar (salah satu dari haiwan besar
‘megafauna’ yang masih hidup hari ini) dengan kesemua spesis mampu mencapai berat
sehingga satu tan; diet maun; dan kulit perlindungan yang tebal, setebal 1.5 hingga 5 cm,
terbentuk dari lapisan collagen terletak dalam kedudukan bersilang (lattice); saiz otak
yang agak kecil berbanding saiz mamalia sebesar ini (400-600g); dan tanduk besar.
Badak sumbu biasanya makan bahan berdaun, sungguhpun keupayaan bagi
memeram makanan dalam kolon (perut tengah) membenarkan mereka hidup memakan
bahan tumbuhan lebih berfiber, jika perlu. Tidak seperti perissodactyl lain, spesis badak
sumbu Afrika ketiadaan gigi pada bahagian hadapan mulut mereka, sebaliknya
bergantung kepada gigi premolar dan molar yang kuat bagi menghancurkan makanan dari
jenis tumbuh-tumbuhan. Bilangan gigi berbeza dengan banyaknya antara spesis.
Badak sumbu menjadi buruan bagi tanduknya. Tanduk rhinoceros diperbuat dari
keratin, protein yang sama yang menghasilkan rambut dan kuku, tetapi tanduk itu sendiri
tidak diperbuat dari rambut. Kedua-dua spesis badak sumbu Afrika dan Badak Kerbau
memiliki dua tanduk, sementara Badak India dan Badak Raya memiliki satu tanduk.
Rhinoceroses memiliki deria pendengaran dan bau yang tajam tetapi mata yang kabur.
Kebanyakannya mampu hidup sehingga 60 tahun atau lebih lama dari itu.
Status Taburan Dan Populasi Badak Sumbu
15
Badak Sumbu Sumatera (Dicerorhinus sumatrensis) adalah badak sumbu yang
berukuran paling kecil di antara semua spesies badak sumbu di dunia. Badak sumbu
termasuk dalam haiwan mamalia.
Pada zaman silam, Badak Jawa Asia bertanduk tunggal (Rhinoceros sondaicus)
didapati bertaburan di kawasan timur laut India menghala ke selatan melalui Burma,
Thailand dan Indo-China, ke Malaya, Sumatera dan Jawa. Laporan arkeologi yang awal
melaporkan bahawa Badak Jawa terdapat di Borneo, tetapi telah lenyap dari Borneo sejak
12 ribu tahun yang lalu. Sebagai contoh, fosil tinggalan Badak Jawa telah dijumpai di
Gua Madai, di bahagian tenggara Sabah. Walau bagaimanapun, pengesahan bahan fosil
berpandukan bahan muzium, telah menimbulkan kesangsian terhadap perakuan tersebut.
Sebagai contoh, dua batang gigi yang dihantar dari Sarawak oleh Raja Brooke, yang
kononnya telah diambil daripada seekor Badak Jawa yang muda oleh Busk, telah dikenal
pasti semula sebagai Badak Sumatera oleh Hooijer. Dua batang gigi geraham yang
ditemui dalam endapan gua di bahagian hulu Sungai Sarawak yang kononnya dirujuk
sebagai gigi Badak Jawa oleh Lydekker telah juga ditunjukkan berasal daripada Badak
Sumatera.
Badak Jawa merupakan badak yang paling jarang di kalangan badak sumbu yang
masih wujud. Pada satu masa dulu ia terdapat di Semenanjung Malaysia, tetapi kini telah
pupus. Spesies tersebut telah direkodkan kali terakhir di Ujong Permatang, Selangor
dalam tahun 1928 dan di Teluk Anson (sekarang dikenali sebagai Teluk Intan), Perak
dalam tahun 1932. Kepupusan spesis ini dipercayai akibat daripada pemburuan dan
perdagangan tanduknya yang meluas.
Satu-satunya populasi spesis ini yang diketahui dengan pasti masih wujud ialah di
satu kawasan kecil di Rizab Ujung Kulon, Jawa Barat, Indonesia. Sungguhpun demikian,
kawasan sekecil ini mungkin tidak berupaya menampung populasi untuk menghalangnya
daripada pupus dari habitat semula jadinya pada masa akan datang. Buat masa ini hanya
terdapat lebih kurang 50 ekor Badak Jawa di Rizab Badak Jawa, Ujung Kulon, Jawa
Barat.
16
Pada satu masa dulu, Badak Sumatera, iaitu satu-satunya anggota dalam subfamili
Dicerorhinae, yang masih hidup, tersebar luas, dari timur-barat India, melalui Burma,
Thailand dan Indo-China, ke Sumatera, Malaya dan Borneo. Namun demikian kini
spesies tersebut telah pupus dan pada kebanyakan kawasan dan hanya bersendirian
sebagai kelompok-kelompok berasingan di beberapa kawasan di Sumatera, Borneo,
Malaya, Burma dan Thailand. Bilangan Badak Sumatera pula telah banyak berkurangan
di hutan pulau Borneo. Ini disebabkan oleh tekanan pemburuan yang berlebihan untuk
mendapatkan tanduk, darah serta bahagian tubuh yang lain, yang diakui oleh masyarakat
Cina mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Tekanan pemburuan telah menyapu bersih
kebanyakan populasi di tanah rendah dan telah mendesak haiwan tersebut ke kawasan
yang terpencil dan rupa buminya berbatu-bata yang sukar dimasuki.
Rekod-rekod awal menunjukkan bahawa kawasan asal badak sumatera meliputi
semua kawasan hutan tanah rendah serta hutan bukit di Borneo dan tidak terhad kepada
kawasan bukit terpencil. Pada akhir abad ke-19 haiwan ini biasanya dijumpai di beberapa
kawasan timur Sabah. Pryer (1881) menulis bahawa 'sering kali juga jejak satu atau dua
ekor badak sumbu kelihatan semasa kita berjalan di kawasan tanah rendah'. Anon (1886)
mencatat bahawa 'badak sumbu beberapa kali masuk secara tidak sengaja di kawasan
pinggir bandar Sandakan, dan ada satu kali telah masuk ke sebuah taman di pinggir
bandar dan memakan beberapa biji semangka. Pada peristiwa yang lain pula seekor
badak telah berjaya masuk ke dalam sebuah reban ayam di estet Beatrice'.
Menjelang awal tahun 1930, badak masih boleh ditemui di kebanyakan kawasan
di Borneo. Dalam tahun 1931, Bank menyimpulkan bahawa 'tidak perlu dirisaukan
tentang kekurangan bilangan badak kerana pada sedikit masa dulu, dalam tempoh 2 tahun
sebanyak 36 kepala badak telah dibawa masuk ke Belaga'. Namun demikian 6 tahun
kemudian Bank berkata 'semasa menjalankan lawatan jangka panjang ke Ulu Trusan
yang terpencil itu, dalam tahun 1937, ke satu kawasan yang pada satu masa dahulu
mempunyai banyak badak, kini saya hanya nampak sekali sahaja perdagangan dilakukan
lebih kurang tiga tahun yang lepas, dan tidak ada apa-apa rekod dalam tempoh lima tahun
ini. Dengan demikian beliau mencatat bahawa 'menjelang akhir abad ini, di Sarawak,
badak tersebut mungkin pupus walaupun di kawasan yang dahulunya terdapat banyak
17
badak, iaitu di bahagian pedalaman kawasan timur laut'. Sepuluh tahun kemudian,
Harisson (1949) menulis bahawa 'kini kemungkinan sekali sudah tidak ada badak yang
wujud di Sarawak'. Di kawasan tanah tinggi Kelabit, Harisson mendapati bahawa Badak
Sumatera, yang pada satu masa dahulu sangat biasa di kawasan itu (pada abad yang
lepas), Sehinggakan memecahkan pagar yang terdapat di keliling sawah padi. Sepanjang
20 tahun kebelakangan telah tidak dilaporkan lagi dari kawasan tersebut. Beliau
kemudian mencadangkan mungkin tidak lebih daripada 30 ekor sahaja yang wujud di
pulau Borneo.
Hari ini badak telah lenyap daripada kebanyakan habitatnya. Badak Sumatera
tidak lagi wujud di bahagian barat Sabah, termasuk Banjaran Crocker. Rekod terakhir
badak ialah di Banjaran Trus Madi dalam tahun 1960-an, apabila dua ekor telah dibunuh.
Semenjak itu tidak ada siapa yang pernah nampak sebarang badak di situ. Dalam tahun
1963, Burgess menemui bukti kehadiran badak di Sungai Bole di Segama, Semenanjung
Dent, di bahagian atas Sungai Kalumpang dan Ulu Mamut. Sungguhpun demikian
pencarian yang dilakukan selama lima hari dalam tahun 1972 di beberapa kawasan di Ulu
Karamuak, Sabah, tempat badak telah dipelihara dalam tahun 1960, tidak dapat
menghasilkan sebarang bukti tentang kehadiran sebarang badak yang masih hidup.
Dalam tahun 1979, telah kelihatan di kawasan balak yang tak dihuni di Ulu Sugut, tetapi
status semasa bagi haiwan tersebut tidak jelas.
Populasi terbesar di Sabah yang masih ada kemungkinan terdapat bertaburan
secara bertompok-tompok di bahagian timur, tengah dan selatan negeri Sabah, terutama
di kawasan Segama-Kuamut atas (termasuk Lembah Danum dan Maliau Basin),
Silabukan (di tengah Semenanjung Dent, Rizab Hidupan Liar Tabin), dan juga Ulu
Sungai Kinabatangan. Mungkin yang masih membiak ialah populasi Silabukan dan
Lembah Danum. Tinjauan jejak badak sumbu di Rizab Hidupan Liar Tabin dan di
Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum, membayangkan bahawa bilangan badak jika
digabungkan di kedua-dua kawasan tersebut adalah tidak lebih daripada 20 ekor hingga
30 ekor.
18
Di Semenanjung Malaysia pula dianggarkan ada lebih kurang 50-70 ekor Badak
Sumatera. Taburan Badak ini terhad pada hutan besar yang terlindung seperti Taman
Negara dan Endau-Rompin. Badak sumbu di hutan kepulauan Sumatera, Malaysia dan
Thailand ini dinyatakan diancam kepupusan dan dianggarkan hanya ada enam populasi di
alam liar atau tinggal 300 ekor saja. Faktor utama berkurangnya jumlah badak ini adalah
pemburuan liar. Di pasar gelap, sumbu badak ini berharga 30.000 dolar AS per kilogram.
Selain itu, kadar pembiakan yang lambat juga menyebabkan mereka berada diambang
kepupusan.
Spesies mamalia yang jarang ditemui di Sabah seperti badak sumbu Sumatera
pada masa ini hanya terdapat antara 30 dan 40 ekor sahaja yang hidup secara berasingan
di dalam belantara Sabah. Malah di sesetengah hutan simpan mungkin terdapat hanya
seekor badak sumbu. Dianggarkan sekurang-kuranga 60 peratus daripada populasi badak
sumbu Borneo Sumatera mati sejak dua dekad lalu. Spesis ini juga kehilangan habitat
utamanya di tanah rendah akibat penerokaan manusia. Biasanya badak sumbu diburu
kerana tanduknya yang biasa digunakan dalam perubatan tradisional Cina. Harga
tanduknya boleh mencapai USD30,000 (RM90,000) sekilo. Pemburuan besar-besaran
telah mengurangkan populasi badak sumbu dari 1,000 ke 150 ekor, dan jumlah itu
semakin berkurangan. Ia semakin hampir dengan kepupusan. Hari ini, ancaman
penerokaan tanah atau pemburuan tidak lagi seperti dahulu, namun ancaman baharu pula
timbul.
FAKTOR-FAKTOR KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA
Pembalakan Haram
Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatakan antara
1986 hingga jun 1990, 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang
dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja. Pembalakan sering berlaku di kawasan
perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Spesis pokok yang
dilindungi seperti Meranti dan Cengal telah menjadi "mangsa" dalam kegiatan ini.
Apabila kegiatan pembalakan dijalankan ia akan memusnahkan spesis tumbuhan yang
19
lain. Pokok-pokok balak tumbang menghempas tumbuhan-tumbuhan kecil yang berada di
bawahnya. Keadaan ini boleh menyebabkan tumbuhan renek ini mengalami kepupusan.
Apabila hutan yang sedia ada dikorbankan, tiada lagi habitat untuk flora dan fauna.
Pembakaran Hutan
Pembakaran hutan secara terbuka dan tidak terkawal juga merupakan faktor yang
menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Menurut satu laporan di dalam akhbar Utusan
Malaysia pada bulan Mac 2005 yang lalu, kebakaran hutan di Berjuntai Bestari, Batang
Berjuntai hampir meragut sejumlah besar hutan di kawasan tersebut. Apabila kebakaran
hutan terjadi, fauna akan kehilangan tempat tinggal dan flora akan turut terbakar sama.
Pembakaran yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan api merebak dan
meningkatkan kepupusan flora dan fauna.
Pembukaan Tanah Baru
Permintaan manusia terhadap tempat tinggal adalah tinggi. Oleh itu untuk
memenuhi permintaan ini, banyak kawasan baru perlu diterokai untuk membina
penempatan baru. Kawasan yang dahulunya hutan belantara telah dijadikan kawasan
perumahan oleh pemaju-pemaju. Pembukaan tanah baru juga dijadikan kawasan
pertanian dan perindustrian. Oleh itu, habitat flora dan fauna digantikan dengan besi
konkrit, menara dan sebagainya.
Peningkatan Suhu Dunia
Faktor perubahan iklim bukanlah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna
ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti ‘dinasaour’ adalah
disebabkan perubahan cuaca dunia. Fenomena Elnino menyebabkan peningkatan suhu
20
dunia yang mendadak. Sesetengah spesis haiwan dan tumbuhan tidak sesuai dengan
cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini.
Pemburuan Haram
Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah
merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini.
Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut
keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Pemintaan yang tinggi melalui pasaran
antarabangsa dan tempatan terhadap binatang menjadi punca utama kegiatan ini
berleluasa. Harimau Malaya merupakan satu spesis yang kian terancam kerana
pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina
menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.
Pencemaran
Sepertimana kita maklum bahawa keadaan pencemaran yang teruk akan
menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. Faktor ini yang menyebabakan banyak
hidupan akuatik kian pupus. Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh (killer
weil) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan
minyak dilaut dan kegitan manusia yang suka mengotorkan laut. Beruang panda yang
merupakan antara habitat yang istimewa kian terancam kepupusannya disebabkan
pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan
hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.
Aktiviti Perikanan
Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama
sekali di kawasan pinggir laut, sungai dan tasik. Kaedah perikanan tradisional yang
21
diamalkan oleh nelayan dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak
mengancam kepupusan sumber ikan. Aktiviti perikanan moden yang menggunakan
teknologi moden seperti penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan
terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan akuatik sekaligus boleh menyebabkan
ancaman sumber protein berasaskan sumber laut.
Pembangunan
Fenomena pengembangan kawasan bandar atau "urban sprawl" semakin jelas
mengancam hutan semula jadi di negara-negara maju, sementara keperluan untuk
menyediakan prasarana yang lebih sempurna di negara-negara membangun turut menjadi
satu faktor. Hutan terpaksa dibuka untuk membina bangunan dan jalan raya; setiap tahun
kawasan baru dibuka dan semakin banyak hutan hilang dari pandangan. Kepesatan
pembangunan juga menyebabkan kemusnahan flora dan fauna.
Di satu pihak, terdapat mereka yang ingin membuka kawasan baru, menebang
hutan untuk dibina rumah dan kilang, atau dijadikan tapak bercucuk tanam bagi aktiviti
pertanian. Kadang-kala mereka tidak hiraukan keperluan ekosistem setempat terhadap
hutan semula jadi. Ratusan, bahkan ribuan hektar hutan akhirnya lenyap dalam tempoh
seminggu dua. Haiwan-haiwan yang selama ini hidup bebas di hutan tidak dapat dilihat
lagi, ada kalanya buat selama-lamanya.
USAHA-USAHA KONSERVASI
Di Malaysia, terdapat banyak langkah yang telah diambil untuk memulih dan
memelihara alam sekitar. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RM ke-8), kerajaan telah
menumpukan pengurusan alam sekitar dan sumber asli yang lebih bersepadu dan
menyeluruh. Rangka kawal selia dan keupayaan institusi diperkukuh, pendekatan dan
instrument perancangan baru diperkenalkan. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
(RM ke-9) pula, keseimbangan antara keperluan pembangunan dengan alam sekitar
22
diambil berat. Pengurangan kesan negatif lebih diambil berat dalam rancangan ini.
Instrument perancangan alam sekitar banyak digunakan. Contohnya Indeks Pencemaran
Udara (API), diguna untuk mengukur kualiti udara, penilaian impak alam sekitar (EIA),
penilaian strategik alam sekitar (SEA) dan lain-lain lagi. Penyelidikan dan pembangunan
(R&D) dipergiat juga supaya menyokong pengurusan alam sekitar.
Beberapa akta telah ditetapkan untuk mengawal pencemaran udara. Salah satu
akta ialah Akta Kualiti Alam Sekitar (AKAS), 1974 (Pindaan 1996). Pembakaran terbuka
diharamkan di bawah akta ini. Selain akta, kempen penggunaan alat mesin yang lebih
moden juga giat diadakan. Penggunaan alat mesin yang telah diubahsuai melalui
pembangunan dan penylidikan (R&D) dilaksanakan. Contohnya menggunakan peti sejuk,
penghawa dingin dan sebagainya yang telah diperbaiki dan kurang mengeluarkan
Kloflorokarbon (CFC). Menggalakkan masyarakat untuk menggunakan kenderaan awam
jika boleh. Ini kerana, apabila kurang menggunakan kenderaan, pencemaran udara dapat
dikurangkan sebab kekurangan karbon monoxida.
Bagi pencemaran air, terutamanya pencemaran laut, kerajaan telah bekerjasama
dengan Negara Indonesia untuk memperdaulatkan Selat Melaka. Semua kapal yang
digunakan mestilah sentiasa disemak. Sentiasa pastikan kapal dalam keadaan baik supaya
kapal selamat diguna. Jika berlaku kemalangan seperti kapal tenggelam, akan
mengalirkan minyak kapal ke dalam air dan ini akan mencemarkan laut. Pelbagai projek
untuk kehidupan marin telah dijalankan. Contohnya projek pemeliharaan penyu. Melalui
projek ini banyak penyu dapat dilidungi dan dibiakkan dengan selamat. Nyawa penyu
terjamin selamat dari pelbagai ancaman. Penyu yang naik ke pantai untuk bertelur, dapat
kembali ke laut dengan selamat tanpa gangguan dan ancaman. Selain itu, kes-kes
kesilapan memakan sapah-sarap juga dapat dikurangkan.
Bagi pencemaran tanah, kitar semula tanah adalah amat penting dijalankan.
Terdapat 3 kitar semula jadi yang diperlukan iaitu kitar karbon, kitar Nitrogen dan kitar
air. Ketiga-tiga kitar semula ini dijalankan adalah untuk organisma terus hidup dan
membiak. Semasa kitaran Nitrogen dijalankan, nutrien dapat diberikan kepada tumbuhan.
23
Dalam kitaran karbon pula, karbon dioksida yang terbebas semasa respirasi dapat
dibekalkan kepada tumbuh-tumbuhan.
Bagi pencemaran perindustrian pula, kerajaan perlu menetapkan undang-undang
yang lebih keras terhadap industri yang tidak menepati piawai penjagaan alam sekitar
yang ditetapkan. Industri-industri mestilah dibina jauh dari tempat perumahan. Segala
pembinaan, pembalakan dan perlombongan mesti dikawal dengan ketat. Pembuangan
sisa dari kilang-kilang mestilah ditapis sebelum dibuang ke dalam sungai. Jabatan yang
berkenaan haruslah sentiasa mengambil perhatian tentang isu ini.
Kempen-kempen kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar harus
diperhebatkan. Kaedah ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesan-
kesan buruk yang akan dihadapi jika kita tidak menjaga alam sekitar. Proses kitar semula
harus diamalkan oleh semua masyarakat. Pengasingan sampah-sarap yang dapat dikitar
semula perlu dilakukan, supaya sumber alam sekitar tidak dibazirkan. Selain itu, gotong-
royong harus sentiasa diadakan. Langkah ini banyak membantu untuk memulihara dari
pencemaran alam sekitar. Contohnya pencemaran longkang kampung dapat dikurangkan,
dan ini dapat mengelakan kebanjiran kampung.
Kealpaan manusia telah mengakibatkan bilangan flora dan fauna yang hampir
pupus semakin meningkat angkanya. Kepupusan flora dan fauna telah berada pada zon
kritikal dan ia perlu diambil serius. Terdapat pelbagai langkah-langkah yang patut
diambil bagi mengatasi masalah kepupusan flora dan fauna di Malaysia. Antaranya ialah;
1. Mewujudkan sistem pengurusan hutan yang boleh menjamin dan melindungi flora
dan fauna. Penanaman semula harus dijalankan, contohnya seperti menanam semula
pokok kayu balak yang telah ditebang bagi menggantikannya. Kapasiti hasilan
hutan perlu dihadkan untuk mengelakkan tumbuhan dan pokok-pokok sering
ditebang dan sebagainya.
2. Memperketatkan undang-undang tentang pembalakan dan pemburuan haram. Pihak
berkuasa sentiasa peka dengan setiap pergerakan yang dilakukan oleh pembalak dan
pemburu haram kerana kewujudan mereka bakal menghancurkan flora dan fauna.
24
3. Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan sebagai Taman Negara, taman rekreasi,
taman laut dan sebagainya dengan keluasan mencukupi. Dengan kewujudan
kawasan sebegini, habitat flora dan fauna boleh terpelihara.
KESIMPULAN
Pemeliharaan dan pemuliharaan ini bermula dengan kesedaran individu. Ia
bermula dari rumah dengan nasihat ibu-bapa kepada anak-anak mereka akan peri
pentingnya menjaga alam sekitar, kebersihan, keprihatinan terhadap alam tumbuhan dan
alam haiwan, dan membina masyarakat penyayang dengan memahami prinsip Rukun
Negara itu sendiri. Sikap membuang sampah ke dalam sungai sehingga mencemarkan
sungai perlu dikikis. Usaha pemeliharaan dan pemuliharaan, pasti menelan kos yang
banyak. Justeru itu, alangkah elok sekali jika kita bermula dengan sikap penjagaan secara
semula jadi dengan kesedaran dan keprihatinan kepada alam sekitar yang berterusan.
Pemeliharaan dan pemuliharaan bukanlah isu bersifat sementara tetapi bersifat
sejagat. Ia berlaku kini dan akan terus berlaku. Jadi kita perlu sedar dan
bertanggungjawab untuk pelbagai peristiwa ini. Kita tidak boleh lepas dari pengaruh alam
sekitar, bahkan kitalah perencana baik buruknya. Jadi masyarakat manusia
keseluruhannya perlu mengambil peranan sebagai pembela alam sekitar yang murni.
Ramai daripada kita masih tidak sedar bahawa kita mempunyai tanggungjawab
yang sepenuhnya ke atas usaha untuk melindungi alam sekitar. Selain disebabkan oleh
kita sebagai manusia yang telah menyebabkan keadaan ini, kita juga merupakan
penduduk di dunia ini. Jika keadaan ini masih tidak dihentikan, maka ia akan
mengakibatkan kita akan kehilangan tempat tinggal dan juga kita akan mengalami tragedi
yang tidak dapat diramalkan.
Pemeliharaan alam sekitar adalah satu keperluan moral dan etika. Masalah alam
sekitar tidak dapat diatasi hanya dengan ilmu dan teknologi semata-mata seperti mana
yang diusahakan hari ini. Penekanan tentang kepentingan diri tidak meransang manusia
untuk membuat sesuatu selain daripada mendapatkan keselesaan dan kesenangan untuk
25
diri sendiri. Hanya keyakinan moral dan kesedaran etika dalam diri individu dan
masyarakat dapat memotivasikan diri manusia untuk mengetepikan sesetengah
kepentingan diri dan melakukan pengorbanan demi kepentingan umum. Itupun hanya
apabila had etika kita bukan sahaja terhadap manusia malah meliputi terhadap seluruh
generasi manusia dan segala makhluk ciptaan Tuhan. Maka dengan itu barulah kita boleh
menunjukkan sifat mulia sebagai khalifah yang diamanahkan di muka bumi.
Pengajaran etika tidak sepatutnya hanya berlandaskan kepada penguatkuasaan
undang-undang. Sesetengah orang memang mempunyai etika yang hadir dalam dirinya,
tetapi masih ada yang gagal untuk mengatasi sikap mementingkan diri sendiri. Melalui
penyusunan semula institusi sosial, pemeliharaan alam sekitar seharusnya disepadukan
dengan pembangunan lestari. Pendidikan merupakan wadah utama dalam
membangunkan nilai yang berkaitan dengan etika alam sekitar. Pemeliharaan yang
terpisah daripada pembangunan lestari tidak dapat diterima oleh institusi sosial serta tidak
mempunyai nilai ekonomi yang sebenarnya. Manusia sememangnya berhak untuk
menggunakan hasil daripada sumber alam, tetapi sepatutnya mencari inisiatif untuk
memelihara dan membangunkan semula sumber yang telah digunakan.
26
BIBLIOGRAFI
1. Abu Bakar Yang, (2000). Pendidikan Alam Sekitar Asas Pengurusan Berhemah
dalam Abu Bakar Abdul Majid & Abu Bakar Yang (Eds) Pengurusan Bijak
Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia
2. Ahmad Badri Mohamad (1987). Perspektif Persekitaran, Penerbit Fajar Bakti Sdn
Bhd, Petaling Jaya
3. Beringer, A. (2006). Reclaiming a Sacred Cosmology: Seyyed Hossein Nasr, the
Perennial Philosophy, and Sustainability Education, Canadian Journal of
Environmental Education, Vol. 11, 2006
4. Fadil Othman (1996). Permasalahan Alam Sekitar, Penerbitan Bersama Dewan
Bahasa dan Pustaka & Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
5. Jamaluddin Md. Jahi (1996.) Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar, Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia
6. Jasiman Ahmad, (2003) Pencemaran Alam Sekitar, Jade Green Publication Sdn
Bhd Kuala Lumpur
7. Rosnani Ibrahim (2000) Alam Sekitar Malaysia: Status Kini dan Masa Depan dalam
Abu Bakar Abdul Majid & Abu Bakar Yang (Eds) Pengurusan Bijak Alam
Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia
8. Sham Sani (2000) Anjakan Paradigma dalam Pengurusan Alam Sekitar di
Malaysia: Peranan Universiti, Akademika 57 (Julai) 2000, 3-24
27
9. UNESCO-UNEP 1978, The Tbilisi Declaration, Connect, Vol. 3, No.1, 1-8
10. Sekitar, Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan
(LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia. (2004). “Asas Pembentukan
Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar”. Shah Alam, Selangor Malindo
Printers Sdn. Bhd.
11. Tiwi Kamidin (2007), “Keberkesanan Program Pendidikan Alam Sekitar Institut
Perguruan Batu Lintang”. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan
Batu Lintang Tahun 2007. Institut Pendidikan International Islamic University
Malaysia. 1-13.
28