2
Pencemaran Alam Sekitar Arahan: Baca petikan dibawah secara mekanis dan kuat. Pencemaran alam sekitar sudah menjadi lumrah di negara-negara maju. Pencemaran boleh diklasifikasikan kepada beberapa beberapa keadaan seperti pencemaran udara, iklim, tanah dan air. Pencemaran alam sekitar ini boleh memudaratkan kesihatan manusia. Pencemaran udara menyebabkan manusia bernafas dalam udara yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berbahaya seperti asma. Pencemaran iklim pula mengakibatkan penipisan lapisan ozon di atmosfera dan mewujudkan kesan rumah kaca. Penipisan lapisan ozon menyebabkan cahaya ultraungu matahari yang berbahaya kepada kulit manusia menembusi atmosfera. Kesan rumah kaca pula mengakibatkan suhu bumi meningkat sehingga boleh mencairkan ketulan air batu di kutub utara atau selatan. Akibatnya paras air laut akan meningkat. Pencemaran juga boleh mengakibatkan hakisan dan tanah runtuh. Pencemaran tanah disebabkan oleh aktiviti pembalakan, pertanian dan juga pembinaan. Kawasan yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk terkena hakisan dan tanah runtuh ialah di kawasan tanah tinggi. Kejadian tanah runtuh amat berbahaya kerana boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan juga harta benda. Oleh itu,pembinaan kawasan perumahan dengan tanah tinggi adalah tidak selamat. Sumber air juga adalah sangat penting kepada kehidupan harian manusia. Manusia memerlukan air sebagai sumber minuman dan

Pencemaran Alam Sekitar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tyuikljhmng

Citation preview

Page 1: Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran Alam Sekitar

Arahan: Baca petikan dibawah secara mekanis dan kuat.

Pencemaran alam sekitar sudah menjadi lumrah di negara-negara maju. Pencemaran

boleh diklasifikasikan kepada beberapa beberapa keadaan seperti pencemaran udara,

iklim, tanah dan air.

Pencemaran alam sekitar ini boleh memudaratkan kesihatan manusia.

Pencemaran udara menyebabkan manusia bernafas dalam udara yang tidak bersih dan

terdedah kepada penyakit berbahaya seperti asma. Pencemaran iklim pula

mengakibatkan penipisan lapisan ozon di atmosfera dan mewujudkan kesan rumah

kaca. Penipisan lapisan ozon menyebabkan cahaya ultraungu matahari yang

berbahaya kepada kulit manusia menembusi atmosfera. Kesan rumah kaca pula

mengakibatkan suhu bumi meningkat sehingga boleh mencairkan ketulan air batu di

kutub utara atau selatan. Akibatnya paras air laut akan meningkat.

Pencemaran juga boleh mengakibatkan hakisan dan tanah runtuh. Pencemaran

tanah disebabkan oleh aktiviti pembalakan, pertanian dan juga pembinaan. Kawasan

yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk terkena hakisan dan tanah runtuh

ialah di kawasan tanah tinggi. Kejadian tanah runtuh amat berbahaya kerana boleh

mengakibatkan kehilangan nyawa dan juga harta benda. Oleh itu,pembinaan kawasan

perumahan dengan tanah tinggi adalah tidak selamat.

Sumber air juga adalah sangat penting kepada kehidupan harian manusia.

Manusia memerlukan air sebagai sumber minuman dan juga sumber protien. Sumber

air yang tercemar menyebabkan air tersebut beracun dan tidak selamat untuk diminum.

Lebih malang lagi, manusia kehilangan sumber protein kerana hidupan air seperti ikan

akan mati. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh aktiviti pembuangan sisa kumbahan,

sisa toksik dan minyak kenderaan ke dalam parit, sungai atau laut.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap manusia untuk memastikan keadaan

pencemaran alam sekitar berada pada tahap yang minimum. Situasi ini sangat malang

jika kita menunggu sehingga keadaan menjadi parah ibarat telur di hujung tanduk baru

kita hendak berusaha mengawalnya.