7
Pendaftaran Token Perisian: SafeNet MobilePASS+ untuk Apple iOS Langkah 1: Buka e-mel Swapendaftaran a. Buka e-mel Swapendaftaran pada telefon Apple iOS anda. NOTA: Jika anda menggunakan telefon peribadi, buka e-mel tersebut dengan OWA (https://owa.utc.com) atau majukan URL tersebut dengan selamat ke peranti anda. b. Ketik pautan untuk pergi ke halaman web pendaftaran SafeNet. Langkah 2: Halaman web Pendaftaran Token SafeNet a. NOTA: Jika aplikasi MobilePASS+ sudah pun dipasang dan dijalankan pada telefon anda, langkau ke Langkah 5. b. Untuk memasang aplikasi daripada Apple Store, ketik ikon MobilePASS+. c. Jika digesa, masukkan butiran kelayakan Apple ID anda. Langkah 3: Muat turun aplikasi MobilePASS+ a. Ketik ikon awan untuk memulakan muat turun. Langkah 4: Kembali ke halaman web pendaftaran a. Ketik pautan < Safari (di penjuru atas sebelah kiri) apabila muat turun telah selesai. NOTA: jika tiada pautan, dwiketik butang Utama pada telefon anda, kemudian pilih halaman web pendaftaran SafeNet. Langkah 5: Daftarkan token MobilePASS+ anda b. Ketik URL: Daftarkan token MobilePASS+ anda Langkah 6: Sahkan Pendaftaran a. Ketik butang Buka.

Pendaftaran Token Perisian: SafeNet MobilePASS+ untuk ...mytoken.utc.com/documents/ms-my/MobilePASS ms-my.pdf · Buka e-mel Swapendaftaran pada telefon Apple iOS anda. NOTA: Jika

  • Upload
    buianh

  • View
    230

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pendaftaran Token Perisian: SafeNet MobilePASS+ untuk ...mytoken.utc.com/documents/ms-my/MobilePASS ms-my.pdf · Buka e-mel Swapendaftaran pada telefon Apple iOS anda. NOTA: Jika

Pendaftaran Token Perisian: SafeNet MobilePASS+ untuk Apple iOS

Langkah 1: Buka e-mel Swapendaftaran

a. Buka e-mel Swapendaftaran pada telefon Apple iOS anda. NOTA: Jika anda menggunakan telefon peribadi, buka e-mel tersebut dengan OWA (https://owa.utc.com) atau majukan URL tersebut dengan selamat ke peranti anda.

b. Ketik pautan untuk pergi ke halaman web pendaftaran SafeNet.

Langkah 2: Halaman web Pendaftaran Token SafeNet

a. NOTA: Jika aplikasi MobilePASS+ sudah pun dipasang dan dijalankan pada telefon anda, langkau ke Langkah 5.

b. Untuk memasang aplikasi daripada Apple Store, ketik ikon MobilePASS+.

c. Jika digesa, masukkan butiran kelayakan Apple ID anda.

Langkah 3: Muat turun aplikasi MobilePASS+ a. Ketik ikon awan untuk memulakan muat turun.

Langkah 4: Kembali ke halaman web pendaftaran

a. Ketik pautan < Safari (di penjuru atas sebelah kiri) apabila muat turun telah selesai. NOTA: jika tiada pautan, dwiketik butang Utama pada telefon anda, kemudian pilih halaman web pendaftaran SafeNet.

Langkah 5: Daftarkan token MobilePASS+ anda b. Ketik URL: Daftarkan token MobilePASS+ anda

Langkah 6: Sahkan Pendaftaran a. Ketik butang Buka.

Page 2: Pendaftaran Token Perisian: SafeNet MobilePASS+ untuk ...mytoken.utc.com/documents/ms-my/MobilePASS ms-my.pdf · Buka e-mel Swapendaftaran pada telefon Apple iOS anda. NOTA: Jika

Langkah 7: Sahkan Pemberitahuan Tolak

a. Di gesaan Pemberitahuan Tolak, ketik butang OK.

b. Pada skrin yang seterusnya, ketik butang Benarkan. NOTA: UTC tidak mendayakan Pemberitahuan Tolak dalam produk SafeNet.

Langkah 8: Tetapkan dan Sahkan PIN Pelayan anda a. Dalam medan PIN Pelayan, masukkan PIN yang

mengandungi 4 hingga 16 angka numerik. b. Dalam medan Sahkan PIN Pelayan, masukkan

semula PIN anda. c. Ketik butang Serah.

Langkah 9: Sahkan Nama Token a. Jika anda mahu, edit medan Nama Token.

NOTA: Nama Token lalai ialah ID Pengguna SafeNet anda dan nombor siri token MobilePASS.

b. Ketik butang OK untuk menyimpan nama token.

Cisco AnyConnect (VPN)

TPAM

Langkah 10: Pilih Token a. Pada skrin MobilePASS+, ketik nama token untuk

menjana kod laluan token. NOTA: aplikasi MobilePASS+ membenarkan berbilang token perisian dipasang, walau bagaimanapun, dasar UTC ialah satu token bagi setiap pengguna. Anda boleh mengetik Ikon Gear untuk memadamkan token perisian yang tidak dikehendaki.

Langkah 11: Lihat Kod Laluan Semasa a. Kod laluan enam angka dipaparkan dalam

medan. NOTA: Abaikan ruang antara angka ketiga dengan angka keempat—itu BUKAN aksara ruang!

b. Setelah kod laluan token digunakan untuk pengesahan, kod laluan token tersebut tidak boleh digunakan semula. Ketik butang Kod Laluan Seterusnya untuk menjana kod laluan baharu.

Langkah 12: Pengesahan menggunakan token SafeNet

a. Dalam medan Nama pengguna (atau IDPengguna), masukkan ID Pengguna SafeNet anda. NOTA: IDPengguna SafeNet anda mungkin sepadan atau tidak sepadan dengan ID log masuk domain Windows anda.

b. Dalam medan Kata Laluan (atau Kod Laluan), masukkan kod laluan anda (PIN + kod token).

c. Ketik butang OK (atau Log masuk). NOTA: Skrin log masuk ini adalah untuk Cisco AnyConnect (VPN) dan TPAM. Aplikasi lain yang memerlukan Pengesahan SafeNet adalah serupa.

Page 3: Pendaftaran Token Perisian: SafeNet MobilePASS+ untuk ...mytoken.utc.com/documents/ms-my/MobilePASS ms-my.pdf · Buka e-mel Swapendaftaran pada telefon Apple iOS anda. NOTA: Jika

Pendaftaran Token Perisian: SafeNet MobilePASS+ untuk Android

Langkah 1: Buka e-mel Swapendaftaran

a. Buka e-mel Swapendaftaran pada telefon Android anda. NOTA: Jika anda menggunakan telefon peribadi, buka e-mel tersebut dengan OWA (https://owa.utc.com) atau majukan mesej tersebut dengan selamat ke peranti anda.

b. Ketik pautan untuk pergi ke halaman web pendaftaran SafeNet.

Langkah 2: Halaman web Pendaftaran Token SafeNet

a. NOTA: Jika aplikasi MobilePASS+ sudah pun dipasang dan dijalankan pada telefon anda, langkau ke Langkah 5.

b. Untuk memasang aplikasi daripada Google Play, ketik ikon MobilePASS+.

c. Jika digesa, masukkan butiran kelayakan Google Play anda.

Langkah 3: Pasang dan Buka aplikasi MobilePASS+ a. Ketik butang Pasang untuk memulakan muat

turun. b. Setelah muat turun selesai, ketik butang Buka.

Langkah 4: Konfigurasi MobilePASS+

a. Apabila menerima gesaan Benarkan MobilePASS+ untuk membuat dan mengurus panggilan telefon?, ketik butang BENARKAN. NOTA: Langkah ini diperlukan untuk menugaskan keizinan keselamatan yang sesuai bagi MobilePASS+ dalam telefon anda.

b. Pada skrin Selamat datang ke MobilePASS+, ketik butang Mulakan.

Langkah 5: Sahkan bahawa MobilePASS+ dijalankan

a. Pada skrin ini, MobilePASS+ telah dipasang dan dijalankan tetapi tiada token telah didaftarkan.

b. Ulangi Langkah 1 atau ketik butang kembali pada telefon anda untuk memilih tetingkap penyemak imbas dengan halaman web pendaftaran SafeNet.

Langkah 6: Daftarkan token MobilePASS+ anda a. Daripada halaman web pendaftaran SafeNet,

ketik pautan: Daftarkan token MobilePASS+ anda. NOTA: jika pautan tersebut gagal, ikut arahan Pendaftaran Automatik untuk menyalin dan menampal rentetan pendaftaran.

Page 4: Pendaftaran Token Perisian: SafeNet MobilePASS+ untuk ...mytoken.utc.com/documents/ms-my/MobilePASS ms-my.pdf · Buka e-mel Swapendaftaran pada telefon Apple iOS anda. NOTA: Jika

Langkah 7: Tetapkan dan Sahkan PIN Pelayan anda

a. Dalam medan PIN Pelayan, masukkan PIN yang mengandungi 4 hingga 16 angka numerik.

b. Dalam medan Sahkan PIN Pelayan, masukkan semula PIN anda.

c. Ketik butang Serah.

Langkah 8: Sahkan Nama Token a. Jika anda mahu, edit medan Nama Token.

NOTA: Nama Token lalai ialah ID Pengguna SafeNet anda dan nombor siri token MobilePASS.

b. Ketik butang OK untuk menyimpan nama token.

Langkah 9: Benarkan Pemberitahuan a. Pada skrin Tindakan Tetapan Pemberitahuan,

ketik butang OK. b. Apabila tetapan Akses pemberitahuan muncul,

togol tetapan itu ke kedudukan DIHIDUPKAN. c. Pada skrin Benarkan MobilePASS+, ketik OK.

Cisco AnyConnect (VPN)

TPAM

Langkah 10: Pilih Token a. Ketik butang kembali pada telefon anda untuk

memilih aplikasi MobilePASS+. b. Pada skrin MobilePASS+, ketik nama token untuk

menjana kod laluan token. NOTA: aplikasi MobilePASS+ membenarkan berbilang token perisian dipasang, walau bagaimanapun, dasar UTC ialah satu token bagi setiap pengguna. Anda boleh mengetik Ikon Gear untuk memadamkan token perisian yang tidak dikehendaki.

Langkah 11: Lihat Kod Laluan Semasa a. Kod laluan enam angka dipaparkan dalam

medan. NOTA: Abaikan ruang antara angka ketiga dengan angka keempat—itu BUKAN aksara ruang!

b. Setelah kod laluan token digunakan untuk pengesahan, kod laluan token tersebut tidak boleh digunakan semula. Ketik butang Kod Laluan Seterusnya untuk menjana kod laluan baharu.

Langkah 12: Pengesahan menggunakan token SafeNet

a. Dalam medan Nama pengguna (atau IDPengguna), masukkan ID Pengguna SafeNet anda. NOTA: ID Pengguna SafeNet anda mungkin sepadan atau tidak sepadan dengan ID log masuk domain Windows anda.

b. Dalam medan Kata Laluan (atau Kod Laluan), masukkan kod laluan anda (PIN + kod token).

c. Ketik butang OK (atau Log masuk). NOTA: Skrin log masuk ini adalah untuk Cisco AnyConnect (VPN) dan TPAM. Aplikasi lain yang memerlukan Pengesahan SafeNet adalah serupa.

Page 5: Pendaftaran Token Perisian: SafeNet MobilePASS+ untuk ...mytoken.utc.com/documents/ms-my/MobilePASS ms-my.pdf · Buka e-mel Swapendaftaran pada telefon Apple iOS anda. NOTA: Jika

Pendaftaran Token Perisian: SafeNet MobilePASS untuk Windows Phone

Langkah 1: Buka e-mel Swapendaftaran

a. Buka e-mel Swapendaftaran pada Windows Phone anda. NOTA: Jika anda menggunakan telefon peribadi, buka e-mel tersebut dengan OWA (https://owa.utc.com) atau majukan mesej tersebut dengan selamat ke peranti anda.

b. Ketik pautan untuk pergi ke halaman web pendaftaran SafeNet.

Langkah 2: Halaman web Pendaftaran Token SafeNet

a. NOTA: Jika aplikasi MobilePASS sudah pun dipasang dan dijalankan pada telefon anda, langkau ke Langkah 4.

b. Untuk memasang aplikasi daripada Gedung Microsoft, ketik ikon MobilePASS. NOTA: Jika ikon tersebut tidak dipaparkan, pusingkan telefon anda ke sisi.

c. Jika digesa, masukkan butiran kelayakan Akaun Microsoft anda.

Langkah 3: Pasang aplikasi MobilePASS a. Ketik butang Pasang untuk memulakan muat

turun. b. Setelah pemasangan selesai, sentuh dan tahan

butang belakang untuk kembali ke halaman web pendaftaran Token SafeNet di Explorer.

Langkah 4: Daftarkan token MobilePASS anda

a. Daripada halaman web pendaftaran SafeNet, ketik pautan: Daftarkan token MobilePASS anda. NOTA: jika pautan tersebut gagal, ikut arahan Pendaftaran Automatik untuk menyalin dan menampal rentetan pendaftaran.

Langkah 5: Sahkan Nama Token a. Jika anda mahu, edit medan Nama Token

Baharu. NOTA: Nama Token lalai ialah ID Pengguna SafeNet anda.

b. Ketik butang Aktifkan untuk menyimpan nama token.

Langkah 6: Tetapkan PIN Pelayan anda a. Dalam medan PIN OTP, masukkan PIN yang

mengandungi 4 hingga 16 aksara abjad angka. b. Ketik butang Teruskan.

Page 6: Pendaftaran Token Perisian: SafeNet MobilePASS+ untuk ...mytoken.utc.com/documents/ms-my/MobilePASS ms-my.pdf · Buka e-mel Swapendaftaran pada telefon Apple iOS anda. NOTA: Jika

Cisco AnyConnect (VPN)

TPAM

Langkah 7: Sahkan PIN Pelayan anda a. Dalam medan Masukkan semula PIN OTP,

masukkan semula PIN anda. b. Ketik butang Teruskan.

Langkah 8: Lihat Kod Laluan Semasa a. Kod laluan enam angka dipaparkan dalam

medan. b. Setelah kod laluan token digunakan untuk

pengesahan, kod laluan token tersebut tidak boleh digunakan semula. Ketik butang Jana Kod Laluan untuk mencipta kod laluan baharu.

Langkah 9: Pengesahan menggunakan token SafeNet

a. Dalam medan Nama pengguna (atau IDPengguna), masukkan ID Pengguna SafeNet anda. NOTA: ID Pengguna SafeNet anda mungkin sepadan atau tidak sepadan dengan ID log masuk domain Windows anda.

b. Dalam medan Kata Laluan (atau Kod Laluan), masukkan kod laluan anda (PIN + kod token).

c. Ketik butang OK (atau Log masuk). NOTA: Skrin log masuk ini adalah untuk Cisco AnyConnect (VPN) dan TPAM. Aplikasi lain yang memerlukan Pengesahan SafeNet adalah serupa.

Page 7: Pendaftaran Token Perisian: SafeNet MobilePASS+ untuk ...mytoken.utc.com/documents/ms-my/MobilePASS ms-my.pdf · Buka e-mel Swapendaftaran pada telefon Apple iOS anda. NOTA: Jika

Peraturan Penggunaan Akaun dan Token SafeNet

Keselamatan dalam Khidmat Pengesahan SafeNet adalah berdasarkan gabungan perkara yang anda ketahui (PIN anda) dengan perkara yang anda miliki (token anda). Untuk skema keselamatan ini berfungsi, akaun dan token anda mestilah berada dalam keadaan yang selamat, dilindungi dan terpelihara pada setiap masa.

Akaun dan token SafeNet anda adalah untuk kegunaan anda sahaja. Jangan sekali-kali berkongsi akaun anda dengan orang lain atas sebarang sebab. Semua aktiviti rangkaian dipantau pada setiap masa dan dengan menggunakan akaun dan token SafeNet anda, ini secara tidak langsung bermaksud anda membenarkan pemantauan ke atas aktiviti rangkaian anda.

Anda perlu menghafal PIN anda dan tidak mencatatkan PIN tersebut di mana-mana jua. Jangan sekali-kali mendedahkan PIN anda kepada sesiapa sahaja, termasuk rakan sekerja, staf sokongan atau pihak lain yang mungkin mendakwa sebagai staf sokongan. Jika anda mengesyaki PIN anda telah terdedah, hubungi Meja Perkhidmatan atau lawati Portal Layan Diri untuk mengubah PIN tersebut dengan serta-merta.

Ubah PIN anda secara berkala. Sebagai panduan umum, perubahan PIN pada setiap 90 hari dapat memastikan akaun anda kekal selamat.

Jika token perkakasan anda atau peranti telefon yang mengandungi token perisian (sama ada disediakan oleh syarikat atau milik sendiri) hilang atau dicuri, hubungi Meja Perkhidmatan dengan serta-merta untuk melumpuhkan akaun SafeNet anda. Jika anda tersalah letak token anda atau tertinggal token tersebut di rumah, hubungi Meja Perkhidmatan untuk menerima kata laluan sementara.

Jauhkan token perkakasan anda daripada dicapai (atau ditelan) oleh kanak-kanak. Jangan tekan butang pada eToken anda atas sebarang sebab lain kecuali semasa menjana kod token.

Jangan pasang token perisian MobilePASS pada peranti yang dialihkan sekatan secara tidak sah atau yang tidak dikonfigurasi dengan selamat. Jika anda menggunakan telefon pintar peribadi, konfigurasikan peranti tersebut agar memerlukan kod laluan abjad angka atau biometrik sebelum dapat digunakan. Sentiasa pastikan sistem pengendalian peranti anda dan aplikasi MobilePASS telah dikemas kini kepada versi yang terkini. Apabila menaik taraf ke telefon pintar yang baharu, nyahpasang MobilePASS dan pastikan konfigurasi peranti yang lama telah dihapuskan sebelum dikitar semula.

Jangan sekali-kali cuba untuk mengeksport, memindahkan, menyahsusun atau melakukan kejuruteraan berbalik terhadap aplikasi MobilePASS atau token perisian. Apabila memulihkan telefon pintar daripada sandaran, anda mesti menghubungi Meja Perkhidmatan supaya token perisian anda dapat diperuntukkan semula.

Jika akaun SafeNet anda tidak lagi diperlukan, hubungi unit perniagaan anda untuk memadamkan akaun tersebut. Akaun dorman tanpa aktiviti log masuk dalam tempoh selama 12 bulan akan dipadamkan.

Pelupusan Token Perkakasan

Untuk melupuskan token perkakasan anda yang telah tamat tempoh dengan betul, sila ikut prosedur e-buangan setempat anda.

Sumber Sokongan

Portal Layan Diri SafeNet: https://ss.safenet-inc.com/blackshieldss/O/WYZAP2LC54/index.aspx

Dokumentasi Tambahan: http://networkservices.utc.com/ERA/Pages/ERAHome.aspx

Untuk melaporkan masalah: Hubungi unit IT setempat anda atau Meja Perkhidmatan CSC