Upload
buikhanh
View
246
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
Oleh: Mu’allim bin Mohd Bakri
ACIS UiTM (Terengganu)
Pendahuluan
Manusia merupakan makhluk Allah
SWT yang dikurniakan fitrah dengan menyukai
perkara yang baik dan indah. Justeru itu, tidak
dapat dinafikan telah menjadi lumrah manusia
yang terlalu menyukai sesuatu yang cantik,
enak, menarik dan pelbagai lagi perkara yang
baik-baik. Begitu juga dari sudut pendengaran,
sesungguhnya manusia memang suka
mendengar sesuatu ungkapan atau bunyian
yang indah dan menarik berbanding bunyian
yang menyakitkan atau membingitkan.
Lantaran itu, maka wujudlah pelbagai jenis
alatan atau bunyian yang membantu
mengindahkan lagi suasana bunyi-bunyian
kepada pendengaran manusia.
Alatan bunyian ini lebih dikenali sebagai
alat-alat muzik. Perkembangan alatan muzik ini
sentiasa berkembang daripada zaman
berzaman. Bermula dengan hanya seutas tali
atau hanya berbentuk ketuk-ketukan sehingga-
lah ianya bervariasi seiiring dengan sistem
teknologi maklumat yang serba canggih kini.
Perkembangan yang tercetus ini mendorong
mewujudkan pelbagai jenis muzik yang
bervariasi dan pelbagai dalam arena industri
seni di muka bumi ini. Justeru itu, seiiring
dengan perkembangan ini juga telah
melahirkan beberapa unsur yang negatif
kesan daripada perkembangan alatan muzik
tadi. Oleh itu, perkara ini telah menimbulkan
persoalan di minda seluruh umat Islam
berkaitan hukum muzik dan nyanyian.
Bagaimana sesuatu yang harus boleh menjadi
haram dan sebagainya.
Melalui penulisan ini, penulis rasa
bertanggungjawab untuk meghuraikan dan
menjelaskan hukum-hukum yang berkaitan
dengan nyanyian dan muzik menurut
perspektif Islam. Bagi memudahkan
pemahaman bagi para pembaca di dalam
mengetahui hukum berkaitan muzik dan
nyanyian ini, penulis akan membahagikan
kepada empat bahagian hukum yang berkaitan
dengannya
Bagi golongan ketiga yang berpendapat bahawa nyanyian beserta alatan muzik adalah harus selagi tidak bercampur dengan perkara-perkara yang haram juga mempunyai hujah-hujah mereka tersendiri. Di antara hujah mereka adalah berdasarkan kaedah Fiqh yang menjelaskan bahawa “Asal sesuatu perkara itu adalah harus”. Kaedah ini jelas menunjuk-kan bahawa asal sesuatu perkara adalah harus sehingga tibanya sesuatu dalil yang menunjuk-kan pengharamannya. Justeru itu, mereka berpendapat bahawa segala dalil-dalil yang mengatakan pengharaman terhadap penggunaan alatan muzik adalah tidak relevan sama sekali kerana kekuatan dalil-dalil tersebut dapat dipertikaikan. Kaedah-kaedah pertikaian para fuqafa’ berkaitan dengan hujah masing-masing tidak dapat penulis huraikan dalam penulisan ini kerana ianya memerlukan pemahaman yang teliti terhadap ilmu-ilmu Usul Fiqh yang memerlukan pembelajaran yang sempurna.
Berdasarkan pendapat dan hujah-hujah daripada ketiga-tiga golongan di atas, jelas menunjukkan bahawa pendapat golongan yang ketiga adalah lebih relevan diterima kerana bersesuaian dengan keadaan zaman kini. Bahkan sekiranya dilihat daripada kekuatan dalil-dalil yang dikemukakan oleh golongan yang mengharamkan alatan muzik adalah tidak kuat serta boleh dipertikaikan. Selain daripada tidak bebas daripada kritikan, terdapat banyak Hadith-hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Muslim yang menjelaskan bahawa RasuluLlah saw membenarkan nyanyian dan penggunaan alatan muzik seperti rebana (al-Duf) di dalam keramaian seperti perkahwinan, hari raya, menyambut tetamu jauh dan sebagainya.
Berdasarkan hujah-hujah ini, jelas menunjukkan bahawa pendapat golongan pertama adalah tidak relevan sama sekali untuk di terima kerana terdapat keraguan dari sudut penghujahan mereka. Manakala pendapat golongan kedua yang berpendapat bahawa alatan muzik seperti rebana (al-Duf) sahaja yang boleh di terima penggunaannya adalah
suatu pandangan yang tidak begitu tepat kerana masih tiada lagi dalil-dalil yang berkredibiliti atau berautoriti yang menjelaskan mengenai pengharaman alatan muzik selain rebana (al-Duf). Oleh yang demikian, jelaslah di sini bahawa penggunaan alatan muzik adalah harus selagi tidak membawa kepada kemungkaran atau kemaksiatan. Malahan pendapat ini juga turut dipersetujui oleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Hj. Rashid Redza Bin Hj. Md. Saleh. Beliau berpendapat nyanyian nasyid yang dicampuri dengan alatan muzik masa kini adalah harus hukumnya. Namun begitu hendaklah tidak melampaui batas-batas shara
c dari segi penyanyi, muzik,
senikata dan suasana agar tidak menyebabkan lalai daripada menunaikan tanggungjawab agama. Namun begitu, walaupun secara kesimpulannya penggunaan alat muzik dibenarkan berdasarkan pendapat ulama’ dan para Fuqaha’ kontemporari, tetapi terdapat syarat-syarat lain yang harus dipatuhi agar alunan muzik tersebut tidak melanggar syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. InsyaAllah, penulis akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang syarat-syarat tersebut dan beberapa lagi siri hukum berkaitan nyanyian dan muzik di dalam penulisan yang akan datang.
’Ahmad bin cAli bin Hajr al- cAsqalani (2000), Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari, 18 j. c. 3. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al- cIlmiyyah.
cAbd al-Rahman al-Jaziri (2000), al-Fiqh cala al- Madhahib al-’Arbacah, 5 j. Kaherah: Dar al-Hadith
Abdullah Yusof (1999), Kegiatan Seni Dan Hiburan Dalam Islam Serta Hukumnya (Seni dan Hiburan Dalam Perspektif Islam), c. 1. Kuala Lumpur: Tinta Islah
’Ahmad al-Sharbasi (Dr.) (t.t), Yas’alunaka fi al-Din wa al-Hayat, 7 j. Beirut: Dar al-Jil
Ghazali, al-’Imam ’Abi Hamid Muhammad bin Muhammad al-(1996), ’Ihya’ cUlum al-Din, 5 j. c. 1. Mansurah: Maktabah ’Iman
H.M Toha Yahya Omar MA (Prof.)(1964), Hukum Seni Muzik – Seni Suara Dan Seni Tari Dalam Islam, c. 1. Jakarta: Penerbit Widjaya
’Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1998), Zad al-Macad Fi Hadi Khair al- cIbad, j. 2, Beirut, Lubnan: Mu’assasah al-Risalah
’Ibn al-Qudamah (1996), al-Mughni, 16 j. c.1. Kaherah: Dar al-Hadith
’Imam ’Abi Zakariya Yahya Bin Sharf al-Nawawi al-Dimashqi (t.t), Raudah al-Thalibin, 8 j. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al- cImiyyah
Jalal al-Din cAbd al-Rahman Bin ’Abi Bakr al-Sayuti (t.t), al-’Ashbah Wa al-Naza’ir, c. 1. Beirut: Maktabah al- cAsiriyyah
JMM/BFB/351/670/Jld.2(76). Datuk Wira Hj. Rashid Redza Bin Hj. Md Saleh (Mufti Kerajaan Negeri Melaka) kepada Muallim bin Mohd Bakri (penulis), 24 Ogos 2007
Mubar Kafuri, al-’Imam al-Hafiz ’Abi al- cUla Muhammad cAbd al-Rahman ’Ibn cAbd al-Rahim al-(2001), Tuhfah al-’Ahwadhi, 9 j. c. 1. Kaherah: Dar al-Hadith
Qurtubi, ’Abi cAbdu’Llah Muhammad bin ’Ahmad al-’Ansari al-(2002), al-Jamic li ’Ahkam al-Qur’an (Tafsir al-Qurtubi), 10 j. Kaherah: Dar al-Hadith
Sharbini, Shams al-Din Muhammad bin Muhammad al-Khatib al-(2000), Mughni al-Muhtaj, 6 j. Kaherah: al-Maktabah al-Taufiqiyyah
Wahbah al-Zuhayli (Prof.) (Dr.) (2002), al-Fiqh al-’Islami wa ’Adillatuhu, 11 j. c. 4. Birut: Dar al-Fikr
Yusuf al-Qaradawi (Dr.) (2001), Fatawa Mucasarah, 3 j. c. 9. Kaherah: Dar al-Qalam
Hujah Pendapat
Ketiga
Penutup
Rujukan
Al-Qalam 1 Al-Qalam 4
Diantara hukum-hukum yang boleh
dibincangkan berkaitan dengan nyanyian dan
muzik ini adalah dari segi penggunaan alatan
muzik, jenis lirik dan melodi sesebuah muzik
dan nyanyian, penglibatan wanita dalam
muzik dan nyanyian dan hukum tarian dalam
Islam
Bagi siri yang pertama ini, penulis akan
menjelaskan hukum berkaitan dengan
penggunaan alatan muzik dalam Islam.
Hukum berkaitan dengan penggunaan alatan
muzik telah menjadi perdebatan dikalangan
para Fuqaha’ sejak zaman-berzaman. Secara
kesimpulannya terdapat tiga pendapat di
kalangan Fuqaha’ didalam menyimpulkan
hukum berkaitan penggunaan alat muzik.
Golongan pertama, berpendapat bahawa nyanyian yang disertai alatan muzik adalah haram hukumnya. Golongan kedua pula, berpendapat bahawa nyanyian yang disertai alatan muzik seperti Rebana (al-Duf) adalah diharuskan tetapi penggunaan menggunakan alatan muzik yang melalaikan adalah haram hukumnya. Golongan ketiga pula, berpendapat bahawa nyanyian yang disertai alatan muzik adalah harus hukumnya selagi nyanyian tersebut tidak mengandungi perkara-perkara buruk dan melalaikan.
Golongan pertama, dipelopori oleh golongan yang berpendapat bahawa nyanyian dan muzik adalah haram semata-mata. Bagi mereka tiada perbezaan sama ada nyanyian tersebut diiringi alatan muzik atau tanpa alatan muzik. Nyanyian dan muzik bagi mereka adalah merupakan perkara yang melalaikan. Antara ulama yang berpegang teguh dengan pandangan ini adalah Ibn Qayyim al-Juwayzi. Golongan kedua pula dipelopori oleh sebahagian besar jumhur Fuqaha’ Hanafi, Maliki, Shafi’e dan Hanbali, serta ulama-
ulama Fiqh seperti al-Nawawi, al
-Sharbini, al-Ghazali, ’Ibn Qudamah dan sebagainya. Manakala golongan ketiga pula dipelopori oleh kebanyakkan ulama-
ulama
Kontemporari seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr. Wahbah al-Zuhayli dan Dr.’Ahmad al-
Sharbasi.
Bagi golongan yang mengharamkan
alatan muzik, mereka berpegang kepada hujah-hujah yang mengharaman nyanyian dan muzik secara mutlak. Antara dalil-dalil yang mereka pegang adalah daripada dalil al-Qur’an dan al-Hadith. Di antara dalil al-Qur’an yang menjadi hujah mereka adalah :
)) ومن الناس من يشتي لو الديث ليضل عن سبيل هللا بغي علم و ي تخذها هزوا أولئك لم عذاب مهني ((
Maksudnya : Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.(Surah al-Luqman (31) : 6)
menurut kebanyakan ulama tafsir
seperti al-Qurtubi dan Ibn Kathir di dalam tafsir mereka menjelaskan bahawa maksud (lahuwal hadis) adalah nyanyian, alatan muzik dan sebagainya. Justeru itu, jelaslah di sini bahawa nyanyian dan alatan muzik itu adalah haram hukumnya. Selain ayat al-Qur’an ini, golongan ini juga berpegang kepada dalil daripada Hadith-hadith RasuluLlah saw. Antara Hadith RasuluLlah saw yang menjadi hujah mereka adalah :
)) حدثنا عبد الرمحن بن غنم األشعري قال: حدثىن ابو عامر او أبو مالك األشعري مسع النيب صلى هللا عليه و سلم يقول
ليكونن من أميت أقوام يستحلون الر و الرير و اخلمر و املعازف . ((
Maksudnya : Dari cAbd al-Rahman bin
Ghnm al ’Ashcari, katanya ’Abu
cAmir atau
’Abu Malik al-’Ashcari mendengar Nabi saw
bersabda : Sesungguhnya, akan terjadi satu kaum dari umatku yang menghalalkan zina, kain sutera, arak dan alat-alat permainan muzik.
Hadith Nabi saw ini jelas menunjukkan
bahawa perkataan (Yastahilluna) (mereka menghalalkan) dalam Hadith di atas memberi
Hukum Penggunaan
Alat Muzik dalam Islam
Hujah Pendapat
Pertama
maksud bahawa zina, sutera, arak dan ma
cazif (alat-alat bunyian dan nyanyian) itu
adalah haram tetapi mereka menghalalkannya juga. Sesungguhnya, zina dan arak itu telah sabit haramnya dalam al-Qur’an dan Sunnah. Lantas, baginda saw menambah pula dengan menyebut ma
cazif. Ini menunjukkan ma
cazif itu
juga sama hukumnya iaitu haram seperti zina, sutera dan arak. Daripada Hadith ini, jelaslah menunjukkan bahawa Ma
cazif itu juga sama
hukum haramnya dengan arak, zina dan memakai sutera.
Bagi golongan kedua yang berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa alatan muzik seperti rebana (al-Duf) adalah diharuskan, manakala alatan muzik yang melalaikan seperti gitar (al-Ma
cazif), seruling
(al-Mazamir), kecapi (al-’Awtar), tabla (al-Kubah), biola (al-Kamanjah), biola kecil (al-Rabab) dan lain-lain adalah haram. Sesungguhnya, mereka juga mempunyai
hujah-hujah yang
tersendiri bagi memperkukuhkan pendapat mereka. Antara hujah-hujah mereka adalah berdasarkan beberapa Hadith Nabi Muhammad saw. Antara Hadith RasuluLlah saw yang menjadi pegangan mereka adalah :
))قالت الربي ع بنت معو ذ بن عفراء : جاء النيب صلى هللا عليه وسلم يدخل حني بن علي , فجلس على فراشي كمجلسك من ,
فجعلت جويرايت لنا يضربن ابلدف ويندبن من قتل من اابئي يوم بدر , إذ قالت إحداهن : وفينا نيب يعلم ما يف غد , فقال : دعي
هذه و قويل ابلذي كنت تقولني ((
Maksudnya : Telah berkata Rabic Bintu
Mucawwizi bin
cAfra’ : RasuluLlah saw datang
masuk ke rumah saya ketika majlis perkahwinan saya, maka RasuluLlah duduk di atas tikar seperti jarak duduk kamu dengan saya. Maka beberapa jariah kami sedang memukul rebana sambil memuji-muji (secara
bernyanyi) terhadap orang-orang orang-orang tua saya yang mati di perang Badar. Tiba-tiba seorang dari antara jariah itu berkata: Dihadapan kita sekarang ada Nabi yang mengetahui perkara akan datang, Maka RasuluLlah bersabda : Tinggalkan kata-kata kosong itu dan teruskan apa yang kamu sebutkan (nyanyikan) tadi.
Berdasarkan Hadith ini, jelas menunjukkan bahawa RasuluLlah tidak menegah perbuatan dua orang jariah yang bermain rebana (al-Duf) sambil bersyair (bernyanyi) semasa majlis perkahwinan. Sekiranya nyanyian itu haram, mengapa RasuluLlah tidak melarang akan perbuatan dua orang jariah ini yang memainkan alatan muzik seperti rebana dalam nyanyian mereka. Selain Hadith ini, terdapat juga beberapa Hadith lain yang menunjukkan bahawa RasuluLlah membenarkan penggunaan alatan muzik seperti rebana di dalam nyanyian mereka. Hadith tersebut adalah Hadith yang diriwayatkan oleh
cA’ishah :
))عن عائشة, قالت : قال رسول هللا صلى هللا عليه و سلم: )أعلنوا هذا الن كاح , واجعلوه يف المساجد, واضربوا عليه
ابلدفوف ((Maksudnya : Dari
cA’ishah berkata :
Bersabda RasuluLlah saw bersabda: Umumkanlah olehmu perkahwinan dan lakukanlah di masjid, dan pukullah olehmu rebana.
Hadith ini juga jelas menunjukkan
bahawa RasuluLlah saw menyuruh agar mengiklankan perkahwinan dengan memukul rebana. Perkara ini jelas seperti dalam riwayat sebelum ini yang berkaitan dengan perbuatan RasuluLlah membenarkan perbuatan memukul rebana ketika majlis perkahwinan. Lantaran itu, berdasarkan daripada kedua-dua hadith ini jelas menunjukkan bahawa RasuluLlah membenarkan penggunaan alatan muzik seperti rebana (al-Duf).
Hujah Pendapat
Kedua
Alatan muzik (al-Duff)
Paluan Kompang di sebuah majlis perkahwianan Melayu
Al-Qalam 2 Al-Qalam 3