Upload
phungdiep
View
248
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PENDAHULUAN Pengenalan
1.1 Malaysia ialah sebuah negara yang pesat membangun, dan sedang
mengorak langkah menjadi negara maju menjelang 2020. Kemajuan
ini adalah hasil pelaksanaan pelbagai dasar Kerajaan serta kerjasama
pihak swasta dan rakyat sejak Merdeka sehingga sekarang.
1.2 Namun untuk menjadi negara maju, kita perlu mengambil iktibar
daripada pengalaman kejayaan dan kegagalan negara-negara maju
generasi terdahulu, iaitu negara-negara Barat. Sejarah pembangunan
negara-negara maju tersebut menunjukkan bahawa dengan semakin
meningkatnya proses pemodenan dan perindustrian dengan
kebangkitan Kapitalisme mulai Zaman Pencerahan (Enlightenment)
pada abad ke-17, disusuli dengan Revolusi Industri dan Revolusi
Sains pada abad ke-18 dan ke-19, maka semakin banyak pula
persoalan masyarakat yang perlu ditanggapi dan ditangani. Dalam
latar belakang sejarah inilah maka kita dapati tokoh-tokoh pemikir
sosial telah mencetuskan perdebatan dan penulisan yang prolifik, yang
mengupas persoalan-persoalan kemasyarakatan tersebut demi
BAB
1
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--2
memahami serta mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah itu.
Dengan demikian lahir dan berkembanglah sains sosial seperti ilmu
falsafah, ekonomi, politik, sosiologi, psikologi, pendidikan dan lain-
lain di Eropah untuk menganalisis masalah-masalah tersebut dan
mencari jalan keluar.
1.3 Sebagai sebuah negara bekas tanah jajahan, Malaysia perlu mengorak
langkah besar dan melakukan lompatan agar negara kita tidak
ketinggalan. Justeru, apa yang Eropah lakukan dalam kira-kira dua
abad, Malaysia cuba melakukannya dalam beberapa dekad sahaja
selepas Merdeka melalui proses perindustrian, pembandaran dan
pemodenan. Sudah barang tentu dengan memampatkan tempoh masa
tersebut, pelbagai permasalahan masyarakat muncul dengan
mendadak dan juga meluas. Semua ini menuntut para sarjana, pemikir
dan pembuat dasar negara kita memikirkan dan menelitinya dengan
mendalam dan mencari jalan penyelesaian untuk menanganinya
dengan bijak dan berkesan.
1.4 Salah satu keperluan yang amat penting untuk menjadi negara maju
yang seimbang sifatnya ialah Malaysia perlu meningkatkan usaha
penyelidikan dan pembangunannya (R&D). Adalah diperhatikan
bahawa tumpuan utama dalam usaha R&D di Malaysia selama ini
ialah dalam bidang Sains dan Teknologi, manakala penyelidikan
dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan dianggap sebagai
pelengkap sahaja. Namun untuk mencapai pembangunan yang
seimbang selaras dengan hasrat Wawasan 2020, Pelan Integriti
Nasional, Rancangan Malaysia Ke-9 dan Misi Nasional ke arah 2057,
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--3
dan R&D dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan khususnya
mengenai pembangunan sosial amat perlu diberikan keutamaan
seganding dan setaraf dengan R&D dalam bidang sains dan teknologi.
Perlunya Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial Diteruskan
1.5 Penyelidikan untuk membina inventori penyelidikan pembangunan
sosial di Malaysia yang lengkap dan kemaskini adalah sebahagian
daripada usaha untuk memantapkan penyelidikan dan pembangunan
dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. Ini kerana inventori
sedemikian memberikan kita satu pangkalan data yang komprehensif
dan kemaskini tentang pelbagai penyelidikan yang telah dilakukan
oleh para penyelidik negara kita dan juga mereka yang dari luar
negara boleh dimanfaatkan oleh pembuat dasar dalam proses
perancangan pembangunan sosial negara kita.
1.6 Setakat ini, pihak Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mempunyai laporan lengkap
kajian inventori berjudul “Penyelidikan Inventori Sains Sosial 1980-
2000” yang meliputi projek-projek penyelidikan sains sosial dan
kemanusiaan dalam tempoh dua dekad, dari tahun 1980 hingga 2000.
Kajian itu dilakukan pada tahun 2001 dan 2002, dan laporannya
terdapat dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris. Kajian ini
dilakukan atas permintaan Jawatankuasa Kecil Tetap Sains Sosial
(JKTSS) UNESCO Malaysia dan dibiayai oleh Kementerian
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--4
Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (KPNPM) ketika
itu.
1.7 Kajian Inventori 1980-2000 itu mendapati sepanjang tempoh dua
dekad 1980-2000, terdapat sekurang-kurangnya 7,877 projek
penyelidikan sains sosial dan kemanusiaan mengenai pelbagai tema
dijalankan di Malaysia. Menurut pecahannya, penyelidikan tersebut
ialah: penyelidikan tesis Sarjana dan PhD sebanyak 2,701 (Sarjana -
2,452 dan PhD - 249); penyelidikan asas/gunaan 4,002 buah,
manakala penyelidikan rundingan kontrak sebanyak 1,174. Daripada
jumlah 7,877 kajian, 80% atau 6,346 kajian dilakukan oleh IPT
dengan jumlah terbanyak oleh IPTA dan bilangan yang sangat kecil
(0.13%) oleh IPTS.
1.8 Kajian Inventori itu juga menunjukkan bahawa secara
keseluruhannya, jumlah penyelidikan sains sosial telah meningkat
daripada satu Rancangan Malaysia ke satu Rancangan Malaysia yang
lain. Dalam tahun 1980-an iaitu tempoh Rancangan Malaysia Ke-4
(1981-85) dan Rancangan Malaysia Ke-5 (1986-90), terdapat 1,419
kajian dilakukan. Namun dalam dekad 1990-an iaitu untuk tempoh
Rancangan Malaysia Ke-6 (1991-95) dan Rancangan Malaysia Ke-7
(1996-2000), bilangan penyelidikan sains sosial meningkat dengan
begitu ketara sekali. Misalnya, bagi tempoh lima tahun 1991-95,
terdapat 2,370 kajian dilakukan, iaitu 167% lebih banyak daripada
jumlah penyelidikan bagi 10 tahun sebelumnya. Bagi tempoh 1996-
2000 pula, jumlahnya meningkat lagi kepada 3,584 kajian, atau 151%
lebih banyak daripada jumlah kajian bagi tempoh 1991-96, ataupun
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--5
253% lebih banyak daripada jumlah seluruh kajian bagi seluruh dekad
1980-an. Dari segi tema penyelidikan pula kelihatan agak pelbagai,
namun terdapat tumpuan tertentu secara agak nyata. Misalnya, kajian-
kajian yang mencakupi pembangunan sosial termasuk kajian
mengenai wanita, perkahwinan dan keluarga (314 kajian), disusuli
oleh kajian mengenai kanak-kanak (75 kajian), hubungan ras atau
etnik (66 kajian), kemiskinan (53 kajian), dan setinggan (26 kajian).
Satu bidang baru yang mula muncul sejak 1990-an ialah kajian
globalisasi dengan 15 kajian. Kebanyakan kajian ini adalah menurut
disiplin tetapi tidak sedikit yang bersifat rentas displin, lebih-lebih lagi
kajian-kajian pada 1990-an.
1.9 Kemajuan yang pesat ini dari segi jumlah penyelidikan dan
kerencaman tema ini memang wajar selaras dengan kemajuan
masyarakat dan bidang ilmu sains sosial itu sendiri dan juga titik berat
yang diberikan oleh pelbagai institusi khususnya universiti yang
menekankan peri pentingnya para ilmuan melakukan penyelidikan.
Bilangan universiti juga telah bertambah dalam tempoh tersebut dan
ini memeriahkan lagi usaha penyelidikan. Selain itu, penyediaan
pelbagai dana di peringkat universiti dan juga dana IRPA serta dana
daripada institusi luar negara membantu memperbanyakkan lagi
bilangan penyelidikan.
1.10 Melihat akan trend ini, kita boleh menjangkakan bahawa usaha
penyelidikan sains sosial dan kemanusiaan dan jumlahnya akan
meningkat lagi bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-8, iaitu tempoh
2001-2005. Hal ini berlaku kerana terdapat lebih banyak dana
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--6
diperuntukkan, di samping peningkatan bilangan IPTA daripada 11
buah pada tahun 2000 menjadi 16 buah pada tahun 2005. Justeru,
perkembangan ini menuntut pihak Kerajaan agar terus memantau dan
mendapatkan data lengkap mengenai pelbagai jenis penyelidikan sains
sosial tersebut khususnya bagi komponen pembangunan sosial. Bagi
mendapatkan maklumat yang komprehensif dan terkini mengenai
penyelidikan sains sosial dan kemanusiaan itu, maka Kajian Inventori
Penyelidikan Sains Sosial di Malaysia dilanjutkan untuk meneliti
pelbagai penyelidikan yang dijalankan dalam tempoh Rancangan
Malaysia Ke-8 iaitu tahun 2001-2005 dengan skopnya difokuskan
kepada pembangunan sosial. Penyelidikan seperti ini adalah selaras
dengan hasrat memenuhi Misi Nasional yang diungkapkan dalam
Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010) khususnya bagi mengisi Teras
3 (Menangani Masalah Ketidakseimbangan Sosio-ekonomi) yang
berterusan secara membina dan produktif, dan Teras 4 (Meningkatkan
Tahap dan Kemampanan Kualiti Hidup).
Objektif Kajian
1.11 Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial 2001-2005
mempunyai tiga objektif iaitu:
1.11.1 Untuk mendapatkan gambaran lebih lengkap mengenai
kemajuan penyelidikan pembangunan sosial yang dijalankan
oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi tempoh
2001-2005.
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--7
1.11.2 Untuk mendapat gambaran terkini mengenai sistem
pengurusan penyelidikan di universiti awam dan swasta, dan
membandingkannya dengan keadaan sebelum ini.
1.11.3 Untuk melengkapkan laporan inventori sains sosial yang sedia
ada yang meliputi tempoh 1980-2000 dalam bentuk cetakan
dan juga digital.
Kaedah Penyelidikan 1.12 “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial 2001-2005”
menggunakan kaedah penyelidikan yang sama yang digunakan dalam
“Kajian Inventori Penyelidikan Sains Sosial 1980-2000” yang
dilakukan sebelum ini. Ia mengemukakan sebuah soalselidik yang
mengandungi soalan-soalan untuk mendapatkan maklumat-maklumat
yang diperlukan. Pihak institusi berkenaan dihubungi dengan pelbagai
cara – surat, telefon, dan kunjungan ke pejabat masing-masing. Tiga
bahagian dalam IPT ditumpukan sebagai sumber maklumat iaitu: (a)
Pusat Pengurusan Penyelidikan; (b) Pusat Pengajian Siswazah; (c)
Unit Rundingan (jika ada).
1.13 Secara ringkas kaedah yang digunakan dalam kajian ini terdiri
daripada beberapa bentuk, iaitu:
1.13.1 Menyusun satu senarai lengkap IPTA/IPTS di seluruh negara
yang dikenalpasti menjalankan penyelidikan Pembangunan
Sosial
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--8
1.13.2 Mengedar borang soal selidik
1.13.3 Mengunjungi secara langsung sejumlah besar IPT
1.13.4 Melayari laman web IPT dan bahagian-bahagian dalam IPT
1.13.5 Mengumpul maklumat khasnya penyelidikan tesis pelajar di
perpustakaan universiti dan pusat
1.13.6 Menjalankan temubual dengan pegawai dan kakitangan di
institusi
1.14 Maklumat tentang pengurusan penyelidikan di setiap bahagian IPT
diperolehi dengan pelbagai cara iaitu melalui capaian laman web
masing-masing, temubual secara bersemuka atau telefon dengan
pegawai dan kakitangan institusi, perpustakaan pusat/universiti, dan
bahan-bahan bercetak seperti buku panduan dan brosur tentang
bahagian-bahagian IPT berkaitan. Namun, capaian laman web dan
temubual merupakan cara utama yang digunakan penyelidik.
1.15 Semua borang soal selidik beserta surat kebenaran mendapatkan
maklumat penyelidikan dikirim melalui pos kepada semua IPT yang
telah disenaraikan. Untuk mengelak salah faham tentang maksud
penyelidikan pembangunan sosial dan maklumat yang diberi menepati
kehendak penyelidikan, setiap bahagian dalam IPT dihubungi melalui
telefon dengan memberi penerangan secara mendalam tentang borang
soal selidik yang dihantar dan juga maklumat penyelidikan yang
dikehendaki.
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--9
1.16 Semua data termasuk abstrak yang diperolehi dimasukkan ke dalam
pangkalan data oleh pembantu penyelidik mengikut satu kerangka
yang telah disediakan.
Institusi Dihubungi
1.17 Institusi-institusi yang dihubungi bagi mendapatkan data penyelidikan
adalah seperti berikut:
1.17.1 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Bangi, Selangor
2. Universiti Malaya (UM)
Kuala Lumpur
3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
Serdang, Selangor
4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Skudai, Johor
5. Universiti Utara Malaysia (UUM)
Sintok, Kedah
6. Universiti Sains Malaysia (USM)
Minden, Pulau Pinang
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Gombak, Selangor
8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Kota Samarahan, Sarawak
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--10
9. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Kota Kinabalu, Sabah
10. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Shah Alam, Selangor
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Tanjung Malim, Perak
12. Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Batu Pahat, Johor
13. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Nilai, Negeri Sembilan
14. Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
Ayer Keroh, Melaka
15. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Kangar, Perlis
16. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Kuala Terengganu, Terengganu
1.17.2 Institusi Pengajian Tinggi Swasta
1. Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
Kelana Jaya, Selangor
2. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Kajang, Selangor
3. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bangi, Selangor
4. Universiti Multimedia (MMU)
Cyberjaya, Selangor
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--11
5. International Medical University (IMU)
Petaling Jaya, Selangor
6. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Tronoh, Perak
(Sila lihat Lampiran 1 untuk senarai lengkap institusi yang dihubungi
serta alamat mereka)
1.18 Seperti yang dinyatakan pada awal bab, kajian ini menghubungi tiga
bahagian dalam IPT sahaja iaitu Pusat Pengajian Siswazah, Pusat
Pengurusan Penyelidikan dan Unit Rundingan (jika ada) bagi
mendapatkan maklumat penyelidikan yang dijalankan. Sepanjang
kerja lapangan, sebanyak 53 bahagian daripada senarai 22 IPT telah
dihubungi. Bagi bahagian Pusat Pengajian Siswazah, penyelidik tidak
hanya bersandar kepada bahagian tersebut sahaja untuk mendapatkan
keseluruhan maklumat mengenai penyelidikan tesis Sarjana dan Ph.D.
Ini kerana terdapat lima Pusat Pengajian Siswazah IPTA iaitu
Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi
MARA, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Sains Malaysia
tidak menyimpan atau hanya menyimpan sebahagian maklumat tesis
pelajar. Justeru, maklumat tersebut diperolehi daripada perpustakaan
universiti masing-masing. Selain itu, Pusat Perundingan, dan Kolej
Pengajian Siswazah Universiti Tenaga Nasional juga tidak memberi
sebarang maklumat penyelidikan yang diperlukan. Justeru, penyelidik
terpaksa menghubungi fakulti yang berkenaan bagi mendapatkan
maklumat.
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--12
1.19 Perincian bilangan bahagian IPT yang dihubungi adalah seperti
berikut:
1.19.1 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) (16)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (3 bahagian)
- Universiti Malaya (UM) (3 bahagian)*
- Universiti Putra Malaysia (UPM) (3 bahagian)*
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
(3 bahagian)
- Universiti Teknologi MARA (UITM) (3 bahagian)*
- Universiti Utara Malaysia (UUM) (3 bahagian)*
- Universiti Sains Malaysia (USM) (3 bahagian)*
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (3 bahagian)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (2 bahagian)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS) (3 bahagian)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) (3 bahagian)
- Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
(2 bahagian)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) (2 bahagian)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (2 bahagian)
- Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP) (2 bahagian)
- Universiti Teknologi Melaka (UTeM) (3 bahagian) = 43
* Bahagian IPT yang dihubungi adalah termasuk perpustakaan universiti
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--13
1.19.2 Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) (6)
- Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) (1 bahagian)
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) (4 bahagian)**
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
(1 bahagian)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP) (2 bahagian)
- Universiti Multimedia (MMU) (1 bahagian)
- International Medical University (IMU) (1 bahagian) = 10
** Bahagian IPT yang dihubungi adalah termasuk fakulti
JUMLAH KESELURUHAN =53 Bahagian yang dihubungi
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
1.20 Seperti dinyatakan bilangan IPTA yang dihubungi ialah sebanyak 16
buah dan daripada jumlah itu, sebanyak 43 bahagian daripada IPTA
itu dihubungi bagi mendapatkan maklumat lengkap tentang
penyelidikan yang dijalankan. Untuk tujuan analisis, pihak penyelidik
telah mengkategorikan universiti-universiti itu kepada tiga kategori
dan status masing-masing sepertimana yang dinyatakan dalam Pelan
Strategik Pengajian Tinggi Negara 2007.
Pertama, Universiti Penyelidikan yang bercirikan
bidang pengajian berfokuskan penyelidikan, kemasukan
kompetitif, pensyarah berkualiti, nisbah siswazah dan
pascasiswazah 50:50;
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--14
Kedua, Universiti Komprehensif yang bercirikan
pelbagai bidang pengajian, kemasukan kompetitif,
pensyarah berkualiti, nisbah siswazah dan
pascasiswazah 70:30; dan
Ketiga, Universiti Berfokus yang bercirikan bidang
pengajian berfokus, kemasukan kompetitif, pensyarah
berkualiti dan nisbah siswazah dan pascasiswazah
70:30.
Senarai universiti dan bahagian universiti yang dihubungi (disusun
mengikut kategori IPTA dan tahun penubuhan masing-masing) adalah
seperti berikut:
Universiti Penyelidikan
1.20.1 Universiti Malaya (UM) (cawangan Kuala Lumpur
ditubuhkan pada 1959, diangkat sebagai universiti penuh
pada 1962)
- Institut Pengurusan Penyelidikan dan Perundingan
- Pusat Pengajian Siswazah
- Perpustakaan Universiti Malaya
1.20.2 Universiti Sains Malaysia (USM) (ditubuhkan pada 1969)
- Bahagian Penyelidikan dan Inovasi
- Pusat Pengajian Siswazah
- Perpustakaan Hamzah Sendut
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--15
1.20.3 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (ditubuhkan pada
1970)
- Pusat Pengurusan Penyelidikan
- Pusat Pengajian Siswazah
- UKMPakarunding Sdn. Bhd.
1.20.4 Universiti Putra Malaysia (UPM) (ditubuhkan pada 1971)
- Pusat Pengurusan Penyelidikan
- Pusat Pengajian Siswazah
- Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Universiti Komprehensif
1.20.5 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
(ditubuhkan pada 1983)
- Pusat Pengurusan Penyelidikan
- Pusat Pengajian Siswazah
- Biro Perundingan dan Entreprenuer
1.20.6 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) (ditubuhkan pada
1992)
- Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
- Pusat Pengajian Siswazah
- Pusat Pemindahan Teknologi dan Perundingan
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--16
1.20.7 Universiti Malaysia Sabah (UMS) (ditubuhkan pada 1994)
- Pusat Penyelidikan dan Persidangan
- Pusat Pengajian Pascasiswazah
- Pusat Perkhidmatan Rundingan dan Latihan
1.20.8 Universiti Teknologi MARA (UiTM) (dinaiktaraf sebagai
universiti pada 1999)
- Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Komersialisasi
- Pusat Pengajian Siswazah
- Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Berfokus
1.20.9 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (ditubuhkan pada
1975)
- Pusat Pengurusan Penyelidikan
- Pusat Pengajian Siswazah
- Biro Inovasi dan Rundingan
1.20.10 Universiti Utara Malaysia (UUM) (ditubuhkan pada 1984)
- Jabatan Penyelidikan dan Inovasi
- Pusat Pengajian Siswazah dan Penyelidikan
- Perpustakaan Sultanah Bahiyah
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--17
1.20.11 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (dinaiktaraf
daripada Institut Perguruan Sultan Idris menjadi Universiti
pada 1997)
- Pusat Pengurusan Penyelidikan
- Institut Pengajian Siswazah
1.20.12 Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) (ditubuhkan pada
1998; dinaikkan taraf menjadi Universiti Sains Islam
Malaysia pada 2007)
- Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Persidangan
- Pusat Pengajian Siswazah
1.20.13 Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM)
(ditubuhkan pada 1999; dinaikkan taraf menjadi Universiti
Malaysia Terengganu pada 2007)
- Pusat Pengurusan penyelidikan
- Pusat Pengajian Siswazah
1.20.14 Kolej Universiti Tun Hussein Onn (KUITTHO) (ditubuhkan
pada 2000; dinaikkan taraf menjadi Universiti Teknologi
Tun Hussein Onn Malaysia pada 2007)
- Pusat Penyelidikan, Perundingan dan Pendidikan
Berterusan
- Pusat Pengajian Siswazah
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--18
1.20.15 Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM)
(ditubuhkan pada 2000; dinaikkan taraf menjadi Universiti
Teknikal Malaysia pada 2007)
- Pusat Perkhidmatan Penyelidikan
- Pusat Universiti Industri
- Pusat Pengajian Siswazah
1.20.16 Kolej Universiti Kejuruteraan Malaysia (KUKUM)
(ditubuhkan pada 2001; dinaikkan taraf menjadi Universiti
Malaysia Perlis pada 2007)
- Unit Penyelidikan dan Pembangunan
- Unit Ijazah Tinggi
1.21 Sebanyak empat buah lagi universiti awam yang baru telah
ditubuhkan selepas 2005, menjadikan jumlah universiti awam pada
hari ini sebanyak 20 buah. Universiti-universiti itu ialah Universiti
Darul Iman Malaysia (UDM) yang terletak di Terengganu dan
ditubuhkan pada 2006; manakala Universiti Malaysia Kelantan
(terletak di Kelantan) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(UPNM) (terletak di Kuala Lumpur) ditubuhkan pada 2007. UPNM
adalah hasil penaikantaraf Akademi Tentera Malaysia (ATMA). Satu
lagi universiti baru ialah Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang
ditubuhkan pada 2006 dengan menaiktaraf Kolej Universiti
Kejuruteraan Teknikal Malaysia (KUKTEM) yang ditubuhkan pada
2001.
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--19
Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
1.22 Sejumlah enam buah IPTS bertaraf universiti telah dihubungi.
Daripada jumlah itu, sebanyak 10 bahagian dalam IPTS tersebut
dihubungi bagi mendapatkan maklumat tentang penyelidikan yang
dijalankan. Pada peringkat cadangan penyelidikan, Universiti
Teknologi Petronas (UTP) disenaraikan sebagai salah satu IPTS
dalam kajian ini. Namun UTP menyatakan tiada penyelidikan
pembangunan sosial termasuk penyelidikan tesis pelajar dijalankan.
Penyelidikan yang mereka jalankan adalah tertumpu kepada
penyelidikan kejuruteraan.
1.23 Senarai universiti dan bahagian universiti swasta yang dihubungi
adalah seperti berikut:
1.23.1 Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
(ditubuhkan pada 1997)
- Pusat Penyelidikan dan Pengurusan Pasca Siswazah
1.23.2 Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) (ditubuhkan pada 1997)
- Pusat Penyelidikan, Perundingan dan Pendidikan
Berterusan
- Pusat Pengajian Siswazah
- Kolej Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan
- Institut Pengajian Liberal
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--20
1.23.3 Universiti Multimedia (MMU) (ditubuhkan pada 1997)
- Pusat Penyelidikan dan Pengurusan Siswazah
1.23.4 Universiti Teknologi Petronas (UTP) (ditubuhkan pada 1997)
- Pusat Pengajian Siswazah
- Research Enterprise Office
1.23.5 International Medical University (IMU)
(ditubuhkan pada 1998)
- Post Graduate Studies and Research Office
1.23.6 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
(ditubuhkan pada 1995 dengan nama asal Kolej Islam Selangor
Darul Ehsan)
- Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akademik
Jenis Maklumat dan Bidang yang Dikehendaki
1.24 Data yang dikumpul mempunyai maklumat-maklumat berikut:
a) Nama penyelidik
- Ketua
- Ahli
b) Tajuk penyelidikan
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--21
c) Metodologi penyelidikan
- Kuantitatif - Kuantitatif & Kualitatif
- Kualitatif - Jumlah Sampel
d) Tahun mula dan tahun tamat penyelidikan
e) Sinopsis/abstrak penyelidikan
f) Status penyelidikan (siap, sedang maju, tertangguh atau
penyelidikan yang gagal dilaksanakan)
g) Institusi atau agensi yang membiayai penyelidikan
h) Jumlah dana yang diperuntukkan
i) Jenis penyelidikan
- penyelidikan tesis (Sarjana, Ph.D)
- penyelidikan asas/gunaan
- penyelidikan rundingan/kontrak
j) Output penyelidikan
- Laporan Teknikal
- Penerbitan (buku, artikel jurnal, dsbnya)
k) Adakah hasil penyelidikan dimanfaatkan oleh:
- Kerajaan (Kementerian, Agensi)
- Swasta
- NGO
- Pelajar
- Media
- Lain-lain
l) Abstrak laporan penyelidikan
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--22
1.25 Data penyelidikan yang diperolehi merupakan data penyelidikan sains
sosial termasuk pembangunan sosial. Justeru, data itu dikelompokkan
mengikut beberapa tema utama pembangunan sosial, manakala
penyelidikan sains sosial lain dikelompokkan dalam satu kategori.
Tema-tema utama penyelidikan pembangunan sosial adalah seperti
berikut:
1) Wanita, Keluarga dan Masyarakat
2) Kependudukan
3) Kesihatan (daripada perspektif sosial)
4) Gejala Sosial (termasuk kanak-kanak jalanan)
5) Pembangunan Komuniti
6) Agama
7) Transformasi Sosial – perbandaran, pendidikan, perubahan
masyarakat dan teknologi
8) Kemiskinan, Agihan Pendapatan dan Ketaksamaan
9) Hak Asasi Manusia
10) Impak Globalisasi
11) Keselamatan dan Perkhidmatan Sosial
12) Migrasi dan Pendatang Asing
13) Gender
14) Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional
1.26 Maklumat penyelidikan yang dikehendaki adalah untuk tempoh 2001
hingga 2005. Definisi penyelidikan pembangunan sosial yang
dimaksudkan di sini ialah apa juga penyelidikan yang menyentuh
tema-tema yang disenaraikan di atas.
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--23
1.27 Pengklasifikasian data dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:
1.27.1 Penyelidikan untuk tesis pascasiswazah.
Penyelidikan ini mesti dilakukan dengan penelitian yang
sempurna dan berkualiti oleh calon pelajar Sarjana dan Ph.D
bagi mendapatkan ijazah.
1.27.2 Penyelidikan asas/gunaan
Penyelidikan yang dilakukan dengan memohon dan
memperolehi dana daripada sesebuah institusi, ataupun dana
sendiri. Sifatnya untuk menambah ilmu dan/atau mendapatkan
data empirikal dan analisisnya memanfaatkan pendekatan
sains sosial
1.27.3 Penyelidikan rundingan/kontrak
Penyelidikan di mana pihak institusi (klien) melantik
seseorang atau sepasukan pengkaji untuk menjalankan
penyelidikan bagi pihaknya sama ada dengan membayar
honorarium ataupun bentuk-bentuk bayaran lain, ataupun
tanpa bayaran yang khusus. Penyelidikan kontrak juga
diklasifikasikan dalam kategori rundingan.
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” – Bab 1 Pendahuluan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1--24
Kesimpulan
1.28 Kajian ini telah mendapat kelulusan Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) selaku penaja pada
akhir November 2006. Kerja lapangan dilakukan selepas itu sehingga
Mei 2007. Penyusunan data dan analisis dibuat mulai bulan Mei 2007.
1.29 Semua data dan abstrak sudah dimasukkan ke dalam sistem dan
dirangkaikan. Bahan-bahan data ini boleh dimasukkan ke dalam
laman web untuk memudahkan capaian para penyelidik, pembuat
dasar dan lain-lain.