Upload
yusliza-baharin
View
1.126
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
BAB 2 PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU2.2 Pendapatan Individu
PENDAPATAN INDIVIDU=
UPAH+SEWA+FAEDAH+UNTUNG+BAYARAN
PINDAHAN
UPAH1. Ganjaran kepada faktor buruh kerana
menyumbangkan tenaga secara mental dan fizikal dalam proses pengeluaran.
2. Upah merangkumi gaji, bonus, elaun dan komisen.
3. Upah terbahagi kepada 2 iaitu upah wang dan upah benar.
4. Upah wang (upah nominal)
• Upah yang dinyatakan dalam wang semasa.
• Contohnya Cik Iman menerima RM4000 gaji bagi bulan Februari 2013, maka upah wang Cik Iman ialah RM4000
5. Upah benar
• Merupakan jumlah barangan yang boleh dibeli dengan upah wang.
• Rumus upah benar
Upah benar = Upah wang / Harga purata barang
Contoh pengiraan:Jadual di bawah menunjukkan upah wang dan harga purata barang untuk tahun 2012 dan tahun 2013
Tahun Upah wang (RM) Harga purata barang (RM)
2012 5000 50
2013 6600 55
Berdasarkan jadual di atas, kira upah benar untuk kedua-dua tahun ini.Upah benar 2012 = RM5000/RM50
= 100 unit
Upah benar 2013 = RM5500/RM55 = 120 unit
Daripada pengiraan tersebut, didapati bahawa upah wang telah meningkat daripada RM5 000Kepada RM6 600, begitu juga dengan upah benar yang telah eningkat dari 100 unit kepada 120 Unit.
FAEDAH
Faedah ialah ganjaran kepada pemilik modal wang.
Rumus faedah:
Faedah = Jumlah wang X kadar faedah X tempoh masa
Contoh pengiraan:Encik Lim mempunyai RM6 000 yang disimpan dalam akaun simpanan tetap dengan Bank Al-Rajhi untuk tempoh 3 bulan. Berapakah jumlah faedah yang akan diterima oleh Encik Lim jika kadar faedah bank ini ialah 4% setahun?
Faedah = Jumlah wang X kadar faedah X tempoh masa = RM6 000 X (4/100) X (3/12)
= RM60
UNTUNG
Untung ialah ganjaran kepada usahawan yang menanggung risiko yang tidak dapat diinsuranskan.
Rumus untung:
Untung = Jumlah hasil – Jumlah kos
Contoh pengiraan
Sebuah syarikat telah membayar beberapa kos seperti bahan mentah RM4 000, bahan api RM3 000, kos buruh RM2 500, dan sewa RM1 500. hitungkan keuntungan firma sekiranya jumlah hasil ialah RM18 000.
Butiran RM RM
Jumlah hasil 18 000
Bahan mentah 4 000
Bahan api 3 000
Buruh 2 500
Sewa 1 500
Jumlah kos 11 000
Jumlah untung 7 000
SEWAPendapatan yang diterima kerana harta benda mereka digunakan oleh orang lain.
Contohnya menyewakan rumah kepada orang lain.
Dividen
Sistem perbankan islam yang membayar dividen yang berasaskan keuntungan kepada penabung.
Kadar dividen tidak tetap kerna dibayar berasaskan keuntungan.
BAYARAN PINDAHAN
Bayaran pindahan merupakan pendapatan yang diterima oleh individu yang tidak memberi sumbangan pengeluaran.
Contoh bayaran pindahan ialah seperti pencen, biasiswa, bantuan kewangan, wang saku yang diberi oleh bapa, dan subsidi.
SUMBER PENDAPATAN
INDIVIDU
Bekerja sendiri
Cara-cara lain
Bekerja dengan
orang lain
BEKERJA DENGAN ORANG LAINKebanyakan individu dalam negara bekerja dengan orang lain dan menerima gaji setiap bulan daripada majikan.
BEKERJA SENDIRISeseorang individu boleh memperoleh pendapatan dengan bekerja sendiri.
Contohnya seperti peniaga, doktor, dan petani.
CARA-CARA LAINSeseorang individu yang tidak bekerja dapat menyara kehidupan dengan menerima pendapatan daripada sumber-sumber lain.
Contohnya seperti memiliki harta menyewakannya, memiliki saham memperoleh dividen, dan menyimpan wang di bank memperolehi faedah.