13
TAJUK : Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia 1.Pengenalan Pendidikan adalah salah satu institusi yang sangat penting untuk kemajuan masyarakat dan pembangunan insan yang menganggotainya. Melalui pendidikan, kita boleh mewariskan serta mengembangkan nilai dan ilmu serta memajukan teknologi dan peradaban dari generasi ke generasi. Begitu juga, melalui pendidikan kita boleh menambah kemahiran serta kebolehan insan, memperbaiki kedudukan sosio-ekonominya, dan mempertajam fikiran yang kritikal serta kritis, dan mempertingkatkan nilai akhlak. Pendidikan adalah merupakan satu kekuatan nasional yang boleh menjamin masa depan rakyat dan juga kecemerlangan negara. Hussein Haji Ahmad (1993) telah menyenaraikan beberapa fungsi umum pendidikan iaitu seperti sebagai penyalur budaya dan ilmu, penyalur kemahiran dan ketrampilan, penyalur kepercayaan dan sistem, persediaan untuk alam pekerjaan, pengawasan belia, remaja dan kanak-kanak, dan perhubungan rakan sebaya. Beliau juga membuat kesimpulan bahawa peranan sistem pendidikan sehingga akhir tahun 1980-an bermotif tiga perkara utama. Pertamanya pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara. Keduanya pendidikan sebagai asas perpaduan kaum. Ketiganya pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang kaum. Negara sudah merdeka selama 44 tahun. Negara telah mengalami banyak perubahan dalam sistem pendidikan. Bermula dari Penyata

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

TAJUK : Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia

1.Pengenalan

Pendidikan adalah salah satu institusi yang sangat penting untuk kemajuan masyarakat

dan pembangunan insan yang menganggotainya. Melalui pendidikan, kita boleh

mewariskan serta mengembangkan nilai dan ilmu serta memajukan teknologi dan

peradaban dari generasi ke generasi. Begitu juga, melalui pendidikan  kita boleh

menambah kemahiran serta kebolehan insan,  memperbaiki kedudukan sosio-

ekonominya, dan mempertajam fikiran yang kritikal serta kritis, dan mempertingkatkan

nilai akhlak.  Pendidikan adalah merupakan satu kekuatan nasional yang boleh

menjamin masa depan rakyat dan juga kecemerlangan negara. 

 Hussein Haji Ahmad (1993) telah menyenaraikan beberapa fungsi umum pendidikan

iaitu seperti sebagai penyalur budaya dan ilmu, penyalur kemahiran dan ketrampilan,

penyalur kepercayaan dan sistem, persediaan untuk alam pekerjaan, pengawasan

belia, remaja dan kanak-kanak,  dan perhubungan rakan sebaya.  Beliau juga membuat

kesimpulan bahawa peranan sistem pendidikan sehingga akhir tahun 1980-an bermotif

tiga perkara utama.  Pertamanya pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara. 

Keduanya pendidikan sebagai asas perpaduan kaum.  Ketiganya pendidikan adalah

untuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang kaum.

 Negara sudah merdeka selama 44 tahun.  Negara telah mengalami banyak perubahan

dalam sistem pendidikan. Bermula dari Penyata Pelajaran Razak (1956), ordinan

pelajaran 1957, Laporan Abdul Rahman Talib (1960), akta Pelajaran (1961) dan

laporan Kabinet (1979).  Hasilnya berlaku perkembangan dalam sistem pendidikan

negara. Perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan berjalan secara

terancang dan teratur. Banyak kemudahan–kemudahan pendidikan telah dibangunkan

dan pendemokrasian pendidikan telah menjadi satu dari dasar sistem pendidikan di

Malaysia. 

 

Page 2: PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

2. Definisi Pendemokrasian Pendidikan   Mengikut Kamus Dewan pendemokrasian bermakna peluang, tindakan atau proses

manakala pendidikan  bermaksud mendidik dengan ilmu pengetahuan. 

Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama untuk

semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Pendemokrasian pendidikan itu

ditegakkan atas beberapa prinsip antaranya setiap orang adalah berhak ke atas

pendidikan.  Pendidikan haruslah boleh dipelajari secara bebas, tanpa sebarang

sekatan-sekatan yang tertentu atau setidak-tidaknya pada peringkat asas dan peringkat

dasar. Salah satu aspek pendemokrasian pendidikan di Malaysia ialah memberikan

peluang seluasnya kepada pelajar untuk mendapat pendidikan tanpa mengira kelas

sosial, kaum dan juga gender. Pendemokrasian pendidikan merupakan salah satu

strategi untuk mencapai misi pendidikan negara, telah mendedahkan masyarakat

Malaysia kepada peluang yang luas bagi memperolehi pendidikan pada semua

peringkat. Di Malaysia, pendemokrasian pendidikan tidak berlaku  semasa zaman

penjajahan. Anggota-anggota masyarakat tidak mempunyai peluang yang sama apabila

sekolah–sekolah dibezakan mengikut kaum, kelas atau status, kurikulum dan lokaliti. 

Yuran yang dikenakan pada ketika itu juga menyulitkan lagi penduduk miskin.  Oleh itu

orang-orang miskin atau sebahagian besar penduduk Malaysia pada ketika itu telah

dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan.

3.Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia

Pendidikan Rendah

 Selepas kemerdekaan kerajaan secara beransur-ansur telah mendemokrasikan

pendidikan di Malaysia.   Kerajaan telah menyediakan peluang-peluang yang sama

untuk semua orang mendapatkan pendidikan. Ordinan Pelajaran 1957 misalnya, telah

mencadangkan agar semua kanak-kanak  menerima pelajaran dalam tempoh

sekurang-kurangnya enam tahun.  Sungguhpun begitu ianya tidak memberikan

implikasi yang besar kerana pelajarnya masih lagi dikenakan bayaran yuran bagi

mereka untuk mendapatkan pendidikan. 

 Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan Laporan Rahman  Talib semakin

merealisasikan  pendemokrasian pendidikan.  Pendidikan percuma  telah diberikan

Page 3: PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

kepada semua kanak-kanak  mulai tahun 1962.  Ini diikuti dengan had umur belajar

percuma hingga ke 15 tahun  dan penamatan syarat lulus peperiksaan untuk

memasuki  sekolah menengah.  Baru-baru ini satu  peraturan baru terkandung dalam

Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 yang memberi kuasa kepada menteri untuk

menetapkan pendidikan rendah sebagai pendidikan wajib.  Setiap ibu bapa

warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini wajib memastikan anak mereka yang

mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari didaftarkan sebagai murid

sekolah rendah.  Mereka yang melanggar peruntukan tersebut boleh didenda RM5000.

Semuanya ini adalah sebagai langkah memastikan setiap warganegara berhak

mendapat peluang pendidikan yang sewajarnya.

 

4.Pendidikan Menengah

 Seterusnya,  peluang untuk semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan  telah

diberikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kelas sosial, etnik,dan

gender sekurang-kurang  sekurang-kurangnya hingga ke tingkatan tiga.  Mulai 1999,

peluang bagi semua  pelajar untuk memasuki tingkatan empat telah diperluaskan. 

Mereka yang hanya lulus satu mata pelajaran sahaja layak untuk naik ke tingkatan

empat. Ini bagi memastikan setiap rakyat berpeluang mendapat pendidikan sehingga ke

tingkatan lima. Walaupun kerajaan mempunyai beberapa sebab berbuat demikian yang

antaranya remaja yang gagal akan menganggur dan menimbulkan masalah yang lain

kepada negara tetapi dari sudut lain kerajaan merasakan adalah tidak memadai ilmu

yang diterima oleh pelajar berkenaan bagi menghadapi cabaran dunia yang akan

datang. Bagi pelajar yang tidak berminat lagi dalam akademik mereka boleh

meneruskan persekolahan mereka di dalam bidang vokasional di tingkatan 4.

 

5.Sekolah Berasrama

 . Selain dari itu bentuk bantuan-bantuan pendidikan lain diberikan oleh kerajaan bagi

membuka peluang kepada mereka untuk mendapat hak pendidikan.  Salah satu  bentuk

bantuan ialah dengan penubuhan   sekolah-sekolah  berasrama yang memudahkan

pelajar mendapatkan pendidikan tanpa perlu berulang-alik dari rumah ke sekolah setiap

Page 4: PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

hari yang sudah tentu memerlukan kos yang banyak.   Selain dari itu, pembinaan

sekolah-sekolah berasrama penuh juga telah banyak dibina bagi tujuan membuka

peluang pendidikan . Pada masa ini terdapat puluhan buah sekolah berasrama penuh

di bawah kelolaan langsung Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesemua sekolah-

sekolah yang berasrama penuh ini bertujuan memberikan bantuan kepada pelajar untuk

mendapatkan peluang pendidikan. 

6.Sekolah Bestari Sekolah Bestari adalah salah satu ‘flagship’ dalam Koridor Raya Multimedia.  Projek ini

telah mendapat perhatian seluruh masyarakat kerana ia merupakan satu usaha

menjadikan bidang pendidikan lebih maju dan berdaya saing.   Sekolah Bestari akan

membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya.  Sekolah ini bukan hanya

untuk mereka yang pintar tetapi merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar

lemah atau kuat , kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang

paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Sekolah Bestari

akan mendorong murid mengamalkan akses kendiri dan terarah kendiri, serta mengikut

kadar pembelajaran sendiri.

7.Pendidikan Khas

Di samping pembangunan sekolah-sekolah berasrama, sekolah-sekolah harian rendah

dan menengah banyak dibina di bandar-bandar ataupun di desa-desa.  Kerajaan juga

tidak menafikan peluang bagi golongan istimewa ataupun kanak-kanak cacat untuk

mendapat hak atau peluang untuk mendapatkan pendidikan. Untuk tujuan tersebut

kerajaan telah membangunkan sekolah-sekolah khas bagi memenuhi keperluan

golongan tersebut mendapatkan pendidikan.

 

8.Bantuan dan Peruntukan

 Pelajar-pelajar yang miskin dan kurang berkemampuan  yang kebanyakkannya datang

dari luar bandar yang latar belakang ekonomi keluarganya rendah telah diberikan

biasiswa kecil  atau bantuan kewangan bagi menampung urusan persekolahan

mereka.  Selain dari itu, skim bantuan buku teks juga diberikan kepada pelajar yang

Page 5: PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

pendapatan ibubapanya rendah. Pada masa ini syarat bagi mendapatkan hak untuk

mendapat skim bantuan  teks adalah bagi ibubapa atau penjaga yang berpendapatan

kurang dari Rm2000.00 sebulan dan syarat ini dikaji dan diubah mengikut kesesuaian

atau keadaan ekonomi semasa.Kerajaan juga mengambil usaha memperbaiki keadaan

murid-murid  terutamanya diluar bandar dengan menyediakan progran-program

kesihatan, pemakanan ( Rancangan Makanan Tambahan ) dan lain-lain skim yang

bertujuan supaya kanak-kanak berpeluang belajar dalam keadaan yang selesa. 

Kemudahan–kemudahan yang disediakan ini tidak hanya tertumpu kepada masyarakat

desa tetapi layanan yang sama diberikan kepada pelajar-pelajar miskin di bandar.  

Selain dari itu pihak kerajaan juga menekan kepada mutu pendidikan bagi menjamin

kelancaran pendemokrasian pendidikan di Malaysia. Setiap tahun peruntukan yang

besar dikeluarkan bagi membaiki, membaikpulih, menaik taraf sekolah atau bilik-bilik

darjah serta menyediakan kelengkapan dan kemudahan pembelajaran . 

Di bawah Rancangan Malaysia kelapan (RMK-8) Kementerian Pendidikan meluluskan

1,497 projek sekolah rendah dan menengah diseluruh negara dengan peruntukan

RM6.2 billion. Daripada jumlah tersebut sebanyak 977 projek sekolah rendah termasuk

pembinaan 198 sekolah baru, manakala 420 lagi projek sekolah menengah

membabitkan pembinaan 160 sekolah baru. 

 

9.Tenaga Pengajar terlatih

Kekurangan guru-guru  terlatih diluar Bandar telah diatasi dengan memperkembangkan

sistem latihan perguruan.  Latihan perguruan telah dinaik tarafkan kepada peringkat

diploma dan tempoh kursusnya selama tiga tahun.  Pengeluaran guru yang mencukupi

telah menjamin proses pendemokrasian pendidikan berjalan dengan lancar.  Setiap

sekolah akan mendapat guru yang terdiri dari pelbagai opsyen yang akan memenuhi

pemintaan atau keperluan pelajar dalam mata pelajaran yang tertentu walaupun

sekolah tersebut terletak diluar bandar atau kawasan pendalaman. Maktab-maktab ini

bukan sahaja mengeluarkan guru-guru biasa, malahan menyediakan guru-guru

pendidikan khas bagi mengisi keperluan sekolah-sekolah pendidikan khas.  Sehingga

Page 6: PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

kini terdapat lebih tiga puluh buah maktab yang bertanggung jawab melatih guru-guru

pelatih bagi menenuhi kehendak pendidikan di Malaysia. 

 Bagi guru berijazah, mereka dilatih di universiti-universiti awam bagi mengajar di

sekolah-sekolah menengah.  Di samping itu terdapat pula program Kursus Perguruan

Lepasan Ijazah bagi melatih graduan-graduan  yang bukan dari bidang perguruan untuk

menjadi guru bagi menjamin bekalan  guru yang mencukupi bagi memenuhi keperluan

pendidikan untuk memastikan kelangsungan pendidikan di Malaysia.  Seterusnya 

sebuah Universiti pendidikan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dinaikan

statusnya dari status asalnya Institut  Pendidikan sultan Idris khusus  untuk

perkembangan bidang latihan keguruan. Dengan perlaksanaan akta Pendidikan 1996,

berkemungkinan besar pada masa akan datang guru-guru berijazah akan menerima

latihan terus di maktab-maktab perguruan bagi menjamin guru-guru yang mencukupi

disekolah-sekolah.

 

10.Pendidikan Tinggi Dibidang–bidang pengajian tinggi, peluang-peluang pendidikan telah dibuka dengan

luas selepas kemerdekaan dengan penubuhan unniversiti-universiti .  Institusi-institusi

pengajian tinggi yang awal ialah Universiti Malaya di Kuala Lumpur (1961), disusuli oleh

Institut Teknologi Mara (1967), Universiti Sains Malaysia (1969), Universiti Kebangsaan

Malaysia (1970), Universiti Pertanian Malaysia(1971)  dan Universiti Teknologi Malaysia

(1975). Pada masa ini terdapat lebih banyak universiti awam yang telah dibina

termasuklah Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia

Sabah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris

.  Universiti –universiti awam tempatan telah menampung lulusan-lulusan sekolah

terutamanya daripada aliran Melayu.  Malahan mulai tahun 1983 semua institusi yang

terdapat dalam negara telah menggunakan sepenuhnya Bahasa Malaysia sebagai 

bahasa penghantar .  Pelajar-pelajar yang berkelayakan mendapat tempat telah

diberikan bantuan berbentuk pinjaman kewangan dan berbentuk biasiswa.

 Penwujudan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pengembangan skop

penawaran pinjamannya meliputi pelajar-pelajar di institut tinggi awam dan institut tinggi

Page 7: PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

swasta merupakan usaha yang sesuai bagi menggalakkan lagi pendemokrasian

pendidikan hingga ke peringkat tinggi.  Selain itu, ribuan pelajar yang mendapat

kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dihantar terus

belajar di luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada,

Australia ,New Zealand ,Jepun dan Timur tengah atas tajaan kerajaan melalui Mara,

JPA atau ditaja oleh kerajaan negeri pelajar terbabit.

 

11.Dasar Liberalisasi Pendidikan

Pada tahun-tahun 1990an kerajaan Malaysia telah menjalankan dasar liberalisasi

pendidikan .  Ianya telah membawa perubahan besar dalam pendidikan tinggi di

Malaysia. Pada dekad ini beberapa perubahan telah dilakukan . Usaha telah giat

dilakukan untuk memperkembangkan dan memajukan sistem pendidikan  negara. 

Melalui akta-akta pendidikan tinggi 1996 telah memungkinkan perkembangan institusi-

instutisi pendidikan tinggi  yang mana kebenaran telah diberikan kepada pihak-pihak

yang berkelayakan bagi menubuhkan institusi-institusi pengajian tinggi. Dalam tahun

1999 sahaja, tiga kolej universiti atau universiti penuh diwujudkan iaitu Kolej Universiti

Islam Malaysia(Kuim), Universiti Teknologi Mara (UiTM),  Kolej Universiti Sains dan

Teknologi Malaysia(KUSTEM).  Disamping itu kebenaran juga telah diberikan kepada

pihak yang berkelayakan untuk menubuhkan pusat pengajian tinggi swasta yang

antaranya seperti Universiti Teknologi Petronas, Universiti Multimedia, Universiti

Tenaga Nasional, Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) dan yang terbaru Universiti

Tunku Abdul Rahman . Ini satu perkembangan yang baik dalam usaha kita

menyemarakan ilmu pengetahuan  dan mendemokrasikan pendidikan tinggi

Kerajaan juga mengalakkan program pengajian berkembar dengan institusi-institusi luar

negara bagi kolej-kolej swasta.  Terdapat juga universiti-universiti tempatan yang

menjalankan program pendidikan jarak jauh dan francais . Sebilangan universiti awam

sudah mencapai enrolmen melebihi 20,000 pelajar sepenuh masa manakala dengan

penubuhan intitusi pendidikan tinggi swasta telah mempunyai enrolmen melebihi

200,000. Sesungguhnya semua ini adalah merupakan usaha mendemokrasikan dan

Page 8: PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

membuka peluang-peluang pendidikan untuk rakyat .

 

12.Cadangan dan Penilaian

Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu memantau sekolah luar bandar dan

pendalaman dari masa ke semasa bagi menjamin pendemokrasian Pendidikan di

Malaysia berjalan dengan lancar. Kemudahan pendidikan diantara kawasan maju dan

mundur seharusnya tiada jurang yang ketara.  Ini merujuk terutamanya kepada mutu

persekitaran sekolah, alat kelengkapan dan guru di kawasan-kawasan kampung,

ladang-ladang, setinggan, pendalaman( Orang Asli) dan seterusnya. 

Pembelaan dan bantuan yang sewajarnya perlu diberikan kepada pelajar-pelajar yang

terpinggir dari sistem pendidikan akibat dari kemiskinan.  Ini akan menjamin mereka

supaya dapat bersaing dalam satu sistem pendididkan yang adil pada dirinya dan

masyarakatnya.  Setiap aduan dan rungutan yang menyentuh mengenai pendidikan

dari peringkat rendah hingga pengajian tinggi haruslah diambil berat dan langkah-

langkah tertentu harus diambil untuk menanginya pada semua peringkat supaya kita

pada akhirnya mempunyai satu sistem pendidikan yang cukup sihat dari semua segi.   

Usaha yang berterusan bagi memajukan pendidikan perlu diberi perhatian bagi

meningkatkan mutu pendidikan supaya kita semua dapat berbangga bahawa kita telah

dapat mengamalkan pendemokrasian pendidikan dalam ertikata yang sebenarnya.

13.Penutup

Sehingga kini pendemokrasian pendidikan dalam konteks negara kita Malaysia, agak

berjaya dan sesungguhnya memberikan peluang yang luas kepada rakyat Malaysia

untuk memperolehi pendidikan pada peringkat rendah sehingga peringkat tinggi. 

Seiring dengan pendemokrasian pendidikan juga adalah diharapkan ianya dapat

memenuhi agenda kerajaan untuk menstruktur semula masyarakat dan membasmi

kemiskinan dengan menggunakan pendidikan sebagai pengerak utama dan seterusnya

dapat melahirkan warganegara yang dapat menyumbang ke arah usaha memajukan

negara selaras dengan hasrat Wawasan 2020. 

 

Page 9: PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

Senarai Rujukan

Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books, 

      Tanjung Malim.

Hussein Hj. Ahmad, 1993, Pendidikan dan Masyarakat,  Dewan Bahasa dan Pustaka,

     Kuala Lumpur.

Omar Mohd Hashim, 1999, Pengisian Misi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka,

      Kuala Lumpur.

Omar Mohd Hashim, 1993, Pendidikan- Persoalan, Penyelesaian dan Harapan, Dewan 

     Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Suffean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia –Sejarah, Sistem dan Falsafah, Dewan 

    Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Berita Harian , 30 November 2001.

Utusan Malaysia, 7 Disember 2001.

Rujukan Internet, Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia.

http://tuanmat.tripod.com/pendidikan.html