Upload
mauna-sugumaran
View
102
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Pendidikan Moral Terasnew
Citation preview
PENDIDIKAN MORAL DINAMIKAKPLI SR****
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJA MELEWAR
SEREMBAN, NS
Interaksi 1 (2/72010)
KONSEP ASAS MORAL
DEFINISI KONSEP
ETIKA MORAL AKHLAK
ETIKA
Daripada perkataan Yunani ‘ethos’ -bermaksud adat atau cara hidup
Ianya merupakan sains atau satu kajian tentang falsafah moral, perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral juga ciri-ciri yg baik. Ia dihasilkan utk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kebaikan itu seperti etika keguruan , etika guaman dsb
Etika lebih kepada peraturan.
MORAL
Daripada perkataan Yunani ‘mores’ -bermaksud tingkah laku yg sejajar dgn tatasusila dan peraturan masyarakat.
Ianya merupakan nilai murni spr baik hati, jujur, rajin dll
Moral lebih kepada tingkahlaku
2 jenis : T.Laku Bermoral (√) T.Laku Tidak Bermoral (X)
AKHLAK
Perlakuan baik atau budi pekerti seseorang
Dilakukan secara sepontan kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang memang baik.
Contoh: Tidak minum arak kerana mematuhi peraturan agama.
Bersumberkan kitab suci al-Quran dan hadis
PERBEZAAN
Agama Islam haramkan minum arak kerana larangan agama dan akan mengganggu ketenteraman mental. Sedikit atau banyak tetap haram. Mabuk atau tidak tetap haram.
Barat larang kanak-kanak minum arak kerana kesihatan.
Orang memandu dilarang minum arak kerana bimbang kemalangan.
Berikan contoh sebagai seorang guru Tingkah laku
bermoral - - - - -
Tingkah laku tidak bermoral
- - - - -
CIRI-CIRI & IMPLIKASINYA TERHADAP TINGKAHLAKU INDIVIDU1. Orang-orang yang beretika
2. Orang-orang yang bermoral
3. Orang-orang yang berakhlak
NILAI MURNI DAN NILAI KEGURUAN
Bertolak ansur Kesederhanaan Rasional Toleransi Bermasyarakat Luwes (Berfikiran positif)
SEKIAN UNTUK HARI INI.
TERIMA KASIH
Interaksi 2- (16/72010)
BAIK , BENAR dan PATUT
1. Baik , benar dan Patut adalah ciri-ciri yang diperlukan bagi orang yang bermoral.
2. Dalam masyarakat majmuk, konsep baik, benar dan patut diamalkan dengan mengambil kira kepelbagaian latar belakang individu seperti agama dan adat.
3. Peraturan dan pegangan prinsip moral seseorang akan menentukan bagaimana dia menghayati konsep baik, benar dan patut.
Contoh situasi Baik, benar dan patut. Puan Lim mengadakan rumah terbuka
sempena Tahun Baru Cina. (BAIK) Dia menjemput tetamu pelbagai bangsa
dan agama. (BENAR/TIADA SIAPA YANG LARANG)
Puan Lim menyediakan banyak hidangan termasuk makanan yang halal dimakan oleh tetamu yang berlainan agama (PATUT)
SEKIAN UNTUK HARI INI.
TERIMA KASIH
PERATURAN MORAL, ADAT, AGAMA DAN UNDANG-UNDANG.
Interaksi 3 - (3/7/2010)
. PERATURAN
MORAL AGAMAUNDANG-UNDANG
ADAT
1. PERATURAN MORAL :
i. Pengertian peraturan moral ialah:
- satu kajian tentang betul atau salah tingkah laku manusia.
- menyediakan undang-undang yg sistematik
- bersifat rasional dan otonomus kerana manusia ada sifat-sifat kegemarannya sendiri
ii. Ciri-ciri peraturan moral :
- Dicipta oleh manusia.- Tiada pengasas .- Boleh diubah-ubah mengikut situasi
iii. Prinsip-prinsip peraturan moral :- Prinsip Autonomi- Prinsip Keadilan- Prinsip Altruisma
Prinsip Autonomi
Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas atau pilihan sendiri.
Manakala pertimbangan dan tingkah laku baik yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai bermoral
Contoh : Memakai tali pinggang keledar kerana menjaga
keselamatan , bukan takut disaman oleh polis.
Prinsip Keadilan
Melibatkan menghormati hak orang lain. Keadilan melarang seseorang menyalah gunakan kebebasannya untuk bersifat tamak atau tidak memikirkan keperluan orang lain.
Contoh :1. Bebas membunyikan radio - Memperlahankan
radio supaya tidak mengganggu jiran2. Menjaga kemudahan awam ( tidak melakukan
vandalisme)3. Bebas menggunakan tandas awam – Tidak
merosakkan tandas awam.4. …..
Prinsip Altruisme
Melibatkan perasaan belas kasihan , simpati, menghargai dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain
Altruisme juga akan menjauhkan individu daripadamembuat jahat yang mementingkan diri sendiri.
Contoh :1. Nampak org buta hendak melintas jln, tolong.2. Nampak org tua dlm bas, beri tempat duduk.3. ….4. .…5. ….
2.PERATURAN ADAT
i. Pengertian peraturan adat.
- ‘Adat’ berasal dari bahasa Arab bermaksud ‘Kebiasaan’.
- Syed Alwi : “ Peraturan hidup yang dipusakai daripada datuk nenek kita dan diperturunkan daripada bapa kepada anak atau daripada yang tua kepada yang muda dengan cara ditunjuk, diajar, ditegur dan disapa dan tidak dengan cara yang bertulis”.
ii . Ciri-ciri peraturan adat.
1. Dicipta oleh manusia dan disampaikan secara lisan seperti nasihat , teguran dan teladan dari satu generasi kepada generasi yang lain.
2. Mementingkan sifat-sifat tingkah laku yang murni dan baik.
3. Pentafsiran peraturan adat berbeza mengikut kaum, masa dan lokasi.
3. PERATURAN AGAMA.
i. Pengertian peraturan agama:- Alan Haris :” Agama mempunyai peraturan-peraturan yang
tertentu. Peraturan-peraturan ini berlainan mengikut ajaran agama masing-masing”.
- Peraturan agama merangkumi semua aspek kehidupan manusia termaktub dalam kitab suci agama masing-masing.
- Peraturan agama menetapkan panduan tingkah laku, dan menyatakan balasan jika peraturan itu dilanggar.
- Peraturan agama boleh mendorong penganutnya mematuhi tuntutan agama.
- Semua peraturan itu baik membawa keharmonian dan keselesaan dan keselamatan jika dipatuhi.
ii . Ciri-ciri peraturan agama :
Bukan ciptaan manusia. Tidak boleh diubah-ubah. Setiap penganutnya mestilah mematuhi
peraturan yang terdapat dalam agama masing-masing.
Peraturan agama adalah satu cara hubungan yang baik antara:
manusia dengan Tuhan. manusia dengan makhluk.
4. PERATURAN UNDANG-UNDANG
i. Pengertian peraturan undang-undang:
ii. - Austinm ,seorang ahli fikir Inggeris :
“ Peraturan undang-undang sebagai satu perintah yang ditetapkan oleh pihak pemerintah kepada rakyat . Sekiranya tidak ditaati, pihak pemerintah akan menggunakan kekerasan atau hukuman supaya undang-undang dipatuhi”
ii. Ciri-ciri peraturan undang-undang:
- Peraturan masyarakat yang telah diluluskan oleh autoriti .
- Alat kawalam dan bahan rujukan bagi sesuatu kesalahan.
- Perlu dipatuhi oleh setiap indvidu di mana setiap kesalahan hanyalah didenda dengan wang atau penjara.
- Kejailan tentang sesuatu peraturan undang-undang tidak boleh menjadi alasan bagi membela diri dari tuduhan atau dakwaan.
- Perasaan kasih sayang, belas kasihan, tolak ansur , baik hati atau seumpanya tidak wujud,
Anda merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada hujung tahun ini. Apakah proses yang perlu dilalui mengikut peraturan-peraturan berikut:
Moral Adat Agama Undang-undang
1. Ciri-ciri orang yang menjadi pasangan ………
2. Niat yang ikhlas contoh cintakan pasangan .
3. ….
4. ….
SEKIAN
TERIMA KASIH
Interaksi 4 -(30/7/2010)
NILAI DAN TEORI ETIKA
A-.Konsep NilaiB- Jenis-jenis Nilai - 6 :
1. Instrumental2. Intrinsik3. Objektif4. Subjektif5. Mutlak6. Relatif
Konsep nilai
Nilai merupakan standard dan prinsip kita dlm mempertimbangkan harga sesuatu benda.
Nilai juga adalah kriteria bagi kita mempertimbangkansesuatu benda (manusia, objek, idea, tingkah laku dll. Sebagai baik, berfaedah,diingini atau sebaliknya iaitu buruk, tidak berfaedah, dibenci atau diantara kedua pola ini iaitu sederhana.
Konteks nilai yang tiga
1. Nilai Sifat.
Ketinggian , keindahan sesuatu nilai
Spr :Masa berharga seperti emas
Baik seperti malaikat
2. Nilai Kadar.
Spr :Harganya mahal
Jaraknya jauh
3. Nilai Aksiologi (falsafah).
Spr : Hutang budi dibawa mati
JENIS NILAI
Instrumental
Memakai tapi pinggang keledar kerana takut kena saman
Intrinsik
Memakai tali pinggang keledar kerana menjaga keselamatan
Subjektif
Hobi memancing. Hanya dia saja yang suka dan senang dgn perbuatan ini. Org lain belum tentu lagi
Objektif
Diterima atau ditolak berdasarkan sesuatu yang dipersetujui ramai, seperti peraturan tertentu (selepas dimesyuaratkan)
Mutlak (Absolute)
-Jahat : Semua org tolak
-Rajin : Semua org terima.
Relatif:
Minat kaum sejenis :
Ada yang tolak dan ada yg terima
2. JENIS-JENIS NILAI
1. Instrumental (Ekstrinsik) (Buat baik bukan dari kesedaran sendiri / berpura-pura).
2. Intrinsik (Benar-benar jujur)
3. Objektif (Elok dan baik & diterima oleh ramai atau semua orang)
4. Subjektif (Elok / Tidak baik pada individu tertentu sahaja)
5. Mutlak (Ada yang tolak dan ada yang terima)
6. Relatif (Semua orang tolak dan semua orang terima)
1.Nilai Ekstrinsik (Instrumental)
•Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat.• Bergantung kepada nilai lain untuk mencapai suatu matlamat.•Nilai peringkat kedua seperti berani, rajin dan menghormati.•Contoh :•X berpura-pura baik dan rajin dihadapan ibunya.•………•Nilai-nilai di atas bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya
2.Nilai Intrinsik
•Kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana ia baik atau buruk tanpa mengambil kira kesannya.•Tidak bergantung pd nilai lain utk capai sesuatu matlamat.•Nilai tersebut sendiri sebagai matlamat akhir.•Nilai peringkat pertama , misalnya baik hati, kasih sayang, keadilan.•Contoh: Hakim menjatuhkan hukuman 20 th penjara kpd perogol setimpal dengan jenayah yang dilakukan.•……….•Nilai-nilai diatas pula tidak bergantung dgn nilai lain utk mencapai matlamat.
3. Nilai Subjektif
•Kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang yang memberikan pandangan.•Diterima atau ditolaka mengikut pandangan seseorang individu•Contoh:•Elok atau baik pada individu tertentu sahaja.•Mewarnakan rambut dengan warna pink.•…………….
4. Nilai Objektif
•Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pikihan peribadi•Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang
Contoh:•Baik apabila ramai atau semua orang sokong.•Baik kpd semua orang.•Biasanya dibuat dibuat dlm mesyuarat utk membuat sesuatu ketentuan.•………………..
5.Nilai Relatif
•Nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat masyarakat.•Ia adalah tidak tertentu,tudak sempurna dan berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan•Boleh berubah mengikut masa.
•Contoh:•Kahwin sesama jenis.•Mencium dengan isteri di khalayak ramai•……………….Ada yang tolakAda yang terima
6. Nilai Mutlak (Absolute)
•Nilai yang keberhargaannya tidak terikat kepada sesuatu kebebasan bagi sesebuah masyarakat•Diterima umum dan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau buruk.•Kekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir semua situasi norma masyarakat•Contoh:•Baik hati – semua orang terima•Suka mencuri – semua orang tolak• ……•…..
SEKIAN TERIMA KASIH
INTERAKSI 5 – (6/8/10)
NILAI DAN TEORI ETIKA
1. KONSEP NILAI
- Nilai merupakan standard dan prinsip kita dlm mempertimbangkan harga sesuatu benda.
- Kriteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda ( manusia, objek, idea,tingkah laku dan situasi) sebagai baik, berfaedah, diingini atau sebaliknya iaitu buruk, tidak berfaedah , dibenci atau di antara kedua pola ini iaitu sederhana.
2.Teori Etikai. Teori Teleologikal
(a) Utilitarianisme,
(b) Egoisme.ii. -Teori Deontologi
(a) Prinsip Kewajipan
(b) Eksistensialisme.iii .Teori Kemoralan Sosialiv. Teori Keperibadian Mulia
(Vertue)
TEORI-TEORI NILAI1. Teori Teleologikal
a. Utilitarianisme b. Egoisme
2. Teori Deontologikal
a. Prinsip Kemoralansosial b. Prinsip Eksistensialisme
3. Teori Kemoralan Sosial
4. Teori Keperibadian mulia.
1.Teori Teleologikal (Utilitirianisme)
Teori ini mengatakan bahawa nilai ‘betul’ atau ‘salah’ (baik / tidak baik) bergantung kepada kesan kepada sesuatu perbuatan . Teori ini mementingkan kesan/hasil/akibat sesuatu tindakan, khususnya yang membawa akibat yang baik …….Contoh: Jatuhkan hukuman berat kepada penjenayah.
a. Teori Utilitarisma
-Sesuatu perlakuan itu dianggap baik/benar mengikut kadar atau pertimbangan kebahagiaan yg diharapkan dapat diperoleh .
-Contoh : Mendera dengan keras org yg melakukan kesalahan utk mengelakkan kekacauan
b. Teori Egoisme
-Teori yg bertujuan untuk realisasi kendiri. Ia terbahagi kpd ‘egoisme psikologi’ dan ‘egoisme etika’.
-Contoh:
Sayang diri (self love)
Penting diri (selfish)
Menjadi tanggungjawab semua manusia untuk memaksimumkan kebaikan diri sendiri ( long term self-interest)
2. Teori Etika Deontologi
Yang diutamakan ialah kesan atau akibat pada sifat perlakuan atau ciri-ciri peraturan itu.
Eg:
Murid bergaduh. Guru ambil tindakan disiplin.
Untuk menyelamatkan keadaan
a. Prinsip kewajipan.
Diamalkan semata-mata kerana tanggungjawab.
Utamakan nilai etika. Tidak ada hubungan dengan ketuhanan.
Eg: Menepati masa.
b.Prinsip Eksistensialisme
Manusia bebas bertindak. Dialah yang akan bertanggungjawab dan ccari jalan penyelesaian.
Eg: Peperangan.
Kemiskinan.
3.Teori Kemoralan Sosial
Tindakan bermoral yang ada kaitan dengan orang lain dan ada nilai murni
Contoh: Menghormati Menjaga kebersihan bilik darjah.
4. Teori Keperibadian Mulia
Teori keperibadian mulia . Fadhilah. Keadilan , kemurahan hati, keberanian,
kejujuran, kesabaran, kebijaksanaan- memainkan peranan penting dalam kehidupan moral.
Moral vertue – mangajar kita berkelakuan baik, dipelajari melalui ‘pengulangan’ – contoh dlm melatih nilai berani/jujur – menjadi lebih berani dan jujur.
Matlamat utama ialah menjadi baik.
Interaksi 6- 13/8/2010)INDIVIDU BERMORAL
Sifat-sifat Individu Bermoral
1. Menjaga kebersihan fizikzal dan mental
2. Memahami perasaan dan situasi orang lain.
3. Menunjukkan sifat murah hati, bertimbang rasa, sedia memaafkan org lain.
4. Bertanggungjawab.
5. Sikap berterima kasih, menghormati, mentaati jasa,
DIMENSI MORAL
Dimensi moral merangkumi 3 komponan supaya menentukan individu itu benar-benar bermoral:
1. Penaakulan moral.
2. Emosi moral
3. Tingkah laku moral
1. Penaakulan moral:
Contoh: Bila kita lawat rumah orang tua kita akan buat taakulan bahawa ada orang yang tidak memikirkan pengorbanan orang tua kepada mereka.Mngkin anggap ibu-bapa mereka itu sebagai beban.
2. Emosi moral
Sesuatu situasi yg melibatkan perasaan
-Marah apabila melihat seseorang menghantar org tua mereka ke rumah kebajikan.
-Marah/kasihan kepada kes buang bayi.
-Takut bila baca kes culik.
- dll
3. Tingkah laku moral
Contoh:
Seorang murid melihat seorang ibu yang mendukung anak kecil dalam bas lalu memberikan tempat duduknya .
SEKIAN UNTUK HARI INI.
TERIMA KASIH.
Interaksi 7 – (27/8/2010)
Tajuk:Peranan Sosialisasi Dalam Pembentukan Tingkah Laku
Moral Individu.
1. NORMA SOSIAL
Membincangkan tentang:
1. SOSIALISASI.
2. KAWALAN SOSIAL.
3. PERANAN AGEN-AGEN MORAL DALAM MEMBENTUK INDIVIDU YANG BERMORAL.
1. SOSIALISASI
1.1 Maksud sosialisasi.
Proses dimana manusia belajar sesuatu sikap (baik atau tidak baik) dalam sesuatu kumpulan / kelompok masyarakat yang dianggotai.
1.2. NORMA
Peraturan yang telah ditetapkan dan menjadi ikutan masyarakat.
Peraturan ada dua jenis :1. Peraturan yang tidak bertulis.
Contoh: Adat Perpatih.2. Peraturan yang bertulis:
Contoh: Menghormati agama orang lain. Menghormati tempat ibadat orang
lain. Mematuhi undang-undana
jalanraya. dll.
Patuh kepada mana-mana norma sosial dapat mewujudkan keamanan dan perpaduan kepada masyarakat.
Melanggar norma sosial dikenali sebagai “ lencongan”
1.3. NORMA SOSIAL
Peraturan yang dipersetujui oleh sebahagian besar ahli kumpulan atau sesuatu kelompok masyarakat.
Bentuk norma sosial yang perlu dipatuhi:
Larangan:Mencuri – dilarang mencuriBuang bayi - dilarang membuang bayi
Suruhan:Hormati diri sendiri.Hormat orang lain.Patuhi undang-undang jalanraya, undang-undang negara.
2. Norma sosial yang tidak boleh dipatuhi, spt :
Memakai pakaian yang tidak sesuai / tidak sopan.
Tidak menghargai jasa orang tua.
Menganggotai mana-mana kumpulan sesat.
2. KAWALAN SOSIAL
Maksud Kawalan Sosial:
Cara yang digunakan oleh sesuatu agensi masyarakat / kelompok supaya anggota-anggotanya mematuhi norma-norma atau undang-undang / peraturan yang diperaku dan diterima oleh sesuatu masyarakat itu.
JENIS KAWALAN SOSIAL
Positif Negatif
KAWALAN SOSIAL POSITIF
- Cara yang berasaskan motivasi yang positif
Contoh:Ganjaran hadiah,
pingat, sijil penghargaan, pangkat, kenaikan gaji , pujian dll
KAWALAN SOSIAL NEGATIF
Cara yang berbentuk hukuman atau ketakutan terhadap hukuman.
Contoh:Rotan, buang sekolah, penjara, denda dan lain-lain.
Bahagian Kawalan Sosial
Kawalan Sosial Formal
Kawalan Sosial Tidak Formal
Kawalan Sosial Formal
Melibatkan sistem kewibawaan seperti peraturan dan undang-undang.
Ada badan-badan tertentu atau untuk melaksanakannya seperti polis, kastam, mahkamah, penjara, hospital sakit jiwa,pusat pemulihan akhlak, pusat serenti , RELA, dll.
Fungsinya:- membuat peraturan.- memberi hukuman.- memulihkan seperti kaunseling dan latihan.
Memerlukan agen-agen tertentu untuk membentuk dan mengawal situasi kearah situasi yang baik.
Kawalan Sosial Tidak Formal Merupakan pendapat Umum
mengenai sesuatu tingkah laku. Jenis kawalan ini seperti:
Teguran - Conteng meja sekolah.Pujian - Memulangkan barang yang
tercicir.
SEKIAN
TERIMA KASIH
Interaksi 8-(27/8/2010)2. TANGGUNGJAWAB AGEN-AGEN MORALAGEN-AGEN PEMBENTUK MORAL: 1. Keluarga.2. Rakan Sebaya3. Sekolah / Institusi Pengajian.4. Masyarakat.5. Media Massa.
AGEN-AGEN MORAL
1. Keluarga.- Keluarga asas- Keluarga meluas.
2. Rakan sebaya3. Sekolah / Institusi Pendidikan
- Pentadbir.- Guru / Tenaga Pengajar.- Rakan sebaya.- Iklim / Budaya / Fizikal
4. Masyarakat.- Sosio Budaya
- Sosio Ekonomi- Organisasi / Pertubuhan / Persatuan
5. Media Massa.- Meia Cetak- Media Eletroni
Tanggungjawab Keluarga
1. Keluarga asas (ibu-bapa, adik beradik). menunjukkan tingkah laku yang baik memberi nasihat dan tunjuk ajar. memberi anak-anak dan keluarga rezeki yang halal. Memberi perhatian/ ambil berat tentang masalah
peribadi (gerak geri). Saling memahami antara satu sama lain Memberi didikan agama dan pendidikan seks Meluangkan masa untuk anak-anak dankeluarga. Memberikan kasih sayang yang sewajarnya.
2. Keluarga Meluas ( Saudara mara) Sedia memberi bantuan jika ditimpa
kesusahan Ziarah menziarahi mana-mana saudara yang
sedang dalam kesusahan untuk mengeratkan tali persaudaraan .
Tanggungjawab Sekolah / Institusi Pendidikan
- Pentadbir.
- Guru / Tenaga Pengajar.
- Rakan sebaya.
- Iklim / Budaya / Fizikal
Tanggungjawab Masyarakat
Masyarakat.
- Sosio Budaya
- Sosio Ekonomi
- Organisasi / Pertubuhan / Persatuan
3. SIFAT –SIFAT GURU YANG BERPENDIDIKAN MORAL.
1. Menjaga kebersihan fizikal dan mental.
2. Menilai pendapat dan kefahami orang lain.
3. Menunjukkan sifat-sifat yang positif seperti :
berilmu pengetahuan, adil, bertanggungjawab, bertindak mengikut pertimbangan yang rasional, berusaha meningkatkan taraf profesionalisma, berpandangan jauh dan lain-lain.
Tanggungjawab Media Massa
- Media Cetak (spt. akhbar, majalah,buku, novel)
- Media Eletronik (spt. radio , tv, internet, dll.)
SEKIAN
TERIMA KASIH
Interaksi 9- (3/9/2010)
ISU-ISU MORAL:-Rasuah-Penyalahgunaan dadah-Cetak rompak
1. Pendahuluan.2. Pengenalan isu.3. Punca.4. Cadangan untuk mengatasi.
Interaksi 10- (1/10/2010)
ISU-ISU MORAL:
-AIDS-JENAYAH SEKS-KEGANASAN RUMAHTANGGA
1. Pendahuluan.2. Pengenalan isu.3. Punca.4. Cadangan untuk mengatasi.
Interaksi 11-(8/10/2010)
ISU-ISU MORAL:
-PORNOGRAFI
-JENAYAH SIBER
1. Pendahuluan.
2. Pengenalan isu.
3. Punca.
4. Cadangan untuk mengatasi.
Interaksi 12-(15/10/2010)
ISU-ISU MORAL:
-PEMBUANGAN BAYI
-HAK ASASI WANITA
1. Pendahuluan.
2. Pengenalan isu.
3. Punca.
4. Cadangan untuk mengatasi.
Interaksi 13-(22/10/2010)
APRESIASI MORAL (2 Jam) Tokoh-tokoh Tempatan Tokoh-tokoh Antarabangsa
Interaksi 14-(29/10/2010)
6.APRESIASI MORAL Pertubuhan-pertubuhan dan Organisasi-
organisasi tempatan dan antarabangsa .
6.1. PBSM 6.2. Yayasan Salam
Interaksi 15-5/11/2010)
6.3. UNESCO6.4. WHO
SEKIAN
TERIMA KASIH