17
Membentuk Fasa Pembelajaran Anak Anda Selanjutnya PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH · 1 Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah pendidikan khas yang menawarkan kurikulum nasional sekolah rendah akan menduduki PSLE. Sebahagian daripada pelajar-pelajar

  • Upload
    others

  • View
    34

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH · 1 Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah pendidikan khas yang menawarkan kurikulum nasional sekolah rendah akan menduduki PSLE. Sebahagian daripada pelajar-pelajar

Membentuk Fasa Pembelajaran Anak Anda Selanjutnya

PENDIDIKAN SEKOLAHMENENGAH

Page 2: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH · 1 Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah pendidikan khas yang menawarkan kurikulum nasional sekolah rendah akan menduduki PSLE. Sebahagian daripada pelajar-pelajar

01

03

04

06

08

21

23

2427

KANDUNGANSISTEM PENDIDIKAN SINGAPURA : GAMBARAN KESELURUHAN

PEMBELAJARAN YANG DISESUAIKAN DENGAN KEBOLEHAN YANG BERBEZA-BEZA

MEMBENTUK ANAK ANDA UNTUK MASA DEPAN MEMENUHI MINAT DAN PEMBANGUNAN HOLISTIK

PENYESUAIAN MENGIKUT MINAT DAN PEMBANGUNAN MENYELURUH

BIASISWA & ANUGERAH EDUSAVE DAN SKIM BANTUAN KEWANGAN

MEMILIH SEKOLAH MENENGAH

PENEMPATAN MENENGAH 1

MEMILIH SEKOLAH: PERSPEKTIF PENGETUA

Kementerian Pendidikan membentuk dan melaksanakan dasar-dasar mengenai struktur pendidikan, kurikulum, pedagogi dan penilaian. Kami menyelia pembangunan dan pengurusan sekolah biayaan pemerintah, Institut Pendidikan Teknikal, politeknik dan universiti berautonomi. Kami juga membiayai kajian akademik.

Page 3: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH · 1 Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah pendidikan khas yang menawarkan kurikulum nasional sekolah rendah akan menduduki PSLE. Sebahagian daripada pelajar-pelajar

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH01 02Our education system offers many choices for the next phase of learning for your child. Its diverse education pathways aim to develop each child to his full potential.

1 Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah pendidikan khas yang menawarkan kurikulum nasional sekolah rendah akan menduduki PSLE. Sebahagian daripada pelajar-pelajar di Sekolah Pathlight yang mengambil kurikulum nasional sekolah menengah boleh menduduki peperiksaan GCE Peringkat 'N' atau 'O'.

Nota: Perkara ini belum diwakili dalam grafik.2 Sekolah-sekolah khusus menawarkan program yang disesuaikan untuk pelajar yang cenderung ke arah pembelajaran amali dan praktikal. Sebahagian

daripada sekolah-sekolah tersebut juga menawarkan peperiksaan peringkat N(T). Sekolah-sekolah ini ialah Sekolah Northlight, Sekolah Assumption Pathway, Sekolah Menengah Crest dan Sekolah Menengah Spectra.

3 Sekolah Bebas Khusus menawarkan pendidikan khusus yang memenuhi keperluan para pelajar yang mempunyai bakat dan minat yang mendalam dalam bidang-bidang khusus, seperti seni, sukan, matematik dan sains, serta pembelajaran gunaan. Sekolah-sekolah ini ialah Sekolah Seni, Sekolah Sukan Singapura, Sekolah Tinggi Matematik dan Sains NUS, dan Sekolah Sains dan Teknologi. Para pelajar yang layak dari Sekolah Sukan Singapura boleh melanjutkan pelajaran secara langsung ke Politeknik Republik. Para pelajar yang layak dari Sekolah Seni boleh menyertai program diploma di Akademi Seni Halus Nanyang melalui kemasukan khusus selepas pengajian tahun keempat.

4 Kelayakan Alternatif merujuk pada kelayakan yang secara tradisi tidak ditawarkan di sekolah-sekolah aliran utama di Singapura.

5 Program Asas Politeknik (PFP) ialah program asas diploma-khusus dijalankan oleh politeknik selama 2 semester untuk para pelajar yang sudah tamat Menengah 4N(A). Para pelajar yang berjaya menamatkan PFP boleh melanjutkan pengajian secara langsung ke tahun pertama dalam kursus diploma masing-masing.

6 Skim Kemasukan Secara Langsung Program Politeknik (DPP) ialah laluan langsung ke politeknik untuk pelajar yang sudah tamat Menengah 4(NA). Pelajar DPP yang berjaya menamatkan pengajian 2 tahun program Lanjutan NITEC di ITE dan mencapai nilai Purata Mata Gred (GPA) yang diperlukan, dijamin tempat di politeknik bagi kursus diploma yang sesuai dengan kursus Lanjutan NITEC pelajar tersebut.

7 Individu dewasa dan profesional yang bekerja digalakkan untuk meningkatkan kemahiran atau menggilap kemahiran sedia ada melalui pilihan pembelajaran berkualiti dalam program pembelajaran sepanjang hayat yang disediakan oleh Institusi-institusi Pendidikan Tinggi kita serta pembekal latihan Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) Singapura yang menerima akreditasi Agensi Pembangunan Tenaga Kerja Singapura (WDA).

Perhatian: Para pelajar boleh memilih untuk berpindah dalam peringkat yang sama antara Ekspres, N(A) dan N(T), jika penilaian menunjukkan mereka lebih sesuai untuk kursus-kursus ini. (Hal ini tidak disertakan sepenuhnya dalam gambar rajah.)

RENDAH

PENDIDIKANKHAS

SEKOLAHPENDIDIKAN KHAS1

PEPERIKSAANTAMAT

SEKOLAHRENDAH(PSLE)

SEKOLAH RENDAH6 tahun

SEKOLAHBIAYAAN PERSENDIRIAN

4-6 tahun

SEKOLAHBEBAS

KHUSUS3

4-6 tahun

KELAYAKANALTERNATIF4

KELAYAKANALTERNATIF4

KELAYAKANALTERNATIF4

UNIVERSITI

MAKTAB RENDAH/INSTITUSI BERPUSAT

2-3 tahun

PFP5

1 tahun

DPP6

KERJAYA & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT7

POLITEKNIK2-3 tahun

INSTITUTPENDIDIKANTEKNIKAL

2-3 tahun

INSTITUSISENI

3-6 tahun

EKSPRES4-6 tahun

NORMAL(AKADEMIK) [N(A)]

4-5 tahun

NORMAL (TEKNIKAL) [N(T)]

4 tahunGCE N(T)-LEVEL

GCE Peringkat N(A)

GCE Peringkat O

GCE Peringkat A

SEKOLAHKHUSUS2

3-6 tahun

6 tahun 4-5 tahunMENENGAH PASCAMENENGAH

Sistem Pendidikan Singapura : Gambaran Keseluruhan

Page 4: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH · 1 Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah pendidikan khas yang menawarkan kurikulum nasional sekolah rendah akan menduduki PSLE. Sebahagian daripada pelajar-pelajar

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH03 04

Rangka Kerja untuk Kecekapan Abad ke-21 dan Hasil Pelajar

MEMBENTUK ANAK ANDA UNTUK MASA DEPANBerpandukan Rangka Kerja untuk Kecekapan Abad ke-21 dan Hasil Pelajar, sekolah anak anda akan menyediakan pengalaman pembelajaran yang akan membangunkan kesedaran kendiri, sahsiah diri yang kukuh, serta bakat, kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Anak anda akan bertanggungjawab terhadap keluarga, masyarakat dan negara. Anak anda juga akan menghargai keindahan dunia di sekelilingnya, memiliki minda dan tubuh yang sihat, serta mempunyai semangat untuk kehidupan.

Pelajar yang Berarah Kendiri

Warganegara yang Prihatin

Penyumbang y

ang A

ktif

Kem

ahira

n Ko

mun

ikas

i, Ko

labo

rasi

dan I

nform

asi

Literasi Sivik, Kesedaran Global dan Kemahiran Rentas Budaya

Berfikir Secara Kritis dan Inventif

Indi

vidu y

ang Yakin

Kesedaran diri

Pengurusan diri

KesedaranSosial

Membuat KeputusanSecara Bertanggungjawab

Pengurusan Perhubungan

Nilai-nilai Teras

Pengumpulan Berdasarkan Subjek (Menengah) [SBB (Menengah)] ialah salah satu laluan untuk pelajar-pelajar memupuk kebolehan dan meningkatkan peluang di sepanjang perjalanan pendidikan mereka. SBB (Menengah) membolehkan anak anda mengambil subjek-subjek tertentu di peringkat akademik yang lebih tinggi bermula dari Menengah 1 sekiranya mereka didapati sesuai. Jika mereka berada dalam kursus N(A) atau N(T), mereka mungkin berupaya untuk mengambil beberapa subjek di Peringkat Ekspres atau N(A) bagi membolehkan mereka mengembangkan diri dan memperoleh kecekapan yang lebih mendalam dalam bidang kekuatan mereka.

BAGAIMANAKAH SBB (MENENGAH) DILAKSANAKAN?Pelajar N(A) dan N(T) layak untuk mengambil beberapa subjek (Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Ibunda yang rasmi) di peringkat akademik yang lebih tinggi bermula dari Menengah 1 sekiranya kelakonan mereka baik bagi subjek-subjek tersebut dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE):

• Pelajar N(A) dan N(T) yang mendapat gred A* atau A dalam subjek Standard PSLE boleh mengambil subjek tersebut di Peringkat Ekspres; dan

• Pelajar N(T) yang mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam subjek Standard PSLE atau ‘1’ dalam subjek Asas PSLE boleh mengambil subjek tersebut di Peringkat N(A).

Selain permulaan Menengah 1, pelajar-pelajar N(A) dan N(T) lain yang cemerlang dalam peperiksaan berasaskan sekolah boleh dipertimbangkan untuk mengambil subjek di peringkat akademik yang lebih tinggi sekiranya didapati sesuai oleh sekolah-sekolah mereka.

Sekolah menengah akan menyediakan maklumat lanjut dan surat tawaran kepada pelajar-pelajar yang layak untuk mempelawa mereka memohon subjek-subjek di peringkat akademik yang lebih tinggi apabila melaporkan diri ke sekolah menengah mereka pada penghujung bulan Disember.

• INDIVIDU YANG YAKIN yang berupaya membezakan antara yang betul

dengan yang salah, boleh menyesuaikan diri dan berdaya tahan, mengenali dirinya, arif membuat keputusan yang wajar, berfikir secara kendiri dan kritis, serta berkomunikasi dengan berkesan.

• PELAJAR YANG BERARAH KENDIRI yang mengajukan soalan, melakukan refleksi

dan tabah serta bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri.

• PENYUMBANG YANG AKTIF yang mampu bekerja secara berkesan dalam

pasukan, mempunyai inisiatif, mengambil risiko yang telah dipertimbangkan, inovatif dan berusaha mencapai kecemerlangan.

• WARGANEGARA YANG PRIHATIN yang setia pada Singapura, memiliki rasa kesedaran

sivik yang utuh, berpengetahuan tentang Singapura dan memainkan peranan yang aktif dalam memperbaik kehidupan orang-orang di sekelilingnya.

Pembelajaran Yang Disesuaikan Dengan Kebolehan Yang Berbeza-Beza

Tiga kursus ditawarkan di peringkat sekolah menengah.

Bergantung pada pencapaian Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah anak anda, dia akan ditempatkan dalam kursus Ekspres (termasuk Program Bersepadu di beberapa buah sekolah), kursus Normal (Akademik) [N(A)], atau kursus Normal (Teknikal) [N(T)].

Walaupun pada mulanya anak anda ditempatkan dalam kursus tertentu, bagi menyokong rentak dan gaya pembelajarannya dengan lebih baik, dia berpeluang untuk dipindahkah ke kursus lain sesuai dengan kemampuan dan minatnya. Dia juga boleh mengambil subjek tertentu di peringkat akademik yang lebih tinggi.

Nota: Rujuk gambaran keseluruhan Sistem Pendidikan Singapura di halaman sebelumnya untuk melihat pelbagai laluan pendidikan yang ditawarkan selepas sekolah menengah.

Nota Kaki:1 Program-program yang terpilih akan disediakan secara progresif sebagai Program Bekerja Dan Belajar SkillsFuture, yang merupakan program kerja sambil

belajar, yang direka bentuk untuk memberikan para graduan politeknik dan ITE permulaan awal dalam kerjaya mereka yang berkaitan dengan disiplin pengajian mereka.

2 Graduan Diploma Jurutera Teknikal (TED) dalam Teknologi Jentera dan TED dalam Kejuruteraan Automotif layak untuk memohon kemasukan ke program ijazah sambilan yang berkaitan dengan Ijazah Sarjana Muda Teknologi (B.Tech) di NUS.

3 Kursus modular yang berkaitan boleh diambil kira dalam pencapaian kelayakan penuh di universiti, politeknik dan ITE.4. Sekolah yang menawarkan Program Bersepadu mengambil pelajar di Menengah 1. Tempat juga ditawarkan kepada pelajar di tahun ketiga. (Hal ini belum digambarkan sepenuhnya di dalam rajah.)

Nota:Institusi Kesenian, NAFA dan LASALLE juga menawarkan program diploma dan ijazah dalam kesenian kreatif. Bagi laluan untuk penempatan pendidikan pelajar keperluan khas, sila rujuk: https://www.moe.gov.sg/special-education/special-education-schools/education-pathways-for-children.

Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE)

Menengah 4N(A)Menengah 4 Ekspres Menengah 4N(T)

Menengah 3N(A)Menengah 3 Ekspres Menengah 3N(T) Sekolah-sekolah Khas

Sijil Kemahiran ITE

Menengah 2N(A)Menengah 2 Ekspres Menengah 2N(T)

Menengah 1N(A)Menengah 1 Ekspres Menengah 1N(T)

Peperiksaan GCEPeringkat 'N(T)'

Skim Kemasukan-Langsung-ITE ke Program Politeknik

Kursus Modular di Universiti, Politeknik

dan ITE3

Diploma Teknikal ITE2

Ijazah Universiti

Diploma Teknikal Kerja-Belajar

KERJA DAN KEHIDUPAN

Peperiksaan GCE Peringkat ‘A’/ Diploma BaccalaureateAntarabangsa/ Diploma Sekolah Tinggi Universiti Nasional Singapura

Peperiksaan GCEPeringkat 'N(A)'

Menengah 5N(A)

Maktab Rendah

Peperiksaan GCEPeringkat ‘O’

Program AsasPoliteknik

Program Bersepadu(Tahun 5 dan 6)

Pembelajaran Berterusan

Diploma Politeknik1Institut Pendidikan Teknikal (ITE)

Nitec Lanjutan1 /Nitec

Diploma Lanjutan/Diploma Pakar/ Diploma (Pertukaran)1 Kelayakan

Kemahiran Tenaga Kerja

PENGUMPULAN BERDASARKAN SUBJEK (MENENGAH)

Page 5: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH · 1 Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah pendidikan khas yang menawarkan kurikulum nasional sekolah rendah akan menduduki PSLE. Sebahagian daripada pelajar-pelajar

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH05 06

KEGIATAN KOKURIKULUM

Kokurikulum (CCA) merupakan bahagian penting pendidikan holistik anak anda. Melalui CCA, anak anda akan menemui sesuatu yang amat diminatinya di samping membangunkan nilai dan kecekapan. Ini akan mempersiapkan mereka menghadapi cabaran dunia yang berubah-ubah secara pesat.

CCA juga menggalakkan persahabatan antara pelajar daripada pelbagai latar belakang sambil mereka belajar, bermain dan menjadi dewasa bersama-sama.

Penyertaan dalam CCA menggalakkan integrasi sosial dan memperdalam rasa kekitaan, komitmen dan rasa tanggungjawab anak anda terhadap sekolah, masyarakat dan negara.

Anak anda boleh membuat pilihan daripada pelbagai CCA yang menarik, termasuk kumpulan beruniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan, serta seni visual dan persembahan.

Memaksimumkan Potensi Anak AndaKami percaya akan penyediaan pelbagai pilihan agar setiap anak mempunyai peluang untuk mengembangkan set kemahiran teras dan holistik mereka.

Semasa memilih sesebuah sekolah, kami menggalakkan anda untuk menimbangkan kekuatan tersendiri setiap sekolah agar anak anda berada dalam persekitaran terbaik yang boleh meluaskan pengetahuannya, merangsang anak anda menjadi pelajar yang terlibat secara aktif dan sentiasa membangunkan dirinya.

PEMBELAJARAN GUNAAN

Sekolah-sekolah kita menyediakan pelajar dengan pengalaman pembelajaran amali dan autentik. Melalui cara ini, pengetahuan boleh diguna pakai dalam konteks dunia sebenar. Kecekapan Abad ke-21 dan nilai juga boleh dibangunkan,

• Pengalaman dalam Pembelajaran Gunaan digabungkan dalam kurikulum nasional dan perkara ini boleh dilihat dalam pelbagai subjek dan program kokurikulum seperti CCA.

• Peluang tambahan untuk Pembelajaran Gunaan boleh didapatkan melalui Subjek Gunaan, Modul Elektif Lanjutan (AEM) dan Modul Elektif (EM).

• Pembelajaran Gunaan meluaskan pengalaman pembelajaran pelajar-pelajar di sekolah menengah dan memperluas pilihan mereka untuk pendidikan pos menengah. Contoh Subjek Gunaan termasuklah Elektronik, Sains Senaman dan Sukan, Drama, Robot Mudah Alih, dan Operasi Sektor Runcit. Subjek-subjek Gunaan ini menyediakan pelajar-pelajar yang mempunyai minat dan kebolehan dalam bidang pembelajaran gunaan tertentu. Di peringkat sekolah menengah, terdapat beberapa buah sekolah yang menawarkan Subjek Gunaan MOE sebagai subjek Peringkat O, dan Subjek Gunaan MOE-ITE yang sebagai subjek Peringkat N(T). Bagi senarai Subjek Gunaan dan sekolah-sekolah yang menawarkannya, sila layari laman web yang berkaitan (di bahagian kanan halaman ini).

• AEM dan EM ialah kursus-kursus pendek yang masing-masing dijalankan oleh politeknik-politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE). Kursus-kursus ini meluaskan pembelajaran pelajar-pelajar terhadap subjek-subjek dan mendedahkan mereka pada laluan pendidikan dan kerjaya selepas sekolah menengah.

AEM ditawarkan kepada pelajar-pelajar Ekspres manakala EM ditawarkan kepada pelajar-pelajar Normal (Teknikal) dan Normal (Akademik).

PROGRAM PEMBELAJARAN GUNAAN (ALP) DAN PROGRAM PEMBELAJARAN UNTUK KEHIDUPAN (LLP)

ALP direka untuk memberikan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menyedari kebolehan dan minat mereka, membina kekuatan dan membuat keputusan termaklum mengenai pendidikan dan laluan kerjaya mereka. ALP dilengkapi dengan LLP yang mana pelajar-pelajar membangunkan kemahiran-kemahiran dan sifat-sifat yang membolehkan mereka menyumbang pada kebaikan masyarakat sebagai warganegara yang mempunyai tanggungjawab sosial.

• Semua sekolah menengah menawarkan satu ALP dan satu LLP manakala Sekolah-sekolah Berautonomi, Bebas dan Khusus menawarkan program-program distingtif hasil inisiatif

di peringkat sekolah.

• Berdasarkan kesesuaian, sekolah-sekolah menengah mungkin menawarkan kemasukan secara langsung kepada murid-murid sekolah rendah yang mempunyai bakat dan pencapaian yang luar biasa dan/atau berpotensi dalam bidang yang berkaitan dengan program-program

distingtif sekolah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pembelajaran Gunaan, sila layari: www.moe.gov.sg/education/secondary/applied-learning

Page 6: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH · 1 Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah pendidikan khas yang menawarkan kurikulum nasional sekolah rendah akan menduduki PSLE. Sebahagian daripada pelajar-pelajar

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH07 08

PENGAMBILAN MASUK KE SEKOLAH SECARA LANGSUNG-MENENGAH (DSA-MENENGAH)DSA-Menengah membolehkan pelajar diterima masuk ke sekolah menengah berdasarkan pelbagai jenis bakat dan pencapaian yang mungkin tidak ditunjukkan melalui PSLE.

Di bawah urusan ini, sekolah-sekolah yang mengambil bahagian boleh memilih beberapa orang pelajar Darjah 6 untuk kemasukan ke Menengah 1 sebelum keputusan PSLE diumumkan, berdasarkan bakat dan pencapaian tertentu mereka dalam bidang akademik dan/atau bukan akademik serta kesesuaian mereka dalam program menyeluruh sekolah tersebut. Setelah diterima masuk, sekolah tersebut akan membangunkan bakat pelajar-pelajar dengan lebih lanjut melalui program-program dalam bidang-bidang tersebut.

PELAJAR DENGAN KEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (SEN) RINGANPeruntukan tambahan telah dibuat di sekolah-sekolah bagi menyokong kemasukan pelajar yang mempunyai keperluan pendidikan khas ringan yang boleh mengakses kurikulum nasional, seperti pelajar-pelajar yang mempunyai Disleksia, Masalah Hiperaktif dan Kurang Tumpuan, Autisme ringan, serta pelajar-pelajar yang mengalami kecacatan fizikal dan deria.

Memenuhi Minat dan Pembangunan Holistik

PROGRAM-PROGRAM BAHASA, SENI DAN MUZIK MOE

Sekolah-sekolah kita mengakui bahawa setiap anak itu unik, dan mempunyai minat, keupayaan dan bakat yang berbeza-beza. Para pelajar yang amat meminati bahasa, seni dan muzik boleh membuat pilihan daripada pelbagai program elektif yang memberi tumpuan pada bidang yang diminati oleh mereka secara khusus. Sekolah-sekolah kita juga menawarkan pelbagai jenis sukan dan para pelajar boleh memilih sekolah yang menawarkan program pembangunan sukan yang berkualiti bagi sukan pilihan mereka. Maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan oleh pihak sekolah boleh ditemui di laman web Perkhidmatan Maklumat Sekolah di http://sis.moe.gov.sg/.

Sebagai ibu bapa yang mempunyai pengetahuan tentang kebolehan anak anda, anda boleh melibatkannya dalam sukan yang diminatinya.

KATEGORI PROGRAM KRITERIA LOKASI KELAS DIADAKAN

PROGRAM-PROGRAM BAHASA

Bahasa-bahasa Ibunda Lanjutan (HMTL)

10% Pelajar Terbaik PSLE

ATAU

Band 11% hingga 30% terbaik yang memenuhi kriteria bahasa, iaitu gred A* bagi MTL tersebut atau sekurang-kurangnya Merit bagi HMTL tersebut

Sekolah-sekolah terpilih (setiap tahun sekolah-sekolah akan memutuskan sama ada ingin menawarkan mana-mana satu, dua atau kesemua HMTL)

Nota: Bahasa Melayu Lanjutan juga ditawarkan di Pusat Bahasa MOE (Bishan) manakala Bahasa Tamil Lanjutan ditawarkan di Pusat Bahasa Tamil Umar Pulavar

Program Elektif Bahasa Melayu untuk Sekolah Menengah (EMAS)

Pelajar yang layak untuk Bahasa Melayu Lanjutan

Sekolah Menengah Anderson Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang Sekolah Menengah Tanjong Katong

Bahasa Ketiga• Bahasa Cina

(Program Khas) [CSP]

• Bahasa Melayu (Program Khas) [MSP]

• Bahasa Indonesia

• Bahasa Arab• Bahasa Perancis• Bahasa Jerman• Bahasa Jepun• Bahasa

Sepanyol

CSP dan MSP• Kursus Ekspres dan Normal

(Akademik)• Belum pernah mengambil Bahasa

Cina Lanjutan/Bahasa Cina (untuk CSP) dan Bahasa Melayu Lanjutan/Bahasa Melayu (untuk MSP) di peringkat PSLE

Bahasa Indonesia dan Bahasa Arab• Kursus Ekspres dan Normal

(Akademik)• Belum pernah mengambil Bahasa

Melayu Lanjutan/Bahasa Melayu (untuk Bahasa Indonesia) di peringkat PSLE

• Pelajar/Ibu ialah Warganegara Singapura atau Penduduk Tetap Singapura

CSP dan MSP:Di pusat-pusat CSP dan MSP yang berkenaan

Bahasa Indonesia dan Bahasa Arab:Pusat Bahasa MOE (Bishan)

Program Bahasa Asing (Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Sepanyol):• 10% pelajar terbaik PSLE• Pelajar/Ibu ialah Warganegara

Singapura atau Penduduk Tetap Singapura

• Lulus Bahasa Cina Lanjutan/ Bahasa Cina di PSLE (untuk Bahasa Jepun)

Program Bahasa Asing:Pusat Bahasa MOE (Bishan) menawarkan Bahasa Perancis, Bahasa Jerman dan Bahasa Jepun

Pusat Bahasa MOE (Newton) juga menawarkan Bahasa Sepanyol, Bahasa Perancis dan Bahasa Jepun

Setiap sekolah menengah mempunyai kumpulan guru teras yang dilatih untuk menyokong pelajar-pelajar yang mempunyai SEN ringan.

Sebahagian sekolah menengah mempunyai Pendidik Bersekutu (Sokongan Pembelajaran dan Tingkah Laku), yang mempunyai kepakaran mendalam bagi menyokong pelajar-pelajar yang mempunyai SEN. Mereka bekerja rapat dengan guru-guru bagi menyediakan sokongan yang diperlukan untuk mewujudkan pengalaman sekolah yang positif.

Sekolah-sekolah menengah arus utama kita menyediakan sokongan kepada pelajar-pelajar yang mengalami gangguan deria dan/atau fizikal dalam bidang berikut:

• Peruntukan peranti bantuan pembelajaran.• Perkhidmatan pendidikan khusus berasaskan

sekolah bergerak yang dikendalikan oleh VWO.• Penempatan guru sumber di sekolah-sekolah

menengah yang ditetapkan untuk pelajar yang hilang pendengaran dan/atau mengalami kecacatan penglihatan.

• Kemudahan lengkap kurang upaya bagi akses tanpa halangan untuk pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan fizikal atau kurang upaya secara fizikal.

Bagi senarai sekolah menengah yang mempunyai kemudahan untuk menyokong pelajar-pelajar yang mempunyai SEN ringan dan kurang upaya fizikal/ kecacatan deria, sila rujuk laman web MOE di www.moe.gov.sg/education/programmes/support-for-children-special-needs.

Page 7: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH · 1 Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah pendidikan khas yang menawarkan kurikulum nasional sekolah rendah akan menduduki PSLE. Sebahagian daripada pelajar-pelajar

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH09 10

PROGRAM-PROGRAM BAHASA Dasar dwibahasa merupakan asas sistem pendidikan Singapura. Sekolah-sekolah kita melengkapi pelajar-pelajar dengan kecekapan bahasa dan budaya dari awal bagi membantu dan membolehkan mereka merebut peluang dalam persekitaran serantau dan global.

Setiap pelajar dikehendaki untuk mempelajari Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda (MTL) di bawah dasar dwibahasa kita. Bagi menggalakkan pelajar mempelajari MTL selama dan setinggi yang mereka mampu, sekolah menawarkan program-program yang berbeza-beza bagi menangani keperluan pelajar yang pelbagai.

BAHASA IBUNDA LANJUTAN (HMTL)Anak anda boleh memilih untuk mempelajari HMTL jika dia mengambil Bahasa Cina/ Melayu/Tamil atau Cina/Melayu/Tamil Lanjutan di peringkat PSLE dan

• Tergolong dalam 10% pelajar terbaik PSLE; atau

• Tergolong dalam band 11% hingga 30% terbaik dan memenuhi kriteria bahasa (iaitu gred A* dalam MTL atau sekurang-kurangnya Merit dalam HMTL).

Sekolah-sekolah juga diberi kelonggaran untuk membenarkan pelajar yang tidak memenuhi kriteria yang tertera untuk mengambil HMTL bergantung kepada kes tertentu, sekiranya mereka dinilai mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam MTL dan berupaya mengikuti HMTL tanpa menjejas prestasi mereka dalam mata pelajaran lain.

Pelajar yang berminat boleh memohon untuk mengambil HMTL apabila mereka melaporkan diri ke sekolah menengah pada akhir Disember. Anak anda akan menghadiri kelas di sekolah menengah jika kursus itu ditawarkan di sekolahnya. Jika tidak, anak anda akan menghadiri pelajaran HMTL di sekolah menengah yang telah ditentukan sebagai Pusat Bahasa Melayu Lanjutan (HML) dan Pusat Bahasa Tamil Lanjutan (HTL) di luar waktu kurikulum sekolah.

Kelas-kelas HML dan HTL juga ditawarkan di Pusat Bahasa MOE (Bishan) dan Pusat Bahasa Tamil Umar Pulavar.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang HMTL, sila rujuk laman web MOE di www.moe.gov.sg/education/secondary/language-programmes/.

KATEGORI PROGRAM KRITERIA LOKASI KELAS DIADAKAN

Program Pengajian Dwibudaya[BSP]

Pelajar yang layak untuk Bahasa Cina Lanjutan

Institusi Hwa Chong Sekolah Tinggi Dunman Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang Sekolah Tinggi River ValleySekolah Tinggi KatolikSekolah Perempuan St Nicholas CHIJSekolah Perempuan Cina Singapura

Program Pengajian Serantau (RSP)

• Mesti menawarkan MSP atau Bahasa Indonesia (BI) sebagai L3• Mesti merupakan seorang pelajar di salah sebuah pusat RSP

Sekolah Anglo-Chinese (Bebas) Institusi Raffles Sekolah Perempuan Raffles (Menengah) Sekolah Victoria Sekolah Menengah Perempuan Cedar

Bahasa Ibunda ‘B’ (MTLB)

Memperoleh Gred C atau kurang bagi MTL di peringkat PSLE

Sekolah- sekolah yang menawarkan kursus MTLBPusat-pusat MTLB*

PROGRAM ELEKTIF SENI LUKIS DAN MUZIK

Program Elektif Seni Lukis (AEP)

Layak untuk Kursus Ekspres dan lulus Ujian Pemilihan AEP dalaman yang ditetapkan oleh pihak sekolah

Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang Sekolah Menengah CHIJ (Toa Payoh) Institusi Hwa Chong Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang Maktab Rendah KebangsaanSekolah Victoria Sekolah Menengah Zhonghua

Program Elektif Muzik (MEP)

Layak untuk Kursus Ekspres

DAN

Lulus Gred Tiga Praktikal meluaskan pandangan dan Teori atau Praktikal dalam bidang Muzik daripada lembaga peperiksaan yang relevan seperti Associated Board of Royal Schools of Music (ABRSM), NAFA-CCOM Chinese Instruments Graded Examination, Trinity College London, dan sebagainya.

ATAU

Kelulusan dalam ujian pemilihan bertulis dan uji bakat praktikal menggunakan alat muzik atau suara, yang dikendalikan oleh sekolah MEP

Sekolah Anglo-Chinese (Bebas)Sekolah Tinggi Katolik Sekolah Perempuan CHIJ St Nicholas Sekolah Perempuan Crescent Sekolah Tinggi DunmanSekolah Perempuan Methodist (Menengah) Sekolah Perempuan Raffles (Menengah) Institusi Raffles Sekolah Perempuan Tanjong Katong Maktab Rendah Temasek

PROGRAM SENI DAN MUZIK DIPERTINGKATKAN

Program Seni Dipertingkatkan (EAP)

Layak untuk Seni GCE Peringkat O di peringkat menengah atas dan kriteria-kriteria lain yang ditetapkan oleh pihak sekolah

CHIJ Katong Convent Sekolah Menengah Jurong WestSekolah Menengah MeridienSekolah Tinggi Nan Chiau Sekolah Menengah Naval BaseSekolah Menengah New TownSekolah Menengah Ngee Ann Sekolah Menengah Orchid Park Sekolah Menengah St Andrew’s

Program Muzik Dipertingkatkan (EMP)

Layak untuk Muzik GCE Peringkat O di peringkat menengah atas dan kriteria-kriteria lain yang ditetapkan oleh pihak sekolah

Sekolah Menengah Ahmad IbrahimSekolah Tinggi Chung Cheng (Utama) Sekolah Menengah St Margaret'sSekolah Menengah Yuhua

* Pusat MTLB ialah: Pusat CLB, hanya untuk Bahasa Cina B, Pusat Bahasa MOE (Bishan), untuk Bahasa Melayu B; Pusat Bahasa Tamil Umar Pulavar, untuk Bahasa Tamil B.

Page 8: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH · 1 Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah pendidikan khas yang menawarkan kurikulum nasional sekolah rendah akan menduduki PSLE. Sebahagian daripada pelajar-pelajar

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH11 12

PROGRAM ELEKTIF BAHASA MELAYU BAGI SEKOLAH MENENGAH (EMAS)Sekiranya anak anda mempunyai kebolehan dalam Bahasa Melayu, EMAS boleh membantu-nya mencapai tahap kemahiran yang lebih tinggi. Dia dapat mendalami pemahaman serta penghayatannya terhadap bahasa, sejarah dan budaya Melayu.

Program empat tahun ini ditawarkan di Sekolah Menengah Anderson, Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang, dan Sekolah Menengah Tanjong Katong sebagai program tukikan. Para pelajar yang mengambil Bahasa Melayu Lanjutan di sekolah-sekolah tersebut akan ditawarkan program ini.

PROGRAM ELEKTIF NASIONAL BAHASA TAMIL (NETP)Program ini ditawarkan kepada semua pelajar Menengah 1 yang mempunyai kebolehan dalam bahasa dan budaya Tamil. NETP boleh membantu anak anda mencapai tahap kemahiran yang lebih pemahaman dan penghayatan dalam bahasa, sastera dan budaya Tamil. Program ini ditawarkan di Pusat Bahasa Tamil Umar Pulavar.

BAHASA KETIGAAnak anda juga boleh memilih untuk mempelajari bahasa ketiga daripada senarai lapan bahasa yang ditawarkan, iaitu Bahasa Cina (Program Khas), Bahasa Melayu (Program Khas), Bahasa Indonesia, Bahasa Arab, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun dan Bahasa Sepanyol.

BAHASA CINA (PROGRAM KHAS)/BAHASA MELAYU (PROGRAM KHAS)

Bahasa Cina (Program Khas) [CSP] ditawarkan kepada semua pelajar Menengah 1 Kursus Ekspres dan Normal (Akademik) selagi mereka mempunyai minat dan kecenderungan dan tidak menawarkan Bahasa Cina Lanjutan atau Bahasa Cina sebagai Bahasa Ibunda mereka di peringkat PSLE.

Bahasa Melayu (Program Khas) [MSP] juga ditawarkan kepada semua pelajar Menengah 1 Kursus Ekspres dan Normal (Akademik) selagi mereka mempunyai minat dan kecenderungan dan tidak menawarkan Bahasa Melayu Lanjutan atau Bahasa Melayu di peringkat PSLE.

Para pelajar akan ditawarkan CSP/MSP sebagai bahasa ketiga di samping Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda mereka.

Para pelajar yang ditawarkan program ini akan mengikuti pelajaran dua kali seminggu*, dua jam setiap sesi di luar waktu kurikulum sekolah, sama ada di sekolah menengah mereka sendiri jika sekolah tersebut menawarkannya atau di pusat CSP/ MSP yang terdekat.

Anak anda boleh membuat permohonan dalam talian untuk program ini sejurus selepas mendapatkan keputusan PSLE. Jika bilangan pemohon melebihi bilangan tempat kosong yang terdapat di pusat-pusat CSP/MSP tersebut, pemohon akan dipilih berdasarkan keputusan PSLE mereka.

* Dengan pengecualian M(SP) di Pusat Bahasa MOE(Bishan) yang mengadakan kelas sekali seminggu selama tiga jam dan lima belas minit.

BAHASA INDONESIA DAN BAHASA ARAB

Anak anda boleh ditawarkan salah satu daripada bahasa-bahasa ini jika dia daripada Kursus Ekspres dan Normal (Akademik).

Bagi Bahasa Indonesia, dia mestilah tidak pernah mempelajari Bahasa Melayu Lanjutan atau Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ibunda di peringkat PSLE. Pelajar atau salah seorang daripada ibu bapanya juga mestilah Warganegara Singapura atau Penduduk Tetap Singapura.

Bahasa Indonesia dan Bahasa Arab merupakan kursus empat tahun yang menjurus kepada Peperiksaan GCE Peringkat O. Kelas dijalankan di luar waktu kurikulum sekolah di Pusat Bahasa MOE di Bishan. Bahasa Indonesia juga ditawarkan di Sekolah Victoria sebagai sebahagian daripada Program Pengajian Serantau (RSP) mereka.

PROGRAM-PROGRAM BAHASA ASING

Anak anda boleh ditawarkan Bahasa Asing (Bahasa Perancis/Jerman/Jepun) jika keputusan PSLE anak anda adalah antara 10% terbaik.

Anak anda, anda atau pasangan anda mesti-lah Warganegara Singapura atau Penduduk Tetap Singapura.

Program Bahasa Asing ialah kursus selama enam tahun yang boleh berakhir di peringkat Menengah 4, JC1 dan JC2. Pelajar akan masing-masing menduduki peperiksaan Peringkat O , H1 dan H2. Pembelajaran dijalankan di luar waktu kurikulum sekolah di Pusat Bahasa MOE yang terletak di Bishan atau Newton.

Untuk layak memohon untuk mempelajari Bahasa Jepun, anak anda dikehendaki lulus Bahasa Cina Lanjutan atau Bahasa Cina di peringkat PSLE kerana bentuk tulisan standard bahasa Jepun menggunakan Kanji (tulisan Cina).

Sekiranya bilangan permohonan melebihi bilangan tempat yang ada, pemohon akan dipilih berdasarkan keputusan PSLE mereka.

Page 9: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH · 1 Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah pendidikan khas yang menawarkan kurikulum nasional sekolah rendah akan menduduki PSLE. Sebahagian daripada pelajar-pelajar

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH13 14

PROGRAM PENGAJIAN DWIBUDAYA Anak anda boleh mengambil Program Pengajian Dwibudaya (BSP) jika dia mempunyai minat dalam China kontemporari dan budayanya.

Program empat tahun ini ditawarkan di tujuh buah sekolah bermula dari Menengah 3, di Institusi Hwa Chong, Sekolah Tinggi Dunman, Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang, Sekolah Tinggi River Valley, Sekolah Tinggi Katolik, Sekolah Perempuan CHIJ St Nicholas dan Sekolah Perempuan Cina Singapura. Para pelajar dari Sekolah Tinggi Katolik, Sekolah Perempuan CHIJ St Nicholas dan Sekolah Perempuan Cina Singapura akan menyambung program tersebut di Maktab Rendah Eunoia.

Anak anda akan berpeluang menimba pengalaman penyerapan di negara China sehingga enam bulan dan di sebuah negara Barat sehingga dua minggu.

Para pelajar yang berjaya didaftarkan ke dalam program ini akan dipertimbangkan untuk Biasiswa Program Pengajian Dwibudaya.

PROGRAM PENGAJIAN SERANTAU (RSP)Program Pengajian Serantau (RSP) tertumpu pada budaya dan masyarakat kontemporari di rantau Asia Tenggara.

Sekolah-sekolah menengah yang menawarkan program tersebut ialah Sekolah Anglo-Chinese (Bebas), Institusi Raffles, Sekolah Perempuan Raffles (Menengah), Sekolah Victoria dan Sekolah Menengah Perempuan Cedar.

Para pelajar yang diterima masuk ke dalam program RSP akan dipertimbangkan untuk Biasiswa RSP.

BAHASA IBUNDA ‘B’Anak anda boleh mengambil Bahasa Ibunda ‘B’ (MTL ‘B’) sekiranya anak anda mendapat Gred C atau kurang bagi MTL dalam PSLE.

Sekolah juga mempunyai kebebasan untuk menawarkan MTL ‘B’ kepada pelajar-pelajar walaupun mereka tidak memenuhi kriteria kelayakan tersebut.

Para pelajar yang ditawarkan MTL ‘B’ akan menghadiri kelas di sekolah menengah mereka sekiranya MTL 'B' ditawarkan di sekolah mereka. Sekiranya tidak ditawarkan, mereka akan mengikuti kelas Bahasa Cina di Pusat CLB, Bahasa Melayu di Pusat Bahasa MOE (Bishan) dan Bahasa Tamil di Pusat Bahasa Tamil Umar Pulavar di luar waktu kurikulum.

Ketahui kriteria bagi setiap program dengan lebih lanjut dan dapatkan borang permohonan daripada sekolah-sekolah menengah yang berkenaan selepas keputusan PSLE anak anda diumumkan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, mengenai program-program yang tertera, sila rujuk laman web MOE di www.moe.gov.sg/education/secondary/languageprogrammes/.

PROGRAM-PROGRAM ELEKTIF SENI LUKIS DAN MUZIKMOE juga menawarkan program-program elektif dalam bidang Seni Lukis dan Muzik.

PROGRAM ELEKTIF SENI LUKIS (AEP)Seseorang pelajar yang mempunyai kecenderungan artistik boleh mempertimbangkan Program Elektif Seni Lukis (AEP), kursus empat tahun yang melayakkan mereka menduduki Peperiksaan Seni Lukis Lanjutan dalam peperiksaan GCE Peringkat O. Kurikulum seni lukis yang telah diperkaya dalam AEP meliputi pengajian sejarah dan teori dalam Seni Lukis, menekankan proses-proses kreatif dan mendedahkan para pelajar kepada pelbagai jenis media dan bentuk-bentuk seni.

Para pelajar AEP akan mengambil Seni bagi menggantikan Reka Bentuk & Teknologi dan Pendidikan Makanan dan Pengguna di peringkat menengah rendah. Mereka dikehendaki melengkapkan program empat tahun ini, dan selanjutnya, akan ditawarkan Seni Lukis Lanjutan sebagai subjek peperiksaan Peringkat O.

AEP ditawarkan di sekolah-sekolah berikut:• Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang• Sekolah Menengah CHIJ (Toa Payoh)

• Institusi Hwa Chong• Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang• Maktab Rendah Kebangsaan• Sekolah Victoria• Sekolah Menengah Zhonghua

Para pelajar AEP di sekolah-sekolah Program Bersepadu – Institusi Hwa Chong, Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang dan Maktab Rendah Kebangsaan – akan mengambil peperiksaan Seni Lukis Lanjutan berdasarkan sekolah pada tahun keempat dan mempunyai pilihan untuk meneruskan AEP selama dua tahun lagi dalam Tahun 5 dan 6. Setelah berjaya menamatkan AEP selama enam tahun, mereka akan ditawarkan Seni Lukis H2 dan H3 sebagai subjek peperiksaan di Peringkat A.

Murid-murid Darjah 6 yang diterima masuk ke Sekolah-sekolah Bebas yang menawarkan AEP layak untuk menerima subsidi yuran AEP. Mereka akan ditawarkan subsidi ini jika mereka diterima dan mendaftarkan diri dalam AEP di sebuah Sekolah Bebas di Menengah 1 dan tidak menerima sebarang subsidi yuran lain.

PUSAT AEPMaktab Rendah Kebangsaan (NJC) beroperasi sebagai Pusat AEP untuk pelajar-pelajar sekolah menengah yang mempunyai minat yang mendalam dan bakat untuk seni yang belajar di sekolah-sekolah yang tidak menawarkan AEP.

Pelajar-pelajar akan berulang-alik ke NJC untuk kelas mingguan sepanjang empat tahun AEP peringkat menengah. Pelajar-pelajar ini akan menikmati kurikulum AEP khusus dan rapi yang sama dalam amalan, sejarah dan teori seni.

Page 10: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH · 1 Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah pendidikan khas yang menawarkan kurikulum nasional sekolah rendah akan menduduki PSLE. Sebahagian daripada pelajar-pelajar

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH15 16Para pelajar Menengah 1 aliran Ekspres yang meminati seni boleh memohon untuk menjadi seorang pelajar AEP luar di NJC dengan mengemukakan permohonan mereka melalui sekolah menengah mereka pada bulan Januari. Pemohon akan menduduki ujian pemilihan yang terdiri daripada latihan melukis dan kreativiti. Mereka yang disenaraipendekkan akan diundang untuk temu duga portfolio. Butiran permohonan akan disiarkan di laman web AEP Kementerian pada akhir November. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai AEP, sila rujuk laman web MOE di www.moe.gov.sg/education/secondary/other/art-elective-programme/.

PROGRAM ELEKTIF MUZIK (MEP)Seseorang pelajar yang cenderung dalam bidang muzik boleh mempertimbangkan Program Elektif Muzik (MEP), yang merupakan kursus empat tahun dan menduduki Peperiksaan Muzik Lanjutan dalam peperiksaan GCE Peringkat O.

Program ini membolehkan para pelajar membangunkan kemahiran konseptual dan kreatif mereka menerusi sesi amali dan pembelajaran teori muzik.

Pelajar-pelajar MEP akan mengambil Muzik bagi menggantikan Reka Bentuk & Teknologi dan Pendidikan Makanan dan Pengguna di peringkat menengah rendah. Mereka dikehendaki untuk menduduki program empat tahun ini, dan selanjutnya, akan ditawarkan Muzik Lanjutan sebagai subjek peperiksaan di Peringkat O.

MEP ditawarkan di sekolah-sekolah berikut:• Sekolah Anglo-Chinese (Bebas)• Sekolah Tinggi Katolik• Sekolah Perempuan CHIJ St Nicholas• Sekolah Perempuan Crescent• Sekolah Tinggi Dunman• Sekolah Perempuan Methodist (Menengah)• Sekolah Perempuan Raffles (Menengah)• Institusi Raffles• Sekolah Perempuan Tanjong Katong• Maktab Rendah Temasek

Pelajar-pelajar Program Bersepadu (IP) yang berdaftar di Sekolah Anglo-Chinese (Bebas), Sekolah Tinggi Katolik, Sekolah Perempuan St Nicholas CHIJ dan Sekolah

dua jantina. Pemohon akan menduduki ujian pemilihan yang terdiri daripada latihan teori dan persepsi muzik. Mereka yang disenaraipendekkan akan diundang untuk uji bakat dan temu duga. Butiran permohonan akan disiarkan di laman web MEP Kementerian pada akhir November.

Untuk maklumat lanjut mengenai MEP, sila rujuk laman web MOE di www.moe.gov.sg/education/secondary/other/music-elective-programme/.

PROGRAM SENI DIPERTINGKATKAN (EAP)Program Seni Dipertingkatkan (EAP) merupakan satu lagi program Seni yang boleh dipertimbangkan oleh pelajar-pelajar yang mempunyai kecenderungan dalam bidang seni. EAP ialah program menengah atas yang menjurus kepada peperiksaan Seni atau Seni Tinggi di Peringkat O. Program EAP mendedahkan pelajar-pelajar pada pelbagai media seni, proses dan amalan kreatif di industri-industri kreatif. Pelajar-pelajar juga akan mendapat peluang untuk mendalami pemahaman dan kemahiran mereka dalam media pilihan.

Sekolah yang menawarkan EAP ialah:

• CHIJ Katong Convent• Sekolah Menengah Jurong West• Sekolah Menengah Meridian• Sekolah Tinggi Nan Chiau• Sekolah Menengah Naval Base• Sekolah Menengah New Town• Sekolah Menengah Ngee Ann• Sekolah Menengah Orchid Park• Sekolah Menengah St Andrew’s

Memandangkan EAP hanya ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang didaftarkan di sekolah-sekolah ini, para pelajar yang berminat untuk menyertai program ini dinasihati supaya menyertakan sekolah-sekolah ini ke dalam enam pilihan mereka sewaktu memilih sekolah menengah.

Untuk mendaftar dalam program ini, pelajar-pelajar mesti layak untuk Seni di peringkat O di peringkat menengah atas dan memenuhi sebarang keperluan kemasukan yang ditetapkan oleh sekolah berkenaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai EAP, sila rujuk laman web MOE di www.moe.gov.sg/education/secondary/

other/enhanced- art- programme/.PROGRAM MUZIK DIPERTINGKATKAN (EMP)Program Muzik Dipertingkatkan (EMP) ialah satu lagi program Muzik yang diperkaya yang boleh dipertimbangkan oleh pelajar-pelajar yang mempunyai kecenderungan dalam bidang muzik. EMP ialah program menengah atas yang menjurus kepada peperiksaan Muzik atau Muzik Tinggi di Peringkat O. Program EMP membangunkan pemahaman pelajar dalam pelbagai tradisi, teori dan amalan muzik di industri-industri kreatif. Pelajar-pelajar juga akan mendapat peluang untuk mendalami pemahaman dan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang pengajian muzik.

Sekolah yang menawarkan EMP ialah:

• Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim• Sekolah Tinggi Chung Cheng (Utama)• Sekolah Menengah St Margaret’s• Sekolah Menengah Yuhua

Memandangkan EMP hanya ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang didaftarkan di sekolah-sekolah ini, para pelajar yang berminat untuk menyertai program ini dinasihati supaya menyertakan sekolah-sekolah ini ke dalam enam pilihan mereka sewaktu memilih sekolah menengah. Untuk mendaftar ke dalam program ini, pelajar-pelajar haruslah layak untuk Muzik di peringkat O di peringkat menengah atas dan memenuhi sebarang keperluan kemasukan yang ditetapkan oleh sekolah berkenaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai EMP, sila rujuk laman web MOE di www.moe.gov.sg/education/secondary/other/enhanced-music-programme/.

Perempuan Methodist (Menengah) perlu menduduki peperiksaan Muzik Lanjutan Peringkat O.

Pelajar-pelajar IP di Sekolah Tinggi Dunman akan mempunyai pilihan untuk menduduki peperiksaan Muzik Lanjutan Peringkat O pada tahun keempat atau meneruskan MEP dua tahun pada Tahun 5 dan 6.

Pelajar-pelajar MEP di sekolah-sekolah IP Sekolah Perempuan Raffles (Menegah), Institusi Raffles, Maktab Rendah Temasek – akan mengambil peperiksaan Muzik Lanjutan berdasarkan sekolah pada tahun keempat dan mempunyai pilihan untuk meneruskan MEP dua tahun dalam Tahun 5 dan 6.

Setelah tamat enam tahun MEP, pelajar-pelajar di Sekolah Anglo-Chinese (Bebas) [ACS(I)] akan ditawarkan Program Diploma Muzik Baccalaureate Antarabangsa (IB) di Peringkat Lanjutan, dan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah IP lain akan ditawarkan Muzik di peringkat H2 dan H3 sebagai subjek peperiksaan Peringkat A.

Murid-murid Darjah 6 yang diterima masuk ke Sekolah-sekolahBebas yang menawarkan MEP layak untuk menerima subsidi yuran MEP. Mereka akan ditawarkan subsidi ini jika mereka diterima dan mendaftarkan diri dalam MEP di sebuah Sekolah Bebas di Menengah 1 dan tidak menerima sebarang subsidi yuran lain.

PUSAT MEPKedua-dua ACS(I) dan Sekolah Tinggi Dunman (DHS) beroperasi sebagai pusat MEP untuk pelajar-pelajar sekolah menengah yang mempunyai minat yang mendalam dan bakat untuk muzik yang belajar di sekolah-sekolah yang tidak menawarkan MEP.

Pelajar akan berulang-alik ke salah sebuah pusat MEP tersebut untuk kelas mingguan sepanjang empat tahun MEP peringkat menengah. Pelajar-pelajar ini akan menikmati kurikulum MEP khusus dan rapi yang sama dalam amalan, sejarah dan teori muzik.

Para pelajar Menengah 1 aliran Ekspres yang berminat dalam muzik boleh memohon untuk menjadi seorang pelajar MEP luar sama ada di ACS (I) atau DHS dengan mengemukakan permohonan mereka melalui sekolah menengah mereka sendiri pada bulan Januari. Pusat-pusat ini akan menerima pelajar-pelajar daripada kedua-

Page 11: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH · 1 Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah pendidikan khas yang menawarkan kurikulum nasional sekolah rendah akan menduduki PSLE. Sebahagian daripada pelajar-pelajar

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH17 18

* Sekolah-sekolah dwialiran yang menawarkan kedua-dua program Bersepadu dan Peringkat O.

PROGRAM BERSEPADU (IP)Program Bersepadu (IP) menyediakan Pendidikan Sekolah Menengah dan Maktab Rendah (JC) bersepadu sepanjang enam tahun untuk pelajar yang mempunyai kekuatan dalam bidang akademik, yang boleh mendapat manfaat daripada program-program yang menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih luas. IP bertujuan untuk mengembangkan potensi mereka dalam aspek bukan akademik di luar kurikulum akademik.

IP membawa pada kelayakan Peringkat A atau diploma-diploma lain.

Sekolah-sekolah yang menawarkan IP mengambil pelajar dari Menengah 1. Tempat juga disediakan untuk mengambil pelajar yang sesuai di Menengah 3.

Maklumat lanjut mengenai sekolah-sekolah IP dan prosedur permohonan sekolah masing-masing boleh didapatkan di laman web mereka.

SEKOLAH RAKAN MAKTAB RENDAH KELAYAKAN YANG DIPEROLEH

Sekolah Tinggi Katolik*Sekolah Perempuan CHIJ St Nicholas*Sekolah Perempuan Cina Singapura*

Maktab Rendah Eunoia (bermula 2017)

GCE Peringkat ‘A’

Institusi Hwa Chong (Menengah)Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang

Institusi Hwa Chong

Sekolah Perempuan Raffles (Menengah)Institusi Raffles (Menengah)

Institusi Raffles

Sekolah Menengah Perempuan Cedar* Sekolah Victoria*

Maktab Rendah Victoria

Sekolah Tinggi Dunman -

Maktab Rendah Kebangsaan -

Sekolah Tinggi River Valley -

Maktab Rendah Temasek -

Sekolah Perempuan Methodist*Sekolah Anglo-Chinese (Bebas)*

Sekolah Anglo-Chinese (Bebas)

Baccalaureate Antarabangsa

Institusi St Joseph's* -

Sekolah Tinggi Universiti Nasional Singapura (NUS)

-Diploma Sekolah Tinggi NUS

PROGRAM PENDIDIKAN BIJAK (GEP)Pelajar yang cemerlang dalam Program Pendidikan Bijak (GEP) di peringkat sekolah rendah boleh memilih untuk mendaftar di sekolah-sekolah IP yang menawarkan program Pendidikan Bijak Berdasarkan Sekolah (SBGE). Program ini menyediakan peluang pengayaan yang disesuaikan mengikut keperluan pelajar-pelajar GEP.

Di peringkat menengah, jika pembangunan intelektual mereka terus berkembang lebih awal daripada kohort peringkat umur mereka, mereka boleh menghadiri sekolah-sekolah yang menawarkan IP, di mana mereka boleh terlibat melalui program Pendidikan Bijak Berdasarkan Sekolah (SBGE).

Sekolah-sekolah IP yang menawarkan program-program SBGE bagi pelajar GEP ialah:• Sekolah Anglo-Chinese (Bebas)• Sekolah Tinggi Dunman• Institusi Hwa Chong • Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang • Sekolah Tinggi NUS bagi Matematik dan Sains

• Sekolah Perempuan Raffles (Menengah) • Institusi Raffles

Murid-murid GEP Darjah 6 yang memilih untuk mendaftar dalam program Peringkat O boleh menyertai sekolah landasan berkembar IP yang menawarkan kedua-dua IP dan program Peringkat O, supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam program-program pengayaan berdasarkan sekolah di sekolah-sekolah tersebut agar mereka dapat lebih melibatkan diri mereka dalam pembelajaran.

Sekolah-sekolah yang menawarkan kedua-dua program IP dan GCE Peringkat O ialah:• Sekolah Anglo-Chinese (Bebas)• Sekolah Tinggi Katolik• Sekolah Menengah Perempuan Cedar • Sekolah Perempuan CHIJ St Nicholas • Sekolah Perempuan Methodist (Menengah)• Sekolah Perempuan Cina Singapura• Institusi St Joseph's• Sekolah Victoria

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai GEP, sila rujuk laman web MOE di www.moe.gov.sg/education/programmes/gifted-education-programme/gep-schools/.

Page 12: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH · 1 Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah pendidikan khas yang menawarkan kurikulum nasional sekolah rendah akan menduduki PSLE. Sebahagian daripada pelajar-pelajar

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH19 20

SEKOLAH-SEKOLAH BEBAS KHAS (SIS)

SIS menawarkan pendidikan khas kepada para pelajar yang mempunyai bakat dan minat yang tinggi dalam bidang matematik dan sains, seni, sukan, atau pembelajaran gunaan.

Empat sekolah bebas khas ini ialah:

• Sekolah Tinggi NUS bagi Matematik dan Sains, untuk bidang matematik, sains, teknologi dan kejuruteraan.• Sekolah Sains dan Teknologi, untuk pembelajaran gunaan dalam bidang sains, teknologi, estetika, kejuruteraan dan

matematik.• Sekolah Sukan Singapura, untuk bidang sukan dan olahraga.• Sekolah Seni, untuk bidang seni visual, kesusasteraan dan persembahan.

Tawaran utama:Pendidikan khas untuk para pelajar yang mempunyai bakat dan minat yang tinggi dalam bidang matematik dan sains, seni, sukan, atau pembelajaran gunaan.

Keperluan khas:Pelajar mesti memohon melalui proses Pengambilan Masuk ke Sekolah secara Langsung untuk sekolah menengah (DSA-Sec) untuk sekolah-sekolah yang berikut: Sekolah Tinggi NUS bagi Matematik dan Sains, Sekolah Sains dan Teknologi, dan Sekolah Seni.

Nota: Pelajar yang berminat untuk ke Sekolah Sukan Singapura harus memohon secara langsung ke sekolah tersebut.

SEKOLAH-SEKOLAH KHAS

• Northlight dan Sekolah Assumption Pathway ialah sekolah-sekolah khas yang menawarkan pendekatan pembelajaran yang bersifat praktikal dan amali untuk pelajar yang tidak memenuhi syarat bagi pendidikan sekolah menengah selepas PSLE. Pelajar lulus dengan Sijil Kemahiran ITE (ISC) pada akhir Tahun 4, yang mempersiapkan mereka untuk alam pekerjaan atau kemasukan ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

• Sekolah Menengah Crest dan Sekolah Menengah Spectra ialah sekolah-sekolah khas untuk pelajar Normal (Teknikal) (SSNT). Sekolah-sekolah ini menawarkan laluan pendidikan alternatif untuk para pelajar yang lebih cenderung pada kurikulum yang disesuaikan, bersifat praktikal dan amali. Pelajar lulus dengan kombinasi kelayakan Normal (Teknikal) dan ISC pada akhir Tahun 4.

• Bermula dari tahun 2021, kohort SSNT Menengah 3 akan menawarkan Sijil Mata Pelajaran Kemahiran ITE (ISSC) dan bukan ISC, sebagai sebahagian daripada semakan kurikulum biasa untuk memenuhi keperluan pelajar SSNT dengan lebih baik lagi. ISSC menyediakan kurikulum yang lebih luas yang membolehkan para pelajar untuk lebih mengenali minat mereka dan membuat pilihan yang lebih bijak tentang pendidikan selepas sekolah menengah dan kerjaya mereka pada masa hadapan.

Tawaran utama:Kurikulum praktikal yang dibina khas untuk pelajar yang cenderung ke arah pembelajaran bersifat amali.

Keperluan khas:Untuk Sekolah Northlight dan Sekolah Assumption Pathway, pelajar boleh memohon jika mereka:• Tidak memenuhi syarat bagi sebarang pendidikan sekolah menengah selepas 1 hingga 3 percubaan ujian PSLE.• Permohonan oleh pelajar yang telah mengambil ujian PSLE sekali sahaja juga akan memerlukan rekomendasi pengetua sekolah rendah mereka.

Untuk Sekolah Menengah Crest dan Sekolah Menengah Spectra:• Pelajar harus layak untuk kursus Normal (Teknikal).

Untuk maklumat lanjut mengenai yuran, biasiswa dan bantuan kewangan yang ditawarkan oleh jenis-jenis sekolah menengah yang berlainan, sila layari laman web MOE di: https://beta.moe.gov.sg/schools/types

JENIS-JENIS SEKOLAH MENENGAH

SEKOLAH-SEKOLAH PEMERINTAH DAN BANTUAN PEMERINTAH

• Sekolah pemerintah dan sekolah bantuan pemerintah adalah teras sistem pendidikan kita dan menawarkan pendidikan berkualiti tinggi dengan yuran standard. Pelajar di sekolah-sekolah ini akan mengikuti kurikulum nasional, termasuk mata pelajaran elektif dan gunaan. Setiap sekolah juga menawarkan program pembangunan pelajar yang unik untuk menyediakan peluang bagi pembelajaran gunaan dan membina kecekapan abad ke-21.

• Beberapa buah sekolah pemerintah/bantuan pemerintah mempunyai status autonomi. Hal ini bermakna bahawa sekolah-sekolah tersebut menawarkan pelbagai program yang dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran anak anda dan mengembangkan bakat mereka. Sekolah-sekolah berautonomi mengenakan yuran sekolah autonomi, selain yuran standard yang dikenakan oleh sekolah pemerintah dan sekolah bantuan pemerintah yang lain.

• Beberapa buah sekolah pemerintah/bantuan pemerintah juga merupakan sekolah Rancangan Bantuan Khas (SAP) yang memupuk penguasaan dwibahasa dan dwibudaya dalam Bahasa Inggeris dan Cina.

Tawaran utama:Yuran dan kurikulum standard

SEKOLAH-SEKOLAH BEBAS

• Sekolah-sekolah Bebas mempunyai kelonggaran untuk menetapkan yuran mereka sendiri dan mengembangkan kurikulum dan program akademik dan bukan akademik mereka.

• Beberapa buah sekolah bebas juga merupakan sekolah Rancangan Bantuan Khas (SAP) yang memupuk penguasaan dwibahasa dan dwibudaya dalam Bahasa Inggeris dan Cina.

Tawaran utama:Beberapa kelonggaran dalam program dan kurikulum, dan kelonggaran untuk mengenakan yuran yang berbeza.

Terdapat lima jenis sekolah menengah: Sekolah Pemerintah, Sekolah Bantuan Pemerintah,Sekolah Bebas, Sekolah Bebas Khas, Sekolah Khas

Page 13: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH · 1 Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah pendidikan khas yang menawarkan kurikulum nasional sekolah rendah akan menduduki PSLE. Sebahagian daripada pelajar-pelajar

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH21 22

Pelajar warga Singapura yang memperoleh pencapaian akademik dan bukan akademik yang baik mungkin layak untuk biasiswa dan anugerah berikut:

• Anugerah Perwatakan Edusave• Biasiswa Edusave untuk Sekolah Menengah, Biasiswa Edusave untuk Sekolah Bebas• Dermasiswa Merit Edusave• Anugerah Kemajuan Baik Edusave

Maklumat lanjut boleh didapati di www.moe.gov.sg/education/scholarships/.

MENDAPATKAN BANTUAN KEWANGANSkim bantuan kewangan disediakan untuk semua Warganegara Singapura di sekolah-sekolah kita. Skim bantuan kewangan ini akan memastikan tiada Warganegara Singapura yang dinafikan hak pendidikan disebabkan oleh latar belakang kewangan mereka.

Borang permohonan bantuan kewangan boleh didapati dari sekolah-sekolah dan di laman web MOE di www.moe.gov.sg/education/financial-assistance. Permohonan hendaklah diserahkan berserta dokumen-dokumen berkaitan langsung ke sekolah anak anda.

* PCI ialah pendapatan kasar bulanan keluarga yang dibahagikan dengan bilangan anggota keluarga.

BIASISWA SEKOLAH BEBAS (ISB) MOEMOE menyediakan sokongan tambahan melalui ISB untuk membantu Warganegara Singapura daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana menangani yuran yang agak tinggi yang dikenakan oleh Sekolah-sekolah Bebas dan Sekolah Bebas Khas.

KRITERIA PENDAPATAN DAN FAEDAH

PROGRAM MAKANAN SEKOLAH (SMP)Di bawah SMP, pelajar sekolah menengah di bawah skim FAS MOE akan menerima subsidi makanan bernilai $2.50 bagi sepuluh hidangan setiap minggu persekolahan. SMP juga dilanjutkan kepada pelajar-pelajar yang menerima 100% subsidi di bawah skim ISB. Pelajar tidak perlu memohon untuk subsidi makanan.

# Sekolah Sukan Singapura, Sekolah Seni, Sekolah NorthLight, Sekolah Assumption Pathway, Sekolah Menengah Crest dan Sekolah Menengah Spectra mempunyai skim tersendiri bagi menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar. Sila rujuk laman web sekolah-sekolah tersebut untuk mendapatkan maklumat.

+ Bagi penerima ISB yang layak untuk mendapatkan subsidi separa bagi yuran sekolah serta penerima biasiswa MOE, anugerah khas atau biasiswa yang menyediakan bayaran yuran sekolah separa, jumlah subsidi yang diterima akan dihadkan pada jumlah yuran sekolah tahunan yang dikenakan oleh setiap sekolah bebas atau sekolah bebas khas tolak jumlah yuran tahunan sekolah dan yuran tambahan standard yang dibayar oleh pelajar di sekolah-sekolah menengah pemerintah/bantuan pemerintah.

○ Merangkumi yuran sekolah dan yuran rampaian.

^ Bagi pelajar yang didaftarkan dalam Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IBDP) sahaja. Yuran peperiksaan untuk Warganegara Singapura yang menduduki peperiksaan nasional di sekolah-sekolah yang dibiayai Pemerintah akan dikecualikan.

SKIM BANTUAN KEWANGAN MOE UNTUK WARGANEGARA SINGAPURA DI SEKOLAH PEMERINTAH DAN SEKOLAH BANTUAN PEMERINTAH

HAD PENDAPATAN#

(Memenuhi salah satu daripada kriteria berikut)

BANTUAN KEWANGAN BAGI PARA PELAJAR PERINGKAT MENENGAH+

PENDAPATAN PER KAPITA (PCI)

Tidak melebihi $690

$691 - $1,000$1,001 - $1,725$1,726 - $2,250

PENDAPATAN KASAR

BULANAN KELUARGA (GHI)

Tidak melebihi 2,750

$2,751 - $4,000$4,001 - $6,900$6,900 - $9,000

YURAN SEKOLAH

100% subsidi

YURANRAMPAIANSTANDARD

100% subsidi

BUKUTEKS

Percuma

PAKAIAN SEKOLAH

Percuma

SUBSIDI PENGANGKUTAN

Bantuan Kewangan bagi Para Pelajar Peringkat Menengah

(i) Kriteria• Anak tersebut hendaklah merupakan Warganegara Singapura yang belajar di

Sekolah Pemerintah atau Sekolah Bantuan Pemerintah.• Memenuhi kriteria pendapatan berikut:

a. Pendapatan Kasar Keluarga (GHI) tidak boleh melebihi $2,750 sebulan; ataub. Pendapatan per kapita (PCI)* keluarga tidak boleh melebihi $690 sebulan.

(ii) Faedah

Biasiswa & Anugerah Edusave dan Skim Bantuan Kewangan

$10 kredit pengangkutan setiap bulan, sehingga $120 setiap tahun (untuk pelajar yang menggunakan pengangkutan awam)

100% subsidi yuranO

Buku teks dan pakaian sekolah percumaSubsidi penuh yuran peperiksaan^ Subsidi Pengangkutan: $120 kredit pengangkutan setahun (untuk pelajar yang menggunakan pengangkutan awam)

90% subsidi yuran○

70% subsidi yuran○

33% subsidi yuran○

Page 14: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH · 1 Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah pendidikan khas yang menawarkan kurikulum nasional sekolah rendah akan menduduki PSLE. Sebahagian daripada pelajar-pelajar

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH23 24

Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan penting dalam membantu anak anda memilih sekolah menengah. Anda digalakkan untuk membincangkan sekolah-sekolah yang ingin dipilih secara holistik bersama anak anda dan memilih sekolah yang boleh memenuhi keperluan anak anda. Berikut ialah beberapa faktor yang boleh dipertimbangkan.

• Apakah personaliti, keperluan, minat, kekuatan dan aspirasi anak saya? • Apakah program-program serta skim-skim yang ditawarkan di sekolah tersebut?• Apakah budaya dan etos sekolah tersebut?• Adakah kegiatan kokurikulum yang ditawarkan sekolah tersebut sepadan dengan minat anak saya?• Adakah sekolah menengah tersebut menyediakan persekitaran yang sesuai untuk anak saya belajar bersama-sama pelajar lain dengan keupayaan akademik yang serupa?• Berapa jauhkah sekolah tersebut dari rumah saya?

Memilih Sekolah Menengah

FASA PILIHAN MENENGAH 1 (S1) 1. Sebaik sahaja anda menerima keputusan PSLE

anak anda, anda perlu berbincang dengan anak anda untuk memilih enam buah sekolah yang diinginkan mengikut urutan keutamaan dan serahkan pilihan itu kepada MOE.

2. Berikan perhatian pada program dan skim yang ditawarkan oleh setiap sekolah. Anda mungkin ingin memilih sekolah-sekolah yang menawarkan program-program yang diminati oleh anak anda dan dapat memberikan manfaat kepadanya.

3. Keputusan PSLE anak anda juga akan mendorong pilihan anda.

Julat PSLE sekolah-sekolah tidak ditentukan lebih awal sebelum penempatan. Julat agregat setiap sekolah bergantung pada keputusan PSLE pelajar dan pemilihan sekolah mereka semasa Proses Penempatan S1 pada tahun tersebut.

Setiap sekolah menengah akan memaparkan julat agregat sekolah bagi kemasukan PSLE tahun sebelumnya dalam buku maklumat ‘Choosing your Secondary Schools for Admission to Secondary One in 2019’. Julat agregat sekolah menunjukkan skor tertinggi dan terendah para pelajar yang diterima masuk ke sekolah tersebut bagi setiap kursus. Julat agregat PSLE tahun sebelumnya hanyalah sebagai panduan.

PENYERAHAN PILIHAN

Dalam Borang Pemilihan S1, anda perlu menyatakan enam sekolah menengah yang anda ingin anak anda ditempatkan, mengikut urutan keutamaan. Pilihan sekolah dan pilihan lain, sekiranya ada, boleh diserahkan melalui Sistem Internet S1 atau secara peribadi di sekolah rendah anak anda.

Jika anda menghadapi sebarang kesukaran, anda boleh mendapatkan bantuan daripada sekolah rendah anak anda semasa mengisi Borang Pilihan S1.

Penempatan Menengah 1

Page 15: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH · 1 Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah pendidikan khas yang menawarkan kurikulum nasional sekolah rendah akan menduduki PSLE. Sebahagian daripada pelajar-pelajar

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH25 26

JANGAN TERLEPAS TARIKH PENGHANTARAN BORANG!

PERKARA PENTING

Pengumuman Keputusan PSLE

Penghantaran Pilihan Sekolah a. Melalui Sistem Internet S1 (S1-IS)

b. Melalui Sekolah Rendah

Pengumuman Keputusan Penempatan Menengah 1

Pelajar-pelajar harus melaporkan diri ke sekolah menengah untuk pendaftaran

TARIKH (SEMENTARA)

22 hingga 26 November 2018

Tujuh hari kalendar bermula dari pengumuman keputusan PSLE (contohnya, sekiranya keputusan PSLE diumumkan pada 22 November, penghantaran pilihan adalah antara 22 hingga 28 November).

S1-IS dibuka 24 jam dari 11 pagi pada hari pertama hingga 3 petang pada hari terakhir bagi bagi tempoh penghantaran pilihan sekolah.

Lima hari bekerja bermula dari pengumuman keputusan PSLE (contohnya, sekiranya keputusan PSLE diumumkan pada 22 November, penghantaran pilihan adalah antara 22 hingga 28 November). Sekolah rendah tidak akan dibuka pada hujung minggu.

Penyerahan permohonan bermula dari 11 pagi hingga 3 petang pada hari pertama; dan 9 pagi hingga 3 petang dari hari kedua hingga hari terakhir bagi tempoh penghantaran pilihan sekolah.

Pelajar yang ketinggalan untuk menyerahkan borang pilihan dalam jangka waktu seminggu itu boleh menghubungi sekolah rendah masing-masing selepas tarikh tutup penyerahan, dari 9 pagi hingga 12 tengah hari. Waktu penghantaran setengah hari ini hanyalah dikhususkan bagi penyerahan untuk pilihan sekolah S1 yang baharu dan bukan untuk membuat perubahan pada pilihan awal.

19 Disember 2018 (sementara)

20 Disember 2018 pada 8.30 pagi (sementara)

2. Jika anak anda tidak dapat memasuki mana-mana sekolah daripada enam buah sekolah yang dipilih, dia akan dihantar ke sekolah yang mempunyai tempat kosong, berhampiran

rumah anda.

1. Semua pelajar akan ditempatkan di sekolah pilihan mengikut urutan pilihan sekolah mereka dan berdasarkan keputusan PSLE mereka, bergantung pada kekosongan yang terdapat di sekolah tersebut.

• Pelajar yang telah ditawarkan tempat di sekolah di bawah Proses DSA-Sec kelayakan untuk kursus Ekspres/Normal (Akademik)/Normal (Teknikal) yang ditawarkan oleh sekolah DSA tersebut.

• Pemohon yang diterima masuk ke sekolah melalui Proses DSA-Sec tidak akan dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam Proses Penempatan

S1 tahunan untuk memilih sekolah menengah kerana tempat telah dikhaskan untuk mereka di sekolah-sekolah DSA.Mereka harus menghormati komitmen untukbelajar di sekolah DSA-Sec bagi tempoh penuhprogram yang diterima masuk.

Orang yang diberi kuasa dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut untuk pengesahan di sekolah tersebut:

20192018

BAGAIMANAKAH JIKA SAYA TIADA DI NEGARA INI SEMASA PROSES PENEMPATAN S1?

menyerahkan borang pilihan tersebut dan/ataumelaporkan diri ke sekolah yang ditawarkan untukpendaftaran.

Anda boleh menyemak keputusan penempatan menerusi (a) sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterima menerusi nombor telefon mudah alih yang diberikan semasa tempoh penghantaran pilihan sekolah (b) S1-IS atau (c) sekolah rendah anak anda, selepas keputusan penempatan sekolah menengah diumumkan.

3.

APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU?

Borang Proksi yang telah dilengkapkan oleh pihakibu bapa; borang ini boleh didapatkan di Lampiran K dalam

Kad Pengenalan asal ibu bapa2019

Sijil Kelahiran asal pelajarKad Pengenalan asal wakil yang telah dilantik oleh kedua-dua ibu bapa.

,

LANGSUNG

Page 16: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH · 1 Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah pendidikan khas yang menawarkan kurikulum nasional sekolah rendah akan menduduki PSLE. Sebahagian daripada pelajar-pelajar

27

Memilih Sekolah : Perspektif Pengetua

“Libatkan anak anda dalam pemilihan sekolah. Setiap anak unik dan mempunyai kekuatan, keinginan dan keperluan. Dengar pandangan anak anda dan teroka program dan pengalaman yang ditawarkan oleh pelbagai sekolah. Ketahui visi, misi dan nilai-nilai sekolah tersebut. Kunjungi sekolah-sekolah untuk memerhatikan persekitaran, dan berbual dengan kakitangan sekolah, pelajar dan ibu bapa untuk memahami budaya sekolah.

Sekolah yang anda dan anak anda pilih sebaiknya sekolah yang dapat memupuknya dalam fasa pembangunan selanjutnya, peluang-peluang dan pengalaman yang disediakan akan melibatkan dan mendorongnya mencapai potensi diri. Nilai, kemahiran dan pengetahuan yang disemai dalam anak anda akan membentuk dan membangunkannya secara holistik, dan menyediakannya untuk masa depan.”

PUAN JESSIE KOHPengetua, Sekolah Menengah Greenridge

"Melangkah ke sekolah menengah adalah salah satu fasa yang paling menarik dalam kehidupan anak anda; sekaligus permulaan perjalanan ke alam dewasa. Jadi, keputusan tentang sekolah menengah harus dibuat bersama – diputuskan oleh anda dan anak anda. Adakan perbualan penting itu. Sekolah-sekolah kini mempunyai program tersendiri, daripada pendidikan luar darjah ke estetika, dan robotik ke aeronautik yang boleh merangsang anak anda. Pertimbangkan apa yang terbaik yang akan memenuhi keperluan bakat dan minat anak anda. Adalah baik untuk berada dalam suasana pembelajaran yang menawarkan hanya cabaran yang sesuai, dengan sistem kepercayaan dan nilai-nilai yang sehaluan dengan anda. Apabila semangat anak anda dinyalakan dan bakat dioptimumkan, dia akan menemui tujuan dan kemungkinan yang tiada kesudahan. "

PUAN SHANTI DEVISekolah Menengah Riverside

"Memilih sekolah menengah ialah satu keputusan yang besar. Sangat penting untukkanak-kanak suka akan sekolah yang dipilih oleh mereka kerana mereka akan menghabiskan empat hingga lima tahun di situ. Ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka mencari penyesuaian yang baik; ini akan membantu mereka beralih pada kehidupan sekolah menengah dengan lebih mudah, dan berkembang maju dalam persekitaran yang baharu. Apakah yang dimaksudkan dengan penyesuaian yang baik? Selain daripada memenuhi syarat kelayakan sekolah itu, ibu bapa perlu mengambil kira cara sekolah tersebut akan menambah nilai pada pembelajaran dan pertumbuhan anak-anak. Mereka juga perlu mengetahui program-program yang ditawarkan di sekolah itu, dan perkara-perkara ini akan membantu anak mereka memenuhi minat mereka, mengenal pasti kekuatan mereka dan merealisasikan potensi mereka sepenuhnya. Cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan melawat sekolah tersebut dengan anak-anak mereka, berbual dengan kakitangan dan pelajar, dan mengenali sekolah itu dengan lebih baik."

ENCIK MOHD AZHAR TERIMOPengetua, Sekolah Menengah Bartley

Kunjungilah laman web MOE di www.moe.gov.sg atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MOE di 6872 2220 jika anda memerlukan maklumat lanjut tentang pendidikan sekolah menengah.

Anda juga boleh melayari portal MySkillsFuture untuk pelajar di www.myskillsfuture.sg/secondary

menggunakan akaun anak anda. Anda boleh meneroka pelbagai bidang pendidikan dan kerjaya yang terbuka untuk anak anda.

Untuk mendapatkan informasi terkini tentang pendidikan dan berita mengenai sekolah-sekolah dan guru-guru, sila layari www.schoolbag.sg.

MOE kerap menganjurkan seminar-seminar bagi ibu bapa mengenai pendidikan sekolah rendah dan menengah. Untuk berita terkini mengenai pendidikan dan sorotan mengenai sekolah dan guru, sila layari www.schoolbag.sg dan aplikasi mudah alih Schoolbag yang boleh didapati di Apple iTunes Store (untuk

iOS) atau Google Play store (untuk Android).

Anda juga boleh menghubungi kami melalui facebook di www.facebook.com/moesingapore.

SALURAN HUBUNGAN DAN SOKONGAN

Page 17: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH · 1 Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah pendidikan khas yang menawarkan kurikulum nasional sekolah rendah akan menduduki PSLE. Sebahagian daripada pelajar-pelajar

1 North Buona Vista Drive Singapore 138675 Tel: 6872 2220

Email: [email protected]

www.moe.gov.sg

MAKLUMAT YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU INI TEPAT PADA OKTOBER 2018

DIKELUARKAN OLEH KUMPULAN KOMUNIKASI DAN PENGLIBATAN, MOE